Tuesday, April 21, 2009

PM KOMITED TERUS BANGUNKAN ISKANDAR MALAYSIA

JOHOR BAHARU, 20 April (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak berkata kerajaan pusat akan meneruskan komitmen pembangunan Iskandar Malaysia bagi menjadikannya sebuah pusat pertumbuhan baru di negara ini.

Perdana Menteri berkata dasar pembangunan Iskandar Malaysia kerajaanya merupakan kesinambungan dari dasar pentadbiran bekas Perdana Menteri ke-lima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum ini.

"Sudah sampai masanya satu pusat pertumbuhan baru wujud di Semenanjung negara ini kerana keadaan di Lembah Klang akan menjadi padat dengan kehadiran rakyat dari negeri lain terutama Pantai Timur ke kawasan berkenaan.

"Oleh itu, apabila ada kawasan pertumbuhan yang membangun yang mendapat suntikan dari dalam dan luar negara, maka rakyat akan mempunyai pilihan untuk berhijrah ke kawasan seperti Iskandar Malaysia ini," katanya.

Najib berkata demikian semasa berucap pada program pertemuan bersama kakitangan perkhidmatan awam, di sini Isnin. Hadir sama, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Mohamed Yassin, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman, barisan exco kerajaan negeri dan pegawai-pegawai kerajaan.

Perdana Menteri berkata kerajaan pusat dalam merencanakan pembangunan Iskandar Malaysia akan meminta pandangan kerajaan Johor bagi menjayakan koridor pembangunan berkenaan.

Beliau turut menegaskan bahawa rakyat Johor tidak akan terpinggir dengan pembangunan tersebut dan tetap mendapat pelbagai habuan daripadanya.

"Bukan masanya kita cuba politikkan isu Iskandar Malaysia. Saya percaya kita tidak perlu menjadikan projek ini sebagai polemik politik tetapi melihatnya sebagai sesuatu yang positif.

"Dengan suntikan dari pelaburan luar, adanya pelaburan berteknologi tinggi, pembangunan eko pelancongan, perubatan dan pengajian tinggi antarabangsa, sudah tentu kita akan berbangga kerana Iskandar Malaysia ini akan meletakkan Johor di peta dunia," katanya.

Projek pembangunan Iskandar Malaysia dilancarkan oleh Sultan Johor pada November 2006 yang merangkumi kawasan seluas 2,217 km persegi, yang merupakan tiga kali ganda luasnya daripada Singapura.

Sejak dirasmikan, Iskandar Malaysia telah berjaya menarik pelaburan RM40 bilion dari dalam dan luar negera yang menghampiri sasaran pelaburan RM47 bilion pada 2010. -- BERNAMA

Lagi:http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsindex.php?id=405451

5 comments:

PARPUKARI said...

ERRR...ERRRR...DATO KORIDOR NI ADA LAGI KE? INGATKAN DAH JADI SEJARAH DAH...HE HE HE

KAMI MEYOKONG JAMBATAN BENGKOK, IDR NI KEMUDIAN PUN BOLEH LA....JAMBATAN DULU!

pakbelalang said...

Kadang-kadang bila kita fikirkan bagaimana Melayu dah hilang kepercayaan kat UMNO , saya rasa kecewa juga.

Kalaulah sesungguhnya Melayu dah tak nakkan UMNO lagi, bagi jelah PKR, PAS dan DAP memerentah, period.

Apa lagi pemimpin UMNO sibuk nak memperjuangkan hak Melayu dan ketuanan Melayu.

Perjuangan UMNO dah tak laku lagi dan dah tak diterima oleh bangsa Melayu sendiri.

Melayu sudah berfikir bahawa mereka lebeh selesa dengan PAS, DAP dan PKR. Biarkanlah Melayu bersama mereka supaya mereka dapat membezakan dikemudian hari yang mana intan dan yang mana kaca.

Kalau intan timbullah Melayu dan kalau kaca maka tercalarlah muka bangsa yang bernama Melayu yang tidak akan hilang didunia dulu, kini dan selamanya ......... !!!

Quantum Metal Consultant said...

Hebat sungguh Najib - saling tak tumpah macam Paklah.

PulaiBistari said...

Kalau diteruskan bagus juga tapi pastikan bukan singapura yang untung.. rumah2 yang berharga lebih rm300 ribu tu berapa kerat melayu yang akan beli agaknya?? Pelik jugakan dasar kerajaan kat koridor tu nanti yang akan memberi hak penjualan hartanah kepada warga singapura tanpa prejudis.
Kawan sy org singapura bagitau, rumah flet paling murah kat singapura pun dlm RM400ribu maa, so setakat teres RM300-400ribu tu manyak murah ooo, wa musti beli 2 - 3 biji buat aset loo..
Fikir2kanlah wahai melayu.., org gelang patah yg dah kaya terkejut bolehlah beli kot..

hlekir said...

Mestikah melayu bersatu di bawah bumbung UMNO sahaja? ooo...kalau bersatu bukan bawah UMNO namanya berpecah? Kalau dalam UMNO ada 1 juta ahli (contoh), dan dalam PAS & keadilan ada 2 juta, maka riuhlah isu melayu belum bersatu @ berpecah?