Tuesday, December 12, 2006

"Singapura Basis Israel Asia Tenggara"
Karya Rizki Ridyasmara.
Oleh Pejuang Bangsa

Saya amat prihatin terhadap perkembangan-perkembangan tertentu di Singapura. Keprihatinan ini kian meningkat sejak Amerika Syarikat (AS) membuka lawang ketiga bagi peperangan antiterorisme globalnya di Asia Tenggara mulai Januari 2002.

Kebelakangan ini, nampaknya bukan saya seorang yang prihatin terhadap perkembangan-perkembangan tertentu di Singapura. Ini termasuklah sebilangan pengunjung ke blog ini.

Lantaran itulah saya sering memuatkan kisah-kisah mengenai Singapura di blog ini. Contohnya, pada Sabtu, 9 Disember 2006, saya telah poskan ke blog ini satu item berita mengenai Singapura bertajuk SMRT Corp Dari S'pura, Sahkan Berminat Dengan Projek LRT JB.

Kerta Kebal

Pada Selasa 12 Disember, 2006 pula saya poskan empat item berita mengenai Singapura dengan tajuk-tajuk seperti berikut:

Dua Menteri Singapura Suarakan Keyakinan Terhadap Potensi Johor; Pemilikan Aset: Najib Mahu Singapura Bersikap Lebih Terbuka; Singapura Akan Beli 66 Kereta Kebal Leopard Baik Pulih Dari Jerman; dan Jangan Terima Tawaran Singapura.

Keseluruhan berita-berita itu saya hidangkan untuk ditafsir, dianalisa dan diinsafi oleh seluruh rakyat jelata Malaysia yang sentiasa memelihara kedaulatan negara tercinta yang merdeka ini.

Israel

Hari ini saya menerima satu komen yang agak menarik mengenai Singapura daripada salah seorang pengunjung blog ini yang menggunakan nama Pejuang Bangsa. Komennya adalah seperti berikut:

Saya rasa buku yang bertajuk Singapura Basis Israel Asia Tenggara oleh Rizki Ridyasmara, karya seorang penulis Indonesia dan diterbitkan oleh Khalifa, di Jakarta, merupakan sebuah buku yang hebat.

Pemimpin Malaysia wajar membaca buku ini supaya memahami “the grand plan” yang mungkin sedang dirancang oleh jirannya.

Selepas membaca enam siri pendedahan The Toyol Code, saya dapat rasakan sesuatu mungkin sedang dirancang oleh pakatan asing untuk menguasai Malaysia melalui jalan diplomasi yang halus.

Militer

Petikan daripada kulit belakang buku Singapura Basis Israel Asia Tenggara adalah seperti berikut:

Israel lebih hebat dibanding AS. Di Vietnam, AS mengirim 6000 penasihat militer membantu Presiden Ngo Dinh Diem dan gagal. Di Singapura, Israel hanya mengirim 18 perwira untuk membangun angkatan perang negara ini. Hasilnya fantastis. “Angkatan perang Singapura menjadi kekuatan militer yang tercanggih ...” Lee Kuan Yew, From Third World to First.

“Yang bisa membantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh negara-negara Muslim..." Menteri Pertahanan Singapura, 1965.”

Buku di atas telah membuka mata ramai anak bangsa Indonesia untuk menhadapi ancaman Singapura. Segelintir pemimpin Singapura memang bersikap kiasu dan diselubungi perasaan takut untuk tinggal berjiran degan Malaysia dan Indonesia. Perasaan itu diciptanya sendiri.

Mimpi

Atas alasan itu, segelintir pemimpin Singapura dipercayai sentiasa menyiapsediakan pulau miliknya itu dengan apa sahaja kekuatan ketenteraan yang boleh menyelamatkan mimpi ngeri pemimpin-pemimpin berkenaan. Pemimpin-pemimpin itu dikatakan tidak percayakan jirannya.

Oleh itu, apakah tindakan kita? Haruskah kita senyap?

Kebelakangan ini, segelintir pemimpin Singapura tentunya tidak senang duduk, apabila Gabungan Acheh Merdeka (GAM) sudah mendapat hak untuk mentadbir Acheh sebagai suatu kuasa atanomi.

Acheh mempunyai kedudukan strategik dari segi ketenteraan. Sejarah kerajaan Melayu Johor-Acheh telah membuktikan kepentingan Acheh sebagai lokasi strategik ketenteraan bagi Asia Tenggara.

