Ruhanie Ahmad
Kebelakangan ini terdapat pelbagai suara, termasuk oleh bloggers tempatan, yang menyalurkan doa, harapan dan nasihat kepada Datuk Seri Najib Tun Razak supaya menghindari kesilapan dan kepincangan kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Doa, harapan dan nasihat ini mencerminkan kesungguhan serta kesukarelaan rakyat jelata untuk menyumbang idea demi memperkasakan kepimpinan Najib dan jemaah perjuangannya dalam usaha memulihkan negara tercinta ini di hari-hari mendatang.
Bagaimanapun, ada pula seorang mantan menteri yang meramalkan kononnya Tun Dr Mahathir Mohamad akan menjadi Perdana Menteri de facto dan mahathirisme akan mendapat nafas baru bila Najib menerajui UMNO dan kerajaan Malaysia.
Kenyataan meleset ini membayangkan seolah-olah Najib tidak mampu menguruskan negara dan UMNO menurut visi, misi dan kebijaksanaanya sendiri. Ia juga cuba membayangkan kononnya Najib dan barisan pemimpin yang kelak bersamanya akan menjadi boneka Mahathir.
Nampaknya mantan menteri berkenaan terlupa bahawa dakwaan mengenai wujudnya Perdana Menteri de facto ini sebenarnya hanya kedengaran di era kepimpinan Abdullah - tidak di zaman Tunku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Hussein, Tun Hussein Onn, waima di zaman Mahathir. Majoriti kita pun amat maklum siapakah individunya yang dikatakan menjadi Perdana Menteri de facto di era Abdullah ini.
Mahathirisme
Apa yang disifatkan sebagai mahathirisme pula memang boleh ditafsirkan mengikut sentimen dan citarasa pentafsirnya. Ia boleh jadi positif atau sebaliknya.
Tetapi, sebilangan besar kita menyifatkan mahathirisme sebagai ketegasan, keikhlasan, tidak flip-flop, tidak dijangkiti sindrom penafian, dan tidak mengizinkan mana-mana pihak menjadikan Malaysia sebagai bonekanya.
Mahathirisme juga adalah semangat dan sikap perjuangan yang sentiasa memelihara kemerdekaan dan kedaulatan ibu pertiwi, semangat dan perjuangan yang sentiasa menitikberatkan masa depan yang makmur dan selamat bagi seluruh rakyat jelata, amalan pengurusan yang mampu mentakrif masa depan sebagai landasan kepada pelbagai dasar dan program pro-aktif untuk kebaikan warga Malaysia, dan amalan tidak menggunakan agama sebagai topeng melegitimasikan sesuatu era kepimpinan.
Hari ini Mahathir membuat kenyataan di Melbourne, Australia, menasihati Najib “memastikan dirinya tidak dikelilingi oleh kroni dan anggota keluarga apabila beliau menjadi perdana menteri.”
Mahathir juga mencadangkan semoga Najib “mendapatkan nasihat daripada beberapa bekas anggota Parlimen dan pakar mengenai urusan mentadbir negara.”
Muhyiddin
Kenyataan penuh Mahathir yang dilaporkan oleh Bernama boleh diakses di sini:
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_03.htm
Bernama juga memetik kenyataan Mahathir di Melbourbe bahawa Tan Sri Muhyiddin Yassin merupakan “tokoh terbaik” untuk menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.
Kata Mahathir: “Terdapat banyak orang yang bertanding bagi jawatan Timbalan Presiden UMNO, tetapi saya fikir Muhyiddin adalah tokoh terbaik untuk menjadi timbalan kepada Najib.”
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1012&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_08.htm
Maka, soalnya di sini, mungkinkah mantan menteri berkenaan akan mengatakan bahawa kedua-dua kenyataan Mahathir di atas adalah bukti kononnya Mahathir akan jadi Perdana Menteri de facto dan mahathrisme akan menerima nafas baru di era kepimpinan Najib kelak?
Negarawan
Saya yakin kedua-dua kenyataan Mahathir di Melbourne ini adalah ikhlas dan demi kepentingan Malaysia dan rakyat jelata seluruhnya. Ini kerana Mahathir adalah seorang negarawan unggul yang dihormati, termasuk oleh komuniti dunia.
Biarpun Mahathir pernah diberikan pelbagai label dan nama jolokan yang negatif di era kepimpinannya selama 22 tahun, adalah tidak boleh dinafikan bahawa majoriti rakyat jelata Malaysia bangga dengan perjuangan serta pencapaian beliau.
Pada waktu yang sama, Mahathir bersara tanpa disuruh. Beliau meninggalkan legasi kepimpinan yang mengharumkan Malaysia. Beliau berwawasan besar dan jauh. Beliau sentiasa fokus. Beliau adalah negarawan yang yang mengketengahkan mentaliti dan psikologi “Malaysia Boleh!”.
Jadi, bila Najib dan barisan kepimpinannya kelak, Insya Allah, berjaya menggembilang dan mengharumkan semula nama Malaysia, adakah ini bermakna Najib menguruskan kerajaan dan siasahnya menurut telunjuk Mahathir?
Majlis Penasihat
Mudah-mudahan Najib dan barisan kepimpinannya kelak benar-benar menebus segala kesilapan dan kepincangan kepimpinan Abdullah supaya Abdullah sendiri tidak akan terkilan dengan slogan cemerlang, gemilang dan terbilang yang sebenarnya hanya indah khabar dari rupa.
