MALAYSIA DILANDA KRISIS KEYAKINAN?
Hasil kajian – Voter Opinion Poll – oleh Merdeka Center yang diumumkan baru-baru ini seolah-olah membuktikan bahawa kepimpinan tertinggi Malaysia mutakhir ini sedang dilanda krisis keyakinan yang parah.
Hanya 7 peratus responden berpuas hati dengan cara Datuk Seri Abdullah melaksanakan tugasnya sebagai Perdana Menteri, 35 peratus agak berpuas hati, 17 peratus sangat tidak berpuas hati, dan 37 peratus pula agak kurang berpuas hati.
Pada waktu yang sama, hanya 8 peratus responden amat bersetuju bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak akan jadi Perdana Menteri yang baik, 26 peratus agak bersetuju, 21 peratus amat tidak bersetuju, dan 26 peratus lagi agak tidak bersetuju.
Hanya 10 peratus responden amat berpuas hati bahawa UMNO memperjuangkan aspirasi dan kehendak rakyat berbanding 25 peratus yang amat tidak berpuas hati. Responded yang agak berpuas hati adalah 26 peratus tetapi yang agak tidak berpuas hati adalah 33 peratus.
Mengenai kerajaan pusat di bawah Barisan Nasional (BN), 8 peratus responden berpuas hati berbanding 16 peratus yang sangat tidak berpuas hati. Mereka yang agak berpuas hati adalah 36 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 38 peratus.
Merosot
Rasa puas hati rakyat jelata terhadap perkembangan semasa ini merosot secara mendadak daripada 71 peratus pada tempoh 29 Februari - 4 Mac 2008 (sebelum PRU12), kepada 68 peratus bagi tempoh 5 Mac - 7 Mac 2008 (menjelang hari pembuangan undi PRU12), 44 peratus bagi tempoh 30 April - 5 Mei 2008 (selepas PRU12), dan 28 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008.
Kemerosotan ini banyak dipengaruhi oleh faktor ekonomi (59 peratus), jenayah dan keselamatan awam (25 peratus), rasuah dan penyalahgunaan kuasa (15 peratus) dan faktor politik (10 peratus).
Mengenai ekonomi, 24 peratus responden menyatakan pada tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008 bahawa ekonomi Negara adalah “favourable”. Angka ini menurun daripada 59 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.
Mengenai kedudukan ekonomi negara mutakhir ini berbanding tiga tahun lalu, hanya 19 peratus responden mengatakan ianya “favourable” berbanding 51 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008.
Kemerosotan keyakinan responden terhadap hakikat di atas adalah berasaskan pandangan mereka yang tidak “favourable” mengenai pendapatan peribadi (60 peratus pada tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 34 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), kos harga barang dan perkhidmatan (24 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 merosot kepada 8 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), peluang pekerjaan (merosot daripada 50 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 29 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008), dan peluang perniagaan (merosot daripada 49 peratus bagi tempoh 23 Februari - 27 Februari 2008 kepada 33 peratus bagi tempoh 4 Julai - 14 Julai 2008).
Anwar Ibrahim
Sementara itu, responden yang sangat berpuashati dengan kerajaan negeri di bawah Pakatan Rakyat adalah 9 peratus sementara yang sangat tidak berpuas hati adalah 13 peratus. Bagaimanapun, golongan yang agak berpuas hati adalah 48 peratus dan yang agak tidak berpuas hati adalah 10 peratus.
Mengenai tuduhan salah laku seks oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, hanya 11 peratus sahaja responden yang percaya sementara 55 peratus langsung tidak mempercayainya. Sementara itu, 8 peratus responden tidak memberikan apa-apa respon dan 26 peratus tidak tahu apa-apa.
