UiTM MILIK PENUH BUMIPUTERA
UiTM - dulu ITM, Maktab MARA atau Maktab RIDA - adalah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bumiputera. Kewujudannya adalah berasas dan berlandaskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Status ini tidak perlu dipertikaikan. Ia juga tidak wajar dirobah. Janganlah kerana politik maka status ini mahu digolok-dagaikan oleh sesiapa.
Selaku Setiausaha Agung Kesatuan Pelajar ITM (KPITM) 1970-1971, saya menyeru ratusan ribu graduan ITM dan kini UiTM, supaya bangkit, bersuara dan bertindak menentang sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat status quo IPT ini mutakhir ini.
Saya harap rakan-rakan kepimpinan pelajar ITM di tahun-tahun 1970-an, termasuklah Mansor Abdul Rahman, Samaruddin Rejab, Kamaruddin Sulaiman, Salleh Majid, Ibrahim Abu Shah, Zulkifli Abidin, Alias Ismail, Rozilah Razak, Abdul Jalil Din, Hamat Kama Piah, Salleh Sulong, Ibrahim Ali dan lain-lainnya bangkit, bersuara dan bertindak untuk mempertahankan UiTM yang kini mahu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.
Matab RIDA, Maktab MARA, ITM dan akhirnya UiTM, mempunyai sejarah yang panjang sejak penubuhannya pada 1956. Mutakhir ini UiTM mempunyai 1 kampus induk, 3 kampus satelit, 12 kampus cawangan, 8 kampus bandaraya dan 19 kolej bersekutu. Jumlah pelajarnya kini kira-kira 100,000 orang.
Universiti ini menerokai bidang-bidang baru sejak berpuluh tahun yang lalu. Contohnya, sebelum masyarakat Malaysia mengenali komputer secara meluas, UiTM sudah memulakan kurus sains komputer sejak pertengahan 1960-an. Ia juga menyediakan pelbagai kursus lain yang mencakupi hampir semua bidang kehidupan, perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
Oleh itu, mari kita pertahankan UiTM. Kita tentang habis-habisan sesiapa sahaja yang cuba merobah status quo di atas. Bujur lalu, melintang patah, seluruh lepasan UiTM mesti pertahankan IPT ini daripada diperkotak-katikkan oleh sesiapa.
Dalam konteks ini, kita ucapkan syabas kepada lebih 3,000 pelajar UiTM yang hari ini berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam untuk menunjukkan sikap tidak kompromi mereka kepada sesiapa sahaja yang mahu menukar status quo UiTM.
Kita juga ucapkan jutaan terima kasih kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Ibrahim Shah yang juga bertegas menentang apa jua percubaan untuk mengganggu-gugat universiti tersebut kebelakangan ini.
Kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, wajar kita beri amaran awal, jika apa yang telah beliau suarakan mengenai UiTM baru-baru ini terus disuarakan, bersedialah hadapi kunsekuensinya. Insaflah bahawa lulusan ITM dan UiTM yang ratusan ribu jumlahnya adalah satu force yang tidak boleh diperlekehkan oleh sesiapa, waima oleh seorang Menteri Besar! – Ruhanie Ahmad
UiTM - dulu ITM, Maktab MARA atau Maktab RIDA - adalah Institut Pengajian Tinggi (IPT) Bumiputera. Kewujudannya adalah berasas dan berlandaskan Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan. Status ini tidak perlu dipertikaikan. Ia juga tidak wajar dirobah. Janganlah kerana politik maka status ini mahu digolok-dagaikan oleh sesiapa.
Selaku Setiausaha Agung Kesatuan Pelajar ITM (KPITM) 1970-1971, saya menyeru ratusan ribu graduan ITM dan kini UiTM, supaya bangkit, bersuara dan bertindak menentang sesiapa sahaja yang cuba mengganggu-gugat status quo IPT ini mutakhir ini.
Saya harap rakan-rakan kepimpinan pelajar ITM di tahun-tahun 1970-an, termasuklah Mansor Abdul Rahman, Samaruddin Rejab, Kamaruddin Sulaiman, Salleh Majid, Ibrahim Abu Shah, Zulkifli Abidin, Alias Ismail, Rozilah Razak, Abdul Jalil Din, Hamat Kama Piah, Salleh Sulong, Ibrahim Ali dan lain-lainnya bangkit, bersuara dan bertindak untuk mempertahankan UiTM yang kini mahu dibuka kepada pelajar bukan Bumiputera.
Matab RIDA, Maktab MARA, ITM dan akhirnya UiTM, mempunyai sejarah yang panjang sejak penubuhannya pada 1956. Mutakhir ini UiTM mempunyai 1 kampus induk, 3 kampus satelit, 12 kampus cawangan, 8 kampus bandaraya dan 19 kolej bersekutu. Jumlah pelajarnya kini kira-kira 100,000 orang.
Universiti ini menerokai bidang-bidang baru sejak berpuluh tahun yang lalu. Contohnya, sebelum masyarakat Malaysia mengenali komputer secara meluas, UiTM sudah memulakan kurus sains komputer sejak pertengahan 1960-an. Ia juga menyediakan pelbagai kursus lain yang mencakupi hampir semua bidang kehidupan, perniagaan, perdagangan dan perindustrian.
Oleh itu, mari kita pertahankan UiTM. Kita tentang habis-habisan sesiapa sahaja yang cuba merobah status quo di atas. Bujur lalu, melintang patah, seluruh lepasan UiTM mesti pertahankan IPT ini daripada diperkotak-katikkan oleh sesiapa.
Dalam konteks ini, kita ucapkan syabas kepada lebih 3,000 pelajar UiTM yang hari ini berhimpun di hadapan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor di Shah Alam untuk menunjukkan sikap tidak kompromi mereka kepada sesiapa sahaja yang mahu menukar status quo UiTM.
Kita juga ucapkan jutaan terima kasih kepada Naib Canselor UiTM, Datuk Seri Ibrahim Shah yang juga bertegas menentang apa jua percubaan untuk mengganggu-gugat universiti tersebut kebelakangan ini.
Kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim, wajar kita beri amaran awal, jika apa yang telah beliau suarakan mengenai UiTM baru-baru ini terus disuarakan, bersedialah hadapi kunsekuensinya. Insaflah bahawa lulusan ITM dan UiTM yang ratusan ribu jumlahnya adalah satu force yang tidak boleh diperlekehkan oleh sesiapa, waima oleh seorang Menteri Besar! – Ruhanie Ahmad
71 comments:
Salam Datuk,
1. Antara UITM dan MRSM?
2. Bagaimana pula dalam MRSM ada pelajar-pelajar bukan bumiputra?
3. Minta Datuk tolong beri pandangan sikit dalam hal ini? T.kasih Datuk
Jangan bantai sangat Khalid tu nanti terencat pula idea-idea barunya. Saya suka dengar cadangan barunya selepas ni.
Jerat Dato TS Khalid Khalid dah mengena.
SEBENAR NYE ISU TERSEBUT BUKAN NYE MUDAH UNTUK DI LAKSANAKAN.
Tetapi orang melayu MUDAH melatah.
Dgn membangkitkan isu UiTM ianya akan menambah kan kebencian kaum cina dan india terhadap BN(UMNO).
Kekalahan BN(UMNO) pada PRU12 yg lepas adalah di sebab kan penghijrahan kaum cina dan india kepada DAP dan PKR atau PAS.
Mengapa orang2 melayu menunjuk kan sesangat anti kaum cina dan india?
Mereka juga boleh bertindak balas dgn berbagai cara.
Sebagai contoh, boleh kah kerajaan mengambil bekerja semua keluaran UiTM setelah tamat pengajian?
Siapa yg memonopoly kilang2 kecil dan besar di Malaysia?
Pemilik2 kilang ini akan menolak semua graduan UiTM yg memohon kerja dikilang milik bukan bumiputera ini.
