Bloggers Pengaruhi Corak Pengundian
Pilihan Raya Umum 12 Di Luarbandar?
Bloggers sosio-politik Malaysia sentiasa dikecam oleh segolongan menteri dan individu tertentu. Mereka diberikan label yang berbagai-bagai. Mereka dituduh sebagai penyebar fitnah. Mereka disifatkan sebagai musuh.
Oleh kerana bahang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 kian memuncak, wajarlah ditanya sama ada bloggers sosio-politik di negara ini mampu mempengaruhi corak pengundian dalam PRU berkenaan. Wajar juga dipastikan sama ada kandungan blogs kategori ini mampu mempengaruhi pengundi di luarbandar?
Saudara Fathi Aris Omar daripada M-star telah mewawancara saya menerusi e-mail mengenai persoalan di atas. Berikut adalah di antara teks soal-jawab secara bertulis antara Fathi dan saya.
Fathi:Menjelang pilihan raya umum 2008, isu-isu apakah yang seharusnya dibangkitkan (tetapi tidak diberikan perhatian oleh penulis blog/parti pembangkang)?
Ruhanie: Soal paling utama adalah, adakah parti pembangkang benar-benar boleh menjadi alternatif kepada parti pemerintah? Ini soal strategik yang akan membantu rakyat membuat pilihan semasa mengundi. Keduanya, adalah mengenai integriti SPR. Benarkah tidak ada manipulasi, walau seminima mana sekalipun, khususnya di kawasan-kawasan yang kritikal?
Fathi:Sejauh manakah berkesannya bahan-bahan di Internet boleh mempengaruhi pengundi (5% atau 10% atau 30% atau ???) ?
Ruhanie: Soal ini amat subjektif kerana tidak pernah diadakan survey secara profesional dan menyeluruh. Tetapi, saya akui bahawa apa yang ditulis oleh bloggers sosio-politik, nampaknya telah meningkatkan kesedaran umum terhadap kepincangan kerajaan, keterlanjuran menantu PM dan lain-lainnya.
Fathi: Kebanyakan pengundi Melayu tinggal di kawasan pinggir bandar atau luar bandar. Apakah golongan ini boleh/turut dipengaruhi oleh laman web/blog politik?
Ruhanie: Ini juga satu soalan yang subjektif. Adakah Saudara maksudkan pengundi luarbandar yang celik ICT atau buta ICT, atau kedua-duanya sekali. Secara amnya, maklumat daripada internet, serba sedikit, kini menjadi input rakyat marhaen membuat pertimbangan terhadap pemerintah dan karenahnya. Sama ada ini akan mempengaruhi undi mereka, agak sukar untuk dibaca.
Fathi: Pengundi Melayu yang tinggal di bandar dan berpendidikan tinggi, apakah mereka aktif menyebarkan bahan-bahan politik ini? Atau, mereka membaca untuk kepuasan/pengetahuan sendiri sahaja?
Ruhanie: Saya lebih menganggap mereka membaca sebagai input diri masing-masing dan hanya menyebarkannya secara tidak langsung menerusi perbualan yang kasual.
Fathi: Jika kita membuat perbandingan dalam tempoh 10 tahun (1998-2008), dalam tempoh tiga kali pilihan raya umum (1999, 2004 dan kini), bolehkah trend 1999 (era Reformasi sewaktu Anwar Ibrahim dipenjara) berulang (yakni maklumat Internet mempengaruhi pembaca/pengundi)?
Ruhanie: Senarionya berbeza. Tetapi, maklumat internet hari ini memang boleh dijadikan bahan mempengaruhi pengundi kalau digandingi dengan strategi penyebaran di peringkat akar umbi. Pada waktu yang sama, bagaimanakah caranya untuk menyakinkan penyokong pemerintah bila mereka terpaksa membuat perkiraan antara menukar kerajaan dan masa depan mereka yang kurang terjamin di bawah pemerintah yang belum mereka dikenali?
Fathi: Atau, trend menjelang 2004 masih lagi mempengaruhi (pengundi memberi harapan kepada kepemimpinan baru Abdullah Ahmad Badawi)?
