Sunday, August 03, 2008

MUHYIDDIN UMUM PERTAHAN NAIB PRESIDEN UMNO

KUALA LUMPUR 3 Ogos – Tan Sri Muhyiddin Yassin menawarkan diri untuk bertanding mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO pada pemilihan parti Disember ini.

Dalam kenyataannya yang dikeluarkan di sini hari ini, beliau berkata, keputusan itu dibuat atas kesedaran untuk menjamin keutuhan parti selain menghormati pelan peralihan kepimpinan yang dipersetujui oleh Majlis Tertinggi (MT).

``Saya sedar ada kemungkinan bahawa keputusan saya mengecewakan sesetengah pihak dan ahli di beberapa peringkat, namun ingin saya tekankan bahawa setiap perjuangan memerlukan pengorbanan dan suara serta sokongan mereka akan sentiasa saya hormati dan hargai,’’ katanya. – Utusan On-line, 3 Ogos 2008, 3:59pm

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=0803&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_06.htm

16 comments:

mn said...

Salam Datuk,

1. Wal hasil balik asal ?

2. Ternyata 'Politik Melayu' tidak boleh terpisah dari 'Kepentingan Periuk Nasi'.

3. Ia mengatasi kepentingan Agama, Bangsa dan Negara. Oleh itu hentikanlah bercakap soal perjuangan DEMI agama, bangsa dan negara.

http://suarasukj.blogspot.com

lamandau said...

We respect your decision TSM!!

Gagak di Rimba said...

Dalam budaya politik Melayu bukanlah mudah untuk seseorang mengambil sikap "melawan taukeh".

Apatah lagi dalam UMNO telah ada pelan peralihan kuassa dua tahun lagi antara Abdullah dan timbalannya Najib.

Jika TSM memilih bertanding jawatan presiden atau timbalan presiden pada tahun ini, beliau mungkin akan dilihat sebagai seorang yang tidak sabar dan agak kemaruk untuk mengejar kuasa.

Oleh itu, dalam pilihan yang sukar dan terhad, beliau terpaksa menunggu di tempat ketiga, dan kalau bernasib akan berpeluang naik ke tempat kedua.

Ini mungkin bukan pilihan yang terbaik, tetapi sebenarnya itulah pilihan yang realiistik dan pragmatik untuk beliau.

Unknown said...

as predicted.
the question is how much.

mata-mata pencen said...

Salam Dato' Ron

Kami hormati keputusan TSMY untuk tidak menawarkan diri bertanding jawatan yang lebih tinggi tetapi hanya ingin mempertahankan jawatan Naib Presiden sahaja. TSMY boleh bagi bermacam sebab dan alasan untuk berbuat demikian tetapi saya tetap melihatnya sebagai 'play safe'. Kaedah 'play safe' atau 'pilih jalan selamat' tidak semestinya akan selamat wahai TSMY. Satu analogi sahaja...dalam permainan bola sepak pasukan yang bermain selamat seperti semua pemain berkumpul di hadapan gol sendiri dengan harapan penyerang pasukan lawan tidak mempunyai ruang dan peluang untuk menjaringkan gol merupakan pasukan yang membosankan.

Pasukan lawan mungkin sukar untuk menjaringkan gol tetapi pasukan yang 'play safe' juga sudah pasti tidak akan menang apabila striker menjadi fullback dan langsung tidak mencuba untuk membuat jaringan. Akibatnya dalam perlawanan yang akan datang maka penonton pun tak berminat untuk membeli tiket untuk menonton pasukan tersebut bermain dan yang paling membimbangkan jika pun ada penonton, mereka akan melontar batu kepada pemain. Jadi TSMY jangan terkejut kalau dalam PRU 13 nanti TSMY juga akan menerima nasib yang sama iaitu bukan sahaja kehilangan undi tetapi ditolak oleh penyokong setia sendiri. Lihatlah apa yang telah terjadi kepada MB di sebuah negeri di Lembah Klang, negeri yang paling maju di Malaysia dan beliau adalah MB yang paling glamer. Kini hanya jadi pembangkang. Maka eloklah TSMY berfikir semula. I guess your mental faculty is bigger and better than the one that belongs to The Sleeping Monk. So prove me wrong Tan Sri.

CULA TUPAI said...

Yg Berbahagia Dato'
---------------------
Pandangan Saya "DIA" TAK ADA TELOR...Dan Saya setuju dengan pandangan sukj....

Orang Melayu tak perlu pemimpin macam ini ???? semua pemimpin UMNo sama ajaaaaa .... sebab itu semua rakyat malaysia tak kira melayu, cina mau pun india, kadazan wajib memberi sokongan kepada DSAI dan Pakatan Rakyat.

politica said...

