Friday, August 08, 2008

UMNO AKAR UMBI RINDUI PEMIMPIN BESAR AMAT BERWIBAWA

Persidangan Cawangan UMNO di seluruh negara dijangka berakhir pada 24 Ogos 2008. Tapi, kemungkinan besar tarikh akhir ini dipanjangkan lagi sebab ramai warga UMNO, khususnya di utara tanahair, dijangka membantu jentera Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Permatang Pauh, Pulau Pinang, negeri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, mulai 16 Ogos 2004.

Biarpun begitu, jumlah cawangan akar umbi UMNO yang telah meluluskan usul mendesak bahagian masing-masing supaya menyanggah kepimpinan Abdullah kini meningkat dari 88 kepada 102.

Tetapi, jika benar berita yang mengatakan usul oleh UMNO Cawangan Permas 7, Bahagian Pasir Gudang, Johor, yang diluluskan minggu lalu telah ditarik balik, jumlah di atas adalah 101 sahaja.

Kisah penarikan usul cawangan di atas dikirimkan oleh Blogger Zeme seperti berikut:

Ketua UMNO Cawangan Permas 7 yang baru dipilih telah dengan serta-merta menarik balik usul yang mencadangkan Bahagian Pasir Gudang mencalonkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ke jawatan Presiden UMNO. Ini kerana Ketua UMNO cawangan yang lama, Mohd. Azahari Ahmad, telah ditewaskan oleh Amir Sahak. Menurut Amir, usul itu ditarik balik kononnya kerana ia boleh mengeruhkan keadaan, mencemarkan imej cawangan, tidak dipersetujui oleh banyak pihak dan bercanggah dengan ketetapan pucuk pimpinan parti.

Senarai terbaru cawangan-cawangan UMNO di seluruh negara yang menyanggah kepimpinan Abdullah adalah seperti berikut:

Bahagian Merbok

Cawangan Taman Okid, Bahagian Merbok, Kedah, meluluskan usul undi tidak percaya terhadap Abdullah selaku Presiden UMNO. Ia juga mengusulkan bahagian berkenaan mencalonkan Muhyiddin sebagai Presiden dan Tengku Razaleigh Hamzah sebagai Timbalan Presiden. Kedua-dua usul diluluskan dengan sebulat suara.

Cawangan Kampung Candi dan Cawangan Semeling, Bahagian Merbok, meluluskan usul mendesak bahagian tersebut mencalonkan Muhyiddin sebagai Presiden dan Razaleigh sebagai Timbalan Presiden.

Cawangan Kampung Sungai Layar Hujung, Bahagian Merbok, mengusulkan bahagian tersebut mencalonkan Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai Presiden dan Muhyiddin selaku Timbalan Presiden.

Cawangan Taman Seroja, Bahagian Merbok, mengusulkan bahagiannya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Cawangan Taman Bersatu, Bahagian Sungai Petani, Kedah, mengusulkan bahagian tersebut mencalonkan Najib sebagai Presiden dan Muhyiddin sebagai Timbalan Presiden.

Cawangan Penggaram Utama, Bahagian Batu Pahat, Johor, mengusulkan bahagian berkenaan mencalonkan Razaleigh bertanding jawatan Presiden.

Bahagian Pekan

Cawangan Bandar Baru Jaya Gading, Bahagian Pekan, Pahang, mengusulkan Bahagian Pekan mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden dan Najib Timbalan Presiden. Cawangan ini juga meluluskan usul supaya sistem kuota bagi semua jawatan yang termaktub dalam Perlembagaan UMNO dimansuhkan.

Cawangan Saujana Puchong, Bahagian Puchong, Selangor, meluluskan dua usul. Pertama, mendesak Bahagian Puchong “tidak mengguna pakai formula peralihan kuasa yang dikemukakan oleh Abdullah” dan “hendaklah mencalonkan tokoh-tokoh lain untuk menerajui kepimpinan tertinggi UMNO.” Kedua, mendesak Bahagian Puchong mengemukakan usul ke peringkat Perhimpunan Agung UMNO (PAU) 2008 supaya tempoh peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dilakukan mulai 1 Disember 2008 atau selewat-lewatnya sebelum 16 Disember 2008.

Cawangan Tasik Tanjung Belanja, Bahagian Parit, Perak, meluluskan usul supaya bahagiannya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden.

Cawangan Manjoi, Kledang, Kelebang, Bahagian Tambun, Perak, ketiga-tiganya mengusulkan kepada bahagian supaya mencalonkan Razaleigh sebagai Presiden.