Acheh

Acheh yang terkenal sebagai Serambi Mekah di Indonesia, dikatakan menjadi igauan ngeri kepada Singapura. Jadi, apakah yang mungkin Singapura buat pada acheh nanti?

Kebarangkalian yang mungkin dilakukan oleh Singapura ialah, menuduh Acheh sebagai pusat latihan militan Asia Tenggara. Aktivis JI kononnya akan dikatakan sebagai bergiat aktif di Acheh.

Maka, Singapura mungkin menjemput kuasa-kuasa barat datang berkampung bagi melindungi kepentingan Singapura di rantau ini. Bolehkah ini terjadi? Ia adalah sesuatu yang tidak mustahil berlaku!

Komen

Rakyat Malaysia sentiasa dituntut supaya berbaik-baik dengan jiran tetangganya. Tetapi, kita juga mesti sentiasa berwaspada terhadap jiran seperti Singapura.

Oleh itu, fahamilah seluruh bentuk pencak silat mereka. Oleh itu, fahamilah seluruh derap langkah pencak silat mereka. Oleh itu, berwaspadalah. Biar putih tulang, jangan putih mata! – Ruhanie Ahmad
.

2 comments:

Anonymous said...

Minda Bebas Berjatidiri Tinggi

Para penulis Melayu di Indonesia semenjak sekian lama mendominasi penulisan Sastera, Siasah, malah Agama Islam sendiri. Nama-nama seperti Allahyarham Bung Hamka, Agus Salim, Pramoedya, Chairil, Rendra (sekadar menyebut beberapa nama) begitu sinonim dengan dunia pengkaryaan baik daripada sudut kreatifnya mahupun filsufnya.

Justeru tidaklah menghairankan para seniman mereka kelihatan begitu ampuh dan tinggi jatidirinya. Tidak sama sekali berkompromi demi sesuap nasi!

Nuansa ini amat berbeda sekali jika dibandingkan dengan apa yang berlaku di negara kita Malaysia. Para penulis rata-ratanya begitu bobrok, naif, malah lebih ironisnya begitu ketandusan idealisme dalam memperjuangkan mata penanya! Baik sama ada kita menelusuri denai penulis karya kreatif, mahupun penulis 'cari makan' yang menulis buku-buku politik sampahan seperti SH Al Attas yang diheboh-hebohkan itu.

Mereka ternyata kehilangan punca dalam mendasari perjuangan mata pena - terlihat seperti ada asakan antara idealisme dan keperluan hidup demi sesuap nasi. Mereka ini bisa saja melacurkan karya mereka asal saja mendapat laba yang tak seberapa nilainya itu dan tak selama mana kelangsungannya.

Penulis seperti SH Al Attas dan Lutfi yang 'berniaga' serta 'menjaja' hasil tulisan pondok masih terkial-kial mendabik dada yang merekalah orangnya di Malaysia ini yang layak dipanggil penulis politik!

Mereka ini hanay 'berani' berkelahi dalam pondok warung kampung di hujung tanjung. Bermain-main di gigi air saja. Tak punya keberanian langsung dalam menganalisis nuansa politik regional secara tuntas. Yang hanya garang disebut sekadar nama Bush (yg semakin kehilangan pengaruh), Saddam (yg tak berupaya membalas balik kritikan mereka), dan adalah beberapa nama pemimpin Arab. selebihnya mereka ini membogelkan songket dan batik politikus kampung yang bernama Malaysia itu. Itu saja.

Kami ternanti-nanti bila agaknya mereka ini bangun daripada mimpi ngeri membidas secara analitikal para pemimpin Singapura, Australia dan Israel. Kalian ini kroni mereka gamaknya ya?

Para seniman susastera pula terkongkong oleh budaya ikut-ikutan. Mereka terperosok di sangkar emas ciptaan Sang Buana.

Fikirkanlah! Selagi mereka ini tidak memerdekakan diri, menjatidirikan jiwaraga hanay untuk bangsa tercinta dan tanahair bertuah ini maka jangan mimpilah kita dapat menyaksikan/menatap hasil tulisan mega/agong daripada mereka.

Maka tidakkah mereka ini serupa saja dengan para penulis eceran di jalanan yang bersengkang mata depan komputer hanya sekadar mendambakan laba daripada pihak penerbit.

Renungkanlah!

sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.