Saturday, August 23, 2008

NAJIB BERSUMPAH TIDAK KENAL DAN TIADA KAITAN DENGAN ALTANTUYA

BUKIT MERTAJAM, 22 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Najib Tun Razak bersumpah secara Islam di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini malam ini bahawa beliau tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu yang mati dibunuh pada 2006 di Puncak Alam, Selangor.

Timbalan Perdana Menteri itu berkata: "Walaupun ini bukan sumpah rasmi yang dibuat atas Al-Quran.

"Dengan nama Allah, Wallahi, Wabillahi, Watallahi, saya tidak kenal dan tidak ada kaitan dengan perempuan Mongolia," katanya pada akhir ucapannya di majlis penyampaian bantuan RM1.4 juta di Masjid Jamek Guar Perahu dekat sini.

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newspolitic.php?id=354593

28 comments:

wira said...

Bersumpah dengan nama Allah tidak ada rasmi atau tidak. Yang ada adalah niat baik yang ada didalam diri mereka yang membuat sumpah tersebut. Jika betul niatnya alhamdulillah baik untuk dirinya. Jikalau niatnya disebalik itu musibah yang akan ditanggungnya. Ketentuan Allah jangan dipertikaikan balasan tetap akan berlaku diakhirat, namun balasan Allah boleh terjadi semasa hayat didunia untuk dijadikan iktibar bagi semua umat. Maka ingatlah pertingkatkan iman kita seperti yang kita berdoa tiap tiap kali kita solat sekurang-kurangnya lima kali sehari.

mn said...

Salam Datuk,

Insyallah jika dimakbulkan Allah, selepas ini kita boleh saksikan:

a. Siapa makan sumpah

b. Siapa termakan sumpah

c. Siapa kena sumpah

Sang Rajuna said...

Salam,

Najib bersumpah?
Mudah-mudahan ada orang UMNO (lagi bagus ulama UMNO) yang percaya.
Dengan itu, apa yang beliau lakukan tidaklah sia-sia!

Sal said...

Saya rasa amat jemu dengan isu-isu sumpah. Suatu tindakan yang amat-amat bodoh yang dilakukan oleh TPM merangkap Menteri Pertahanan Malaysia. Pertama, orang bukan muslim akan ingat senang sungguh agama Islam ini, cukup dengan sumpah maka orang tu lepas dari kesalahan. Kedua, selepas ni semua perogol-perogol dan pembunuh-pembunuh akan bersumpah juga. Kalau TPM boleh sumpah dan tidak kena siasat, mereka pun patut terima layanan yang sama.

Oleh itu saya rasa, Majlis Fatwa patut mengeluarkan Fatwa cara sumpah yang betul dalam Islam dan sekiranya sumpah itu diterima, maka orang itu bebas dari segala tuduhan. Barulah, sumpah itu ada makna, kalau tidak, setakat manis dimulut sahaja dan tak beri apa-apa makna.

Sekiranya tidak ada undang-undang yang membebaskan orang yang kena tuduh sekiranya dia bersumpah, maka orang yang dituduh patut disiasat untuk buktikan dia tidak bersalah. Apalagi melibatkan kes pembunuhan.

Saya memohon kepada semua rakyat Malaysia agar berdoa agar Allah melaknat semua pemimpin yang menipu rakyat, mencuri duit rakyat, membunuh, meliwat atau apa sahaja kezaliman. Tidak kira dari parti mana, kita berdoa agar Allah hapuskan semua pemimpin yang tak guna dari muka bumi ini. Tidak perlulah orang tu mengangkat sumpah, di dunia atau diakhirat, dia akan terima juga laknat dari Allah s.w.t.

Sal said...

Satu lagi SD telah didedahkan oleh RPK di website Mayasia-Today. Nampak gayanya TPM perlu bersumpah lagi.

Mika Angel-0 said...

Sekarang eloklah dipersilakan Datin Seri pula.

Mungkin cerita sebenar tsunami politik datang melanda Barisan Nasional akan jadi kenyataan tak lama lagi.

