Sunday, December 11, 2011

PRU13: JAMBATAN BENGKOK DAN PENGUNDI JOHOR

Ruhanie Ahmad

Johor mencatatkan undi rosak paling besar dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), iaitu sejumlah 54,164 daripada keseluruhan 321,885 undi rosak di seluruh negara. Pecahannya -- 28,709 undi rosak bagi seleuruh 26 kawasan parlimen dan 25,455 bagi seluruh 56 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Para pemerhati politik berpendapat, antara lainnya, kerosakan undi ini menerminkan protes pengundi Johor, terutama sekali Melayu, terhadap pembatalan Projek Jambatan Bengkok.

Lantas adakah pelaksanaan semula projek ini boleh memulihkan keyakinan pengundi yang memprotes dalam PRU12 kembali menyokong Barisan Nasional (BN) dalam PRU13 kelak?

Oleh kerana Johor adalah “tiang seri UMNO” dan “jantung hati BN” pemimpin tertinggi UMNO, BN dan pemerintah wajar sensitif terhadap pandangan umum mengenai projek ini seperti berikut.

Desak bina jambatan bengkok (utusan.com.my) Shah Alam 10 Disember 2011: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Dr. Mohd. Puad Zarkashi meminta Kerajaan Pusat secara serius mempertimbangkan semula cadangan untuk membina jambatan bengkok di Johor Bahru.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Batu Pahat turut menggesa Kerajaan Pusat mengadakan rundingan dengan Singapura, sekiranya perlu, untuk menggantikan keseluruhan Tambak Johor dengan jambatan baru.

Mohon teruskan jambatan bengkok (metro.com.my): Shah Alam: 10 Disember 2011: Badan Perhubungan Umno Johor memohon Kerajaan Pusat menimbang dan menilai semula permintaan membina jambatan bengkok bagi menggantikan Tambak Johor.

Timbalan Menteri Pelajaran yang juga Ketua Umno Bahagian Batu Pahat, Dr Mohd Puad Zarkashi berkata, Badan Perhubungan Umno Johor sebulat suara bersetuju supaya projek pembinaan jambatan bengkok yang dibatalkan sebelum ini dapat dinilai semula, seterusnya dilaksanakan.

“Sebelum ini kita (Badan Perhubungan Umno Johor) memang menghantar surat dan berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

“Namun ia sudah lama iaitu ketika Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Tenang, Februari lalu. Walaupun sudah lama, kami tetap dengan pendirian supaya Kerajaan Pusat menimbang semula pembinaan projek ini kerana bagi kami, ia mempunyai pelbagai manfaat sama ada untuk negara mahupun untuk rakyat di Johor,” katanya.

Dr M: Teruskan pembinaan jambatan bengkok (malaysiakini) 29 Mei 2010: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini mengulangi pendapatnya bahawa kerajaan perlu meneruskan pembinaan jambatan bengkok merentasi Selat Tebrau.

"Ya," merupakan jawapan ringkas beliau terhadap pertanyaan pemberita sama ada beliau masih berpendapat pembinaan jambatan bengkok perlu diteruskan untuk menggantikan Tambak Johor.

Terdahulu pada dialog Wacana Kepimpinan di Johor Bahru, Dr Mahathir berkata pembinaan jambatan bengkok tidak memerlukan persetujuan Singapura kerana keseluruhan jambatan itu terletak di dalam wilayah Malaysia.

Kerajaan disaran teruskan jambatan bengkok (malaysiakini) 14 April 2009: Pemuda Umno Johor mencadangkan kerajaan mengkaji semula projek Jambatan Bengkok yang pembinaannya dibatalkan pada 2006 kerana berpendapat projek itu mampu merancakkan ekonomi negara, khususnya di Johor.

Bina semula Jambatan Bengkok (utusan.com.my) 28 Mei 2010: Johor Bahru: Kerajaan diminta menggunakan kelebihan hubungan dua hala yang erat antara Malaysia dan Singapura untuk meneruskan semula projek pembinaan Jambatan Bengkok yang ditamatkan pada April 2006.

Ini kerana idea pembinaan jambatan tersebut yang dicetuskan oleh bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad tetap relevan dan amat penting untuk diteruskan kerana akan memberi manfaat kepada kedua-dua negara pada masa depan.

Ketua Pemuda UMNO Bahagian Pasir Gudang, Rohazam Shah Ahmad berkata, Singapura tidak perlu gusar terhadap pembinaan jambatan itu kerana iklim ekonomi kini memberi kelebihan kepada Singapura dan Malaysia untuk mendapat manfaat yang besar.

Mahathir ‘pujuk’ Umno Johor bantu pulih projek jambatan bengkok: (malaysianinsider) 8 Februari 2011: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah mengadakan pertemuan dengan Umno Johor hujung minggu lalu dalam usaha menghidupkan semula idea membina “jambatan bengkok” bagi menggantikan Tambak Johor.

The Malaysian Insider difahamkan Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman telah memanggil satu pertemuan dengan pemimpin-pemimpin Umno bahagian di mana Dr Mahathir telah meminta akar umbi memberi tekanan ke atas kerajaan pusat supaya meneruskan projek tersebut.

Laporan FACEBOOK: Rakyat Johor Menyokong Rakyat Johor Menyokong Penerusan Pembinaan Jambatan Bengkok.

Tiada kata putus sambung kerja jambatan bengkok. Berita Harian18 april 2009: Singapura: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan belum membuat sebarang keputusan sama ada untuk meneruskan semula pembinaan jambatan bengkok yang menghubungkan Johor Bahru dan Singapura.

"Sehingga kini, kita belum lagi membuat sebarang keputusan (sama ada untuk menyambung semula pembinaannya atau tidak," kata Timbalan Perdana Menteri.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita sama ada pembinaan jambatan itu yang dibatalkan pada 2006 akan dilaksanakan semula.

Kesimpulan: Oleh kerana Johor adalah “tiang seri UMNO” dan “jantung hati BN” tibalah masanya kepimpinan tertinggi UMNO, BN dan pemerintah menyatakan pendiriannya yang ikhlas dan positif mengenai projek ini.

No comments: