Friday, March 16, 2007

Bukan Penembak Curi
Yang Ditakuti ….

A Kadir Jasin

PERBUATAN memburuk-burukkan blog dan laman berita web di akhir-akhir ini bukan kebetulan.

Ia adalah satu kempen yang diilhamkan oleh pemilik dan pengendali jentera maklumat dan propaganda rasmi.

Kalau kita masih ingat, tembakan pertama terhadap blogger dilepaskan oleh Timbalan Menteri Tenaga, Komunikasi dan Air, Datuk Shaziman Abu Mansor Ogos lalu. Beliau menyifatkan sesetengah blogger dan pengulas blog sebagai penembak curi.

Saya yakin walaupun Shaziman mengherdik blogger dan pengulas blog yang menembak curi, beliau sebenarnya lebih takut kepada blogger dan pengulas blok yang memperkenalkan diri mereka.

Walaupun majoriti blogger adalah orang biasa yang mengguna Internet sebagai tempat menyimpan catatan (log) peribadi, semakin banyak wartawan dan golongan profesional lain kini menggunakan blog sebagai saluran komunikasi.

Inilah yang ditakuti oleh pemerintah dan elit politik. Mereka bimbang keupayaan mereka membentuk dan menguasai pendapat umum melalui saluran tradisional seperti akhbar, radio dan televisyen dihakis oleh saluran baru maklumat ini.

Rambang

Tuduhan rambang Menteri Pelancongan Datuk Seri Tengku (Teuku) Adnan Tengku (Teuku) Mansor bahawa blogger umumnya wanita, menganggur dan berbohong adalah manifestasi “ketakutan” elit politik parti pemerintah terhadap pengaruh blog dan laman berita web yang semakin ketara.

Bukti kebimbangan mereka menjadi mutakhir dan sahih apabila akhbar New Straits Times berasa perlu mengerah seorang penulis kolum untuk membelasah blogger.

Penulis yang diupah itu (yang makan gaji) antara lain berkata sfera blog tempatan adalah tempat bermastautin orang yang cacat kehidupan dan ahli tilik yang terpinggir.

Katanya hujah-hujah bodoh dan melulu mereka membuktikan mereka tidak berdaya dan tidak berhak untuk mendapat kerja sepenuh masa.

Penulis yang diupah itu menambah, khabar angin, tuduhan melulu, separa-kebenaran dan pembohongan mutakhir adalah barang jualan mereka dan piawaian, prinsip dan etika diketepikan.

[Malangnya dia tidak pula menyebut bahawa sampai hari ini NST tidak memohon maaf atau menyiarkan surat Tun Dr Mahathir Mohamad memperbetulkan kesilapan laporan mengenai pertemuan beliau dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di Tokyo tahun lalu.)

Perdana

Isunya lebih besar daripada blogger lawan media arus perdana atau Teuku Adnan lawan blogger wanita. Isunya ialah semakin banyak bekas wartawan media massa arus perdana kini menjadi blogger dan banyak wartawan media massa arus perdana membaca blog dan mencuri-curi mengulas dalam blog.

Dalam konteks yang lebih luas blog dan laman berita web berkemungkinan besar menjadi pemangkin kepada pertembungan generasi pada pilihan raya umum akan datang.

Adalah tidak mustahil bahawa pilihan raya umum nanti akan menjadi gelanggang perentapan generasi yang akan menyaksikan pertembungan antara generasi lama dengan generasi baru.

Manakala generasi lama terikat dengan norma tradisional seperti menyokong parti hidup atau mati, taksub kepada personaliti bergantung pada saluran maklumat tradisional dan buta IT, generasi baru pula bebas daripada politik kepartian, tidak bergantung pada saluran maklumat tradisional dan celek IT.

Pilihan politik generasi muda dijangka lebih menjurus kepada isu daripada taat setia kepada parti atau personaliti.

Inilah asas ketakutan yang menyebabkan orang seperti Shaziman, Teuku Adnan dan penulis kolum upahan memaki hamun blogger dan pengendali laman berita web.

Shaziman, Teuku Adnan dan elit politik tidak perlu takut kepada penembak curi yang “berbohong.” Kebenaran akan membebaskan mereka. Tetapi penembak sasar (sharpshooter) lain halnya!

http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=3166

Thursday, March 15, 2007

Apakah Ini Hakikat
Dalam PRU Ke-12?

http://mayaputera.blogspot.com

Wednesday, March 14, 2007

Bila Khairy Meradang
Khazanah Pun Bengang?

http://mayaputera.blogspot.com

Monday, March 12, 2007

Abdullah Receives
Global Leadership Award
[bernama.com]

PUTRAJAYA, March 12 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Monday became the first recipient of the Napoleon Hill Foundation Global Leadership Award in recognition of his outstanding global leadership .

