Thursday, March 01, 2007

Don't Waste Time
Speculating On General Election
- PM

From Ahmad Kamil Tahir
bernama.com

SANA'A, March 1 (Bernama) -- Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi reminded all quarters especially Malaysian political parties not to be over-zealous in speculating the date of the next general election, and neglect their responsibility to the people.

"Don't speculate and waste time over it," said the Prime Minister at a news conference for the Malaysian and Yemeni media Wednesday.

Abdullah also hinted that the election may be held in the near term.

"What is important is to achieve what has been planned under the Ninth Malaysia Plan," he said when asked for preparations taken by leaders of political parties, including within the Barisan Nasional, to mobilise their election machinery.

In anticipation of the general election, some quarters have made the necessary preparations, including training their members to be mentally equipped.

Earlier, some economic experts and academicians have predicted, now was the best time to hold the general election given that the Malaysian economy was currently in a strong position, with the people growing more confident towards the government.

-- BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/index.php
Tidak Perlu Bimbang Kejatuhan Bursa
Kerana Pelabur Masih Yakin - PM

Daripada Ahmad Kamil Tahir
bernama.com

SANA'A, 1 Mac (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi berkata tiada apa yang perlu dibimbangkan mengenai kejatuhan Bursa Malaysia semalam kerana pelabur masih yakin terhadap bursa tempatan.

Selagi ada keyakinan dalam pasaran Malaysia, para pelabur akan terus melabur, katanya pada sidang akhbar bagi media Malaysia dan Yaman di sini pada Rabu.

Pasaran saham Malaysia dan serantau menjunam buat hari kedua semalam berikutan penjualan besar saham di China pada Rabu yang merebak ke pasaran seluruh dunia.

Berikutan kejatuhan pasaran, Bursa Malaysia dan Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop bertindak meyakinkan pelabur bahawa penjualan itu adalah disebabkan faktor luaran sementara asas ekonomi di Malaysia tidak berubah.

Petunjuk utama indeks komposit Kuala Lumpur (KLCI) jatuh 40.63 mata, atau 3.3 peratus, pada 1,196.45, menurun lagi berbanding 2.8 peratus hari sebelumnya. Ia merupakan kejatuhan terbesar dalam satu hari sejak 21 Sept 2001.

Sentimen negatif itu turut memberi kesan pada ringgit yang susut 0.2 peratus kepada 3.5017 berbanding dolar Amerika, paling rendah sejak 19 Dis tahun lepas.

-- BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=249212
Bush Right Candidate
For KL War Crimes Tribunal

Part One:
Bush’s WMD Destroying Iraq

By Datuk Rejal Arbee
www.beritakmu.net

http://globalpartner.blogspot.com
Pilihan Raya Umum
Dan Anwar Ibrahim

Sedia hadapi pilihan raya. Jentera UMNO jangan ambil mudah sebarang cabaran. Begitulah kata Ketua Penerangan UMNO Malaysia, Tan Muhammad Muhd. Taib, Selasa, 27 Februari 2007.

Beliau dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa semua jentera UMNO, termasuk Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri kini diletakkan dalam keadaan bersiap sedia sepenuhnya untuk menghadapi pilihan raya umum pada bila-bila masa.

Maka, sahlah pilihan raya umum (PRU) sudah berada di ambang mata. Sementara itu, sumber-sumber UMNO Malaysia pula memberitahu www.kuda-kepang.blogspot.com, tidak lama lagi akan diadakan konvensyen Barisan Nasional (BN).

Konvensyen seperti ini lazimnya diadakan menjelang sesuatu PRU. Ia bertujuan mengendurkan apa-apa ketegangan yang wujud di kalangan komponen BN. Ia juga dianjurkan untuk mengukuhkan lagi solidariti seluruh penyokong BN.

Bercakap mengenai PRU, saya teringatkan satu mesej daripada ‘toyol’ yang sering mengirimkan sms kepada saya sejak pertengahan 2006.

‘Toyol’ tersebut berkata: “Sebelum raya besar mungkin terjadi satu tsunami politik. Ia membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.”

Saya tidak mahu menghuraikan apakah yang dikatakan sebagai tsunami politik dalam posting ini. Saya takut ianya tidak benar. Tapi, kalau betul, memang apa yang terjadi boleh disifatkan sebagai satu tsunami siasah di Malaysia.

Bagaimanapun, ‘toyol’ tersebut membayangkan yang tsunami siasah ini mungkin berlaku pada Mei 2007.

Salah satu tarikh dalam bulan Mei yang signifiken kepada politik tanahair ialah 11 Mei. Tarikh ini adalah hari ulang tahun UMNO ke-61. UMNO lahir pada 11 Mei 1946.

Jadi, apa agaknya yang akan terjadi menjelang 11 Mei 2007, atau pun pada 11 Mei 2007?

Hari Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke pangkuan UMNO? Hari parti Keadilan akan dibubarkan? Hari parti Keadilan menganggotai BN? Atau…. – Ruhanie Ahmad.


KUASA DI TANGAN
CINTA DI JIWA

KALAU ANDA
MAHUKAN KUASA
KALAU ANDA
CINTAKAN MALAYSIA
PASTIKAN ANDA
JADI PENGUNDI

KALAU BELUM MENDAFTAR
SILA KLIK LINK DI BAWAH INI
http://www.spr.gov.my/pendaftaran.htm
Kuasa Di Tangan
Cinta Di Jiwa…..

Hari ini terdapat 11 juta pemilih yang telah berdaftar di seluruh negara. Kumpulan ini mempunyai kuasa ditangan mereka.

Mereka boleh menggunakan kuasa mereka untuk memilih kerajaan dan kepimpinan negara menerusi undi mereka dalam sesuatu pilihan raya umum (PRU).

Malangnya, masih ada kira-kira 2.5 juta lagi warganegara Malaysia yang berumur 21 tahun ke atas, yang belum mendaftarkan diri sebagai pemilih.

Kira-kira 70 peratus daripada golongan ini adalah celik intrnet. Mereka termasuk dalam kumpulan kira-kira 11 juta rakyat Malaysia yang celik internet di seluruh negara.

Mereka adalah generasi siber. Mereka faham selok-belok websites dan blogs. Mereka sering perang mulut di ruang maya. Mereka melahirkan pendapat dan kritikan mereka terhadap isu-isu kehidupan dan kepimpinan negara. Mereka berjuang menerusi internet demi agama, bangsa dan negara.

