Wednesday, April 29, 2009

ALFATEHAH BUAT WANITA PERTAMA SARAWAK DAN TAKZIAH KEPADA KETUA MENTERI SARAWAK SEKELUARGA

Wanita Pertama Sarawak, Datuk Patinggi Puan Sri Hajah Dr. Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Pehin Seri Tan Sri Abdul Taib Mahmud, pulang ke rahmatullah di kediamannya di Demak Jaya, Kuching, jam 3.45 petang tadi. Almarhumah, 68, meninggalkan empat orang anak.

Isteri saya, Aisah Zainab Mahmud serta saya sekeluarga kehilangan seorang kakak ipar yang selama hayatnya sentiasa memberikan kasih sayang sewajarnya kepada kami.

Sesungguhnya kepulangan Almarhumah adalah satu kehilangan yang besar. Kami mendoakan semoga roh Almarhumah akan sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT dan berada di kalangan orang yang solehah jua.

Kepada Abang Taib serta anak-anak, iaitu Jamelah, Mahmud, Rahman dan Hanifah serta keluarga masing-masing, kami sekeluarga amat bersedih di atas kembalinya Almarhumah ke rahmatullah. Sembah salam takziah dan salam takzim kepada Abang Taib dan salam hormat kepada seluruh anggota keluarga. Alfatehah! – Ruhanie Ahmad

Isteri Taib Mahmud meninggal dunia

KUCHING 29 April – Puan Sri Laila Taib, isteri kepada Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud meninggal dunia pada 3.45 petang ini di kediaman mereka di Demak Jaya di Kuching.

Pegawai akhbar kepada Ketua Menteri, Amin Sahmat mengesahkan.

Allahyarham berusia 68 tahun. – BERNAMA 6.03 petang.

8 comments:

toytian said...

Salam takziah
Hulurkan tangan salam persaudaraan pemimpin BN / PR / Blogger dan sedekah alfatihah serta memziarah.

Kama At-Tarawis said...

Al-Fatihah buat Allahyarhamah.

amirhamzah64/ 64أمير حمزه said...

Salam takziah kepada Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Abdul Taib Mahmud serta keluarga. Semoga roh allahyarhamah ditempatkan bersama-sama golongan solehah.

Ruby said...

Salam takziah alfatihah

Amri Mat Saaid said...

salam takziah dari kami

ziez said...

Alfatehah dan salam takziah semuga Allah mencucuri rahmat keatas roh Allahyarhamah Amin.

Mak Udak said...

Salam takziah buat Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat oleh Allah dan di tempatkan bersama orang yang beriman. Amin...

Anonymous said...

salam takziah

buat tan sri taib...cepatlah cari penganti,yg pergi biar pergi,yang hidup masih perlu terus berbakti...islam mengizinkan untuk dicarikan penganti.