Wednesday, October 01, 2008

SALAM AIDILFITRI

Sempena hari baik dan bulan baik ini saya memohon izin berehat sebentar untuk bersama keluarga, sanak saudara, sahabat handai dan rakan taulan untuk bermaaf-mafan sambil bertukar-tukar kenangan - suka dan duka, baru dan lama, di zaman kanak-kanak dan sewaktu diri sedang diburu usia.

Di bawah ini saya siarkan koleksi pusi saya yang membawa pelbagai kisah di Aidilfitri yang saya lalui sepanjang hayat saya. Mudah-mudahan karya daif ini akan melakarkan seribu satu nostalgia kepada kita semua.

Sekali lagi, Aisah dan saya serta anak-anak seluruhnya mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, maaf lahir dan batin, kepada seluruh pembaca budiman.


2008:
Suara Jiwa Di Aidilfitri

dalam perantuan usia ini
fajar dan senja
beraneka warna merona hidup
berjuta badai dan gelora
menerjah perjalanan masa
duka nestapa silih berganti
riang ria hanya sesekali

dalam perjalanan usia ini
pertiwiku sentiasa dilukai jiwanya
dicarik-robek percaturan kuasa
insan yang beraja di hati
bertakhta di mata
saban purnama
sepanjang musim
entah bila rentinya

dalam pengisian usia ini
pemburuan dan penantian
sentiasa bergerak tanpa noktah
pengorbanan dan pejuangan
adalah kesementaraan yang dimestikan
sebelum aku dipanggil pulang
ke alam perhitungan Illahi
antara dosa dan pahala
antara neraka dan syurga
di alam kekal lagi abadi

Ruhanie Ahmad
Kajang
29 September 2008
[disiarkan dalam blog panggilan pertiwi]


1980:
Aidilfitri

embun syahdu
menebar rindu
menguntum budi

fajar suci
merona hari
menimang diri

sinar taqwa
menjambat hati

qadza-qadar
meruntun tari

Ruhanie Ahmad
Kuala Lumpur
1980
[disiarkan dalam Berita Minggu]


1973:
Salam Aidilfitri

bersama gema takbir mulia
ku susun rapi jari jemari
menghulur salam anak kembara
salam hormat di Aidilfitri

salam ku khusus kepada ayah
salam khusus kepada ibu
pohon leborkan segala dosa
pinta kiriman doa dan restu

salam ku juga pada sang bayu
pada awan dan gunung-ganang
pada penyair dan puisi rindu
pada si fakir dan air matanya

salam ku pada Muhamad nabi ku
dan seluruh umatnya di serata jagat
biar pun gerila di Cotabatu
dan para pejuang Yassir Arafat

bersama gema takbir mulia
ku susun rapi jari jemari
menghulur salam anak kembara
salam hormat di Aidilfitri

Ruhanie Ahmad
Kota London
1973


1971:
Beraya Di Lumpur

debu kota bersama kaki ku
mengharung banjir separas lutut
sepanjang jalan menuju halaman
gubuk buruk milik keluargaku

aku pulang di hari mulia
berhari raya bersama keluarga
ibu menitiskan air mata
yang mengalir bersama banjir
melempah ruah ke muka tangga

adik-adik berbaju baru
riang ria sama sebaya
di kala petang mereka pulang
baju kotor kasut pun kotor
comot lusuh bermandi berlumur
akibat banjir di hari raya

Ruhanie Ahmad
Batu Pahat
1971
[disiarkan dalam Majalaj Gema PAC ITM]


1967:
PUISI RINDU

suara mu mendayu bersama takbir
memanggil keluarga di pagi raya

pusara mu tenang semerbak wangi
bermandi gaharu dan air mawar
bersama cempaka juga melati
Surah Yassin dan Alfatihah

bahagialah kau wahai adik ku
di sisi Illahi Maha Pengasih
menunggu syorga di kemudian hari

Ruhanie Ahmad
Batu Pahat
1967
[disiarkan dalam Majalah Pelita, High School Muar]


Salam Aidilfitri – Ruhanie Ahmad

16 comments:

JASEKAH said...

datuk RON!
SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR BATIN.
Selamat Bercuti Bersama Keluarga.
Dalam masa bertemu rakan taulan semasa Berhari Raya, pasti ada cerita-cerita menarik yang boleh dikongsi bersama TERUTAMA PakLah Bersara tak sebelum PAU08.