Alangkah ruginya kumpulan ini kalau mereka hanya sekadar berjuang dan berjuang, tetapi mereka mensia-siakan kuasa undi yang diberikan oleh Perlmbagaan Negara kepada mereka.

Oleh itu, bangkitlah wahai anak-anak bangsaku. Segeralah daftarkan diri anda sebagai pemilih. Lepas itu, gunakanlah kuasa undi di tangan anda dalam PRU, demi cinta yang membakar di jiwa anda – cinta agama, cinta negara dan cinta bangsa. – Ruhanie Ahmad.

Wednesday, February 28, 2007

JANGAN SIA-SIAKAN
KUASA ANDA

DALAM SESEBUAH NEGARA YANG DEMOKRATIK
KUASA RAKYAT MENENTUKAN KERAJAAN
TAPI KUASA RAKYAT HANYA SIA-SIA
KALAU KITA TIDAK MEMILIKKI HAK MENGUNDI
DALAM SESUATU PILIHAN RAYA UMUM.

SUDAHKAH ANDA JADI PEMILIH (PENGUNDI)?
UNTUK MAKLUMAT LANJUT
SILA KLIK LINK DI BAWAH INI
http://www.spr.gov.my/pendaftaran.htm

Tuesday, February 27, 2007

Suasana Feel Good:
Kemarahan Rakyat
Kian Memuncak?

Di bawah ini saya paparkan tulisan Kunta Kinte Malaysia dalam www.beritakmu.net. Artikel ini diberi tajuk yang agak provokatif – Ilusi Ekonomi Ciptaan Kalimullah Dan Khairy Jamaluddin (?).

Saya siarkan sepenuhnya artikel ini untuk membuktikan bahawa sebilangan rakyat Malaysia memang kini skeptikal terhadap apa yang digembar-gemborkan kebelakangan ini.

Sentimen ini tidak boleh ditafsirkan sebagai bangkangan rakyat jelata terhadap kerajaan. Tetapi, lebih mencerminkan kemarahan rakyat jelata yang rasa mereka seolah-olah sedang digula-gulakan atau diperbodoh-bodohkan oleh pihak tertentu, mungkin juga termasuk oleh Kalimullah dan Khairy. - Ruhanie Ahmad.

Bacalah dan fahamilah maksud artikel ini. Pihak kerajaan juga perlu meneliti artikel ini sepenuhnya seperti berikut:

Trillion

Selama seminggu kumpulan akhbar yang "dikuasai" oleh Datuk Kalimullah Hassan, The New Strait Times Press (NSTP), mengembar-gemburkan beberapa penyata ekonomi yang cukup memberangsangkan.

Selain mendakwa nilai dagangan Malaysia mencatat RM 1 trillion, peningkatan di Bursa Saham Kuala Lumpur yang begitu besar, pelaburan asing dan domsetik berjumlah RM 40 billion, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) yang tertinggi sejak 1998 diuar-uarkan sebagai satu kejayaan besar ekonomi negara.

Malangnya, dengan tiba-tiba segala cubaan untuk mewujudkan feel good factor (meminjam frasa NTV7 dan Naib Ketua Pemuda, Khairy Jamaluddin) terhadap suasana ekonomi hari ini menjadi kelam kabut.

Bukan sahaja pembangkang, malah ramai rakyat dan usahawan tidak mempercayai fakta ini. Adalah mustahil untuk kerajaan sanggup menipu fakta-fakta yang ada kerana ia akan menjejaskan kredebiliti kerajaan kemudian hari. Itu pun jika kerajaan hari ini amsih dipercayai umum setelah pelbagai keputusan tunggang-langgang yang boleh berubah dalam masa beberapa bulan.

Mengapa rakyat tidak percaya dengan fakta-fakta ini sehingga menyebabkan Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri Kewangan II dan Naib Ketua Pemuda UMNO terpaksa diperuntukkan sekian banyak ruang untuk mempertahankan fakta-fakta ini?

Melucukan

Sungguh melucukan, kerana sepatutnya spin doctors yang menyelamatkan boss, tapi kini jadi terbalik, boss pula yang menyelamatkan para pakar propaganda ini.

Hakikat utama mengapa semua ini tidak dipercayai rakyat ialah kita tidak merasa apa yang mereka nyatakan.

Mereka mendakwa ekonomi negara berada dalam keadaan terbaik sejak tujuh, lapan tahun lalu. Malangnya, rakyat makan gaji, usahawan kecil dan sederhana merasakan tiga tahun terakhir hampir sama perit dengan 1998.

Gaji tidak meningkat, jualan runcit tidak meningkat tetapi harga barang naik, tol naik, petrol naik dan kadar pinjaman asas (BLR) turut naik. Semuanya naik dengan kadar yang banyak. Justeru di mana kemakmuran ekonomi yang dilaungkan?

Padahnya memaparkan statistik yang dimanipulasi ini ialah rakyat semakin hilang kepercayaan kepada cakap-cakap kerajaan dan media massa pro UMNO.

Mungkin ada kenaikan seperti yang didakwa dalam FDI dan juga nilai dagangan. Tapi aneh sekali mengapa kenaikan yang kononnya cukup besar ini tidak terasa kepada rakyat? Rakyat lebih tertanya-tanya apabila jumlah-jumlah angka yang diberi ialah dalam jumlah RM bukannya Dollar seperti kebiasaannya. Apakah terdapat manipulasi fakta di sini berikutan kelemahan nilai Dollar sekarang ini?

BSKL

Kenaikan BSKL sememangnya tidak dapat dinafikan dan tidak menghairankan. Ini kerana kerajaan membenarkan kembali spekulasi pasaran saham. Kebenaran ini sedikit sebanyak membantu kenaikan BSKL. Selain itu trend kenaikan ini amat global sekali sehinggakan indeks Nikkei Jepun turut mencatatkan paras tertinggi sejak beberapa minggu lalu.

Namun terdapat juga keraguan bahawa apakah aliran masuk ini tulen atau banyak dibantu oleh dana-dana KWSP dan Khazanah melalui pengurus dana asing yang kemudiannya melaburkan semula di sini.

