Saturday, December 03, 2011

UMNO: HANG TUAH DAN ERA PASCA-MATERIALISME

Ruhanie Ahmad


Saya orang UMNO. Datuk saya terlibat dengan penubuhan UMNO. Ayah saya mempunyai lencana UMNO dengan nombor keahlian terpahat di bahagian belakangnya. Ibu saya ahli UMNO yang setia. Nombor keahlian UMNO saya adalah 00003472.

Hari ini dua orang sahabat saya – juga orang UMNO -- mengadu hal kepada saya mengenai UMNO. Sahabat yang pertama membuat dua kesimpulan yang memeranjatkan.

Kesimpulan yang pertama: UMNO sudah reput! Sebabnya kerana terdapat ahli-ahli UMNO sekarang, terutama pemimpin mudanya, cukup berlagak. Datang ke perhimpunan pakai kereta mewah bercermin gelap dan siap dengan drebar. Yang datang sebagai pemerhati, pakai baju linen, kaca mata hitam, sembang di coffeehouse dengan nada berdegar-degar. Mereka semua pentingkan form daripada substance [maksudnya lebih mementing gaya hidup daripada idealisme perjuangan].

Kesimpulan kedua: UMNO sekarang perlu berada dalam era post-materialism [maksudnya dalam era pasca-materialisme atau era yang tertumpu kepada soal idealism bukannya materialisme]. Dalam era ini para pengundi, terutama sekali pengundi baru, tidak terpikat dengan ucapan-ucapan yang berdentam-dentum mengenai kisah harta karun dan sebagainya. Mereka lebih tertambat hati dengan suara-suara idealisme, mereka lebih merindui suara-suara perpaduan dan keperkasaan bangsa. Anehnya, banyak pemuda UMNO tabur duit nak jadi AJK bahagian. Lepas tu mohon lesen kontraktor kelas F. Kemudiannya, beli kereta pacuan 4 roda dan golf-set. Akhirnya, hari-hari cuba nak gesel bahu dengan ADO projek di kelab golf. Kebajikan ahli-ahli UMNO pun tidak dipedulikan sehingga waktu pemilihan untuk dia tabur duit dan beli undi! Dalam keadaan seperti ini mana mereka mampu mengartikulasikan apa itu form, apa itu substance, dan apa pula pasca-materialisme?

[Jika anda nak mengetahui apa itu pasca-materialisme sila akses link berikut:
http://en.wikipedia.org/wiki/Post-materialism





Kedua-dua rumusan ini ada kebenarannya. Ini kerana apa yang dirumuskan oleh sahabat saya ini adalah mengenai pertembungan aspirasi antara sekumpulan kepimpinan muda UMNO yang elitis dan materialistik dengan aspirasi majoriti pengundi muda Melayu yang agak sosialistik dan tidak materialistik. Oleh sebab itu, wujudlah satu jurang di antara pihak kepimpinan muda UMNO dan pihak pengundi muda Melayu, majoritinya anak-anak kepada orang UMNO.

Sahabat saya yang kedua pula membawa kisah Hang Tuah. Beliau menanya saya sama ada bangsa Melayu boleh mentafsirkan kata-kata hikmat Hang Tuah – TAK AKAN MELAYU HILANG DI DUNIA. Katanya, maksud kata-kata ini amat dalam, membabitkan Raja-Raja Melayu dan juga kiblat. Jelas beliau, kata-kata hikmat ini bermaksud bahawa selagi negara ini bersimbolkan Raja-Raja Melayu, maka selagi itulah Melayu tak akan kehilangan kuasa; selagi seluruh orang Melayu bersolat ke arah kiblat yang sama, maka selagi itulah orang Melayu mesti bersatupadu pada setiap masa. Jelasnya lagi, ini bermakna bangsa Melayu mesti mempertahankan kedaulatan Raja-Raja Melayu. Ini juga bermakna bangsa Melayu jangan berpecahbelah, sebaliknya taat kepada perintah Allah untuk bersatupadu.

Luahan hati sahabat saya yang kedua ini berat untuk dianalisis. Suara beliau terlalu feudalistik dan filosofikal. Tetapi, betul juga rumusannya. Kalau sewaktu era Malayan Union bangsa Melayu lintang-pukang menentang Inggeris yang nak menghapuskan kedaulatan Raja-Raja Melayu, mengapa sekarang ada orang Melayu memperlekehkan Raja-Raja Melayu?

