Friday, January 18, 2008

PRU12 Tak Akan Diadakan
Dalam Tempoh Terdekat Ini?

Pilihan Raya Umum (PRU) KE-12 mungkin tidak akan diadakan dalam tempoh terdekat sebagaimana yang hangat dispekulasikan oleh banyak pihak ketika ini, demikian kata sumber-sumber kepada blog ini hari ini.

Apabila ditanya sama ada ini akibat kemelut di dalam UMNO, sumber-sumber itu hanya menegaskan: “sebabnya bukan kerana UMNO.”

“Segala-galanya bergantung kepada pertemuan khas Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan kira-kira 4000 pemimpin UMNO dari seluruh negara Isnin ini,” tambahnya.

Apa yang dinyatakan oleh sumber-sumber di atas mungkin merupakan satu taktik untuk mengelirukan pihak pembangkang. Bagaimanapun, sumber-sumber kerajaan pula yakin PRU12 akan diadakan dalam tempoh terdekat.

Selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO di Kuala Lumpur Khamis, 17 Januari 2008, Abdullah dipetik sebagai berkata bahawa beliau berpuas hati dengan persediaan yang dibuat oleh semua Badan Perhubungan UMNO Negeri bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Namun, katanya, masih ada banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian dalam menghadapi PRU12. Lantas, adakah hakikat “masih banyak lagi perkara yang perlu diberi perhatian” ini yang menyebabkan PRU12 mungkin tidak diadakan sebagaimana yang diura-urakan?

Kita tunggu sama ada kenyataan sumber-sumber di atas benar. Kita juga tunggu sama ada Abdullah akan menghuraikan dalam pertemuannya dengan warga UMNO Isnin ini apakah perkara yang masih belum beres.

7 comments:

The Eugenist said...

Salam Tok..

Nampaknya Pak Lah adalah PM ke3 selepas Tun Dr Mahathir dan Almarhum Tengku Abdul Rahman yang berjaya "survive" pilihanraya ke2..

Jika dilihat pada Allahyarham Tun Razak dan Tun Hussien (yang sekadar melalui 1 saja pilihanraya sejak menjadi PM), Pak Lah harus "buckled up!" jika mahu terus relevan.

Jika tidak, dianya nanti akan menjadi satu beban kepada rakyat dan satu masalah yang besar kepada ekonomi negara, khususnya kepada pengundi bukan Melayu seperti Cina yang memang mengutamakan ekonomi dan bukannya omongan dan retorik kosong..

Samada ini adalah satu masalah ataupun satu dimensi baru kepada politik tempatan, ia harus dikaji dan direnungi..

I rest my case??

HESMEL FAZNEE FAISAL

Husin Lempoyang said...

PM perlu bereskan RMK 9 kerana kita perlu memberi sepenuh fokus untuk memastikan kejayaan perlaksanaan.

Ingat kata2 ini? Jangan ketawa hahahaha ..

pemerhati said...

Salam kpd pembaca.

Kemungkinan besar parlimen di bubarkan pada Febuari dan PRU 12 Mac ini.

Hamizi said...

ya nampaknya pilihan raya dah sangat hampir... ahli UMNO tidak dibenarkan ke luar negara, adalah petandanya...

bagus... sudah sampai masanya untuk saya buat undi protes...

BN tak payah lah guna ayat, "siapa yang bantu rakyat sebelum ni", pasal sejak pak lah naik, BN tak ada buat apa-apa pun...

yang saya tahu, orang yang nak sambung belajar, kerajaan tak bantu... budak rempit nak mampus tu dibawak melancong ke hulu - ke hilir, menghabiskan duit...

bak kata Nazri: stupid, stupid BN stupid...

Pesanan said...

Rumours are Pak Lah wants to seek a special UMNO EGM to delay the UMNO party election due before end of June this year.

The possibility of GE is decreasing by the day.

News coming from Penang, Sabah, Terangganu and Kelantan are bad bad bad. Kedah believed to have only simple majority. Johor significant increase in opposition winnings due to WPI. Selangor face problem in the urban or sub urban areas.

Can Taib Mahmud survive? Lets not forget Tan Sri Wan Mokhtar, Mat Yaacob, many cases of Sabah CMs and those many one last tries ...