Bukit Gantang

Cawangan Kampung Rahmat, Bahagian Bukit Gantang, Perak, meluluskan usul “supaya Abdullah letak jawatan dengan segera.”

Sementara itu, Pemuda UMNO Cawangan Seksyen 19 Selatan, Bahagian Shah Alam, Selangor, turut menyanggah kepimpinan Abdullah. Pemuda cawangan ini dengan sebulat suara “mendesak UMNO Bahagian Shah Alam” membawa usul ke peringkat PAU supaya proses peralihan kuasa daripada Abdullah kepada Najib dipercepatkan kepada awal Januari 2009.

Sehingga hari ini belum ada berita mengenai mana-mana cawangan daripada Pulau Pinang, Perlis, Negeri Sembilan dan Terengganu mengemukakan sebarang usul Abdullah.

Akhir sekali banyak pihak amat sinis dengan usul-usul yang diluluskan oleh persidangan cawangan seperti di atas. Kata mereka, usaha ini hanya seperti anjing menyalak bukit, mencurah garam ke laut atau mencurah air ke daun keladi.

Hakikatnya mungkin begitu. Tetapi, pihak-pihak yang sinis perlu bertanya, mengapakah trend seperti ini tidak pernah berlaku dalam sejarah UMNO sebelum ini? Dan, bukankah trend ini mencerminkan ledakan kekecewaan warga UMNO akar umbi terhadap Abdullah?

Oleh itu, trend ini wajar dijadikan pengukur kepada aspirasi sebenar warga UMNO akar umbi yang sangat-sangat dahagakan pemimpin besar UMNO yang amat berwibawa, cukup disegani dan terbukti mampu mengemudikan destini bangsa dan negara ini ke arah masa depan yang benar-benar cemerlang, gemilang dan terbilang! – Ruhanie Ahmad

19 comments:

Admin said...

Hello Dato,

macamana keadaan sekarang ni?

Sheik Ali

berasiam said...

Salan Datuk Ron

Tahniah kepada semua cawangan yang mengusulkan pencalonan jawatan tertinggi parti kepada bahagian masing-masing. Sungguhpun banyak pihak memperlekehkan keberkesanan mekanisme usul cawangan, usaha perlu diteruskan oleh akar umbi bagi memberi gambaran suara sebenar mereka, baik kepada pimpinan lebih tinggi mahupun kepada seluruh rakyat. Semakin ke penghujung tempoh, lebih banyak cawangan dijangka akan mengadakan persidangan dan diharapkan lebih banyak usul yang dibangkitkan.

Masalah cukup bilang (kuorum) persidangan juga nampaknya memberikan kesan yang besar kepada kemampuan cawangan bersidang. Di Bahagian Pandan Selangor, sehingga kini, sekurang-kurangnya empat cawangan gagal bersidang disebabkan bilangan kehadiran tidak mencapai satu perempat ahli yang berhak. Entah apa rasional pihak MT tiba-tiba mengubah peraturan hingga menyusahkan cawangan pun, hanya mereka yang tahu. Telah banyak kedengaran rungutan, dan ini turut menambahkan rasa menyampah akar umbi kepada pemimpin atasan.

Selain usul pencalonan jawatan tertinggi, penentuan perwakilan bahagian (G7) ke Perhimpunan Agung Umno Disember nanti juga perlu diberi perhatian khusus. Mereka yang dicalonkan hendaklah benar-benar mampu berjuang memastikan suara akar umbi sampai dan didengar di PWTC. Lebih penting, G7 hendaklah terdiri daripada ahli yang tidak membudayakan "siapa berbudi, dialah berkuasa". Bukan maksudnya wakil perlu menolak huluran wang tetapi hendaklah mereka yang bukan memberikan sokongan kerana wang yang diterima.

Teruskanlah fokus kepada persidangan cawangan Umno dan janganlah dilayan sangat kes Anwar serta pilihanraya semula Permatang Pauh yang turut melibatkannya.

kamal... said...

salam..dlm kita sibuk2 mengalih pandangan kita ke permatang pauh atau kes2 liwat..kita sudah lupa yg kita sedang d serang secara terbuka dari belakang..lihat saja tajuk utama d blog PEMBELA MELAYU SEJATI..(Teresa Kok makin kurang ajar pada Islam - Laungan Azan nak dihapuskan) apa sudah jadi niiii kenapa azan nak d pertikaikan..mana ulama PAS yg mejulang tinggi agama islam..yg konon islam teras perjungan parti..kalau mcm tu yg kat TV tu azan pun akan d hapuskan juga kah? kalau mereka memerintah..ya allah laknat lah mereka yg pertikaikan AZAN tu..memandangkan blog ini adalah blg terbuka dan sering menjadi tumpuan plss bg pandangan tetang hal ini..atau ulas sikit dlm blog ini..

