Saturday, January 26, 2008

Siri Pertama:
Mengimbas Kembali Manifesto BN Dalam PRU11

Ruhanie Ahmad

Baru-baru ini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meminta rakyat jelata, menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12, memberikan semula mandat kepada Barisan Nasional untuk menerintah Malaysia.

Permintaan ini disuarakan sewaktu rakyat jelata amat resah dan gelisah mengenai kepimpinan Abdullah yang disifatkan oleh banyak pihak sebagai lemah dan didakwa pula sebagai dimanipulasikan oleh segolongan individu yang rapat dengannya.

Permintaan ini juga diluahkan oleh Abdullah sewaktu populariti beliau - menurut satu survey Merdeka Centre - sedang berada di tahap yang paling rendah sekali sejak beliau memegang teraju kepimpinan Malaysia.

Maka terserahlah kepada kebijaksanaan rakyat jelata untuk memenuhi permintaan tersebut. Kuasa undi merekalah yang akan menentukannya.

Hamba No. Satu

Bagaimanapun, wajar diimbas semula beberapa aspek penting manifesto BN dalam PRU11. Antaranya adalah seperti berikut:

BN memenuhi tuntutan rakyat dengan memerangi rasuah dan memperbaiki mutu perkhidmatan kerajaan.

BN menyokong anda ”Saya adalah hamba no. 1 negara”

Dalam manifesto BN untuk PRU11, rasuah diberikan fokus paling utama. Bagaimanapun, inilah realitinya pada ketika ini:

Pada 2005, Political and Economic Risk Consultancy Ltd. (PERC) berpangkalan di Hong Kong mendapati bahawa indeks rasuah di Malaysia kian merosot. Pada tahun 1996, Malaysia berada di tangga keempat dengan score 5 daripada 10 mata. Pada 2005, ranking Malaysia merosot kepada tangga keenam dengan score 6.8 daripada 10 mata. [Sila rujuk http://dapmalaysia.org/all-archive/English/2005/mar05/lks/lks3390.htm]

Merosot

Pada 19 November 2006, Bernama pula melaporkan bahawa Corruption Perception Index (CPI), Malaysia, yang disediakan oleh Transparency International kian merosot daripada tangga 39 kepada tangga 39. [Sila rujuk www.transparency.org/content/download/11708/105214/version/1/file/aca_d_g_malaysia_nov9_2006.pdf]

Pada 14 Mac 2007, The Star pula melaporkan bahawa “Malaysia’s economy is perceived by foreign businessmen to be more corrupt this year compared to last year, according to an annual survey carried out by Hong Kong-based Political and Economic Risk Consultancy (PERC).”

Menurut akhbar berkenaan, tahap rasuah di Malaysia mengikut PERC pada 2006 adalah 6.13. Bagaimanapun score ini baik sedikit daripada 2005 - 6.8 mata. [sila rujuk http://thestar.com.my/news/story.asp?file=/2007/3/14/nation/17133406&sec=nation]

Seluruh hakikat di atas membuktikan bahawa janji BN untuk memerangi rasuah sebagaimana termaktub dalam manifesto PRU11 adalah mengecewakan.

Mr. Clean?

Dalam PRU11, para pengundi juga terpesona dengan retorika Abdullah yang menyifatkan dirinya sebagai “hamba no. 1 negara.” Retorika ini digandingkan pula kata-kata puisi “aku cari bukan wang berjuta-juta, untuk hidup bergaya; aku cari bukan kawan-kawan, untuk hidup sekadar berfoya-foya.”

Kata-kata di atas menyakinkan majoriti pengundi bahawa Abdullah memang benar-benar “Mr. Clean” yang wajar diberikan sokongan penuh untuk membasmi korupsi di Malaysia.

Bagaimanapun, realitinya pada hari ini adalah amat mengecewakan. Lantas, adakah rakyat jelata akan terus memberikan mandat yang dipinta oleh Abdullah menerusi PRU12? Adakah “Mr. Clean” dan “hamba no. 1 negara” ini masih terus putih dan bersih hingga ke saat ini? [bersambung dalam siri kedua]

5 comments:

Hovidpure said...

Berdasarkan penulisan Dato' maka amat jelas kita sebagai pengundi wajar menafikan penguasaan 2/3 pentadbiran Barisan Nasional pada PRU-12 ini baik di Dewan Undangan Negeri maupun di Dewan Rakyat.

Para pengundi terutama di negeri Johor yang selama ini taat kepada BN, wajar sesekali berikan undi kita kepada Pembangkang.

Kita wajar membuat undi protest dalam PRU-12 ini dengan tidak mengundi BN sebaliknya berikan undi kita kepada calun dari parti pembangkang.

Berita dari gunung said...

Secara agregat, rakyat terus hidup, beranak pinak, bersekolah, bekerja dan ada yang galak bersuka ria.

Cuma kita digasak sedikit dengan harga barang. Seperti dulu-dulu juga, ada yang kaya dan ada yang kurang kaya.

Orang akan terus ke pusat mengundi. Kereta kecil dan besar akan terus kehulu kehilir membawa pengundi dengan percuma. Nanti ada yang ketawa besar, dan ada pula yang sedih.

Rakyat akan terus hidup dalam apa jua keadaan. Ini bagi setengah pihak, adalah mandat untuk buat apa saja, kerana rakyat tidak akan lapar dan kebulur.

Unknown said...

A Voice had written on something that touched our religous sensitivity but came to realised that it is an issue of muhibbah among the various races and religions.

He likes to get others to discuss it so I am creating a tag to hear your view on an aspect of Muhibbah and how we as individual can promote Muhibbah. Tag at least 2 others after you're finished.

You can read his opinion and the simple tag rules here

Islam Hebat said...

BN perlu di asak dengan menafikan 2/3 penguasaan di parlimen dan DUN, ..dengan PM yg amat lemah, pengusaan yg tinggi dlm parlimen dan DUN menyebabkan mereka bekerja sambil lewa... pada saya kalau zaman TUN mahathir dulu tidaklah seteruk ini di sebabkan kebijaksanaan beliau walaupun kediktatorannya lebih menyerlah.. kita wajar membuat undi protes.. kawan2 saya UMNO di JB pun sudah menyatakan ingin membuat undi protes...

dari anak jati Batu Pahat

MYSON said...

AAB have his point out

it was a transition period that saved him during election 2004

but this time rakyat surely will have his performance as the benchmark to let BN rules again in 2008

whatever it is im pretty sure 'wind of change' will come again this year like the 1999

let us wait the parliament to be dissolve soon