Untuk itu, apa yang disarankan oleh Mahathir kebelakangan ini - bahawa kerajaan era pasca Abdullah sewajarnya membentuk satu majlis penasihat atau council of advisors sebagai pembimbing dan watch-dog kepada pengurusan negara - seelok-eloknya dihalusi oleh Najib dengan seberapa segera demi agama, bangsa dan tanahair seluruhnya.
Lantiklah sesiapa sahaja yang layak untuk mengetui majlis berkenaan. Lebih elok lagi jika majlis itu diwakili oleh seluruh entik Malaysia yang berwibawa asalkan mereka bukan golongan oportunis atau kelompok sokong yang membawa rebah!
Mungkin sukar untuk Najib dan barisan kepimpinannya untuk mengkoreksikan seluruh kesilapan dan kepincangan era Abdullah dengan sekelip mata. Tetapi, jikan iltizam ke arah ini dilaksanakan secara ikhlas, jujur, komprehensif dan konsisten, pastinya ia akan beroleh kejayaan.
KEPADA ALLAH BERSERAH.

46 comments:
Datuk Ron dan sahabat sekelian.
Biarlah apa orang-orang awam ingin mengatakan dan menglebelkan, memang didalam persekitaran demokratik kita tidakdapat memuaskan hati semua pihak, asalkan tujuan hakiki menentukan negara ini aman dimana semua orang yang bermastautin didalam negara ini dapat menjalankan penghidupan dengan sempurna dapat dilaksanakan.
Dinegara lain yang tidak demokratik atau nampak macam demokratik kemudahan bersuara lantang langsung tidak diterima oleh pemerintah.
Bagi regu Najib-Muhyiddin saya setuju dengan pendapat mantan PM kita Tun Mahathir, bahawa regu ini dapat mengembalikan kepercayaan akar umbi. Yang openting untuk mereka adalah memberi taraf yang sesuai untuk semua presiden parti komponen BN supaya mereka akan terus mengembling usaha sebahu dengan mereka untuk meneruskan perjuangan yang telah tergendala oleh keputusan PRU12 yang lalu.
Saya sebagai ahli akar umbi memang menaruh kepercayaan regu Najib-Muhyiddin ini dapat mengembalikan kepercayaan dengan syarat presiden parti komponen dibariskan setaraf didalam menjalankan tugas bagi kesejahteraan rakyat.
Alangkah bodohnya kita setelah 50 tahun meredeka dan setelah mendapat iktirafan masyarakat dunia sebagai negara berbilang kaum yang membangun kearah negara maju serta menjadi contoh bagi negara negara islam yang mencari formula untuk maju, kita hancurkan apa yang kita bina untuk kepentingan segelintir individu yang sememangnya dari dulu lagi nampak mereka ini mementingkan diri mereka sendiri. Kita perlu insaf dan berdoa kehadhrat Allah supaya apa yang kita diperlihatkan ini menjadi kenyataan untuk lebih memertabatkan syiar islam, kepentingan bangsa dan keutuhan negara. Amin.
Datuk,
Elakkan promosi dan pujian yang berlebihan kepada Datuk Najib dan 'partnernya' selagi belum tiba Mac 2009?
5 bulan mendatang macam-macam boleh berlaku.
Takut pendakian ke puncak gunung tidak kesampaian.
Lama dulu, waktu Tun Mahathir sedang bersiap-siap, pegawai Tun ditahan dengan alasan ejen kominis.
Kini, waktu Najib bersiap-siap, Razak Baginda ditahan dan dibicara berkaitan kes Altantuya. Razak adalah antara strategist Najib. Mungkin kebetulan.
Apa pun, adalah baik untuk Najib merujuk kepada orang lama yang ada pengalaman. Kelak Najib tidak akan lari dari perspektif yang menyeluruh.
Abdullah adalah contoh ngeri yang harus dielakkan. Ramai yakin dengan kewarasan Najib.
Sdr Ruhanie,
Orang yang lemah akan tunduk kepada yang lebih kuat darinya.
Lihat sahaja contoh Amerika Syarikat dan sekutunya mengawal kegawatan ekonomi mereka dan dunia.
Manakala orang yang berani menentang tidak semestinya pandai.
Orang yang cerdek mesti tahu bila perlu menentang arus untuk sampai ketempat tujuan.
Mahathir bukan zalim orangnya.
Boneka, kroni atau istilah apa pun bukan masaalah.
Masaalah sebenarnya ialah kebaikan atau kejahatan.
Rasul2 adalah boneka Tuhan. Mereka melaksanakan agenda Tuhan. Tentunya kebenaran, kebaikan dan keadilan.
Jika pemimpin tidak menjadi boneka Tuhan, maka automatik menjadi boneka syaitan.
Kalau kita tidak menjadi kroni kebenaran, maka kita akan jadi kroni kejahatan.
Kenapa kita terpengaruh dengan isu kroni dan boneka tanpa mengenali pasti siapakah yang mengetengahkan isu itu sehingga kita terpaling dari kebenaran?
Hakikatnya mereka yang hanya memperkatakan tentang boneka dan kroni telah menjadi boneka Yahudi dan orientalis. Itulah boneka ciptaan Yahudi.