**********************************
Dgn secara tidak langsung TS Khalid Ibrahim telah mendapat sokongan dan pujian dari kaum cina dan india.
Dato Ron,
Kalau kita berjuang untuk nak tukar Tempurung Kelapa kepada Pendulang Emas tentulah ramai penyokong!
Lepas tu....apa lagi...bila semua yang kita ada waimah Gobek Sirih pun dah bagi kat orang pendatang, maka belajarlah kita pakai cawat!
Dan jangan lupa.... selepas Yusuf Ishak tak ada lagi songkok di kepala betul tak? Maka lepas Khalid Ibrahim....hilanglah Melayu di Dunia! Jadilah kita macam Orang-orang Arab! Asik gaduh, orang lain pun pecah-perintah!
Apa yang perlu kita hirau dan pedulikan sangat saranan Khalid, adakah dia ada kuasa untuk membuat keputusan ?
Salam,
Saya rasa ini yang melayu PKR hendakkan, kalau tak masakan MBnya berani mengeluarkan kenyataan ini.
Kalau sebelum ini kita mengatakan kepimpinan UMNO yang begitu lemah telah mengakibatkan bangsa lain dalam BN cuba mengambil kesempatan dengan meminta sesuatu yang tak wajar.
Kini kekuatan PKR pun telah diambil kesempatan oleh bangsa bukan Melayu dalam PKR mendesak sesuatu yang lagi tak wajar dan boleh menimbulkan kemarahan Melayu.
Jadi, di mana kita sekarang?
bro Ron,
entahlah tp saya rasa its jst a political ploy by bro Khalid to show to DAP dat he's a liberal MB n indirectly fish for support for bro AnWar thru chinese n indian votes..bro Khalid tahu yg dia tak dak kuasa nak bagi 10% quota pd non malays.. lebih kurang cam bro AnWar gak la,.. biaq pi kat dia lah.. apo nak dikato..heheh..(",)
SAY NO TO NWO!!
p.s. heran gak bila baca info sukj tu bro..i tot MARA is for the Malays.. saya ni ketinggalan zaman gamak nya kot, heheh..
Salam Dato,
Pada PRU12 yg lalu kaum cina dan india tinggal kan BN dan lari kepada DAP dan PKR ada juga yg sokong PAS.
Isu babi telah membuat kaum cina bertambah benci kepada BN(UMNO)
Sekarang isu UiTM pula menambah kan lagi kebencian kaum cina dan india kepada BN(UMNO)
Orang melayu pun sudah ramai tinggalkan UMNO.
Boleh kah BN(UMNO) ujud lagi selepas PRU13 nanti?
Sebenarnya cadangan TS Khalid bukan mudah untuk dilaksanakan, dan mungkin tidak akan dilaksanakan oleh kerajaan, khasnya dalam jangka masa terdekat.
Oleh sebab TS Khalid tidak ada kuasa dalam bidang pendidikan, cadangan beliau itu tentunya akan tinggal sebagai cadangan sahaja.
Jadi orang Melayu, khasnya pemimpin UMNO dan para penyokongnya sepatutnya tidak perlu riuh rendah dan berpekik bermati-matian untuk menentang cadangan itu, jika mereka bijak berpolitik.
Jika tujuan dan strategi TS Khalid adalah untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu, khasnya untuk pilihan raya Permatang Pauh, saya kira beliau sudah berjaya.
Pada masa yang sama orang-orang bukan Melayu mungkin akan semakin menolak UMNO, kerana orang Melayu yang menjadi pemimpin dan penyokongnya sekarang secara tiba-tiba bertindak mengikut emosi, pantang tersentuh dan menunjukkan sikap anti orang bukan Melayu.
Walaupun orang Melayu ingin menjaga atau mempertahankan apa yang dikatakan "hak orang Melayu" , mereka sepatutnya tidak perlu memberi respons kepada cadangan TS. Khalid itu secara berlebihan, sehingga menunjukkan sikap perkauman yang melampau.
Sebaliknya TS menunjukkan sikap keadilan dan kesamarataan yang munasabah. Jadi jangan salahkan beliau, jika beliau dapat menarik dan menambahkan sokongan dari kalangan bukan Melayu.
Salam Dato'.
Saya juga tak izinkan UiTM dibuka kepada Bumiputera.
Saya rasa TS Khalid got carried away and he need to be reminded dont go over board.
apalah datuk ni melatah tak tentu pasal , lagi pun itu cadangan aje , khalid pun bukan ada kuasa nk ubab itu semua,
Salam datuk,
dengar2 UITM sekarang dah ada pelajar bukan Melayu...pelajar dari luar negara...betul? Kalau betul salah siapa? MRSM?
Idea 10% Khalid bukan lah isu besar sangat. Dia sekadar bersuara. Siapa pun boleh bersuara. Saja nak test Big Boss Uitm, Ibrahim yang UMNO sejati. Budak-budak Uitm yang jadi mangsa diarah buat perhimpunan haram (Akta AUKU pergi mana..?), menuju ke ofis Kahlid. Kalau budak-budak buat perhimpunan haram yang sokong pembangkang, tentu akan dihadapkan ke mahkamah universiti, melanggar akta AUKU katanya....Ini semua mainan politik. Saya dah faham sangat daah...Semua orang tengah terdesak...
Salam Datuk Ron,
Kita mesti pelihara satu-satunya institusi pengajian tinggi utk org Melayu. Warga UiTM juga bersaing hebat sesama sendiri malah banyak melahirkan tokoh2 ternama dan ahli akademik yg disegani. Apa yg TS Khalid bangkitkan, bagi saya adalah satu idea yg merugikan org Melayu & sesuaikah jika dia dilabel sebagai pengkhianat Melayu?
Wassalam.
Sebenarnya sukar difahami mengapa cadangan TS Khalid MB Selangor supaya UITM dibuka kepada pelajar bukan Melayu (sebanyak 10%) boleh dianggap sebagai" menghina bangsa Melayu", "mengkhianati bangsa Melayu" atau "tidak mempedulikan hak Melayu", sebagaimana tanggapan beberapa pihak (pemimpin UMNO dan para penyokong UMNO tentunya).
Jika 10 % tempat diberi kepada pelajar bukan Melayu, masih ada 90% tempat untuk pelajar Melayu. Tempat untuk pelajar Melayu masih jauh lebih besar. Jadi di mana logiknya dikatakan pembukaan UITM sebanyak 10% itu akan menghilangkan hak Melayu?
Memberi tempat sebanyak 10% kepada bukan bumiputera saya kira adalah satu keadilan yang munasabsah, dan bukan kesamarataan yang menghilangkan hak orang Melayu.
Pada masa yang sama kita patut jangan lupa tindakan kerajaan yang akan mengagihkan sebanyak 45% biasiswa yang sedia ada kepada pelajar bukan bumiputera.
Jika kita tidak bersikap munafik dan double standard , tindakan kerajaan itulah yang patut dibantah, kerana ia mengambil sebahagian besar hak bumiputera dan memberinya kepada bukan bumputera.
Tapi berapa kerat orang Melayu yang membantah tindakan pemberian biasiswa yang tidak adil itu? Mana dia pemimpin UMNO yang mahu jadi hero dalam kes TS Khalid ini?
Sebelum itu, pihak kerajaan sendiri sudah memberi tempat 10% di MSRM kepada pelajar bukan Melayu. Apa alasannya (selain alasan politik untuk menarik sokongan orang bukan Melayu)?
Tak terdengar pun orang Melayu, khasnya pemimpin UMNO membantah tindakan kerajaan itu.
Jadi apa sudah jadi? Nampaknya kalau pemimpin pembangkang membuat cadangan yang serupa dikatakan bermain api perkaumaan, mengkhianati bangsa sendiri dan sebagainya. Tapi kalau pemimpin kerajaan (pemimpin UMN0 sebenarnya) yang melakukannya, semua bangus, semua jadi tukang anggguk?
