KUALA LUMPUR 24 April – Berikut senarai penuh Pengerusi-pengerusi Perhubungan UMNO negeri-negeri sepertimana diumumkan oleh Presiden parti, Datuk Seri Najib Razak sebentar tadi.
Selangor - Datuk Seri Najib Razak
Wilayah Persekutuan - Tan Sri Muhyiddin Yassin
Perak - Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir
Pulau Pinang - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi
Kedah - Datuk Seri Shafie Apdal
Perlis - Datuk Md. Isa Sabu
Kelantan - Datuk Mustapa Mohamed
Pahang - Datuk Seri Adnan Yaacob
Terengganu - Datuk Seri Hishammuddin Hussein
Negeri Sembilan - Datuk Mohamad Hasan
Melaka - Datuk Seri Mohd. Ali Rustam
Johor - Datuk Abdul Ghani Othman
Sabah - Datuk Seri Musa Aman
- Utusan
MOHD. ALI DILANTIK MT, KEKAL TERAJUI MELAKA
KUALA LUMPUR 24 April – Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam adalah antara yang dilantik sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO hari ini.
Mohd. Ali yang dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO baru-baru ini, turut dikekalkan sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka.
Selain beliau, turut dilantik sebagai MT ialah bekas Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Rafidah Aziz, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, Datuk Seri Dr. Rais Yatim, Datuk Jamil Khir Baharom, Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin, Datuk Abdul Ghani Othman, Datuk Seri Shahidan Kassim dan Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir. - Utusan

11 comments:
Kepada Dato' Seri Shafie Apdal, tahniah.... Macam tulah menantu ayah....
apa cerita tentang ali rustam di lantik jadi MT
Tahniah juga kepada Datuk ALi RUstam.. masih kekal ketua Menteri Melaka
Adakah Umno benar2 serious utk membersihkan parti dari amalan rasuah? Apakah rasionalnya perlantikan Ali Rustam menganggotai MT ? Parti Umno sudah ketandusan pemimpinkah ? Sungguh mengecewakan !
Dari senarai ada yang tak kena maka 'talkin untuk UMNO' akan menjadi kenyataan.
Noh Omar sebagai timbalan?
tak taulah pendapat orang lain..ini hanya pendapat aku saja..
memasukakan lagi nama orang yang dah 'tercemar' dalam mt atau mana mana post penting akan menggambarkan UMNO memang dah tak ada pemimpin pelapis, masih duk berharap lagi dengan mereka yang memang memberikan persepsi negatif dari masyarakat... untuk lebih jelas...nama seperti ali rustam, rafidah, johari baharom, shahidan kasim,[ sekadar sebut beberapa nama..] adlaah nama yang dah expired dari pemikiran genarasi muda..orang dah naik menyampah bila sebut nama ni...kenapa saf baru tak sensitif benda ni. kami sedia menyokong UMNO semula jika nama nama expired ni dah tak ada dalam list pimpinan UMNO. Tak percaya tengoklah kesannya nanti PRU13....FEEDBACK IS A BREAKFAST FOR THE CHAMPION...
tahniah kpd. Semua, kecuali nazri tak layak langsung, antara yg. Menyusahkan Umno dan antara yang bongkak, sombong dan biadap kepada Tun mahathir
Salam Dato'
UMNO perlu perubahan drastik. Nampaknya DS Najib tak mampu untuk berbuat demikian. Dengan mengekalkan DS Ali Rustam adalah satu langkah yang kurang tepat.
Dengan mengekalkan TS Rafidah, mungkin golongan veteran dalam wanita akan kembali menyokong DS Najib.
Perlantikan Dato' Ahmad Bashah sebagai timbalan pengerusi perhubungan UMNO Kedah juga di kira kurang tepat, masih ada lagi tokoh UMNO Kedah yang lebih mampu melaksanakan tugasan ini.
Bukan senang nak rampas negeri Kedah dari tangan PAS/Pakatan Rakyat. Rakyat Kedah idamkan pemimpin yang bersih dan berkaliber.
Datuk Ron,
Semua ok kecuali Pak Ali Rustam.
bagaimana ahli yang dikenakan tindkan disiplin dilantik ini seakan-akan Presiden UMNO tidak perakui Jawatankuasa Disiplin Parti sendiri. Ini juga mencemarkan lagi imej UMNO dan Presiden parti.
Sebagai anak negeri melaka, saya sedikitpun tak rasa bangga dengan pengekalan dan perlantikan Ali Rustam (bagi jawatan KP UMNO Melaka, KM Melaka dan ahli MT). Hasrat untuk menyerahkan borang keahlian UMNO telah saya "pending"kan lagi sehingga saya dapat melihat kesungguhan pimpinan UMNO untuk membersihkan dirinya dari unsur-unsur negatif yang telah diketahui umum. Kesimpulannya di sini, saya dan berpuluh-puluh rakan yang rata-ratanya berusia lingkungan 30~40 thn berasakan bahawa bukan kami yang tidak mahu menyokong UMNO tetapi UMNO yang tidak memerlukan sokongan kami.
jelas perubahan yg diwar-warkan indah di bibir merah saja. utk perubahan yg benar2 ikhlas dan jitu pilihlah pakatan rakyat. salam datuk
Post a Comment