Saturday, April 18, 2009

KONSEP SATU MALAYSIA PERLU HURAIAN KOMPREHENSIF

Ruhanie Ahmad

Konsep adalah intipati kepada sesuatu gagasan, idea atau pemikiran. Ia tidak boleh diketengahkan kepada masyarakat menerusi pendekatan yang adhok ataupun runcit. Ia memerlukan huraian secara jelas, padat, terperinci dan komprehensif.

Begitulah juga hakikatnya dengan Konsep Satu Malaysia yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, baru-baru ini. Belum sempat Najib menghuraikan konsep berkenaan secara terperinci, pihak pembangkang sudah mengeksploitasikan konsep itu kononnya sebagai sinonim dengan Malaysian Malaysia ciptaan DAP.

Pihak pembangkang tidak boleh disalahkan dalam hal ini. Najib juga tidak boleh dikatakan sebagai tersilap kerana mengketengahkan konsep itu seolah-olah dalam keadaan tergesa-gesa.

Bagaimanapun, sewajarnya pihak-pihak tertentu dalam kerajaan tampil untuk mengartikulasikan putra-minda (brainchild) Najib ini dengan seberapa segera. Pihak-pihak ini termasuklah pelbagai think-tanks, badan kajian, kelompok intelektual dan golongan akademik. Hasil pengartikulasian ini pula mesti dirujuk semula kepada Najib sebelum ianya dihebahkan kepada rakyat jelata.

Cadangan ini dikemukakan bukan kerana Najib tidak mampu untuk mendalami konsep berkenaan. Tetapi, sudah menjadi kelaziman di mana-mana bahawa konsep yang dilahirkan oleh seseorang pemimpin perlu dihalusi, dirinci dan dituntasi oleh kumpulan pemikir yang akan membantu pemimpin berkenaan mentransformasikan konsep tersebut supaya menjadi dasar dan program yang menyeluruh serta menepati matlamat teras konsep terbabit.

Tindakan ini perlu dilakukan dengan segera untuk mengelakkan konsep ini daripada dieksploitasikan dengan lebih lanjut oleh puak-puak oportunis dan untuk mengelakkan kelompok kakak tua daripada menghuraikan konsep ini sekadar sebagai retorik semata-mata.

Sewajarnya sebelum 40 hari Najib menerajui kepimpinan negara, Konsep Satu Malaysia ini sudah boleh ditransformasikan kepada Doktrin Satu Malaysia yang menjurus kepada pelbagai aspek dasar, program dan strategi yang membabitkan perjuangan serta pengurusan kerajaan yang serasi dengan citarasa rakyat seluruhnya.

Setakat ini Najib sudah memberikan beberapa indikator dan ciri-ciri penting kepada Konsep Satu Malaysia. Semoga apa jua indikator dan ciri-ciri berkenaan, Konsep Satu Malaysia wajarlah berindukkan kepada Perlembagaan Persekutuan, Rukunegara dan Wawasan 2020.

14 comments:

sallehfauzi said...

selamat malam datuk,

Saya gembira dapat followw blog datuk ini. Orang jawa cakap minakky awak. Saya feed bloog datuk ini dalam blog saya.

http://www.sireh.tkwassalam

tok iskandar said...

Apa komen blogger kuda kepang tentang pergolakan umno di Terengganu dan Perlis.

Rakyat dah nampak apa yang UMNO beria-ia pertahankan ialah kuasanya.Contoh terdekat di Terengganu dan Perlis.Sama parti tapi tetap gaduh.apa lagi yang mereka nak?

elok blogger kuda kepang bukak minda luas-luas dan jangan takut pada kritikan kecualilah kalau dah kau tu kaki ampu

pakbelalang said...

Najib: BN may not contest Penanti by-election
By SIMON KHOO


PEKAN: Barisan Nasional might not contest the Penanti state by-election if it obtains the consensus of all component parties, said Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.



comment:

Ya, BN tak payah letak calon untuk bertanding di Penanti. Nak buat apa bagi si Anwar tu sibuk "melalak" berkempen siang malam. Balik-balik cerita "pi mai pi mai tang tu juga. Orang muda sukalah dengar kelekar Anwar berpidato.

Kalaupun BN nak letak calon juga tapi jangan turun berkempen dan kita lihat macam mana trend pengundi Penanti.

Biarlah PKR menang bertanding. Bagi depa berarak satu Penanti.

Biar Anwar SYOK sendiri bersama penyokongnya.

PKR is a fly by night party. No chance for Anwar to become Prime Minister. That is for sure. Tiap-tiap tahun menjelang "sambutan" 16hb September, selagi hayat Anwar masih lagi dikandong badan air matanya dan air liornya akan mengalir dan meleleh mengenangkan kekecewaannya untuk menjadi Perdana Menteri.

Hajatnya tidak akan kecapaian. Pastinya Anwar akan terus gagal dan berputih mata "dulu, kini dan selamanya ......".

dan kajang said...

