Monday, January 21, 2008

Percaturan Politik Malaysia
Kotor Dan Semakin Kotor?

Percaturan politik di Malaysia nampaknya sedang menuju ke satu trend yang amat kotor. Selepas seorang menteri MCA kecundang akibat penyebaran satu dvd seks membabitkan dirinya, kini satu lagi dvd seks yang membabitkan seorang lagi menteri dikatakan akan disebarkan di Kepala Batas.

Sumber-sumber memberitahu blog ini, dvd itu dikatakan memaparkan “adegan seks amalan kaum Nabi Lut” yang dilakukan oleh seorang menteri. Ikut terminologi moden, menteri itu dikatakan berasmaradana secara gay.

Menteri itu daripada komponen BN. Tetapi bukannya daripada MCA. Menurut tulisan blogger Datuk Kamal Amir yang disiarkan dalam Malaysia Today, dvd itu dipercayai “melibatkan pemimpin tertinggi negara dalam percaturan moral sewaktu kunjungannya ke Singapura.”

Sumber-sumber juga memberitahu blog ini bahawa amalan gay menteri berkenaan sebenarnya sudah diketahui oleh pucuk kepimpinan negara. Tetapi, ianya terus dirahsiakan daripada pengetahuan rakyat jelata.

Oleh itu, soalnya di sini ialah, kalau amalan songsang menteri berkenaan dirahsiakan selama ini, mengapakah kini terdapat usaha untuk mendedahkannya? Siapakah pihak ini? Dan, apakah motif politik di sebaliknya?


Sumber-sumber yang sama juga mempercayai pihak yang terlibat mendedahkan skandal seks para menteri kebelakangan ini adalah dari satu kumpulan tertentu yang dikatakan mempunyai nafsu politik yang amat rakus.

Sumber-sumber itu juga berkata, pihaknya menerima info bahawa dua lagi dvd seks mengenai “dua lagi orang besar” mungkin disebarkan oleh pihak berkenaan di sebuah negeri di pantai timur semenanjung.

Jadi, adakah usaha di atas sesuatu yang terancang dan dilakukan oleh pihak yang mungkin rapat dengan pucuk kepimpinan negara?

12 comments:

The Eugenist said...

Salam Tok..

Just to quote one famous line from a former President..

"I DID NOT HAD SEX WITH THAT WOMAN!"

Mungkin, sekadar mungkin di Malaysia nanti akan terpancur dialog dari seorang pemimpin lelaki seperti berikut..

"I DID NOT HAD SEX WITH THAT MAN!"

Realiti politik sekarang, amat menyeramkan!!!!

HESMEL FAZNEE FAISAL

HELICONIA said...

Beberapa kemungkinan :

MCA kecewa kerana UMNO tidak menolong dengan apa cara pun utk menyebelahi mahupun menutup pekung kes DVD mereka.

MIC pula sudah tercalar kerana terkait dengan HINDRAF dan kes pembunuhan.

MCA, MIC akan saling jatuh menjatuhkan UMNO atas dasar maruah dan ego.

Tiga pihak ini kelihatan saling ambil hati sesama mereka dgn kenyataan2 rasmi di media2 tetapi hati2 mereka sebenarnya sudah berpecah-belah.

Monkey Code said...

Benar Datuk kudakepang,

Yes, A very well plan 'Grand Design Conspiracy,. Siapa kepala nya ?..Tanya le Sang Kelembai author 'KERAjaan 3 Beranak"..confirm beliau tahu!!.....

CLUE NYA.
Dari filem arahan arwah Tan Sri P.Ramli..."Nujum Pak Belalang 2 "

" Monyet oh monyet, itu le kau monyet.....bapak cakap jangan lawan,...kau suruh bapak lawan "

Unknown said...

Para surfers kuda-kepang. Saya baca pos di bawah ni dari blog politica-net. Betulkah ini kerja Khairy?

Ministers, Please Be Forewarned!

Ministers with skeletons in their cupboards please be forewarned. If you don’t support Abdullah’s SIL, you will be the next targets. Dvds about your sex scandals will hit the market soon!

Chua Soi Lek was the first. Informed sources said, Chua was victimised for two specific reasons – political reasons.

One, he was said to have rejected a move being sponsored by Abdullah’s SIL to set up a Singapore-based specialist cancer hospital in the WPI region.

