VETERAN UMNO BUAT LAPORAN BPR TERHADAP KEPIMPINAN PARTI
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Veteran UMNO Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.
Laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung UMNO yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik, kata Mazlan ketika ditemui di pejabat BPR Wilayah Persekutuan di sini selepas membuat laporan itu.
Katanya berkata laporan itu dibuat bertujuan memastikan proses pemilihan UMNO di semua peringkat dijalankan tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa.
Ditanya sama ada apa-apa bukti dikemukakan kepada BPR, beliau berkata semua dokumen berkaitan dakwaan tersebut telah diserahkan kepada BPR. - BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=350742
KUALA LUMPUR, 5 Ogos (Bernama) -- Veteran UMNO Datuk Mazlan Harun hari ini membuat laporan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.
Laporan itu dibuat berdasarkan dakwaan Ketua UMNO Bahagian Petaling Jaya Selatan, Kapt (B) Datuk Zahar Hashim dalam sepucuk suratnya kepada Setiausaha Agung UMNO yang mendakwa bahawa pucuk pimpinan parti telah melakukan rasuah politik, kata Mazlan ketika ditemui di pejabat BPR Wilayah Persekutuan di sini selepas membuat laporan itu.
Katanya berkata laporan itu dibuat bertujuan memastikan proses pemilihan UMNO di semua peringkat dijalankan tanpa sebarang penyalahgunaan kuasa.
Ditanya sama ada apa-apa bukti dikemukakan kepada BPR, beliau berkata semua dokumen berkaitan dakwaan tersebut telah diserahkan kepada BPR. - BERNAMA
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=350742
16 comments:
Kalau semua bahagian dan cawangan yg telah diberi imbuhan dan sogokan membuat laporan BPR, ini boleh meletakkan tekanan ke atas Dolah!
Menunggu kebangkitan semangat "Hang Jebat" dalam UMNO...
Selagi keris taming sari ada pada Dolah, susah sikit nak lut..
Kes kes macam ni elok tanya Nazri atau Zaid, mereka handal bersilat..
Penyerahan kuasa dari Presiden kepada Timbalan Presiden menjelang tahun 2010 adalah dengan endorcement Majlis Tertinggi.
Kalau ini adalah rasuah, maka rasuah ini telah dilakukan secara terang-terangan.
Ini lebih jauh beraninya berbanding dengan sogokan RM500 di tempat letak kereta Centrepoint Seremban.
Dicentrepoint stakenya ialah jawatan Ketua Bahagian.
Dengan Majlis Tertinggi pula, stakenya berupa jawatan Presiden, maruah, kuasa, koridor ekonomi, kedaulatan negara dan rakyat berjuta.
Ada yang akan dapat tambahan masa percuma. Sekali imbas kelihatan kecil, 2 tahun sahaja. Didalami, ia berupa berbelanjaan berbillion ringgit. Sejak bila orang politik malu dengan expenditure berbillion.
Ketua pemuda cawangan merengek-rengek untuk satu projek mengecat RM49,000. Bila lebih tinggi jawatan politiknya, puluh ribu bukan lagi ayat yang sesuai.
2010, dan dua tahun adalah angka yang tidak ada konotasi rasuah. Tetapi yang terkandung dalam dua tahun adalah berbillion ringgit bergolek dengan secalit tandatangan. Nah!
Shahrir sudah cuba menyelak sebagai bos PAC, tapi dokumen sudah ditutup, dan mulut pun tertutup dengan senyum kelat.
Dalam amalan "terbuka", banyak yang tertutup. Wajar begitu, kerana apa guna ada idea dan kuasa? Semua orang tahu.
Saya banyak mengikuti perjalanan malah pertembungan politik antara Dato' Harun dengan Tun Razak. Malah buku "Unmaking Malaysia" tulisan Ahmad Mustafa Hassan, bekas pegawai Tun Razak tidak menyebut langsung nama Dato' Harun, melainkan atas nama jawatan iaitu Menteri Besar Selangor.
Justeru saya membuat telahan bahawa Dato' Harun memang dibenci oleh kem Tun Razak. Dengan laporan yang dibuat oleh Mazlan, maka pada hemat saya bermulalah pertembungan antara 2nd generation!
