Monday, January 28, 2008

Al-Fatehah:
Pemergian Suharto
Malaysia Kehilangan Sahabat Baik

JAKARTA, 27 Jan (Bernama) -- Malaysia kehilangan seorang sahabat karib dengan pulangnya ke rahmatullah bekas presiden Indonesia, Suharto, pada usia 86 tahun pada jam 1.10 tengah hari waktu tempatan (2.10 waktu Malaysia) hari ini.

Suharto, presiden kedua yang menerajui Indonesia selama 32 tahun dari 1966 hingga 1998, meninggal dunia akibat kegagalan fungsi pelbagai organ dalaman setelah 24 hari dirawat di Hospital Pusat Pertamina di Jakarta Selatan di sini.

Organ-organ dalaman bekas presiden yang dipanggil akrab Pak Harto itu, seperti jantung, paru-paru dan ginjal gagal berfungsi sejak pukul 1 dinihari ini apabila pernafasan Allahyarham sepenuhnya bergantung kepada mesin bantuan.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengumumkan tempoh berkabung selama tujuh hari mulai hari ini.

Rakyat Indonesia berdukacita di atas pemergian pemimpin besar mereka yang rata-rata diakui merupakan Bapak Pembangunan Indonesia, yang membentuk wajah negara 17,000 buah pulau ini seperti sekarang dan zaman pemerintahannya juga dianggap umum sebagai zaman paling makmur untuk lebih 200 juta rakyat Indonesia.

Dalam lipatan sejarah Malaysia, Suharto tetap dikenang sebagai seorang sahabat karib bukan saja kerana faktor serumpun dan kedekatan geografi kedua-dua negara tetapi lebih penting beliaulah orang yang menamatkan konfrontasi yang dicanangkan oleh presiden pertama Indonesia, Sukarno, ke atas Malaysia.Untuk berita sepenuhnya sila akses:

4 comments:

Dunia Puisiku said...

"Dalam lipatan sejarah Malaysia, Suharto tetap dikenang sebagai seorang sahabat karib bukan saja kerana faktor serumpun dan kedekatan geografi kedua-dua negara tetapi lebih penting beliaulah orang yang menamatkan konfrontasi yang dicanangkan oleh presiden pertama Indonesia, Sukarno, ke atas Malaysia"

Bagaimana pula dengan isu penghinaan kepada negara melalui laman web mereka. Memang tidak dinafikan, apa yang mereka katakan itu ada kebenarannya tetapi yang tidak benarpun lebih banyak. Isunya Pulau Sipadan dan Lingitan yang terlepas dari Indonesia (katanya), Isu Lagu Rasa Sayang Eh dan Tarian Reog, dari Ponorogo. Menurut laman web mereka, Malaysia sedang berusaha untuk mempatenkan Wayang Kulit. Mungkin mereka tidak tahu, bahawa wayang kulit Kelantan, dan Kedah tidak pernah datang dari Jawa. Juga di sini (Malaysia) ada juga industeri Batik. Nampaknya pemerintah kita perlu membuat misi khas berkaitan kebudayaan agar hubungan kedua negara tidak tegang. Masalahnya mereka amat kurang pengetahuan tentang Malaysia. Waktu saya ke sana akhir tahun lepas, mereka sibuk mempertanyakan beberapa istilah asing yang pada mereka benar-benar wujud sedangkan bila saya ke sana sahaja baru terdengar bahasa kesat misalnya "Bersetubuh dengan bumi", "tentera semak belukar", "hentak-hentak bumi", "lasykar bergayut" dan banyak lagi.
Walau apa pun hubungan kedua negara ini mesti dirapatkan dan rasa tidak puas hati tentunya di meja rundingan dan bukannya di laman web. Kalau kita bermusuhan, kuasa asing akan mudah masuk campur dan rakyat kita juga yang sengasara. Cukuplah negara Arab menjadi contoh dan jangan jadikan Nusantara ini dunia Arab kedua. Semoga.

Husin Lempoyang said...

Bapak Goblah enggak mahu pergi hadiri pengkebumian Pak Suharto. Adakah dia rasa dirinya mulia benar?

Amat tidak wajar Pak Lah hanya menghantar 4 orang sebagai wakil. Seenarnya Pak Najib sudah cukup. Apa perlu Pak Musang, Pak Zam Gap Gap, dan seorang pegawai tinggi tentera? Dah sangking mahu hantar wakil, kenapa Menteri Luar tidak pergi dan hanya iring PM ke Keduatan pula? Goblah ni goblok benar. 8 tahun Menteri luar tidor ke?

Husin rasa2 tahu sebab2nya. SIla baca satira Husin berkenaan ini di sini.

Husin hadiahkan fatihah buat Suharto mengenangkan jasanya kepada Malaysia dan keamanan rantau ini. Harap mereka yang sedia memaafkan dosanya buatlah demikian.

Husin Lempoyang said...

Begitu ramai2 pembesar2 negara lain, terutama dari asean dtg, pak lah tidak hadhir. Padahal malam itu sudah sampai dari davos.

Sungguh biadap. BUkankah suharto byk jasa kepada keamanan malaysia dan serantau. jika tidak kita masih konfrantasi dan ramai2 orang2 jawa akan di salah erti dan curiga oleh rakayt msia yang lain.

Satu fatihah saya hadiahkan kepada suharto kerana mengenagkan jasanya. Bagi yang sedia memaafkan dosanya, harap berbuat demikian. Yang tidak, biar tuhan menjadi hakim.

Husin menjangkan ada beberapa sebab Pak Lah tidak hadhir. He he he ... sila ke blog husin di sini, bukan goblog dan pasti bukan goblah ghaflah.

HELICONIA said...

duniapuisiku,

Dalam kes serangan2 media Indonesia oleh ekstremist Nasionalis mereka, saya rasa jalan terbaik adalah tidak ditanggapi.Jika kita pun berlebihan beremosi, kita setaraf sahaja dengan media mereka.Walhal bukan semua rakyatnya berfikiran demikian.

Presiden SBY semasa lawatan ke KL baru2 ini konon2nya utk meredakan 'masalah yang bukan masalah' atas isu-isu sensitif tu, yang mana targetnya bila beliau balik ke Indonesia, usaha berbaik2 ini akan dibincangkan dan diwar2kan oleh media mereka..dan mungkin ia tak akan berakhir..

Presiden SBY terpaksa pulang awal ke Jakarta krn Pak Harto sakit tenat. Dan isu 'bertelagah'nya media Indonesia dgn pihak sini seolah2 hampir dilupakan, sekurang2nya buat masa ni, sejak pemergian Pak Harto..

Saya rasa sikap org2 Malaysia atas apa juga isu adalah lebih terbuka dan cool berbanding org2 Indonesia..dan sikap ini harus diteruskan. Negara mereka punya masalah yang jauh lebih besar dari isu remeh temeh itu.

Apapun sebagai org Islam, saya merasa jasa Presiden Suharto yang terbesar adalah membenamkan pengaruh kuat komunis semasa awal pemerintahannnya, yg mana jika dia tidak melakukannya sekeras itu, mungkin negara tetangga kita tu bukan lagi sebuah negara islam seperti sekarang.