Dato' Ron,
Saya amat bersyukur kerana akhirnya Pak Lah membuat keputusan bijak untuk menyerahkan tampuk kepimpinan kepada timbalannya. Walaubagaimanpun saya agak ragu-ragu tentang reformasi yang bakal dibawa oleh kepimpinan yang baru berdasarkan faktor berikut :
1. Tiada dalam sejarah kepimpinan negara seorang P.M yang mempunyai sejarah silam dan kisah hidup yang penuh kontroversi dan warna-warni seperti Najib.Bolehkah Najib bertahan dengan asakan-asakan dari pembangkang yang berterusan menyerang peribadi Najib dan adakah ini yang akan menjadi teras perjuangan Najib selepas ini iaitu memastikan namanya dan keluarganya dibersihkan.
2. melihat kepada kepanasan dan keghairahan pemilihan disemua peringkat UMNO sekarang ini, bolehkah dipercayai reformasi total akan dilakukan jika kepimpinan UMNO tidak menunjukkan sikap ingin berubah dan lebih menunjukkan sikap gila kuasa hingga sanggup membuat apa sahaja. Isu politik wang kedengaran diseantero negara membuatkan saya tertanya-tanya samada reformasi yang dicanangkan adalah retorik semata-mata. Bagimana Najib hendak mengetuai perubahan jika orang UMNO masih dengan sikap yang sama yang akan lebih membuatkan orang Melayu menjauhkan diri dari UMNO.
Kebimbangan rata rata Rakyat Malaysia, siapa yang menguasai Najib nanti , bukan bimbang Mahathir di belakang nya...Kalau Mahathir banyak juga penyokongnya...tapi bimbang yang jadi PM ,ialah orang sentiasa meniupkan nafas nya di telinga Najib..si bunga Ros...macam sms yg saya terima...
Pemilihan belum selesai...Jadi Mahathir dah bagi sokongan kepada orang yang dia suka...Kenapa Mahathir tak mahu lihat TR(ku li) ke jadi PM? Apa kelebihan Najib atas TR ?Tanpa TR di sisi Tun Razak masa tu boleh ke Petronas ,PNB, PERNAS, Fleet group dan bangunan PWTC menjadi asas pembangunan Negara ..Dalam keadaan ekonomi dunia meleset apa yang menyelamatkan ekonomi Malaysia kalau tidak kelapa sawit getah dan minyak? Kalau hancur pun setengah gagasan yan telah di bentuk seperti PERNAS adakah hasil TR (tangan TR ke yang menghancurkan nya ?) kenapa..Mahathir tak mahu orang lain lebih baik jadi PM malaysia?
harap dapat Datuk menyiarkan kembali biodata TR yang di tulis oleh Sdr Nazri dalam blog datuk dulu untuk rakan rakan lain meneliti dan bandingkan dengan najib dan Muyhudin ...
nazari said...
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH
BIODATA
NAMA PENUH : Tengku Razaleigh bin Tengku Mohd. Hamzah
TARIKH & TEMPAT : 13 April, 1937
LAHIR Kota Bharu, Kelantan, Malaysia
KELAYAKAN : Universiti: Queen’s University, Belfast,
AKADEMIK Ireland Utara dengan Ijazah B.Sc (Econ) 1959
Melanjutkan pelajaran dalam bidang undang-
undang di Lincoln’s Inn, London, hingga 1961
Anugerah Doktor Kehormat Undang-undang
(LLD) oleh Queen’s University, Belfast,
Ireland Utara 1982
ANUGERAH : D.K. (Darjah Kerabat) - Kelantan 1978
S.P.M.K. (Kelantan) - 1967
P.S.M. (Persekutuan) - 1973
S.S.A.P. (Pahang) - 1980
S.P.M.S. (Selangor) - 1982
TERPILIH : Presiden Dewan Perniagaan dan Industri
Melayu Malaysia 1970 – 1976
Presiden Dewan Perniagaan dan Industri
Malaysia 1973 – 1976
Presiden ASEAN Chambers of Commerce
1975 – 1976
Pengerusi Asian Development Bank
1976 – 1977
Pengerusi Board of Governors, World Bank
dan International Monetary Fund 1977 – 1978
Pengerusi Bank Pembangunan Islam – 1978
PENGLIBATAN KORPORAT:
1965 - 70 Pengarah Eksekutif, Bank Bumiputra Malaysia Berhad
1970 - 74 Pengerusi PERNAS (Mengetuai Delegasi Perdagangan yang pertama ke Republik Rakyat China pada tahun 1971)
1970 - 76 Pengerusi dan Pengarah Urusan
Bank Bumiputera Malaysia Berhad
1974 - 76 Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS (Petroliam Nasional Bhd)
5.3.76 – 1.8.84 Menteri Kewangan Malaysia
1984 - 87 Menteri Perdagangan dan Perindustrian Malaysia
PENGLIBATAN POLITIK:
1962 – 66 Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)
1966 – 72 Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Kelantan (5 tahun)
1972 - 84 Pengerusi Badan Perhubungan
UMNO Kelantan hingga Jun 1984 (12 tahun)
1973 – 81 Naib Presiden UMNO Malaysia
1973 – 84 Bendahari UMNO Malaysia
1978 – 84 Pengerusi Barisan Nasional Negeri Kelantan
1969 - 74 Terpilih jadi Ahli Dewan Undangan
Negeri Ulu Kelantan Barat
1974 - 90 Terpilih sebagai Ahli Parlimen Ulu
Kelantan di bawah tiket Barisan Nasional (kini Gua Musang)
1987 Bertanding jawatan Presiden UMNO, kalah dengan hanya 43 undi
1988 UMNO diisytiharkan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
1988 Dipilih sebagai Presiden Parti Semangat 46, sebuah parti yang ditubuhkan atas cadangan oleh Y.T.M Tunku Abdul Rahman untuk menyambung aspirasi asal UMNO.