Satu lagi perkara mengenai Raja-Raja Melayu yang tidak diketahui oleh ramai orang Melayu dan bukan Melayu adalah mengenai Perkara 14 mengenai kewarganegaraan bukan Melayu dan Perkara 153 dalam Perlembagaan Persekutuan yang memberikan keistimewaan kepada bangsa Melayu dan Bumiputera.

Pihak warganegara bukan Melayu selama ini beranggapan bahawa Perkara 14 ini dimaktubkan atas desakan MCA atau MIC. Anggapan ini meleset. Perkara 14 dimaktubkan oleh kerana Ratu Inggeris dan Raja-Raja Melayu memberikan mandat khusus kepada Suruhanjaya Reid bahawa keistimewaan Melayu perlu dipertahankan, dan kepentingan bukan Melayu yang akan jadi warganegara juga perlu diperjuangkan. Ini bermakna Raja-Raja Melayu sebenarnya yang merestui kewarganegaraan bukan Melayu.

Oleh sebab itulah apabila kelompok radikal Melayu, termasuk di kalangan UMNO, menentang kewarganegaraan secara jus soli, jawatankuasa tripartite yang terdiri daripada wakil Ratu Inggeris, Raja-Raja Melayu dan Perikatan, mempertahankannya.

Oleh sebab itulah juga apabila bukan Melayu menuntut keistimewaan yang sama seperti bangsa Melayu, mereka diingatkan bahawa kewarganegaraan secara jus soli ini adalah hadiah paling berharga kepada bukan Melayu di era merdeka. Dan, oleh sebab itulah juga polemik yang mempersoalkan status kewarganegaraan adalah disifatkan sebagai kesalahan di bawah Akta Hasutan. Lebih penting lagi, sebab itulah peruntukan mengenai kewarganegaraan ini dilindungi oleh Perkara 150(6A) yang melarang sesiapa untuk memindanya.

Sementara itu, Perkara 153 juga dimaktubkan dalam Perlembagaan Persekutuan bukannya atas desakan UMNO. Sebenarnya Perkara 153 dimaktunkan dalam Perlembagaan Persekutuan oleh kerana peruntukan yang sama telah wujud di dalam perlembagaan Negeri-Negeri Melayu di era penjajah. Oleh sebab itu, UMNO hanya memohon peruntukan ini dikekalkan dalam perlembagaan merdeka.

Dengan ini, Hang Tuah betul, bahawa selagi Raja-Raja Melayu masih didaulatkan oleh bangsa Melayu maka selagi itulah bumi Melayu ini tidak akan tergadai ke tangan asing. Dan selagi Raja-Raja Melayu masih didaulatkan oleh bukan Melayu, maka selagi itulah kewarganegaraan secara jus soli terus terjamin dan dilindungi oleh perlembagaan. Lantas inilah sebabnya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong adalah simbol perpaduan nasional di Malaysia!

Saya tidak termampu untuk mengulas ketiga-tiga rumusan di atas dengan lebih lanjut. Ilmu yang ada pada saya pun tak sedalam mana. Namun sebagai orang UMNO, saya memang rimas dan cemas dengan kedudukan UMNO mutakhir ini. Sebagai orang Melayu, saya juga bimbang akan nasib mereka seluruhnya di hari muka. Dan, sebagai rakyat Malaysia, saya juga kesal dan terkedu bila segolongan bukan Melayu pada hari ini seolah-olah lupakan sejarah bagaimana seluruh bangsa di negara ini ditransformasikan menjadi warganegara menerusi Perlembagaan Persekutuan sempena kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957.

Namun hati kecil saya tetap berbisik: mungkinkah seluruh orang Melayu yang sedang berpecahbelah dalam politik pada hari ini boleh kembali bersatu seperti mana mereka bersolat mengarah kepada kiblat yang satu?

Dalam pada itu, sebagai generasi radikal yang dibesarkan oleh pengajaran tragedi 13 Mei 1969, saya tetap tidak akan lupa bahawa Melayu kembali bersatupadu dalam siasah setelah mereka mengambil iktibar daripada tragedi berkenaan; sementara golongan bukan Melayu yang anti-establishment pula berhenti daripada mempertikaikan pelbagai peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan.