Di kalangan responden Melayu, 11 peratus percaya dengan tuduhan salah laku seks membabitkan Anwar, 50 peratus tidak mempercayainya dan 31 peratus tidak tahu apa-apa. Di kalangan responden Cina, 11 peratus percaya dan 59 peratus tidak percaya. Di kalangan responden India, 13 peratus percaya dan 75 peratus tidak percaya.
Di kalangan seluruh responden, 66 peratus setuju bahawa apa yang berlaku adalah tindakan bermotif politik untuk menjejaskan kerjaya siasah Anwar. Hanya 13 peratus sahaja tidak setuju dengan kesimpulan ini.
Hasil kajian di atas mungkin tidak boleh dijadikan satu indikator mutlak kepada seluruh isu yang dikaji. Tetapi, cukup untuk rakyat jelata mendapatkan gambaran jelas sebagai asas kepada seluruh perkembangan siasah di Malaysia mutakhir.
Perincian kajian ini yang sepenuhnya boleh diakses menerusi http://www.merdeka.org/pages/Natl%20Poll%20July%202008%20-%20Release%20to%20Press.pdf – Ruhanie Ahmad

10 comments:
Malang sekali. Ketika suasana tenang, aman dengan ekonomi yang cergas awal-awal dulu , kita masih mencari ruang-ruang bagi menjana keyakinan buat Abdullah Ahmad Badawi.
Apatah lagi dalam keadaan tenat sebegini. Politik pun tenat, inflasi lagi tenat. Banyak yang tidak kena.
Abdullah seakan gagal. Bukan rakyat yang gagalkan Abdullah.
Dato Ron,
Sampel yang dipilih sampel yang condong ke satu pehak. Saiz sampel pun mungkin tidak mewakili peratus yang besar penduduk negara. Respoden terdiri dari gulungan yang tak ambil pusing pasal politik, ia tidak rasional!
Saya kira krisis keyakinan terhadap kepimpinan negara sekarang, bukan sekadar satu persepsi, tapi juga suatu realiti.
Ini bererti negara kita juga sedang menghadapi "krisis kepimpinan".
Jalan keluarnya saya kira hanya satu: pemimpin tertinggi yang ada sekarang perlu mengundurkan diri, atau pun digantikan dengan orang lain, dalam waktu terdekat.
Kita tidak boleh menunggu dua tahun lagi sehingga krisis keyakinan dan krisis kepimpinan ini semakin parah.
Assalamualaikum.
Sebagai rakyat Malaysia yang berasal dari Johor dan kini menetap di Selangor merasakan keadaan ini adalah satu kesan yang positif dimana rakyat tidak melihat dari satu sudut sahaja dalam menimbangtara kerajaan yang diyakini untuk mentadbir negara dalam semua aspek berkaitan dari ekonomi hingga lah keharmonian sejagat.
Di Selangor sahaja dapat dirasakan bagaimana faktor ekonomi merubah corak pemikiran rakyat untuk memlih satu pakej pemerintahan yang ingin perubahan dari semua sudut, pendidikan, pengankutan, kesihatan dan lain-lain lagi. Keadaan ini menghirit kerajaan Selangor dulu iaitu kerajaan Barisan Nasional yang gagal mencapai kehendak rakyat. Ini ketara dengan aduan disana sini mengenai projek perumahan, setingan, pengurusan tanah dan banyak lagi.
Kini ketegangan ini dapat dilegakan setelah Pakatan Rakyat yang dibarisi oleh Parti-parti dulunya dibarisan pembangkang iaitu Parti PAS, Parti Keadilan dan DAP. Antara kelegaan yang dapat dirasakan oleh rakyat Selangor antaranya bekalan air percuma sebanyak 20 m/padu. Walaupun ianya hanya 20m/padu tetapi memberi kesan yang cukup besar buat rakyat. Dan banyak lagi susulan seperti wang kemasukkan ke pengajiaan tinggi untuk anak selangor dan Insa Allah banyak lagi.
Bukan sahaja di Selangor di Negeri kedah, Perak dan Pulau Pinang. rata-rata rakyat berpuas hati dengan perubahan yang di lakukan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.
