Tuesday, July 31, 2007

Bila Dia Mati

bila dia mati
jangan selimuti dia
dengan bendera kebesaran bangsa
humbankan saja jasadnya ke laut ganas
kerana di situlah pusaranya
seorang ayah bernama pembelot

bila dia mati
usah dibedilkan dia
dengan meriam pusaka bangsa
humbankan saja jasadnya ke laut ganas
kerana di situlah pusaranya
seorang ayah bernama pengkhianat

Ruhanie Ahmad
Petaling Jaya, 1969
(Antologi 13 Bicara)

Nota:
Saya akan menyepi diri daripada blog ini buat beberapa hari atas urusan peribadi. Sementara ketiadaan suara saya, hayatilah puisi saya seperti di atas. – Ruhanie Ahmad

Sunday, July 29, 2007

Siapa Yang Goblok Zam?

Saya amat tertarik mengikuti kenyataan segelintir menteri-mentri Malaysia terhadap bloggers sosio-politik tempatan. Hari ini muncul satu ‘twist’ baru kepada kenyataan mereka. Menteri Penerangan, Datuk Seri Zainuddin Maidin, dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa kini wujud bloggers sosio-politik yang “sanggup menjadi alat kepada anasir asing menjatuhkan negara.”

Tuuhan ini amat serius. Tetapi, saya hanya akan menghormati tuduhan seperti ini kalau ianya digandingi dengan fakta dan bukti. Lebih-lebih lagi bila tuduhan ini datang dari seorang menteri yang juga bergelar wartawan negara.

Pokoknya Zam, siapakah yang anda maksudkan sebagai bloggers yang jadi perkasas asing untuk menjatuhkan negara tercinta ini? Setahu saya, ketika ini landskap politik Malaysia sedang dihantui oleh dakwaan dan tuduhan kononnya wujud sesetengah individu tertentu yang dikatakan jadi ejen asing untuk memporak-perandakan negara tercinta ini menerusi pelbagai strategi perniagaan dan lain-lainnya.

Mungkinkah Zam membuat kesimpulan yang mendorong beliau mengeluarkan tuduhan di atas berasaskan kepada hakikat bahawa sesetengah portal berita di Malaysia memang kini mempunyai “server” masing-masing di luar negara? Adakah tuduhan itu juga dikeluarkan kerana majoriti bloggers Malaysia adalah menggunakan “engine” yang berdaftar di luar negara?

Kalau begitulah andaiannya, mungkin silap besarlah Zam mengeluarkan tuduhan seperti di atas. Tetapi, kalau Zam, sebagai seorang menteri, memang mempunyaqi bukti yang jitu untuk menyokong tuduhan di atas, silalah berbuat sesuatu yang berkesan dan wajar dengan pantas dan segera demi negara tercinta ini.

Buat ketika ini, persepsi umum jelas menyatakan bahawa apa jua kenyataan para menteri mengenai bloggers sosio-politik dikatakan hanya akan mengundang lebih banyak tentangan, bukan sahaja dari komuniti bloggers sosio-politik tempatan, malahan rakyat jelata yang berfikiran waras, secara umumnya.

Berikut adalah kenyataan penuh Zam mengenai bloggers sosio-politik yang dibuat pada hari ini: - Ruhanie Ahmad

Rakyat Perlu Bijak
Kenal Pasti Laman Blog "Goblok"

MELAKA, 29 Julai (Bernama) -- Rakyat perlu bijak mengenal pasti laman blog kerana terdapat kalangan penulis laman blog yang "goblok" hingga sanggup menjadi alat kepada anasir asing menjatuhkan negara.

Menteri Penerangan Datuk Seri Zainuddin Maidin berkata penulis "goblok" itu merupakan golongan yang paling tidak bijak dan jahat.

"Menjadi penyokong kepada anasir luar untuk menjatuhkan negara, orang ini adalah goblok," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kembara Merdeka Jalur Gemilang Peringkat Kebangsaan 2007 di hadapan Memorial Pengisytiharan Kemerdekaan, Bandar Hilir di sini, hari ini.

Zainuddin berkata penulis "goblok" itu tidak berfikiran Asia sebaliknya lebih kepada barat kononnya mereka dididik di negara barat dan menganggap kebebasan demokrasi anjuran barat yang terbaik.

"Kita dari dahulu sampai sekarang, kita ada anasir yang paling bahaya iaitu orang yang sanggup menjadi alat kepada negara asing untuk merosakkan negara termasuk menjejaskan ekonomi dan perpaduan rakyat," katanya.

Beliau berkata penulis "goblok" terbabit cuba mempergunakan media untuk menyiarkan tulisan mereka yang berbentuk khabar angin dan fitnah semata-mata untuk menimbulkan perpecahan.

Katanya semua pihak tidak perlu melayan tulisan penulis "goblok" terbabit yang mahu menjadikan laman blog mereka sebagai penting.

Beliau berkata kerajaan tidak menghalang penulis laman blog persendirian yang menulis lebih kepada ilmu, hubungan antara kawan, keluarga dan rakan.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=276139
Wahai Bloggers Malaysia Sekalian
Benarkah Kita Kumpulan Monyet?

Malang sungguh nasib bloggers di Malaysia. Mula-mula mereka dicap sebagai penembak curi. Kemudiannya, mereka dijenamakan sebagai penyebar fitnah. Hari ini, menantu Perdana Menteri pula menyifatkan mereka sebagai “monyet-monyet” yang mengamalkan undang-undang rimba.

Sebelum anda membaca kenyataan penuh Khairy Jamaluddin di bawah ini, cuba tanya pada diri kita sendiri, kalau seluruh jenama kepada bloggers di Malaysia itu boleh diterima oleh akal kita yang waras, kenapa agaknya kini banyak pihak jadi cemas, penasaran dan menggelabah sehingga ada yang membuat laporan polis terhadap sesetengah bloggers?

Dan, kalaulah Khairy dah memang berniat nak saman Malaysia Today yang dikatakan sebagai pernah memfitnah dirinya, kenapa tangguhkan niat itu? Kenapa “khuatir” tindakan itu “akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan”?

Bukankah Khairy disifatkan oleh banyak pihak di negara ini sebagai seorang anak muda yang paling berpengaruh pada ketika ini? Tunggu apa lagi? Samanlah Malaysia Today sekarang sewaktu Raja Petra Kamarudin kononnya sedang kelihatan terkontang-kanting akibat laporan polis oleh Ketua Penerangan UMNO Malaysia Rabu lalu? – Ruhanie Ahmad

Tindakan Undang-Undang
Ke Atas Penulis Blog - Khairy

KIMANIS (Sabah), 28 Julai (Bernama) -- Tindakan undang-undang perlu diambil ke atas penulis blog yang menyebarkan laporan berbentuk fitnah di laman blog mereka, kata Naib Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin.

Katanya penulis blog sebegitu tidak pernah memikirkan sensitiviti orang lain.

"Tidak ada undang-undang di alam siber kecuali undang-undang rimba. Jadi tindakan harus diambil supaya 'monyet-monyet' lain takut dan mengambil iktibar daripadanya," katanya kepada pemberita selepas merasmikan mesyuarat perwakilan Pemuda Umno bahagian Papar, Kimanis dan Sipitang di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas mengenai penulis blog Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada polis.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Muhammad Muhd Taib telah membuat laporan berhubung komen orang ramai dalam laman blog itu dalam siaran 11 Julai lepas, yang dikatakan menyentuh sensitiviti agama, kaum dan institusi Yang di-Pertuan Agong.

Khairy berkata beliau turut difitnah dalam laman blog itu, tetapi belum mengambil tindakan undang-undang kerana khuatir akan mengambil masa yang lama untuk diselesaikan.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=276104

Saturday, July 28, 2007

Al Fatehah Khas Untuk
Haji Mansor Bin Banio

Tuan Haji Mansor Bin Banio, 69, meninggal dunia akibat satu nahas jalanraya yang amat tragik, membabitkan sebuah lori treler, di hadapan rumahnya sendiri, di Kampung Separap, satu kilometer daripada MRSM Batu Pahat, Johor, pada hari Khamis malam Jumaat, 26 Julai 2007.

Ketika nahas berlaku pada kira-kira 10.15 malam, Allahyarham sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal setelah menghadiri satu majlis bacaan Yassin di rumah jirannya, Haji Akhiar Haji Hussin, yang hanya kira-kira 400 meter berseberangan jalanraya di hadapan rumahnya. Jenazah beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Separap pada 27 Julai 2007.

Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hajah Seripah Haji Yunos, serta tujuh orang anak. Sewaktu hayatnya, Allahyarham adalah seorang pendidik yang berdedikasi, aktivis masyarakat yang sentiasa menitikberatkan kemajuan bangsa dan kedaulatan negara, serta aktivis agama yang sentiasa prihatin terhadap kemuliaan syiar Islam.

Masyarakat Kampung Separap, termasuk saya sendiri, dan masyarakat di kampung-kampung sekitarnya, sangat menghargai jasa-jasa Allahyarham. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT.

Saya sekeluarga, termasuk isteri dan ibunda saya, turut berduka menerima berita tragik ini. Kami ucapkan takziah kepada Puan Hajah Seripah serta seluruh anggota keluarga dan saudara mara Allahyarham, termasuklah abang iparnya - Haji Samad Haji Yunos, adik iparnya – Safari Haji Yunos dan Mansor Haji Yunos, serta adik-adiknya - Masadi Banio dan Marfoah Banio. Al Fatehah!!!

[Nota: saya berterima kasih kepada adik saya, Norazam Ahmad, yang memberitahu saya akan berita di atas pada 11.00 malam 26 Julai 2007, dan Anak Mampan, yang sudi menyampaikan berita yang sama menerusi postingnya ke blog ini pada awal 27 Julai 2007.] – Ruhanie Ahmad



Surat Terbuka Kepada
Tan Sri Muhamad Muhd Taib

Ab Jalil Backer (jalil74@myjaring.net)
Assalamualaikum Tan Sri,

Pertamanya, izinkan saya mengucapkan jutaan syabas dan tahniah kepada Tan Sri. Setelah lebih tiga tahun dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO, baru minggu inilah tampaknya taring Ketua Penerangan UMNO Malaysia.

Tindakan membuat laporan polis ke atas laman web Malaysia-Today dan pengendalinya Raja Petra Kamaruddin atas tuduhan menghina Yang Di Pertuan Agong dan agama Islam wajar ditahniahkan.

Perkara ini amat signifikan kerana selama hari ini, banyak isu-isu sensitif yang dibincangkan secara terbuka oleh individu terkemuka tidak diambil sebarang tindakan oleh penerangan UMNO. Ini kita akan bincangkan kemudian.

Tan Sri,

Izinkan saya mengulas terlebih dahulu laporan polis ke atas Malaysia-today dan Raja Petra yang dibuat oleh Penerangan UMNO. Saya mengharapkan laporan polis yang dibuat oleh sebuah parti besar, yang saya ahlinya, tentulah mencerminkan sikap profesional dan bertanggungjawab.

Dilaporkan oleh media bahawa UMNO membuat laporan polis kerana terdapat komen-komen yang dikatakan menghina YDP Agong dan Islam dalam laman web Raja Petra.