Misalnya, jika KWSP dan Khazanah memperuntukkan beberapa billion kepada pengurus dana asing dengan syarat mereka melabur kembali ke Malaysia ini akan dikesan sebagai pelabur asing. Adakah ia akan menguntungkan negara? Tidak. Yang untung hanyalah pengurus dana asing yang mengutip komisyen.

Sehingga beberapa bulan lagi, rakyat akan terus bersikap pesimis dan menanti sejauh mana benarnya fakta kerajaan.

Soalnya mampukah kerajaan mempertahankan momentum ini? Jika tidak apakah akan terjadi pecahan buih ekonomi seperti 1997. Dan jika ini berlaku masih adakah kemampuan kerajaan untuk menyelamatkan ekonomi negara seperti 1997 jika benar dakwaan bahawa kenaikan statistik sekarang ini banyak dibantu oleh wang dalam negara sendiri tetapi berselindung di sebalik nama pengurus dana asing? Jangan nanti ketika itu, wang KWSP dan Khazanah sendiri yang terperangkap dalam kejatuhan BSKL.

Selebihnya, kenaikan BSKL tidak akan memberi apa-apa kesan ketara kepada rakyat biasa yang masih terhimpit dengan kenaikan kos sara hidup.

Pelaburan

Laporan PBB mengenai FDI ke Malaysia juga amat berbeza dengan laporan yang dikeluarkan oleh kerajaan atau NSTP.

Kerajaan juga melaporkan bahawa jumlah pelaburan asing dan tempatan meningkat sebanyak RM 40 billion. Tapi bukankah pada tahun lalu kerajaan meluluskan satu peruntukan berjumlah RM 46 billion kepada MITI untuk pelaburan dalam dan luar negara?

Apakah kita pasti bukan wang tersebut yang digunakan semula untuk melabur secara terus dalam negeri dan juga secara tidak langsung menggunakan pengurus dana asing seperti Standard and Poor dengan syarat mereka kembali melaburkan wang tersebut ke dalam Malaysia?

Dagangan

Sekali lagi isu ini menimbulkan persoalan di kalangan orang ramai. Apakah kenaikan nilai dagangan ini disebabkan kelemahan Dollar atau sememangnya ia merupakan peningkatan kuantiti yang sebenar dan menyeluruh.

Jika ia hanyalah merupakan peningkatan akibat perubahan kedudukan nilai mata wang, maka sekali lagi peningkatan ini sebenarnya tiada signifikan kepada rakyat negara ini keseluruhannya. Dengan kata lain tidak wujud peluang kerja lebih masa, pembayaran bonus produktiviti sekaligus tidak mewujudkan kekuatan kuasa beli rakyat.

Kekuatan kuasa beli kita telah pun dibunuh melalui kenaikan mendadak harga petrol, BLR, Tol dan harga barang. Justeru apa sahaja kenaikan indikator ekonomi yang tidak menjurus kepada peningkatan produktiviti dan pendapatan dalam negara sebenarnya tiada makna sekali kepada kita semua.

Propaganda

Tujuan sebenar Kalimullah dan Khairy Jamaluddin mengusulkan propaganda ini hanyalah untuk memburukkan Tun Dr. Mahathir dan menutup mulut bekas Perdana Menteri tersebut dari terus mengkritik kerajaan.

Malangnya, ia menjadi masalah besar bila fakta-fakta bombastik ini menimbulkan kemarahan rakyat. Jika kita lihat, Perdana Menteri mahu pun Timbalan Perdana Menteri tidak mengatakan sikap-sikap skeptikal ini datang dari pembangkang.

Ini bermakna laporan yang diterima mereka menunjukkan bahawa majoriti rakyat tidak menerima kenyataan propaganda ini. Tentulah rakyat berasa marah bila hidup mereka yang lebih susah dari 4 tahun lalu tiba-tiba didakwa jauh lebih baik. Apakah mereka terlalu bodoh untuk menilai sendiri kehidupan mereka?

Jika sesiapa yang membaca tulisan Khairy Jamaluddin dalam Mingguan Malaysia ahad lalu tentu berasa malu dengan penilaian yang beliau tulis.

Menantu Perdana Menteri ini, yang dianggap oleh Perdana Menteri sebagai anak muda yang brilliant, antara lain mendakwa kita perlu menerima kenaikan kos hidup dari semasa ke semasa. Beliau juga mendakwa bahawa kita harus bersyukur kerana Malaysia masih merupakan negara yang paling murah untuk didiami?

Khairy

"Hakikatnya, ini bukanlah retorik yang tidak berasas. Inilah hakikat yang terbukti hasil kajian yang dilakukan oleh UBS, sebuah bank bertaraf dunia. Kajian yang dijalankan menunjukkan bahawa Kuala Lumpur merupakan bandar termurah untuk didiami berbanding 71 bandar-bandar utama yang lain. Ini menunjukkan walaupun kerajaan berani untuk mengurangkan subsidi dan menerima pelbagai cemuhan, Malaysia masih lagi merupakan negara yang paling murah dari segi kos sara hidup."

Yang tidak dinyatakan oleh Khairy Jamaluddin kajian tersebut menggunakan sampel apa, responden mana dan untuk siapa?

Malahan kajian tersebut tidak pun mengatakan Kuala Lumpur negara paling murah. Sebaliknya ia menyatakan "Western shoppers, on the other hand, can pick up goods cheaply in Kuala Lumpur, Manama, Dubai and Kiev."

Laporan inflasi (Indeks harga Pengguna) Kuala Lumpur oleh kajian yang sama juga menunjukkan peningkatan sekali ganda dari 1.1 (2003) kepada 3.0 pada 2006.

Adakah berlaku peningkatan ketara dalam pendapatan kita dari 2003 ke 2006?

Kesimpulan

Rakyat negara ini pernah berkorban, mengikat perut, malah ada yang menghulurkan sumbangan berjuta ringgit untuk mempertahankan ekonomi negara pada 1997. Justeru janganlah merendah-rendahkan pengorbanan rakyat negara ini.

Kami tiada masalah untuk bersusah payah bersama kerajaan jika keadaan memerlukan. Namun tentulah kami tidak rela bersusah payah bila melihat pelbagai isu kelemahan pentadbiran ekonomi dan skandal penggabungan syarikat-syarikat milik kerajaan berlaku sewenang-wenangnya dalam setahun dua ini.