The president of the foundation, James Oleson conferred the award, a medal, to Abdullah at the Napoleon Hill International Convention 2007 at the Putrajaya International Convention Centre, here.

Foundation chairman Dr Charles Johnson said the award was to recognise outstanding global leadership and Abdullah had shown his dedication to the country's development.

"The prime minister has shown dedicated service for Malaysia's socio-economic development," said Dr Johnson in a message was read by Oleson.

Abdullah said he was overwhelmed and accepted the award humbly.

"Do I deserve this," he asked in his acceptance speech and the floor responded with "Of course".

The prime minister said he would not be what he was today without the support of Malaysians who were willing to work with him and not for him.

Napoleon Hill foundation is a non-profit educational institution based in the United States and dedicated to promote Napoleon's philosophy of making the world a better place to live in.

Dr Hill is regarded as one of the most influential thinkers of the century and his works have inspired millions worldwide to achieve greater success for themselves.

Abdullah said he was confident Malaysians would work with him to achieve what was best for themselves and for their country.

"Occasionally it may seem that we are not making much headway. Sometimes there will be setbacks.

"Transforming a nation and its people is never easy. It takes passion and perseverance. I know that my fellow citizens share this passion and perseverance with me," he said.

Abdullah said the government's policies of integration and inclusion would remain fundamental to their political and social strategies.

"Shared prosperity and equitable development in a competitive environment will also remain the bedrock of our economic policies," he said when touching on the country's multi-racial social contract.

He said there was no doubt that the government must improve their policies and prevent excesses in their implementation.

"Ultimately, it is our spirit, our faith and our values that will determine whether Malaysia and Malaysians can rank among the best in the world.

"I have every confidence that we have what it takes. But we must work hard, very, very hard, as Napoleon Hill would no doubt counsel us. In this, we will have our faiths and our values to guide us," he said.

Abdullah also touched on the country's National Mission, human capital development, public delivery system and Islam Hadhari.

- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=250764

Komen:

Syabas, tahniah, selamat majujaya dan selamat berjuang! - Ruhanie Ahmad.
Warga Maya Malaysia 11 juta
70 Peratus Adalah Pengundi

Hari ini terdapat 11 juta rakyat Malaysia yang telah mendaftar sebagai pengundi. Juga terdapat 11 juta juga rakyat Malaysia yang celik internet.

Daripada 11 juta rakyat Malaysia yang celik internet, 70 peratus adalah pengundi. Majoriti kumpulan ini pula adalah pengunjung blogs dan news portal tempatan.

Lantaran itu, adalah satu ironi bila ada pembesar-pembesar negara yang terus menerus melemparkan tuduhan liar terhadap bloggers.

Contohnya, minggu lalu ada seorang pembesar negara menyifatkan bloggers, majoritinya wanita [di Malaysia?], sebagai pembohong, penipu dan anti-perpaduan nasional.

Tuduhan seperti ini amat serius. Ia amat melulu. Ia mencerminkan bahawa sebilangan pembesar Malaysia masih belum arif mengenai blogging dan bloggers.

Ironinya, tuduhan di atas, sama ada sengaja atau sebaliknya, dikeluarkan sewaktu wanita di seluruh dunia merayakan Hari Wanita - hari di mana kita dituntut menghargai peranan dan sumbangan wanita kepada kesejahteraan sejagat.

Pada malam Sabtu lalu, seorang blogger telah menganjurkan satu majlis makan malam untuk bloggers. Mereka yang hadir adalah peguam [termasuk top lawyers di Malaysia], ahli perniagaan, pemimpin korporat, merchant bankers, researchers, doktor pakar, akauntan dan jurutera.

Ini bermakna bloggers adalah dari pelbagai latarbelakang. Bloggers juga banyak kategorinya. Bloggers di bidang sosio-ekomoni dan politik. Bloggers yang memperjuangkan hak-hak wanita. Bloggers keagamaan. Bloggers seni. Bloggers hiburan dan lain-lainnya, termasuklah segelintir bloggers upahan.

Oleh itu, pembesar negara yang mengeluarkan tuduhan serius dan umum seperti di atas wajar menuntut maaf. Kenyataan beliau telah mencalarkan banyak jiwa.

Bukan sahaja jiwa wanita Malaysia. Malahan jiwa majoriti warga intrnet dan insan lelaki Malaysia yang sentiasa menghargai peranan dan sumbangan wanita dalam pembangunan negara tercinta ini. – Ruhanie Ahmad.