Sekiranya Tan Sri dan mereka yang berada di Penerangan UMNO mahir dengan selok belok siber tentu faham bahawa komen yang dilakukan oleh pelayar atau pengunjung web adalah tanggungjawab pemberi komen.

Amatlah sukar untuk pengendali blog dan web menyaring hampir ke semua komen. Komen juga tidak pernah dianggap mewakili pandagan pemilik laman web.

Namun tentulah Tan Sri boleh berhujah bahawa adalah tanggungjawab penerbit laman untuk bertindak atau tutup sahaja laman tersebut jika tidak mampu mengawalnya. Baiklah. Kita katakan Raja Petra harus bertanggungjawab, demikian juga pemilik laman ini (mykmu.net).

Cuma jika Tan Sri berharap laporan tersebut akan menamatkan riwayat Raja Petra di alam siber hampir mustahil boleh berlaku. Apa yang Raja Petra perlu buat hanyalah memberi nombor-nombor Internet Protocol (IP) pemberi komen tersebut. Dan sudah banyak kes, pendakwaan hanya dilakukan ke atas mereka yang memberi komen bukannya pengendali laman.

Saya khuatir jika ini dilakukan, tidak mustahil terdapat ahli UMNO sendiri akan terperangkap. Bolehkah Tan Sri pastikan tiada sesiapa di kalangan pasukan siber yang UMNO bentuk ada menjalankan provokasi sedemikian? Malangnya, jika orang lain telah maju, pasukan siber UMNO belum lagi mampu menggunakan spoof atau menipu IP mereka.

Seterusnya Tan Sri, laporan ini, jika diperhalusi, lebih menguntungkan Raja Petra dan merugikan UMNO. Khalayak akan tertanya-tanya, mengapa sedemikian banyak tuduhan rasuah, salah guna kuasa dan campur tangan keluarga dalam pentadbiran negara tiada satu pun UMNO buat laporan. Sebaliknya sedemikian susah Tan Sri menerokai komen-komen pada setiap artikel yang tersiar hanya untuk membolehkan satu laporan polis dibuat.

Secara logik akalnya, tentulah artikel-artikel yang disiarkan oleh Raja Petra yang berunsur fitnah, khabar angin dan memburukkan pemimpin tertentu lebih wajar diambil tindakan berbanding komen-komen sampah di bahagian bawahnya.

Bila ini berlaku akan terdapat persepsi bahawa "tuduhan dan tulisan Raja Petra serta artikel yang tersiar dalam laman webnya memang benar dan sebab itu UMNO terpaksa mencari perkara-perkara kecil seperti komen pengunjung."

Memang benar saya akui bahawa persepsi ini belum tentu benar tapi impaknya besar.

Jika dahulu apa yang Raja Petra tulis belum tentu orang percaya, belum tentu diterima ramai kerana khalayak menganggap ini hanyalah sebahagian perang politik semata. Khalayak menganggap UMNO tidak berminat untuk berperang melalui undang-undang seperti mana Tun Dr. Mahathir tidak pernah menyaman sesiapa pun yang memfitnah atau memburukkannya.

Namun apabila terdapat ruang undang-undang sudah digunakan oleh UMNO maka akan timbul persepsi bahawa apa yang terdapat dalam Malaysia-Today tetapi tidak dilaporkan kepada polis itu benar.

Proses penaakulan minda khalayak akan membawa pertanyaan mengapa UMNO tidak membuat laporan Polis atau menyaman Raja Petra berikutan artikel-artikel beliau dalam The Corridors of Power?

Justeru saya tertanya-tanya. Apakah laporan polis tersebut dibuat untuk membantu UMNO dan kepimpinan negara atau sekadar menonjolkan kembali nama Tan Sri sebagai calon pilihan raya?

Tan Sri,

Laporan polis yang dibuat atas nama menghina YDP Agong dan Islam juga menimbulkan kembali tanda tanya kepada saya selaku ahli UMNO. Mengapa UMNO perlu membuat laporan polis ke atas laman web seperti Malaysia Today yang tidak besar impaknya kepada masyarakat Malaysia berbanding apa yang dilakukan oleh Kumpulan The New Straits Times suatu masa dahulu yang jelas menghina Islam. Sekiranya lupa Tan Sri boleh membaca kembali laporan Mykmu di sini.

Saya dan ramai ahli UMNO juga pasti tertanya-tanya jika Tan Sri menyeru kepada pemimpin UMNO supaya berani mempertahankan hak orang Melayu dan UMNO seperti dilaporkan Utusan hari ini, mengapa Tan Sri tidak bersuara walau sepatah haram pun bila Datuk Kalimullah Hassan (Ketua Pengarang NSTP ketika itu) menulis butiran perbincangan mesyuarat Penerangan UMNO Malaysia yang berada di bawah batang hidung Tan Sri?

Tan Sri,

Sebagai ahli UMNO tentulah saya tidak bersimpati dengan Raja Petra secara total. Namun saya fikir jika mahu menjatuhkan Raja Petra perlulah bertindak sebagai lelaki budiman (gentleman). Saman dan laporkanlah artikel-artikel beliau, bukannya menggunakan komen-komen yang entah dari mana dan tiada impak pun kepada khalayak.

Tan Sri,

Sebagai ahli UMNO juga saya merasa simpati kepada parti saya yang menjadi mangsa kerja-kerja tidak profesional pemimpin di PWTC.

Apabila mahu membuat laporan Polis tidak membawa bukti sebarang bukti menyokong laporan. Media massa dan yang dituduh pun keliru apa yang dilaporkan. Adakah Tan Sri mendapat nasihat peguam UMNO terlebih dahulu atau membuat laporan semberono sahaja?

Apabila mahu membantu UMNO di dalam Siber maka disiytiharkan seantero dunia penubuhannya, lalu jadilah semua pejuang siber UMNO "mati Katak" dicop pejuang berbayar.

Apabila mahu mengadakan pertemuan dengan bloggers UMNO dibatalkan kerana terdapat nama Datuk Ruhanie Ahmad dan Datuk Kadir Jasin. Apa salah UMNO berbaik dengan semua blogger yang bersimpati dengan UMNO biar pun tidak sependapat dalam polisi negara? Rugikah UMNO mempunyai ramai sahabat dan kawan?

Sebagai ahli politik kita jangan marah-marah. Tidak salah mendengar pandangan yang di bawah dengan senyuman manis biar pun pahit. Tidak semestinya semua pendapat yang kita anggap buruk perlu diherdik.

Sekian sahaja catatan ini Tan Sri. Bukan niat memalukan tapi sekadar menyatakan untuk kebaikan bersama. Apa yang saya tulis mungkin baik bagi saya tapi tidak bagi UMNO. Terserahlah kepada Tan Sri untuk menilainya.

Sekiranya terkasar bahasa tersalah bicara mohon dimaafkan.

http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=6781

Friday, July 27, 2007

A Comedy Of Errors

Raja Petra Kamarudin

Yes, guilty as charged. I have stolen this line from Shakespeare. But I can’t help it. What better way to describe the eight hours I spent under interrogation at the Dang Wangi Police Station yesterday other than it was a comedy of errors? By the way, before I go on, I have received more than a thousand phone calls, SMSes and e-mails from well-wishers and supporters. I have not found the time to reply to each and everyone yet so I hope you will forgive me for my rudeness. I am certainly touched by the concern and the messages of support posted in Malaysia Today’s blogs. From the bottom of my heart, and with sincere humility, I thank you all and promise you that the fight for more freedom in Malaysia shall continue come hell or high water.

I received a call from the police at 8.00am yesterday that they want to record my statement on the police report lodged by an ex-Selangor Menteri Besar with two Muhamads in his name. I saw the phone call coming and was not only expecting it but was hoping that they would summon me for interrogation so that I can expose this entire episode for the farce that it really is. In short, I pushed their hand with the ‘See you in hell Muhamad son of Muhamad’ article so that they would be forced to make their move on me.

They wanted me in at 10 but I told them I can only make it at 11. I wanted to update the website first in case my visit to Dang Wangi ends up a two-week stay.

According to the press reports, the police report made against me was with regards to an article I wrote on 11 July 2007 that they regard as insulting the Agong and Islam. By the way, in case you did not know, Malaysia does not have a king so please stop referring to the Agong as King. Agong does not translate to king. Agong means supreme and it merely means he is the Supreme Ruler of the nine rulers, a sort of ‘first amongst equals’ situation.

I brought along two shopping bags of four copies of the Quran in Arabic, English and Bahasa Malaysia, the Salasilah or family tree of the Selangor Sultanate, and an ‘approved’ version of Selangor’s history written by Buyung Adil. I could of course have also included Joginder Singh Jessy’s, DJ Tate’s and Winsted’s versions as well, but I thought the Buyung Adil version, which is in Bahasa Malaysia, would be less strenuous on the more simple-minded.

The police informed me that my interrogation was not about my article of 11 July 2007. In fact, on 11 July 2007, I never wrote any article. I did on 8 July though and again on 13 July, but never on 11 July. According to what the newspapers reported, I was alleged to have insulted the Agong and Islam, so the purpose of the two shopping bags of books was to debate Islam and the Agong with those who were about to interrogate me. But they did not want to talk about any of my articles. They only wanted to talk about some of the comments in the blogs posted by Malaysia Today’s readers.

I told the police I refuse to talk about the comments in the blogs. I did not write these comments so I refuse to talk about what I did not write. I only want to talk about what I wrote and defend myself against charges that I have insulted the Agong and Islam. But no, the police did not want to talk about my articles. They only wanted to talk about the comments in the blogs.

I told the police I still refuse to talk about the comments and if therefore they want to charge me for sedition under the Sedition Act then go ahead. I banged the table with my fist and shouted, “Charge me! Charge me now!” The police said that they do not wish to charge me yet but only to take my statement. I can refuse to reply if I wish or reply that I do not know anything. But they have no choice but to take my statement because a police report had been made against me.

It boggles the mind that they MUST take my statement barely two days after the police report against me was made whereas they do not feel they MUST do anything on the hundreds upon hundreds of other police reports made the last ten years or so since 1998. Take, as one example, the police report made by four Umno delegates to the Kubang Pasu AGM last year alleging that they were each bribed RM200 to not vote for Tun Dr Mahathir Mohamad. Malaysia Today published copies of these police reports. One of the Umno delegates who made the police report was subsequently beaten up in his house in front of his family. He made a second police report on the beating and even fingered those who had beaten him up because he knew them personally. Again, nothing was done. So this MUST take your statement once a police report has been made against you is as truthful as I am still a virgin.

When that ex-Selangor Menteri Besar with two Muhamads in his name went to the Dang Wangi Police Station on Monday to lodge his police report, he did not have any details to support the allegation that Malaysia Today had insulted the Agong and Islam. He was told that the evidence to support this allegation must be attached to the police report. They then tried to get onto the internet to access Malaysia Today so that they could look for the evidence. But they did not know how to and could not find Malaysia Today.

They then enlisted the help of a journalist from one of the Chinese newspapers who was there covering the event. Through the good help of this Chinese reporter, they finally found Malaysia Today and went through the comments in the blogs to find the evidence that they needed to support the police report.

Malaysia Today was launched on 13 August 2004 and since then we have about 20,000 or so items with an estimated five million comments in the blogs. Looking for the evidence would be like looking for a needle in a haystack. We must note that at this point of time they had lodged a police report but lacked the evidence. They were now putting the cart before the horse. They now needed the evidence to support the police report.

