Wednesday, October 14, 2009

Nyahkan Kaki Rasuah, Batu Api, Talam Dua Muka, Musuh Dalam Selimut, Pengampu, Dan Tukang Kipas....

Ruhanie Ahmad

Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin, memang tepat bila menegaskan UMNO mesti bersihkan seluruh batu api, kaki cucuk, dan talam dua muka daripada jemaah perjuangannya.

Mahyuddin mahukan ahli-ahli kategori perosak ini dimansuhkan daripada UMNO kerana beliau mahukan satu UMNO yang mantap, progresif dan berwibawa.

Beliau juga mahukan pembaharuan ini supaya warga UMNO mampu mengamalkan empat rukun perjuangan yang beliau cadangkan, iaitu Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr), Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb), Kesatuan Amal (Wahdatul Amal) dan Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf).

Apa yang Muhyiddin tidak sebutkan ialah kelompok kaki rasuah, pengampu, pembodek, tukang kipas, musuh dalam selimut, gunting dalam lipatan, bodoh sombong, kacang lupakan kulit, kadok naik junjung dan beruk dapat bunga. Kelompok ini sama juga bahaynya seperti kategori yang disenaraikan oleh Muhyiddin. Mereka mesti dinyahkan daripada UMNO dengan seberapa segera.

13 comments:

Senjaliza said...

Datuk, Apakah tidak relevent lagi pemimpin veteran UMNO. Kenapa ada Sayap Puteri, Sayap Pemuda, Sayap Wanita dan difikirkan dan saya Pemuda belia. ? tidak pula terfikir ada "Sayap Veteran". Kita tahu mereka senior dan tidak patut disamakan dengan Pemuda, Puteri dan Wanita; tetapi peranan Veteran juga amat penting..jadi tidak wajarkah kita ada "sayap Veteran"?..Tun M, Tun Pak Lah, Ku Li, To Mat, Musa Hitam, Aisah Ghani..etc. Sekurang-kurang mereka ada flatform..bukan sekadar tetamu terhormat..Mcm Tok?

pakbelalang said...

UMNO must have more technocrat. UMNO must have a pool of intellectuals of high standing. Not the haprak and HP6 type of leaders whom some of them managed to be elected as members of MT.

It is time to remove leaders who can only talk about selling used cars and sell APs and contractors of Class F!!

WE want thinkers of high calibre who can deliver good ideas to move the Malays forward!!

Unknown said...

salam datuk,

Nak nyahkan macam mana, baru-baru ni kat Bagan Pinang kaki politik wang dah jadi ADUN!

SysOp said...

Ron,

Yang kaki rasuah jugak la yang memang dan dijadikan pilihan hati... camana UMNO nak bersih... susah ooo...

Yang melantik pun rasuah... yang dilantik pun rasuah...

Unknown said...

Salam Datuk,

Seperti biasa, apabila mahu kelihatan hebat, seseorang pemimpin itu akan mengemukakan idea-idea mudah (atau basi) yang disampaikan dengan gaya bahasa yang 'syumul'. Lantaran itu wujudlah pelbagai istilah atau terminologi yang akhirnya sekadar untuk dilagukan di radio dan tv.

"Beliau juga mahukan pembaharuan ini supaya warga UMNO mampu mengamalkan empat rukun perjuangan yang beliau cadangkan, iaitu Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr), Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb), Kesatuan Amal (Wahdatul Amal) dan Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf)."

Najib dan Muhyidin sendiri mampu ke untuk amalkan keempat-empat rukun ini? Kalau tak larat, lebih baik suruh orang melayu jaga 5 rukun Islam dan 6 rukun iman terlebih dulu. Yang 11 ini pun umat Islam di malaysia masih kacau-bilau lagi.

mad1 said...

hai datuk, masih tak sedarkah pemimpin umno ni biasa cakap tak serupa bikin. dari dulu lagi. kalau betul2 ikut cakap tpm malam tadi. lebih separuh mt umno sudah digantikan. laungan berdegar2 pun tak guna ibarat tin kosong

Al-Yasar said...

