Petang tadi saya dah mula dengar perancangan yang tak sedap pasal PRK ni. Ikut tuan yang empunya cerita, pengundi hantu hampir pasti akan menghantui Anwar di Permatang Pauh.
Hantu-hantu ini bukannya jenis import. Tapi hantu made-in-Malaysia. Hantu-hantu ni jenis special, jenis elit, jenis hantu setia yang tak makan tuan.
Ikut congak dan kiraan taukenya, kalau semua hantu-hantu ni diberikan ancak ayam golek dan pulut kunyit yang secukupnya, mereka pasti akan menggila habis di Permatang Pauh.
Hantu-hantu ni akan pastikan Anwar tergolek, tergelempang dan terkejang-kejang sampai tak ada satu bomoh pun boleh pulihkan dia.
Dan bila peti undi dibuka pada 26 Ogos 2008, Abdullah Badawi pasti akan senyum lebar, Najib Razak tentu akan happy gila, Jeanne pun turut terkinja-kinja… BN diumumkan menang dengan majoriti 500-600 undi!!!
– dipetik daripada http://politica-net.blogspot.com
Hantu-hantu ini bukannya jenis import. Tapi hantu made-in-Malaysia. Hantu-hantu ni jenis special, jenis elit, jenis hantu setia yang tak makan tuan.
Ikut congak dan kiraan taukenya, kalau semua hantu-hantu ni diberikan ancak ayam golek dan pulut kunyit yang secukupnya, mereka pasti akan menggila habis di Permatang Pauh.
Hantu-hantu ni akan pastikan Anwar tergolek, tergelempang dan terkejang-kejang sampai tak ada satu bomoh pun boleh pulihkan dia.
Dan bila peti undi dibuka pada 26 Ogos 2008, Abdullah Badawi pasti akan senyum lebar, Najib Razak tentu akan happy gila, Jeanne pun turut terkinja-kinja… BN diumumkan menang dengan majoriti 500-600 undi!!!
– dipetik daripada http://politica-net.blogspot.com
18 comments:
siapa menang tak penting..lebih baik tumpukan pada pemilihan umno.cari jalan untuk tukar kepimpinan yang ada.pasal permatang pauh nie andai anwar menang bakal tergadai la nasib bangsa melayu..klu bn menang plak bertambah ego la pak lah.jd baik di biarkan.kadang2 kita tgk macam ada deal je..politik mcm2 boleh berlaku.
suaraperubahan.
Salam,
Ini barangkali permainan politik kotor yang kita tidak jangka atau di luar jangkaan.
Tapi biarlah kita tunggu dahulu perkembangan selanjutnya.
Alah...bukan perkara baru - semua org tahu. Kat mana2 kaw. pun dulu ada hantu. Dah yg kat atas tu pun kepala hantu, tak heran kalau kat Ptg. Pauh pun akan bersepah hantu!
Kotor!!!
DSAI TETAP MENANG...YANG MENJADI PERSOALAN BERAPA MAJORITINYA. HAL INI DEMIKIAN KERANA BANYAK SANGAT PERISTIWA KEBETULAN, TIBA-TIBA, DAN DOSA FITNAH SEDANG MELANDA DI PERMATANG PAUH DAN NEGERI-NEGERI YANG DIKUASAI PAKATAN.
ps: Saudara Iron Bone ada cerita di balik kes BPR di Perak: http://www.malaysiawaves.com/
Rancangan kebatilan akan hancur dengan rancangan kebaikkan selagi kita ikhlas di Jalan Allah.
Mengapa masih ramai melayu yang curiga dengan bangsa melayu? Yang ku hairan, mereka tidak curiga dengan melayu yang selama ini memimpin untuk kepentingan sendiri, melayu yang menjadikan Islam sebagai tempelan, melayu yang kita lihat ahli keluarga sendiri pun tak tahu nak tarbiah, melayu yang kristian, melayu yang sister of islam, melayu yang solat 5 waktu sentiasa diringankan, melayu yang suka kepada hiburan.. Nah.., tepuk dada tanya akal, tanya iman, melayu bagaimana yang saudara hendak pilih sebagai pemimpin ke jalan yang benar?
Kalau isu liwat dijadikan sandaran, sudah nyata ianya isu buatan, kalau agen amerika/yahudi jadi bualan, ternyata ia hanya presepsi dangkal dan fitnah besar yang segaja diperbesarkan, tiada bukti tiada kebenaran, hanya media menjadi pengaruh kepada benak otak saudara, melayu yang ketinggalan, melayu di bawah tempurung..
Wahai melayu yang belum perasan, kenapa bodoh sangat buat pilihan, Allah dah ajar cara terbaik, solat Istikharah dan hajat jadikanlah amalan, agar saudara tidak silap memilih Tuan.