They finally found about a dozen or so postings amongst five million that looked strong enough to prove that Malaysia Today has insulted the Agong and Islam. One was my own posting that said if you insult any race or religion then I would have no choice but to delete your posting and ban you from further posting comments in Malaysia Today. Another was by Indianputra who was appealing to Malaysia Today’s readers not to fight and argue as some people might take advantage of the squabbling and exploit it to divide the races. What we want is a peaceful country, argued Indianputra, so if we engage in a civil manner then we will be able to unite all the races. And so on and so forth. Basically, this was the evidence they were working on to prove that Malaysia Today insulted the Agong and Islam.

I asked the police whether these postings are insulting the Agong, insulting Islam, and are trying to divide the races, or whether they are actually the reverse. The face of the ASP interrogating me turned red as he tried to explain that he was just doing his job and that he was ordered to take my statement. I replied that the person who made the police report is a stupid person who can’t speak English. So what do you expect from someone like that? He can’t even understand comments that are appealing for national unity and instead interpret it as calling for racial strife.

“Do you know that that orang bodoh ran away with the Sultan’s daughter and then denied it?” I asked the police. They just smiled. “Well, I am going to reveal this to the world,” I continued. “I am going to publish the letter he wrote to the Sultan where he denied he had married the Sultan’s daughter whereas he had in fact already secretly married her in Thailand. You tengoklah. I akan balun si bodoh tu habis-habis.”

The police appeared amused at what I had to say although their only retort was, “Banyak maklumat kita dapat hari ini.”

They then wanted to know the identity of those who post comments in Malaysia Today’s blogs. I told them I do not know who they are but I do know that amongst them are 25 Umno cyber-troopers headed by Azalina and Norza.

“Azalina?” they asked.

“Yes, Azalina lesbian,” I replied.

“Oh, Azalina Othman.” Apparently they know who I meant by Azalina lesbian.

“I did not say Azalina Othman. I said Azalina lesbian. You are supposed to record everything I say the way I say it. That is what a cautioned statement under Section 112 is all about. Saya kata Azalina lesbian. Bukan Azalina Othman. You record what I say and I will sign the statement.”

The second police officer stopped typing and scratched his head with a sheepish grin on his face. “Okaylah, I don’t want you to get into any trouble. Drop the lesbian and change it to Othman.” The second officer continued typing while chuckling. He was certainly enjoying himself.

I pointed out a few IDs that belonged to the Umno cyber-troopers and the second officer recorded them down. “How do you know they are Umno cyber-troopers?” the first officer asked me.

“Because I have received information from inside Umno,” I replied.

“You have people planted in Umno?”

“Of course I do, and I bribe them to feed me information. I just slam RM1,000 onto the table and ask them to tell me everything and they sing like a canary. It is not that hard to buy information.”

The four police officers in the room smiled and shook their heads in disbelief. “Can we record this in your statement?”

“Of course you can. The reason I am telling you this is so that you can record it in my statement. I want it on record that Umno is attacking Malaysia Today with 25 cyber-troopers and they are the ones who are posting racial statements. Sometimes they even masquerade as Chinese and whack the Malays and Islam. Then other cyber-troopers would respond and whack the Chinese. The Umno cyber-troopers are the ones behind this racial and religious bashing in Malaysia Today. Then they make a police report alleging that Malaysia Today insults Islam and stirs racial sentiments.”

All this exchange was of course recorded as anything you say under Section 112 interrogation is recorded and you are made to sign the statement at the end of the interrogation. And you go to jail if you make a false statement.

At the end of the eight-hour interrogation, I asked them whether we are finished and they said yes. “Okay, now I want to make my additional statement,” I informed the police.

“Of course, we will ask you before we end whether you want to add anything more to your statement. That is the procedure.”

“Okay, now I will make that statement. Malaysia Today’s domain name is registered in the UK,” I told the police. When you click on the domain name malaysia-today.net you are sent to the server of the registered IP address in that domain name. Our server is in Singapore. But what you see is only the front page. Then you choose which item on the front page you want to read and you are sent to the blog. The blog sits in the US. When you post a comment it goes straight to the blog. For all intents and purposes, Malaysia Today is a foreign website and not a Malaysian website. We therefore do not come under Malaysian laws.”

“Let me put it another way,” I told the police. “Sodomy is a crime in Malaysia and you can get sent to jail for nine years for the crime of sodomy even if you are a Deputy Prime Minister. In England, men can marry men and you will even receive a congratulatory message from the British Prime Minister. So, sodomy is not a crime in the UK and you do not go to jail.”

“In short,” I summed up. “Your Sedition Act is valid only in Malaysia and not outside Malaysia. So you cannot impose Malaysia’s Sedition Act on Malaysia Today which resides outside Malaysia. I can actually tell you to go to hell and that I will not waste eight hours answering all your questions. But I do not want you to think I am sombong so I was prepared to spend eight hours with you answering all your questions as I know you have a job to do and it is not your fault.”

I knew this officer was under tremendous pressure because every half an hour he would receive a phone call from his OCPD as well as the IGP asking about the progress of the interrogation. The top bosses were monitoring the whole situation and my interrogation was not a routine one at all. One senior Chinese officer who sat there the entire duration without opening his mouth revealed his true role when the only time he spoke was to utter the statement that I am trying to topple the IGP. That was what the police really wanted. It was payback time for the revelations of the links between the IGP and the Chinese organised crime syndicate.

Umno, however, had other motives. It was not about Malaysia Today insulting the Agong or Islam. They did not even have any evidence of this until that Chinese reporter helped them get onto the internet and access Malaysia Today’s website. What they were perturbed about is my article in my column No Holds Barred on 8 July 2007 about the powers of the Agong.

If you read Article 150 of the Federal Constitution of Malaysia -- which I have reproduced below -- you can see that the Agong has the power to remove the Prime Minister if the Agong perceives the Prime Minister as totally incompetent and a danger to the economic life and well-being of Malaysians. Of course, this has never been done before except in 1969 to address the problem of the May 13 race riots. But this does mean it cannot be done, just that it has never been done or done only once in 1969.

Note the key points in Article 150 such as:

1) If the Yang di-Pertuan Agong is satisfied
2) That a grave emergency exists
3) Whereby the security, or the economic life, or public order in the Federation or any part thereof is threatened
4) He may issue a Proclamation of Emergency making therein a declaration to that effect.
5) A Proclamation of Emergency may be issued before the actual occurrence of the event which threatens the security, or the economic life, or public order in the Federation
6) Except when both Houses of Parliament are sitting concurrently
7) The Yang di-Pertuan Agong is satisfied that certain circumstances exist which render it necessary for him to take immediate action
8) He may promulgate such ordinances as circumstances appear to him to require.
9) The Houses of Parliament shall be regarded as sitting only if the members of each House are respectively assembled together

Now, Article 150 is very clear in that the Agong can interpret the situation as he sees it and take action that he thinks is befitting the situation. Basically, it is his opinion and only his opinion that rules and he can act based on his opinion.

When this article was first published on 8 July 2007, it sent shockwaves right through the fourth floor and right up to the fifth floor of the Prime Minister’s office in Putrajaya. They suddenly realised that if the Agong perceives the Prime Minister as incompetent and a danger to this country, then the Agong can remove the Prime Minister and appoint anyone he so wishes to replace the Prime Minister. It need not be the Deputy Prime Minister or any of the Umno leaders. In theory, it can even be the Agong’s gardener if the Agong thinks he is better than the Prime Minister and the best man to lead this country.

And that was when Abdullah Ahmad Badawi decided to quietly sneak out of the country with his entire family. They suspected that this article of 8 July 2007 was not a coincidence but was instead a hint that the Agong may act within his powers under the Federal Constitution of Malaysia to sack the Prime Minister and replace him with someone better. The Prime Minister then summoned the IGP and the Director of the Special Branch to Australia to obtain feedback as to whether he is in danger of being ousted.

Earlier, Abdullah had announced the extension of the IGP's tenure on contract basis beyond 13 September 2007 when he is supposed to retire. Abdullah received a major blow yesterday during the Rulers' Conference when the Rulers expressed displeasure at Abdullah's announcement of this extension without first informing them about it. This was the Rulers' very strong message to Abdullah that they are not happy with the way he is running this country.

Abdullah is worried that Malaysia Today might be playing a role of ‘instigating’ the Rulers to sack him. They then sat down and came out with a plan to turn the Rulers against Malaysia Today by accusing Malaysia Today of insulting the Agong and Islam. They hope that by doing this the Rulers would get angry with Malaysia Today and be very grateful to Abdullah for putting Raja Petra in jail and in that same process protect and defend the image and dignity of the Rulers. In short, Abdullah wants the Rulers to think that Malaysia Today is their enemy while the Prime Minister is their friend. So, no need to sack Abdullah. Instead, put Raja Petra in jail. And with that Abdullah and his family can continue to live happily ever after as the First Family of Malaysia.

Abdullah is due back on 27 July 2007. According to his office, he may delay his return until the first week of August. Abdullah was hoping that by the time he returns on 27 July 2007, Raja Petra would be safely tucked away behind the high walls of the Sungai Buloh Prison and he can then request an audience with the Agong to inform the Agong how he defended the image and dignity of the Agong by punishing Raja Petra for the crime of insulting the Agong and Islam.

But they sent a fool to undertake the job of assassinating Raja Petra. This ex-Selangor Menteri Besar with two Muhamads in his name botched the mission. Abdullah now has to rethink his strategy as well as the date of his return home. Would he still be walking in the corridors of power or would he have to stay in Australia and apply for PR status? Yes, we live in interesting times. A certain Datuk from Abdullah’s camp phoned me last night and I told this Datuk to inform his boss that Raja Petra is bent on destroying Abdullah Ahmad Badawi and ensure that all that remains of him is a pile of dust. An Uncle to the Agong phoned me two days ago and said “Bodoh betul Mat Taib!”

Round One: Raja Petra. But will I also win Round Two? I don’t know yet. We will have to wait and see. Time will of course tell. But what I do know, it is a fight to the death and I really do not care whether that will be me.

Article 150 of the Federal Constitution of Malaysia

(1) If the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that a grave emergency exists whereby the security, or the economic life, or public order in the Federation or any part thereof is threatened, he may issue a Proclamation of Emergency making therein a declaration to that effect.

(2) A Proclamation of Emergency under Clause (1) may be issued before the actual occurrence of the event which threatens the security, or the economic life, or public order in the Federation or any part thereof if the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that there is imminent danger of the occurrence of such event.

(2A) The power conferred on the Yang di-Pertuan Agong by this Article shall include the power to issue different Proclamations on different grounds or in different circumstances, whether or not there is a Proclamation or Proclamations already issued by the Yang di-Pertuan Agong under Clause (1) and such Proclamation or Proclamations are in operation.

(2B) If at any time while a Proclamation of Emergency is in operation, except when both Houses of Parliament are sitting concurrently, the Yang di-Pertuan Agong is satisfied that certain circumstances exist which render it necessary for him to take immediate action, he may promulgate such ordinances as circumstances appear to him to require.

