Di Taklimat Khas Abdullah
Ramai AJK UMNO Belah?
Pada 22 Januari 2008, saya duduk di kedai kopi riverside, PWTC, Kuala Lumpur, sejak jam 3.00 hingga 5.00 petang. Suasana hingar bangar. Ada kelompok yang membedal Presiden UMNO habis-habisan. Ada pula yang mengutuk menantu Presiden UMNO dengan suara lantang.
Mereka semua warga UMNO. Sebilangan besarnya memakai lencana Taklimat Khas Presiden. Pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sedang menyampaikan taklimatnya. Tetapi, ramai pula peserta taklimat itu memilih untuk keluar daripada dewan dan melanggani riverside untuk minum teh tarik dan makan goreng pisang.
Di antara mereka yang enggan mendengar taklimat Abdullah adalah beberapa ketuan UMNO bahagian, AJK UMNO bahagian, AJK Pemuda UMNO Bahagian, Timbalan Menteri, ADUN, beberapa orang setiausaha menteri, dan beberapa orang besar daripada bahagian khas Kementerian Penerangan.
Saya bertanya kepada beberapa orang daripada mereka, mengapa tidak mendengar taklimat Abdullah. Jawab mereka: isi taklimatnya sama sahaja. Asyik-asyik kisah modal insan, harga barang terkawal dan lain-lainnya. Membosankan!
Kesemua mereka yang meninggalkan dewan menjinjing satu beg kertas kecil berlambangkan UMNO. Di dalamnya ada beberapa risalah – mengenai RMK9, fitnah-fitnah pembangkang dan pemilik portal berita internet, serta ucapan-ucapan semasa Perhimpunan Agung UMNO November 2007.
Sewaktu berjalan dari PWTC menuju ke Hotel Sari Pacific, saya terserempak ramai perwakilan yang sudah lanjut usia, lelaki dan wanita. Saya terdengar rungutan mereka.
Antara rungutan yang menarik pendengaran saya adalah: “Panggil orang datang dari jauh, makan pun tak tentu hala, hujung-hujung ucapan Presiden baru ada sikit cerita pilihan raya.”
Seorang ahli parlimen pula terlepas cakap sesama sendiri begini: “Same old story. Wasting my time.” Maksudnya: cerita lama juga. Buang masa aku aje..
Saya tidak akan mentafsirkan kisah di atas mengikut persepsi saya sendiri. Tetapi, satu petanda yang agak jelas ialah, Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 mungkin tidak diadakan dalam tempoh terdekat ini.
Sebab itulah agaknya Abdullah dipetik oleh Bernama sebagai berkata bahawa “masih ada lagi sedikit-sebanyak yang perlu dibaiki. Ikut laporan di tempat-tempat yang tertentu, bagi negeri-negeri yang tertentu, tak payah saya sebut negeri mana...ini perlu kita beri perhatian."
Dalam pada itu, ada pula sumber-sumber memberitahu saya bahawa surat Abdullah untuk memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong membubarkan Parlimen dikatakan sudah tiba ke Istana Negara!

15 comments:
ini menunjukkan Pak Lah terlalu takut untuk menghadapi PRU kali ini.
Saudara, ayuh lah sertai Barisan Alternatif demi rakyat marhaen .....jatuhkan pemimpin yang korup..
Dato'
Saya meramalkan Parlimen akan dibubarkan selepas Chap Goh Meh dan PRU 12 diadakan sebelum PM ke Sidang OIC.
Ini pula komen dari ANNONYMOUS. Komen ini juga tidak dapat diposkan seperti biasa kerana sebab-sebab teknikal yang sama. – Ruhanie Ahmad.
ANNONYMOUS:
Saya amat setuju dengan laporan Datuk, kerana saya berada didalam dewan sehingga tamat majlis! Saya bolih suimpulkan sebagai 'dislodgement of expectations". Tiada apa2 intipati ucapannya yang boleh mengghairahkan kami. Same old song , but unstructured speech. Respon (tepukan)pendebgar amat dingin , hanya 1/3 yang bertepuk 'half-heartedly'.
Since it was a closed doorbriefing session, we expected 'hard issues' spt hindraf,dan reaksi parti2 komponen berhubung debgan isy hindraf diterangkan dengan panjang leber, tetapi meleset!!! It was sheer waste of money and time!!! Nak berjenaka tak bertempat, air kencing dijadikan bahan!! Semua sahabat2 saya yang turut hadir termasuk beberapa wakil rakyat keciwa kerana tiada perkara yang betul2 bernas untuk dibawa pulang sebagai modal kempen PRU kelak! No wander ramai orang yang mematikan radio dan TV apabila suara atau gambar pak lah keluar!! - 0909
Saya simpati dengan ajk dan pemimpin umno yang kena datang ke pwtc. tak sudah-sudah kena dengar cerita modal insan dan harga barang. soal umno cakap sikit-sikit aje.