Tsunami berbahaya baik dilaut mahu pun yang di darat. Banyak nyawa akan hilang.



Siapakah 'the hero to save the day?'


Dalam dunia ini Al-Qur'an mengajar kita kenali Muslim, Munafik, dan Mukazhibin. Hanya tiga jenis manusia sahaja walau beratus bangsa dan bahasa.

Najib ini lemah pendirian.

UMNO PARTI PENJARA said...

Takyahlah main sumpah2 ni :)

Janganlah 'kondem' lebih2 kat Najib ;)

Kesian ke dia :(


Jemput ke selingan menarik ;)
http://teampemudaumno.blogspot.com
http://pro-faizal.blogspot.com

King-Fx said...

Alahai Dato'

Apa nak diherankan, Abu Jahal dan penduduk musyrikin mekah dulu pun bersumpah dgn nama Allah jugak.....

Abdullah Bin Ubai ketua munafikin pun sama jugak...

Kita tunggu dan lihat siapa yg bakal kena sumpahan.

Akar Umbi said...

Dato' Ron

Saya rasa Dato' lebih arif tentang proses sumpah dalam politik.

1. PERAKUAN BERSUMPAH - Bebas muflis.
2. ANGKAT SUMPAH - Bila pegang jawatang
3. BERSUMPAH - bila kena fitnah
4. KENA SUMPAH - bila orang dah mula benci

Cucu Tok Selampit said...

Nur,

Tak payahlah baca RPK punya blog dan berpegang kepadanya semata-mata. Blog itu tak lebih dari blog sampah. RPK merupakan orang yang paling banayk bersumpah di Malaysia. Apa nak ditakutkan dengan saman. Dia telahpun bangkrap dari segi kewangan dan idea.

Unknown said...

Salam Datuk,

Sungguh murah sekarang harga sumpah Islam di sisi Melayu. Inilah dikatakan bilamana cara Islam diambil mudah oleh orang Melayu itu sendiri. Bahananya Islam yang akan dipandang hina. Penghinaan telah pun berlaku, punca Melayu juga. Hampa.

Datuk, a regular Joe like me dah penat lihat gelagat orang2 UMNO. Nak pula bila dah main bersumpah sebegini. Martabat Islam dijaja seperti kacang putih. Tak boleh dibayangkan apa bala Tuhan yang akan menimpa, Islam diperlakukan sewenang begini.

I cannot ask anybody else to stop this nonsense Datuk, except from an UMNO person like yourself. Please help us regular Joes out here. We are tired of this nonsense already.

This nonsense has to stop. Melayu tidak mampu memartabatkan Islam, selagimana Melayu itu ambil mudah Islam. Islam sehingga kiamat akan memartabatkan tidak sahaja Melayu, bahkan umat manusia sekiranya Islam menjadi pegangan pemerintah yang beriman kepada Tuhan yang satu.

Wassalam.

Quantum Metal Consultant said...

Antara manusia dengan Allah, tidak ada hijab - berurusan secara langsung dengan siaran langsung.

Bersumpah dengan Allah samalah juga berdoa, sumpah dan doa yang baik insyaAllah dimakbul jika tidak sekarang, akan datang, di dunia atau di akhirat.

Adalah menjadi hak sesiapa untuk menyerahkan segala galanya kepada Allah.

Dan yang lebih penting siapa 'kamu' untuk mempertikaikan doa dan sumpah orang lain sedangkan 'kamu' jauh dari realiti yang berlaku.

Ingalah, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Biarlah individu itu memilih jalannya sendiri untuk menyerahkannnya kepada Tuhannya sendiri.

Salah atau betul, bukan urusan 'kamu.

Masmanja said...

Maklumat pihak atasan yang saya tahu memang Najib tidak bersalah dan difitnah oleh Anwar. Tapi malangnya peribadi Najib sendiri yang lemah dan kena queen control, jadi tak hairan dia senang diperlekehkan. Persoalan yang hakiki ialah inikah pemimpin pengganti yang mampu membawa kita ke mercu kejayaan?

