Tuesday, December 12, 2006

Jangan Terima
Tawaran Singapura

JOHOR BAHRU 10 Dis. – Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Abdul Samad meminta kerajaan negeri menolak sebarang usaha oleh syarikat milik kerajaan Singapura (GLC Singapura) untuk membeli ekuiti dalam projek monorel yang akan dilaksanakan di bandar raya ini bernilai RM3 billion.

Katanya, Jalur Mudra Sdn. Bhd. (JMSB), syarikat tempatan yang telah diberikan kebenaran untuk menyiapkan projek tersebut, tidak harus memberi ruang kepada mana-mana GLC Singapura menyertai projek yang dikendalikannya.

‘‘Permintaan sedemikian tidak patut dilayan langsung kerana ia merupakan cadangan yang mengarut,” katanya di sini hari ini.

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2006&dt=1211&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_06.htm

Komen:

Syabas Datuk Shahrir. Inilah contoh pejuang bangsa yang sentiasa mempertahankan kedaulatan negaranya. Harap-harap, kenyataan ini akan terus Datuk Shahrir gemakan di Dewan Rakyat. Harap-harap, lebih ramai lagi pejuang bangsa seperti Datuk Shahrir. Harap-harap, Datuk Shahrir juga akan bertanya kepada pihak yang berkenaan, mengapakah Ketua Pakar Ekonomi Khazanah Nasional adalah warganegara Singapura? – Ruhanie Ahmad.

4 comments:

Anonymous said...

'Ketua pakar ekonomi khazanah adalah seorang Singapura.'
Hamba kesal dengan insan yang bernama Abdulah Ahmad Badawi yang kononnya Nasionalis dan patriotik. Hamba kesal dengan Najib Tun Razak yang tidak sedar rambut semakin botak masih tidak mau menyelami perjuangan Bapanya. Hamba kesal kerana Majlis Tertinggi Umno ynag merupakan Tiang UMNO sekali gus merangkap Tiang Seri Kerajaan bukan lah dari kayu Jati mau pun Meranti Ia nya cuma kayu biasa yang menanti reput bila tiba masa nya. Hamba Kesal dalam Usia negara mencapai 50 tahun, kita masih tidur dalam lena.Yang paling hamba kesal ialah sikap sikap pemimpim pemimpin umpama ayam yang berkokok hari hari tanpa kira jam, siang atau malam. Hamba kesal kerana Ayam jantan lebih Jantan nya dari pemimpin pemimpin tersebut. Hamba kesal kerana terpaksa menulis sedemikian rupa malah lebih kesal kerana mengundi Barisan Nasional.

Anonymous said...

Saya rasa buku yang bertajuk "Singapura Basis Israel Asia Tenggara" oleh Rizki Ridyasmara, seorang penulis Indonesia yang diterbitkan oleh Khalifa, Jakarta merupakan sebuah buku yang hebat. Pemimpin negara kita patut membaca buku ini tetapi, pemimpin melayu kita tidur sehingga tak dapat membaca 'the grand plan' yang sedang di rancang oleh jiran Temasik. Selepas membaca 6 siri pendedahan 'The Toyol Code', saya dapat rasa sesuatu sedang dirancang oleh pakatan asing untuk menawan negara Malaysia melalui jalan diplomasi yang halus.

Sekadar memetik tulisan yang dipapar di cover belakang buku ini;

"Israel lebih hebat dibanding AS. Di Vietnam, AS mengirim 6,000 penasehat militer membantu Presiden Ngo Dinh Diem dan gagal. Di Singapura, Israel hanya mengirim 18 perwira untuk membangun angkatan perang negara ini. Hasilnya fantastis, angkatan perang Singapura menjadi kekuatan militer yang tercanggih ..." Lee Kuan Yew, From Third World to First.

"Yang bisa membantu Singapura hanyalah Israel. Sebuah negara kecil yang dikepung oleh negara-negara Muslim..." Menteri Pertahanan Singapura, 1965.

Secara tradisi, politik Malaysia yang dikuasai oleh 2/3 ahli BN yang ditunjangi oleh UMNO. Segala dasar dan polisi negara dikuasai oleh 2/3 BN dalam parlimen. BN membuat keputusan secara total. Dimana hak rakyat ? Rakyat tiada suara di dalam perlimen.

BN ditunjangi oleh UMNO. Perancangan warga asing adalah untuk menguasai UMNO amat halus dan terperinci. Lim Kuan Yew sebelum ini mengeluarkan kata-kata, "org cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan". Jika di teliti, apakah isyarat Lee Kuan Yew ini. Dia sudah menyedari akan kebimbangan untuk Singapura untuk tinggal berjiran dengan Malaysia dan Indonesia. Apa langkah seterusnya kerajaan Temasik ini. Takkan lah Lee berdiam diri jika dia sudah tahu masyarat cina di Malaysia dan Indonesia dipinggirkan. Lee mahu menjadi jaguh pembela nasib org cina di rantau ini dan ingin menagih sokongan orang-orang cina di rantau Asia Tenggara.

Selain menguatkan ketenteraannya. Singapura perlu menguasai ekonomi dan politik negara serantau. Ia adalah suatu 'grand plan' yang dipernah disangkakan oleh mana mana negara di dunia ini. Pertama mengusai ekonomi negara serantau. Penguasaan syarikat Temasek pada kepentingan syarikat besar di Thailand, Malaysia dan Indonesia amat ketara. Thailand mengambil langkah yang amat drastik melalui rampasan kuasa tentera bagi pengstrukturan semula hak ekuiti ekononmi negara. Singapura tdk berani bersuara secara melatah tetapi mengambil langkah yang lebih proaktif.