Gagak di Rimba said...

Salam,

Selepas Tun M, saya rasa amatlah sukarnya untuk mencari seorang pemimpin besar yang amat berwibawa daripada kalangan pemimpin UMNO, kerana pemimpin UMNO yang ada sekarang boleh dikatakan semuanya "lebih kurang sama".

Saya teringat kepada Tun Musa Hitam, bekas TPM yang pernah dianggap seorang negarawan. Tapi ahli UMNO dan pemimpin UMNO yang lain nampaknya sudah "melupakan" beliau.

Sehingga tahun 1998 dahulu saya rasa sebahagian besar daripada kita memang mengharapkan Anwar Ibrahim akan mengganti Tun M sebagai pemimpin besar yang berwibawa. Tapi nasib (dan juga konpirasi politik?) sudah menentukan beliau tidak berjaya mendapat kedudukan yang demikian.

Sekarang saya kira orang Melayu (khasnya orang UMNO dan pemimpin UMNO) sedang tercari-cari bakal pemimpin besar yang amat berwibawa itu. Tapi siapa?

Unknown said...

Hanya sebahgian kecil je yang menyanggah kewibawaan Pak Lah. Biasalah, kita ni manusia. Bukan 100% orang suka kita. Ada yang suka, ada yang tak suka. Selalunya bila yang tak suka tu akan dikecohkan supaya ianya nampak besar dan boleh menggugat kedudukan seseorang...

Unknown said...

Kamal,.... Azan di tv pun dah kurang dah. Kadang-kadang hanya petikan Al Quran dan hadis menggantikan laungan azan. Nampaknya kalau Pakatan memerintah, tak dapatlah kita dengar suara azan di tv lagi. Belum memerintah pun,azan dah dipertikaikan... Ni kes berat nih..

Kamalkamal said...

Salam Datuk,

Kalau di Kedah, Cawangan-cawangan di Bahagian Merbuk dan Sik begitu ketara menolak kepimpinan AAB tetapi Bahagian-bahagian lain agak menyepi. Di Sungai Petani lebih tertumpu kepada pertandingan merebut Ketua Bahagian, Timblan dan Naib. Ini adalah kerana Sungai Petani di kuasai sepenuhnya oleh Pakatan Rakyat. Sebelum ini ada dua kerusi diperuntukan kepada UMNO ia-itu satu kerusi parlimen dan satu kerusi DUN.

Maka berebut-rebutlah warga UMNO merebut jawatan tertinggi peringkat Bahagian hinggakan terlupa seketika bahawa pucuk pimpinan tertinggi parti perlu diubah. Apa yang menyedihkan ialah peranan Ketua Puteri Kedah telah mengunakan sepenuhnya jenteranya untuk mendapatkan seberapa banyak pencalunan bagi pihak teamnya yang diketuai oleh Ali Yahaya mantan Setpol Bekas MB. Maka terdapat banyak persidangan cawangan menjadi haru-biru angkara Sang PU3. Sekiranya politik begini terus diamalkan, agak sukar bagi Bahagian Sungai Petani hendak menawan kembali kerusi yang dimiliki Pakatan Rakyat dalam PRU akan datang. Ini adalah kerana kekacauan ini menyebabkan ramai ahli UMNO muak dan jelak dengan perangai mereka.

Saya juga dicalunkan untuk menjadi salah seorang AJK Bahagian tetapi memandangkan situasi yang begini memungkinkan saya menarik diri dari bertanding. Lebih selesa menjadi ahli biasa.

MD said...

Dato'

Saya rasa umno sekarang terlalu sibuk dengan usul dan pemilihan. Kan kita patut tumpukan kepada memimpin negara! Apa pasal sibuk nak calonkan orang itu dan ini - kalau badan sendiripun tak berminat.

Janganlah jadi luncai - dan Pak Kadok. Sibuk dengan pemilihan umno Dis ni - Tetapi selepas PRU13 jadi pembangkang. Menang sorak...