WAJARKAH KITA SALAHKAH MUHYIDDIN?

Saya terkejut dengan keputusan Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa beliau hanya akan mempertahankan jawatan Naib Presiden UMNO dalam pemilihan parti pada Disember 2008 ini.

Saya juga turut kesal dengan kenyataan beberapa rakan surfers dan bloggers yang melemparkan pelbagai kenyataan kesat terhadap Muhyiddin berkaitan keputusan tersebut.

Oleh itu, saya ulang-siar komen saya pada Sabtu, 20 Julai 2008, berasaskan posting Datuk pada 19 Julai 2008, dengan jodol MUHYIDDIN PERTAHANKAN KERUSI NAIB PRESIDEN, seperti berikut:

Sebagai anak Johor saya rasa kecewa dengan keputusan Abang Din. Tapi keputusan dia memang tepat. Saya yakin keputusan ini diambil setelah ditimbang dan dikaji implikasinya kalau Abang Din tanding Timbalan Presiden atau Presiden UMNO.

Tapi, kita kena ingat. Isu peralihan kuasa yang kini dipolitikkan oleh Abdullah Badawi adalah cadangan Muhyiddin. Cuma Abdullah tak dengar cakap. Orang nak dia kosongkan kerusi Presiden UMNO dan PM Disember 2008 ini. Tapi, dia nak sambung sampai dua tahun lagi.

Jadi, macam mana kita? Nak marahkan Abang Din pasal tak menongkah arus? Kalau dia menongkah arus dia akan hanyut. Kalau dia bertahan di jawatan hari ini, Insya Allah dia menang dan boleh terus bersuara demi agama, bangsa dan tanahair.

Kita kena ingat, untuk pertahankan jawatan yang ada pun Abang Din akan diasak oleh banyak calon lain. Dari Johor sekurang-kurangnya empat lima orang. Ada Khaled Nordin, ada Syed Hamid yang hari ni nampak sangat berlagak dengan kuasa KDN, ada Hishammuddin, ada Shahrir Samad. Tapi kalau YAB Ghani tunjukkan sokongannya pada Abang Din, warga UMNO luar Johor mesti respect Abang Din dan Ghani.

Pada peringkat kita warga siber, kita hanya mampu menghormati keputusan Abang Din ini. Kita juga pohonkah restu Allah SWT semoga Abang Din beroleh kejayaan. Insya Allah! - Politica, 20 Julai 2008, 12:33 AM

Tambahan: Oleh kerana Perwakilan Bahagian yang bertanggungjawab mencalonkan sesiapa ke jawatan tertinggi UMNO hanya akan bermula selepas Hari Raya Aidil Fitri kelak, sama-samalah kita doakan semoga Abang Din berubah fikiran dan bahagian-bahagian pula membuat keputusan muktamad mencalonkan Abang Din ke jawatan Presiden UMNO atau pun Datuk Seri Najib Tun Razak atau Tengku Razaleigh Hamzah selaku Presiden UMNO dan Abang Din selaku Timbalan Presiden UMNO.

Banyak cawangan yang telah membuat usul menyanggah kepimpinan Abdullah pada hari ini wajar berusaha keras supaya hasrat di atas tercapai. Kalau tidak, jangan jadi umpama anjing menyalak bukit!

CUCU TOK KEDU said...

Dato Ron yang dihurmati.

Kesimpulan sudah dibuat! Jawapannya yang jelas: MAHYUDDIN YASSIN PENGECUT! Buang masa saja ahli UMNO menaruh harapan padanya untuk memulihkan UMNO.

Unknown said...

Saya pun anak Johor jugak. Saya amat kecewa dengan keputusan TSM ini. Saya cabar seluruh UMNO Bahagian di Johor dan seluruh negara calonkan TSM Presiden atau Timbalan Presiden UMNO. Kalau TSM tolak jugak, kita mandikan dia sampai lemas!!!!

Juraimi Zainal said...

Dah menjadi satu standard dalam UMNO.... tak kan berubah pun untuk selamanya....

nordin said...

Dato'

Amat mengecewakan apabila TSMY hanya berminat kerusi no 3 UMNO sehingga dianggap
- sekadar menjaga kepentingan periuk nasi sendiri
- takut melawan taukey
- atau TSMY dibayar untuk tidak menentang jawatan presiden

Sekiranya rumusan diatas ada kebenarannya tak perlu lah TSMY sebuk kesana sini kononya berjuang untuk nasib orang melayu kerana TSMY sama seperti Pak Lah dan Najib yang semakin karam dengan masaalah rasuah serta peribadi yang amat menjijikkan hingga memalukan negara dan secara diam semakin tidak disukai oleh ahli UMNO.