Friday, March 09, 2007

Rasuah Simbol
Kemusnahan Negara
Oleh Saodah Abd. Rahman

KUASA dan kekayaan merupakan idaman manusia di dunia ini. Naluri yang inginkan kehidupan mewah dan menguasai masyarakat dan negara jika tidak dikawal dan dibendung boleh menyebabkan seseorang itu terjerumus ke dalam kancah kehinaan.

Naluri begini jika tersemat di hati nurani para pentadbir dan pemimpin negara maka kegiatan rasuah serta penyalahgunaan kuasa menjadi lumrah dalam kehidupan mereka.

Terlalu sukar untuk membanteras kegiatan rasuah dan penyalahgunaan kuasa jika para pemimpin dan pentadbir gemar melibatkan diri dalam kegiatan begini. Jika perkara begini menjadi lumrah kepada para pentadbir dan pemimpin maka keyakinan masyarakat terhadap kewibawaan golongan ini semakin hari kian terhakis.

Rasuah dan penyalahgunaan kuasa merupakan amalan yang dikutuk oleh Allah s.w.t. Orang yang menerima rasuah sering merujuk kepada orang yang mempunyai kuasa dan kedudukan.

Masyarakat tidak dapat mengelakkan diri daripada memberi rasuah kerana tanpa rasuah mereka tidak mampu untuk mendapatkan sesuatu yang dihajati. Ini merupakan dilema kepada masyarakat jika mereka berurusan dengan pemimpin dan pentadbir yang gemarkan rasuah.

Kepimpinan

Keistimewaan sebagai pemimpin dan pentadbir sudah cukup untuk membolehkan mereka hidup selesa tanpa perlu terlibat dalam penyalahgunaan kuasa atau menerima rasuah. Kurangnya kefahaman terhadap konsep kepimpinan dan pentadbiran menyebabkan pemimpin dan pentadbir semakin berminat dengan amalan rasuah.

Keadaan begini wujud disebabkan kuasa yang dimiliki dijuruskan kepada kepentingan peribadi melebihi kepentingan masyarakat dan negara. Apabila keadaan ini wujud dalam negara, masyarakat bertanya, sejauh manakah pemimpin dan pentadbir menunjukkan sikap prihatin dan tanggungjawab mereka terhadap negara dan masyarakat?

Persoalan ini amat sukar dikikis daripada minda masyarakat.

Kepercayaan dan keyakinan terhadap kepimpinan negara sering berasaskan kepada sikap dan corak pemikiran para pemimpin dan pentadbir. Jika rasuah dan penyalahgunaan kuasa menjadi amalan pemimpin atasan di kalangan umat Islam maka tidak mungkin masyarakat Islam dapat menguasai keistimewaan negara dalam era pembangunan dan kemajuan negara.

Masyarakat Islam di negara ini masih di tahap ingin membangunkan diri sebagai satu masyarakat yang berwawasan dalam pelbagai aspek kehidupan mengikut arus pembangunan negara. Malangnya semangat jitu masyarakat terhalang akibat daripada sikap dan mentaliti pemimpin-pemimpin tertentu yang terlalu tamak dalam kehidupan mewah sehingga terlupa tugas utama mereka ialah memastikan rakyat terutamanya umat Islam memiliki peluang daripada hasil kemewahan negara.

Ilmu dan kepakaran masyarakat dalam hal ehwal berkaitan dengan kehidupan tidak dapat diterjemahkan dalam kehidupan seharian jika pemimpin dan pentadbir yang mengendalikan urusan tersebut menjadikan amalan rasuah sebagai matlamat hidup mereka.

Keadilan dan keselamatan negara tidak dapat diwujudkan jika pemimpin dan pentadbir yang mengendalikan urusan berkenaan tidak sensitif terhadap keselamatan negara.

Agama

Pemimpin dan pentadbir yang berjiwa agama dan mempunyai sikap prihatin terhadap rakyat dan negara tidak akan menggunakan kuasa dan kedudukan untuk mengaut sebanyak mungkin kekayaan ketika memegang jawatan pentadbiran dan kepimpinan kerana mereka telah diberi keistimewaan oleh negara bagi memudahkan mereka mengurus hal ehwal kemasyarakatan dan negara.

Hakikatnya, keistimewaan itu dijadikan alat untuk mempertingkatkan diri sebagai orang dalam golongan atasan yang mempunyai hak menguasai keseluruhan keistimewaan yang wujud dalam negara walaupun ia merupakan hak rakyat.

Sikap tamak dan rakus begini merupakan faktor utama yang boleh mendorong pentadbir dan pemimpin menjadikan amalan rasuah sebagai lumrah kehidupan mereka. Oleh itu perebutan kuasa dan pangkat semakin hari kian ketara di kalangan masyarakat Islam sama ada di kalangan bawahan dan atasan kerana jiwa yang kosong tidak pernah merasai puas dengan keistimewaan yang dimiliki.