Perlukah kami bersama kerajaan ini jika harga tol dinaikkan sesuka hati, janji tinggal janji dalam isu harga petrol (yang dulu dijanjikan akan turun jika pasaran kembali turun), kenaikan BLR yang tinggi menambah beban hutang, kelembapan ekonomi kerana tindakan "bodoh" kerajaan menangguh tanpa sebab, mengubah tanpa perlu dan membelanja sesuka hati kepada sektor yang tidak mengembangkan ekonomi, menarik balik janji memberi buku teks percuma, mengurangkan perbelanjaan Kementerian Pelajaran tetapi membeli kapal terbang harga beratus juta, memperbaiki Seri Perdana berpuluh juta, membaik pulih sebuah sekolah dengan harga RM 20 juta.

Lebih lagi kami ingin bertanya sampai bilakah kerajaan ini berdolak dalik dan bermain tarik tali dalam pelbagai dasar yang telah diumumkan.

Usah lagi mempertahankan isu ini. Buktikan bahawa semua ini fakta dan rakyat makin senang. Nescaya BN menang lagi pilihan raya akan datang. Sebaliknya jika terus berbangga tidak bertempat ata ilusi ekonomi ciptaan kerajaan ini, tidak mustahil sebahagian kerusi BN akan ternyah kepada pembangkang.

Kunta Kinte Malaysia

http://www.beritakmu.net/modules.php?name=News&file=article&sid=5761
Keajaiban Malaysia
Pimpinan Abdullah

Sejak dua tiga minggu yang lalu, hari-hari rakyat Malaysia dihidangkan dengan berita-berita keajaiban dan feel good.

Ironinya, rekod keajaiban-keajaiban ini dihebahkan dalam suasana rakyat jelata Malaysia sedang mengeluh panjang tentang warna dan suasana kehidupan dan kepimpinan pada masa ini.

Maka kehairananlah rakyat jelata dibuatnya. Tak percaya, salah. Nak percaya pun serba salah.

Jadi, haruskah kita terima sahaja berita feel good ini dengan jiwa yang positif dan dada terbuka?

Seharusnya begitulah hendaknya. Terimalah berita mengenai siri keajaiban era Datuk Seri Abdullah Ahmad ini dengan jiwa yang cukup positif dan dada yang terbuka!

Hari ini, satu lagi kisah keajaiban kepimpinan Malaysia mutakhir dihebahkan kepada rakyat jelata. Beritanya menyebutkan bahawa Bank Rakyat untung RM626 juta, rekod tertinggi sejak sejarah penubuhan bank tersebut.

Antara lain, berita itu menyatakan seperti berikut:

“Bank pemberi pinjaman peribadi terbesar negara, Bank Kerjasama Rakyat Malaysia Bhd. (Bank Rakyat) mencatat keuntungan RM626.6 juta, laba tertinggi dalam sejarah penubuhannya. Keuntungan bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember lalu itu merupakan kenaikan sebanyak 17 peratus berbanding tahun lalu. Serentak dengan itu, bank tersebut turut mengumumkan dividen 15 peratus membabitkan peruntukan RM298.5 juta mula diagihkan kepada lebih 750,000 ahli mulai 27 Februari 2007.”

Berita sepenuhnya boleh diakses menerusi link di bawah ini:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0227&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Kita wajar ucapkan syabas dan tahniah kepada Bank Rakyat. Kita wajar ucapkan syabas dan tahniah kepada pembesar Malaysia mutakhir. Inilah satu lagi bukti Malaysia memang sedang menuju ke arah cemerlang, gemilang dan terbilang.

Harap-harap keajaiban ini adalah satu realiti yang sebenar-benarnya. Harap-harap tahun depan Bank Rakyat akan merekodkan laba yang lebih berlipat kali ganda jumlahnya!

Kini, walau pun skim pinjaman buku teks kepada semua pelajar sekolah rendah dan menengah, tanpa mengira pendapatan ibubapa dibatalkan, serta harga belacan, budu, cencalok, dan tempoyak agak lebih mahal dari dulu, ucapkanlah syukur Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT! – Ruhanie Ahmad.
Anwar Ibrahim, Najib
Dan UMNO Malaysia

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak, nampaknya terus menerus di asak oleh Penasihat Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada Jumaat, 9 Mac 2007, Datuk Seri Anwar, selaku penasihat Keadilan, dijangka berceramah di kubu kuat Datuk Seri Mohd. Najib, di Kawasan Parlimen Pekan, Pahang, mulai 8.30 malam.

www.kuda-kepang.blogspot.com difahamkan Datuk Seri Anwar dijangka menghuraikan beberapa isu baru dan hangat di majlis ceramah tersebut.

Ceramah ini seolah-olah mengesahkan kewujudan Gerakan Anti Najib (GAN) yang kononnya didalangi oleh sesetengah individu ‘gila kuasa’ di Malaysia mutakhir ini.

Sementara itu, sumber-sumber daripada Ibu Pejabat UMNO Malaysia pula menyatakan, Perhimpunan Agung UMNO tahun ini dijangka diadakan dari Selasa, 6 November 2007, hingga Sabtu,10 November 2007.

Mesyuarat tahunan cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara dijangka pada Jun hingga Julai 2007. Persidangan tahunan bahagian-bahagian pula bermula Julai hingga Ogos.

Saya meragui maklumat ini. Terutama sekali bila Julai atau Ogos 2007 diura-urakan akan ada Pilihan Raya Umum k-12.

Atau, mungkinkah tarikh di atas, yang menurut sumber-sumber UMNO, akan disiarkan minggu depan, merupakan satu usaha mengaburi mata rakyat supaya tidak tertumpu kepada soal PRU ke-12?

Kita tunggu dan lihat. Kita tunggu apa Datuk Seri Anwar akan huraikan di Pekan pada 9 Mac 2007.

Kita juga tunggu, sama ada tarikh Perhimpunan Agung, mesyuarat tahunan cawangan-cawangan dan persidangan bahagian-bahagian UMNO yang dijangka diumumkan oleh UMNO Malaysia minggu depan, memang akan jadi kenyataan? – Ruhanie Ahmad.
The Toyol Code 2007:
PRU Ke-12 Dah Dekat

Baru-baru ini, ada pihak bertaruh dengan saya satu gelas teh tarik kalau Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 diadakan tahun ini.

Hamba Allah tersebut tak spesifik sama ada teh tarik halia, the tarik tongkat ali, atau pun teh tarik misai kucing yang dipertaruhkannya.