(2C) An ordinance promulgated under Clause (2B) shall have the same force and effect as an Act of Parliament, and shall continue in full force and effect as if it is an Act of Parliament until it is revoked or annulled under Clause (3) or until it lapses under Clause (7); and the power of the Yang di-Pertuan Agong to promulgate ordinances under Clause (2B) may be exercised in relation to any matter with respect to which Parliament has power to make laws regardless of the legislative or other procedures required to be followed, or the proportion of the total votes required to be had, in either House of Parliament.

(3) A Proclamation of Emergency and any ordinance promulgated under Clause (2B) shall be laid before both Houses of Parliament and, if not sooner revoked, shall cease to have effect if resolutions are passed by both Houses annulling such Proclamation or ordinance, but without prejudice to anything previously done by virtue thereof or to the power of the Yang di-Pertuan Agong to issue a new Proclamation under Clause (1) or promulgate any ordinance under Clause (2B).

(4) While a Proclamation of Emergency is in force the executive authority of the Federation shall, notwithstanding anything in this Constitution, extent to any matter within the legislative authority of a State and to the giving of directions to the Government of a State or to any officer or authority thereof.

(5) Subject to Clause (6A), while a Proclamation of Emergency is in force, Parliament may, not-withstanding anything in this Constitution make laws with respect to any matter, if it appears to Parliament that the law is required by reason of the emergency; and Article 79 shall not apply to a Bill for such a law or an amendment to such a Bill, nor shall any provision of this Constitution or of any written law which requires any consent or concurrence to the passing of a law or any consultation with respect thereto, or which restricts the coming into force of a law after it is passed or the presentation of a Bill to the Yang di-Pertuan Agong for his assent.

(6) Subject to Clause (6A), no provision of any ordinance promulgated under this Article, and no provision of any Act of Parliament which is passed while a Proclamation of Emergency is in force and which declares that the law appears to Parliament to be required by reason of the emergency, shall be invalid on the ground of inconsistency with any provision of this Constitution.

(6A) Clause (5) shall not extend the powers of Parliament with respect to any matter of Islamic law or the custom of the Malays, or with respect to any matter of native law or custom in the State of Sabah or Sarawak; nor shall Clause (6) validate any provision inconsistent with the provisions of this Constitution relating to any such matter or relating to religion, citizenship, or language.

(7) At the expiration of a period of six months beginning with the date on which a Proclamation of Emergency ceases to be in force, any ordinance promulgated in pursuance of the Proclamation and, to the extent that it could not have been validly made but for this Article any law made while the Proclamation was in force, shall cease to have effect, except as to things done or omitted to be done before the expiration of that period.

(8) Notwithstanding anything in this Constitution:
(a) the satisfaction of the Yang di-Pertuan Agong mentioned in Clause (1) and Clause (2B) shall be final and conclusive and shall not be challenged or called in question in any court on any ground; and
(b) no court shall have jurisdiction to entertain or determine any application, question or proceeding, in whatever form, on any ground, regarding the validity of-
(i) a Proclamation under Clauses (1) or of a declaration made in such Proclamation to the effect stated in Clause (1);
(ii) the continued operation of such Proclamation;
(iii) any ordinance promulgated under Clause (2B); or
(iv) the continuation in force of any such ordinance.

(9) For the purpose of this Article the Houses of Parliament shall be regarded as sitting only if the members of each House are respectively assembled together and carrying out the business of the House.

http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=6773

Wednesday, July 25, 2007

Mike Tyson Lawan M-Today
Atau UMNO Lawan Bloggers?

Laporan polis yang dibuat semalam oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Mike Tyson) terhadap Raja Petra Kamarudin (Pet atau RPK) dan Malaysia Today kini disifatkan oleh kebanyakan pihak bukannya sebagai satu kes yang straight forward membabitkan Mike Tyson lawan Raja Petra. Secara umumnya, ia disifatkan oleh masyarakat tempatan sebagai satu kes UMNO lawan bloggers Malaysia. Ia juga dikatakan sebagai satu langkah untuk menyemaikan rasa takut dan bimbang di kalangan komuniti bloggers di Malaysia.

Dalam laporan berkenaan, Muhammad dikatakan sebagai mendakwa bahawa Malaysia Today telah menerbitkan satu siri komen dan kenyataan yang disifatkan sebagai menghina SPB Yang di-Pertuan Agong, memburuk-burukkan Islam dan membangkitkan kebencian serta sikap keganasan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang keturunan.

Sebagai jawapan kepada dakwaan tersebut, RPK menyatakan dalam artikel terbarunya semalam bahawa: “Many people from the media phoned me today to ask me my comments on the police report against Malaysia Today and me. Well, this is my response to that police report against Malaysia Today and me. I would just like to say: go to hell Muhamad the son of Muhamad. You are a disgrace to the Muhamad name. And let me tell you Muhamad the son of Muhamad: you should thank your lucky stars that this is 2007 and not 1907. If this was 1907 instead of 2007 I would challenge you to a duel. It would be a man-to-man, one-to-one duel. It would be a duel to the death with kerises.” [saya sengaja tidak menterjemahkan kenyataan RPK ini untuk memelihara akauntabiliti, ketulenan serta ketepatan bahasa dan maksudnya.]

Untuk membaca kenyataan penuh RPK, sila klik link berikut: http://malaysia-today.net/blog2006/holds.php?itemid=6714. Secara umumnya, jawapan RPK menerusi artikel tersebut disifatkan oleh banyak pihak sebagai satu tindakan yang mungkin boleh membawa lebih banyak implikasi negatif kepada Muhammad dan UMNO berbanding kesan laporan polis Muhammad kepada RPK.

Sebilangan besar warga maya tempatan pula mengandaikan tindakan mutakhir oleh UMNO ini sebagai satu titik permulaan kepada suatu tindakan yang mungkin akan dikenakan terhadap golongan bloggers politik di Malaysia. Saya tidak pasti sejauh manakah kebenaran andaian seperti ini. Bagaimanapun, satu kemungkinan agak pasti - bahawa laporan polis itu disifatkan sebagai merupakan satu daripada pelbagai perkembangan yang mungkin akan kita saksikan pada hari-hari atau bulan-bulan mendatang ini.

Saya yakin tindakan terbaru ini tidak didayausahakan oleh pihak kerajaan atau agensi-agensinya yang relevan dengan hal ehwal ICT. Tindakan ini lebih disifatkan sebagai satu langkah oleh pihak UMNO yang didakwa sebagai bertujuan menyemaikan perasaan takut dan bimbang dalam kalangan komuniti bloggers politik khususnya dan seluruh bloggers Malaysia secara umumnya.

Pendek kata, laporan polis terhadap Malaysia Today dan RPK, walaupun halal di sisi undang-undang, adalah satu kes yang kini dilihat oleh masyarakat umum sebagai tidakan UMNO lawan Bloggers. Pada perkiraan akhirnya, masyarakat umum juga berpendapat bahawa UMNO dan bukannya bloggers, adalah pihak yang akan menerima lebih banyak kerugian.

Hakikatnya demikian kerana majoriti bloggers Malaysia bukannya seperti RPK, Datuk A Kadir Jasin, Datuk Rejal Arbee, Datuk Paduka Marina Mahathir, Ahirudin Attan, Zaharin Yassin, Jeff Ooi, Nuraina A Samad dan saya sendiri yang berani memaparkan nama dan identiti kami di dalam blog masing-masing.

Sebaliknya, sebilangan besar bloggers politik Malaysia masih memilih untuk berselindung di sebalik topeng dan identiti yang dirahsiakan. Majoriti golongan ini pula adalah professional daripada pelbagai disiplin, termasuk jurutera, peguam, penganalisis kewangan, pakar ekonomi, wartawan, pengamal perubatan, tenaga akademik dan juga ahli politik pembangkang dan pemerintah.

Menurut satu direktori on-line mengenai bloggers - http://sopo-sentral.blogspot.com - kini terdapat 500 bloggers sosio-politik di Malaysia. Jumlah ini kian meningkat dari sehari ke sehari. Dan, sebilangan besar bloggers ini adalah mereka yang menggunakan identiti yang dirahsiakan.

Oleh itu, UMNO dan Muhammad memang boleh mengambil apa jua tindakan yang difikirkan perlu demi mencapai matlamatnya. UMNO juga mungkin boleh mengambil tindakan terhadap bloggers seperti saya jika difikirkan perlu dan kena pada masanya. Tetapi, mampukah UMNO menyekat bloggers politik jenis Zorro daripada meluahkan pandangan serta buah fikiran mereka mengenai kesaksamaan, kesamarataan, ketelusan, keberanan dan keadilan ke ruang siber menerusi blog mereka?

UMNO dan Muhammad mungkin terdaya untuk “membisukan” bloggers politik yang mendedahkan nama dan identiti mereka. UMNO dan Muhammad mungkin terdaya melakukan ini semua secara baling batu sembunyi tangan, secara rasmi atau secara terbuka. Tetapi, terdayakah mereka melakukan tindakan yang sama terhadap bloggers politik kategori Zorro? Saya pasti bloggers jenis Zorro ini akan bertindak balas dengan nafas dan kekuatan yang meningkat, memuncak dan melonjak.

Saya bukannya jurucakap kepada bloggers Malaysia. Tetapi, saya yakin mengenai hal ini kerana semangat “comradeship” di kalangan majoriti bloggers – tanpa mengira politik dan ideologi - adalah real, jitu dan abadi. Mereka akan bertindak balas dengan kekuatan dan semangat yang tinggi. Mereka tidak mudah menyerah kalah kepada apa jua ugutan dan ancaman.

Saya amat pasti terhadap tindak balas sebegini kerana sebilangan bloggers Malaysia menulis blog dari dasar jiwa, kalbu dan nurani masing-masing demi kesaksamaan, kebenaran, ketelusan dan keadilan. Mereka bukannya bloggers upahan seperti kelompok yang dipercayai berada di bawah pimpinan Azalina Othman. Mereka tidak dibayar sebarang elaun bulan tetap yang dikatakan dalam lingkungan RM1600 hingga RM2600 seorang. Mereka tidak menulis blog untuk cari makan. Mereka menulis blog secara sukarela. [Semalam saya telah dimaklumkan oleh satu sumber yang berautoriti bahawa Azalina kini dikatakan mengepalai sejumlah 200 bloggers di seluruh negara. Seandainya secara hitung panjang, setiap blogger upahan ini menerima RM2,000 sebulan, maka sejumlah wang tidak kurang daripada RM400,000 dipercayai dibelanjakan untuk mereka pada setiap bulan. Bukankah ini satu jumlah wang yang besar? Duit siapa agaknya?]

Satu lagi hakikat yang signifiken dan perlu diambil nota oleh UMNO adalah kekuatan bloggers politik di Malaysia. Mereka menerima hits yang besar dan mempunyai pengikut yang ramai. Secara kumulatif, hits harian mereka adalah berjuta jumlahnya. Semalam sahaja contohnya, Malaysia Today sendiri menerima sejumlah hampir empat juta hits.

Mengambilkira seluruh hakikat di atas, apa yang sedang dilakukan oleh Muhammad dan UMNO terhadap Malaysia Today dan RPK, walaupun halal di sisi undang-undang, adalah suatu tindakan yang kaunter produktif. Ia disifatkan oleh masyarakat umum sebagai satu tindakan yang boleh mewujudkan reaksi dan tindakbalas. Ia disifatkan sebagai telah melukakan hati majoriti bloggers dan surfers internet di Malaysia. Ia dipercayai akan mengundang tentangan yang semakin keras. Ia juga disifatkan sebagai tindakan yang mungkin boleh menambahkan peluang pembangkang dalam pilihanraya umum yang dikatakan akan diadakan pada September 2007 ini.