Two, Chua was seen as the strongest threat to the incumbent MCA President - also an ally of Abdullah’s SIL.

One of the immediate targets now is Hishamuddin Tun Hussein. Already there are rumours that a dvd on Hishamuddin’s gay act is said to be circulated in northern Semenanjung.

Why? You know why. Isn’t he the Ketua Pemuda UMNO Malaysia? Isn’t Abdullah’s SIL also interested to hold that post?

But why? There are thousand and one reasons about this. May be Hishamuddin had already decided not to give way to the SIL. May be because he wanted someone else, not the SIL, to take over from him.

Najib Tun Razak is also said to be one of the main targets of this latest political move. Also on the list is said to be Jamaluddin Jarjis.

We may want to understand why Najib is being targeted. But, it is rather difficult to determine why Jamaluddin is also on the list. Because Jamaluddin is Najib’s man?

So, we surely are looking forward to more interesting political great games in the next one or two weeks. And, the central figure behind all these games is said to be Ablullah’s SIL and his foreign associates. Is this true or false? Just wait and see! Posted by politica

Unknown said...

Datuk,

Saya dah naik loya dengan permainan politik di zaman Dolah Badawi. Rasa-rasanya, ini semua mainan menantu kesayangannya. Budak inilah yang jadi perosak bangsa dan negara.

Saya juga nak ingatkan Dolah Badawi, kalau betul ada menteri yang kotor, apa suruh menantu sebarkan filem mereka? Buang sajalah. Tentu rakyat sokong. Kalau tidak, habis kita semua dilaknat Tuhan Yang Maha Kuasa

Unknown said...

Kawan fikir, taktik kotor politik Malaysia arini didalangi oleh Singapura. Sekutu Yahudi ni nak hancurkan integriti kita dan negara kita. Kalau ramalan Datuk dalam Toyol Code dua tahun dulu memang betul, kita tengoklah je apa jadi dalam PRU kali ini.

politica said...

Sahabat, terima kasih kerana kirimkan posting saya ke kuda-kepang.

Ini semua memang mainan KJ. Dia ingat dia tu bersih sangat. Saya ada baca dalam blog anti-khairy, katanya ada video pasal KJ dalam keadaan telanjang bogel. Tunggu apa lagi? Letup lah...

sniper said...

datuk dah lama dalam UMNO, tentu lebih arif tentang sikap dan perangai ahli2 dan pemimpin2 dalam UMNO...

saya tak pernah jadi ahli UMNO.. dengan pelbagai imej buruk dan karenah pemimpin negara sekarang ni, mungkin sampai mati pun saya takkan jadi ahli UMNO ..sebab sebagai ahli, tentu perlu mengikut arahn pemimpin UMNO..

saya tak sanggup mengikut arahan pemimpin yang rosak.. cuma sebagai rakyat, saya TERPAKSA menurut undang-undang negara ..

KudaKepang-Terbang said...

Ya ya Datuk mainan SIL dia kot. Satu lagi kita dengar bahawa Grand Design SIL (bercita-cita jadi MB N9) adalah mengubah "title" pada tanah-tanah dalam Adat Pepateh. Ini bagi membolehkan Singapore mencapai hasrat a Greater Singapore dima keluasan wilayah dan takluk Singapore digandakan. Saya ingatkan para pembaca disini bahawa secara psikologi dan realitinya WPI dan Melaka telah jatuh ketangan Singapore dan kini mereka memerintah kedua-dua wilayah tersebut secara "remote-control".. Next target..Negeri Sembilan.

TUNGGU DAN LIHAT

HELICONIA said...

Saya ahli UMNO yang datang dari kubu kuat UMNO. Saya pernah menjadi ahli KEADILAN. Pernah mengundi SEKALI pada tahun 1999 dengan azam menumbangkan BN. Namun makcik-makcik dan pakcik2 serta pemuda-pemudi2 kawasan saya sehingga kini OBLIVIOUS dengan REALITI. Mereka tidak suka HARAKAH dan tidak dijual di kawsan itu. Kerana kata mereka ' keras banget dan kutukan terlalu laser'. Mungkin tak dapat diterima fitrah

Pilihanraya yang lalu, setelah BN menang, walhal MP MCA, hampir sekampung naik Air Asia melawat Langkawi. Akhbar harian kerajaan sahaja yang mereka baca, tu pun bukan setiap hari. Hari Ahad Pancaindera sold out. ASTRO--- banyak dah ada - tengok sinetron Indo atau TV3, atau AF atau ASTRO Ceria. Isu semasa tidak relevan dalam hidup mereka. Apatah lagi internet.