Bagi seorang Melayu, memang kita diajar sumpah tidah boleh dipermainkan. Jadi, terimalah hakikat memang Najib tidak bersalah.

Syahir said...

kita wajar untuk tidak menyokong perjuangan parti all seeing eyes of Illuminati!

Syahir said...

Saya berpendapat Najib amat relevan untuk merubah situasi negara yang kini parah dibawah tampuk kepimpinan flip flop Abdullah. Kita merindui saat keamanan sejak zaman Tun Razak hingga Dr. Mahathir Mohamad..

Beyta said...

Raja Petra pon patut bersumpah macam ni... Asyik bising ngan tuduhan ajer tapi tak pernah nak tunjuk bukti.. ape dier tak tau ker yang rakyat MALAYSIA ni dah penat nak dengar tuduhan dier pastu disusuli cakap2 ader bukti.. tapi sampai detik ni, tak der satu pon bukti pon ditunjukkan nya...

kudakepang said...

Komen di bawah ini adalah kiriman blogger Abe Mie. Saya siarkan semula komen ini setelah delete hanya satu perkataan yang mungkin boleh menyebabkan rasa tidak sedap hati pihak terbabit. Sorry Abe Mie. – Ruhanie Ahmad

SEMASA AZIZAH UMUM PERLETAKAN JAWATAN, HAMPIR 110% ORANG PERCAYA ANWAR AKAN MENANG DENGAN SELESA. Namun berlaku, tsunami dengan tiba-tiba membongkarkan permasalahan dan jenayah yang dilakukan oleh Anwar oleh pihak tertentu MENYUKARKAN aNWAR xxxxxxxx menang di PP.

persoalan
1. Bagaimana dengan undi protes PAS kepada Mat Jenin?

2. Orang Cina lebih tertarik kepada calon BN yang boleh cakap mandarin.

3. Anwar diserang kiri kanan. Sebelum ini mereka tidak pernah terbayang serangan yang begitu hebat.

4. PAS sudah tak wujud di PP? Nik Aziz kelibatnya semasa penamaan calon sahaja. Penyokong PAS diam aje, mana pergi?

5.Pendedahan oleh Nala, Ezam, Datuk Hamzah Zainuddin, konsul hormat Moggolia pasal PENIPUAN ANWAR bagaimana?

6. Debat oleh Ketua Menteri dan Bekas KM, bukti kejayaan Koh Tsu Koon menjawab persoalan rasuah dan masalah tanah di Pulau Pinang.

(ada banyak lagi. JOM jumpa abe MIE di website)

http:..pkrpasdap.blogspot.com

SELAMAT MENGUNDI KEPADA YANG BERDAFTAR.
(abe MIE) 8/24/08

politica said...

Sunday, August 24, 2008
SUMPAH DAN SUMPAH-SUMPAH

Kisah manusia bersumpah kini hebat dan menarik. Semalam, Najib pun dah bersumpah. Mengapa tiba-tiba je TPM kita bersumpah? Nak ikut trend anak muda yang bersumpah baru-baru ni? Nak kutuk Anwar Ibrahim yang kononnya tak berani bersumpah? Nak paksa Khairy supaya bersumpah? Atau, nak paksa Abdullah Badawi turut bersumpah atas macam-macam hal mengenai dirinya dan keluarganya?

Masa kecil-kecil dulu emak saya marah kalau saya bersumpah yang saya tidak itu atau saya tidak ini. Katanya, kalau salah, cakap salah. Kalau tidak, cakap tidak. Berani kerana benar, takut kerana kalah. Buat apa nak sumpah itu dan sumpah ini? Pasal kita bersalah? Pasal nak kena makan sumpah? Pasal nak jadi sumpah-sumpah?

Tau tak apa dia sumpah-sumpah? Tu, binatang jenis cicak yang pandai terbang tu! Binatang ni boleh tukar warna sekujur badannya. Kalau dia hinggap di rimbunan daun hijau, warna badannya jadi hijau. Kalau dia sedang merambat di batang kayu, warna badannya macam warna batang kayu. Kalau dia di atas tanah, warna badannya ikut warna tanah.