Ruhanie: Trend 2004 tidak akan berulang. Saya amat pasti akan hal ini. BN kali ini berhadapan dengan banyak masalah di semua peringkat. Jadi, prestasi BN mungkin akan merosot berbanding 2004. Persepsi pengundi baru terhadap pemerintah amat negatif. Tetapi, mampukah mereka mempengaruhi pengundi lainnya?
Fathi: Blog-blog baru (yang muncul misalnya 2006 atau 2007) banyak mengkritik kepemimpinan baru Abdullah, apakah kritikan/kecaman itu berkesan/mempengaruhi pengundi?
Ruhanie: Soal sama ada mereka boleh mempengaruhi pengundi adalah sukar untuk dipastikan. Bagaimanapun, mereka mampu membekalkan input mendalam supaya para pengundi dapat membuat pilihan dengan lebih demokratik dan bijaksana.
Fathi: Blog-blog yang baru muncul dalam tempoh beberapa tahun mutakhir (termasuk Datuk) kelihatan memberi dimensi/impak baru kepada penyebaran maklumat politik di Internet.
Ruhanie: Hakikat ini tidak boleh dinafikan. Tetapi, tidak perlu juga untuk dilihat negatif oleh mana-mana pihak. Sebaliknya, pihak-pihak yang mengiktiraf impak bloggers kategori ini perlulah bertindak secara bijaksana. Bukan hanya menerusi cemuhan, memberikan label yang tak masuk akal atau bertindak secara konfrontasi. Mereka perlu mengambil strategi berbaik-baik, mengutip maklumat daripada blog-blog tertentu sebagai maklumat balas dan untuk tindakan selanjutnya. Para cyber troopers mereka tidak seharusnya bertindak untuk discredit bloggers ketagori ini. Sebaliknya, gunakan blogs mereka untuk menyebarkan maklumat yang memihak kepada pemerintah dengan profesional, menarik dan bijaksana. Apa yang dilakukan hari ini semuanya counter-produktif dan menyebabkan pemerintah lebih tidak diyakini rakyat.
Fathi: Apakah trend ini akan berterusan (kerana kebanyakannya sudah berusia)? Untuk berapa lama trend ini akan berlanjutan (atau, gejala ini hanya bermusim)?
Ruhanie: Trend ini pasti akan berterusan. Kalau bloggers kategori saya sudah tiada lagi, yang muda akan menggantikannya kerana mereka terpaksa mengisi vacuum yang wujud daripada sikap media perdana yang agak kurang memahami dan memenuhi selera rakyat jelata.
Fathi: Dibandingkan blog (peribadi) berbahasa Melayu dengan blog (peribadi) berbahasa Inggeris, manakah blog yang lebih berpengaruh ketika pilihan raya umum nanti?
Ruhanie: Kedua-duanya berpengaruh – blog Inggeris di kawasan bandar dan blogs Melayu di luar bandar. Tetapi, kerana polar sokongan di bandar agak kurang memihak kepada pemerintah, blogs Melayu wajar lebih diambilkira oleh pihak pemerintah.
Fathi: Dari segi kualiti analisis/penghujahan/maklumat baru: Datuk lebih suka blog berbahasa Melayu atau blog berbahasa Inggeris?
Ruhanie: Adalah tidak adil untuk saya menghakimi hasil tulisan bloggers lain dalam konteks ini. Secara umum, walaupun blogs Bahasa Melayu mungkin kurang analisis, ada juga blogs Bahasa Melayu yang dipersembahkan secara profesional, khususnya oleh bekas wartawan. Ini menyebabkan blogs mereka berwibawa. Perlu diingat, blogging adalah satu bentuk penyebaran maklumat terbaru yang bebas gaya persembahannya. Bagaimanapun, majoriti bloggers sosio-politik Malaysia adalah profesional di bidang masing-masing. Ini juga menjadikan blogs mereka juga berwibawa.