Hasilnya, setiap program dan perancangan yang digariskan oleh negara untuk faedah rakyat terbengkalai akibat daripada sikap rakus dan tamak pemimpin dan pentadbir yang diberi tanggungjawab untuk menguruskan hal ehwal kemasyarakatan. Ini adalah satu jenayah dalam kepimpinan dan pentadbiran mengikut perspektif Islam yang amat sukar diampun oleh Allah s.w.t.

Pemimpin dan pentadbir yang menjadikan amalan rasuah sebagai lumrah hidup tidak akan mendapat kepuasan dan kenikmatan secara hakiki dalam kehidupan. Ini disebabkan kepuasan hidup yang berteraskan kepada material tidak akan merasai nikmat walaupun memiliki keseluruhan kekayaan negara.

Ini kerana roh mereka tidak diarahkan kepada fitrah ciptaannya iaitu menghampirkan diri kepada Allah dan melaksanakan tugas dan tanggungjawab sebagai hamba-Nya yang amanah.

[Dr. Saodah Abd. Rahman ialah pensyarah di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)]

Utusan Malaysia 9 Mac 2007

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0309&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm
Reaksi Polemik
Goblok Menggoblok

Adakah bloggers menggoblokkan pemerintahan Datuk Seri Abdullah? Siapakah yang goblok? Di bawah ini adalah petikan reaksi kepada persoalan berkenaan.

Petikan reaksi menerusi lamanweb Malaysia Today:
[
http://malaysia-today.net/blog2006/index.php?itemid=2936]

Mahaguru58:

Di zaman ini tidak ada ruang untuk berkata benar tentang keadaan yang hakiki kerana pemerintah amat gemar di puja dan di puji serta berperasaan bahawa diri mereka adalah bebas dari salah dan silap, suci dan maksum dari dosa, teramat hebat dari segi segala sudut dan sesempurna Rabbul Jalil.

Inilah punca penyakit mudah melenting bila mana ditegur oleh rakyat!

Rakyat bukan hamba! Rakyatlah yang beratur, berbaris di bawah terik matahari, mengundi para pemerintah.

Bloggers perlu terus menulis, membongkar, menempelak mana- mana pihak yang lupa terhadap semua janji semasa pilihan raya.

Petikan reaksi daripada blog Kuda Kepang:
[
https://www2.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=4958478602513410948]

A Voice:

Saya rakyat yang telah berkempen dan bekerja untuk BN menang pilihan raya. Kenapa kerajaan yang saya sokogn dan bekerja dengan free tidak menjawab soalan yang menrunsingkan rakyat?

Jangan “shoot the messengers” bagi mengalih pandangan.

Tanggungjawab kita adalah kepada anak cucu kita untuk memastikan kesejahteraan dan keselamatan. Bukan tanggungjawab kita untuk mempertahankan kerosakkan dan kehancuran berleluasa.

Dasa:
.
Seseorang dikatakan “menggoblokkan” pihak yang lain apabila beliau:

* Memperleceh dengan kata-kata hinaan atau label yang tidak sewajarnya.

* Menyerang peribadi semata-mata dan bukan idea atau hujah yang diutarakan.

* Mengkritik tanpa mengemukakan sebarang cadangan alternatif

* Mengulas sesuatu perkara secara mengelirukan

* Mengenepikan terus pandangan yang tidak selari walaupun ada kebenarannya.

* Mengaku memperkenalkan sesuatu yang sebenarnya dicetus oleh orang lain.

Seseorang dikatakan “goblok” apabila beliau:

* Tidak tahu apa yang diperkatakannya dalam kebanyakan keadaan.

* Tidak dapat menjawab secara terus soalan-soalan mudah yang diberikan.

* Tidak arif tentang sesuatu bidang tetapi masih mahu memberikan pendapat.

* Tidak berdaya membetulkan kesilapan yang telah dilakukannya sekalipun kecil.

* Tidak berupaya memahami perkara-perkara asas walaupun berpengalaman.

* Tidak berbuat apa-apa untuk mengurangkan “kegoblokannya.”

Apa yang paling pasti, di antara kita terdapat lebih ramai yang cenderung “menggoblokkan” orang lain daripada mengaku dirinya “goblok” biarpun untuk sedetik cuma.

Petikan Komen menerusi e-mail oleh Pak Belalang:

The Star

Less than a year after the Government stopped issuing approved permits (AP) for tuned-up imported cars, it recently issued 3,000 such permits.