TDM at his worst public opinion during the Reformasi was at 70-80%. Pak Lah's recent poll by Merdeka Centre puts him at 61%. This is ralyat ground swell for real.

If he does that EGM, he will be seen in a very bad light in UMNO ... Rekah menunggu belah. Apa pasal delay dulu dan berhelah2.

Be there a GE or not, Pak Lah is in political trouble water. No way out of it.

Is he willing to risk the party and country for his political slf denial? It would depends how less insulated he is from reality?

The answer is only one and he must know it ....

Undurlah Dolah, itu saja jawapannya. Sedarlah, rakyat dah FED-UP!!!!

haji said...

Salam Datuk,

Dah lama saya tak muncul. Maaf kerana komitment lain. Mengikut perkiraan saya, PRU akan di adakan pada Mac, cuti sekolah. Parlimen akan bubar Februari. Kalau terlambat, Anuwar Ibrahim akan berpeluang bertanding PRU. Mengikut pekiraan saya juga, kalau Anwar bertanding, beliau akan menang dan akan menjadi Ketua Menteri Melayu Pulau Pinang yang Pertama dalam sejarah, walaupun DAP menang besar. Inilah ilham saya perolehi semasa di makam wali sunan ampel. Tapi datuk, saya bukan ahli politik dari dulu hingga kini pun sokong BN. Tetapi next belum tau lagi.

kudakepang said...

Sahabat-sahabat sekalian terima kasih.

The Eugenist: Memang benar kata anda, Abdullah “harus "buckled up!" jika mahu terus relevan.”

Husin: Indikator kepada penerimaan rakyat jelata kepada seseorang PM bukan hanya kepada rancangan berpenggalnya sahaja. Indikator paling utama ialah sama ada rakyat rasa selesa, bahagia, tidak resah dan tidak kecewa. Hari ini bagaimana?

Pemerhati: Benar, “kemungkinan besar parlimen di bubarkan pada Febuari dan PRU 12 Mac ini.” Tapi, macam mana agaknya kalau Parlimen dibubar dan lepas tu tak ada pilihan raya?

Hamizi: Saya pasti ramai anak muda seperti anda. Salah siapa?

Pesanan: Allow me to retain your comment for the sake of others to rend and understand it. Rumours are Pak Lah wants to seek a special UMNO EGM to delay the UMNO party election due before end of June this year.

The possibility of GE is decreasing by the day.

News coming from Penang, Sabah, Terangganu and Kelantan are bad bad bad. Kedah believed to have only simple majority. Johor significant increase in opposition winnings due to WPI. Selangor face problem in the urban or sub urban areas.

Can Taib Mahmud survive? Lets not forget Tan Sri Wan Mokhtar, Mat Yaacob, many cases of Sabah CMs and those many one last tries ...

TDM at his worst public opinion during the Reformasi was at 70-80%. Pak Lah's recent poll by Merdeka Centre puts him at 61%. This is ralyat ground swell for real.

If he does that EGM, he will be seen in a very bad light in UMNO ... Rekah menunggu belah. Apa pasal delay dulu dan berhelah2.

Be there a GE or not, Pak Lah is in political trouble water. No way out of it.

Is he willing to risk the party and country for his political slf denial? It would depends how less insulated he is from reality?

The answer is only one and he must know it ....

Undurlah Dolah, itu saja jawapannya. Sedarlah, rakyat dah FED-UP!!!!

Haji: Saya sudah tiga kali ziarah makam Sonan Ampel. Ada satu kejadian aneh dalam satu lawatan itu. Seorang Hamba Allah bertanya saya dari mana? Kata saya dari Malaysia. Katanya lagi, orang Mahathir? Ya, kata saya. Lantas dia pun meminta saya menziarahi makam Siti Fatimah di Leran dekat Gersik. Saya kata, saya baru ziarah ke sama semalam. Jawab dia, bagus, di situ ada warisan Mahathir… Saya tidak tau apa yang dimaksudkan oleh orang itu. Belum sempat saya cari penjelasan dia sudah menghilangkan diri…

Mudahan-mudahan ramalan anda mengenai PRU 12 benar..
Salam takzim dan selamat berjuang. – Ruhanie