Apa pun yang dia pertaruhkan, saya tak ambil pusing satu sen pun. Ini kerana ‘toyol’ saya amat pasti bahawa PRU ke-12 memang akan diadakan secara kilat tahun ini.

‘Toyol’ saya kata, semua penafian pasal PRU ke-12 baru-baru ini, termasuk penafian menantu Perdana Menteri, cuma bangsawan politik.

Maksudnya, jangan percaya penafian itu. Kata ‘toyol’ tersebut, PRU ke-12 tak lama lagi. Bersiap sedialah mana-mana pihak yang berkenaan.

Calon

Mereka yang berangan nak jadi calon, buatlah apa yang patut. Siapkan bush jeket, tempah coat cendol [jargon sahabat-sahabat saya di Batu Pahat Club, maksudnya suit], lobi menantu Perdana Menteri, dan sebagainya.

Inilah mesej terbaru yang saya terima daripada ‘toyol’ berkenaan pada Ahad, 25 Februari 2007.

“Terkini. Mungkin Julai atau Ogos hari raya besar lepas lagu ombak Mac atau April 2007 ini.”

Setelah menerima berpuluh-puluh mesej daripada ‘toyol’ berkenaan sejak Ogos 2006, saya boleh tafsirkan coded message di atas seperti berikut:

“Terkini. PRU Ke-12 mungkin Julai atau Ogos 2007. Sebelum itu ada rombakan kabinet pada Mac atau April 2007.”

Mesej di atas diperkuatkan lagi dengan sms berikut:

Rombakan

“Mereka sedang siap sedia nak udarakan lagu ombak tak lama lagi, dan sambut lagu raya besar Julai atau Ogos 2007. Mereka sedang usaha. Banyak sudut kena baiki.”

Mesej kedua ini membawa erti yang lebih kurang begini:

“Pihak kerajaan sedang bersiap sedia nak adakan rombakan kabinet tidak lama lagi. Ini akan diikuti dengan PRU ke-12 pada Julai atau Ogos 2007. Mereka sedang perbaikki pelbagai aspek yang lemah.”

Mesej ‘toyol’ di atas boleh diperkukuhkan lagi dengan berita dalam Agenda Daily di bawah tajuk: Desas Desus Rombakan Kabinet Bergema Semula.

Antara lainnya, berita itu mengatakan: Rombakan kabinet? Ini mungkin cerita lama, tetapi entah kenapa tiba-tiba hangat balik di pasaran. Bunyinya macam tak lojik cakap pasal rombakan kabinet sekarang diketika banyak spekulasi bertumpu kepada soal pilihan raya umum.

Bergoyang

Tidak pasti kenapa tiba-tiba pokok bergoyang dan dari mana angin yang bertiup itu. Agendadaily sendiri ada dengar dan turut terima panggilan dari beberapa rakan media termasuk dari agensi berita asing untuk saling bertanya soal ini.

Cakap-cakap itu sudah terdengar di kalangan circle tertentu sejak beberapa hari lalu.Dalam politik memang tidak ada yang mustahil.

Kisah selanjutnya boleh diakses menerusi link di bawah ini:
http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_acb3b7a3-cabec5bb-171b2460-5fa9965b

Jadi, saya harap Hamba Allah yang bertaruh teh tarik dengan saya, fikirlah panjang-panjang. Anda mungkin menang, dan saya mungkin menang. – Ruhanie Ahmad.

Monday, February 26, 2007

Shahrir Kow-tow
Pada Menantu PM?

Saya paparkan di bawah ini reaksi pertama kepada keputusan PAC [rujuk posting bertajuk PAC Mahu J/Kuasa Kabinet Pantau GLC Dan Khazanah Nasional] yang bermesyuarat di Parlimen Malaysia pagi tadi.

Reaksi ini daripada seorang pesara kakitangan kerajaan. Beliau menggelarkan dirinya sebagai Lamandau @ Spycatcher. Saya beri beliau nama pena Datuk Wira Wangsa. Reaksinya adalah seperti berikut:

Saya sudah jangka keputusan PAC tu. Today's deliberation is only to whitewash the unprecedented merger "ular lidi telan naga!". Knowing Shahrir, he will kow-tow both SIL [son-in-law] and the holy father-in-law!

Ianya dilihat sebagai menghalalkan yang haram. Amat senang PAC membuat keputusan, SC telah tiada halangan, maka semuanya di kira dibuat 'above board'.

Bagaimana dengan report yang dikemukakan kepada SC mengenai isu penggabungan dan 'insider trading'? Hanya tinggal laporan? Kalau PDRM tak jalankan siasatan, heboh seluruh dunia. SC ada exemption ke?

Sia-sia postings yang dibuat oleh Ibnu Hakeem dan komentar yang begitu detail oleh muftimurtad2007 yang terdapat dalam Malaysia Today.

Mungkin Shahrir tak baca blog ini. Mungkin juga Yang Berhormat lain yang menganggotai PAC pun tak membacanya. Kalau baca komentar yang saya maksudkan itu, sudah pasti Nor Yakcub terduduk kerana tak boleh jawab. Adakah ahli PAC yang terdiri dari parti Pembakang pun kena 'silenced'?

Kalau beginilah gayanya cara governance yang ada, maka PIN tak perlu diwujudkan! Kalau PAC sendiri tidak mempunyai integriti untuk mempersoalkan cara belanja wang kerajaan sehingga tergamak mengsyorkan penubuhan jawatankuasa kabinet memantaunya, maka PAC tak perlu diwujudkan. Memadai serah bulat-bulat kepada kabinet.

Ingat PAC memantau dan menentukan kewangan kita dibelanja dengan betul. Banyak jentera yang boleh membantu PAC. Laporan-laporan Tahunan Akauntan/Audit Negara dan BPR boleh membantu.

Sebelum ini Pengerusi PAC begitu gah mengaum dengan memperlihatkan taringnya. Akhir-akhirnya terkulai dek usapan 'the people on the corridors of power’?

Kalau nak harapkan JK Kabinet untuk memantau, tak payahlah. Khazanah Nasional siapa pengerusinya? Kepala kabinet! Takkan JK Kabinet nak over rule keputusan bos!!

Saya difahamkan banyak keputusan yang dibuat oleh GLC memang dilapor kepada kabinet. Jadi, nak tubuh JK kabinet apa lagi?