Sebagai seorang ahli UMNO, saya amat prihatin terhadap implikasi seperti ini. Tetapi, pokok persoalannya di sini adalah: adakah pucuk kepimpinan UMNO juga mempunyai keprihatinan yang serupa? Kalau serupa, dengan takzimnya saya berharap semoga pucuk pimpinan UMNO akan menggunakan kebijaksanaan semaksima yang mungkin dan kredibiliti yang paling terpuji dalam menangani kes ini.

Akhir kata, dengan ikhlas dan takzimnya saya harap pucuk pimpinan UMNO akan menerima pandangan ringkas saya ini secara terbuka dan serius demi kebaikan semua pihak, khususnya masyarakat Melayu yang masih memilih untuk berjuang bersama-sama UMNO demi agama, bangsa dan negara. – Ruhanie Ahmad
Terkini Mengenai RPK


Latest from Malaysia Today: Raja Petra Kamarudin has been summoned to the Dang Wangi Police Station, Jalan Staduim, at 11.00am today (25 July 2007) for his statement to be recorded with regards to the police report made by the Umno Information Chief. It is believed a second police report has also been made with regards to the article Raja Petra wrote called ‘See you in hell Muhamad son of Muhamad’.

http://rockybru.blogspot.com/

Saturday, July 21, 2007

Pertubuhan Professional Melayu
Kesal WPI Pentingkan Singapura

Sebuah pertubuhan professional Melayu kesal kerana Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) “meletakkan kepentingan Negara Singapura sama taraf dan penting dengan kepentingan Negara Malaysia dengan polisi-polisi dan teras-teras yang benar-benar mencabar kedaulatan negara Malaysia.”

Oleh itu, pertubuhan berkenaan meneggesa supaya “visi dan misi WPI mestilah untuk kepentingan Negara Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat dan bukan sekali-kali bertujuan untuk mengintegrasikan kepentingan Negara Singapura.”

Itulah kandungan satu daripada 20 tuntutan yang terangkum dalam memorandum mengenai WPI yang telah dihantar oleh pertubuhan berkenaan kepada Majlis Raja-Raja Melayu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Sultan Johor, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Johor dan Tun Musa Hitam.

Dalam memorandum berkenaan, pertubuhan itu “menuntut agar visi dan misi WPI diwujudkan hanya untuk kepentingan Negara Malaysia dan rakyatnya dan bukan untuk membantu Negara Singapura secara mutlak.”

Pertubuhan tersebut “menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia untuk membangunkan WPI dan tidak sekali-kali menolak pembangunan yang dapat menjana peningkatan ekonomi rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu.”

Bagaimanapun, pertubuhan itu “merasakan kerajaan telah dengan sengaja atau tidak sengaja mengambil kira kepentingan Singapura di masa hadapan dan diterapkan secara jelas sebagai salah satu teras WPI.”

Dalam kontks ini, pertubuhan itu memetik beberapa bab dalam Comprehensive Development Plan (CDP) WPI. Pertamanya adalah daripada Bab 4, Bahagian 2, Mukasurat 7, yang menegaskan seperti berikut:

“Singapura telah menghampiri had fisikal daripada tanah persisiran pantainya dan kawasan lautnya, dengan ini adalah dipercayai bahawa strategi Singapura adalah untuk memindahkan sebarang pembangunan yang bersifat intensif buruh dan tanah dan ‘lower value added industries’ ke Johor dan Batam atau JSI nodes. Ini adalah untuk mengambil peluang kepada kawasan tanah yang ditawarkan oleh Johor dan Batam.”

Keduanya, pertubuhan itu memetik Bab 12, Bahagian 3, Mukasurat 13 dalam CDP tersebut yang merujuk kepada “Proposed Nusajaya Free Access Zone” (FAZ).

Dalam konteks ini, pertubuhan berkenaan menyatakan bahawa FAZ ini “dengan jelas meletakkan salah satu objektifnya adalah untuk memperbaiki atau memudahkan ‘lingakes’ antara WPI dan Singapura. Menurut cadangannya, FAZ dijadikan Bandar 24 jam dan memang jelas bahawa WPI akan dipergunakan dan menjadi mangsa untuk menyokong ekonomi Singapura.”

Berikutnya, pertubuhan itu merujuk kepada Bab 3, Bahagian 1, Mukasurat 9, dalam Strategi Pembangunan Fisikal WPI “yang dengan jelas menyatakan bahawa SJER (WPI) adalah dirancang dan akan dibangunkan sebagai salah satu titik pertemuan sejagat yang terdiri daripada Johor, Singapura dan Indonesia. Sekali lagi, dengan jelas tercatat bahawa kejayaan WPI adalah sangat bergantung kepada penyrtaan Singapura di dalam perancangan WPI dan terasnya.”

Seluruh hakikat di atas dikesali oleh pertubuhan berkenaan. Ia “kesal dengan tindakan untuk meletakkan kepentingan Negara Singapura sama taraf dan penting dengan kepentingan Negara Malaysia dengan polisi-polisi dan teras-teras yang benar-benar mencabar kedaulatan Negara.”

Untuk mengakhiri tuntutan di atas, pertubuhan itu menyatakan bahawa “ini adalah bukan caranya untuk menyambut kemerdekaan Negara yang ke-50.”

Komen: Saya sangat berminat untuk mengetahui reaksi pihak-pihak yang menjadi sasaran memorandum pertubuhan berkenaan. Ini kerana pandangan sebilangan bloggers yang terlebih awal mengkritik soal kepentingan Singapura yang amat menonjol dalam WPI telah menyebabkan bloggers berkenaan dicap kononnya sebagai golongan anti-pembangunan dan anti-kerajaan.

[Posting akan datang akan memuatkan tuntutan mengenai perlunya diwujudkan sebuah markas kawalan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia dalam kawasan WPI.] - Ruhanie Ahmad

Friday, July 20, 2007

Tanggal 20072007 Hanya Wujud
Sekali Dalam Seumur Hidup Kita

Hari ini, Jumaat, 20 Julai Jumaat 2007. Secara numerical, hari ini adalah 20-07-2007, atau lebih mudah untuk diingat kalau di sebut 20072007.

Ini bermakna hari ini adalah sangat istimewa kerana tarikh ini hanya sekali sahaja kita lalui dalam seumur hidup kita.

Memang tiada apa-apa signifiken kepada nombor 20072007. Tetapi, tarikh ini adalah cukup istimewa kepada sejarah hidup kita bersama.

Marilah kita ambil sempena tarikh ini untuk kita baiki lagi diri kita, baik dari segi iman, aqidah, ibadah, iktisad atau pun siasah.

Mudah-mudahan Allah SWT akan terus memandu hidup kita ke arah jalan yang sentiasa lurus dan benar demi agama, diri, keluarga, bangsa dan negara. - Ruhanie Ahmad

Thursday, July 19, 2007

Salam Takzim Khas Buat
Jeneral Husainay Hashim

Saya difahamkan ibu pejabat UMNO Malaysia akan mengadakan satu pertemuan dengan bloggers politik Melayu pada Jumaat, 20 Julai 2007.

Saya dapat tau, nama Datuk A Kadir Jasin dan saya telah dimasukkan ke dalam senarai bloggers yang akan dijemput ke pertemuan tersebut.

Bagaimanapun, saya juga difahamkan oleh bberapa sahabat daripada ibu pejabat UMNO bahawa penyenaraian nama Kadir dan saya sendiri ke dalam senarai jemputan itu dikatakan telah menyebabkan Setiausaha Kerja UMNO, Jeneral (B) Datuk Husainay Hashim, marah-marah.

Jangan bimbang Jeneral. Tak payah marah-marah. Saya tak hairan kalau tidak diundang ke pertemuan itu. Kalau diundang pun saya tak akan hadir.

Baca teks sepenuhnya di:

www.mayaputera.blogspot.com
Satu Kertas Tuntutan Mengenai WPI
Dihantar Kepada Raja-Raja Melayu

Sebuah pertubuhan professional Melayu telah menghantar satu memorandum mengandungi duapuluh (20) tuntutan khusus mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kepada Majlis Raja-Raja Melayu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Sultan Johor, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Johor dan Tun Musa Hitam selaku salah seorang Ahli Penasihat WPI.

Kertas tuntutan ini disediakan dalam bahasa yang sopan, diplomatik dan berhemah. Kandungannya berpaksikan kepada agenda dan kepentingan Melayu dan Islam. Matlamatnya adalah “untuk memberikan kerjasama kepada pihak Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor dalam mengenalpasti polisi-polisi WPI yang longgar dan yang perlu diperkukuhkan demi memelihara kesucian agama Islam, hak-hak bangsa Melayu dan keselamatan negara Malaysia yang berdaulat.”

Intisari utama kertas tuntutan ini pula adalah supaya diperkukuhkan Akta 664 Iskandar Development Authority (IRDA) serta tujuh polisi khusus WPI – polisi-polisi penguatkuasaan dan pentadbiran; polisi-polisi pelaburan asing; polisi-polisi pembangunan hartanah; polisi-polisi pembangunan sektor industri; polisi-polisi sokongan, termasuk perumahan dan hiburan; dan polisi-polisi pembangunan insan.

Satu salinan kertas tuntutan bertarikh 10 Julai 2007 itu difahamkan telah disampaikan sendiri oleh sekumpulan wakil pertubuhan berkenaan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau berlepas ke Australia beberapa hari yang lalu.

[Blog ini akan berusaha memperincikan beberapa aspek tuntutan ini dalam posting akan datang.] – Ruhanie Ahmad

Wednesday, July 18, 2007

Kibarkan Bendera
Di Hujung Benua..

Johor adalah sebuah negeri dalam Malaysia yang sedang hebat dipolemikkan oleh rakyat jelata berikutan penubuhan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Di zaman purba, Johor dikenali sebagai Ujung Tanah. Kadang-kadang, ia juga dikenali sebagai Tanah Hujung Benua. Ini kerana Johor adalah tanah besar benua Asia yang paling selatan sekali lokasi geografinya.

Ujung Tanah ini kemudiannya dikenali sebagai Johor. Nama ini diperolehi daripada jauhar - perkataan Arab yang bererti permata, intan atau berlian.

Hingga ke hari ini, ejaan rasmi Johor dalam jawi adalah jim-wau-ha-ro. Kalau dieja jim-wau mati depan jo, dan ha-ro mati depan hor, bunyinya adalah Johor. Tetapi, kalau dieja jim-wau mati depan jo, dan ha-ro mati di atas har, bunyinya adalah jauhar.

Tidak wujud rekod terperinci untuk merasionalkan mengapa Johor memperolehi namanya daripada perkataan jauhar. Tidak juga terdapat maklumat sama ada perkataan jauhar ini diambil secara hakikat atau secara perlambangan sahaja.

Kalau perkataan jauhar diambil secara hakikat, ini bermakna intan dan berlian mungkin terdapat di bumi Johor di zaman purba kala. Tetapi, jika perkataan jauhar hanya diambil ertinya secara tersirat, ini adalah kerana lokasi Johor yang amat strategik diperlambangkan umpama intan dan berlian.