Aktiviti ketenteraan adalah pilihan terakhir. Memperkuatkan ketenteraan adalah objektif utama. Langkah yang terbaik untuk berdepan dengan Thailand dan Indonesia adalah menguasai Malaysia. Tetapi bagaimana ? Pertama, penguasaan temasek pada syarikat Malaysia antara langkah berjaya. Dato' Seri Najib TPM, baru-baru ini bersuara agar syarikat Singapura meng'consider' penguasaan syarikat Malaysia di Singapura, tetapi SIngapura endahkan atau tidak ? nasi sudah menjadi bubur. Seandainya 'The Toyol Code' itu benar, adakah penggabungan Sime Darby, Golden Hope dan Guthrie di bawah payung Synergy Drive Sdn Bhd di dalangi oleh Temasek Groups.

Yang terbaru ialah, cobaan untuk mengusai politik Malaysia seperti yang di dedahkan di dalam "The Toyol Code" oleh dato' Ruhanie Ahmad.

Ia adalah percaturan terbaik SIngapura. Menguasai UMNO adalah langkah terbaik untuk menguasai parlimen Malaysia. Semua decision tdk dibincangkan di parlimen kerana pengusaan 2/3 BN. Semua keputusan untuk dasar dan polisi negara banyak dibincangkan dan diluluskan pada peringkat kabinet. Siapa bakal menteri kabinet Malaysia ? Menggerunkan kalau 'The Toyol Code' adalah suatu kenyataan.

Pelbagai urusan strategik mengenai hubungan dua-hala boleh dibincang oleh Temasek dan Menteri Kabinet Malaysia. Ini sangat merbahaya pada kedaulatan negara. Saya cukup gerun membaca perancangan 'The Toyol Code'. Ia seolah-olah menggadai kedaulatan dan maruah negara. Saya melihat, Singapura mempunyai cita-cita yang tinggi untuk menguasai rantau Asia Tenggara. Seandainya Malaysia berjaya dikuasai, Thailand dan Indonesia akan menjadi sasaran berikutnya.

Sejarah telah membuktikan, pembelotan pembesar negara sudah terjadi sejak sebelum kedatang Portugis lagi. Sekali lagi, bumi asia tenggara akan bermandi darah seperti yang terjadi pada sekitar tahun 1500-1900. Menguasai Malaysia amat mudah, selepas beberapa siri perjanjian, Malaysia akan tergadai satu persatu. Ia suatu perkara yang menakutkan.

Mengapa Malaysia ? Pertama isu air, Singapura memerlukan sokongan kerajaan Malaysia utk terus membekalkan air kepada republik itu. Kedua tanah... Singapura mempunyai keluasan tanah yang terhad, dan tanah besar yang hampir dengannya ialah Malaysia. Ketiga Strategi peperangan. Peperangan darat hanya boleh berlaku di antara SIngapura dan Malaysia sahaja. Ia adalah ketegori peperangan yang mudah menerima impak yang dasyat berbanding serangan laut dan udara. Mengusai Malaysia bermakna, menguasai ketenteraan darat bagi menghadapi Thailand dan juga ketenteraan laut dari Indonesia.

Malaysia perlu dikuasai jika mahu memimpin Asia Tenggara. Itu adalah cita-cita Lee Kuan Yew sejak dia keluar dari Malaysia. Tidak mustahil Singapura akan bersatu dengan Malaysia semula tetapi pusat pentadbiran bukan lagi Putrajaya, tetapi mungkin The Lion City of Singapore...

Anonymous said...

Kita perlu jadi diri sendiri. Tak perlu takut pada sesiapa hatta PM ke, Singapura ke, USA ke, Jewish ke, Zionis ke.

Itulah yang dinamai kemerdekaan diri. Tak guna melalak setiap hari kata kita ini insan pejuang tapi dayus! Takut menyatakan kebenaran. Bukankah ubat itu selalunya pahit!

Hari ini tiada siapapun di kalangan MT dan Menteri yang berani menegur AAB. Ternampak sangat kebobrokan pemikiran dan terjajahnya minda serta jiwa mereka. Di mana letaknya harga diri kalian? Apalah sangat jawatan yang disayang-sayangkan itu tatkala nafas tersengkang di kerongkong...segalanya kong kali kong!

Anonymous said...

"Jangan terima tawaran Singapura"
Sebenarnya sudah terlambat. Tengoklah di KLIA saja, hampir setiap Wakil Penjual Am syarikat penerbangan asing baik dalam bidang penumpang maupun kargo adalah dipunyai oleh syarikat dari Singapura. Mereka menggunakan proxy tempatan menubuhkan syarikat untuk mengaut keuntungan dari jualan tiket dan kargo. Perkara yang sama berlaku kepada syarikat penerbangan tambang murah negara. Malah Syarikat Penerbangan nasional kita juga tidak ketinggalan apabila menggunakan Sistem Rangkaian Komuniti Kargo kepunyaan Syarikat Penerbangan Singapura.Ejen-ejen kargo telah dipaksa turut menggunakan sistem tersebut kononnya atas dasar 'paperless'. Bayangkanlah betapa orang-orang dari Singapura telah dengan sewenang-wenangnya memantau dari mana kita membeli barang dan kemana pula kita menjualnya.
Wahai orang-orang politik yang bijaksana, bertindaklah dengan segera selagi Dato'-Dato' & YB-YB masih berkuasa. Janganlah asyik membunuh kuasa politik musuh untuk terus berkuasa sehingga lupa yang negara sedang terjual.