Mungkin Tanggapan saya ini meleset. Tetapi, inilah stand saya.
– Lamandau.
PAC Mahu J/Kuasa Kabinet
Pantau GLC
Dan Khazanah Nasional
www.bernama.com

KUALA LUMPUR, 26 Feb (Bernama) -- Jawatankuasa Kira-kira Awam (PAC) menggesa kerajaan menubuhkan jawatankuasa kabinet bagi memantau keputusan-keputusan yang dibuat oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC), termasuk Khazanah Nasional.

Ia akan membolehkan kerajaan mempunyai "pengawasan politik" atas perjalanan firma-firma ini, kata pengerusi PAC Datuk Shahrir Abdul Samad hari ini.

Shahrir berkata penubuhan jawatankuasa itu sangat diperlukan kerana ia bukan sahaja untuk memantau prestasi GLC, malah memperhalusi peranan mereka dalam pembangunan negara.

"Jawatankuasa kabinet juga boleh memantau konsesi yang diberikan oleh kerajaan kepada beberapa syarikat serta prestasi GLC yang telah diswastakan... kita perlu memastikan pelaburan kerajaan dikendalikan dengan sempurna," katanya selepas mendengar taklimat oleh Menteri Kewangan Kedua Tan Sri Nor Mohamed Yakcop kepada PAC.

Shahrir berkata pada keseluruhannya, GLC dan Khazanah Nasional melibatkan kira-kira RM114 bilion dana kerajaan dan memandangkan jumlah yang besar itu, jawatankuasa kabinet perlu dibentuk bagi memantau kemajuan mereka.

"Kita sudah ada jawatankuasa kabinet bagi pelaburan berimpak tinggi. Namun jawatankuasa ini hanya menangani industri tertentu sahaja. Kita perlukan sebuah jawatankausa bagi memastikan GLC berada pada landasan yang betul," katanya.

Mengenai taklimat itu, Shahrir berkata pelbagai isu dibincangkan termasuk pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru, pekerjaan bagi bukan bumiputera dalam GLC, penggabungan antara ECM Libra can Avenue Capital milik kerajaan.

"Kami juga bangkitkan isu syarikat-syarikat kerajaan yang diswastakan tetapi gagal dalam perusahaan masing-masing... menghidupkan syarikat-syarikat ini memerlukan kerajaan mengeluarkan lebih banyak wang.

"Kami juga bertanyakan konsesi-konsesi kerajaan yang diberikan kepada syarikat swasta yang disenaraikan dan sejak disenaraikan, warga asing boleh membeli syarikat-syarikat, memperoleh kelebihan daripada konsesi kerajaan," katanya.

Beliau berkata penggabungan antara ECM Libra dan Avenue Capital, Menteri Kewangan telah menjelaskan bahawa tiada ada apa-apa yang luar biasa mengenai usaha sama itu memandangkan ia sudah memperoleh kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti (SC).

"Untuk berkata kami berpuas hati (terhadap penjelasan yang diberi), tidak tepat kerana PAC melibatkan wakil daripada pelbagai parti politik. Kami mempunyai tahap kepuasan yang berbeza. Kerajaan berpendapat bahawa memandangkan SC tidak mempunyai halangan dan majoriti pemegang saham kedua-dua syarikat mahu bergabung, penggabungan perlu dilakukan tanpa campur tangan," kata Shahrir.

Beliau berkata PAC tidak dapat memantau GLC kerana ia berperanan sebagai penasihat dan bukan pembuat keputusan.

"Kami ada peranan untuk bertanya tetapi bukan untuk membuat keputusan... kami tidak melaksanakan keputusan yang dibuat oleh kabinet tetapi melihat kesan terhadap keputusan yang dibuat. Jika ada kekurangan (dalam keputusan) baru kami memberi nasihat," katanya.

Beliau berkata cadangan pembentukan jawatankuasa kabinet bagi memantau GLC dibuat kerana PAC mahu kerajaan lebih berhati-hati dalam mengesan prestasi syarikat-syarikat terbabit.

Sambil mengakui wujud kelemahan dalam sistem bagi memantau GLC sedia ada, Shahrir berkata kekurangan ini perlu dibetulkan kerana ia melibatkan wang awam.

BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=248656
Isu Kontroversi ECM Libra
Dibincang Semula Oleh PAC

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara [Public Account Committee – PAC)] Parlimen Malaysia, pimpinan Datuk Shahrir Samad, akan membincangkan semula kes percantuman ECM Libra Bhd-Avenue Capital, dalam mesyuaratnya, 9.30 pagi, Isnin 26 Februari 2007.

Menteri Kewangan Kedua, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop, dijangka menghadiri mesyuarat tersebut untuk memberikan jawapan kepada segala keraguan PAC mengenai percantuman berkenaan.

Sebagai Ahli Parlimen [1990-2003], saya pernah menganggotai PAC daripada 1995-2003. Jawatankuasa itu dianggotai oleh wakil Barisan Nasional (BN) dan juga pembangkang.

Kalau saya tidak silap, mesyuarat PAC hari ini adalah kali pertama dalam sejarah, di mana seorang Menteri menghadirinya untuk menjawab seluruh keraguan PAC.

Mungkin ini membuktikan masalah percantuman ECM Libra Bhd-Avenue Capital adalah satu perkara yang dipandang amat serius oleh pihak PAC.

PAC membincangkan isu di atas buat pertama kalinya pada Ogos 2006. Bagaimanapun isu itu belum mencapai penyelesaian yang memuaskan.

Ibnu Hakeem, dalam ruangannya di akhbar internet, Malaysia Today (MT), memaparkan perincian mengenai kontroversi yang menyelubungi merger di atas.

Kisah sepenuhnya oleh Ibnu Hakeem boleh diakses menerusi link berikut:

http://malaysia-today.net/blog2006/hakeem.php?itemid=2686

– Ruhanie Ahmad.
Wilayah Pembangunan Iskandar
Orang Johor Jangan Cepat Berangan …

Sebagai anak Johor, aku sepatutnya bangga dengan langkah kerajaan untuk menjadilan Johor destinasi utama golongan profesional dan usahawan tempatan untuk bekerja dan bermastautin selepas Kuala Lumpur pada masa depan melalui perancangan Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI). Hakikatnya, aku tidak gembira dengan langkah ini ….. Mengapa?