Oleh sebab itu, berdasarkan hipotesis bahawa bangsa Melayu telah kembali bersatupadu dalam siasah sejurus sesudah peristiwa 13 Mei, dan golongan bukan Melayu yang anti-establishment pula berhenti daripada mempertikaikan pelbagai peruntukan strategik dalam Perlembagaan Persekutuan, maka kita perlu merungkaikan persoalan, apakah rahsia di sebalik tragedi tersebut, dan kita juga perlu menetapkan matlamat bersama untuk mengenalpasti adakah episod perpaduan Melayu yang sangat-sangat dirindui ini boleh wujud semula di abad ke-21; dan adakah kepatuhan golongan bukan Melayu yang anti-establishment terhadap Perlembagaan Persekutuan pula kembali kepada era pasca-13 Mei?

32 comments:

Mohd said...

Saya fikir orang Melayu hanya akan bersatu semula jika peristiwa 13 Mei berulang sekali lagi!
Melayu mudah lupa ............

Anonymous said...

Salam

Pandangan kedua-dua sahabat Datuk ni memang betul... Saya sokong

azman said...

Datuk rasa orang UMNO faham kiasan kedua-dua sahabat Datuk ni? Dia orang mana faham maksud pasca-materialisme dan tak akan Melayu hilang di dunia?

Anonymous said...

Saya sokong kata kawan Dato'.. sekarang ini melayu sudah lupa diri.. Yg untong pendatang asing ke negara ini..

Anonymous said...

Salam Datok Ron..

Apa akan jadi pada bangsa kita kalau mereka leka dengan politik. Akhirnya negara tergadai, anak bangsa melayu merempat di negara ini.

Anonymous said...

Maaf mencelah bagi komen sikit tulisan Dato.. Sampai bila melayu bercakar sesama sendiri. Betul kata kawan Dato.. orang melayu sama kiblat tapi mengapa ada orang melayu tidak sehaluan tergamak bangsanya kafir???

BKI - kecewa

Anonymous said...

Salam Dato Ron.. siapa kawan dato tu.. sungguh dalam kiasan sentoh perpaduan melayu.. Betul katanya bila kita sesama Islam kenalah menghadap kiblat yang sama. Melayu perlu bersatu sebelum runtuh. Bagitau pada dunia melayu, mengapa kita bersengketa. mengapa????

Anonymous said...

Dato Ron

Bila melayu lupa pesan nenek moyang inilah akibatnya. Adakah mereka lupa sumpah nenek moyang kita pertahankan tanah melayu (Malaya). Mereka semua mula lupa pesanan penglima2 melayu terdahulu. Ayoh kita perbetulkan dan rapatkan saf sama2 menghadap kiblat. Pastikan bangsa melayu sedar akibat dari perpecahan. Hidup Melayu.. Hidup Melayu.. Hidup melayu..


Anak Melayu
Bugis Kelang

Anonymous said...

Datok, fikir orang UMNO ada baca blog ini tak? Kalau ada kiasan ini minta mereka cepat bertindak. Kiasan kawan Datok bermaksud Melayu Tak Hilang Di Dunia penuh makna. Tanpa sedar air mata mengalir di pipi. Saya minta pemimpin UMNO bangun dan renung semula untuk membela bangsa Melayu. Negara ini milik Melayu, hak Melayu ada pada Raja2 Melayu.

TKU ZAM- N9

Anonymous said...

Salam..

Keluarkan saja tulisan ini dalam akhbar.. biar orang melayu lain membacanya. Jangan bila negara sudah milik orang asing, baru melayu hendak bersatu.

Anonymous said...

Saya sokong pemikiran kedua kawan Dato'.. Saya tabik spring kiasan mereka untuk sedarkan bangsa Melayu yang sudah lupa.

Leman MAS

Anonymous said...

Dato minta Hadi Awang atau Nik Aziz jawap untuk soalan ini. Siapa yang memecahbelahkan orang Melayu. Mengapa kafirkan orang UMNO? Benar kata Hang Tuah.. kita sama kiblat tapi mengapa orang PAS membuat amanat mengkafirkan orang Melayu UMNO. Sekarang Hadi dan Nik Aziz boleh terima orang DAP dan menganggap saudara perjuangannya. Ingat Islam adalah saudara dan bukan musuhnya.

TALKIN PERINGATKAN KITA :::

Wahai KAMU Bin IBU KAMU (3X)
hendaklah kamu ingat akan janji-janji Allah yang mana kamu ada bawa bersama-sama dari dunia ini.
Sekarang kamu telah menuju masuk ke negeri Akhirat.

Kamu telah mengaku bahawa tiada Tuhan yang disembah dengan sebenar-benarnya melainkan Allah,
dan bahawasanya Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah.