Adakah itu sikap dan tindakan yang betul?
PR sememangnya telah lama berhasrat untuk menembusi kubu pro-aspirasi di IPTA/S milik BN. Nah, mereka telah mula memancing. Kolamnya amat luas. Maklumat terbaru, mereka akan adakan sessi dialog bersama pemimpin IPTA/S terutamanya MPP UiTM untuk kononnya menerangkan kertas cadangan tersebut. Dan, itulah masa yang terluang untuk memancing pemimpin pro-aspirasi ini untuk bersama berjuang bersama mereka. Jika gagal (KG) di IPTA/S, janganlah risau. Mereka boleh bekerja sukarela @ berbayar dan boleh melawat banyak tempat di seluruh dunia. Tapi awas, belakang ya sahabat? Takut pisang berbuah ikut musim macam durian.
Walaubagaimanapun, cubaan menjual "harta pusaka" Melayu dan Bumiputera ini bukannya baru bermula. Tepuk dada tanya diri sendiri. "Harta Pusaka" yang sepatutnya WAJIB mendapat restu Majlis Raja-Raja didapati DILELONG dengan suka-suka. Untuk apa? Untuk DUIT dan WANG. Ada pihak yang kepanasan apabila ada cadangan memberi 10% kuota kepada bukan Bumiputera. Padahal, di masa yang telah lama, menjual tanah rezab Bumiputera yang tidak terkira kuota nya kepada bukan Melayu. Malah, tiada lagi kuota untuk Melayu dan Bumiputera di Iskandar Malaysia. Siapa nak JAWAB??? Hamba yang bermastautin di Johor Bahru ini kepingin untuk bersama DEMO AMAN membantah IRDA. Siapa nak mulakan? UMNO? PROWARIS? MMMB?Kemana menghilangnya Tuntutan 20?
fikir-fikirkan lah,..
www.hang-jebat.blogspot.com
Salam Datuk,
Kalau orang Melayu sendiri yang mahukan satu-satunya Institusi Bumiputera di buka kepada semua semua kaum, amat malanglah nasib orang Melayu dan Bumiputera di negara ini. Semasa PRU kita memilih pemimpin yang boleh memimpin kearah memajukan orang Melayu dan Bumiputera yang masih ketinggalan dalam pelbagai aspek kehidupan. Kalau beginilah sikap serta pandangan pemimpin yang kita pilih, maka lambat laun orang Melayu dan Bumiputera akan terpinggir di negara sendiri.
Apa yang lebih menyedihkan apabila soal ini dibangkitkan oleh pemimpin Melayu bukannya pemimpin bukan Melayu/Bumiputera. Inilah natijahnya bila kita memilih pemimpin yang tidak mempunyai semangat patriotik yang tinggi. Politik, politik juga tapi jangan gagaikan maruah orang Melayu/Bumiputera demi kepentingan politik peribadi.
Bagi saya para pengundi yang mengundi TS Khalid telah salah membuat perhitungan terutama orang Melayu/Bumiputera.
sebenarnya kita tak perlu cepat sengat melatah dalam hal ini.Tan Sri Khalid baru sahaja mengemukakan cadangan (tapi tak pasti jika sudah dibuat kajian secara menyeluruh atau tidak sebelum membuat pengumuman) tapi seramai 5000 pelajar uitm telah berarak di jalanraya bagi menandakan tanda protes.
tidak kira orang dari parti politik mana pun yang memberi cadangan tersebut,pasti akan di persoalkan.
bila kita bertindak mengikut emosi,boleh mengundang kepada pandangan buruk oleh bangsa bukan melayu kepada bangsa melayu kerana mereka mungkin berpendapat bahawa orang melayu ini sensitif dan tidak boleh menerima pandangan orang lain.
tak salah untuk menyuarakan pendapat dan rasa tidak puas hati tapi biarlah bertepatan dan kena pada masa dan caranya.
Salam datuk,
Dulu UMNO buka MRSM kepada non bumi...mengapa senyap sajo...
Ini semua politik pilihan raya saja...memperjuang bangsa...bangsa Melayu dah lama terjual zaman UMNO memerintah...
Bahasa Melayu pun dah jadi kelas bawahan di media (tv8,ntv7, astro),sektor swasta, perbankan, perundangan, dan lain2.
Agama...tanya Pak Lah dan anaknya salah seorang orang kuat SIS...
Orang UMNO tak nak komen penyataan PM pasal Islam dan Perlembagaan...?
diakui ader foreigner kat uitm ni, tapi itu ada sebab tersendiri.
kebanyakkan foreigner ni adalah beragama islam...dan dari negara negara OIC...kerajaan MAlaysia ingin membantu pelajar -pelajar dari negara OIC...bukan suka suka dibuka kepada mereka.
mereka juga sebenarnya perlu membayar yuran lebih mahal dari pelajar uitm..bayar yuran penuh tanpa subsidi..(kalau ada subsidi pon, dari kerajaan mereka sendiri)
Latok;
Ini milayu gadoh ali2 wa manyak syok woo, sibab lagi manyak gadoh wa lagi untong looo, wa pigi bilah sana wa lapat apa yang wa mintak, wa pigi bilah sini wa pun lapat loo, manyak untong looo. Sikalang wa pigi PR lapat, wa pigi BN lapat, untoong loo, gadoh2 lagi latok kita olang manyak suka. Ini mau buka itu mau bagi! syok looo.
Seronok lihat satu demi satu harta, maruah, kepentingan orang melayu/islam berguguran akibat percakaran pemimpin islam. Pemimpin besar islam bagai peminta sedekah.
Politiklah cara bijaksana, bukanlah sampai apa yang ada dalam kain kita pun nak di bagi.
Canselor UITM Datok Ibrahim Shah pun janganlah terlalu berkokok membela melayu, tolong sampaikan salam padanya kenapa 1300 pensyarah Melayu/Islam di pecat dari UITM atas dakwaan terlibat dengan parti politik? Siapakah Datok Canselor dalam UMNO. Hentikan tindakan yang merugikan.
http://kacangbatu.blogspot.com
Salam Datuk,
Meskipun saya adalah graduan kilang UM, namun saya terpanggil untuk memberi pendapat berkenaan isu yang menimpa UiTM. Isu yang cuba dimainkan oleh MB Selangor ini adalah lebih bersifat populis.
Tidak dinafikan ada pronya sesebuah Universiti dikalangan Bumiputera dan juga Bukan Bumiputera kerana ia boleh menggalakkan kendiri penuntut untuk lebih bersaing dalam situasi intergrasi, secara tidak langsung melatih memupuk interaksi kepada dunia awal alam pekerjaan dikalangan berbilang kaum. Saya mengambil contoh semasa di UM bagaimana kami semasa menjalankan tugasan berkumpulan digalakkan untuk membina ahli kumpulan dikalangan campuran pelbagai bangsa, namun saya tidak menjadikan ia sebagai medium untuk menidakkan kepentingan bangsa saya. Namun ini akan lebih berkesan sekiranya populasi peratusan adalah 50-50 ataupun 60-40, kerana ia akan menjadi seimbang tanpa ada sifat prejudis.
Cadangan MB Selangor lebih bersifat populis kerana kuota 10% tidak memberikan impak menyeluruh berbanding peratusan 50-50 mahupun 60-40. Jadi mengapa perlu membuka kuota tersebut dalam peratusan yang kecil berbanding mengekalkan dasar sedia ada. Jika ingin melaksanakan dasar yang baru, perlu melaksanakannya secara berkesan bukan sekadar bersifat "tahi-tahi ayam". Jadi ini menunjukkan sikap populis MB Selangor seolah-olah keputusan cadangan mendahului keputusan perbincangan dan penilaian.
Wasalam.
