Friday, January 04, 2008

Bahagian Lima:
PAKATAN HINDRAF - KHAIRY
MATLAMAT HALALKAN CARA?

Bahagian Empat menghuraikan bahawa penubuhan Damai Malaysia telah didalangi oleh kelompok Abdullah. Ini satu lagi contoh tindakan “matlamat menghalalkan cara.”

Tetapi, sebelum dirungkai apakah matlamat kelompok Abdullah kebelakangan ini, wajar dirungkai dulu apakah cara-cara yang telah digunakan untuk mencapai matlamat berkenaan. Dari seluruh penghujjahan dalam Bahagian Satu hingga Bahagian Empat dalam blog ini, antara cara dan tindakan yang mungkin atau sebenarnya dijalankan untuk mencapai matlamat yang dicita-citakan oleh kelompok Abdullah pada hari ini adalah seperti berikut:

Berkonspirasi dengan Hindraf untuk menganjurkan satu demonstrasi yang ganas, provokatif dan emotif.

Menyediakan petisyen kepada Ratu Elizabeth II dengan kandungan yang provokatif kepada UMNO, orang Melayu dan umat Islam.

Memfitnahkan pembangkang, khususnya penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sebagai dalang kepada demonstrasi Hindraf.

Mengapi-apikan orang Melayu dan Islam bahawa Hindraf adalah anti-UMNO, anti-Melayu, anti-Islam dan pengkhianat negara.

Pemuda

Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia mengutip tanda tangan untuk mengutuk Hindraf.

Menubuhkan Damai Malaysia kononnya untuk menyatupadukan rakyat Malaysia bagi menentang Hindraf dan demonstrasi jalanan.

Mengeluarkan kenyataan bahawa terdapat bukti Hindraf mempunyai hubungan dengan kumpulan militen di Sri Lanka.

Mempropagandakan bahawa seluruh demonstrasi jalanan adalah ganas dan berakhir dengan keganasan.

Menahan sekumpulan pemimpin Hindraf di bawah ISA.

Gelombang

Seluruh cara dan tindakan di atas adalah untuk menyelamatkan Abdullah yang dikatakan lemas dilanda gelombang kuning dan gelombang rakyat. Oleh itu, sebelum dirungkai matlamat seluruh tindakan di atas, wajarlah diimbas dulu hal gelombang kuning dan gelombang rakyat.

Satu faktor paling utama dalam peristiwa gelombang kuning pada 10 November 2007 adalah komposisi pesertanya. Para peserta gelombang kuning yang disifatkan oleh Khairy sebagai “beruk jalanan” bukannya semua ahli NGO gabungan Bersih. Mereka juga terdiri daripada rakyat jelata pelbagai parti, termasuk komponen BN, khususnya UMNO, dan kumpulan atas pagar yang selama ini menyokong BN.

Kumpulan ini menyertai gelombang kuning bukan untuk mendukung tuntutan Bersih. Matlamat utama mereka adalah untuk menunjukkan kekecewaan mereka kepada Abdullah yang sudah tidak lagi mereka yakini.

Sebab itulah antara peserta gelombang kuning adalah orang-orang Johor yang kecewa dengan kewujudan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Ada kalangan rakyat bawahan yang kini dibelenggu kesempitan hidup akibat kenaikan kos hidup dan barang-barang keperluan harian.

Menantu

Ada juga para peserta yang kecewa dengan keterlanjuran menantu Abdullah. Ada yang tidak puas hati dengan cara wang ehsan di Terengganu dibelanjakan untuk Monsoon Cup. Ada yang membantah soal wang berbillion ringgit yang membabitkan PKFZ di Pelabuhan Kelang, Selangor. Ada yang kecewa dengan rasuah dan neopotisme yang kian berleluasa.

Perarakan gelombang kuning tidak merekodkan apa-apa keganasan oleh para pesertanya. Tidak seperti apa yang telah dipropagandakan oleh RTM. Sebaliknya, pihak polis pula yang bertindak kasar terhadap para peserta. Kekasaran itu pula telah dihebahkan oleh media antarabangsa ke seluruh dunia. Akibatnya, kepimpinan Abdullah menerima tekanan dari segolongan komuniti antarabangsa. Pada waktu yang sama, kekerasan polis itu pula menerima reaksi Menteri Penerangan rejim Abdullah dengan cara dan kenyataan yang amat memalukan negara dan rakyat Malaysia. Ini menyebabkan kredibiliti Abdullah turut tercemar sama.