Ingatlah wahai KAMU Bin IBU KAMU,
apabila datang kepada kamu 2 orang malaikat yang serupa dengan kamu iaitu Mungkar dan Nakir,
maka janganlah berasa gentar dan takut,
janganlah kamu berdukacita dan risau serta janganlah kamu susah-hati dan terkejut.

Ketahuilah wahai KAMU Bin IBU KAMU,
bahawasanya Mungkar dan Nakir itu hamba Allah Taala,
sebagaimana kamu juga hamba Allah Taala.

Apabila mereka menyuruh kamu duduk, mereka juga akan menyoal kamu.
Mereka berkata:

Siapakah Tuhan kamu?
Siapakah Nabi kamu?
Apakah agama kamu?
Apakah kiblat kamu?
Siapakah saudara kamu?
Apakah pegangan iktikad kamu?
Dan apakah kalimah yang kamu bawa bersama-sama kamu?

Di masa itu hendaklah kamu menjawab soalan-soalan mereka dengan cermat dan sehabis-habis terang, tepat dan betul.
Janganlah berasa gementar, janganlah cuak dan janganlah bergopoh-gapah, biarlah tenang dan berhati-hati.

Hendaklah kamu jawab begini:
Allah Taala Tuhanku,
Muhammad nabiku,
Islam agamaku,
kitab suci Al-Quran ikutanku,
Baitullah itu qiblatku,
malahan solah lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji diwajibkan ke atas aku.
Semua orang Islam dan orang yang beriman adalah saudara aku,
bahkan dari masa hidup hingga aku mati aku mengucap: “Laa ilaa ha illallah Muhammadur rasulullah”.

Wahai KAMU Bin IBU KAMU tetapkanlah hatimu,
inilah dia suatu dugaan yang paling besar.
Ingatlah bahawa kamu sekarang sedang tinggal di dalam alam Barzakh,
sehingga sampai satu masa kelak, kamu akan dibangunkan semula untuk berkumpul di Padang Mahsyar.

Insaflah wahai KAMU Bin IBU KAMU, bahawasanya mati ini adalah benar,
soalan malaikat Mungkar dan Nakir di dalam kubur ini adalah benar,
bangun dari kubur kemudian kita dihidupkan semula adalah benar,
berkumpul dan berhimpun di Padang Mahsyar adalah benar,
dihisab dan dikira segala amalan kamu adalah benar,
minum di kolam air nabi adalah benar,
ada syurga dan neraka adalah benar.
Bahawasanya hari Kiamat tetap akan adanya,
begitu juga Tuhan yang maha berkuasa akan membangkitkan semula orang-orang yang di dalam kubur.

Di akhirnya kami ucapkan selamat berpisah dan selamat tinggal kamu disisi Allah Taala.
Semoga Tuhan akan memberi sejahtera kepada kamu. Tuhan jua yang menetapkan hati kamu.
Kami sekalian berdoa mudah-mudahan Allah Taala menjinakkan hati kamu yang liar,
dan Allah menaruh belas kasihan kepada kamu yang berdagang seorang diri di dalam kubur ini.
Mudah-mudahan Tuhan akan memberi keampunan dan memaafkan kesalahan kamu serta menerima segala amal kebajikan kamu.

Ya Allah Ya Tuhan, kami merayu dan bermohon kepada Mu
supaya tidak disiksa mayat ini dengan kemegahan penghulu kami Muhammad SAW.
Subhana rabbika rabbil izati amma ya sifun wassalamu alalmursalin, walhamdulillahi rabbil alamin.

WAHAI HADI ATAU NIK AZIK TOLONG JAWAP SIAPA SAUDARA KAMU DAN KIBLAT KAMU???? MENGAPA KAMU KAFIRKAN ORANG MELAYU UMNO????

Anonymous said...

Tersentuh hati saya membaca pesanan Dato Panglima Hang Tuah.. Bangun wahai orang Melayu mari kita bangkit semula menebus maruah bangsa menegakan syiar Islam bersolat satu arah kiblat. Jangan kita bergaduh sesama sendiri ingat kata kiasan panglima Melayu Tak Hilang Melayu Di Dunia.

Wak Bkt Pasir
Moar Johor

Anonymous said...

Dato, saya mohon dato dapat huraikan kiasan Hang Tuah pada kita semua bangsa Melayu. Sungguh menarik kiasan orang zaman dulu.

Anonymous said...

Salam Dato.. saya menolak berlaku kembali 13 mei sebab tiada gunanya.. Saya cadangkan orang Melayu mengkaji semula pesanan Dato Hang Tuah. Kita sama agama solat kiblat yang sama.