Nasihat saya kepada bahagian. Calon presiden ada hanya dua - Pak Lah atau Tengku razali. Pilihlah salah satu. Calon deputy hanya satu - tak payah calonkan yang lain.

Bagi cawangan dan bahagian yang calonkan selain daripada yang menawarkan diri - Saya rasa bodoh sangat-sangat... Soal pimpinan umno ni bukan macam anak dara zaman batu dulu "Tak mau-tak mau, tapi kembang kempeh hati mau"

Kalu tak ada ball - tak usahlah nak memimpin unmno. Dalam soal ni saya puji Pak Lah, Tengku Razali, Najib dan Muhyidin. Mereka tau apa yang mereka mau.

Berita dari gunung said...

Tidak dapat elak, setiap pemimpin dan kepimpinan ada baik dan cela. Datangnya dalam satu bakul, yang buruk dan yang baik.

Izinkan saya menyentuh tentang Koridor ekonomi negara yang tidak pernah terfikir oleh sesiapa sebelum ini. Ia idea Abdullah. Bukan idea orang lain.

SJER (Iskandar) sudah menarik RM33 billion iaitu 70 peratus dari RM47 billion yang diperlukan untuk memajukan kawasan itu.

Seharusnya orang Johor berbangga dengan cetusan idea itu dan perkembangan yang ditunjukkan.

Tambahan pula advisory council terdiri dari Abdullah dan Ghani sebagai co-advisor dan dibarisi oleh Musa, Samsudin, Kishu Tirathai, Andrew Sheng, dan Robert Kuok.

Keluhan Shahrir baru-baru hanyalah sedikit kocakan yang boleh membetulkan keadaan. Kita cuma harap Shahrir lakukan lebih dari itu.

Sudah lewat untuk merungut tentang SJER. Pemimpin harus kuat untuk betulkan keadaan supaya tidak terus tergelincir. Kalau yang buruk berlaku, ada orang boleh lari ke Pulau Jawa kampung tok nenek. Ada orang boleh ke kampung bekas isteri di Amerika Selatan.

Manakala berjuta yang lain mungkin merempat di tepi gantang.

Abdullah wajar juga dilihat kehebatannya walaupun pahit, perit dan pedih. Cawangan yang mencalon Abdullah, saya kira bersedia menelan yang pahit, dan tentu bersedia jua menjelir lidah untuk mengecap manisan walau madu sudah terlebih masa dan jadi sedikit masam.

THE PUREHADHARIST said...

JANGAN BIARKAN AMERIKA MELIWAT KEDAULATAN KITA MELALUI KES LIWAT ANWAR IBRAHIM- sudi baca http://pure-hadharist.blogspot.com

Pacar Merah said...

Salam,

Saya fikir di samping memilih dan menentukan pemimpin di tempat pertama, ahli UMN0 perlu juga memikirkan siapakah pemimpin yang layak menduduki barisan ketiga (naib presiden).

Dalam pemilihan yang lalu, nampak benar ada naib presiden yang menang kerana politik wang, dan bukan kerana dia seorang yang berkaliber.

Pada persidangan kali ini, nampaknya banyak orang yang ingin menawarkan diri. Ini bererti para perwakilan mempunyai pilihan yang agak luas untuk mendapatkan calon yang terbaik.

Sekiranya politik wang dapat diminimumkan, saya harap orang yang terpilih sebagai naib presiden UMNO pada kali ini biarlah orang yang berkalibar dan berwibawa, dan berpotesi untuk meningkat ke jawatan yang lebih tinggi.

slyderrose said...

Dalam dunia globalasi ini sesiapa pun bolih membuat komen negatif tentang kita. Cuma kita kenalah muhasabah diri dan jujur melaksanakan undang-undang tersebut. Kalau setakat kata kita ada undang2 tersendiri, semua orang bolih bercakap begitu. Apa yg penting keadilan. Kes tuduhan liwat Anwar banyak yg tak kena. Media dan pemimpin umno sendiri telah menjatuhkan hukuman sebelum mahkamah. Cara polis bertindak, pun satu hal macamlah Anwar penjayah antarabangsa lagak Osama. Habis salah siapa kalau orang lain komen?

Kalau pemimpin umno tak suka komen dari US tentang Anwar, saya cadangan jangan deal with US at all. In all aspects economically bilateral trades, and militarily. Ini baru US sanggah pasal Iran exhibit nuclear technology masa arms exhibition kat KL dulu, kelam kabut arah Iran booth tutup. So, kenapa begini?