International Trade and Industry Minister Datuk Seri Rafidah Aziz said the permits were approved by the special Cabinet committee headed by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Tun Razak.

This hanky panky is the result of goblok government run by goblok leaders? So what do the rakyat expect?
Komen:

Setelah membaca komen-komen di atas, siapakah yang menggoblokkan siapa? Bloggers menggoblokkan Perdana Menteri? Tidak wajarkah policy of engagement amalan pemerintah mutakhir ini diperluaskan kepada soal hubungan kerajaan dan bloggers Malaysia? – Ruhanie Ahmad.
WPI TAK BOLEH LAKSANAKAN
DASAR-DASAR BUMIPUTERA?

http://mayaputera.blogspot.com

Thursday, March 08, 2007

Al-Fatehah

Khamis [8 Mac 2007] -- Noraida, 51, anak kepada Tan Sri A Samad Ismail - Tokoh Wartawan Negara, dan kakak kepada Nuraina - blogger 3540 Jalan Sudin, meninggal dunia di kediamannya di Subang Jaya, pada 2.55 petang, Khamis, 8 Mac 2007, akibat penyakit kanser.

Jenazahnya telah dikebumikan di tanah perkuburan Islam USJ21 malam ini. Allahyarhamah meninggalkan suami, Abdul Aziz, dan empat orang cahaya mata.

Mudah-mudahan Allah SWT akan mencucuri rahmat ke atas rohnya. Moga-moga Allayarhamah juga akan ditempatkan di kalangan orang yang soleh.

Saya mengucapkan takziah kepada Pak Samad sekeluarga. – Ruhanie Ahmad.

Wednesday, March 07, 2007

Kata-Kata Manis Singapura
Tanam Tebu Di Bibir Sahaja?

http://mayaputera.blogspot.com
Ada Konspirasi
Di Hujung Benua?

http://mayaputera.blogspot.com

Tuesday, March 06, 2007

Kemelut Dato’ Jo
Angkara Dalaman?

Saya telah meneliti website berhubung dengan dakwaan terhadap Dato’ Mohd. Johari Baharum.

Dari pengamatan saya, saya dapati website ni baru dibuka dan mengandungi hanya tomahan ini sahaja sebagai contentnya.

Saya amat khuatir jangan-jangan orang dalaman, sama ada di KDN atau PDRM, yang poskan tomahan tersebut.

Kalau dilihat kandungan dan cara penulisannya mirip laporan dalam kes fail yang di hantar oleh polis kepada KDN .

Kalaulah andaian saya betul, maka sudah tentu ada orang yang cuba meporak-perandakan keukwahan yang telah terjalin antara KDN dan PDRM.

Saya rasa tak mungkin orang luar yang mempunyai akses kepada butir-butir seperti tertera dalam website tersebut, melainkan peguam/penama yang disebut dalam tomahan itu.

We must be fair to Dato’ Joe. Semenjak beliau mengambil alih jawatan di KDN, beliau telah menunjukkan keperihatinan yang terbaik untuk PDRM. Beliau medampingi pegawai-pegawai polis sehingga ke peringkat akar umbi dan mengetahui masalah yang dihadapi PDRM.

Saya berharap PDRM menyiasat penulis blog tersebut dan kalau didapati tomahan tersebut negatif , maka IGP seharusnya membuat sesuatu yang 'honourable' untuk menepati 'decorum' of a senior most police officer. - Spycatcher
Talks Of Marriage
Only Rumours
Says Abdullah

KUALA LUMPUR, March 6 (Bernama) -- Prime Minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi said talks of his "impending" marriage are only rumours.

"They are all rumours. Only rumours," he told reporters after a briefing by the Bank Negara board of directors here Tuesday.

A smiling Abdullah fended off questions from reporters with "Only Rumours" several times.

Talks that Abdullah would remarry had surfaced in recent months but gathered steam when the media received `information' that the marriage had been fixed for last Saturday.

Abdullah's "impending" marriage was also the subject of a blogsite.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/news.php?id=249970
Bloggers ‘goblokkan’
Kerajaan Abdullah?

Adakah saya “menggoblokkan” [memperbodohkan] kerajaan? Sebab itukah ada seorang pengunjung ke blog ini [saya yakin dia diantara lebih 20 penulis upahan pihak tertentu] meminta saya jangan “menggoblokkan” [saya pinjam perkataan yang digunakannya] kerajaan?

Adakah bila bloggers menulis sesuatu yang kritikal bermakna bloggers “menggoblokkan” kerajaan? Adakah bila bloggers menegur sesetengah “kegoblokan” kerajaan maka kerja bloggers itu adalah kerja yang “goblok”?

