WAJARKAH KITA SALAHKAH MUHYIDDIN?
Politica
Saya terkejut dengan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini.
Saya juga turut kesal dengan kenyataan beberapa rakan surfers dan bloggers yang melemparkan pelbagai kenyataan kesat terhadap Muhyiddin berkaitan keputusan tersebut.
Oleh itu, saya ulang-siar komen saya pada Sabtu, 20 Julai 2008, berasaskan posting Datuk pada 19 Julai 2008, dengan jodol MUHYIDDIN PERTAHANKAN KERUSI NAIB PRESIDEN, seperti berikut:
Sebagai anak Johor saya rasa kecewa dengan keputusan Abang Din. Tapi keputusan dia memang tepat. Saya yakin keputusan ini diambil setelah ditimbang dan dikaji implikasinya kalau Abang Din tanding Timbalan Presiden atau Presiden UMNO.
Tapi, kita kena ingat. Isu peralihan kuasa yang kini dipolitikkan oleh Abdullah Badawi adalah cadangan Muhyiddin. Cuma Abdullah tak dengar cakap. Orang nak dia kosongkan kerusi Presiden UMNO dan PM Disember 2008 ini. Tapi, dia nak sambung sampai dua tahun lagi.
Jadi, macam mana kita? Nak marahkan Abang Din pasal tak menongkah arus? Kalau dia menongkah arus dia akan hanyut. Kalau dia bertahan di jawatan hari ini, Insya Allah dia menang dan boleh terus bersuara demi agama, bangsa dan tanahair.
Kita kena ingat, untuk pertahankan jawatan yang ada pun Abang Din akan diasak oleh banyak calon lain. Dari Johor sekurang-kurangnya empat lima orang. Ada Khaled Nordin, ada Syed Hamid yang hari ni nampak sangat berlagak dengan kuasa KDN, ada Hishammuddin, ada Shahrir Samad. Tapi kalau YAB Ghani tunjukkan sokongannya pada Abang Din, warga UMNO luar Johor mesti respect Abang Din dan Ghani.
Pada peringkat kita warga siber, kita hanya mampu menghormati keputusan Abang Din ini. Kita juga pohonkah restu Allah SWT semoga Abang Din beroleh kejayaan. Insya Allah! - Politica, 20 Julai 2008, 12:33 AM
Tambahan: Oleh kerana Perwakilan Bahagian yang bertanggungjawab mencalonkan sesiapa ke jawatan tertinggi UMNO hanya akan bermula selepas Hari Raya Aidil Fitri kelak, sama-samalah kita doakan semoga Abang Din berubah fikiran dan bahagian-bahagian pula membuat keputusan muktamad mencalonkan Abang Din ke jawatan Presiden UMNO atau pun Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden UMNO dan Abang Din selaku Timbalan Presiden UMNO.
Banyak cawangan yang telah membuat usul menyanggah kepimpinan Abdullah pada hari ini wajar berusaha keras supaya hasrat di atas tercapai. Kalau tidak, jangan jadi umpama anjing menyalak bukit! – Politica, 2:21 AM, 4 Ogos 2008

22 comments:
walau apa pun komen...
muhyiddin dilihat ingin play safe...
takut kalau tanding timb pres, menang jd arang, kalah jd abu...
so, bab naib presiden, hanya tinggal 1 kerusi je...
muhyiddin dah ambik satu, satu lagi kuota sabah...n satu lagi, sape ye?...takkan org johor gak?...hishammudin lah kalau ada pun...
Muhyiddin mungkin rasakan bahawa diri beliau berasa tidak cukup konfiden untuk mmemastikan diri beliau untuk memegang jawatan timbalan presiden dan juga presiden parti UMNO dalam masa terdekat ini. Beliau hanya mengamalkan "play safe" agar dapat menunggu masa yang sesuai untuk merangkul posisi yang dihendaki oleh beliau kelak.
Keputusan beliau mungkin akan mengecewakan banyak orang, namun begitu apa yang boleh kita buat adalah menghormati keputusan beliau.
Salam Datuk,
Saya juga agak terkejut dengan kenyataan Tan Sri Muhyiddin yang hanya akan bertanding jawatan Naib Presiden di kala sokongan di terima berterusan daripada akar umbi yang telah bersidang namun saya menghormati keputusan beliau.
Namun saya masih berpegang kepada gandingan Tengku Razaleigh-TS Muhyiddin sebagai calon ideal Presiden-Timbalan Presiden kerana nampak kesungguhan dua gandingan tokoh ini untuk menyelamatkan UMNO.
Kenapa saya menyanggah DS Abdullah-DS Najib? Jawapan saya mudah sahaja, kerana kedua-dua tokoh yang memegang tampuk pemerintahan hari ini sudah gagal berganding baik untuk memperkasakan UMNO dan negara, maka kenapa harus meletakkan kepercayaan kepimpinan kepada mereka lagi setelah peluang telah diberikan.