Salam,

Perjuangan UMNO mesti realistik dan pragamatik, tanpa kehilangan idealisme.

Kalau terlalu idealistik, nanti hanya cakap berdegar-degar, tapi banyak matlamat yang muluk-muluk itu tidak tercapai.

Lagipun pemimpin dan ahli UMNO hanyalah manusia biasa. Kita tahu kelemahan dan kekuatan kita.

Harapan saya kepada UMNO hanya sedang-sedang saja!

Anonymous said...

Salam,

Datuk ..Tahu takpe, jika terus ade golongan yang datuk tulis UMNO boleh karam..

Jika tak keberatan layari Neutral Daily sekarang dan linkkan blog kami di blog anda.
Terima Kasih..

"Informasi Neutral Tanpa Kepentingan"
http://neutraldaily.blogspot.com/

A.Rangkuti said...

Salam Datuk.

Saya amat bersetuju SANGAT-SANGAT dengan saranan TS Muhyiddin dan Datuk sendiri.

Saya amat yakin ramai orang melayu tidak hanya mahu mendengar saranan sahaja tetapi mereka mahu melihat segala saranan itu dijadikan DESAKAN DAN DILAKSANAKAN segera. Masa sudah terlalu singkat.

Mereka yang menjadi makhluk perosak didalam UMNO tidak perlu lagi berdemokrasi dengan mereka malah mereka mau-di-kerasi demi menyelamatkan UMNO dan orang melayu.

Jangan sampai UMNO HANCUR DAN ORANG MELAYU TERKUBUR. BUKAN UMNO TERKUBUR ORANG MELAYU HANCUR.

straycat's strut said...

Agree with Pak Belalalng. What made people sick of UMNO is the picture of that "tak sekolah" politicians who talked about ketuanan melayu and helping the malays while he himself made his living by being a rent-seekers. They were the one who made the NEP failed. They were the one who walked around with a 2-dollar company to get a contract and sold it off. They were the traitors. And God knows how many of them in that assembly hall. There must be a big enough group because if not, KJ won't be ketua pemuda right now. And to tell you the truth Dato', I even stayed away from places like Concord because seeing these people made my stomach turned up-side down.

Hang Jebat said...

Datuk,

1. Persoalannya ialah bolehkah nak dibersihkan kelompok tu? Ramai yang dalam kelompok itu ada 'power' dan 'back-up' yang tersendiri.

2. Cakap dan usul memang senang dibuat tapi nak laksanakan susah.

3. Kelompok manusia politik macam ini bukan wujud dalam demokrasi sekarang sahaja malah sudah ada sejak zaman Rom lagi.

awangpendang said...

Hi pakbelalang, saya setuju dengan saudara, kita memerlukan bijak pandai dalam parti. tapi ,itu bukanlah faktor yang mutlak dan segalanya.

Kita memerlukan pemimpin yang bersih dan jujur. Tidak ada gunanya walaupun dari OXFORD tapi kotor,keji, rasuah dan tidak amanah. Pemimpin jenis inilah patut dinyahkan dari parti.

pakbelalang said...

Saya ingin cadangkan kepada pimpinan tinggi UMNO supaya menasihati Tuanku-Tuanku Sultan supaya jangan anugerah pangkat Datuk kepada pemimpin UMNO yang memegang jawatan Ketua-Ketua Bahagian dan lain-lain jawatan tinggi UMNO. Iktiraflah mereka selepas mereka didapati telah berkhidmat dengan cemerlang kepada rakyat apabila mereka bersara atau berundur dari politik kelak.

Ini adalah untuk mencegah mereka bersikap sombong dan riak hinggakan menjejas image parti UMNO dan akhirnya rakyat merasa tersisih dan meluat dengan pemimpin mereka.