Selama ini segolongan bloggers tempatan dan saya sendiri amat kritikal terhadap kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kerana membuka wilayah pembangunan Iskandar Malaysia di selatan Johor yang disifatkan sebagai usaha Abdullah menggadaikan sebahagian bumi Johor – milik Malaysia yang berdaulat dan merdeka – kepada Singapura.
Posting beberapa sahabat bloggers Malaysia dan saya sendiri telah menyenaraikan pelbagai sebab mengapa Iskandar Malaysia mesti dibatalkan. Tetapi, tulisan kami dianggap sebagai anti-Abdullah dan anti-Singapura.
Hari ini blogger Pasquale, dalam blognya Barking Magpie, di alamat http://barkingmagpie.blogspot.com, mendedahkan satu lagi sebab strategik mengapa Iskandar Malaysia perlu dibatalkan demi kepentingan negara.
Berasaskan satu peta yang diperolehinya secara rahsia, kata Pasquale, Iskandar Malaysia adalah satu-satunya wilayah di jagat ini yang kini mempunyai rizab air bawah tanah yang terbesar sekali di dunia.
Katanya, jika Singapura merupakan pelabur terbesar di Iskandar Malaysia, mustahilkah Singapura juga akan menguasai rizab air bawah tanah yang terbesar ini di hari muka?
Untuk mendalami posting yang terbaru dan menggemparkan ini bacalah sendiri pendedahan blogger Pasquale di http://barkingmagpie.blogspot.com.
Mudah-mudahan pendedahan Pasquale dan blognya ini akan mendorong rakyat Malaysia bertindak sewajarnya, tetapi dengan penuh hemah, supaya Iskandar Malaysia dibatalkan serta-merta. – Ruhanie Ahmad
21 comments:
You must be barking mad, Kuda Kepang.
Itupun orang Johor ditipu pemimpin-pemimpinnnya yang bersekongkol dengan pihak pemerintah Singapura. Johor sebenarnya adalah medan sampah Singapura.
NeuH2O bagi orang Johor minum...
Kalau beseloroh, jangan bawa pump-gun berisi.
Kalau Umno Johor keluar Umno Msia, baru Pak Lah batalkan projek ni kot
TUAN
kalaulah paklah letak jawatan hari ni, siapakah layaknya sebagai PM dan TPM kita.
saya memilih MUHYIDDIN sebagai PM dan MUSTAFFA MOHD sbg TPM
Salam,
Saya tidak tahu mengapa Abdullah beria-ia hendak membangunkan Wilayah Iskandar Malaysia, walaupun dengan bergantung kepada modal asing (terutamanya dari Singapura).
Adakah dia hanya hendak menunjukkan bahawa dia pun boleh membangunkan satu wilayah yang lebih hebat dari pembangunan Putrajaya yang dibangunkan oleh Mahathir?
Kalau begitu dia agaknya hanya hendak bermegah-megah tanpa memikirkan implikasi politiknya.
Jadi memang wajar pembangunan Wilayah Iskandar itu dikaji semula, kalaupun tidak mungkin dibatalkan sama sekali.
Budget PakLah
Apa maksudnya yang tersirat?
Pertumbuhan negara - 5.4%
Income Per Capita - RM27000
Angka Inflasi? Serdahana?
Maknanya MoF tidak tahu
perkembangan warna ekonomi
dunia yang mencorakan nasib kita.
(adakah cerita Temasek-Mayban-BII)
cerita orang kena jual
Dato'
Saya dah puas keliling dunia. Antara pemimpin terbodoh yg pernah saya lihat adalah AAB.
Samada dia bodoh atau pun sengaja buat2 bodoh, yg penting kepentingan negara adalah di bawah tapak kakinya shj.
apa saja yang Pak Lah bikin hanya menambah meluat dan benci rakyat padanya dan kerajaannya juga!
BN sudah ketandusan pemimpin, sebab tu Pak Lah yg cam tu pun masih enak2 di kerusi Presiden UMNO dan pengerusi BN.
PAS, PKR dan DAP hanya bersama sebelum sampai puncak. Bila dah sampai nanti, masing-masing tak boleh terima siapa pun lebih atas. Jadi semua nak sama rata, semua mesti jadi PM le, baru ada kesamarataan! Jadi confirm depa tak akan sampai puncak! Caya le..
Sebenarnya semua kebuntuan ini adalah proses Tuhan nak ubah sistem dunia yang mencapai hujungnya. Sebelum kiamat, semua sistem hidup cipataan manusia akan musnah dan secara total diganti dengan sistem Tuhan. Selepas berlaku semua ini, maka bermulalah era pra kiamat.