Isu Bahasa Melayu kat IPT tak pula diperjuangkan oleh jaguh2 Melayu. Konsistenlah
Mungkin ini merupakan suatu decoy untuk menarik pancing undi daripada golongan bukan melayu. Sekiranya betul beliau berbuat demikian, beliau telah menimbulkan banyak kemarahan di kalangan orang melayu, serta mampu menimbulkan ketidakstabilan perpaduan di antara kaum. Hari tu forum, kini pasal uitm. Lepas ini apa pula?
Utohkacil,
Mungkin ada kebenarannya pendapat saudara. Nampaknya MB Selangor cuba 'bermain' dengan sentimen perkauman. Mungkin MB Selangor dah tahu bahawa bukan mudah untuk melaksanakan cadangan tersebut. Beliau mungkin sengaja membangkitkan kemarahan bangsa Melayu dengan taktik tersebut. Dengan demikian, apabila bangsa Melayu marah dengan cadangan tersebut, secara tak langsung seolah-olah kelihatan seperti Melayu anti non bumi walaupun sebenarnya tidak. Mungkin silapnya kerana kita cepat sangat melatah... Nampaknya MB Selangor cukup pandai bermain kotor untuk menarik pengundi bangsa bukan Melayu...
Semua orang boleh bagi cadangan termasuk TS Khalid. Sekadar cadangan aje.Lagipun dia tak ada kuasa utk melakukankannya.
Apa perlunya kita panik dan melatah hingga pelajar-pelajar diarah berarak ke SUK.
Setahu saya INTEC- UiTM pun dah memang ada kuota utk bukan melayu.Sudah lama dibuka..tapi ramai orang melayu tak tau kot.
Harap DS Prof. Ibrahim lebih tenang,kekal waras dan tidak terikut-ikut dgn rentak orang politik. Tunjukkan sikap matang dan profesional sesuai dgn jawatan yg disandang.
Kenyataan yg tidak wajar hanya akan memalukan pelajar dan juga lulusan UITM seperti saya.
Khalid Ibrahim menyarankan agar dibuka UiTM kepada bukan Bumiputera kerana katanya ini akan mempertingkatkan mutu graduan. TAPI dia tidak sedar bahawa selama ini UiTM telah mengeluarkan graduan BUMIPUTERA yang lebih berkualiti dari graduan-graduan BUMIPUTERA Universiti lain. Malah terdapat ramai graduan UiTM berkualiti lebih baik daripada Khalid sendiri. SEDAR DIRI lah sikit, baru jadi MB beberapa hari dah berlagak pandai.
Banyak pendapat di sini yang gentar akan tidak mendapat sokongan daripada kaum bukan MELAYU. Mengapa kita perlu takut? Ini tanah Melayu. Sejak bila kita takut mempertahankan tanah air kita? Sejak bila? Tanpa sokongan orang bukan Melayu, Melayu boleh memerintah. Orang Islam akan bersatu apabila ini terjadi, saya amat yakin. Janganlah kita terhegeh-hegeh meminta ehsan orang lain untuk berkuasa, sedangkan ini tanah air kita, kita mampu memerintah tanpa bantuan mereka.
Saya cadangkan UiTM dibuka kepada 30% kepada pelajar bukan Melayu.
Besok, panggillah pelajar UiTM berarak ke rumah saya di Kluang ni, tolong ye datang ramai ramai..
Orang Melayu bab 'terkinja kinja' ni suka sangat, mengamuk, melatah tidak kena pada tempat dan masanya...
Khalid itu seperti anjing menyalak bukit, kalau dilayan, makin kuatlah dia melalak, dan anjing2 dari kampung lain pun akan bersahut sahutan, itulah yang mereka harapkan..
kalaulah betul untuk bumiputera sahaja..kenapa tenaga pengajar harus diambil kaum bukan bumiputera.??dah tak ada org bumiputera yang layakkah untuk jadi tenaga pengajar di UITM..??
ex-uitm 2003 - 2006.....
Salam Datuk.
Saya pun ex ITM (HELL ENGINE) saya suka eja HAIL ENGINE, boleh NAIK sikit x lah masuk "neraka"
TS Khalid kata 10% non bumi masuk UITM hanya cakap orang pancing ikan. Yang tersurat itu katanya yang TERSIRAT budak UITM dah kena pancing sama dengan bosnya. Benar kata komen ramai yang bila kerajaan buat x ade yang berani protes ini dapat taja pula, maybe air mineral. Jika sokong pembangkang demo dapat air juga tapi air asid FRU.
baru2 ni anak saya dapat tajaan JPA dan daftar program persediaan kat ....(rahsia). Kawan sebelah singgul bahu dan cakap "kita slah tempat ke?" saya tanya apa maksud dia. Dia kata pasal ramai non bumi dan kira2 70%. Saya katakan kat sini diaorang ramai kat persediaan UITM orang kita. Baru dia diam. Itupun baru 45%. Masa MRSM buka 10% pun x ramai non bumi yang minat. Yang daftar ramai yang cakap melayu dialek pantai timur. PASTI diorang join orang Melayu banyak sangat.Anak saya agak pening nak interkasi dengan mereka maklumlah kami orang KL. YANG PASTI UMPAN TS KHALID DAH MENGENA.BACA TERSIRAT jangan hanya TERSURAT.
Memang Khalid Ibrahim playing the game dengan memainkan sentimen yang boleh menimbulkan kemarahan bangsa lain dengan harapan mereka akan menyertai PKR. Itulah salah satu taktik kotor MB Selangor...
Dalam soal UITM ni, walaupun saya amat kritikal dengan UMNO(baru),saya bersetuju bahawa sekarang bukanlah masanya untuk membukanya kepada kaum bukan melayu.
Alasan saya, atas kegagalan UMNO menjaga hak orang melayu, UITM lah satu-satunya institusi pengajian tinggi dimana anak-anak melayu kita mempunyai peluang untuk pendidikan tinggi YANG BERKUALITI apabila gagal untuk memasuki universiti awam.
Harus kita sedari, sekarang ini makin ramai anak2 muda kita yang memiliki keputusan cemerlang dan baik dalam SPM dan STPM. Disebabkan kuota yang digunakan oleh UPU, ramai anak-anak muda kita yang layak tidak berpeluang mengikuti pendidikan tinggi. Disinilah relevannya UITM.
Hanya satu sahaja komewn saya mengenai UITM - tukar VC sekarang yang lebih banyak bermain politik UMNO dengan seorang yang benar-benar neutral dan berkaliber untuk membawa UITM setaraf dengan universiti ternama di dunia.
JUga bebaskan UITM dari kongkongan politik. Biarlah anak melayu yang layak dan cemerlang dididik dengan pendidikan yang terbaik agar dapat meneruskan survival melayu di masa hadapan.
bat8
Saya sejak dahulu amat kritikal apabila menteri pelajaran masa itu, NTR meluluskan penubuhan kolej-kolej swasta.
Saya yang baru habis SPM masa itu melihat, keputusan itu adalah sell out orang melayu oleh UMNO yang mengalah dengan desakan MCA.
Dengan adanya kolej-kolej swasta tersebut, kaum cina mempunyai peluang pendidikan tinggi seluas-luasnya yang cater untuk semua kelompok masyarakatnya.
1. Yang kaya - hantar anak ke luarnegeri dengan biaya sendiri.
2. Golongan middle class - hantar anak ke kolej swasta yang diluluskan oleh najib.
3. Golongan bawah - minta masuk universiti awam mengikut kuota kaum.
Jadi semua golongan kaum cina mendapat peluang. Bagaimana dengan orang melayu?
Sekarang ini, masih ramai anak-anak melayu yang mempunyai kelulusan cemerlang dalam SPM dan STPM tidak mendapat tempat di universiti awam. Nak pi kolej swasta tak mampu...jauh sekali nak hantar anak pi belajar luar negeri.