Sedarlah TSMY dan bangkitlah dari tidur serta jangan asyik dibuai mimpi, perjuangankan lah nasib melayu UMNO dengan menawarkan diri menjadi presiden kerana
- ahli UMNO semakin bosan dengan kerenah, kelemahan dan ketidakmampuan Pak Lah menjadi presiden dan hentikan lah suara keegoan khairy yang akan lebih menghancurkan UMNO
- ahli UMNO akan merasa benar benar bodoh sekiranya masih mengekalkan Najib pada peringkat atasan diatas masaalah peribadi yang memalukan negara dan pimpinan UMNO
- untuk apa diharapkan pada Ku Li yang macam katak tidak setia dengan UMNO serta mempunyai rekod buruk didalam kerajaan dan sepatutnya bersara dari politik

Sedarlah TSMY, ahli memerlukan perubahan pucuk pimpinan dan kepercayaan sekarang hanya nampak dibahu TSMY untuk memikul amanah ahli dan rakyat khasnya dan janganlah sehingga TSMY dianggap anak johor yang takut melawan taukey.

LAWANLAH DAN AMBIL ALIH JAWATAN PRESIDEN DEMI KEPERCAYAAN SERTA AMANAH YANG DIBERIKAN SERTA JANGAN TAKUT MENETANG DEMI KEBAIKAN UMNO.

Unknown said...

Semua yg kononnya mengaku pemimpin dalam UMNO pentingkan diri sendiri.

Semua nak selamatkan diri sendiri, sbb tu taknak bertanding. Semua pentingkan kuasa sendiri, sbb tu Badawi pun x turun, yg lain x berani bertanding. Saya rasa UMNO akan pupus sebelum PRU akan datang.

Yang jadi ahli pun sbnrnya byk yg tak bayar yuran sbb dah bertukar ke parti lain seperti PAS dan ada sesetengahnya dah ada jawatan dalam PAS, tp masih dibayar yuran tahunannya oleh pemimpin peringkat cawangan.

Mmg betul kata Tun M, UMNO sekarang dah tak seperti dahulu.

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

Tan Sri Muhyiddin tarik hand break. Beliau yang paling lantang bersuara...akhirnya layu kerana menjaga kepentingan diri dan jawatan dengan menggunakan alasan kepentingan parti (kununnya)... tinggal lagi Ku Li. Yang lain berani separuh jalan dan kemudian mengkhianati orang Melayu dengan bersekongkol dengan "penjual": maruah negara, jajahan negara, dan maruah bangsa.

Kalau beginilah mentaliti pemimpin UMNO macam mana generasi baru nak pertahankan UMNO. Semuanya "yes man" dan penakut. Yang peliknya, bila buat fitnah dan dosa berani pulak....dunia dah terbalik

Tayadih Maysia said...

Salam datuk,

TAN SRI MUHYIDDIN,
BIAR KALAH DALAM PERJUANGAN SEKURANG-KURANGNYA KITA KALAH DENGAN MARUAH...JANGAN SESEKALI MENGALAH SEBELUM BERPERANG KERANA SEUMUR HIDUP ORANG AKAN CAKAP KITA PENGECUT. ADAKAH ANDA PENGECUT?

nordin said...

Dato'

Sampaikan salam pada TSMY jangan dibuai mimpi,ahli semakin tidak mempercayai pemimpin UMNO. Mengharapkan pemimpin yang dipercayai dapat membawa perubahan seperti TSMY sayangnya seorang yang hanya pentingkan periuk nasi sendiri serta takut kedepan.

Kalau Johor selama ini negeri yang selamat buat UMNO kali ini tidak lagi, kalau malam ini angkatan muda Muar akan berpaling ke PKR esok lusa seluruh angkatan muda Johor akan masuk PKR kerana tiada lagi pemimpin dari Johor yang dapat di percayai lagi dan TSMY teruskan lah dalam mimpi indah mu itu.

TSMY memalukan anak johor.

Hang-Jebat said...

Telah dijangka, seluruh ahli UMNO dan pemimpinnya akan kekalutan dan menggigil penangan PRU12 yang lalu. Mereka masih takut untuk melakukan tsunami dalaman. Strategi mereka terlalu defensive. Takut untuk menyerang secara teknikal ataupun secara serangan pantas. Hamba seru, wahai ahli UMNO yang yakin untuk mempertahankan Agama, Bangsa dan Negara, janganlah gentar. Buktikan UMNO wadah perjuangan yang murni.