1990 – 96 Ahli Parlimen Gua Musang (sebelum ini dikenali Ulu Kelantan) di bawah tiket Semangat 46. Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang pada tahun 1995 dan terpilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di dalam pilihanraya kecil 29.8.95)
1996 Bubar Parti Melayu Semangat 46
pada 6.10.96 dan menyertai UMNO pada 8.10.96
1999 Dilantik sebagai Pengerusi Badan
Perhubungan UMNO Negeri
Kelantan – Jun 1999
2004 Terpilih semula sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional
2008 - Dipilih sekali lagi sebagai Ahli Parlimen Gua Musang di bawah tiket Barisan Nasional.
SDR RON,
AKU LEBIH RELA NAJIB JADI BONEKA MAHATHIR DARIPADA PAK LAH TERUS BERKUASA.
AKU SETUJU AGAR NAJIB MENJAUHKAN AMALAN KRONISMA DAN NEPOTISMA KERANA ANTARANYA BANYAK YANG AKU DENGAR RUNGUTAN TENTANG PERANAN ROSMAH HINGGA REPUTASI NAJIB TERCALAR KERANANYA. AKU HARAP NAJIB TAK KENA PENYAKIT TB ( TAKUT BINI )
IKUT STAIL TUN , BINI TAK CAMPUR TANGN. JANGAN IKUT PAK LAH SUKA TAYANG-TAYANG BINI BARU.
Salam Datuk.
Anak saya terkejut bila berita mengatakan Najib akan jadi PM Malaysia selepas Dolah...
" Macam mana orang boleh pilih najib orang yang penuh dengan scandal?Orang semuanya buta ke?Tak ada orang lain ke?" tanya anak saya yang berumur 21 tahun.
" Nak kata macam mana ..sistem dalam umno tu macam itu..yang menjadi ketua dan ajk cawangan, bahagian perwakilan itu dari golongan orang macam mana? tahu ke semuanya ada agenda untuk kepentingan peribadi...Berjuang untuk bangsa dan rakyat hanya slogan untuk memikat penyokong saja..semuanya munafik..kita dah ini hidup di akhir zaman..ini lah yang telah di gambarkan Tuhan kepada Nabi...terima saja lah ..yang ingat kembali pada Tuhan yang maha Esa itu saja lah" jawab saya..itu yang mampu oleh saya...
Mahathir juga pernah berkata, musa adalah terbaik sebagai penggantinya, kemudian mahathir kata ghafar adalah terbaik untuk menggantikan beliau, kemudian mahathir kata Anwar terbaik untuk gantikan beliau. Alih-alih Abdullah juga yang terbaik menggantikan beliau. Banyak sangat yang terbaik dalam fikiran mahathir. Tapi dalam banyak-banyak tu yang paling terbaik ialah Mukhris bin mahathir.
kita mesti tidak lupa akan jasa TDM ke atas negara kita. kenyataan anda TDM adalah seorang negarawan yang ulung amat dipersetujui dan patut diiktiraf secara rasmi oleh kerajaan malaysia dan jikalau kerajaan malaysia tidak mahu mengiktirafnya, rakyat malaysia mesti mengiktirafnya dengan apa cara sekalipun.
Salam Tuan,
Gandingan N-M mungkin mantap tapi lately kami rakyat dihidangkan dengan isu2 dan kes2 yang berat...
Mahathirisme merupakan semangat yang telus dan jitu terhadap diri saya kerana saya lahir pada zaman beliau iaitu 80an.
Saya bangga kerana ramai rakan seperjuangan saya bersama-sama mendukung Mahathirisme yang mengajar ttg erti kepahlawanan, kesetiaan kepada agama, bangsa dan negara, menjunjung adat bangsa Melayu serta bersemangat kasih dan sayang spt yang diterap dan diajarkan oleh para pejuang bangsa kita.
Mahathirisme tetap mekar di hati kami!
http://www.gunungraya.blogspot.com/
Jika pun Najib jadi boneka Tun Mahathir, rakyat akan menjadi SUSAH ke!!! Najib mahukan Malaysia menjadi negara yang lebih maju manakala Tun Mahathir telah memakmurkan negara ini dan mahu pastikan ia kekal makmur. Jadi apabila kedua-duanya mempunyai matlamat yang sama maka menjadi boneka Tun Mahathir memberi kesan yang lebih positif. Yang tak suka bukannya rakyat jelata tetapi orang-orang yang idealistik yang inginkan demokrasi secara barat. Seperti Zaid, Majlis Peguam, DAP, orang suratkhabar dan mereka-mereka yang tak mahu melihat Melayu menjadi kaum yang maju dan berdaya saing.