Mujurlah ader UITM. Itupun masih tak mencukupi. UMNO perlu lebih tegas menjaga khazanah bangsa melalui peluang pendidikan tinggi yang berkualiti.
Kaum cina pandai- depa tau survival masa depan mereka bergantung kepada pendidikan tinggi anak-anak mereka. Sebab tu depa desak agar dilulus penubuhan kolej-kolej swasta. Saper yang beri? UMNO....
bat8
Dato
Entry Dato kata 3,000. Utusan dan Berita kata 5,000. Dato ambik sumber mana ni?
tayarman
Salam Datuk,
10% untuk bukan bumiputera.
maka 10% pelajar bumiputera akan terlepas peluang ke universiti.
Jumlah pelajar Uitm melebihi 100,000. maka ini bermakna, lebih 10,000 anak melayu terlepas peluang.
10,000 dah macam satu universiti.
Ini bukan isu persaingan.
Graduan Uitm adalah antara yang paling dikehendaki di Malaysia.
Dato,
Saya orang India beristerikan melayu dan berjawat sebagai Pengurus Kanan di sebuah kilang elektronik milik Warga Singapura.
Dato tau tak, betapa susahnyer org melayu nak dapat kerja kat swasta? Dah penat saya perjuangkan kesamarataan kat kilang saya nie. Insiden demo oleh student Uitm nie cukup untuk saya disindir kerana saya telah ambil ramai graduan Universiti Melayu untuk berkerja.
See, I told you so!kata mereka ..
Anyway, Dato, graduan Uitm memang tak der standing langsung. As far as I am concerned, UiTM can be 100% bumi Melayu. No loss to the non-malays.
Lets see who is going to employ them now.
salam dato'...
alhamdulillah...semoga isu ini mendapat response dari semua lepasan pelajar uitm dan majoriti umat melayu......
harapan saya biarlah isu ini dilihat melangkaui batasan politik...
salam Datuk ......
Saya sokong UITM patut kekalkan apa yang ada sekarang ...
kalau masyarakat lain dan pembangkang yang berminat sangat nak buat perubatan ....nak satu kan rakyat malaysia saya nak tengok hapuskan semua sekolah jenis kebangsaan, tidak ada lagi aliran cina dan india ....berani ke nak buat macam tu atau nak dapat sokongan cina dan india sangup nak korban kan bangsa sendiri .....pikirlah
Khalid ni betul la bodoh.
bukan 10% atau 1% tu yg menjadi persoalan. Bukan pasal nak test ke, atau nak tau sejauh mana org melayu boleh melatah.
Kalau lah adah kebebasan berfikir dan bercakap, cakap lah dengan berhemah menggunakan mulut bukan punggung. Budi bahasa kan ada.
Tak kan juga tak reti tengok masa nak bercakap. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjar kata buruk padahnya.
Ini bukan "Freedom of Speech". Ni dah jadi "Freedom of Loud Mouth"
wak...
bacalah komen DSAI dalm blognya.
td TV3 pun siar dlm berita. Prof Khoo Khye Kim kata, dulu pun pernah dibuka 10 % ITM kpd bukan melayu tp orang tak minat...... masa tu tak bising pun
MRSM pun Nazri buka 10%, tp dia orng tak minat.
Kita melayu ni kena tanya pasal apa dia orang tak minat ....
jwb nya senang..... susah belajar ngan orang bodoh ...
selalu kita dengar..... sosial pelajar yg paling teruk kat ITM lah.
nak pa wak tak ajak pelajajar maha siswa n siswi membenterasnya,
Seperti mana yang dijangka Anwar mahu menjaga auranya, pada masa yang sama menggerakkan strategi pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Anwar, walau pun sudah terlalu lama memegang jawatan penting dalam kerajaan ketika beliau berada bersama UMNO, masih mencari-cari apakah sumbangan beliau terhadap rakyat dan orang Melayu.
Dalam politik Anwar adalah trend-setter. Beliau kerap membawa trend baru sejak "beliau membaca talkin" pengkebumian orang Melayu yang kononnya mati kebuluran di Baling zaman mudanya. Lalu beribu anak muda berlari dan memekik.
Anwar meminda kefahaman sejagat dengan menjadikan kronisma satu dosa dalam pemerintahan, lalu berduyun orang berkejar ke Kuala Lumpur.
Anwar mecipta konsep baru bahawa pakatan perlu dibina dan harus segera diroboh, lalu "team wawasan" bangun cemerlang dan tumbang satu persatu.
Anwar memilih konsep "succession" yang baru, iaitu untuk naik harus pijak orang dan merentap yang diatas, lalu orang bergembira setiap kali kepala dipijak dan orang diterjah, tetapi orang meratap bila beliau dikuis dan lebam.
Anwar pada abad ini melihat kuning bukan lagi warga "diraja" tetapi sekadar warna baju untuk rakyat malaysia berbasah kuyup berarak ke Istana Negara sambil beliau senyum lebar memukul gendang pilihanraya.
Sebagaimana Zahid meminjamkan mulutnya untuk Anwar memekik ketika Rahim dimalukan dan gong "nepotisma dan kronisma" dibalun sekuat-kuatnya, seperti itu juga, Khalid Ibrahim meminjamkan mulutnya untuk Anwar menjerit-jerit menjelang pilihanraya kecil Permatang Pauh.
Ini adalah trend baru Anwar. Menghentam pesaka orang Melayu untuk memenangi hati kaum bukan Melayu.
Sering bila berdepan dengan trend baru dalam political race Anwar meminjam mulut orang kuatnya. Kali ini Khalid. Apa pun mulut Anwar buat masa ini dikhaskan untuk menjawab segala keraguan di Mahkamah. Mata beliau digunakan untuk menahan kerlingan Saiful Bukhari Azlan.
Sedangkan hati beliau dibelai dengan idaman menjadi Perdana Menteri menjelang 16 September 2008.
Dato, isu Uitm adalah trend baju politik Anwar sahaja. Boleh dilupakan bila-bila masa.
Salam Datuk
I am from that era too..... but, let's be honest.. so what if Khalid wants that 10% or open UiTM to foreigners or non-Malaysians..!!... selama ni pun UMNO dah gadai hak-hak orang Melayu... takde bezanya.... Orang melayu kebanyakannya, kalau boleh nasi nak sampai ke lutut dan disuap ke mulut ..!!
Apa macam jemput pelajar-pelajar terpintar dan terbaik bukan melayu dan juga bukan raakyat Malaysia menimba ilmu di menara gading orang melayu ini?
Salam Datuk,
I am graduated from UKM....I am really support UMNO for mempertahankan hak-hak orang Melayu come on UiTM be strong....
Al kesah, isu UiTM ni perkara yg sangat kecil jika di bandingkan dgn isu Pulau Batu Putih dan Iskandar Malaysia.
Mengapa orang2 melayu diam membisu seribu bahasa bila P Batu Putih terlepas ke tangan Singapura?
Iskandar Malaysia sedang rancak di jual kepada cina Singapura.
Pulau Batu Putih dan Iskandar Malaysia berkaitan dgn soal MARUAH BANGSA, AGAMA DAN NEGARA.
***********************************
Mengapa kaum cina tidak boleh masuk ke UiTM?
Adakah kaum cina ini bukan rakyat Malaysia yg membayar cukai?
Klu waktu pilihan raya kerajaan BN mahu sokongan cina. Ada kah itu adil?
Kerana kebodohan melayu ini lah kerajaan BN kehilangan 4 + 1 buah negeri pada PRU12 yg lalu.
Di Sabah dan Sarawak, kaum cina dan kaum peribumi yg lain dah mula berasa kecil hati kerana UMNO terlalu mem beza2 kan kaum (PERKAUMAN).
Boleh kah BN kembali berkuasa pada PRU13 nanti tanpa sokongan kaum cina dan india?
Bangsa melayu sudah jadi bangsa penakut, mundur, bodoh dan tiada jati diri.