JASEKAH said...

Selamat Hari Raya Maaf Zahir Batin Buat Datuk Ron.Sekeluarga. kami nantikan cerita menarik musim raya, terutama PM jadi serah kuasa sebelum PAU 08 atau tidak ?

Unggal said...

Assalamu'alaikum Dato
Selamat Hari Lebaran. Minal Aidin Walfaizin. Kita panjatkan keshukuran kepada Illahi Allahu-Robbi.

For all our humanly imperfections, we seek forgiveness from you and family too.

Maaf Zahir Batin

Unggal, Niman and anak-anak
London

Mika Angel-0 said...

Puisi Ticker-Tape

cepatnya....USD...dikhuatiri?
susut 90%...dia berlari

pemerhati said...

Salam Dato

Kawan sekeluaraga mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua rakyat Malaysia dan pembaca ruang ini.

Alhamdulillah, rakyat yang berbilang kaum dan agama di negara ini dapat meraikan hari kebesaran penuh harmoni meneruskan tradisi kunjung mengunjung ke rumah-rumah terbuka untuk mengeratkan silaturrahim.

Salam Perjuangan Anak Johor.
D'IAR & family - Muar

bakaq a.k.a ~penarik beca said...

Salam

Datuk, mintak tolong boh link Malaysiakita (aggregator blog-blog Malaysia) dalam blog Datuk.

ilamatnya:
http://malaysiakita-bakaq.blogspot.com/

'Eid mubarak. Salam.

Unknown said...

Kimi & Wong

Kawan! kawan! kawan!
Ya kawan....!
Sat! sat! saya nak buka posa
Selepas setengah jam lagi
Kawan! kawan! kawan!
Ok kawan jom!
Berbasikal di hadapan rumah
Uncle Wong ditembok memerhati
Kimi & Wong bersaing basikal
Jangan laju….jerit Uncle Wong
%@$#* Uncle Wong menasihati anaknya
Aku kalau tiada urusan akan bersama Uncle Wong
Berbual sambil memerhati mereka
Berbicara tentang kemelut hari ini
Tak syok la sekarang
Uncle Wong berbicara
Dulu wa tinggal di kampong
Bercampur semua orang
Hisap rokok tak berani depan Pak cik
Takut Pak cik beritahu bapa
Anak Pak cik,Berahim pun sama
Kami hisap rokok dalam hutan
Kami takut mereka tahu
Sekarang tiada lagi scenario ini
Mari kita didik anak kita menghormati
Wa sama lu dihormati
Baru Malaysia aman sentosa
Impian Uncle Wong indah
Impian Uncle Wong mulia
Itulah jiran Seri Pinang
Jiran Tionghua
Jiran Kami
Jiran Melayu & Cina
Ramadhan 2008,Ramadhan indah
Jangan dirosakkan Ramadhan ini
Jangan dirosakkan pertalian kami
Kami tidak mahu jadi Bosnia
Masjid kami dilaungkan azan
Bila ada perayaan Tanglung
Kimi,Wong dan Shila bermain bersama
Di Tahun Baru mercun dibakar bersama
Ingatan aku pada Anak Jiran Tionghua
Yang ku baca pada 1985
Kepada yang suka bersengketa
Cuba renung kembali
Cuba fikirkan masa depan Kimi & Wong
Mereka ingin berbahagia di Bumi Malaysia

27hb September 2008
10:08 PM

Belum pernah disiar dimana-mana

kudakepang said...

Jasekah, Unggal, Mika, Pemerhati, Bakaq, Abang Halim dan seluruh surfers budiman, SELAMAT HARI RAYA MAAF LAHIR BATIN DARI SAYA SEKELUARGA.

jASEKAH: Nampak gayanya memang cerita Pak Lah top hari raya ni. Apa lagi, teka-teki dia akan bersara atau tidak dan lain-lainnya.