Sepatutnya DS Najib harus menggunakan kuasa tertinggi sebagai orang kedua dan memainkan peranan lebih proaktif untuk menasihati atau menegur DS Abdullah bukan membiarkan anasir lain menguasai setiap keputusan DS Abdullah umpama seorang isteri yang menasihati suami bila nampak kelemahan berlaku dalam pegurusan rumahtangga begitu juga sebaliknya.
Seharusnya pula DS Abdullah lebih positif menerima teguran kerana setiap kritikan boleh mencipta sesuatu yang kreatif untuk kebaikan. Jika kedua-dua pemimpin ini sudah gagal membuktikan kebolehan mereka mentadbir sebaiknya kenapa harus tidak memberikan peluang kepada tokoh pemikir yang lain untuk mengambilalih kepimpinan?
Wasalam.
Saya amat terkejut dengan kenyataan TSMY beliau cuma mempertahan kan jawatan NP
Apa nie orang Johor amat mengharap beliau jadi nombor satu, jika sekiranya beliau lawan Dolah pun saya rasa beliau menang,inikan Najib sekarang ini berbagai kerenah menunggu didepan beliau.
Saya kecewa betul Datok
Sebenar nye semua ahli2 biasa UMNO di peringkat cawangan dan bahagian akan sentiasa menjadi 'anjing menyalak bukit'.
Semasa di panggil bermesyuarat ahli2 ini telah di 'beri makan' kenyang2.
Walau apa tindakan atau usaha untuk membuat sesuatu perubahan ke atas pucuk pimpinan, ia nye tidak akan berhasil.
TSMY dah tahu walau apa tindakan di ambil ia nye akan membinasakan diri sendiri. 'Senjata makan tuan'.
Jalan yg paling selamat hanya lah dgn mengikut arus sahaja.
UMNO akan tetap tidak berubah.
1. Boleh kah UMNO menghapuskan politik wang?
2. Boleh kah ahli yg betul2 bersih dan jujur(sanggup menolak apa2 pemberian) akan menang di pertandingan peringkat cawangan atau bahagian?
3. Boleh kah ketua2 cawangan dan bahagian menolah 'habuan2' yg di janjikan oleh pihak atasan?
Sebenar nya 'politik wang' ini bermula dari pihak atasan.
Di atas memberi, di tengah menerima dan di bawah menyambut.
Saya rasa tidak ada sesiapa dari pihak atasan yg sanggup menghentikan nye.
Ini lah tanda2 UMNO sudah berada di penghujung nye.
Datuk Ron Jeremy,
Hulubalang UMNO wajib buktikan mereka bukan hanya hebat berkokok, tapi juga mesti juga mesti bertelor!
Din
Manchester
http://ceritarassa.blogspot.com/
Sekarang masa terbaik untuk Muhyiddin menyatakan sokongan kepada Anwar Ibrahim. Anwar yg mempunyai networks yg baik dengan ramai pemimpin dunia, ahli peniagaan dan pemimpin islam adalah satu-satunya anak melayu yg mampu membawa Malaysia ke mercu kejayaan. Setakat ini tak nampak seorang pun pemimpin umno yg mempunyi karisma macam Anwar. This is the fact.
Salam Dato' Ron
Memang tersangat wajar untuk menyalahkan TSMY kerana beliau telah memberi harapan palsu (false hope) kepada majoriti ahli Umno akar umbi yang mahukan perubahan pucuk kepimpinan. Kalau TSMY hanya pertahankan jawatan Naib Presiden sahaja aku doakan beliau kalau dengan KO terus. So Dato' Ron mari kita sama2 promote Dato' Seri Dr. Rais pula sebagai calon Timbalan Presiden dan biar Ku Li jadi Presiden. Gandingan Minangkabau dengan Kelantan pasti mantap wak.
Tindakan TS Mahyuddin hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO mungkin mengecewakan banyak pihak yang mahukan beliau bertanding untuk jawatan yang lebih tinggi.
Namun, dalam keadaan sekarang, untuk bertanding jawatan Presiden dan Timbalan Presiden risikonya adalah terlalu besar, sehingga kelihatan tidak realistik.
Oleh itu, beliau mungkin boleh dimaafkan kerana memilih jalan selamat dengan bertanding di peringkat Naib Presiden sahaja.
Langkah Muhyiddin adalah selamat dan sesuai. Tidak harus kita pertikai lagi.
Cuma saya hairan dengan ramainya calon Johor yang berminat jawatan tinggi. Dua dari mereka menarik perhatian saya.
Pertama, Syed Hamid yang mengecam mereka yang "kemaruk kuasa" di Kota Tinggi.
Kedua, Shahrir Samad yang baru "terjaga" lalu membuka mulut luasnya dengan kata-kata ini "Saya terkilan Iskandar Malaysia pinggir peniaga tempatan". Ayat dari Shahrir belum tentu jujur.
bagus lah kalau mahyudin dah buat keputusan. sekurang2nya sekarang kita dapat tahu pemimpin jenis apa dia ni. setakat mana keberanian, semangat dan daya juangnya.
sebenarnya dari raut wajah pun dah tahu dia ni macam jenis yes man saja.