Dalam Berita Harian (MS 5, 25 Februari 2007) Ahli Parlimen Johor Bahru, Datuk Shahrir Samad berkata, penghijrahan golongan profesional, bijak pandai dan usahawan ke WPI, seperti yang berlaku di Kuala Lumpur sebelum ini, kunci penentu kejayaan projek kerajaan menjadikannya sebagai bandar raya metropolis kedua di negara ini.

Tambahnya, berdasarkan perancangan dalam Pelan Induk Pembangunan WPI, ia bertujuan memberi pilihan kepada rakyat tempatan dan warga asing untuk berhijrah serta mencari peluang pekerjaan, sekaligus mengurangkan peranan dan keutamaan Kuala Lumpur sebagai bandar raya metropolis tunggal di Malaysia.

Begitu juga dengan Rencana dalam Utusan Malaysia (MS9, 25 Februari 2007) yang bertajuk Jangan Takut Pada Singapura yang mewawancara Bekas Timbalan Perdana Menteri, Tun Musa Hitam, yang juga merupakan Panel Penasihat Lembaga WPI, yang melihat pembukaan WPI yang bersaiz dua kali ganda daripada Singapura di Johor, akan dapat membawa kekayaan kepada negara dan memberikan faedah kepada rakyatnya.

Itulah pandangan, dan boleh juga dikatakan nasihat, oleh pemimpin-pemimpin yang memang berasal dari Johor. Sejauh mana kebenarannya bahawa kedaulatan negara, khususnya orang Melayu di Johor, akan terus dipelihara atau dijaga oleh pemimpin-pemimpin kita pada hari ini?

Bagi orang Johor, jangan cepat berangan… hakikatnya tidak, orang Johor sebenarnya takut pada pembangunan WPI ini. Sebagai contoh, lihat sahaja kepada pencerobohan tanah orang Melayu di Bakar Batu, (Dahulunya Kampung Bakar Batu).

Ini sebagai contoh sahaja, yang bukan sahaja mahu dilihat sebagai contoh, tetapi dinilai dengan mata dan akal pemikiran yang waras.

Sanggupkah kita melihat orang-orang Melayu di Bakar Batu dipaksa menjualkan tanah mereka oleh kerajaan negeri dengan nilai antara RM 20-30 sekaki persegi sedangkan permintaan rakyat Bakar Batu ialah antara RM 200- 230 sekaki persegi.

Dalam hal ini, bukanlah rakyat Bakar Batu hendak menekan kerajaan negeri dengan permintaan yang bukan-bukan, yang tidak masuk akal, tetapi biarlah penawaran yang ditawarkan itu berpadanan dengan kawasan Bakar Batu sendiri yang boleh dikatakan TANAH ORANG MELAYU DI TENGAH BANDAR JOHOR BAHRU.

Aku luahkan semua ini, bukanlah kerana aku membenci kerajaan negeri atau mana-mana pihak yang berkepentingan. Tetapi, sebagai anak Kampung Bakar Batu, aku berhak berkata begini, kerana mulut-mulut orang kampung sendiri telah ditutup, ditekan agar tidak berkata apa-apa.

Kepada siapa lagi yang hendak kami mengadu? Kami orang Bakar Batu sentiasa memberikan sokongan penuh kepada UMNO, kepada BN dan kepada kerajaan negeri dan pusat yang mentadbir kami.

Tapi kami juga mahu hak kami, jangan kera di hutan disusukan, anak dalam buaian biarkan. Jangan biarkan orang Singapura dibiarkan bermaharajalela di Johor sedangkan kami orang-orang Melayu ditekan sampai mati.

Kalaulah benar jangan takut pada Singapura, kenapa Jambatan Yang Bengkok juga terpaksa dibatalkan? Tepuk dada, tanya selera?

posted by anakledang9506 @ Sunday, February 25, 2007.
http://www.sahabatgunung9506.blogspot.com
Khairy Perdana Menteri Ke-2
Atau Menteri Kewangan ke-3?

Minggu lalu, Khairy Jamaluddin menafikan yang Pilihan Raya Umum ke-12 akan diadakan tidak lama lagi. Penafian yang sama juga dilakukan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak.

Lantas, ramailah rakyat Malaysia bertanya, kenapakah menantu Perdana Menteri, yang hanya Naib Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia, bersuara dan bertindak seperti Perdana Menteri atau Timbalan Perdana Menteri?

Pada Ahad, 25 Februari 2007, Khairy pula mengulas soal-soal ekonomi negara, secara panjang lebar, dari perspektif kerajaan. Ulasan beliau berjodol Ekonomi: Mengakulah Kita Di landasan Betul. Ulasan beliau sepenuhnya boleh diakses menerusi link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_05.htm

Ulasan Menteri Kewangan Kedua mengenai ekonomi negara, dengan jodol Kenapa Masih Tidak Yakin? pula boleh diakses menerusi link berikut:

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0225&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_03.htm

Lantas, lebih ramai lagilah rakyat Malaysia yang bertanya, mengapakah Khairy bersuara seperti Perdana Menteri, Menteri Kewangan, atau pun Menteri Kewangan Kedua?

Mereka juga bertanya, apakah yang sebenarnya sedang cuba dibuktikan oleh Khairy sekarang ini? Adakah dia mahu menghantar mesej kepada semua pihak bahawa beliau adalah de facto Perdana Menteri atau Menteri Kewangan di negara ini?

Sewaktu era Tun Dr. Mahathir Mohamad kenapakah tidak ada mana-mana menantunya yang bertindak seperti Khairy? Kenapakah ini hanya terjadi di zaman Datuk Seri Abdullah Ahmad? – Ruhanie Ahmad.

Saturday, February 24, 2007

Malaysia Proposes
Islamic Nations
Sever Ties With Israel
Citarasa Pengundi 2007
Memihak Kepada Siapa?

Teka-teki dan ramalan mengenai Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 semakin rancak diperkatakan. Hari demi hari, ada saja spekulasi mengenainya.

Perdana Menteri telah menafikan ramalan berkenaan. Anak menantu Perdana Menteri pun turut menafikannya. [Adakah ini bukti yang anak menantu itu memang jadi kuasa di belakang tabir?]