UNGGAL: Ngaporo ku seng katah-katah kang. Neng London ngawey ketupat kambik opo yo. Lodeh eh kepiye pulak. tuku tempey neng harrods yo. Kah kah kah. Selamat hari Raya Nal dari saya sekeluarga kepada Enal, Narim dan anak-anak. Tadi aku balik kampung, lalu Pagoh. Wah kat simpang nak masuk Panchor dah ada projek baru nampaknya. Alhamdulillah. Take care and salam rindu dari tanahair.

Mika: I never knew you are a poet too!!! Maaf lahir batin.

PEMERHATI: Selamat hari raya Datuk. Kawan dapat cerita malam tadi kat area Batu Caves kadar jenayah tinggi. Bukan apa, sekumpulan pemuda bukan Melayu merompak kereta. Tahan kereta kokak-kokak je, lepas tu keluar senjata. Niatnya nak buat kacau je biar orang hilang keyakinan dengan pasukan keselamatan kita. Jenayah ni nampaknya terancang dan ada dalang di sebaliknya!! Selamat Hari Raya Datuk. Sahabat kita yang sorang tu dah belayar ke Temasik... Ziarah sanak saudara!!!

BAKAQ: link akan dibuat sesudah saya balik dari berhari raya di kampung. Salam Aidilfitri maaf lahir batin pada Hang sekeluarga.

ABANG HALIM: Puisi ini unik dan menarik. Saya akan siarkan dalam blog panggilan pertiwi... Salam Aidilfitri maaf lahir batin dari saya buat Abang Halim sekeluarga.

Akhir sekali, salam takzim dan selamat berjuang kepada semua. - Ruhanie Ahmad

mylah169 said...

Bersyukurlah kalau engkau dapat menempuh jalan yang diredhai oleh Allah dalam setiap usahamu,sekalipun engkau gagal dalam usaha-usahamu itu.

WAN HAMIDI said...

datuk ron,

selamat hari raya aidilfitri maaf zahir batin.
saya mengikuti idea datuk ron sejak datuk ron di bbc lagi.

saya pembaca setia blog datuk ron.
kita lihat lah apa yg bakal terjadi selepas raya nanti..

odeen said...

SALAM IDILFITRI...
USAH DITANGISI JIKA PEMIMPIN YANG KITA SOKONG DAN PUJA SELAMA INI LEMAH DAN AKAN JATUH...BEGITU JUGA USAH DITANGISI PARTI YANG KITA SOKONG SELAMA INI AKAN MUSNAH SEBABNYA ITU SEMEMANGNYA SUDAH KEHENDAK TUHAN..MUNGKIN INILAH BALASAN KEPADA BN DAN PEMIMPINNYA YANG SEJAK AKHIR2 INI MENINDAS RAKYAT DEMI KEPENTINGAN DIRI SENDIRI.
SESUNGGUHNYA TUHAN ITU MAHA ADIL JIKA BN(UMNO) AKAN MUSNAH PASTI DIA AKAN BAGI PARTI LAIN YANG LEBIH BAIK SEBAGAI PENGGANTI...SEPERTI PERIBAHASA MELAYU PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI...INGAT BN TIDAK AKAN MEMERINTAH SELAMA-LAMANYA...BERKUBURNYA BN TIDAK BERMAKNA KITA SEMUA AKAN MATI(TERKUBUR) JUGA...

anuarhashim said...

Salam Idulfitri . Maaf zahir batin dari kawan lama.Semuga bahagia berpanjangan sepanjang usia di dunia dan di akhirat.

Anuar Hashim .

Najib Ariyan Ali Basha said...

Bersempena dengan Aidil Fitri tahun 2008 ini, Abang Bear mintak maaf atas segala keterlanjuran .....kita melangkah meninggalkan ramadhan yg barakah dgn berat hatinya di samping gembira menyambut tibanya syawal yg mulia.... semoga persaudaraan kita kekal dan sentiasa dalam redha Allah.....