Jom ke blog saya untuk seterusnya.
http://nawawidahalan.blogspot.com/
susah nak cari pemimpin yang boleh dipercayai. ramainya gila harta, gila kuasa, gila wanita (3T).
kalau kita tak siapkan generasi hari ini dengan pendidikan, maka masa hadapan malaysia menunggu kehancuran.
Dato' oarang Johor,
Orang bukan Johor lagi lah turut sedih
mengapa pemimpin UMNO johor bangang dan tak nampak apa yang berlaku didepan mata, sambil terus menyokong.
Muhyiddin patut buat sesuatu bersama rakyat Johor, ni budget tambah lagi untuk Wilayah Pembangunan Iskandar (?Israel)
cerita nya mudah saja.mula mula buat bangunan kat wpi ni. kemudian dalam bangunan tu buat logi air penguatkuasaan yang korap buat tak nampak jer .kemudian buat jambatan lurus terus ke singapore pada jambatan tu dah tentu ada paip air jambatan pulak kalis bom lepas tu sebab bangunan dia, dia mintak askar dia yang jaga. pengkhianat negara bersekongkol sebab dapat p..i dan duit free.tapi kalau ini benar aku berjanji aku akan kencing atas kubur pengkhianat ni
Siapa yang sebenornya penasihat PM ni ? Cari hasil dengan jual tanah !@#
Ikut kata arwah Pakcik aku, kita keluarkan hasil dari tanah, bukan jual tanah untuk cari hasil !!
Siapa yang jadi penasihat PM ni ?
Pak Uda aku kata, kita cari hasil dari tanah, bukan jual tanah untuk cari hasil. Sekolah darjah 6 pun tahu strategy "sustainable development" and not "Once off income through property investment". Bila dah jual harta, hasil baru nak cari dari mana ? Tanah dah jual ?
Kekadang aku yang jual satay ni pun tak berapa nak masuk akal aku. Cari hasil dengan jual tanah...bila tanah dah habis jual, nak jual apa pulak ?
Salam Dato'
Kali ini saya tak nak komen pasal posting Dato' tapi nak komen pasal layout blog nih....
Rasa terseksa pulak nak membaca dengan latarbelakang blog warna hitam/biru gelap dan tulisan yang tidak jelas.
Jikalau tak keberatan boleh ka Dato' adjus skit bagi mudah orang tua macam saya ni nak baca?
Datuk Dato', Tuan puan,...
Pada hemat saya lebih baik dipulangkan UMNO semula ke Jalan Ibrahim, Johor Bahru. Kita lawan Malayan Union sebab tanah dan air (bukan tanahair) akan jadi milik asing ketika itu. Sekarang ni macam mana ?
Pulangkan aje UMNO balik ke tempat asalnya. UMNO dilahir dan dibidankan dari Johor dan dibesarkan oleh Malaysia. Tapi yang merosakkan UMNO bukan le oleh orang-orang Johor ataupun orang-orang Malaysia.
UMNO rosak sebab sekarang penjaga/ibu/bapanya tak bertanggungjawab. Ini masaalah UMNO. UMNO nak matang, penjaganya pulak masih belum akhil baligh.
Maka, ikut cara orang dulu-dulu, pulangkan aje balik anak ni ke ibu-bapa asalnya. Jangan nak rosakkan anak ini sekiranya tak mampu nak bela. UMNO adalah anak remaja dalam context political age, tapi penjaga/ibu/bapanya yang ada sekarang kena pergi kursus menjaga anak-anak remaja. Kalau tak mampu, mintak orang lain bela. Jangan jadi ibu-bapa perosak.
Insaflah, kalau kita tak mampu menjaga, jangan le jadi penjaga atau pemegang amanah.
Masa UMNO ditubuhkan kat Johor dulu, niat and amalnya bukan untuk dijadikan rujukan Kelas F mahu pun Kelas A. UMNO dilahirkan oleh ibu-ibu yang solehin dan dari bapa-bapa yang kashaf di nun Johor Bahru. Dibidankan oleh Sultan-sultan Melayu dan dibesarkan oleh memanda-memanda anak Malaysia.
Jangan nanti UMNO yang menjadi sitenggang kepada ibunya.
Salam Dato' ... Salam all ...
After reading your site, followed your advice & vet thru blogger Pasquale's piece ... most interesting & insightful. TQ both ...
Anyway ... I posted my 2 sens view & would like to share with all here. TQ.