Menurut http://en.wikipedia.org/wiki/Johor, “The name Johor originated from the Arabic mohammadword Jauhar, gem/precious stone .” [maksudnya: nama Johor berasal daripada perkataan Jauhar – manikam atau batu permata.]

Sama ada jauhar, permata atau sebaliknya, Johor memanglah strategik daripada segi geopolitiknya. Kepada Malaysia, Johor adalah strategik dan penting kerana ia menguasai tiga perairan utama di wilayah ini - Selat Melaka di barat, Laut Cina Selatan di timur dan Selat Teberau di selatan.

Johor juga penting dan strategik kepada Malaysia kerana ia adalah wilayah yang jadi pintu keluar-masuk ke Republik Singapura.

Kepada Singapura, Johor adalah strategik dan penting kerana di negeri ini wujud dua loji air milik republik itu. Johor juga dirangkumkan ke dalam strategi pertahanan hadapan Singapura. Ini bererti, seandainya terjadi sebarang serangan di hari muka, Johor mungkin dijadikan medan pertempuran oleh tentera Singapura.

Jadi, salahkah saya berkempen semoga rakyat jelata Johor mengibarkan bendera negeri dan bendera Malaysia secara besar-besaran sempena sambutan 50 tahun kemerdekaan tanah air tercinta ini? Bukankah ini satu usaha simbolik untuk mengekspresikan perasaan prihatin, cinta, kasih dan sayang rakyat jelata kepada negara?

Kempen mengibarkan bendera negeri dan negara bukannya satu jenayah. Lantaran itu, marilah sama-sama kita kibarkan kedua-dua bendera ini mulai sekarang.

Hidup Johor
Hidup Malaysia
Kepada Allah Berserah!

- Ruhanie Ahmad

Monday, July 16, 2007

Lee Kuan Yew Dinasihat
Jangan Beri Kenyataan 'Celupar'

SANTUBONG, 15 Julai (Bernama) --- Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew sekali lagi diingatkan agar tidak memberi sebarang kenyataan berbentuk celupar terdapat hal ehwal politik dan pembangunan di Malaysia.

Timbalan Menteri Penerangan Datuk Ahmad Zahid Hamidi berkata kenyataan daripada Lee boleh dianggap sebagai kenyataan seorang yang "nyanyuk" khasnya berhubung gerakaan Umno Johor untuk menjatuhkan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan menakut-nakutkan pelabur dari Singapura berhubung projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

"Kenyataan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew baru-baru ini dianggap sebagai satu kenyataan yang celupar terhadap jirannya Malaysia, ini satu tindakan untuk sabotaj Malaysia, kita beri peringatan kepada beliau jagalah negaranya sendiri, tak perlu celupar beri komen hal-hal di Malaysia," katanya kepada pemberita selepas majlis pelancaran komuniti bestari peringkat negeri di sini hari ini.

Zahid berkata Malaysia tidak pernah menghalang Singapura untuk melabur di Malaysia dan kedatangan mereka ke negara ini amat dialu-alukan.

Katanya Singapura tidak perlu rasa tergugat sekiranya WPI dilaksanakan kerana ia adalah untuk kebaikan bersama antara Malaysia dan Singapura.

Pada 30 Jun lalu, Lee ketika ditemuramah akhbar Berita Harian Singapura mendakwa terdapatnya gerakan oleh Umno Johor untuk menjatuhkan kepimpinan Abdullah.

--BERNAMA

Untuk berita selanjutnya sila klik:
Umno Perlu Berani Lawan
Isu Cabar Hak Orang Melayu

KUANTAN: Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob, berkata Umno semakin takut untuk menyuarakan perkara sensitif, termasuk isu yang mencabar kepentingan orang Melayu sehingga ada pihak lain berani melakukannya secara terbuka.


Generasi Muda Diingat
Terus Semarak Semangat DEB

JOHOR BAHARU, 14 Julai (Bernama) -- Naib Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengingatkan pemimpin dan generasi muda supaya terus menyemarakkan semangat Dasar Ekonomi Baru (DEB) bagi terus mencapai kemajuan bangsa dan negara.


Untuk teks sepenuhnya sila klik:

www.mayaputera.blogspot.com

Saturday, July 14, 2007

Tun Dr Mahathir Dan Tun Siti Hasmah
Ucap Terima Kasih Kepada Warga Maya

"Saya dan isteri saya ingin mengucapkan terima kasih kepada
pengendali dan semua pembaca laman web ini yang telah
menyampaikan ucap selamat dan yang telah
mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kami sempena
ulangtahun hari jadi kami berdua.
Ingatan semua terhadap diri kami berdua amatlah kami hargai. "

Dr Mahathir bin Mohamad
Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Putrajaya
Julai 13, 2007

Thursday, July 12, 2007

Selamat Harijadi Tun
TDM 28, Hasmah 18?

Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, Tanggal 11 Julai 2007: Tun Dr Mahathir Mohamad kelihatan segak, segar bugar, sentiasa mengukir senyum, wajahnya juga tetap berseri-seri. Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali pula sentiasa lemah lembut dan menawan. Mereka adalah pasangan suami isteri yang ideal.

Harijadi Mahathir dan Hasmah hanya selang dua hari. Tahun kelahiran mereka pula hanya berbeza setahun. Mahathir lahir pada 10 Julai 1925. (Tetapi, tarikh “rasmi” kelahirannya adalah 20 Disember 1925.) Tun Hasmah pula lahir pada 12 Julai 1926.

Yayasan Kepimpinan Perdana (YKP) menganjurkan Majlis Harijadi bagi kedua-duanya pada 11 Julai 2007 - sehari terlewat bagi Mahathir dan sehari terawal bagi Hasmah.

Kira-kira 150 orang menghadiri majlis tersebut. Ini termasuklah beberapa tokoh politik veteran, tokoh korporat, beberapa pesara pegawai tinggi kerajaan, sahabat handai, kakitangan YKP, beberapa penulis dan juga bloggers.

Antaranya adalah Tengku Razaleigh Hamzah (Ahli Parlimen Gua Musang), Tan Sri Sanusi Junid (bekas Setiausaha Agung UMNO), Tan Sri Megat Junid (bekas menteri), Tan Sri Abdullah Ahmad (Kok Lanas), dan Tengku Mahlel (mantan CEO Proton).

Majlis yang dibuka dengan bacaan doa selamat, diserikan dengan satu persembahan piano oleh Hasmah yang menyampaikan lagu Getaran Jiwa, diakhiri dengan upacara memotong pulut kuning dan ucapan ringkas Mahathir dan Hasmah.

Secara berjenaka, Hasmah menyatakan, kini Mahathir berusia 28 tahun, sementara dirinya sendiri berusia 18 tahun…. Hadirin ketawa berderai-derai…

Selamat harijadi Tun.. Sama ada anda berdua berusia 28 dan 18 tahun, atau pun 82 dan 81 tahun, anda adalah kesayangan majoriti rakyat Malaysia. Semoga Allah melanjutkan usia anda berdua dengan iman yang kukuh, kesihatan yang terpelihara dan semangat juang yang terus membara untuk agama, bangsa dan negara. – Ruhanie Ahmad
Buat Tun Dr Mahathir
Dan Tun Siti Hasmah

[Oleh Datuk Ahmad A Talib]

penghulu kata pendulu bicara
izinkan saya sedikit masa
berkongsi sepatah dua kata
sambil duduk bertentang mata
sebelum kita menjamu selera

assalamualaikum dan good afternoon
kepada hadirin dan kedua Tun
jika bunyi kurang santun
mohon maaf, mohon ampun

kita berkumpul sebagai keluarga
meraikan bapa dan ibu tercinta
tak ada mereka tak ada kita
itulah ayat pendekar tua

bukan tujuan mahu meminta
tidak juga ingin bercerita
cuma mahu bertentang mata
mengatakan kasih kepada Tun berdua

di sini kita duduk bersama
adik kakak, abang dan anak
dalam suasana penuh gembira
kerana kita berkeluarga semua

jika dahulu Tun Mahathir berkuasa
didamping pula Tun Siti yang setia
kini, mereka dah ada yang lupa
mungkin tak sengaja...

wahai kedua ibu dan bapa
kami ikuti kisah mu berdua
ke sana ke mari seia sekata
pahit manis dirasa bersama

tempoh hari Tun terlentang
dalam kesakitan jantung diserang
kami, adik kakak, abang dan anak
risau dan gundah, tidor tak nyenyak

namun, berat mata memandang,
berat lagi bahu memikul
dari jauh ramai juga yang datang
meninjau kesihatan berdoa panjang

berkat doa kita semua
dengan usaha tabib istimewa
permintaan kita dikabul jua
tun pulih sediakala

berjuang terus tanpa kira
kadangkala menunggang kuda
membikin kita risau semula
jika diikut langkah mereka

semakin jauh kita menjaja
membawa khidmat mengebar bendera
negara tercinta semakin ternama
jangan dikira usia mereka

ia cuma angka semata
cuba selami jiwa mereka
mungkin terasa semangat waja
budi dan jasa ditabur merata

tunjuk ajar diberi percuma
ramai penerima mengumpul harta
tak kurang juga yang mudah lupa

years ago when you were in power
never did once you surrender
acknowledged by all as the consumate leader
taking the nation to the world yonder

ninety-seven, and, ninety eight
turbulent years, everyone said
street wars and currency raid
we found ourselves going into the red

when others were full of doubt
instead, you chose to shout
and proved beyond a shadow of doubt
why we need to stay above board

if, today we have excelled
it's partly because you taught us well
now, allow us to wish you both well
and may your good fortune continue to swell
still, if there's anything you need, pray tell

udah, cukuplah dulu kita bercerita
iinsya allah disambung di lain masa
mari kira raikan ibu dan bapa
tak ada mereka tak ada kita

pulau pandan jauh ketengah
gunung daik bercabang tiga
hancur badan dikandung tanah
budi yang baik dikenang juga

pisang emas dibawa belayar
masak sebiji di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi di bawa mati

kalau ada jarum yang patah
jangan disimpan di dalam peti
kalau ada silap dan salah
jangan disimpan di dalam hati

Ahmad A Talib
10 Julai, 2007
Kuala Lumpur

Tuesday, July 10, 2007

Selamat Harijadi Tun Mahathir

Hari ini Tun Dr Mahathir Mohamad genap berusia 82 tahun. Tarikh lahir beliau sebenarnya adalah 10 Julai 1925. Bagaimanapun tarikh “rasmi” hari kelahiran beliau adalah 20 Disember 1925.

Saya sekeluarga mendoakan selamat panjang umur kepada Tun Dr Mahathir dan semoga Allah akan terus merstui perjuangan beliau untuk agama, bangsa dan negara.

Sempena harijadi ini, mudah-mudahan rakyat jelata Malaysia akan terus menyambung perjuangan Tun Dr Mahathir yang belum selesai, khususnya untuk mempastikan Wawasan 2020 menjadi realiti yang membanggakan Malaysia.

Selamat Harijadi Tun. Majoriti rakyat masih bersamamu dalam perjuangan memartabatkan Malaysia! – Ruhanie Ahmad


Monday, July 09, 2007

Bendera Johor Jadi Khazanah
Keturunan Melayu Cape Town

Pada pertenghan 90-an saya berpeluang menziarahi sekumpulan komuniti Melayu Cape Town di Afrika Selatan. Di antara mereka, ada yang nenek moyangnya berasal daripada Johor. Salah seorang daripadanya adalah Ismail Harrison.