Ketupat diletak di atas para
Rendang diletak di bawah titi
Andai ada tersilap bahasa
Maaf dipinta menyusun jari

Adat jauh kata mengata
Adat dekat puji memuji
Andai ada tersilap kata
Maaf dipinta sepuluh jari

Sungai disusur sepanjang sehari
Dalam gelap menangkap ikan
Kami menyusun sepuluh jari
Salah dan silap harap maafkan

Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf zahir dan batin dari Abang Bear

wassalam

UMNO PARTI PENJARA said...

Salam Perkenalan :-)
Akar Umbi & Calon 'Kuda Hitam' Ada Kejutan ;-)
http://pro-faizal.blogspot.com

JASEKAH said...

Yg Berbahagia Datuk Ron. Bila nak update kudakepang. Masih bercuti?
Apa dah jadi dengan "kuda hitam" yg tiba2 muncul utk berlumba no2 tu? Blum sampai masa PM umum undur dah tak sabar2 kuda tu masuk trek nak lumba, macam ada apa2 yg tersirat je. Datuk (kuda kepang) kena pintas (sepak) kuda hitam tu keluar trek. Harap TSMY di angkat ke no2 atas ketegasan dan keberaniannya selama ini. tolong buat ANALISA dan KUPASAN yang boleh diterima akal AKAR UMBI. TQ

politica said...

Datuk, saya lihat blog Datuk belum di update kan lagi. Masih beraya di kampung ke? Saya kirimkan kepada Datuk komen saya pasal calon kuda hitam. Kalau sudi, harap poskan dalam kuda-kepang. Selamat Hari Raya, maaf lahir batin. - politica

Calon Kuda Hitam Timbalan Presiden UMNO Ni Kuda Tunggangan Sapa Sebenarnya?

Pening kepala kita semua dibuatnya. Macam-macam karenah. Macam-macam gelagat. Maksud saya karenah dan gelagat politikus UMNO. Maksud saya pasal jawatan Timbalan Presiden UMNO. La ni, dalam sibuk-sibuk kita berhari raya, dah ada tiga calon kuda hitam menawarkan diri untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO. Esok entah berapa lagi pun kita tak tau!

Anehnya, Abdullah Badawi belum pun buat keputusan nak pertahankan jawatan Presiden UMNO atau tidak. Semua orang tunggu pengumuman Abdullah 9 Oktober 2008 ni. Jadi, Najib Razak pun belum berani kata nak tanding jawatan Presiden UMNO atau cuma nak kekalkan jawatannya sekarang – Timbalan Presiden UMNO. Orang macam Muhyiddin Yassin pun sama. Tak berani Muhyiddin nak kata dia nak tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO atau kekal pertahankan jawatan Naib Presiden UMNO.

Jadi, kelompok calon kuda hitam ni nampaknya memang kuat betul power dia orang. Tak taulah power apa. Mungkin power duit. Mungkin juga power di sebalik power. Mungkin power Khairy Jamaluddin dan power Kamaluddin Abdullah atau power lain-lain pihak tertentu!

Sebab itulah belum apa-apa lagi semua kuda hitam ni dah buka mulut nak terejah jawatan Timbalan Presiden UMNO. Sebab tu juga yang pecahkan cerita kuda hitam ni adalah portal berita The Malaysian Insiders yang rapat dengan Khairy dan Kalumullah Hassan.

Lebih aneh lagi, ikut ceritanya, calon kuda hitam macam Zahid Hamidi ni kononnya tajaan Najib. Kalau gitu, mungkinkah Najib sendiri memang dah buat keputusan nak tanding jawatan Presiden UMNO walaupun Abdullah akan pertahankan jawatan itu? Atau pun, mungkinkah Najib dah tau yang Abdullah memang akan lepaskan jawatan Presiden UMNO pada 9 Oktober 2008 ini?

Kalau gitu, ini bermakna Najib akan tanding kerusi Presiden UMNO, tapi dia tak mau Muhyiddin jadi regunya untuk tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO? Jadi, apa nak jadi pada Muhyiddin yang kata dia masih tunggu keputusan Abdullah dan Najib?

Tapi, fikir punya fikir, bila kisah Zahid Hamidi nak tanding jawatan Timbalan Presiden UMNO ni dipecahkan oleh The Malaysian Insiders, tak mungkin ke kisah ini ada banyak motifnya dan ada udang di sebalik batu?