Ayuhlah rakyat Malaysia sekelian, melayu Islam, cina Islam, india Islam dan asli Islam!! Semua Orang Islam Wajib bangun mempertahankan akidah, bukannya bangsa saudara yang memperlekehkan Islam.
Wahai melayu yang mudah lupa, cuba lihat sekeliling kita, siapakah yang jatuh menjatuh, dengki khianat, santau menyantau sesama kita? Bukankah melayu juga bangsanya? kenapa teruk sangat kita beriya-iya memperjuangkan bangsa? Jangan lupa semua, kerana perjuangan bangsalah, sistem Khalifah hilang di dunia!!
Umno parti orang Melayu.
Bukan satu hal rahsia, ramai pemimpin UMNO suka berpawang suka berbomoh.Kebanyakan pawang dan bomoh ini pula bertuankan hantu dan puaka.
Maka apa nak herankn jika pemimpin UMNO jika menang PRK dengan undi hantu dan puaka.
Datuk Ron,
Masyarakat Cina di Malaysia baru saja selesai sambut 'sembahyang hantu lapar' 2 minggu lepas. Tak sangka pulak masih banyak hantu yang 'lapar dan kebulur' berkeliaran di PP. Agaknya habuan yang dipersembahkan oleh masyarakat cina yang memuja 'hantu lapar' tahun ini kurang lumayan berpunca dari kos barang yang tinggi - inflasi. Kerana itu hantu2masih lapar!!
Saya tertarik kepada satu cerita/berita yang juga berlaku dan ada kaitan dengan PRK PP, iaitu tuntutan saman malu RM10juta oleh DSAI keatas Datuk Hamzah Zainuddin berpunca dari kenyataan Hamzah bahawa isterinya pernah 'dikacau' oleh DSAI 10 tahun dulu. Bagi saya ini merupakan satu lagi 'hantu' yang patut kita beri perhatian. Kalau tak salah saya, orang yang sama pernah buat cerita ini dalam sodomy 1 pada 1998 tetapi 'kurang laku'. Saya agak pelik bagaimana seorang suami dengan bangga dan penuh semangat menjaja cerita bininya 'dikacau' orang lain, terutama kepada suratkhabar. Agaknya mereka telah dirasuk oleh 'hantu2 lapar' yang tidak kenyang2 walaupun telah dijamu pelbagai juadah selama ini.
Kata arwah Tompel.. Ingatkan anak menantu, anak hantu rupanya!!
Salam Datuk,
Saya sependapat dengan saudara Khairul. Kita semoleknya lupakan soal pusing musing PRK (Anwar) dan kepimpinan lemah Pak Lah mengetuai BN, kerana dua insan berupa hantu inilah sebenarnya telah mencipta banyak krisis politik negara sehingga menimbulkan banyak prejudis.
Anwar tidak akan dapat membentuk "kerajaan impian" beliau andai menang PRK PP sekiranya AP di kalangan UMNO khususnya setia, dengan kata inginkan perubahan bukan sahaja kepada kepimpinan kerajaan Malaysia hari ini malah kepada kepimpinan parti UMNO bersama-sama. Jadi kenapa perlu beralih arah sehingga menghancurkan kerajaan dan parti serentak? Tidak kah terfikir jalan terbaik dengan "rebranding" kepimpinan parti UMNO Disember ini kerana itu tunjang kepada merubah intipati pentadbiran Kerajaan lintang pukang hari ini seterusnya meredakan gelombang politik tanahair yang semakin hari biru. Haru tatkala kepimpinan lemah Pak Lah, bertambah pula biru setelah pembebasan Anwar yang drastik menjalankan politik non-etika.
Jadi mahukah kita mengangkat kedua-dua pemimpin bermasalah ini untuk menambah cipta permasalahan lagi kepada negara? Tepuk dada tanya iman, kerana itu jalan terbaik kearah keamanan.
Wasalam.
badr
Cerita hamzah zainudin dok jaja DSAI cuba mengurat isterinya ini memang menarik pada tahun 1998 dulu.
Si Hamzah ini dakwa bahawa beliau ade rakaman perbualan DSAI mengoda isterinya melalui talipon.
Pita rakaman itu dijaja merata tempat, kalau tak silap saya, pita ini dimainkan di mahkamah.
Setelah dianalisa, pihak DSAI dapat membuktikan bahawa suara yang didakwa DSAI bukan suara DSAI. Maka berkecailah dakwaan Hamzah.
Jadi terpulanglah kepada pembaca sekalian untuk menilai si hamzah ini.
Pada masa beliau membuat tuduhan pada 1998 itu, si hamzah ini sedang menghadapi masaalah kewangan yang terok juga kalau saya tak silap. Dia juga pernah digantung jawatan ketua bahagian ipoh timur ( barat? saya atk pasti) kerana mengamalkan politik wang.
