Monday, January 07, 2008

Bahagian Enam:
PAKATAN HINDRAF - KHAIRY
MATLAMAT HALALKAN CARA?

Berasaskan seluruh hujah dalam kesemua tulisan saya dalam siri ini, terbuktilah bahawa matlamat sebenar daripada tindakan “matlamat menghalalkan cara” menerusi demonstrasi Hindraf yang didalangi oleh kelompok Abdullah, adalah seperti berikut:

*Melunturkan seluruh impak gelombang kuning pada 10 November 2007 yang kemudiannya meledakkan gelombang rakyat.

*Mematah dan mematikan langkah perjuangan rakyat menerusi ledakan gelombang rakyat.

*Membolehkan Abdullah menggunakan pelbagai undang-undang, khususnya ISA, ke atas individu yang difikirkan sebagai membahayakan survival politiknya, khususnya mereka di sebalik gelombang kuning.

*Menyekat lebih banyak lagi demonstrasi menentang kepimpinan Abdullah dalam tempoh terdekat.

*Menggunakan kenyataan Hindraf yang provokatif untuk mendorong orang Melayu dan umat Islam kembali menyokong Abdullah.

*Memulihkan keyakinan dan sokongan orang Melayu, umat Islam dan rakyat jelata kepada kepimpinan Abdullah yang amat tertekan akibat ledakan gelombang rakyat.

*Mengukuhkan kepimpinan Abdullah yang lemah dan pincang untuk membolehkannya mengadakan PRU ke-12 dalam tempoh terdekat ini.

*Memenangi PRU ke-12 dengan majoriti yang selesa dan mantap.

*Mengembalikan Abdullah ke persada kuasa sebagai Perdana Menteri selepas PRU ke-12.

Dramatik

Sebagaimana dramatiknya serangan ke atas Pearl Harbor sewaktu Perang Dunia Kedua pada 1941, dan dramatiknya tragedi 11 September 2001, demonstrasi Hindraf yang ganas dan kenyataan Hindraf yang provokatif kepada UMNO, orang Melayu dan umat Islam, juga cukup dramatik impaknya. Sebab itu, kita kena tabik kepada proksi Abdullah yang mendalangi demonstrasi Hindraf, yang menyediakan kenyataannya yang provokatif dan yang mengorkestrakan perkembangan dan tindakan susulan selepas demonstrasi tersebut.

Bijak. Memang cukup bijak. Tetapi, kebijaksanaan ini langsung tidak mengambilkira bahawa orang Melayu dan umat Islam hampir-hampir membuat tindak balas terhadap kaum India dan penganut Hindu dengan secara fizikal dan mungkin juga fatal. Tetapi, inilah yang dikatakan sebagai tindakan “matlamat menghalalkan cara”.

Seluruh tindakan berasaskan “matlamat menghalalkan cara” ini diambil semata-mata kerana Abdullah dikatakan amat tertekan oleh impak gelombang kuning dan ledakan gelombang rakyat. Akibat peristiwa itu, populariti Abdullah meredum dengan sekelip mata. Situasi tersebut amat membimbangkan ramai penyokong dan pegawai-pegawainya.

Membisu

Situasi berkenaan juga menyebabkan menantu Abdullah terus membisu, sama ada kerana dia turut menghadapi tekanan atau pun membisu untuk mengatur sesuatu strategi tindak balas yang sesuai dengan tindakan “matlamat menghalalkan cara.”

Dalam keadaan sedemikian rupa, pastinya semua pihak di sekeliling Abdullah tercari-cari apakah Pearl Harbor atau Tragedi 911 yang boleh mereka lakukan untuk menyelamatkan Abdullah. Atau, dalam situasi itu juga seluruh pegawai Abdullah mungkin mula menimbang buruk baiknya kalau dilaksanakan rancangan yang sudah mereka sediakan sebelum ini untuk menyelamatkan Abdullah.

Oleh itu, berasaskan tulisan Anak Jati Rembau, bahawa Khairy telah mengadakan satu pertemuan sulit dengan seorang pemimpin Hindraf beberapa bulan sebelum demonstrasi berkenaan, maka mungkinkah tindakan “matlamat menghalankan cara” ini memang sudah dirancang dengan lebih awal? Adakah rancangan untuk menggerakkan Hindraf melancarkan demonstrasi ganas pada 25 November 2007 dirancang lebih awal daripada 10 November 2007? [Bersambung dalam Bahagian Tujuh] – Ruhanie Ahmad

7 comments:

Unknown said...