Masa Tun Mahathir menjadi PM selama lebih 22 tahun, negara Malaysia aman sejahtera dan hidup rakyat menjadi lebih baik. Pengganguran 0%. Kerana pembangunan ekonomi yang pesat, ratusan ribu pelajar bumiputra telah dihantar keluar negara. Semua negara luar hendak belajar dari kita. Bagi yang benci Tun Mahathir berbagai tohmahan dan kata nista dikeluarkan. Tetapi rakyat tidak termakan dakyah mereka. Sebab itu, rakyat sentiasa memberi undi majoriti kepada pemerintahan Mahathir.
saranan saya pada datuk najib
1)buat semula jambatan bengkok
2)tutup wpi
3)buat pusat pemerhati di batuan tengah dan tubir selatan
4)ambil alih rumah api pulau pisang
5)simpan isteri kat rumah kalau boleh tak payah tunjuk sangat banyak orang tak suka (ikhlas cakap ni )
6)yang terutama tolong jangan malukan orang pahang macam pak lah malukan orang penang.
maaf kalau tersinggung sebab pembodek tak kan cakap benda macam ni..
Saya bersetuju 200% dgn saudara "cinta suci abadi"....
Apa takde orang lain ke selain Najib? saya ingin tahu kenapa dalam banyak2 manusia Najib yang jadi pilihan Datuk Ron? Najib sungguh tak layak di mata saya...maaf saya direct to the point.
Saya sungguh pelik...orang UMNO buta ke ape? Tengku razaleigh jauh lebih baik sebagai PM berbanding Najib yang penuh dgn kudis kurap - only that kudis dia byk tak kelihatan sebab letak cober dgn "bedakk" daaa..
Mahathirisme tidak salah, Mahathirisme lah yang telah memacu Malaysia menjadi aman, makmur, moden dan sejahtera sehingga 5 tahun yang lepas.
tetapi sejak timbulnya hadharisme, semuanya musnah peringkat demi peringkat, keamanan masih dirasai tetapi rusuhan di sana sini, kemakmuran yang dikecapi disamun ahli keluarga hadhari, kemodenan yang dikecapi dipinggirkan demi mengkomersilkan diri sendiri, sejahtera yang dinikmati dinodai kemungkinan kerajaan sedia ada bertukar ganti.
jadi, apakah mahathirisme itu salah ataupun hadharisme yg salah? renung2kan dan selamat beramal.
Salam Datuk
I think it's more likely, just a guess, that Najib akan jadi boneka Rosmah....
Hail the Imperial Empress Rosmah of the House of UMNO!
;)
Dear Dato Ron,
Even though Tun Mahathir has his faults, I have to admit that I trust him in running this country. He is very knowledgable and his brilliance in knowing what to do is second to none in Malaysia. Perhaps he should be made a special advisor to our government. However, Najib must know which advice to take and which to ignore. As for TDM, he must know his place. We need TDM's wisdom but he needs to toe the line too.
sekarang ini nampak macam era mahathir sudah muncul kembali.cuma bezanya bukan Mahathir yang duduk dikerusi Perdana Menteri sekarang.
Mukhriz pula telah layak untuk bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dan tidak hairan jika Mukhriz akan menang pada hari undian nanti kerana pengaruh bapanya sangat kuat.
jika dilihat,Najib dan Muhyiddin kedunya-duanya datang dari kem Mahathir.jadi adakah ini semua plan Mahathir untuk meranapkan Pak Lah dan semua orang-orang Pak Lah?
Assalamualaikum Datuk,
Najib pun nampaknya 'sapu sampah bawah kapet'. Isu-isu peribadi nampak macam tak selesai. Jawapan-jawapan kepada rakyat tak menyakinkan. Apa kata gandingan TR dengan Muhyiddin? Tentu kurang sikit masalah.
Tapi sapa nak calon TR vs TPM tu?
Nampaknya najib terpaksa cari jalan sumbat anuar kedalam kalau nak duduk lama.
Alahai Malaysia ku tercinta.
Salam.
Salam Datuk,
DS Najib tidak mempunyai asas kepimpinan tersendiri. Jika beliau mempunyai kepimpinan tersendiri, beliau boleh menjadi pembantu terbaik kepada DS Abdullah, tetapi ternyata DS Najib telah gagal.
Secara pemerhatian sejak dahulu, dilihat kepada sejarah, memang DS Najib akan menjadi boneka selama-lamanya kerana tidak mempunyai gaya kepimpinan tersendiri seperti Tun Dr Mahathir mahupun Tengku Razaleigh. Secara sinis, memang Tun Dr Mahathir lebih menyukai DS Najib mengantikan DS Abdullah berbanding Tengku Razaleigh kerana karisma Tengku Razaleigh mampu menandingi malahan telah terbukti baik dari kepimpinan Tun Dr Mahathir. Jika Tun Dr Mahathir berkehendakan Tengku Razaleigh sebagai penganti, sejak tahun 1996 (tahun S46 kembali menyertai UMNO) lagi beliau akan memilih Tengku Razaleigh tetapi memang sikap Tun Dr Mahathir yang tidak mahu orang lebih bijak pandai pemikiran dari beliau mentadbir negara.
Perumpamaan pernah menyebut, dua ekor harimau jantan tidak akan duduk di puncak bukit yang sama.
Saya masih merenung nasib agama, bangsa, negara sekiranya DS Najib mengambil alih teraju kepimpinan. Maka jawatan Presiden dan Perdana Menteri akan menjadi suatu jawatan kitaran legasi bukan di pilih kerana kewibawaan dan daya kepimpinan terbaik. Tun Razak pengantinya DS Najib, Tun Hussien pengantinya Hishamuddin, Tun Dr Mahathir pengantinya Mukriz, cuma DS Abdullah tiada penganti. Jadi politik negara suatu masa akan menjadi politik dinasti dan legasi.