Ini lah hasil dari pemerintahan BN(UMNO) selama lebih 50 tahun.
dato.. jangan la perjuangan menetang kemasukan bangsa lain ke Uitm tu lebih kepada sebab ianya dicadang oleh pembangkang...
sdr cakapsiang,
Rupa2 nye anda masih lagi ter tidur lena dan ber 'mimpisiang'.
Anda kata: Kita tidak mengharaf kan sokongan kaum bukan melayu?
Jawapan nye: Hilang 4 + 1 buah negeri dan hilang 2/3 majority dlm dewan.
Klu bukan Melayu dari Sabah dan Sarawak tidak sokong dah tentu kerajaan BN dah TUMBANG.
Anda kata: Sejak bila kita takut mempertahan kan tanah air kita?
Jawapan nye: Mengapa anda tidak mempertahan kan P Batu Putih dari di rampas Singapura?
Sekarang UMNO sedang sibuk menjual
Iskandar Malaysia kepada cina Singapura. Mengapa anda tidak pertahan kan?
Dah lebih 50 kerajaan BN yg di pimpin oleh UMNO memerintah, bangsa melayu dah jadi 'third class citizen', ramai melayu hidup merempat di bumi sendiri.
Jangan di sebab kan DSKI hanya membuat sedikit kenyataan yg sudah yenyu tidak boleh dilaksana kan, anda melalak tidak tentu arah.
Salam,
TS Khalid sudah meminta supaya isu yang berbangkit dari cadangan beliau untuk membuka UITM kepada pelajar bukan Melayu itu diberhentikan, dan beliau pun tidak melihat perlunya beliau meminta maaf.
Saya kira sikap beliau itu wajar.
Banyak tokoh Melayu sudah berpeluang memperagakan diri sebagai tokoh yang kononnya membela kepentingan dan hak orang Melayu, walaupun kita tahu dalam banyak isu yang menyentuh kepentingan orang Melayu mereka umumnya membisu seribu bahasa.
Mahasiswa juga sudah diperalatkan supaya berdemonstrsii, walaupun mengikut AUKU yang masih terpakai,mereka tidak boleh berbuat demikian. Nampaknya AUKU boleh dilanggar, kalau demonstrasi itu ditujukan kepada pihak pembangkang!
Walau bagaimanapun, tindakan tokoh Melayu yang berlagak sebagai "hero" kepentingan Melayu, dan tindakan mahasiswa yang berdemonstrasi dengan didalangi oleh pembesar UITM itu bukanlah berfaedah sangat.
Jadi baiklah semuanya diberhentikan.
Yang kita hendak tahu kini ialah isu-isu lain, seperti betulkah pelajar yang lulus dari UITM itu betul-betul bermutu atau propaganda Ibrahin Shah sahaja?
Adakah lulusan UITM mudah mendapat kerja di sektor swasta, atau pun terpaksa bergantung di sektor kerajaan juga (kalau tidak membuat pekerjaan sendiri)?
Adakah Ibrahim Shah masih layak terus menerajui UITM ataupun perlu diganti dengan orang lain?
Datuk,
Kali ini saya amat tidak bersetuju dengan idea dan pandangan Datuk yang pada saya agak sempit di era globalisasi ini.
Pandangan yang lebih menjurus kepada "double standard" semata.Sewaktu kita seluruh rakyat Malaysia mengerah kudrat dan tenaga beberapa kerat "China" untuk memungut pingat emas pertama olimpik,atas nama mengharumkan negara,perkara yang sebaliknya berlaku di Tanah Air sendiri.Hak menuntut ilmu yang yang sepatutnya dibuka kepada setiap rakyat Malaysia, diekslusifkan atas nama semangat Melayu.
Bayangkan apa akan jadi kepada para pemikir pemikir agung dunia Islam dahulu, jika mereka dan juga masyarakat waktu itu berfikiran seperti Naib Cancelor Uitm dan Datuk sendiri? Akan berkembang dan mahsyurkah institusi dan limu ilmu milik pemikir pada era itu?
Adakah Baghda pada era kegemilangan ilmunya, akan tersohor dan menjadi buruan para pencinta ilmu, jika sifat pemikir pentadbir dan pendokongnya berfikir seperti Melayu produk UITM?
Ketahuilah Datuk, sifat mengekslusifkan sesuatu yang seperti inilah yang menjadi amalan pengikut Yahudi.Orang Yahudi beranggapan segala galanya adalah hak milik mutlak mereka di atas kulit bumi ini.Tiada amalan perkongsian dengan kaum kaum lain.Kerana itulah agama pegangan mereka tidak berkembang walau pun agama mereka adalah agama yang teramat tua jika dibandingkan dengan agama agama lain yang ujud di bumi ini.
Cuba Datuk dan sekelian pendukung cara berfikir UITM renungkan sejenak, andaikata Islam diturunkan kepada orang Melayu dengan Naib Canselornya sebagai nabi untuk menyebarkan Islam, apa akan jadi kepada Islam gamaknya? Saya berkeyakinan yang amat tinggi, Islam hanya akan berlegar didalam pagar UITM sahaja.
Saya bekerja sebagai vendor di dalam industri yang dikuasai oleh orang bukan bumiputera. Kami tidak ada pilihan lain kecuali bekerjasama anatara satu sama lain. Sama-sama cari makan, mereka tolong saya, saya tolong mereka. Saya rasa itulah aspirasi kerajaan untuk melihat semua kaum bekerjasama antara satu sama lain (tak tahulah kot cuma manis dibibir shj). Kadang-kadang, apabila saya suruh staff saya pergi berurusan dengan syarikat bukan melayu, mereka merasa amat susah. Daripada reti jadi tak reti. Sebenarnya mereka rasa rendah diri dan merasa diri mereka kurang baik dari kaum cina. Melayu-melayu seperti ini tidak ada keyakinan diri sebab dari sekolah rendah sampai masuk U tidak pernah bergaul dengan kaum lain. Bukan itu shj, semenjak dari kecil, mereka disogok dengan idea bahawa kaum cina lebih pandai dari budak melayu. (betul atau tidak cakap saya?). Apa faedahnya kita ada universiti khas untuk budak melayu apabila keluar, anak-anak kita tidak ada keyakinan diri dan tidak reti bergaul dengan orang lain selain dari bangsa sendiri. Dengan bangsa sendiri, boleh jadi hero, tapi takut dibandingkan dengan orang-orang yang bukan bumiputera. Macamana kita nak jadikan Melayu ni global players kalau dgn bangsa yang ada dalam Malaysia ini pun kita tak boleh compete, asyik harapkan quota bumiputera shj.
TS Khalid cuma cakap 10% shj.
Itupun kita nak melatah?
Fikir-fikirkan.
Dato Ron,
Saya setuju dengan utohkacil, orang melayu dah terkena jerat sikit2 nak melatah tak tentu pasal.
MRSM dibuka kepada non-bumi pun tak ada sambutan hebat, ingat de all excited ke nak ke uitm.
Anyway khalid MB mana ada kuasa nak kecoh kat Uitm sebab ia di bawah MARA bukan kerajaan Sgor.
Kalau 20-30 tahun dulu masa ada beberapa cawangan ITM je (ye tanpa U) ramai pelajar seperti masscomm, accountancy yang dah dapat interview/offer sebelum grad. tapi sekarang walaupun dah jadi U,alahai belajar masscomm pun tak reti tulis surat. So sad.
Tak tau salah siapa but looks like we're more concerned with producing more and more bumi grads, so quantity over quality. Some lecturers pun hampeh, how to educate the kids. Sigh!!!!
iman said..Anyway, Dato, graduan Uitm memang tak der standing langsung. As far as I am concerned, UiTM can be 100% bumi Melayu. No loss to the non-malays.
Lets see who is going to employ them now.
...................................