3 comments:
Sememangnya kita dapat menjangkakan dengan mudah bahawa PRU (Pilihanraya Umum ke 12) akan dilangsungkan sekitar bukan Mac 2008.
Pelbagai masalah yang harus ditanggung oleh parti yang memerintah sekarang. Dari kes mahkamah sehinggalah ke kes gangguan bekalan barangan harian.
Namun yang memusykilkan saya ialah, bilakah had waktu terakhir bagi perlangsungan pilihanraya umum ke 12 ini?
Apakah ianya pada tahun 2009? Jika ya, Pak Lah mungkin akan menganjakkan perlangsungan pilihanraya umum ke 12 ini pada awal tahun 2009. Ini bagi menstabilkan ke semua elemen teras pembangunan rakyat. Seperti ekonomi dan keselamatan.
Sebarang persiapan sesebuah parti politik untuk menghadapi pilihanraya perlu disusun dengan rapi serta tepat pada waktunya, bagi mengelakkan pembaziran kos-kos pembayaran sponsor dan para pekerja.
Nampaknya jawapan Datuk bermirip non-komital aje!! Saya melihat soalan2 Fathi sebagai usaha untuk mengesahkan pendapat umum tentang penerimaan masyarakat luar bandar terhadap bloggers. Saya pun kerap mempersoalkan setakat mana pengaruh bloggers keatas masyarakat bandar dan luar bandar.
Pengundi2 bandar terutama pengundi muda mungkin terpengaruh dengan maklumat2 yang dipaparkan oleh bloggers kerana mereka menganggap perolihan maklumat tersebut sebagai eksklusif dan tidak mungkin tersiar dimedia perdana. Justeru itu, kita mungkin akan meyaksikan calon2 parti pemerintah dikawasan bandar akan berhadapan dengan pengundi2 yang lebih 'exposed' dengan isu2 yang di polemikkan. Berkemungkinan ianya akan membawa kepada kekucundangan.
Lain pula dengan pengundi luar bandar. Kebanyakan mereka ini telah melalui lebih dari 8 PRU. Tiap2 kali PRU mereka di dendangkan dengan kempen2 yang menusuk kalbu mereka ,lantas telah menukar mereka sebagi penyokong tegar pemerintah . Merka ini juga saya sering sebutkan sebagai "traditional BN voters" kerna amat sukar untuk memusingkan kiblat mereka. Merka inilah yang memastikan BN berolih kemenangan dalam setiap PRU!!!
Olih itu BN sudah pasti akan dapat mempertahankan kubu2 tradisional merka dan berkemungkinan mengalami kekalahan besar di bandar2 terutama sekali dimana jumlah pengundi cina amat besar. Saya merasakan kaum cina akan mengikut jejak rakan mereka di S'wak dan sudah pasti akan membawa kesangsaraan kepada parti komponen berasaskan cina dalam BN. Saya setuju bahawa Penang mungkin akan menjadi mangsa kepada sikap pengundi cina ini!!
Walaubagaimana pun, BN akan tetap utuh dan memenangi PRU ke 12 dan memperolihi majority 2/3!!! Trust in our traditional Voters!!!!
Hanief dan Annon, terima kasih dan selamat datang ke Kuda Kepang.
Secara umumnya memang BN kelihatan sedang dibelenggu oleh pelbagai masalah menjelang PRU12. Ini pasti akan menjejaskan prestasi BN. Maka terserahlah kepada kebijaksanaan pemimpin BN untuk meminimakan masalah ini demi kejayaan calon-calonnya.
Dalam soal impak blogs kepada pengundi di luarbandar, saya bukannya non-commital dalam jawapan saya. Hakikatnya, blogs adalah fenomena baru dan popular kepada mereka yang celik ICT dan gemar mengakses internet.
Dalam keadaan sebegini adalah wajar jika saya jawab bahawa impaknya kepada pengundi luarbandar memang sukar untuk dipastikan. Pada waktu yang sama, PRU12 akan menjadi eksperimen sejauh mana keberkesanan blogs dalam politik tanah air.
Salam takzim dari saya.
Post a Comment