Desas-desus terakhir yang saya dengar PRU akan diadakan waktu cuti sekolah bulan Mac nanti. Tapi ini pun sekadar khabar angin je. Mungkin ada lagi tempat yang dia belum siap 'alter' lagi. Kita tengok je lah nanti..
Dato'
Adakah betul Pak Lah takut kerana UMNO kehilangan ramai ahli (172,000) diseluruh negara seperti statistik ini..>?
http://anakperelihblog.blogspot.com/2008/01/kenapa-umno-begitu-takut.html
Akum Dato.. Dahulu ' letak songkok ' calon (BN) pasti menang sudah berlalu kata Presiden UMNO. Kalau ' letak tungul ' calon (BN)macamana Pak Lah? . Untongnya rakyat Singapura, sekarang masuki Malaysia imbas dan cop pasport saja tanpa lagi mengisi borang Imigresen. Maklumlah WPI Johor sudah milik mereka. Perniagaan kedai Nasi Kandar di Australia Pak Lah rasmikan dahulu macamana ya? Kedai roti ' The Loaf ' milik Tun Mahathir nampaknya bertambah maju. Semalam Tun membuka cawangan ke dua di Pavilion Kuala Lumpur selepas Langkawi di buka 2006.
Apa pendapat pembaca dalam pekara ini. Pandangan Dato macamana pula?
Salam Perjuangan Anak JOHOR
Tok,
Apabila burung merak sudah hilang serinya, tiada sapa yang akan mengendahkan ia lagi..
Apabila Perdana Menteri sudah hilang hormat di kalangan rakyat, tiada perlu ia meminta peluang untuk berkuasa lagi....
Bak kata DoReMi - "Adey, jalaaan daa...."
Assalamualaikum Dato'
My observation... may be ramai yang belah. And I know lots of UMN@ talked and complained and talked and complained. However, how many actually did took a stand like you and said it out loud the fact that PM did a lousy job?
How many actually complained about KJ, about patrick, about badawi, about the jet, about the yacht, about IDR .... and stood like a real man and said it?
But I bet you can see these very same people who would "tersengeh-sengeh, terhegeh-hegeh" to kiss PL's hand and reinforced PL's belief that "SAYA PM."
pak Lah terlalu lemah.. kalau dia tunggu lama lagi, lagi banyak kelemahan dia akan di perlihat... kalau nak jatuhkan pak lah kena kalahkan BN atau sekurang2nya menidakkan majoriti 2/3 dewwan Rakyat.. baru tindakan kerajaan yg memerintah tidak membabi buta mcm sekarang..
sepintas lalu memang pembangkang kat malaysia ni kelihatan belum mampu mengambil alih pemerintahan, tapi kalau boleh menidakkan 2/3 majoriti 2/3 UMNO pun dah cukup baik.
rasanya guiness book of record tak perasan ketika ini malaysia adalah negara yang paling banyak meminda perlembagaan sejak merdeka. yang terbaru meminda umur bersara pengerusi SPR ..
jika wujud situasi 60-40, saya yakin sistem pemerintahan akan menjadi lebih baik berbanding sekarang.. kerana semua akan bekerja dengan berhati-hati dan bersungguh-sungguh..contoh 50-50 sekarang di kelantan.. PAS dan UMNO berusaha yang terbaik..yang untung siapa? tentu lah rakyat...
buat pengundi Melayu, kalau tempat anda pengundi melayu lebih 60%, undilah calon melayu ..biarlah dari parti apa sekalipun.. cuma kalau yang bertembung tu melayu-melayu, ikut pertimbangan masing-masing lah..
Dato'
Pada hemat saya Dato' pastinya tidak akan terpilih sebagai calun BN.
Secara peribadi saya mencadangkan kepada Dato' untuk tetap menawarkan khidmat Dato' selaku Wakil Parlimen untuk penggal mendatang.
Melalui penulisan diblog, ramai dapat merasai keikhlasan Dato' dalam berpolitik. Cara mana dan landasan mana untuk Dato' terus menawarkan diri dalam PRU-12 ini terserahlah kepada percaturan Dato', tetapi khidmat Dato' masih diperlukan di Parlimen.