Adakah bila bloggers menyiarkan pendapat ikhlas rakyat jelata maka pendapat itu pendapat “goblok”? Bukankah orang yang benar-benar “goblok” sahaja yang menyifatkan sesuatu teguran dan kritikan yang ikhlas sebagai usaha “menggoblokkan” pemerintah?

Adakah bila ada rakyat menegur bahawa indikator-indikator kesihatan ekonomi negara yang diheboh-hebohkan kebelakangan ini agak mengelirukan, maka teguran itu disifatkan sebagai usaha “menggoblokkan” kerajaan?

Keceluparan

Adakah usaha bloggers mengkritik keceluparan sesetengah pemimpin negara jiran yang mempersenda-sendakan rakyat dan pemimpin Malaysia sebagai usaha bloggers “menggoblokkan” kerajaan?

Adakah usaha bloggers menyedarkan rakyat jelata tentang kemungkinan ssetengah negara jiran kita jadi naik minyak dan menghakis kedaulatan negara kita yang merdeka ini, satu usaha “menggoblokkan” kerajaan?

Adakah usaha bloggers menyuarakan rasa kesal rakyat jelata mengenai pembatalan skim pinjaman buku teks kepada seluruh kanak-kanak sekolah rendah dan menengah mulai 2008, sebagai usaha “menggoblokkan” kerajaan?

Adakah usaha bloggers menegur keleluasaan sesetengah pihak yang mengendalikan NST, akhbar yang menjadi salah satu simbol perjuangan UMNO zaman Tun Razak Hussein, sebagai usaha “menggoblokkan” sesiapa?

Kebokrokan

Adakah usaha bloggers menentang keleluasaan seseorang individu tertentu yang mungkin boleh merosakkan pemimpin besar negara sebagai usaha “menggoblokkan” kerajaan?

Adakah usaha bloggers menyedarkan bangsa daripada bunga-bunga kebokrokan wadah perjuangan bangsa itu sendiri, disifatkan sebagai usaha “menggoblokkan” bangsa yang tercinta?

Sebenarnya, panjang lagi senarai pertanyaan saya kepada penulis yang beranggapan kononnya saya “menggoblokkan” kerajaan. Tetapi, cukup sekadar di atas sahaja yang saya senaraikan.

Akhir sekali, kalau sesiapa nak cari rezeki dengan menjadi penulis upahan, bertindaklah scara berani, ikhlas dan jujur. Negara dan bangsa kita mutakhir ini nampaknya sudah jelak dengan sejumlah hipokrasi yang yang disuguhkan saban harian! – Ruhanie Ahmad.

"Semua Orang Salah
Kecuali Kementerian Kesihatan"
Kata Samy Vellu
[bernama.com]

SEREMBAN, 6 Mac (Bernama) -- "Lebih baik saya jangan cakap apa-apa. Kasi dia orang cakap...kita salahlah.

"Kita (Kementerian Kerja Raya) salah, kontraktor salah, subkontraktor salah, orang yang bagi tanah itu pun salah. Kementerian Kesihatan sahaja yang betul. Terima kasih," kata Menteri Kerja Raya Datuk Seri S. Samy Vellu, di sini Selasa.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang menafikan kelewatan pembinaan Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di Alor Star, berpunca daripada kementerian itu yang sering menukar skop kerja.

Samy Vellu berkata demikian selepas pelancaran produk Eubiq dan Grounding Sentry System (GSS), satu Revolusi Saluran Keluar Tenaga, di sini hari ini.

Dr Chua dipetik sebagai berkata tuduhan bahawa projek ini tidak dapat disiapkan mengikut jadual kerana kementerian itu sering menukar skop, sebagai tidak benar.

Ditanya mengenai kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad yang mengaku kementerian berkenaan membuat beberapa pindaan dalam perkara itu, Samy Vellu berkata mereka boleh bercakap apa yang mereka suka.

Dr Abdul Latif dalam satu majlis di Seremban semalam mengakui pindaan itu dibuat untuk membolehkan rakyat mendapat kemudahan mutakhir dalam bidang perubatan memandangkan pembinaan HSB mengikut spesifikasi permohonan tahun 2000 sedangkan sekarang sudah tahun 2007.

"Kita mahu peralatan baru untuk manfaat rakyat. Takkan nak pakai peralatan lama yang sudah boleh masuk muzium," katanya.

- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=249952

Komen:

Hari ini macam-macam hal terjadi. Timbalan Menteri berlaga dengan ketua jabatan, ada. Menteri berlaga dengan Menteri, ada. Ketua Menteri berlaga dengan Menteri, pun ada. Macam-macam ada!!