Bagi rakyat senang saja, kalau tuan punya badan tak ada cita2 tinggi nak sokong buat apa.
Salam datuk,
Semangat Hang Jebat dalam diri beliau dah hilang...yang ada semangat Hang Tuah...
Biar "menderhaka" demi kebaikan dan keutuhan bangsa, negara, dan agama daripada "setia" membawa kehancuran dan kebinasaan.
Datuk, looks like you have been betting on the wrong horse...saya dah cakap dulu, `self preservation' is most important...tak payahlah nak cakap beralas lagi...muhyiddin is not a thoroughbred, more of a kuda kepang!!!!
p.s...no disrespect intended to the name of your blog!
Kita sedang bercakap mengenai pemilihan PM. Jika mejoriti rakyat sedang mencemoh PM yang ada hari ini, wajarkah UMNO masih perlu menyimpan dan memberi kedudukan istimewa kepada DSAAB ?
Terlalu bebalkah ahli UMNO ?
Saya amat setuju dengan pandangan Politica. Apa yang dibimbangkan sekarang ini ialah kemungkinan besar suatu usaha sepadu untuk menafikan 'Abang Din' mendapat kerusi Naib setlah beliau didapati cuba menongkah arus!! Kalau kita lihat bakal2 calon Naib yang sudah mengistiharkan diri setakat ini, agak 'kuat kuat' dalam permainan mereka. Siapa tak kenal mereka ni semua? Ada yang telah bersedia dengan wang ringgit untuk mendapat pencalunan . apatah lagi untuk memenangi kerusi tersebut. Memahami sikap Abg Din, beliau memang kurang dalam hal ini!! Berapa keratkah diantara perwakilan kelak yang memilih atas dasar kepercayaan diri sendiri tanpa suapan? Saya? Sudah pasti untuk Abg Din!!!!
walaupun mt melarang politik wang dan juga berkempen tetapi pak lah dan najib dah berkempen jangan lawan presiden dan tmpresiden biar ia berlaku secara peralihan. pak lah ajak semua ketua cawangan dan bagi makan serta hotel untuk menyatakan perlu kekalkan presiden dan tim. presiden ini dikira rasuah betul tak datuk? datuk boleh ulas pasal perkara yangsya nytakan ini.
Assalammualaikum Dato,
DSAAB boleh lah di ibarat kan se pohon pokok yg tegak berdiri di atas bumi.
Yang menyebab kan pokok ini tegak berdiri ialah 'akar' nye.
Se lagi 'akar' pokok ini di beri baja dan di siram dgn air, maka pokok ini akan terus tetap berdiri tegak dgn subur nye.
Pokok ini akan hanya boleh tumbang jika ada manusia perkasa yg berani menebang nye.
Ada kah manusia perkasa ini ujud di muka bumi ini yg sungguh2 berani menebang pokok ini?
Kita harus menghormati pendirian Muhyiddin yang menyatakan hanya bertanding untuk pertahankan jawatan Naib Presiden. Itu pilihan beliau. Mungkin untuk menghormati peralihan kuasa Pak Lah 2010 nanti.. Lagipun ada baiknya jika beliau menumpukan perhatian pada jawatan Naib Presiden...
Salam Datuk,
UMNO Cawangan Permas 7, Bahagian Pasir Gudang menarik balik serta-merta usul mencadangkan Tan Sri Muhyiddin Yassin bertanding jawatan presiden parti itu pada pemilihan Disember ini yang telah diumumkan usulnya oleh Ketua UMNO Cawangan sebelumnya, Mohd. Azahari Ahmad.
Ketua Cawangan yang baru, Amir Sahak berkata penarikan balik usul tersebut dibuat atas asalan boleh mengeruhkan keadaan dan mencemarkan imej cawangan serta untuk membersihkan nama cawangan itu kerana usul berkenaan tidak dipersetujui oleh banyak pihak dan bercanggah dengan ketetapan pucuk pimpinan parti.
Inilah sikap yang telah menular pula dikalangan Ketua Cawangan yang baru sahaja terpilih yang sewenang-wenangnya menolak usul yang telah diluluskan sebelumnya oleh Ketua Cawangan yang terdahulu. Apakah ada juga sikap "flip flop" usul sewenang-wenangnya diusul kemudian ditarik balik?
Wasalam.
Datuk... saya setuju dengan tindakan TSMY... saya berada dibelakang beliau... harapan saya ialah undi yg beliau akan perolehi nanti akan memberi gambaran kepada Presiden dan Timbalan nya bertapa popularnya TSMY... seperti mana kit apernah lihat Josef Estrada yg mendapat undi lebih tinggi dari Presiden semasa bertanding sebagai Timbalan Presiden Filipina... ini orang UMNO kena kerja kan
Muhyiidin tak berani ambil risiko. Jika najib tak lantik dia, apacam. Kok putih mata. Lawan Pak Lah, tentu menang wei.
Salam dato'.
Begitulah UMNO. Semuanya yes man. Takdak telor
Post a Comment