Sahabat-sahabat seperjuangan, terima kasih.
Secara umum, posting saya mengenai taklimat khas Abdullah adalah untuk menggambarkan betapa sambil-lewanya segolongan pemimpin UMNO bahagian menghormati Presiden UMNO mutakhir ini. Keadaan ini berbeza di zaman Tun Dr Mahathir Mohamad. Soalnya, apakah masa depan UMNO jika kesambil-lewaannya seperti ini berterusan? Dan, bagaimanakah cara terbaik untuk mengatasi sikap sebegini?
Respons khusus saya kepada komen anda seterusnya adalah seperti berikut:
Muhammad: Saya akan terus berada dengan UMNO dan meneruskan perjuangan persendirian saya untuk menginsafkan warga UMNO bahawa sesuatu yang strategic wajar dilakukan segera. Oleh itu, saya tidak terlintas untuk menyertai Barisan Alternatif atau mana-mana parti pembangkang.
Zainal: Ramalan anda mungkin benar. Saya sendiri dapat tau bahawa Parlimen akan dibubarkan pada 21 Februari 2008.
ANNONYMOUS: Terima kasih kerana memberikan komen first hand untuk memperkukuhkan posting saya. Agak-agak anda, mengapakah Abdullah masih dengan “the same old song”? Dan, mengapakah Abdullah juga tidak langsung menyentuh isu hindraf dalam taklimat itu? Seterusnya, mengapakah semua sahabat-sahabat anda yang turut hadir dalam taklimat itu, termasuk beberapa wakil rakyat kecewa? Tidakkah ini petanda bahawa UMNO sedang sakit dan dijangkiti sindrom kredibiliti?
Putera bentan: Saya juga amat bersimpati dengan ajk dan pemimpin umno menghadiri taklimat di pwtc. Dating dari jauh hanya untuk mendengar retorika kosong!
Atan: Sekali lagi saya tegaskan, ramalan anda mengenai PRU ini pun mungkin betul..
Anak Perelih: Saya sudah lawati blog anda. Hakikat inilah yang menggerunkan orang macam saya.
Pemerhati: Memang benar zaman ' letak songkok ' calon dan BN pasti menang, sudah berlalu. Sebabnya kerana orang kecewa dengan PM. Soal rakyat Singapura sekarang masuki Malaysia hanya dengan mengimbas dan cop pasport saja tanpa lagi mengisi borang Imigresen, adalah satu lagi petanda kelunturan maruah dan kedaulatan Negara kita. Ya lah, maklumlah WPI Johor “sudah milik Singapura”!!! Soal kedai the loaf TDM yang kian berkembang dan Nasi Kandar Abdullah di Perth yang sudah bungkus hanya mencerminkan kewibawaan kedua-dua insan ini. Salam perjuangan anak Johor. Kepada Allah Berserah.
The Eugenist: Saya harap rakyat akan menginsafi komen anda “Apabila burung merak sudah hilang serinya, tiada sapa yang akan mengendahkan ia lagi..
Apabila Perdana Menteri sudah hilang hormat di kalangan rakyat, tiada perlu ia meminta peluang untuk berkuasa lagi....” kerana komen seperti ini menggambarkan kekecewaan rakyat terhadap Abdullah…
Stray cat's strut: Dalam politik memang banyak kepura-puraan. Saya setuju dengan anda, belakang kutuk Abdullah, depan cium tangan Abdullah! Tabiat macam ini yang jadikan UMNO dibenci rakyat.
Islam Hebat: Moga-moga rakyat jelata ambil iktibar daripada komen anda.
Sniper: Sata setuju dengan komen anda semoga pengundi Melayu di kawasan yang mempunyai lebih 60% pengundi Melayu buat pertimbangan dengan bijaksana.
Hovidpure: Terima kasih di atas doa anda. Tetapi, saya tidak lagi berminat nak bertanding walau atas parti mana sekalipun. Terserahlah kepada pihak parti memikirkan jalan terbaik kalaulah khidmat saya masih diperlukan. Apa pun, biarlah orang lain jadi Ahli Parlimen Parit Sulong!!!
Salam takzim dan salam perjuangan dari saya. - Ruhanie Ahmad
saya memang tak paham dengan perangai orang tua zaman sekarang
kalau mereka cium tangan orang lebih muda dan lebih kurang sebaya dengan mereka
memang ler amalan cium tangan ni bagus
tapi kalau dengan rakan sebaya ...mengarut ler
obvious sangat proses membodek tu
wekkkk
Post a Comment