Seterusnya, gelombang kuning pula menyebabkan rakyat jelata mula berani bersuara lantang dan terbuka. Mereka tidak lagi gentar untuk menggesa Abdullah supaya mengosongkan seluruh jawatannya dalam kerajaan dan parti dengan serta merta. Tindakan ini pula disusuli dengan ledakan gelombang rakyat yang bermatlamat supaya Pentadbiran Abdullah dikoreksikan secara segara dan total.

Oleh itu, berasaskan hakikat gelombang kuning seperti di atas, matlamat utama yang mahu dicapai menerusi seluruh cara yang disenaraikan di awal siri kali ini adalah melunturkan seluruh impak gelombang kuning pada 10 November 2007. Matlamat utama ini akan sekaligus memulihkan kepimpinan Abdullah yang dikatakan dalam keadaan cemas dan lemas. [Akan disambung dalam Bahagian Enam.] – Ruhanie Ahmad

5 comments:

Husin Lempoyang said...

Sejak kenyataan Khairy dalam satu perhimpunan kecil membincangkan Hindraf, Khairy sudah tidak kelihatan dan kedengaran begitu lama.

Adakah dia terpaksa menghilangkan diri demi mencerahkan penerimaan rakyat kepada Al Bodowi?

Adakah KJ sudah kembali ke Oxford semulasetelah menyedari apa yang dipelajari semuanya gagal dipraktikkan dan dia terpaksa reseat exam semula?

Adakah dia menghilangkan diri kerana tangan dia di dalam ses kes chua soi lek?

Adakah khairy mewakili kepentingan hospital2 singapura yg begitu rakus utk mengembangkan sayap hospitalnya di Malaysia?

Adakah Chua menjadi penghalang kepada keinginan Khairy ini?

Namun demi seks yang selamat, anda harus memakai topeng sekarang dan bukan condom ... hehhe

Unknown said...

Adakah kita nak biarkan dia orang ni terus main wayang pekji sampai kita semua tonggang langgang? Fikirkanlah....

Unknown said...

Datuk Ron ada tulis pasal toyol code yang kata KJ akan bunuh politik Najib. Saya rasa apa yang toyol Datuk Ron cakap tu betul. Terserahlah pada Najib nak percaya atau tidak... Sebagai anak bugis, saya harap Najib tidak memilih untuk mati katak. Dayus...

kudakepang said...

Saudara Husin, Azam dan Putera, terima kasih.

Jawapan saya kepada komen anda adalah secara umum sahaja. Dan jawapan ini telah saya berikan kepada lain-lain komen di bawah siri yang sama seperti berikut:

Oleh kerana siri ini masih belum berakhir, izinkan saya sekadar mengatakan bahawa tindakan matlamat menghalalkan cara ini dilaksanakan kerana ada pihak yang akan kerugian besar jika PM kehilangan kuasa. Pada jangkaan saya, pihak-pihak ini bukan sahaja yang nampak secara zahir, tetapi mungkin juga kumpulan rahsia yang sedang mendalangi konspirasi terhadap Malaysia di abad ke-21. Dan, jangan kita lupa, bila kita bercakap mengenai konspirasi kuasa besar di abad ini, kita tidak boleh lari daripada membicarakan kuasa-kuasa bersar itu serta jari-jari halus mereka yang cukup seni dalam soal-soal espionage, sabotage, subversion dan juga false-flag operations. Kesemua hal ini disaluti penipuan, kepura-puraan dan juga propaganda kotor dan jahat. AWASLAH MALAYSIA HARI INI SUDAH JADI SATU DARIPADA TAMAN PERMAINAN KESELURUHAN KARYAWAN ASING YANG PAKAR DALAM KERJA-KERJA KOTOR SEMATA-MATA KERANA "MATLAMAT MENGHALALKAN CARA"....

Unknown said...

Mudah2an negara kita selamat dan pilihanraya akan datang akan menyaksikan banyak perubahan terutama kebangkitan bangsa melayu yang benar-benar membantu dan bersatu demi bangsa. Maaf dah lama tak bersama anda. Saya mendalami lagi ilmu bathin di Indonesia. Dan kini boleh melihat dengan jelas apa yang akan berlaku.