Di Negeri Kelantan sudah kita ketahui yang dulunya di war-warkan oleh media perdana sebagai Negeri gerhana dan banyak lagi, tetapi dapat diterima rakyat ketelusan, keadilan dan pelbagai lagi.
Oleh itu saya menyeru supaya semua rakyat Johor agar timbang-timbang kan lah demi masa depan anak cucu kita dan demi agama kita Islam
marilah kita bersama-sama membangun bersama ISLAM ingat bersama ISLAM. Kerana tiada kerajaan yang direstui Allah melaikan kerajaan yang adil dan berlandaskan Al-Quran dan Hadis.
Ahli UMNO akan segar dan bersemangat apabila mendengar ucapan ucapan Muhyiddin walaupun pendek tetapi masih bernada 'peka' dan 'sedar' akan apa yang belaku di bawah dan apa yang sedang melanda parti U&MNO.
Ungkapan Najib dan Dolah dan sewaktu dengannya lebih kepada nada hipokrit, memperbodohkan ahli UMNO dan rakyat dan berbau skandal sesama sendiri, dalam 10 pekataan, 1 boleh didengari, 1 boleh cuba cuba untuk dipercayai dan 8 lagi ditolah mentah mentah.
Apalah erti dan nilainya pemimpin sedemikian yang telah ditolak oleh akar umbi, cuma disanjung oleh sebahagian kroni, pembesar dan bahagian yang masih hidup dengan kepura puraan untuk periuk nasi sendiri.
Berkekalankah..
Salam Datuk,
SALAH SIAPA??
1. Kerajaan yang memerintah?
2. Parti Pembangkang?
3. Rakyat?
KENAPA??
1. Korup?
2. Penting diri sendiri?
3. Buta politik?
BAGAIMANA??
1. Kenali diri?
2. Kenali Tuhan?
3. Change?
Saya sudah berkali-kali hantar komen ke blog Datuk supaya Abdullah Badawi berundur daripada UMNO dan Kerajaan. Tapi, manusia ni tak faham hasrat rakyat. Adakah dia ni memang sengaja nak hancurkan UMNO dan bangsa Melayu untuk memenuhi kehendak pemimpin tua kerepot di Temasek tu? Fikir-fikirkanlah!!!!
Dato Ron yang dihurmati.
Pak Lah dan Najib yang memimpin Kerajaan UMNO/BN yang korup ini tidak peduli apa-apa pun tentang pandangan rakyat! Yang pasti mereka dapat meneruskan mengaut laba negara untuk pentingan anak isteri menantu dan kroni mereka.
http://rp-semantan.blogspot.com
CUCU TOK KEDU
Saya pun macam Politica. Dah puas kita mintak Dollah letak jawatan tapi dia buat pekak badak je. Pemimpin macam ni pun orang UMNO nak simpan lagi. Buat apa? Untuk hancurkan UMNO dan kita semua??????????
MEMANG KEYAKINAN DAN KEPERCAYAAN RAKYAT PADA KERAJAAN BN SUDAR PUDAR KERANA SIKAP PEMIMPINNYA SENDIRI APABILA MEMERINTAH...
RAKYAT DAH BAGI BANYAK PELUANG KEPADA KERAJAAN BN(UMNO) UNTUK MENGUBAH SIKAP NAMUN MEREKA TETAP DENGAN PENDIRIAN MEREKA KERANA EGO MEREKA YANG BEGITU MENEBAL(BUKAN SEMUA, TAPI HAMPIR SEMUA. MEREKA TIDAK MAHU MENGAKUI KELEMAHAN MEREKA PADA RAKYAT KERANA TIDAK MAHU DILIHAT BODOH OLEH RAKYAT...TERNYATA RAKYAT SUDAH BOSAN DENGAN SIKAP SEPERTI INI...
Post a Comment