Kesan dari demo tersebut memang akan menimbulkan tindabalas dari pihak swasta seperti tidak memberi peluang pekejaan kepada graduan UiTM. Bagaimanapun sikap swasta bukan Melayu ini bukanlah sesuatu yang baru, ia sudah lama menjadi 'mainan' mereka. Mereka masih besikap perkauman yang menebal tetapi menunjukkan 'melayu' lebih perkauman sekadar demo tersebut.
Walaupun kesannya seperti 'negatif' tetapi dari kebaikannya ialah orang Melayu harus terus berdikari dan berjuang untuk terus berjaya khususnya mula menumpukan kepada kegiatan ekonomi seperti pertanian dan perniagaan dan meminoritikan diri untuk pekerjaan semata mata.
Sekarang inipun orang melayu diambil bekerja oleh swasta bukan melayu ialah selepas terdesak kekosongan atau untuk mengurangkan kos (memberi gaji rendah). Sikap tidak ikhlas ini harus orang melayu balas dengan terus berjaya dalam peniagaan dan akhirnya akan memnberi peluang pekerjaan kepada orang melayu sendiri. Mungkin ia akan mengambil masa 10 hingga 20 tahun lagi, tetapi biarlah kita bersusah bermaruah.
Reza,
Kalau cakap orang bodoh aku rasa engkau la no 1 paling bodoh. UiTM university yang melahirkan banyak Intelektual, Cendikiawan dan Tokoh Korporat. Kita banyak melahirkan graduan (salah satu paling banyak) yang ko nengok kat youtube tuh semua diorang kata dari UiTM engko ingat orang bodoh ker nak percaya. Kita pun orang Asia kalau Filipino, Indon dan Thai muka macam kita buat tak senonoh kat youtube ko kata UiTM student. Jangan jadik bodoh. Macam ni lah. Cuba kita pikirkan banyak pembangun ekonomi negara adalah dari golongan UiTM banyak yang jadik tulang belakang negara kita. Kalau tak ada UiTM adakah student ni semua boleh dapat latihan dan pengetahuan? Jangan pandang student UiTM sebelah mata. Kenapa isu ni baru dibangkitkan sekarang. UiTM sebelumnya ITM dah lama dah ada.
Salam Datuk Ron,
Nampaknya posting Datuk kali ini agak tersilap.
uitm sebenarnya telah dibuka kepada non bumi sejak zaman Tun Mahathir lagi.
Manakala MRSM telah dibuka kepada non bumi lebih 6 tahun lalu.
Semasa anak saya di MRSM Kuala Lipis 6 tahun lalu dan uitm, dan
di ITM 2 tahun kemudiannya, pelajar Cina dan India telahpun ada.
Datuk,
Dalam banyak-banyak blog umno yang saya baca, blog Datuk yang saya ada keyakinannya tentang isi kandungannya. So, pls jagalah agar kabar yang dicatatkan itu berasas dan tepat.
Datuk harus sedar, blog Datuk ramai pembacanya, tolonglah jangan racuni fikiran mereka yang saya lihat (melalui), agak mudah hanyut dengan posting sebegini!!.
Salam takzim.
salam dato'...
saya ni bukan la seorang yang bijak pandai dan bukanlah soerang pemikir seperti dato'...
saya juga bukanlah menyokong mana-mana pihak...
ini sekadar pendapat saya sebagai seorang pelajar melayu yang mana ingin melihat bangsanya maju...
bagi saya ada baiknya cadangan Tan Sri tersebut dengan bg kuota 10% unt pljr bukan bumiputera kat UiTM...
kalau dilihat dengan keadaan uitm sekarang apakah kejayan-kejayan yang dikecapi boleh di banggakan???
apakah pelajar-pelajar disana betul-betul berusaha untuk belajar atau sekadar hangat-hangat tahi ayam???
saya bercakap berdasarkan kepada apa yang pernah berlaku di sekeliling saya.
ini kerana bagi saya pelajar disana lebih banyak kejayaan dalam masalah -masalah sosialnye daripada kejayaan dalam bidang akademiknya...
dan adakh pelajar-pelajar yang mengadakan perarakan ini tidak dikenakan AUKU dan mengapa apabila pelajar-pelajar mengikuti perhimpunan di pihak pembangkang mereka akan dikenakan tindakan auku??????
di harap dato dapat menjawab soalan ini...
hidup orang melayu!
salam,
-Macamana dgn isu kuota MRSM?
-Macamana dgn isu biasiswa JPA?
-Macamana dgn isu matrikulasi?
Siapa yg buat semua ni?
Kenapa budak2 tu tak berdemo pasal perkara2 ni?
Salam Datuk,
Saya pelik kenapa isu ini diperbesarkan. Ia sekadar cadangan dan pencadang tiada kuasa untuk melaksanakan. Tatkala, 10% kuota dibuka untuk non-bumi ke MRSM tiada pun yang bising ( MARA punya gak kan ), 40% kuota biasiswa JPA dibuka kepada non-bumi pun takde yang menyalak dan isu Memeluk ISLAM langsung tak berbunyi. Pelik tapi benar. Datuk komen lah sikit.
Sudah sampai masa dan saat supaya satu persidangan diantara semua kaum Melayu di Malaysia dan Bumiputera Sabah dan Serawak diadakan diatas tajuk : Analisa dan Kajian keatas tindakan Kaum Pendatang, iaitu Khusus Bangsa Cina dan India, selepas 51 tahun merdeka,dimana hala tuju mereka dan apa perlu diambil tindakan supaya keamanan dan kemerdekaan kepada kaum Bumiputera terjamin sehingga 1000 tahun lagi.
kalau betul nak maju dan berdaya saing... tak kira la masuk U mana pun mesti boleh. kenapa pula nak kenakan UiTM...?
salam
kenapa kita melatah pula....
1- dah berapa banyak hak istimewa orang melayu telah terlepas sejak 50thn merdeka dibwh BN.
2- mcmana nak hadapi Vision2020, jika masih mahu terus dalam zon selesa.
3- bagaimana pula prospek pekerjaan Graduan Uitm sekira sukar mendapat pekerjaan di sektor koprat yg byk dikuasai non malay
Yg cadang MRSM dimasuki bukan bumiputra itu ialah pimpinan BN.
Jadi kita semua sokong.
Bila MB PKR sokong pandangan Dr Halimah, kita kena marahlah seba MB selangor itu bukan dari UMNO.
Hidup UMNO!
Pandai berdemonstrasi (haram?). Harap-harap lepas ni student Uitm lebih pandai dalam pelajaran. Dengan kejadian celupar nak rampas 10% kuota ni diharapkan para pelajar tergerak hati untuk belajar lebih rajin lagi daripada bangsa lain...
Terbukti..Orang Melayu bila di test kemelayuannya akan melambunglah semangatnya.
Diharap mereka ini melambung keIslamannya apabila Islam di gugat!
Syabas bangsaku...
-------------------------
Pesanan saya:
Adik-adik pelajar UiTM,
Berhati-hati
Adakah perhimpunan kalian mendapat permit polis?
Anda mungkin boleh didakwa!
Sila dapatkan permit polis terlebih dahulu.
Jadilah pelajar yang cerdik, bukan seperti TSKI tuuh..
Nanti dikata orang. "Dahlah bodoh..orang berdemonstrasi dia pun nak berdemonstrai...assignment tak siap lagii..." Ingat berdemonstrasi tu boleh dapat markah A ke?....
UiTM akan mara kehadapan demi Islam, bangsa dan negara.