As'kum Dato',

1. Saya bersetuju dengan Dato' bahawa PM DS Najib agak tergesa-gesa ingin memperkenalkan suatu gagasan baru "Satu Malaysia". Semasa memperkenalkannya beliau tidak memberi penerangan jelas apa sebenarnya yang diharapkan, sehinggalah baru2 ini. Akibatnya rakyat telah membuat berbagai tafsiran sendiri mengenai apa yang mereka fahami dengan "Satu Malaysia" itu. Dan Pembangkang pula lebih teruk lagi, dengan mengatakan ia adalah ciplak dari gagasan mereka "Malaysian Malaysia".

2.Kita tidak boleh salahkan mana2 pihak ini yang mebuat berbagai tafsiran yang berlainan dari apa yang dimaksudkan oleh PM. Ini kerana beliau tidak menyediakan penerangan yang jelas semasa memperkenalkan gagasan itu. Beliau sepatutnya mengambil contoh TDM semasa memperkenalkan "Wawasan 2020" dalam tahun 1990 dulu. TDM telah mengariskan dengan jelas dan mudah difahami mengenai 9 cabaran yang perlu rakyat hadapi jika mahu jadikan Malaysia negara Maju dalam tahun 2020. Penjelasan beliau adalah begitu mudah hinggakan kanak2 pun boleh memahaminya.

3. Kita harap PM baru ini janganlah merumitkan perkara2 yang baik ini. Pemudahkan penerangannya dan rakyat pasti akan sokong jika mereka mudah faham apa yang dihajatkan.

4. Mengenai KPI juga sama.Bagi rakyat biasa mereka akan anggap 'binatang apa tu KPI". Janganlah mengunakan istilah pengurusan yang sukar difahami oleh rakyat biasa. Carilah perkataan yang mudah difahami dan diikuti dengan penerangan mudah apa yang dimaksud dan diharapkan mengenainya. Barulah rakyat akan faham apa itu KPI atau kalau boleh carilah istilah lain.

Al-Yasar said...

Konsep Satu Malaysia mungkin ada gunanya jika dilihat sebagai satu konsep futuristik, yang membayangkan keadaan Malaysia pada masa depan yang masih jauh.

Bagaimanapun hasrat yang ingin direalisasikan oleh konsep ini mungkin sukar tercapai, kerana syarat-syarat untuk merealisasikannya sebenarnya tidak wujud atau belum wujud.

Misalya, bagaimanakah kita mahu berfikir dan bertindak sebagai satu bangsa Malaysia, sekiranya parti politik kita yang utama masih merupakan parti satu kaum, dan sistem persekolahan kita juga terus terpecah kepada tiga aliran mengikut kaum?

Lagipun setahu saya, bangsa bukan Melayu hanya mahu kita bersatu berdasarkan konsep "integrasi" dan bukan "asimilasi", di mana mereka mahu terus kekal dengan identiti mereka masing-masing.

Jika demikian, konsep ini mungkin akan menjadi slogan saja,di mana ia tidak dapat menerangkan dan mengubah realiti, dan sukar sekali mencapai apa yang dihasratkannya.

pakbelalang said...

No contest good, says Anwar

KUANTAN: Pakatan Rakyat will be more than happy if Barisan Nasional decides not to contest the Penanti by-election.

Opposition leader Datuk Seri Anwar Ibrahim said the party "supported" BN's decision not to field its candidate as it would help both sides and the government save money.

comment:
Come on, Anwar !! Don't be hypocrite. You must be very disappointed pasal tak dapat "jual ubat expired" di jalan raya Penanti!!

Dia terpaksa jual kat belakang Masjid India berjumpa dengan 10-20 same old pelanggan surrounding him.

Anwar ni memang dah jadi darah daging dia suka buat pertunjukan macam sarkas jalanan dan mengharapkan beribu orang datang melihat kehandalan dia jadi "badut" jual ubat "expired" seperti pil viagra atau pil tongkat Ali. Pemuda-pemuda memang "tercopong" mulut apabila mendengar is badut ini beraksi di pentas.

pakbelalang said...

Anwar tentu kecewa jika BN tidak turunkan calun di Penanti.

Sebabnya dia terpaksalah "jual ubat" di belakang Masjid India hanya dapat berjumpa dengan 10-20 orang pelanggan setianya sahaja.

Anwar ni memang dah jadi darah daging dia suka buat pertunjukan macam sarkas jalanan dan mengharapkan beribu orang datang melihat kehandalan dia jadi "badut" jual ubat "expired" seperti pil viagra atau pil tongkat Ali. Pemuda-pemuda memang "tercopong" mulut apabila mendengar is badut ini beraksi di pentas.

PKR ini sebenarnya boleh diumpamakan macam parti "direct selling fly by night" jual ubat yang tarikh sah gunanya dah "expired". Tapi oleh kerana gelojohnya setengah pelanggan PKR maka mereka pun telah terpedaya dengan sales talk si Anwar dan terus membeli produknya tanpa siasat tentang quality atau kandongan produk tersebut.