Kenapa macam tu? Sebab binatang ni nak hidup, nak selamatkan nyawa dia dari dibunuh oleh mana-mana pihak yang nak bunuh dia - binatang liar lain ke, anak-anak nakal yang hanya nak bunuh dia cara suka-suka ke, orang yang dengki dia ke!! Macam-macam sebabnya. Pokoknya, sumpah-sumpah begitu feelnya pasal dia nak hidup.

Jadi, kalau sapa nak bersumpah demi Allah, bersumpahlah. Itu hak masing-masing. Kita kena hormat. Tapi, jangan jadi macam mengkarung atau sumpah-sumpah yang tukar warna badannya semata-mata kerana nak hidup!!!


Posted by politica at 2:58 AM

Unknown said...

Saya tertarik hendak mengatakan di sini, bukan sumpah Najib yang kita perkatakan. Dia nak sumpah laknat ke, nak sumpah apa ke, terpulanglah.

Tetapi perkara pokok yang kita cukup bimbang adalah, kita takut Islam mula dipandang remeh dek kerana sikap Melayu itu sendiri yang tidak reti dan tidak tahu serta tiada ilmu dalam bersumpah secara Islam.

Sekarang sumpah sudah menjadi semacam trend. Melayu punya trend, Islam dapat nama buruk.

slyderrose said...

Bila ada pilihanraya kecil PP ramai yg bersumpah. Untuk apa ini semua?. Nak meraih simpati pengundi?. Nawaitu pun dah tak betul. Kalau jujur kenapa tidak dibuat sebaik tuduhan dibuat? Kenapa sekarang?

Dalam Islam tak ada sumpah pun yg ada sumpah suami isteri.

Unknown said...

Dear Dato' Ron,

As a business woman and a regular person here, me and all my business friends are tired to see our leaders fight for themselves. Honestly, no. 1 and 2 here have to quit to give way to a more fair election. Let the people decide what is best for the country. The real culprit here is UMNO.You of all people should realise how dirty UMNO is and this sumpah thing is really nothing to them. Especially for those who seek hindu or budha monks to secure powers.

Thru' UMNO, Malays learn to lie, to bersumpah whenever they like and memfitnah anytime they like. That's what future generations especially the malays will learn from UMNO leaders. sham on them.

perjuanganku said...

sumpah... aku sumpah kau jadi... tu dulu-dulu kala. sekarang aku sumpah... aku... tak...wallahualam

perjuanganku said...

sumpah dulu2.... aku sumpah "kau"..... sekarang... aku sumpah "aku" wallahuhalam

Mika Angel-0 said...

Bukan apa cuma yang beesumpah itu angan-angan berlatih mahu jadi Perdana Menteri.

Unknown said...

Dato' Ron,

Tonite we have seen and heard beautiful rendition of Quran verses at Tilawah Quran. But I don't see any of UMNO leaders at the Tilawah...oh ya, Najib is busy strategising on how to fitnah Anwar, Ezam is building himself to be a munafikin and of course our PM is smiling to see his nation busying killing each other.

Allahuakbar.

Tayadih Maysia said...

SALAM DATUK,

SELAGI BELUM ADA YANG KENA PANAH PETIR, SELAGI ITULAH ORANG BERANI BERSUMPAH...KERANA DUNIAWI MANUSIA SANGGUP BUAT APA-APA SAHAJA.

INGAT DUNIA SEBELAH "SANA"!

politica said...

POLITICA DAN POLITIK MALAYSIA

POLITICA yang beralamatkan http://politica-net.blogspot.com wujud sejak setahun yang lalu. Hari ini POLITICA ada blog kembarnya bernama Warta Malaysia di alamat http://wartanegara.blogspot.com

Sila kunjungi kami setiap hari. Terima kasih. - Politica

Unknown said...

It was rumoured that Rosmah Bebi has fled to US just in case Anwar menang...she didn't even come home for her father's funeral.

Ya Allah, kembalikan kedaulatan negara ini dengan membawa mereka ke jalan benar dan pembunoh dan perancang pembunohan ke penjara.