Saturday, August 23, 2008

SEBAR POSTER “KABINET BABI” TAKTIK DESPERADO

Saya cukup meluat dengan BN yang main kotor macam kerja edarkan poster fitnah. Kepada saya, ini satu lagi taktik BN yang desperado - edar senarai “kabinet babi”. Taktik ni pernah digunakan oleh BN semasa PRK DUN Parit Raja, Batu Pahat, Johor, di akhir 1980-an. Waktu tu yang kena lanyak teruk Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden Parti Semangat 46.

Dipetik daripada: http://politica-net.blogspot.com

8 comments:

Syahir said...

Politik di Malaysia sudah menjadi kurang matang kerana BN sendiri dilihat sudah tidak hormati bakal pengundi. Jika benar sikap BN seperti ini, maka rakyat akan jauhkan diri dari BN. Panggilan BABI amat kasar..apakah ia merujuk kepada Brother Anwar Bin Ibrahim??

Sepatutnya BN menjadi parti yang rasional supaya akan dihormati lawan dan kawan..

http://gunungraya.blogspot.com/

anakbuah said...

Rakyat boleh agak siapa yg menyebarkan poster ini - rakyat tak sebodoh yg disangka BN. Taktik kotor begini tentulah dtgnya drp kepala yg kotor dan sejarah menceritakan segalanya. Sekarang, siapa yg "babi"?

Jelas, BNlah yg jijik lagi menjijikkan.

Anakbuah

wira said...

Gunalah perkataan lain yang menggambarkan kita kini tidak lagi seperti orang yang tidak beriman. Tiap tiap tahun kita melakukan penghijrahan dengan menyambut tahun hijrah. Amat malang sekali kerana ini adalah satu musibah yang Allah ingin menunjukkan kepada kita bahawa kita ini diibaratkan seperti orang-orang yang disebut-sebut didalam Alquran Oh ya kita beriman walhal kita bukan gulungan orang orang yang beriman. Ini akan membawa padah. Maka jadilah orang yang beriman tidak perlu kita menuduh orang lain tidak setara dengan kita

Sang Rajuna said...

Salam,

Siapakah yang diharapkan oleh BN akan percaya terhadap "kabinet babi" tersebut?
Mungkin Pak Cik, Mak Cik dan pengundi tua di Permatang Pauh.

Walaupun saya tidak tahu sama ada pengedaran kabinat babi itu ada kesannya atau tidak, tapi saya anggap itu memang taktik kotor BN.

Memang memualkan.

Kerajaan Rakyat said...

Salam Dato'

Tepat sekali apa yang Dato' katakan. Saya meninjau suasana di Permatang Pauh, memang mengingatkan saya apa yang pernah BN lakukan semasa prk di Parit Raja dulu.

Kes seperti ini amat memalukan. Di Parit Raja, poster 'kabinet bayangan' yang dibuat BN untuk jatuhkan KuLi dulu mungkin berhasil. Tetapi sekarang di Permatang Pauh ia telah back fire BN semula.

InsyaALLAH UMNO akan terkubur buat selamatnya. Rakyat sudah semakin meluat, lebih-lebih lagi bila Ezam berkempen. Hancur...!!!

TOK PENGULU said...

poster tu dia orang print dari blog bn www.masterdedah.com/. penulis blog tu yang hasut suruh print dan edarkan sekitar permatang pauh.

bat8 said...

Adalah tidak sukar untuk meneka siapakah dibelakang penyebaran Kabinet Babi.

Dari cara yang digunakan oleh UMNO untuk menghapuskan DSAI: tuduhan liwat, mengunakan BPR untuk memerangkap 2 EXCO Perak dll menunjukkan betapa desperatenya UMNO.

UMNO seolah-olahnya hilang segala pertimbangan hanya kerana nak hapuskan DSAI lupa akan percaturan politik dalam jangka panjang.

Terbayang bagaimana keadaan nanti apabila Allah mentakdirkan UMNO tidak lagi menjadi kerajaan. Agaknya pemimpin-pemimpin UMNO terlupa bahawa Allah lah yang menentukan segala-galanya.

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) said...

OLEH ITU JANGAN LELONG MELAYU DAN ISLAM. ADALAH WAJIB KITA BERJIHAT DENGAN NYAWA DAN BADAN UTK PERTAHANKAN MELAYU/ISLAM. SETAKAT BUAT KABINET BAYANGAN YANG TERNYATA "AKAN BENAR TERJADI" SALAH KE? DI USA DLL TEMPAT ORANG LAGI "OPEN MIND" DI MALAYSIA NI.... APA TAKUT... KALAU ANUAR BERANI... BERIKAN KABINET ANUAR SEBENAR SEKARANG!