Wasalam.
mahathirisme adalah mimpi ngeri rakyat malaysia... kenapa kita yg dah larik jauh daripada mahathirime ingin kembali kepada fahaman yg telah byk merosakkan sistem kehakiman kita, mengkuku besikan sistem kepolisan kita, menarik kuasa raja2 melayu, menarik hak2 org melayu, menghina ulama dan menggalakkan berluasa amalan rasuah.. apa yg dibanggakan dgn pembangunan duniawi yg dipelopori zaman mahathir jika dibandingkan dgn kerosakaN insaniah, kerosakan agama yg telah dilakukannya... fikir2kan lah jangan keluar dari perut harimau masuk pula kemulut buaya.....keluar dan bebaskan negara kita dari UMNO yg dah korup, beri peluang kepada pembela pakatan rakyat menunjukkan kemampuan merka membela nasib rakyat...
Datuk Ron n para pembaca,
Kenapa datuk berkata Najib akan jd suruhan TUN?sy ingin jelaskan bahawa TUN sudah nyanyuk,asyik melalut sana-sini,pd ketika dahulunya TUN pernah berkata kpd Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj sudah nyanyuk,jgn campuri pemerintahan TUN ketika itu,kini sudah terbalik dan kena batang hidung TUN yg besar tu.Adakah para pembaca n Datuk Ron mengingati kata2 TUN itu??ALLAH maha mengetahui dan setiap insan akan terlupa apa yg pernah kita ucap kpd seseorg,kini giliran TUN yg terkena.Sy harap TUN tak payah bersusah payah untuk memperbetulkan dan sibuk dgn UMNO,nanti pemimpin2 tertinggi UMNO kata TUN tu dah nyanyuk.Usia pun dah lanjut,rumah kata pergi,kubur kata mari,buat dan bykkan ibadah agar tidak terlewat.
Should thank God for Tun's continuous existence. Without his criticisms, Pak Lah would probably still be walking around sengeh sana and sengeh sini thinking that all the rakyat loves him.
Its okay for Najib to show he is a man of his own but I hope he is not so sombong and ignore someone who has the brain like Tun. He has nothing to lose by asking some guidance from him. I would.
And suruh KJ main jauh-jauh.
Tak sokong Najib dan tak sokong Muhyidin. Tapi siapakah calon lain yang lebih layak? Hmm.
Ya Allh selamatkanlah negara ini dari pemimpin yg penipu, fasik dan munafik.
Saudara-saudari budiman, terima kasih kerana terus melawati kudakepang dan memberikan buah fikiran untuk jadi renungan bersama.
PENJELASAN: Saya jelaskan di sini bahawa artikel ini bukan mempersoalkan sama ada Najib akan jadi boneka Mahathir. Tetapi sekadar bertanya kepada Zaid Ibrahim, benarkah Najib akan jadi boneka kepada Mahathir dan atas asas apa?
Lagi satu, adakah dosa bagi mana-mana pemimpin subscribe kepada mahathrisme secara positif. Mahathirsisme jangan dilihat secara negatif. banyak ciri-ciri mahathirisme yang positif. Hairannya, mengapa Zaid Ibrahim cuba memomokkan mahathirisme?
Saya gembiran kerana ramai sahabat-sahabat yang menyakini mahathirisme dan tidak salah kalau Najib kelak berjuang berlandaskan mahathirisme atau secara tak langsung memperkenalkan konsep dan prinsip perjuangan yang seiras dengan mahathirisme kerana mahathirisme adalah asas kemajuan demi agama, bangsa dan tanahair.
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Dato Ron yang dihurmati!
Sudah tentu Najib boneka Mahathir! Hebat mana sangatlah politik Najib? Naik dalam usia yang muda kerana kematian bapa! Mengenang jasa bapa yang tidak meninggalkan apa-apa untuk masa depan keluarga, maka Najiblah diangkat mengisi sedikit ruang bersandarkan kehebatan ayahnya! Macam cerita Cucu Datok Merah!
Naik saja Najib sebagai Presiden dan PM lagilah lantangnya Mahathir. Rakyat Malaysia kena beringatlah masa tu! 22 tahun yang telah berlalu dulu mungkin berulang semula kezalimannya! Kalau tidak tak kan Mahathir berani berkokok galak sangat walapun berada di hujung gelegar!
httpP//rp-semantan.blogspot.com
Jadi boneka atau tidak semua tu tak dapat dipastikan. Tapi Mahathir ni takkan diam selagi dia tak dapat orang yang dia boleh gunakan dan arahkan untuk memegang tampuk pemerintahan. Dengan Pak Lah dulu dia memang tak dapat nak kuda2kan, tu sebab dia tak puas hati.
Antara buku pilihan saya adalah 'Mahathir di disebalik Tabir'. Membaca artikel diatas ada gaya-gaya tulisan buku tersebut. Takde ke orang yang nak tulis buku semacam itu lagi. tapi versi Pasca letak jawatan. Nak tunggu buku karangan Mahathir seperti dijanjinya tak keluar2 lagi.
Datuk,
Saya terpanggil dengan teori RAHMAN. Ia dimulai oleh tengku Abdul Rahman ... dan diAKHIRI dengan seorang pemimpin bermula dengan huruf 'N'.
Jika ini betul-betul berlaku .. adakah ini juga bermaksud berAKHIRnya UMNO dengan bermulanya kepimpinan pemimpin 'N' ini?
