Friday, August 22, 2008

RUMAH RAJA PETRA DIGELEDAH - AKUAN BERSUMPAH

KUALA LUMPUR 22 Ogos – Polis hari ini menggeledah rumah pengendali dan editor laman blog Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin bagi mendapatkan beberapa dokumen berkaitan perakuan bersumpah yang dibuat seorang doktor Hospital Pusrawi, Dr. Mohamed Osman Abdul Hamid.

Sepasukan polis yang menyerbu kediaman Raja Petra di Bukit Rahman Putra, Sungai Buloh dekat sini kira-kira pukul 8 pagi ini, turut merampas sebuah komputer bimbit, alat pengimbas dan beberapa dokumen yang diyakini dapat membantu siasatan. - Utusan

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0822&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_11.htm

7 comments:

cheqPelesit said...

kami merayu gelidah tak apa minta minta jangan pula terjumpa ??? pula mana tahu lain dicari lain pula dapat baru la TERKEJUT, MENGEJUT. minta simpang line clear. Sesakali fikir apalah untong berjuang untuk rakyat sampai tertekan isteri,anak-anak serta keluarga. berjuang demi berjuang apa yang dapat ???

1 said...

saya fikir umno dah semakin mabuk. tak tau bila akan ada kesudahannya...kalau anda cheqpelesit sudah rasa give-up dengan semua jenis halangan ini, bagaimana pula dengan datin seri azizah... wanita & ibu yang terpaksa menanggung beban lebih sepuluh tahun... tapi dia tetap berdiri teguh dan tersenyum. kita mahukan wanita pertama yg sebegitu...

(read: saya sendiri tak tahu samada tertanggung atau tidak jika menjadi mereka.... doaku setiap solat untuk mereka jua...Insyallah)

Hariz Hussein said...

dah muak dengan karenah raja petra.

Unggal said...

Salam Datuk..
Alhamdulillah...Pak Lah dah pandai naik LRT...agaknya dah tak larat nak bayar petrol. Nasib baik orang Malaysia baik-baik belaka... Munkin jugak orang melayu ni memang terkenal dengan sifat2 budi bahasa dan segala sifat2 kebaikan....hm..!! kalau di UK ramai leaders yang dah kena baling telur atau dibelasah...!! Orang melayu selalunya macam Hang Tuah...pakai ikut aje sehingga tak kenal kaca dengan permata..Ikut ajelah Boss dah suruh, kalau tidak 'shoru' hilang...

Hero Badminton dapat Datukship + RM300,000 + pencen RM3000.00 sebulan untuk seumur hidup... Bagaimana pulak dengan Wira Negara - anggota2 keselamatan yang terkorban atau mengalami kekacatan anggota kerana berjuang untuk negara..???..apa mereka dapat...?? Munkin Datuk can answer me on these...!!!

Geledah rumah orang tak tentu sebab...!!... kenapa tak geledah orang-orang yang culik/bunuh adik Nurjazlin.. Kalau dah ramai pasukan keselamatan semuanya dikerah ke Permatang Pauh, maka tak heranlah anak hilang, orang kena liwat, istri kena rogol, GRO makin bertambah, mat dan minah rempit tambah hebat ..... and yet BN dibawah PakLah tak sedar jugak..!!!

Sang Rajuna said...

Salam,

Tindakan polis itu mungkin menimbulkan persepsi bahawa polis begitu serius dan tegas bertindak dalam kes yang berkaitan dengan "orang itu". Tapi tidak kelihatan bertindak dalam kes yang lain.

Pada masa yang sama, BPR juga dilihat begitu pantas dan tidak membuang tempoh lagi untuk bertindak terhadap EXCO Perak dari PKR. Tapi sebelum ini banyak aduan rasuah tentang orang besar UMNO tidak kelihatan disiasat dengan begitu pantas, malah seperti dipetisejukkan sahaja.

Tindakan polis dan BPR itu tentu boleh menimbulkan tandatanya, dan tentunya menarik perhatian banyak pihak, termasuk mungkin orang Amerika!

Wirawaja said...

Kesianlah pada Polis yang buat kerja tu. Dia geledah pun salah. Tak buat pulak lagi salah sebab nampak macam banyak sangat cerita hayalan dan pembohongan.

Wirawaja said...

Kesian pada Polis yang buat kerja tu. Buat kerja geledah pun kena tuduh, tak buat apa lagilah..

Rasionallah sikit.