"Wake up people ... wake up all Malaysian. I somehow have had reservation about the whole IDR thing from day 1. Thanks to our "brilliant" gatekeeper ... our dozy PM … surely we’ll get fcuk stupid again. This time face up … not ass up! Remember the Parkmay-Pantai Hospital-Temasik debacle … was not too long ago mind you! Singapore is really shrewd … they’ve maximized their own resources that they need to, have to & must think & act beyond the so-called box or “tempurung.” They saw our astounding PM and his circles of goons (SIL) from 3 miles away. Sway these moronic pack of ‘pariahs’ with lush money … lots-n-lots-sa-money ... show them their brilliantly constructed “oasis” … coz the actual juice of the whole thing is some other thing that what the naked eyes can see … then when they get into the system … will literally suck the blood out of us (Johor & Malaysia for that matter) alive. We gonna be skinned alive … kid-me-not people!! Be careful … be scared … be really scared! Our PM wants something big so he can be attributed with something grand like our previous premier before him … and SIL just wanna accumulate as much & as fast as possible coz game-time for FIL is getting rein in. It is detrimental for him to amass huge for his post-political aspiration. Need big money maa to play politic later when FIL is done. Go figure!!
Salam Datok dan apakhabar orang BBB?.
Saya menulis dari Marseile France. Sifir mudah begini orang umno memang pengecut dan tak boleh harap langsung. Seorang ketua yang kuasanya datang dari ahli2 dan penyokong umno i.e tidak punya apa2kuasapun orang2 umno tak boleh berbuat apa2. Apakah ini yang kita nak harapkan pertahankan hak kita? Saya ingat datok pun dah letih berbuih2 mulut cakap, saya cadangkan datok buat satu akhbar untuk mempromokan idea2 baru.. Lupakan umno sebagaimana umno lupkan pejuangnya.
Merdeka!!!!!!!!! Salam dari Marseille.
UMNO Johor macma mana sekarang ? Tak boleh ke bisik-bisik kat PM apa-apa yang patut. Kalau tak boleh bisik direct, cuba bisik-bisik kat orang Rembau tu dulu. Tak kan tak boleh adjust.
Sebabnya kalau UMNO Johor lupa akibat dari Wilayah Iskandar Johor, orang Kulai sampai Pontian hilang tanah....takut-takut nanti cucu-cicit orang Banjar, Jawa, Melayu, Boyan kat sebelah situ kencing ramai-ramai kat kubur kau orang, sebab UMNO Johor sekarang ni dah jadi resident Malayan Union zaman sekarang, ambik tanah ditukar dengan kertas warna-warni (duit)pada rakyat jelata.
Datuk,
Orang Johor akan sedar dan akan menolak UMNO setelah 10 tahun WPI. diwaktu itu semuanya sudah terlambat.
Masa British menjajah Malaya dan Singapore dahulu, Singapore dijadikan pelabuhan bagi tanah jajahannya itu. Hasil mashul dari Johor dikeluarkan melalui pelabuhan Singapore.
Masa itu tidak ada keperluan untuk membina pelabuhan di Johor kerana Johor dan Singapore di bawah jajahan British.
Olehitu tidak ada masalah kalau tambak Johor dibina ketika itu.
Tetapi sekarang Johor dan Singapore di bawah kerajaan yang berlainan, oleh itu tidak ada sebab kita tidak boleh membuang Tambak Johor untuk memajukan pelabuhan di Johor bagi membolehkan kapal dagang lalu di Selat Johor.
SALAM dATUK,
PM flip flop ini sebenarnya hendakkan suatu pengiktirafan dan kejayaan yang akan dikenang sebelum bersara. Kalau Tunku dengan Bapa Kemerdekaan dan Tun Mahathir dengan Bapa Kemodenan maka dia pun nak lah juga dipanggil bapa...Tapi masalahnya cara dia buat ini melingkupkan negara. Tambah pulak penasihat 2 beranaknya itu. Jadi, dia ni layaknya dipanggil Bapa _________ apa?
salam,
patik muak dengan perangai pemimpin yg @#$!.
ingatkan melayu johor bleh pertahankan tanah sekangkang kera. Tetapi dirampas AAB dan pengikut derhaka.
Kerajaan Johor bersekongkol dgn menjadikan duit sebagai tuhan agung. Kerajaan Johor sepatutnya berkeras utk memastikan tanah di Johor dan Malaysia hanya boleh dipajak utk beberapa tahun sahaja.
Lihat sekarang, tunjukkan duit pada Kerajaan Malaysia dan anda akan dapat kertas yang menandakan anda telah beli tanah dan keselamatan anda terjamin.
patik tak tau apa difikiran MOFA ni.
tanah melayu dijajah utk 400 tahun++.
sekarang kita akan membenarkan dijajah lagi utk 1000 tahun lagi disebabkan tali barut berbangsa melayu ini.
Post a Comment