Jikalau betul 'N' ini adalah DS Najib, kemungkinan teori ini betul, tepat ... dan sebenarnya terlalu bahaya buat UMNO!
Jikalau kita rujuk kepada undi 'siapa yang lebih layak menjadi PM Malaysia' oleh blog Tunku Aishah dan 'siapa yang lebih layak jadi Presiden UMNO' oleh blog Malaysia Today, nama DS Najib tidak tersenaraipun sebagai tiga yang tertinggi!
Para pengundi kedua-dua blog ini adalah dikalangan rakyat biasa(fence sitters) dan kebanyakkan ahli UMNO!
Jika kita lihat dengan penamaan calon yang sedang hangat berjalan sekarang .. ini langsung tidak mencerminkan 'kehendak' rakyat! Ia hanya mencerminkan 'kehendak' ketua-ketua bahagian sahaja yang mungkin hanya peka tentang siapa yang lebih berpengaruh dan berkuasa dalam UMNO!
Tidakkah Trend yang sama ditonjolkan semasa PRU Mac lepas dan baru-baru ini di Permatang Pauh? Mudah lupakah ketua-ketua bahagian UMNO ini, ataupun terlalu singkat pandangan!?
Bukankah, jikalau betul-betul sedar apa yang telah disampaikan rakyat secara pengundian, matlamat untuk mencapai KEMENANGAN yang lebih selesa di PRU akan datang adalah MATLAMAT WAJIB!!
Jikalau kemenangan di PRU akan datang adalah MATLAMAT WAJIB, maka pilihlah presiden UMNO yang diterimai rakyat .. dan bukan sekadar ketua-ketua bahagin UMNO semata-mata.
Pilihlah pemimpin yang mudah diterimai rakyat Malaysia, yang dilihat tidak kotor, tidak korup, tidak rasis dan yang benar-benar berwibawa.
Berkorbanlah untuk Melayu dan Malaysia, .. tanpa mengorbankan UMNO ...
ikhlas
Ahmad

Berkorbanlah untuk Melayu dan Malaysia ...
Jangan lengkapkan teori RAHMAN! .. ia akan memusnahkan Melayu, Malaysia dan UMNO ..
ikhlas
Ahmad
I would prefer Muhidin rather than Najib yang penuh dengan scandals. Dah lagi satu bini dia....tak taulah nak cakap apa tengok muka kat TV pun menyampahnya. Mahathir pulak biarlah duduk diam2 kat rumah. Bagi peluang kepada yang baru...kalau kita pandai sikit dari Mahathir terus aje dia nak melatah....EGO sangat, Ku Li lahi bagus dari dia, patutlah dia takut sangat dengan ku li....Najib kalau lagi teruklah negara kita ni...PERLU ke PM yang penuh dengan scandal...C4 and all... tak taulah if betul ke tak...tapi...kalau asyik benda sama je...meluat dengarnya..
DATOK;
JANGAN JADI MACAM TUAN PENASIHAT MISAI KONTOT DAN TUAN SIDIQ SIGARAGA... DUAPULUH PERSENNNNN!
HABIS KENA JUAL DEK DENGAR TUAN PENASIHAT LIMAA PERSENNNN..
Bismillah.
Datuk,
Mahathirisme?
Takkan datuk nak promote suatu ideology baru?
Macam islam hadhari lak.
Mahathir kato dia orang fundamental.
Seorang yang faham tontang fundamental, inshaAllah dia akan berjayo.
Takkan nak laungkan suatu slogan baru, macam agamo baru? Yang tah apo-apo isi kandungan nyo.
InshaAllah, fikir-fikirkan lah, yo?
Datuk Ron...
Ramainya nampak terkeliru dgn posting Datuk. Yang menimbulkan hal boneka Mahathir ni ialah Datuk Zaid Ibrahim, seorang peguam, bekas ketua bahagian UMNO Kota Bharu, bekas menteri dan masih lagi memegang senator. Kita pun tahu Zaid ini bukanlah pemimpin yang berkaliber dan berpandangan jauh.Pemikiran Zaid ini berserabut dan Zaid masih lagi takut dengan bayang2 Tun Mahathir.
Dalam senario sekarang saya berpendapat sedikit sentuhan/pandangan/nasihat dan tunjuk ajar dari Tun akan memberi kelebihan dan kebaikan kpd Najib sebagai Perdana Menteri.Saya percaya banyak lagi buah2 fikiran Tun yg disimpan yang mana boleh digunakan utk kebaikan pimpinan DS Najib.Saya percaya Tun juga layak sangat utk dilantik sebagai Menteri Mentor... Lihatlah bagaimana Tun yg pertama kpd DS Najib! Jauhi kaum keluarga dan kera ni (baca kroni).. Inilah nasihat yg diperlukan oleh Najib. Selepas ini kita mahu pulak lihat nasihat2 yang baik begini dibuat oleh Tun dari masa kesemasa. Ingatlah era pemerintahan Tun adalah yg terbaik.Biarlah nampak zalim atau zalim..memang itulah caranya kita nak mentadbir sebuah negara berbilang kaum.
Pautan pengikut dengan pemimpin ibarat layang-layang dengan tali. Layang-layang tidak akan naik hanya menerima tangan tanpa menerima tali.