--------------------------------
Kehadiran hantu-hantu yang memenangkan BN, khususnya UMNO bukan perkara baru. Penglibatan polis dan SPR dalam membantu hantu-hantu ini membuang undi memang diketahui umum.
Kalau orang kata Polis dan SPR adalah parti komponen yang ke 15 dan 16 BN - orang dah tak heran lagi.
Tetapi konspirasi untuk memerangkap 2 EXCO PKR di Perak oleh BPR, jika benar, adalah satu perkembangan yang merisaukan kita dan memang patutu merisaukan kita rakyat malaysia.
Persoalannya - sekotor inikah UMNO sanggup buat semata-mata hanya untuk menghapuskan DSAI? Menarik dan menggunakan agensi kerajaan dalam permainan kotor persaigan politik adalah satu tindakan merosakkan negara yang tidak boleh dimaafkan.
Kedua, ia menunjukkan kebangkrapan idea dalam menghadapi persaigan politik oleh UMNO. Jadi kalau benda ni pun dah bengkrap idea, macamana nak pulihkan ekonomi yang makin parah. Bagaimana nak memrintah dengan adil dan saksama.
Mapuih!.....hancur nrgara! Dan kita sebagai rakyat, jika sayangkan masa depan anak cucu kita, WAJIB nyahkan UMNO dari pucuk pemerintahan.
bat8
Kita yang jadi kacang hantu, asyik bergayut di blog..
Datuk,
Marilah kita gerakkan suara pemuda-pemuda UMNO seluruh Malaysia untuk mencalonkan dan mengundi Datuk Mukhriz bin Tun Mahathir sebagai Ketua Pergerakan UMNO Malaysia.
Beliau lebih matang dan lebih berwibawa dari Saudara KJ.
alaaa....ini baru spekulasi.belum tentu lagi pun.kita tunggu la keputusan pilihanraya nanti.jangan cuba nak cetuskan "irrational fear" dikalangan penyokong PR dan UMNO/BN.
DATUK BUKA HANTURAYA57 ADA KOMEN. LEPAS MERDEKAKAN HANTU DI PERMATANG PAUH, MAKA PESTA LELONG MARUAH DAN KUASA MELAYU AKAN DIBUAT BERSAMA "KABINET BABI" DALAM ROCKYBRU TU.
Anwar Ibrahim dilabelkan olih pemimpin umno (baru)dengan berbagai ejen. Dari tahun 1998 sampailah sekarang. Sungguh hebat manusia bernama Anwar ini. Ejen 007 James Bond pasti tabik 7 kali kat beliau. Ejen-ejen tersebut:
1. amerika
2. yahudi
3. taliban, Qulbuddin Hektamayar
4. cia
5. Indonesia
6. kaum cina
7. kaum india
8. hindraf
dan yg terakhir dan terkini..ejen kristian.
Cuma belum dengar lagi ejen amway,zhullian..mungkin sehari dua ini kot!!. Itulah hebatnya Anwar Ibrahim.
Salam,
Biasala melayu, nama je bangsa melayu mana boleh hidup tanpa bersahabat dengan hantu. Menang ke kalah DSAI bukan jadi hal yang pasti kalau menang kemungkinan telongkoplah UMNO dan Barisan Nasional kalau beliau kalah akan telongkoplah jua UMNO dan Barisan Nasional dan terbongkar segala perbuatan jahat.
Pekara yang jahat akan terbongkar kelak dan mereka akan dicaci oleh anak cucu mereka sendiri.
Fikirkan lah wahai sedara ku seislam semua (saya tak nak guna semelayu sebab saya benci dengan hal yang melibatkan bangsa ni)Seislam lebih baik. fikirkan lah kembali lah ke pada jalan Al-Quran dan Hadis itu yang terbaik.
DSAI akan menang kerana pengaruh Anwar Ibrahim amat kuat di sana. Sentimen rakyat yang menyanggah kepimpinan Abdullah semakin membarah!
Saya dapat sms tadi, Anwar solat Jumaat di satu masjid, kebetulan ada Dato' Arif dan Khairy pun sama. Ramai yang berkerumun kepada Anwar..tetapi mereka berdua tidak popular..
BN kalah krn BN kufur nikmat yang diberikan oleh Allah SWT selama ini.
Sebagai anak muda, saya kecewa dengan UMNO dan BN sekarang. Hanya PR-13 akan memberi ruang kepada saya untuk lakukan undi protes!
Pemilihan UMNO perlu dilupakan sementara waktu. Tolak wang, rasuah dan kronisma!
http://gunungraya.blogspot.com/
Senario politik sekarang dah tak menentu tak macam zaman kerajaan Tun Dr. Mahathir. Saya rindukan zaman beliau. Semoga kita tidak akan dijajah dan tidak menjadi pengemis di bumi sendiri.
Post a Comment