Sekadar pandangan penganalisis amatur.
MEMANG ADA SEDIKIT PERUBAHAN KEPADA TINDAKAM AHLI AKAR UMBI UMNO. KALAU DULU RAMAI YANG MASIH BERDIAM MAKA KINI SUDAH ADA YANG BERANI BERSUARA. CUMA KITA HARAP MEREKA MEMBETULKAN IQTIKAD, IA ITU BERSUARA DAN BERJUANG INI DEMI KEBENARAN BUKAN KERANA TELAH DIPINGGIRKAN ATAU KERANA TIDAK MENERIMA IMBUHAN.
Salam Datuk,
Berani dan sanggupkah BPR bertindak keatas 'VVIP' yang telah melantik mereka menjadi Pengarah BPR?
Dalam masyarakat kita yang masih dibelenggu oleh nilai feudal dan mentaliti feudal, selalu ada doubel standard. Orang besar ada kekebalan dan tidak boleh disentuh, walaupun dia melakukan kesalahan.
Sebagai contoh, lihat kes Najib dan Rosmah. Mereka tidak dipanggil untuk disoalsiasat,walaupun ada laporan bersumpah terhadap "kesalahan" mereka.
Dalam kes Abdullah Badawi,seorang Presiden UMNO, yang juga seorang PM, saya kira kesnya begitu juga.
Walaupun mengikut undang-undang moden dia mungkin boleh dianggap telah melakukan rasuah, tapi mwntaliti feudal dan nilai-nilai feudal yang masih membelanggu masyarakat kita mungkin akan menghalang pihak BPR daripada mengambil apa-apa tindakan.
Dalam sebuah masyarakat yang dibelenggu oleh nilai dan mentaliti feudal, apa yang dilakukan oleh Abdullah (meminta para perwakilan UMNO menyokong pelan peralihan kuasa)mungkin boleh dianggap sebagai perkara biasa dan perkara yang wajar saja.
Tindakan veteran UMNO yang membuat laporan kepada BPR tentang kes rasuah Abdullah itu samalah seperti tindakan Hang Jebat yang menentang Sultan demi membela sahabat dan menegakkan keadilan.
Memang tindakan Hang Jebat, mahu menegakkan keadilan, betul mengikut nilai-nilai universal. Tapi para pembesar dan majoriti rakyat tidak menyokongnya.
Nilai dan mentaliti feudal menghendaki rakyat mesti sentiasa taat setia kepada raja, sebagaimana yang dilakukan oleh Hang Tuah.
Hang Jebat hanya seorang dan mewakili golongan kecil. Sebaliknya dalam masyarakat kita ramai Hang Tuah yang mewakil golongan besar, termasuk pembesar. Keadaan ini berlanjutan sehingga masa ini.
Dengan itu, rasanya tidak ada harapan tindakan veteran UMNO yang merupakan ulangan tindakan Hang Jebat itu akan berjaya.
Dakwaan yang dibuat adalah tidak berasas dan tidak mempunyai bukti yang kuat. Ini serupa seperti surat akuan bersumpah yang dilakukan oleh Mr.Bala, RPk dan juga laporan kesihatan yang diulas oleh RPK yang memfitnah orang semata-mata.
Namun begitu, yang eloknya kita akan dapat melihat sejauh mana kebebasan BPR yang mengalami reformasi daripada kepimpinan Pak Lah untuk menjalankan siasatan terbabit dan secepat mana badan itu bertindak mengikut laporan yang diterima.
Tindakan veteran UMNO membuat laporan kepada BPR tentang apa yang mereka anggap sebagai rasuah dan salah guna kuasa oleh pucuk pimpinan UMNO boleh dianggap satu tindakan yang penting dan bersejarah.
Mungkin inilah kali pertama dalam sejarah UMNO, ahli UMNO mengambil tindakan yang demikian terhadap pucuk pimpinan mereka.
Sayangnya tindakan ini diambil oleh ahli UMNO yang tidak lagi mempunyai kedudukan penting dalam UMNO dan telah terkeluar dari gelanggang kuasa.
Sekiranya mereka masih mempunyai kedudukan (apalagi kedudukan penting) dalam UMNO, mampukah dan beranikah mereka mengambil tindakan yang demikian?