Datuk, kenapa KJ senyap sekarang? Dia bertapa ke? Atau dia dah kena pelupoh dek Hindraf?

Sebenarnya, saya hairan kenapa AAB dengar sangat cakap si KJ ni. Dia pakai ilmu sami siam ke? Kalau tak, mana boleh seorang PM meletakkan nasib rakyat atas bahu seorang anak muda yang ambitious dan gila kuasa?

Percaya cakap saya Datuk. Malaysia ni aman tanpa AAB dan KJ. Tapi apa boleh buat, TDM pilih AAB...

Unknown said...

Saya nak tanya semua rakyat Malaysia termasuk diri saya sendri, sampai bila kita nak kena kelentong macam dalam soal Hindraf ni? Bayangkan, dia orang ni sanggup buat wayang biar Melayu gaduh dengan India pasal nak kekalkan kuasa. Orang macam ni patut kita kerjakan habis-habis biar dia tau yang kita tak boleh gadaikan perpaduan kita untuk kepentingan orang gila kuasa atau mabuk kuasa.

kudakepang said...

Azam dan Putera, terima kasih.

Sebagai jawapan umum izinkan saya petik dan laungkan semula poertanyaan putera "sampai bila kita nak kena kelentong macam dalam soal Hindraf ni? Bayangkan, dia orang ni sanggup buat wayang biar Melayu gaduh dengan India pasal nak kekalkan kuasa. Orang macam ni patut kita kerjakan habis-habis biar dia tau yang kita tak boleh gadaikan perpaduan kita untuk kepentingan orang gila kuasa atau mabuk kuasa."

Fikir-fikirkanlah secara bijaksana.

Salam takzim

1:11 AM

The Eugenist said...

Salam tok...

Cuma nak tanya tok, ada tak persamaan dengan cerita the Trojan horse? Atau mungkin dengan cerita si Kitul yg membuka pintu kota Melaka hingga memudahkan Peringgi menyerang?

Sekadar bertanya.

kudakepang said...

Hesmel, terima kasih.

lebih kurang sama. Pihak musuh akan sentiasa mencari pelbagai jalan macam mana nak tembusi sesuatu tembok kerahsiaan, tekbok pertahanan atau tembok kekuasaan. Makin lama makin canggih modus operandinya. Pokoknya "matlamat menghalalkan cara".

salam takzim

Kamalkamal said...

Datuk,

Dalam pemerintahan Datuk Abdullah Ahmad Badawi macam-macam ada. Pelbagai cara dan tindakan dilakukan untuk mengukuhkan kedudukannya sebagai PM. Apa yang menyedihkan ialah setiap tindakan yang dilaksanakan tidak menyebelahi orang Melayu.

Begitu juga tindakan seorang dua menterinya yang kurang cerdik dalam menangani masalah semasa. Pada saya, rakyat pun boleh berfikir dengan lebih rasional berbanding kebanyakan kenyataan Pak Menteri. Contohnya, Datuk Najib mahukan calun wakil rakyat akan datang mempunyai trek rekod yang bersih. Apakah Datuk Najib layak dipertimbangkan sebagai calun wakil rakyat dalam PRU akan datang?

Sedangkan insan yang pernah digelarkan Mr. Clean pun sekarang telah membersihkan segalanya termasuklah khazanah negara untuk keluarganya.

Jadi Tok, apakah harapan kita sebagai rakyat Malaysia selagi kepimpinan tertinggi negara kurang prihatin terhadap rakyat jelata. Apa yang dilaksanakan sekadar melepaskan batuk ditangga dan juga sebagai publisiti untuk meraih sokongan rakyat apalagi PRU semakin hampir.

Rakyat marhaen pula digula-gulakan dengan bantuan membaiki rumah yang biayanya sebanyak RM5,000 seorang tetapi hakikatnya bantuan yang diterima oleh rakyat tak sampai pun separuh daripada itu. Lainnya dihanyutkan banjir birokrasi.

Akhirnya rakyat terus ditipu dalam pelbagai cara dan bentuk. Benar Tok, matlamat menghalalkan cara...cara Datuk Abdullah Ahmad Badawi.

kudakepang said...

Kamal, terima atas kiriman buah fikiran yang sudah pun saya siarkan dalam saidebar kk.

Salam takzim.