Antaranya, tidak mungkinkah kisah ini dikeluarkan biar Najib bergalas dengan Muhyiddin atau biar Muhyiddin hilang kepercayaan terhadap Najib? Sebabnya, sekarang ni memang dah ada ura-ura Abdullah nak singkirkan Muhyiddin kerana kononnya Muhyiddin yang bikin Abdullah jadi serba salah sehingga proses peralihan kuasa yang dijangka pada Jun 2010 dipercepatkan kepada 2009.

Semalam, satu lagi calon kuda hitam buat pengumuman. Dia adalah Ali Rustam yang kini salah seorang Naib Presiden UMNO. Ikut ceritanya, Ali ni ikut arahan Abdullah. Niatnya sama – nak pastikan Muhyiddin disingkirkan menerusi pemilihan parti kali ini. Lebih menarik lagi, Ali dikatakan akan dijadikan Timbalan Perdana Menteri jika beliau memang kelak!

Kalau gitu, apa cerita Zahid Hamidi? Kalau dia juga ditaja oleh Khairy dan Kamaluddin, tidakkah ini akan clash dengan Ali yang ditaja oleh Abdullah? Tapi, kalau kisah ni benar, Zahid Hamidi dan Ali ni mungkin diketengahkan untuk mengurangkan sokongan kepada Muhyiddin daripada kalangan penyokong Abdullah dan Najib? Kalau gitu, mati keringlah Muhyiddin. Penyokong Najib tak akan sokong dia. Penyokong Abdullah pun tak sokong dia!

Tapi, macam mana soal Jazlan? Mungkinkah Jazlan menawarkan diri atas dorongan peribadinya sendiri? Adakah Jazlan bebas daripada sebarang dukungan mana-mana king-makers tertentu? Adakah Jazlan diketengahkan untuk mengurangkan sokongan Muhyiddin di Johor?

Minggu depan, Mohamad Muhd Taib yang pernah jadi Naib Presiden UMNO pun dijangka menawarkan diri untuk calon Timbalan Presiden. Kalau gitu, sokongan Muhyiddin di Selangor pun akan diberikan kepada Mike Tyson! Sekali lagi, kering kontang dan kemeklah Muhyiddin dihimpit daripada empat penjuru!

Dalam kita berteka-teki, ada pula cerita yang kisah calon kuda hitam untuk jawatan Timbalan Presiden ni sengaja dilambong-lambongkan sekarang sebagai diversion kepada apa yang sebenarnya akan diumumkan pada 9 Oktober 2008 kelak – Abdullah akan kekalkan jawatan Presiden UMNO!

Logik juga kisah ni. Bila kisah calon kuda hitam bagi jawatan Timbalan Presiden dilambongkan waktu Hari Raya, kisah ni akan jadi satu topik Aidilfitri yang menarik. Dengan itu, umum akan yakin kononnya Abdullah akan bersara daripada UMNO, Najib tanding jawatan Presiden UMNO dan kerusi Timbalan Presiden UMNO akan terbuka kepada semua warga UMNO yang nak bertanding.

Dengan cara ni, taklah orang kutuk Abdullah habis-habisan waktu hari baik bulan baik ni. Semua perhatian tertumpu kepada Najib tanding Presiden UMNO dan kepada mereka yang dah buat pengumuman nak tanding Timbalan Presiden UMNO!

Saya harap warga UMNO di seluruh negara sabar dulu. Jangan terpengaruh dengan kisah calon kuda hitam yang kita sibuk-sibukkan sekarang ni. Kita tunggu je sampai lepas 9 Oktober 2008 ni.

Kita faham, dalam mana-mana sistem demokrasi, siapa sahaja boleh tanding apa sahaja jawatan. Tapi, sementara kita tunggu keputusan Abdullah, jom kita tanya diri sendiri, calon-calon kuda hitam untuk jawatan Timbalan Presiden UMNO yang dah buka mulut nak tanding ni sebenarnya kuda tunggangan siapa? – http://politica-net.blogspot.com