Oleh kerana tindakan itu diambil oleh orang yang tidak lagi mempunyai kedudukan penting dan telah terkeluar dari gelanggang kuasa, saya kira tindakan itu tidaklah begitu bernilai, dan mungkin tidak berkesan apa-apa.
PAK LAH DENGAN NAJIB PEDULI APA SEBAB BPR TAK AKAN DAKWA MEREKA.
Sungguh memalukan, merayu kepada orang UMNO supaya dikekalkan, kesiannya saya mereka sebenarnya sedar yang mereka dah tak relevan lagi sebab itulah merayu kat orang UMNO tapi Najib kena sedar dia tak akan dapat jadi TPM sebab Pak Lah dan konco koconya akan cari jalan untuk jatuhkan najib pulak akhirnya najib jadi mat jenin.
Pemimpin UMNO sekarang tak ada kredibiliti lagi tak ada nilai nilai kepimpinan dan tak dihormati oleh rakyat.... mereka masih bertunggu tangga disebabkan bukan amalan dan kebiasaan ahli UNMO berdemo dan mendesak seperti di Indonesia... jadi asakan asakan begini seharusnya memberi sedar tetapi sayangnya AAB adalah seorang pemimpin yg cacat... dia enggan mendengar... pleaselah... ini untuk rakyat ramai
BPR :
Laporan akan di kaji dan di teliti dgn berhati2 supaya ianye adil dan telus. Ianye akan mengambil masa se kurang2 nye 10 atau 20 tahun.
Jika ada apa2 masalah, sila buat lebih banyak laporan lagi.
Dato yang dihormati semuga sehat selalu,
Dato orang-orang umno yang berkepentingan sahaja yang maseh setia kepada Pak Lah.Cara dia memerintah jauh berbeza dengan cara Che Det
Sekian.
Setakat mana laporan itu diambil tindakan ,tuhan sahaja yang tahu!! Kalau pun BPR berani menyiasat, hasil siasatan sudah tentu di kemukakan kepada AG untuk arahan selanjutnya. AG juga dilantik olih PM, sudah pasti NOD (no offence disclosed). Kerana yang menentukan untuk didakwa atau tidak ialah AG, maka tak mungkin AG nak 'bite the hands that feed you' !!!!
Jadi Pak Lah akan selamat melalui PAU Dis ini dan yang menjadi mangsa ialah UMNO, yang mungkin akan menjadi parti politik spt PPP selepas PRU13 nanti. Tak tahu kah mereka bahawa orang2 melayu sendiri udah jijik mendengar retorik ketuanan melayu dilaungkan olih pemimpin UMNO? Kita tidak dapat meyalahkan bagsa asing kerana melenting apabila isu ini diperbesarkan olih media, kerana mereka tahu orang2 melayu diinayai olih pemimpin dari keturunan melayu sendiri!! Jadi sejauh mana pengisian ketuanan melayu itu diusahakan olih UMNO, sehingga hari ini yang mendapat berkatnya ialah pemimpin2 UMNO sahaja! Kalau dihitungkan berapa banyak peruntukan yang telah dibelanjakan untuk menrialisasikan DEB, saya ingat kalau diberi wang tunai kepada setiap orang melayu,mereka sudah bergelar jutawan sekarang ini!!!Percaya lah bahawa ketuanan melayu telah terhakis dan mungki hilang semenjak persaraan TDM!!!!
BAWA KES UMNO KEMAHKAMAH DIPECAT,
BAWA KES UMNO KE BPR TENTU DIPECAT,
KALAU DAH KEDUA DUA BOLEH DPECAT,
MACAN MANA NAK BANGKITKAN UMNO.
GERUN KERIS TAMING SARI,
SAMPAI MELAYU UMNO TERKEJUT,
TAK TAHU LA BISA BAGIMANA,
TAPI BISA PEMIMPIN UMNO DAH TAHU.
DOLAH, NAJIB, MT UMNO SAMA AJA,
PERLEMBAGAAN UMNO UNTUK SYOK SYOK,
KES TAK KEMANA MANA OOO AHLI UMNO,
IMHUHAN DAN SOGOKAN TAJUK UTAMA.
Post a Comment