Sekian.

Anonymous said...

Dato, sudah tiba masanya UMNO lahirkan Hang Tuah moden untuk menyedarkan bangsa Melayu bersatu demi pertahankan bangsa agama dan negara. Hanya bangsa melayu saja mempunyai hak hala tuju negara ini. Melayu bangsa mudah bersatu tidak perlu kita bertempur sperti 13 Mei 1969.

Anonymous said...

Dato, tolong maklumkan pada KM Melaka, naikan taraf kampung Hang Tuah. Kiasan pesanan Hang Tuah amat dalam kita fahami. Orang yang berilmu saja boleh faham maksud tersirat kiasannya.

Amin

Anonymous said...

Salam Dato, calon menang saya cadangkan Tun Mahathir calon BN parlimen Putrajaya.

Sekian terima kasih

kudakepang said...

Saudara-saudari
Saya amat hargai komen-komen anda. Tetapi saya tidak akan melanggar etika kewartawanan dengan memberikan nama sahabat-sahabat saya yang menjadi sumber posting ini. Cukuplah sekadar saya tegaskan bahawa seorang daripada mereka adalah ahli akademik sementara yang seorang lagi adalah anak Melaka.

salam takzim -- Ruhanie Ahmad

Anonymous said...

Hasil kajian secara hipotesis ini telah membuktikan pengarang Hikayat Hang Tuah mempunyai banyak kelebihan dan penulisannya tentang hal Hang Jebat yang telah menderhaka kepada Sultan, adalah diterima mengikut hukum asal. Rumusan daripada kajian yang dijalankan telah menghasilkan penemuan baru yang melibatkan kedudukan Hang Tuah sebagai legenda pahlawan Melayu. Mengikut kajian hipotesis ini, Hang Tuah merupakan pahlawan yang telah diMelayukan demi untuk kemegahan atau simbol kepada orang-orang Melayu. Kita lihat bagaimana hipotesis ini menerangkan asal-usul Hang Tuah.

Hang Tuah adalah anak cucu kepada keturunan rombongan puteri Hang Li Po yang datang ketika pemerintahan Sultan Mansur Shah. Nama sebenar Hang Tuah ialah Hang Too Ah. Tetapi bertukar kepada nama sebutan Hang Tuah apabila pahlawan ini memeluk agama Islam dan berkhidmat kepada Sultan Melaka.PengIslaman Hang Tuah telah mempengaruhi 3 orang rakan karibnya iaitu Hang Jee Fatt, Hang Lee Ker dan Hang Lee Kiew. Keempat-empat sahabat baik ini juga bergaul rapat dengan Kasturi, iaitu rakan sebaya mereka yang berbangsa Melayu. Mereka juga menggelar Kasturi dengan gelaran Hang Kasturi sebagai tanda satu persahabatan yang abadi.

Kelima-lima sahabat ini mula masyhur di kalangan istana apabila mereka menyelamatkan Bendahara dari serangan orang mengamuk. Mereka berlima kemudiannya memeluk agama Islam. Nama-nama mereka mengikut loghat Melayu telah tersebar dengan cepat dan meluas samada di kalangan istana atau orang-orang Melaka ketika itu termasuk nama Hang Kasturi.

Tiada bantahan yang pernah dibuat ketika itu kerana masyarakat Melayu zaman itu telahpun menganggap anak cucu dari rombongan puteri Hang Li Po sama seperti saudara Melayu mereka. Demikianlah serba ringkas kisah Hang Tuah yang berasal daripada keturunan puteri Hang Li Po dari kajian hipotesis ini.

Anonymous said...

Salam Datuk,

Adat Bersendikan Hukum. Hukum Bersendikan Kitab ALLAH. Syarak Mengata , Adat Menurut". ALLAH menjadikan manusia bersuku-suku dan berbangsa-bangsa untuk kita saling kenal mengenal.

Anonymous said...

Salam Dato' menurut bukut tulisan Kassim Ahmad Hikayat Hang Tuah menggambarkan sistem sosiobudaya Melayu pada zaman feudalnya. Hang Tuah dan Hang Jebat yang mewakili masyarakatnya memperlihatkan nilai-nilai kewiraan yang didukung oleh masyarakat itu. Inilah determinisme atau takdir sosial dan sejarah. Prinsip ketaatan mutlak kepada raja itu merupakan prinsip feudal yang mungkin bercanggah dengan cita-cita keadilan yang terpendam dalam jiwa manusia. Justeru, inilah yang membuat Hang Jebat memberontak terhadap rajanya, sedangkan prinsip ketaatan kepada raja membuat Hang Tuah menerima hukuman mati yang dikenakan oleh raja terhadapnya dan kemudian menghalalkan membunuh Hang Jebat sebagai penderhaka.