Satu kemungkinan:

Undi saya tidak akan bernilai.

Majoriti pengundi seluruh negara adalah wanita kampung yang meeting di parti2 seperti Revell atau yg seangkatan dengannya.

That is the truth about democracy.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian, sekali lagi terima kasih kerana terus berkunjung ke KK.

Secara umumnya, politik Malaysia hari ini memang sedang menuju satu keruntuhan nilai. Hanya pengamal politik yang principled sahaja yang mungkin menginsafi hakikat ini. Dan golongan berprinsip ini pula semakin berkurangan… Sungguh menyedihkan.

Respons khusus saya kepada komen anda sekalian adalah seperti berikut:

The Eugenist: Memang benar, realiti politik sekarang, amat menyeramkan!!!!
Salam takzim Hesmel dan hantarlah puisi ke panggilan pertiwi..

HELICONIA: kesetiakawanan di kalangan segelintir komponen BN ketika ini memang agak rapoh. Tapi, janganlah hanya UMNO sahaja yang mesti bertolak ansur.

Monkey Code: Malaysia akan hancur kalau rakyat jelata tidak ambil hirau akan wujudnya grand design dan konspirasi dalam era pemerintahan mutakhir. Tiha buah buku saya menghuraikan soal ini sebagai diiklankan dalam sidebar KK akan berada di pasaran dalam 10 hari lagi. Silalah baca…

Nakhoda: Saya kurang periksa apa dalam pemikiran Politica. Tapi, seperti saya cadangkan kepada Monkey Code, silakan baca 3 buku saya yang akan berada di pasaran 10 hari lagi.

Putera Bentan: Sebenarnya memang ramai lagi orang “dah naik loya dengan permainan politik di zaman Dolah Badawi.” Dan, ramai juga yang insaf ini mungkin “mainan menantu kesayangannya.” Tapi, berapa ramai yang berani bersuara dan bertindak????

Azam: Sila baca buku saya, khususnya The Toyol Code dan Hindraf Satu Konspirasi? Untuk mendapatkan kepastian daripada komen anda ini.

Politica: Saya pun kurang kalau KJ bersih sangat. Waktu akan memastikannya.

Sniper: Saya tidak boleh berkata apa-apa tenhtang luahan perasaan anda. Tapi, kalau UMNO terus seperti hari ini, mungkin ramai lagi yang akan jadi seperti anda.

KudaKepang-Terbang: Saya akan siarkan lagi komen anda di sini iaitu : “Satu lagi kita dengar bahawa Grand Design SIL (bercita-cita jadi MB N9) adalah mengubah "title" pada tanah-tanah dalam Adat Pepateh. Ini bagi membolehkan Singapore mencapai hasrat a Greater Singapore dima keluasan wilayah dan takluk Singapore digandakan. Saya ingatkan para pembaca disini bahawa secara psikologi dan realitinya WPI dan Melaka telah jatuh ketangan Singapore dan kini mereka memerintah kedua-dua wilayah tersebut secara "remote-control".. Next target..Negeri Sembilan.” INSAFLAH KITA SEMUA WAHAI RAKYAT MALAYSIA!!!!

HELICONIA: Komen anda juga akan saya teruskan siarkan di sini, iaitu “Saya ahli UMNO yang datang dari kubu kuat UMNO. Saya pernah menjadi ahli KEADILAN. Pernah mengundi SEKALI pada tahun 1999 dengan azam menumbangkan BN. Namun makcik-makcik dan pakcik2 serta pemuda-pemudi2 kawasan saya sehingga kini OBLIVIOUS dengan REALITI. Mereka tidak suka HARAKAH dan tidak dijual di kawsan itu. Kerana kata mereka ' keras banget dan kutukan terlalu laser'. Mungkin tak dapat diterima fitrah” Berapa ramai lagi agaknya ahli UMNO seperti anda????

Salam takzim dan selamat berjuang. - Ruhanie

Berita dari gunung said...

Ada lagi video yang lain?

Sebaik keluar kes VCD tempuh hari, Najib memberi komen "Kita hendaklah berkelakuan baik". Lebih kurang begitulah.

Tentunya Najib tidak ada dalam VCD selanjutnya.