Wednesday, May 16, 2007

Buat Tun Dr Mahathir
Dari Rakyat Malaysia

Berikutlah adalah ucap selamat dan doa buat Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang di rawat di IJN Kuala Lumpur mulai semalam, di mana keadaan beliau dilaporkan semakin pulih dan ceria.

Alkerohi: Bila difikirkan keadaan Tun, apa yang telah beliau lakukan kepada negara dari segi pembangunan dan kemajuan, bila dirasakan kenaikkan harga barangan di pasaran, bila dibandingkan pula Tun dengan kepimpinan sekarang, seperti dihambat minda ini untuk mengembalikan beliau ke kedudukan lama sebagai PM Malaysia. Kini dirasakan rakyat Malaysia seperti anak - anak kehilangan ibu.

Hamizi Hamdan: Harap TDM panjang umur...

Wong Soga: Kami baru pulang dari Ampang Puteri Medical Centre, melawat seorang sahabat lama - Pak Sidek Ghouse mantan setpol Tun Dr Mahathir yang sedang dalam pengawasan doktor. Dia pun baru masuk wad ini hari.

Saya tak kenal Tun Dr Mahathir secara peribadi. Tetapi, sewaktu menjadi kolumnis di sebuah akhbar dua ketika dahulu (1983 dan 1991-1992), saya banyak membahas program-program pembangunan serta langkah sosio-ekonomi serta politik yang beliau rancang dan/atau laksanakan di masa itu. Adakalanya tindakan Tun Dr Mahathir jadi bahan pujian, dan adakalanya juga jadi bahan kritikan. Namun saya sentiasa hormati beliau sebagai pemimpin dan negarawan.

Sama-samalah kita doakan yang terbaik bagi mereka berdua. Dan semoga Allah merahmati mereka, dan kita semua.

Renegix 01: Saya amat mengharapkan seorang pemimpin seperti Tun Dr Mahathir akan muncul dan menghapuskan segala kebejelagatan (?) yang melanda negara ini.

Karib Alam: Semoga Tun dipanjangkan umur.

Haji: Ya Allah Ya Tuhanku, Kepada Mu kami memohon agar insan yang sangat di hormati dan di sayangi segenap lapisan, Tun Dr Mahathir Mohammad di beri kesembuhan dan di lindungi dari musibbah, Amin Ya Rabbul Alamin.

[Doa buat Tun: Allahuma Sali Ala Saidina Muhammadin Thiibil Qulubi Wa dawa iha wa afiatan abdani wa syifa iha wanuril absari wa dhia iha bihaq qi azamati zatiqa ya Arhaman Rahimin. Amin Ya Allah, Amin Ya Rabbul Alamin]

Mama Irdina: Bila Datuk membuat entry mengenai pemimpin kesayangan saya, terdetik untuk saya drop comment. Saya sempat bekerja di bawah pimpinan Tun Dr Mahathir dan saya adore cara beliau kerja - tegas, yakin dan paling seronok, mendengar ucapan beliau semasa perhimpunan JPM yang sentiasa ringkas, tapi padat! Malah tak keterlaluan jika saya sentiasa ternanti-nanti himpunan pagi. Pada saya, Tun Dr Mahathir adalah pemimpin yang berjiwa besar, berfikiran jauh dan pemimpin yang cekap, tidak layan perkara-perkara renyah yang lekeh! Semoga Tun lekas sihat!

Sebaik sahaja saya mendengar khabar Tun Dr Mahathir dimasukkan ke hospital di Langkawi Isnin lalu, hati saya sedih dan pilu. Saya pecaya perasaan ini juga dikongsikan oleh jutaan rakyat Malaysia walau di mana mereka berada. Ya Allah kami memohon kepadaMu, sembuhkanlah pemimpin kami sayangi ini seperti sediakala. – Ruhanie Ahmad

11 comments:

maskadove said...
This comment has been removed by the author.
maskadove said...

kupohon kehadrat Illahi... Maha Suci Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang lagi Maha Pengasihani. Peliharalah kesihatan Tun Dr. Mahathir, sihatkanlah tubuh badannya supaya dia dapat meneruskan perjuangannya sebagai hamba Mu yang belum selesai... Amin... Yarabbalalamin...

zaide said...

amin. saya pun berharap mcm tu. Kalau Tun baca komen saya ni, saya nak tun tau kalau xde sesipa nak sokong dia kat malaysia ni, saya snggup sokong dia wpun saya sorang

sahabat said...

Yang sakit kita doakan semoga lakas baik dan sehat untuk menjalani kehidupan yang berbaki ini.

Amin...

Yang rasionalnya: kita sokong itu ada sebab seperti untuk menyokong perjuangan menentang penjajah ke atau perjuangan mendapatkan hak kedaulatan wilayah ke.

Namun menyokong tubuh badan orang tanpa motif, sokong semata-mata tubuh badannya, maka itu bukan menyokong namanya, tetapi sayang.

Hendaknya biarlah faham istilah sokong dan istilah sayang.

Janganlah kerana sayang dikata sokong, maka namanya orang begini tidak waras.

cakapsiang said...

Semoga Allah pulihkan segera kesihatan TDM agar beliau dapat terus berbakti kepada Negara dan kami, anak bangsa merdeka.

A Voice said...

Sama2 kami pohonkan Tun dipulih kesihatan. Harus dah kita fikirkan sendiri untuk mengetengahkan diri dan main peranan seberapa boleh untuk menyambut obor perjuangan TDM.

Sementara Pak Lah, sila tidor cukup2 supaya tidak pitam semasa memnyampaikan hadiah. Lebih wajib tidor dari celik jauh malam. Siang2 byk kerjakan yang perlu dilakukan ... :-)

Melayu said...

Allah selamatkan Malaysia dari seorang PM yng bodoh macam Pak Lah.. Semoga Allah Panjangkan Umur Tun..

Unknown said...

Berita terkini Tun sudah boleh membaca surat khabar dan mengutus ucapan kepada Raja Nazrin Shah dan permaisuri. Maka ini berarti Tun sudak sembuh!! Syukur Alhamdulillah di atas kesembuhan itu. Semasa saya di Makkah dan Madinah awal bulan ini, apabila saya ditanya dari mana oleh jemaah Turkia, Lebanon, Iran dan entah dari mana lagi, bila saya cakap dari Malasia (Malayze), mereka akan menepuk bahu saya dan bersalam dengan saya kerana mereka mengatakan Mahathir Very Good. Malah jemaah Iran menyatakan ada persamaan Tun dengan Presiden Ahmadinijad. Tapi mereka tidak tahun Tun sudah berundur. Bila saya beritahu penggantinya, (Si Dol)mereka tak tau dan tak kenal pun. Ada orang arab saudi, iran dan russia yang pernah ke Kuala Lumpur berbulan madu, dan memuji negara kita. Syabas Tun. Tun tetap disanjung bukan saja disini tetapi di Makkah dan Madinah oleh umat islam pelbagai negara. Saya juga turut menjadi bangga dan terus menjadi sahabat kepada mereka. Wassalam. (Haji Tmn Tun)

khairul ansor said...

semoga tun selamat....

AFIQ007 said...

SEMOGA TUN CEPAT SEMBUH....
AMIN...

Unknown said...

Syukur Alhamdulillah, Tun telah sehat, sudah keluar dari IJN. Terima Kasih kepada pakar-pakar dan tenaga para medic di IJN. Mudah-mudahan Tun akan sehat dan dapat aktif semula. Doa rakyat Tun akan sehat. Wassalam