Saya bertemu Ismail sewaktu menghadiri suatu majlis anjuran Melayu Cape Town untuk meraikan lawatan rasmi Tun Dr Mahathir Mohamad. Sebaik sahaja Ismail mengetahui bahawa saya berasal daripada Johor, beliau pun mempersilakan saya berkunjung ke rumahnya di Malay Quarters, Bakap, hanya beberapa kilometer daripada pusat Bandar Cape Town.

Setelah kami berjemaah Asyar di Masjid Bakap, Ismail membawa saya ke rumahnya. Dia dan keluarganya menjamu saya dengan hidangan nasi beryani. Sesudah itu, Ismail membawa keluar satu kotak berukuran tiga kaki panjang, dua kaki lebar dan enam inci tingginya.

Saya tidak tahu apa kandungan kotak itu. Dengan wajar berseri-seri, Ismail membuka kotak tersebut. Isinya adalah adalah satu kain yang dilipat rapi.

“This our family treasure,” katanya. [maksudnya, ini adalah khazanah keluarga saya.]

Saya amat terkejut kerana khazanah keluarga Ismail yang dikeluarkan daripada kotak tersebut adalah sehelai bendera Johor berukuran kira-kira satu depa panjangnya dan kira-kira setengah depa lebarnya.

Saya pun membelek-belek bendera itu yang telah dihamparkan oleh Ismail di atas karpet di ruang tamu rumahnya. Ia diperbuat daripada kain satin. Ia sudah reput di makan zaman. Tetapi kilau warna biru, merah dan putihnya masih tetap menawan.

Sesudah itu, Ismail pun menceritakan kisah dan sejarah bendera berkenaan. Katanya, bendera itu dihadiahkan oleh Almarhum DYMM Sultan Abu Bakar kepada Allahyarham datuknya pada kurun ke-19.

Menurut Ismail, pada zaman itu Almarhum Sultan Abu Bakar sering berulang-alik dari Malaya ke London. Dan, Cape Town adalah salah satu destinasi persinggahan baginda.

Bendera itu dianugerahkan oleh Almarhum Sultan Abu Bakar kepada datuk Ismail setelah baginda mendapat tahu bahawa datuk Ismail berasal daripada Johor. Dia dibuang daerah oleh Inggeris kerana kononnya terlibat dalam gerakan anti-penjajah di Johor.

Kata Ismail: “I have no chance to fly this flag in Cape Town. But, I am very proud of this royal gift to my family. It has been with us for three generations.” [Maksudnya: Saya tidak berpeluang mengibarkan bendera ini di Cape Town. Tapi, kami amat bangga atas anugerah diraja ini kepada keluarga kami. Bendera ini sudah berada dalam simpanan kami selama tiga generasi.]

Katanya lagi: “I may not have the chance to set foot on Johore. But, I am a Johore Malay. My family are honoured to have you here today so that you can tell the people in Johore that we are part of you. This flag is the proof.” [maksudnya: Saya mungkin tidak akan berpeluang memijak bumi Johor. Tapi, keluarga kami berasa dihormati dengan kesudian anda berkunjung ke rumah kami supaya anda boleh sampaikan salam kepada warga Johor bahawa kami juga adalah anak-anak Johor. Bendera ini adalah saksi dan buktinya.”

Ismail menyatakan kata-kata di atas dengan nada yang sayu. Begitu pun, sayu suaranya dihiasi dengan wajah yang bangga sebagai anak Melayu keturunan Johor.

Saya mendengar kata-kata Ismail dengan penuh khusyuk. Pada ketika itu juga air mata saya berlenangan. Saya gembira. Saya bangga. Saya juga terharu di atas rindunya seorang keturunan Johor terhadap bumi tumpah darah nenek moyangnya. Saya juga terharu kerana keluarga Ismail sentiasa memuliakan bendera Johor yang sudah dalam simpanan selama beratus tahun.

Sesudah itu, saya pun jelaskan kepada Ismail erti lambang bintang dan bulan sabit serta warna-warna yang terdapat pada bendera Johor. Ismail kelihatan lebih bangga. Bendera itu pun dikucup dengan penuh takzim.

Ismail adalah seorang mekanik. Beliau juga seorang pelukis. Di Afrika Selatan, beliau terlibat dengan perjuangan anti-apartheid. Beliau menghormati bendera Afrika Selatan, bumi tumpah darahnya. Biarpun begitu, bendera Johor sentiasa berkibar di pelusuk hati dan sanubari dirinya dan seluruh keluarganya.

Demikianlah kisah ringkas Ismail dan bendera Johor di Cape Town, Afrika Selatan. Saya paparkan kisah ini untuk membuktikan betapa seorang anak Melayu keturunan Johor yang dilahirkan di bumi asing tetap memuliakan bendera negeri asal nenek moyangnya.

Maka, bagaimana kita semua? Kita anak-anak Johor, tidakkah kita terusik jiwa dengan kisah Ismail seperti di atas. Tidakkah kita kini terpanggil untuk memuliakan bendera Johor dan bendera Malaysia. Bukankah hari ini sangat-sangat diharapkan semoga seluruh anak Johor memuliakan bendera itu kerana situasi mutakhir menimbulkan persepsi bahawa bumi Johor seolah-olah sedang terancam?

Kibarkanlah bendera Johor seberapa banyak yang boleh di bumi Johor menjelang sambutan kemerdekaan negara yang ke-50 ini, Ogos ini. Kita mulakan dari sekarang. Mari sama-sama kita banjirkan seluruh Bandaraya Johor Bahru, kawasan WPI dan seluruh bumi Johor dengan bendera Johor yang melambangkan kedaulatan DYMM Sultan Johor, yang melambangkan jiwa kepahlawanan anak-anak Johor, dan melambangkan kesejagatan kerajaan Johor.

[nota: esok akan saya paparkan sokongan kempen ini daripada anak-anak Johor di seluruh negara dan juga sokongan moral daripada sahabat-sahabat kita yang bukan anak Johor.]

HIDUP JOHOR
HIDUP MALAYSIA
KEPADA ALLAH BERSERAH!

- Ruhanie Ahmad

Sunday, July 08, 2007

Bendera Johor Berdaulat

Bendera Johor sangat berdaulat. Di zaman penjajah, bendera tersebut sentiasa dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack - bendera British. Inilah hikmah kebijaksanaan kesultanan Johor untuk mempastikan kedaulatan sultan dan bumi Johor sentiasa dipelihara dan dipertahankan, waimah di era penjajahan.

Lantaran itu, marilah sama-sama kita hayati falsafah di sebalik simbol bintang bulan dan warna-warna pada bendera Johor.

Simbol anak bulan dan bintang yang berwarna putih melambangkan Agama Islam dan kesultanan Johor yang berdaulat. Warna merah melambangkan keperwiraan rakyat jelata Johor yang mempertahankan negeri. Warna biru tua pula mencerminkan kesejagatan kerajaan negeri.

Dalam ertikata yang mudah, bendera Johor adalah lambang kedaulatan DYMM Sultan Johor, keperwiraan rakyat jelata Johor dan kesejagatan kerajaan negeri Johor. Lebih jelas lagi, bendera Johor adalah lambang yang merangkumkan institusi kesultanan, rakyat jelata dan kerajaan negeri.

Hasil kebijaksanaan kesultanan Johor, pada 1885, United Kingdom setuju menandatangani satu perjanjian dengan Johor di mana negeri itu diiktiraf sebagai sebuah negeri merdeka yang mampu mengendalikan pentadbiran sendiri. Sebab itulah pegawai tinggi British yang ditugaskan ke Johor hanya bertindak sebagai konsultan, bukannya penasihat, seperti di lain-lain negeri di Tanah Melayu ketika itu.

Dan sebab itulah juga kesultanan Johor ketka itu boleh memilih untuk mengenepikan pandangan pegawai tinggi British dalam pengurusan negeri berkenaan di era penjajah.

Kedua-dua faktor di ataslah yang membolehkan bendera Johor dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack di zaman kolonialis. Ini bermakna bahawa kedaulatan sultan Johor dan bumi Johor sentiasa dihormati oleh British walaupun di zaman penjajah.

Lantaran itu, rakyat jelata Johor wajar berbangga dengan hakikat di atas. Mereka juga perlu menghargai kebijaksanaan kesultanan Johor yang mempertahankan dan memelihara kedaulatan dan maruah bumi Johor di era penjajah.

Oleh kerana sesuatu bendera itu melambangkan perpaduan sesuatu kelompok manusia dari semua latarbelakang kehidupan di dalam sesebuah negeri atau negara, mengapakah harus ada rakyat Johor yang kurang bersemangat untuk mengibarkan bendera Johor dan bendera Malaysia menjelang sambutan kemerdekaan ke-50?

Insaflah, kalau kesultanan Johor sentiasa memelihara dan mempertahankan kedaulatan bumi Johor dan rakyat jelatanya di era penjajah, menerusi bendera Johor yang dikibarkan lebih tinggi daripada Union Jack, tidakkah rakyat Johor hari ini rasa terpanggil untuk terus mempertahankan kedaulatan kesulatanan dan bumi Johor mutakhir daripada sebarang ganggu-gugat oleh mana-mana pihak?

Kibarkanlah bendera Johor dengan penuh semangat dan rasa cinta, kasih dan sayang yang total kepada Johor. Kibarkanlah juga bendera Malaysia atas dorongan semangat yang sama.

HIDUP JOHOR
HIDUP MALAYSIA
KEPADA ALLAH BERSERAH.
– Ruhanie Ahmad

Saturday, July 07, 2007

Kibarkanlah Bendera Johor

Hari Khamis lalu saya ke Johor Bahru. Hati saya sayup dan sedih mengenang nasib bumi di hujung benua ini yang kini seolah-olah digadaikan kepada maharaja pulau sekangkang kera.

Dalam keadaan demikian, saya terpandang bendera Johor berkibaran di bangunan Hospital Sultanah Aminah, bangunan Pusat Islam Johor dan lain-lainnya.

Lantas, semangat saya pun membara. Dan teringatlah saya bahawa rakyat bumi Johor sebenarnya adalah antara yang pertama sekali mempelopori perjuangan menentang penjajahan British yang memperkenalkan Gagasan Malayan Union pada 1946.

Di Batu Pahat, buat pertama kalinya tercetus slogan Hidup Melayu dari rongga ribuan orang Melayu yang berhimpunan di Kelab Melayu Batu Pahat pada awal 1946. Ketika itu mereka baru sahaja selesai menunaikan solat Jumaat di Masjid Jamek di Jalan Ampuan. Mereka bergegas ke Kelab Melayu untuk menghadiri satu sidang raksaksa.

Dalam persidangan itu, mereka mencetuskan U.M.O atau United Malays Organisation. Mereka dipimpin oleh DO Batu Pahat, Dato’ Onn Jaffar. UMO inilah yang pada 11 Mei 1946 bertukar menjadi UMNO atau United Malays Natinal Organisation atau Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu, atau PEKEMBAR.

Sesudah itu, saya terkenangkan pula bahawa di Istana Besar Johor Bahrulah UMNO dirasmikan penubuhannya. DYMM Sultan Johor ketika itu turut mencemar duli. Begitulah keramatnya UMNO. Dan seasudah itu, Ibupejabat UMNO pun diwujudkan di JB.