Kita kena berlapang dada selagi komen atau tindakan tidak menjurus keselamatan negara. Bultikan kita telus dan jujur dan mengikut undang-undang yg termaktub

lamandau said...

Sabar. Biar kita semua berusaha menentukan TSM kekal sebagai Naib Presiden UMNO, kerana beliaulah orang yang kita cari2 untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan olih TDM. Kepada bakal perwakilan ke PAU Dis ini, ingat, TSM satu2nya pemimpin UMNO yang bolih deliver dan serious dalam menjalankan tugasnya! Bersabarlah !!!!!!

Syahir said...

UMNO cawangan teruskan perjuangan al haq pada perkara utama! Hidop UMNO!

Teratak Cahaya said...

Perebutan jawatan Ketua UMNO Bahagian Pandan, Selangor dijangka sengit dengan pertandingan 3 penjuru antara Datuk Mad Aris (penyandang), Jamaludin Ropa (Timbalan Ketua yang digantung keahlian 3 tahun dulu) dan juga seorang lagi yang tidak asing lagi dalam Bahagian PAndan iaitu Ketua PEmuda Pandan, Saudara Ghani.

Setakat ini, dari cakap-cakap kedai kopi...Jamaludin Ropa mendahului dari sokongan cawangan-cawangan yang sudah bosan dengan Datuk Mad Aris dan regunya En. Lias.

Pertandingan 2 penjuru Ketua PEmuda Bahagian antara saudara Hishamudin dan saudara Zahar juga sengit. Setakat ini Hishamudin mendapat 9 pencalonan dari Pergerakan Pemuda Cawangan-cawagan dalam bahagian Pandan. Sama-sama kita saksikan pertandingan ini nanti.

Unknown said...

Najib dah bagi exit clause. Dia kata dia patuhi peralihan kuasa. Tapi, kata Najib, segala-galanya terserah kepada suara ramai. Maksudnya, mungkin kalau ada orang nak calonkan Najib jawatan lebih tinggi, terserahlah..

Muhyiddin pun ada exit clause. Dia kata dia dah muktamad hanya pertahankan jawatan. Tapi dia hormati keputusan bahagian. Maksudnya, mungkin kalau ada bahagian nak dia tanding jawatan lebih tinggi, terserahlah kepada bahagian menentukannya..

Cuba kita halusi dalam-dalam apa sebab Najib dan Muhyiddin wujudkan exit clause seperti ini... Fikir-fikirkanlah....

zeme said...

Salam Datuk,

UMNO Cawangan Bandar Teknologi(Bahagian Kajang) yang telah selesai bersidang pada 3 Ogos 2008 mengusulkan ke peringkat bahagian agar jawatan Presiden & Timbalan Presiden UMNO dipertandingkan pada pemilihan parti Disember 2008.

UMNO Cawangan Sungai Buloh Country Resort (Bahagian Kuala Selangor) yang telah selesai bersidang pada 9 Ogos 2008, mendesak UMNO Bahagian Kuala Selangor menggunakan Fasal 14.5.3 untuk mengemukakan satu usul ke peringkat PAU 2008 meminta tempoh peralihan kuasa daripada DS Abdullah Ahmad Badawi kepada DS Najib Tun Razak, dilakukan mulai 1 Januari 2009.

Wasalam.

zambri zahari said...

Dato Ron

Umno Caw. Masjid Pakistan Bahagian titiwangsa jua mencalonkan Tengku Razalegh Presiden dan Tna Sri Muhyudin timb.>timb K. Caw.

Sya zambri damansara jaya.if we meet im sure u recognise me tq.

zeme said...

Salam Datuk,

Ini pula perkhabaran mesyuarat UMNO Cawangan di Terengganu.

Dua Cawangan UMNO (Bahagian Hulu Terengganu) iaitu Cawangan Kampung Pauh dan Cawangan Tengkawang telah mengusulkan usul percalonan Tengku Razaleigh bertanding jawatan Presiden UMNO Disember nanti.

Manakala Cawangan Tok Muncung Wakaf Tapai (Bahagian Marang) juga mengusulkan usul mencalonkan Tengku Razaleigh.

Ketiga-tiga Cawangan tersebut yang menjalankan mesyuarat pada 8 Ogos 2008 telah melafazkan sokongan penuh terhadap Tengku Razaleigh sebagai calon Presiden bagi mengantikan DS Abdullah.

Wasalam.