Saya menyanggah idea Tan Sri Khalid Ibrahim yang ternyata boleh merugikan orang Melayu.
salam pada semua
saya merupakan pelajar uitm...
ada beberapa komen yg menarik perhatian saya untuk dikongsikan bersama.
pertamanya komen dari KERAJAAN RAKYAT yang mengatakan kuota pada non bumi sudah lama dibuka....THIS IS COMPLETELY WRONG...di uitm, hanya ada bumiputera dan beberapa kerat student2 arab, dari exchange programme
seterusnya, jika diperhatikan rata2 student yg berdemonstrasi ini telah sama2 dipolitikan..lecturer sendiri membenarkan untuk mereka sama2 pergi buat demo tuh, dan yg paling utama ialah cuma anda lihat pada muka2 mereka yg masuk tv.rata2 nyer tersenyum sambil membuat peace, ini menunjukan mereka bukan lah ada semangat untk berpolitik pun, tapi lebih kepada suka2....suka tidak perlu ke kelas dan masuk tv
sepanjang saya bergelar student uitm, diploma, degree dan sedang membuat master, student uitm ni tidak pandai berpolitik..jadi mereka seolah2 dapt peluang untuk bergembira pada hari demonstrasi..
salah satu komen dari rakan blogger kita tadi ialah berkenaan dengan standard pelajar uitm....kata nyer, standard uitm amat teruk dibandingkan dengan u lain...komen saya, tolong la study dulu sebelum buat komen mcm ni....cuba la tanya sendiri pada majikan2 untuk bidang seperti fakulti undang undang yang mendapat demand yang cukup tinggi..anda mungkin tidak percaya, tapi nasihat saya mudah sahaya, tanya lah pada big2 firm mcm shearn delamore, zul rafique and co dan juga pejabat peguam negara...tanya lah mereka bagaimana performance uitm law student
tq
Datuk,
Talk to the hand. Elok cermin diri sendiri sebelum menyalahkan org lain.
Jgn terkejut jika isu UiTM kali ini lebih berpihak kepada MB Khalid. Sebabnya? Sebabnya UMNO takut dgn bayang2 sendiri - melacurkan AUKU yg selama ini menjadi kubu pertahanan UMNO/BN. Org sudah boleh berfikir dan sudah lama berfikir Datuk.
Bagi saya isu murtad org Islam-Melayu dan memartabatkan mahkamah Syariah adalah lebih utama dan lebih penting. Isu Melayu/bumiputra begini ini sudah basi.
Mempertahankan bangsa itu penting tapi bagaimana kalau bangsa sendiri yg merosakkannya? Umno/BN sekarang sudah mati arah.
Akhirnya, bukalah 10% tempat kpd bukan bumiputra dan tengok berapa ramai yg nak masuk. Mereka boleh hantar anak2 mereka ke Uni yg lebih berprestij drp UiTM, Yg mungkin mendaftar adalah drp keluarga yg kurang berada sperti juga kebanyakan anak2 bumiputra di UiTM.
Jgn salahkan syarikat2 bukan bumiputra tidak mahu mengambil anak2 Melayu/bumiputra bekerja nanti.
Apa2 pun, Datuk silap kali ini.
Produk MRSM,
Anakbuah
Salam Datuk,
Bagi saya kita org Melayu kena terima hakikat yg di dunia sebenar kita sukar bersaing dgn bangsa lain...walau apa pun sebab TS Khalid cadang 10% dibukak kpd non-bumi bg saya tkde beza..sebab esok dah keluar U tetap bersaing ngan bangsa lain.
Soalnya sekarang adakah dgn menghalang bangsa lain masuk UITM menjadikan Melayu itu gagah perkasa?
Selepas sy habis MRSM,sy sambung di UTM.Alangkah terkejutnya kami org2 Melayu dgn kegigihan dan kerajinan bangsa Cina study...masa kt MRSM dulu rasa mcm dah rajin dah rupa2nya Cina lebih lagi...boleh check statistik performance Cina di UTM dlm engineering kalau sy ni dianggap melalut..
The truth is,kalau nk Melayu kuat...mesti ditemukan dgn bangsa yg kuat...what doesn't kill me makes me stronger org putih ckp...kita org Melayu kalau tk tgk negeri org..jadilah mcm Melayu Melaka yg terkejut dgn meriam Portugis...akhirnya dijajahnye kita beratus2 tahun....
X-Mara
Datuk dan Sdr Anzsai,
Saya tulis benda yg sama di blog The Sribe:
"...iTM tidak setaraf seperti uni. saya - UTM! (Kalau tidak silap saya, Sekolah Teknikal Kuala Lumpur, yg kemudiannya menjadi UTM merupakan institusi pendidikan tinggi tertua negara, di mana UM pada masa itu terletak di Singapura).
# Saya adalah dikalangan sekitar 150 penuntut kejuruteraan mekanikal bumiputra di UTM di masa itu dan selainnya (sekitar 150 lagi) adalah bukan bumiputra - lihat, 'ratio'nya 50:50! Hampir 50 org digugurkan pada tahun pertama dan beberapa puluh lagi sepanjang 5 tahun pengajian tersebut. Akhirnya hanya 10 org Melayu (saya boleh namakan satu per satu, hanya 2-3 org sahaja 1st Class dan separuh telah pun mempunyai Phd skrg) yg berjaya menamatkan pengajian tepat pada masanya (5 tahun) dan lebih 120 org drp bukan bumiputra. Yg lainnya "extend" dan jangan tanya "Class" apa. Ratio 1:12 - adakah ratio ini tidak bermakna langsung utk mereka yg boleh berfikir!?
Saya amat bangga menjadi produk MRSM dan menjadi produk UTM!
Anakbuah
p.s.: Pernah rakan drp kolej UM yg menjadi kolej berkembar dgn UTM, bertandang seminggu di UTM, terkejut dgn silibus tahun pertama kami. UTM tiada persediaan matrikulasi atau asasi sains seperti UM, kami terus memasuki kursus kejuruteraan sejak tahun pertama dan diselang-seli dgn subjek sains & matematik utk memperkukuhkan ilmu kejuruteraan kami. Subjek tahun pertama UTM adalah hampir dgn subjek tahun ke-3 UM setelah 2 tahun asasi sains. Just imagine how tough UTM is? Cuba tanya penuntut2 kejuruteraan uni. lain, ada atau tidak mereka mengambil subjek "Tensor Analysis" di tahun akhir? (Sebenarnya subjek Fakulti Sains yg biasa diambil oleh pelajar sains matematik - tapi mengapa kami perlu lulus? Sekarang baru kami tahu!)"
# Persaingan amat penting. 10% bukanlah sampai tergadai semuanya. Entah sampai bila kita nak duduk di bawah tempurung?
Anakbuah
p.s.: Nasib baik saya bukan graduan iTM; kalau tidak, malu saya skrg!
Apakah ranking universiti terulung kita didunia dan apa sebab keberadaan kaum bukan Melayu tidak menlonjakkannya ke kedudukan yang lebih tinggi?
Buka UiTM kepada pelajar Islam seantero dunia! Jemput yang pintar-pintar walaupun yang bukan berada - ini cadangan saya. Setakat 3 peratus bilangan pelajar UiTM kaum bukan Islam boleh juga di jemput.
Kolej-kolej MARA yang lain di perbanyakan juga.(Mahunya sistem pendidikan Lanjutan ala di Jerman)
Adatah graduan UITM yang pergi luar negara menimba ilmu di gedung ilmu.
tersohor.
BODOH sangat pelajar UITM yg buat demonstrasi tu..hak melayu konon..
blah la..hak melayu skrg ni mmg sng dijual beli la..apsal x mengamuk dr dulu lagi..?mmg takde otak la..graduan berkualiti la sgt uitm ni..macam haram la..masuk alam keje..sepatah haram x reti..biasa la uitm kan universiti sosial..bab2 bersosial,terkinja2 nombor satu la dorg..abu syah pun satu..hari selasa tu hari kelas kot..macam mana bole lepas buat demonstrasi..xkan kau x tau student kau berdemonstrasi kt luar tu..?mustahil..kalo camtu..tindakan tata tertib bole dikenakan la pada makhluk2 yg terkinja2 kt depan kediaman mb selangor tu..bodoh la sume tu!!
Post a Comment