Tapi, berapa ramai rakyat jelata yang percaya dengan penafian mereka. Ini kerana tanda-tanda ke arah PRU k-12 memang sudah jelas di depan mata.

Terbaru sekali, http://www.malaysia-today.net/ memaparkan satu komen dari pembacanya yang memakai nama pena Jebat 2020 seperti berikut:

Mulai bulan Mac ini, semua rakyat, terutama aktivis politik, perlu bersedia untuk menerima berita pembubaran Parlimen oleh Perdana Menteri.

Para wartawan akhbar sedang standby untuk sebarang kemungkinan. Difahamkan ada sesetengah akhbar telah bersedia dengan tajuk dan hanya menunggu green light untuk print berita, jadual kerusi, peruntukan wartawan buat liputan, dan sebagainya.

Siap sedia

Stesen-stesyen tv pula sedang bersiap sedia dengan pelbagai rancangan dan format laporan. Sebagai bukti, mereka sekarang sibuk memainkan isu ekonomi positif negara.

Jangan terkejut jika esok pagi kita bangun tidur, laporan ahkbar: PARLIMEN DIBUBARKAN. Sudahkah kita semua bersedia?

Untuk membaca komen-komen lain mengenai PRU ke-12 dalam MT, sila klik link berikut:
http://malaysia-today.net/blog2006/beritankom.php?itemid=2644

Susah untuk kita tidak mempercayai ramalan di atas. Tapi, ‘toyol’ yang sering mengirimkan mesej sms berkod kepada saya, mati-matian mengatakan, PRU ke-12 adalah pada Julai 2007.

Terbaru sekali, ‘toyol’ tersebut menyatakan bahawa Pegawai Daerah di seluruh negara sudah pun menyelesaikan laporan akar umbi mengenai persiapan PRU ke-12.

Katanya, laporan itu sudah pun disalurkan kepada pihak atasan, termasuk Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Maklumat ‘toyol’ seperti di atas masuk akal juga untuk dipercayai. Pegawai Daerah memang merupakan tunggak utama kepada SPR dalam mengendalikan PRU di Malaysia.

Pegawai Daerah

Majoriti Pegawai Daerah atau Pemungut Hasil Tanah Daerah selalunya bertindak sebagai Pegawai Pilihan Raya [returning officer] bagi sesuatu kawasan Parlimen dan DUN.

Bagaimanapun, rasa-rasanya agak suntuk bagi PRU ke-12 diadakan secara kilat pada Mac 2007 ini. Tetapi, maklumat Jebat 2020 seperti di atas pun mungkin betul.

Kalaulah ramalan Jebat 2020 meleset, maklumat ‘toyol’ yang mengatakan PRU ke-12 pada Julai 2007, mungkin boleh diambilkira kebenarannya.

Pokoknya, mood PRU ke-12 memang sudah wujud. Sebagaimana saya tegaskan dalam posting sebelum ini, gendang perang ke arah PRU ke-12 memang sudah mula ditaboh.

Selamat berjuang Barisan Nasional (BN). Selamat berjuang Barisan Alternatif (BA). Agak-agaknya, mood, citarasa dan sokongan majoriti pengundi mutakhir ini memihak kepada siapa? – Ruhanie Ahmad.

Friday, February 23, 2007

Ekonomi Negara Membanggakan
“Apa Lagi Yang Rakyat Hendak?”
- Perdana Menteri

Pelaburan lebih $40 billion, Bursa Malaysia stabil, nilai ringgit kukuh. Ini semua “bukan sesuatu yang palsu atau direka-reka.” Begitulah kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad, yang dipetik jadi berita utama muka depan, Utusan Malaysia 23 Februari 2007.

Seterusnya, akhbar berkenaan memetik Datuk Seri Abdullah sebagai berkata bahawa fakta-fakta yang dikemukakan oleh kerajaan selama ini adalah tepat dan bukannya angka-angka yang cuba dilakukan untuk mengaburi mata rakyat.

‘‘Kenaikan (ekonomi) ini cukup stabil, bukan mendadak. Adakah kita main-main dengan perkara itu, sudah tentu tidak,’’ katanya lagi.

Perdana Menteri juga dipetik oleh Utusan Malaysia sebagai berkata bahawa ‘‘biasanya ekonomi negara ini banyak digerakkan oleh pelabur asing.’’

Dalam hal ini, kata Utusan Malaysia lagi, Perdana Menteri berkata:‘‘Apa lagi yang rakyat hendak.’’

Untuk membaca berita sepenuhnya, sila klik link berikut:
http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2007&dt=0223&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm

Sesudah itu, berasaskan seluruh kenyataan berkenaan, fikirkanlah sendiri, salahkah kalau Perdana Menteri bertanya kepada kita semua: “apa lagi yang rakyat hendak?” – Ruhanie Ahmad.
O Mama
Dia Baru Kahwin?

Raja Petra Kamarudin (RPK), menerusi ruangan THE CORRIDORS OF POWER, dalam http://malaysia-today.net/ menulis pasal The Protégé Turned Prodigal, dengan alamat http://malaysia-today.net/blog2006/corridors.php?itemid=2566, antara lainnya menyatakan seperti berikut:

“Some say Pak Lah married Jean Danker on 22 January 2007 while others say he will be marrying her tomorrow, 22 February 2007. Now, which one is true we do not quite know yet but she is already following Pak Lah on his overseas trips.”

Kalau posting RPK seperti di atas adalah benar, Alhamdulillah, syukur kepada Allah. Kalau posting RPK di atas memang benar, saya dedikasikan lagu di bawah ini, satu lagu lama [lagu Indonesia berjodol O Mama Saya Mau Kahwin, penyanyinya saya sudah lupa, dan senikatanya saya ubahsuaikan kepada posting RPK] kepada kedua-dua pengantin baru.

O MAMA
DIA BARU KAWIN

O Mama
Dia baru kahwin
Kawin sama siapa
Tanya Raja Petra

O Papa
Dia baru kawin
Kawin sama siapa
Tanya Raja Petra

O O Mama percayalah
O O Papa percayalah
Dia baru kawin…
[Menurut Radzi penyanyi lagu di atas adalah Oslan Hussin. Terima kasih!]

Selamat pengantin baru, semoga jodoh berpanjangan, semoga hidup sentiasa ceria, semoga indeks keselesaan hidup anda berdua bertambah sejahtera dan bahagia! – Ruhanie Ahmad.