Anehnya, perkembangan seperti ini hanya berlaku sekarang. Dulu-dulu jarang atau tak pernah sekali terjadi. Kenapa ya? Siapakah yang agaknya hilang kawalan terhadap siapa?
– Ruhanie Ahmad.
Jangan Gundah
Jika Tidak Terbabit Rasuah
- Abdullah
[bernama.com]

PUTRAJAYA, 5 Mac (Bernama) -- Sambil memberi jaminan tindakan akan diambil terhadap mereka yang didapati terlibat dengan rasuah, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata mereka yang tidak melakukan amalan itu tidak perlu menyimpan perasaan risau.

Perdana Menteri menegaskan apa yang penting ialah segala siasatan berhubung dakwaan rasuah mesti dijalankan seadil-adilnya.

"Memanglah rasuah tidak diingini oleh sesiapapun. Tindakan perlu diambil. Yang tak salah tak perlu gundah," katanya pada perhimpunan bulanan Jabatan Perdana Menteri di sini hari ini.

Beliau merujuk kepada laporan media akhir-akhir ini berhubung dakwaan rasuah dan salah guna kuasa melibatkan beberapa individu, termasuk Ketua Pengarah Badan Pencegah Rasuah Datuk Zulkipli Mat Noor.

Terbaru, Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharom menafikan dakwaan beliau menerima sogokan RM5 juta untuk membebaskan tiga penjenayah yang sebelum itu ditahan mengikut Ordinan Darurat.

Abdullah menarik perhatian bahawa secara amnya, 85 peratus daripada laporan yang dikemukakan berkaitan tuduhan rasuah adalah tidak berasas.

"Walaupun begitu, tindakan yang kita akan ambil bukanlah atas persepsi tetapi atas maklumat. Ini amat penting. Kita sentiasa berhati-hati dalam perkara ini," katanya.

Perdana Menteri menjelaskan bahawa sebab itulah setiap pelantikan pegawai ke jawatan tinggi kerajaan didahului dengan langkah mendapatkan laporan mengenai pegawai itu daripada pihak berkenaan.

"Jika didapati rekodnya baik, maka barulah pelantikan itu dibuat. Ini adalah amalan kita," kata Abdullah sambil menambah langkah sama dibuat dalam pemilihan calon yang bertanding mewakili Barisan Nasional dalam pilihan raya.

Abdullah menegaskan bahawa apa yang dapat dipelajari daripada apa yang sedang berlaku ialah rakyat termasuk penjawat awam sendiri mahukan sebuah pentadbiran dan pemerintahan yang baik, bermutu dan bebas daripada gejala rasuah.

"Dengan itu adalah menjadi satu kewajipan bagi kita untuk menjalankan tugas dan tanggungjawab kita dengan ikhlas dan baik. Itulah yang akan menjadikan negara kita maju dan berjaya," katanya.

Ucapan Perdana Menteri turut menyentuh lawatannya ke Syria dan Yaman minggu lepas, dengan kesimpulan bahawa pemimpin kerajaan dan ahli perniagaan yang ditemui mempunyai pandangan yang tinggi terhadap Malaysia.

Abdullah berkata beliau menjelaskan kepada mereka bahawa kemajuan ekonomi dan perpaduan kaum di negara ini dicapai hasil usaha gigih kerajaan, termasuk dalam menangani masalah yang timbul daripada semasa ke semasa.

Menurutnya, banyak pemimpin negara lain berminat mempelajari selok-belok perancangan dan pelaksanaan agenda pembangunan negara.

"Mereka mahu menghantar pelajar dan pegawai mereka, pasukan perancang mereka untuk datang dan belajar bagaimana kita merancang dan melaksanakan rancangan kita," katanya.

Abdullah berkata sebab itulah pegawai dan kakitangan kerajaan mesti melaksanakan tugas dengan sebaik-baiknya supaya tidak berlaku situasi "indah khabar dari rupa".

"Dengarnya hebat dan baik benar, tapi datang tengok tak macam tu pun. Ini tentulah memalukan -- indah khabar dari rupa. Kita mahu kalau khabar baik rupa pun baik," jelas beliau.

- BERNAMA05 Mac, 2007

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=249718

Monday, March 05, 2007


Sogokan $5 Juta:
Kerajaan Hadapi
Krisis Keyakinan?

Setelah baca Star, Utusan Malaysia dan the Sun hari ini, saya amat kecewa. Kecewa kerana saya rasakan seolah-olah saya berada di sebuah negara di Afrika. Lepas satu, satu pendedahan/tomahan yang dikeluarkan terhadap intergriti pegawai-pegawai kanan kerajaan. Apa nak jadi kepada negara yang tercinta ini?