Anonymous said...

Dato' Cukuplah ..Orang melayu dah benci dengan melayunya... melayu benci pada ketuanan melayunya, sultan pun ada yang tak suka pada pihak yang pejuangkan mempertahankan kedudukan kesultanan melayu.. Kutbah jumaat di Penang pun doa kat bangsa cina.

Bagan Jermal

Anonymous said...

Datok mana ada tuah, jebat, kasturi, lekiu, lekir... tu semua kisah mitos je. suma takde kubor ke? tak kawen ke? takde zuriat ke? takyah pening2. tahyul je tu.

TQ

Anonymous said...

Mengapa nama Tun Perak disebut secara jelas dalm solan peperiksaan PMR dan SPM.
tapi kenapa nama Hang Tuah tidak? sekadar dirujuk sebagi hulubalang/ panglima/ pembesar 4 sahaja?

Anonymous said...

Saya hargai tulisan Dato'

Seandainya misteri Hang Tuah terlerai akan menjadikannya sebagai News of the Century di negara kita. Eloklah misteri tersebut berkubur bersama-sama segelintir kita rakyat Malaysia yang tahu serta mengatahui akan perkara yang sebenarnya. Rahsianya ada di Gunung Ledang dan Pulau Besar. Hanya mereka ada susur jalur mengatahui misterinya.

Anonymous said...

Salam..
best le kiasan Hang Tuah..sejarah banyak mematangkan tamadun manusia.tapi manusia selalu lupa.saya takut nak bercerita tentang fakta sejarah,takut dikatakan mengajar ajaran sesat...

Anonymous said...

Dato' percaya atau tidak kalau saya katakan bahawa Hang Tuah lima bersaudara itu adalah bangsa Cina yang datang bersama-sama dengan Puteri Hang Li Po ke Melaka. Nama asalnya Hang Tho Wah, Hang Lee Kiw, Hang Jee Bah, Hang Kah Tui dan Hang Lee Kee. Mereka adalah Islam seperti Laksamana Cheng Ho juga. Kajian ini perlu diperdalamkan lagi. Tentang laksamana Cheng Ho, orang cina lebih menghargainya berbanding orang melayu Islam. Tak percaya, pergi ke Taman Sahabat di Tabuan. Ada arca laksamana Cheng kat situ. Sepatutnya kita orang Melayu Islam juga perlu menghargai tokoh tersebut tapi janganlah sampai buat patung pulak. Ok, saya tinggalkan perkara ini untuk diperbincangkan bersama-sama secara ilmiah.

Anonymous said...

Dato' banyak orang bercakap Hang Tuah bukan Melayu? Kalau Hang Tuah tu bukan Melayu.. kenapa dia cakap 'Takkan Melayu Hilang di Dunia' ? .. kenapa tak cakap 'Takkan Cina Hilang di Dunia?'.. adakah pepatah tersebut hanya rekaan semata2 ? atau Hang Tuah sendiri tidak wujud? yang wujud hanyalah telaga beliau di kampung Duyong Melaka. Boleh Dato' huraikan?

Inasn Ingin Tahu
USM

Anonymous said...

Saya ada terfikir kemungkinan itu pendapat Hang Tuah sendiri tentang bangsa Melayu, dari apa yang disaksikan dengan matanya sendiri, kepahlawanan Melayu di zamannya. Tidak ada mana-mana buku yang tulis Hang Tuah tu sendiri Melayu.
Mungkin juga bila Hang Tuah buat statement "Tak Melayu Hilang Di Dunia", orang ramai terus assume Hang Tuah sendiri Melayu.
Wallahuallam.

Anonymous said...

Apa nak pening kepala Dato' cucu cucu Hang Tuah semua dah kaya raya dah kuasai dunia. Dato' tengok cucu hang tuah tinggal di Hong Kong. Dia dah berjaya kuasai saham dunia melalui HANG SENG.

Anonymous said...

Dato' cuba fikir semula.. Nama Melayu 500 tahun dulu Kuntum, Daik, Pendek, Awang. Mana ada "Hang"? Kalau di China keluarga bangsawan Cina ada taraf pangkat "Hang"