Assalamualaikum Datuk Ron,
Apapun yang diperkatakan terhadap Tun Mahathir, hakikatnya ramai yang mengakui Malaysia adalah yang terbaik di masa pemerintahan beliau. Nasihat berguna dari seorang bapa kepada anaknya hendaklah dimanfaatkan sebaiknya oleh Datuk Seri Najib Tun Razak. Sekiranya tidak, penggantinya TanSeri Muhyiddin, pada bila-bila masa boleh menggantikannya, dengan kehendak rakyat!
Mahathir itu satu individu biasa macam kita juga, cuma pernah jadi PM dan dianggap banyak berjasa kepada negara tetapi tidak dapat tidak ada buat silap dan salah - itu sahaja.
Mahathir itu sendiri bukan suatu faktor yang amat berpengaruh berbanding 24 juta rakyat Malaysia dan Mahathir tidak dapat mempengaruhi Najib dengan mudah kerana di lengkongi puluhan menteri dan anggota kabinetnya dan pembantu2nya.
Mahathir juga tidak merancang dan tidak punya keupayaan untuk meranapkan Paklah.
Cuma secara kebetulan, apa yang Mahathir utarakan adalah juga merupakan sebahagian besar suara hati rakyat, suara hati kebenaran.
Najib tidak perlu meneruskan atau dipengaruhi sesiapa kecuali mewarisi kebenaran.
Datuk Ron,
Ulasan dr Datuk Ron,Zaid Ibrahim marah sgt kpd Pak Lah dan UMNO setelah dahulu telah digantung keahlian UMNO selama 3 thn,setelah diampun dan tamat edahnya,zaid amat terkejut sekali setelah namanya diumum sebagai menteri(senator),walhal zaid tidak menyangka akan jd menteri,sbb itu zaid guna kuasanya supaya ex-gratia kpd hakim2 yg dipecat wajib dibayar gantirugi,zaid pun seorg peguam juga.Wajib sgt lah dia menyokong para hakim2.kini agenda zaid telah berjaya.Kini zaid pulak menghentap ISA supaya rakyat dan PR nampak yg zaid sekarang ke arah PR.Inilah politik d dlm malaysia.Betul tak Datuk Ron???
biarlah orang nak tuduh apa pasal tok najib. kalau dia "jadi boneka mahathir" lagi bagus.. sudah tentu negara ini akan maju dan disegani dunia sekali lagi.
saya berdoa akan ada mahathir ke dua memerintah malaysia.
Para pembaca blogger,
Sy berpendapat,mungkinkah ini rancangan pak lah untuk menjerat Najib dlm pelbagai isu dan scandal najib dlm negara???Kita sudah maklum najib byk scandal dlm kerajaan,terbaru tentang pembelian helicopter mengantikan Nuri,Eurochopper buatan perancis,ada scandal yg dikeluar oleh Datuk Zahar.Sy dpr merasa Najib pun dah tak senang duduk setelah pak lah beralih kerusi ke Kementerian Pertahanan.Apa2 pun kita tunggu dan lihat apa kesudahannya politik malaysia,ttp kerajaan wajib melihat n menjenyuk masalah rakyat,jgn leka sgt semasa pencalonan UMNO.
kerana itu gandingan Najib-Muhyiddin amat penting .
jika berlaku sesuatu kepada Najib kita ada Muhyiddin yg layak menggantikan Najib.
A'kum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yang beragama Islam mahupun yang bukan Islam.
Saya pelik. Mengapakah baru sekarang mantan Menteri hendak meluahkan perasaan sedemikian? Kenapakah tidak dilakukannya semasa pentadbiran TDM?
Saya percaya TDM seseorang yang sentiasa boleh menerima kritikan walaupun pedas. Saya selalu mengkritik TDM secara 'direct' dan 'indirect'. Alhamdulillah, saya masih sihat walafiat. Tidak pernah menerima lebam di mata mahupun di mana-mana anatomi. Kini, dulu dan selamanya! LoL!
Mahathirisme tu pebende? Tanya kat TDM, rasanya dia pun sangsi!
Kita jangan membubuh apa-apapun nama pada sebarang perjuangan. Boleh menyebabkan ketaksuban dan keangkuhan.
Yang penting nawaitu dan keikhlasan.
Wassalam.
p/s: Tahulah dia tu dah pencen. Takkanlah 'open house' takde angpow! Hahahaha!
SDR SYEIKH AKRAM !
NAJIB BUKAN PILIHAN MAJORITI AHLI TETAPI PILIHAN MAJORITI KETUA BAHAGIAN DAN KETUA PERHUBUNGAN NEGERI, TERUTAMA YANG JADI KRONINYA.
PILIHAN KETUA BAHAGIAN DENGAN PILIHAN AHLI ADALAH DUA PERKARA YANG BERBEZA
JIKA AHLI-AHLI UMNO MASIH TIDAK MAHU MEMBERI RUANG KEPADA CALON-CALON LAIN ( TIADA PILIHAN LAIN KECUALI TRH ) MAKA PERUBAHAN YANG DI LAUNG-LAUNGKAN TIDAK AKAN TERCAPAI DAN TIDAK BERMAKNA.
AHLI UMNO BOLEH SERONOK JIKA DSN MENANG TAPI AKU BIMBANG KEMENANGAN INI AKAN MEMBERI KESAN NEGATIF DALAM PRU13 KELAK. FIKIR-FIKIRLAH.
AKU TAK BENCI NAJIB TAPI AKU SAYANG UMNO.
IKUTLAH SLOGAN PEMUDA (MUKHRIZ)
BERANI BERUBAH.
Post a Comment