Saya tidak mahu komen tentang ‘kesalahan’ yang telah di lakukan oleh pegawai-pegawai tersebut. Tetapi, komen saya lebih terarah terhadap perkara ini dipolimekkan di dada-dada media massa.

Pegawai tinggi kerajaan berapi-api cuba nak yakinkan siasatan akan dijalankan. Ada yang terasa pedasnya cili, tak semena-mena tampil menjawab. Bukan sahaja dengan penafian. Tetapi berserta dengan tomahan ke atas pihak lain pula. One thing leads to another!!

Saya merasakan keadaan tidak terkawal wujud apabila ketua jabatan berinteraksi melalui media! Adakah dakwaan sesetengah orang itu bahawa AAB hilang kawalan mentadbir negara, ada kebenarannya?

Pada mulanya saya agak skeptikal terhadap dakwaan sesetengah orang terhadap AAB. Tetapi, kian hari kian menunjul pula bukti-bukti ke arah dakwaan tersebut.

Apa yang menjadi tanda tanya ramai pemerhati politik ialah, mengapa PM membenarkan situasi berlarutan, sedangkan beliau bisa menamatkannya dengan senang?

Perdebatan antara ketua jabatan dengan menteri tidak begitu kerap berlaku pada masa-masa yang lampau. Kalau berlaku pun cepat-cepat PM atau TPM intervened.

PM seharusnya memanggil pihak yang terlibat di bawah kementeriannya (Keselamatan Dalam Negeri) untuk berbincang, dan selepas itu keluar kenyataan akhbar yang muktamad.

Semua yang terlibat tu kawan baik saya. Tetapi, kalau nak keluarkan counter-allegation untuk menutup allegations orang terhadapnya, saya rasa bukan tindakan yang matang dan berhemah.

So far PM, TPM dan senior ministers yang lain cuma berdiam diri sahaja. Seolah-olah tergamam dengan peristiwa yang begitu pantas berlalu.

Akhirnya, saya berpendapat ketelusan absolute akan membawa padah kepada pentadbiran negara. Kalau semua yang ditomahkan diberi perhatian sebegitu tinggi prioritasnya, saya rasa kerajaan akan berhadapan dengan krisis keyakinan jika tomahan-tomahan itu tidak dapat di tuntasi!! – Lamandau.

https://www2.blogger.com/comment.g?blogID=29933783&postID=1595889189596110865
Terowong Rahsia Di Tambah Johor:
Lapan Kaki Tinggi, 11.5 Kaki Lebar

http://mayaputera.blogspot.com
Siapakah Timbalan Menteri
Yang Bebaskan Penjenayah?

Hari ini terdapat macam-macam versi mengenai kisah ahli politik kanan yang kononnya menerima sogokan $5 juta untuk membebaskan penjenayah baru-baru ini.

Saya tidak berani membuat apa-apa spekulasi. Tetapi, hari ini saya berusaha mencari lamanweb yang dikatakan mendedahkan skandal berkenaan.

Saya berjaya mengesan satu daripada lamanweb tersebut. Alamatnya adalah http://www.freewebs.com/southeast-wind/.

Lamanweb tersebut hanya membuat satu posting sahaja. Tidak ada nama tuan punya lamanweb dan juga tidak terdapat tarikh pada postingnya.

Sehubungan dengan kes di atas, hari ini saya menerima satu sms daripada pihak yang tidak saya kenali.

Pengirim sms itu meminta saya mengesan kembali kes penjenayah billionaire yang mencetuskan sedikit kontroversi menjelang Hari Raya Aidilfitri 2005.

Pengirim sms itu bertanya, siapakah yang bertanggungjawab ke atas pembebasan penjenayah billionaire itu selepas dia ditahan oleh polis sebaik sahaja dia dibebaskan dari Penjara Simpang Renggam.

Kisah kontroversi penjenayah billionaire ini boleh dibaca di arkib Utusan Malaysia menerusi link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1030&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_03.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1031&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_04.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1101&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

http://www.utusan.com.my/utusan/archive.asp?y=2005&dt=1102&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm

Pengirim sms itu meminta kita semua membaca kisah penjenayah billionaire itu kerana dia mengesyakki seorang ahli politik kanan juga mungkin terbabit dengan kes yang dipaparkan menerusi links di atas.

Pada peringkat ini, kita serahkanlah kepada kebijaksanaan pihak polis dan BPR menjalankan siasatan mereka. Saya yakin kedua-dua agensi ini akan menemui kebenarannya.

Tetapi, pepatah Melayu ada menyatakan: jangan ditudung bangkai gajah, lambat laun akan terhidu juga bau busuknya! – Ruhanie Ahmad.

Anda Nak Cari Rezeki
Di Dubai?

Contact Fudzail