Akhirnya apabila si pelanggan Anwar ni balik rumah dia pun cubalah makan produk yang dibelinya. Sebenarnya produk yang dimakan mereka hanya mujarab dan berkesan sampai hari "mengundi" sahaja. Lepas tu kesihatan mereka yang membeli produk si Anwar ni akan mengalami ganguan berbagai side effect seperti hilang pendengaran(jadi pekak), hilang penglihatan (jadi buta) dan hilang suara (jadi bisu). Pekak, buta dan bisu !!!

Inilah satu contoh yang amat releven ditujukan kepada Anwar dan PKR.

Sum mum buk mun um yun fahuum laa yar jiuun !! innalillah hi wain na ilaihiraajiuun !!

pakbelalang said...

PRK di Penanti?

PAS tak nak lawan PKR ke ? BN tak bertanding maka PAS patut ambil peluang untuk menambah kerusinya di Pulai Pinang. Takkan nak jadi "kayu kuda" kepada DAP dan PKR.

Parti Islam mestilah berjuang macam zaman Nabi dulu. Berani !

Ini parti Islam, tapi dah macam kena main belakang je ?

pakbelalang said...

Let’s not play Opposition’s game, say Barisan leaders


PETALING JAYA: MIC president Datuk Seri S.Samy Vellu, however, was the lone proponent of a contest. He said Barisan should contest to safeguard its integrity, prestige and image.

comment:

Suruh je Samy Velu jadi calun BN di Penanti. Boleh tak dia menang?

MY CUPPIE CAKE said...

anak saya apabila dengar najib berucap pasal SATU MALAYSIA bertanya saya ada satu lagi MALAYSIA ke ayah

anak daya tu berusia q12 tahun
susah nak jawab tu

Ex-UMNO said...

Apa yang dilaungkan oleh ahli2 dan sesetengah pemimpin UMNO ialah, jika DSAAB berundur BN/UMNO akan pulih.

Setelah DSAAB umumkan beliau akan berundur, BN/UMNO kalah di P. Pauh dan di K.Terengganu.

Paling malang BN/UMNO kalah pula di B.Selambau dan B.Gantang SETELAH Tun DSAAB BERUNDUR.

Terkini BN/UMNO 'takut' pula bertanding di N12 Penanti.

BN/UMNO (PRK Phobia)

zack said...

Assalamu'alaikum Datuk,
1. Pada saya proses permurnian sesuatu idea atau konsep itu perlulah digerakkan secara tulus berasaskan pandangan ilmu yang benar dan bermanfaat.
2. Di sinilah letaknya kesalingan peranan antara ulama' dan umara' (intelektual-penguasa). Umara' semestinya berilmu dan bervisi manakala ulama lebih lagilah ilmunya dan diakui serta dihormati oleh umara' dan rakyat terbanyak.
3. Mencari kesepakatan yang tulen antara ulama dan umara itulah kerumitan paling nyata. Kedua-duanya perlu ikhlas bukannya satu jadi tuan, manakala satu lagi jadi pesuruh.
4. Ini formula mudah bagi proses artikulasi apa-apa idea besar dari pemerintah kepada rakyat. Kalau pemimpin hanya mahu jual idea maka para pemasar dan pengiklannya memang banyak. Bayar sahaja berapa sanggup. Pemilik idea bukan kembangkan idea tetapi jual secara lelong atau ekslusif kepada sekumpulan pemborong untuk disampaikan kepada rakyat. Sampai tahap ini, artikulasi idea sudah jadi hak pemborong! Hiaskan lagi agar lebih cantik dan laku.
5.Syarat utamanya sesuatu idea atau konsep mahu dikembangkan mesti ikhlas dan jelas tujuannya -biar pun pihak penerima itu akidah dan adat budayanya amat bertentangan dengan si pencetus. Pihak yang menyambung idea mesti juga ikhlas dan tulen dan benar-benar diperakui ilmunya. Jika tidak tunggulah untuk ditertawakan hatta di warung kopi dan di dinding tandas awam.
Satu Malysia..woit.. apa tu...@#8, satu Malaysia tu hadhari juga kah? (Jenguklah pintu sebelah dalam - lebih tepat semasa anda mencangkung di sebuah tandas awam di mana-mana stesen bas awam satu hari nanti...)

PARPUKARI said...

LIHATLAH CARA BLOGGER ATAU KOMENTAR YANG DATANG DARI PAKATAN PEMBANGKANG NI, SO CHILDISH!

TAK MASUK AKAL LANGSUNG! GROW UP LA WEI!

Anonymous said...

unlock iphone 4
how to unlock iphone 4


unlock iphone 4 unlock iphone 4 unlock iphone 4
unlock iphone 4

how to unlock iphone 4 unlock iphone 4 [url=http://theunlockiphone4.com]unlock iphone 4 [/url] unlock iphone 4