Saya insaf, kisah di atas adalah kisah lapok. Tapi lapok-lapoknya kisah itu ada relevannya dengan situasi mutakhir. Relevannya adalah: Johor yang jadi kubu kuat UMNO selama ini kenapa seolah-olah sedang dipermain-mainkan oleh kepimpinan tertinggi UMNO? Kenapa wujudkan WPI untuk majukan Johor? Selama ni pun Johor dah maju. Lepas Selangor dan Pulau Pinang, Johorlah antara yang termaju di Malaysia.

Jadi, apa mimpi pembesar negara hingga wujudkan WPI? Apa istimewanya WPI? Kenapa sebut WPI umpama Shenzen kepada Hong Kong? Shenzen dan Hong Kong bawah satu bendera. Tapi WPI dan Singapura berlainan bendera. Kenapa guna rasional tu? Johor dalam wilayah Singapura atau Singapura dalam wilayah Johor seperti di zaman purba kala?

Memang orang boleh tuduh saya berfikiran kolot. Ya lah. Tapi, kolot-kolotnya saya tidaklah sampai tergamak bertindak menggelarkan Johor Bahru sebagai Shenzen kepada Singapura!!!!!

Lepas tu ada pula jawatankuasa bersama peringkat Menteri Malaysia dan Singapura untuk WPI. Apa perlunya jawatankuasa itu kalau WPI dibuka kepada semua pelabur dari seluruh dunia? Jadi, what is so bloody damn special about Singapore????

Insaflah wahai pembesar negara. Ramai anak Johor kini makan hati berulam jantung. Titah DYMM Sultan Johor supaya Tambak Johor dipecah dan digantikan dengan sebuah jambatan, hanya dipadang sepi. Sewaktu bumi Johor selatan mahu dijadikan Shenzen kepada Singapura pun DYMM Sultan tidak dirundingi terlebih dulu.

Adakah ini bererti perjuangan silam warga DiRaja Johor dan anak-anak Johor dalam melakarkan perjuangan ke arah kemerdekaan negara, khususnya menerusi UMNO, kini sudah tidak lagi dikenang atau dihargai?

Tapi, siapalah saya untuk mempersoalkan semua ini? Pembesar negara tentu bijaksana dan tidak perlu dipersoalkan keputusannya. Teruskankahlah. Kalau ada jiwa yang terluka dengan tindakan itu, usah peduli.

Dalam keadaan begini, apa yang kita mampu hanyalah mengibarkan bendera Johor. Jadi, marilah seluruh anak-anak Johor perkuatkan semangat juang kita semua. Sebagai langkah awal, marilah kita kibarkan bendera Malaysia dan bendera Johor dengan seberapa banyak yang boleh menjelang bulan kemerdekaan negara kita Ogos ini.

Marilah kita kibarkan bendera kita mulai sekarang. Kalau boleh atas pokok dan atas bangunan pun kita kibar. Sapa boleh saman kita nak kibar bendera?

Korbankanlah sikit wang saku kita. Ayuh, bendera itulah lambang kemerdekaan dan kedaulatan kita. Kalau zaman dulu, orang sanggup mati kerana bendera. Hari ini, apa salahnya kita berkorban sedikit untuk beli bendera?

Insaflah wahai anak-anak Johor. Setiap inci bumi Johor mesti kita pertahankan kedaulatannya. Kibarkanlah bendera tanda kasih dan sayang kita kepada Johor. Kibarkanlah bendera Johor untuk kita beritahu sesiapa saja bahawa bumi Johor adalah bumi bertuah, bumi bersejarah, bumi berdaulat dan bumi merdeka dalam Malaysia!!!! – Ruhanie Ahmad

Thursday, July 05, 2007

Tun Mahathir Berjaya
Anwar Dalam Dilema!

Tun Mahathir Berjaya Ketepikan Saman Fitnah Anwar

KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berjaya mengetepikan saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Tengku Maimon Tuan Mat dalam keputusannya berkata saman Anwar terhadap Dr Mahathir itu tidak dapat diterima. – Bernama, 4 Julai, 2007.

Untuk berita sepenuhnya sila klik link berikut:

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=271207

Komen:

Berita Bernama di seperti di atas pastinya menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan PKR berada dalam dilema. Sekarang apa nak jadi? PKR kelihatan sedang kucar-kacir, masa depan DSAI juga seolah-olah sedang terumbang-ambing! Kalau selepas ini DSAI tergerak untuk kembali ke pangkuan UMNO, nampaknya beliau akan melalui satu jalan yang amat sukar! – Ruhanie Ahmad

Wednesday, July 04, 2007

Elegent Silence Dan Muka Sardin
Jadi Jawapan Kepada Kuan Yew?

Para pembesar UMNO nampaknya memang sangat-sangat menghayati istilah “elegent silence” yang diperkenalkan oleh Tun Musa Hitam. Sebab itulah mereka terus buat muka lawa (atau muka sardin) dan terus membisu seribu bahasa terhadap tuduhan LKY bahawa kini ada percubaan oleh sestengah pemimpin UMNO, khususnya UMNO Johor, untuk menyingkirkan
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Rakyat Malaysia dan ahli UMNO memahami Abdullah bila beliau terlupa memakai tali leher merah yang sama coraknya dengan lain-lain keluarga JPM Isnin lalu. Tetapi, adakah Abdullah juga mahu rakyat dan ahli UMNO juga memahami sebab-sebab beliau memilih “elegent silence”
terhadap dakwaan LKY tempohari?

Tek sepenuhnya:

www.mayaputera.blogspot.com

Tuesday, July 03, 2007

UMNO Pilih Elegent Silence
Kepada Tuduhan Kuan Yew?

Sudah tiga hari LKY menuduh adanya pemimpin UMNO, khususnya UMNO Johor,
cuba menyingkirkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Anehnya,
reaksi UMNO
hanya sunyi dan sepi.

Rakyat terus ternanti-nanti reaksi kepimpinan negara terhadap tuduhan LKY itu.
Jadi, janganlah sampai strategi ‘elegent silence’ ini menyebabkan lebih ramai
rakyat dicengkam dilemma dan keresahan.

Teks penuh:

www.mayaputera.blogspot.com

Sunday, July 01, 2007

Apa Motif Lee Kuan Yew?

Lee Kuan Yew sekali lagi masuk campur hal ehwal dalaman Malaysia. Bernama 30 Jun 2007 telah memetik beliau sebagai berkata bahawa pemimpin-pemimpin UMNO, terutamanya UMNO Johor, cuba menggulingkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi
selaku Perdana Menteri Malaysia.

Apakah motif LKY di sebalik tuduhan sedemikian? Apa hak beliau masuk campur urusan dalaman Malaysia? Sejak bilakah UMNO melantik beliau sebagai jurucakapnya? Bagaimanakah reaksi LKY kalau umpamanya ada pemimpin Malaysia yang menuduh wujudnya pemimpin-pemimpin PAP cuba menggulingkan Lee Hsien Loong, atau pun menuduh PAP sebagai parti racist yang meminggirkan Melayu Singapura secara sistematik?

Mungkinkah ada sesetengah pihak di Malaysia yang telah melantik LKY untuk mengeluarkan tuduhan sedemikian serius sebagai satu cara untuk memperkukuhkan kedudukan Abdullah mutakhir ini? Siapakah pihak-pihak ini?
Lee Kuan Yew Tuduh UMNO
Cuba Gulingkan PM Malaysia

Mentri Mentor Singapura, Lee Kuan Yew, hari ini dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa " pemimpin Umno, terutama dari Johor” kini “cuba menjatuhkan” Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Berita Bernama sepenuhnya adalah seperti berikut:

Pelabur S'pura Jangan Jangka Layanan Istimewa Di IDR, Kata Kuan Yew

Oleh Jackson Sawatan

SINGAPURA, 30 Jun (Bernama) -- Menteri Mentor Lee Kuan Yew berkata syarikat-syarikat dari Singapura yang berminat menyertai projek di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) tidak boleh menjangkakan layanan istimewa daripada Malaysia sebagaimana layanan murah hati China kepada Hong Kong di wilayah Shenzhen.

"Singapura tidak boleh menjangkakan layanan serupa dari Malaysia," kata Lee dalam wawancara khas dengan akhbar Berita Harian sempena ulang tahun ke-50 akhbar itu esok.

Lee, tokoh yang masih berpengaruh dalam kabinet Singapura, berkata syarikat-syarikat dari Singapura juga perlu menilai sama ada kehadiran mereka dialu-alukan di WPI memandangkan adanya suara bantahan di kalangan pemimpin Umno, terutamanya dari Johor.

"Adalah satu perkara bagi parti Pas cuba menjatuhkan Perdana Menteri, tetapi apabila pemimpin Umno, terutama dari Johor, turut bertindak serupa, pelabur dari Singapura mesti bertanya secara serius bila sikap itu akan berubah, dan sama ada mereka mengalu-alukan kita di IDR," kata beliau kepada akhbar itu.

WPI, seluas 2,217 km persegi di Johor selatan, merupakan projek utama kerajaan Malaysia yang disifatkan banyak pemerhati sebagai pelengkap kepada jiran serba modennya Singapura, sebagaimana Shenzhen melengkapi Hong Kong.

Lee juga berkata WPI boleh memberi tekanan kepada Singapura seperti juga Shenzhen yang memberi tekanan kepada kepada Hong Kong.

Menurut beliau, Shenzhen menarik industri-industri dari Hong Kong ke wilayahnya serta ke bandar-bandar berdekatan.

"Ini menyebabkan Hong Kong mempunyai hanya sedikit pusat pengilangan dan kadar pengangguran yang tinggi. Ekonomi Hong Kong kini bergantung kepada sektor perkhidmatan," kata beliau kepada Berita Harian, satu-satunya akhbar berbahasa Melayu di republik ini.

"Jika Singapura hilang banyak industri kepada IDR, kita akan menghadapi masalah pengangguran yang teruk kerana tidak semua pekerja kilang boleh mencari pekerjaan dalam sektor perkhidmatan."

Beliau bagaimanapun berkata Singapura tetap memberi sokongan kepada WPI kerana ia akan saling menguntungkan kedua-dua negara.

"Kita percaya dari perspektif lebih luas, adalah lebih baik bagi kedua-dua negara, dengan Malaysia menerima manfaat daripada pertumbuhan ekonomi Singapura, dan begitu juga Singapura," kata beliau.

Menurut beliau, politik dalaman dan bantahan terhadap penyertaan Singapura di WPI bertujuan mengeksploitasi isu-isu itu dan menjejas sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan terhadap kerjasama di wilayah pembangunan itu.

-- BERNAMA
30 Jun, 2007 12:53 PM
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=270514

Komen:

Tuduhan LKY di atas amat serius. Apakah motif beliau berbuat demikian? Untuk melemahkan UMNO? Untuk memporak-perandakan UMNO Johor? Untuk menutup mulut para pengkritik WPI? Atau sekadar reversed psychological warfare supaya Abdullah tidak lagi dikritik oleh rakyat Malaysia?

Apa reaksi UMNO? Apakah yang pentadbiran Abdullah akan buat? Bagaimanakah Wisma Putra menangani kenyataan LKY kali ini? Ruhanie Ahmad