Sunday, August 10, 2008

JEANNE BERKATA MENGAJI DENGAN PAK LAH ADALAH MASA TERBAIK PADA HARI ITU

KUALA LUMPUR, 9 Ogos (Bernama) -- Isteri Perdana Menteri Datin Seri Jeanne Abdullah mengakui bahawa peluang untuk mengaji setiap pagi dengan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebagai 'masa yang terbaik pada hari itu'.

Berkongsi cerita sebagai seorang Islam, Jeanne berkata sudah menjadi amalan mereka untuk mengaji pada setiap hari selepas solat Subuh dan isteri Perdana Menteri itu mengambil peluang ini untuk melancarkan dan meluaskan pengetahuannya dalam Islam.

"Pak Lah akan mengaji dan saya juga mengaji sendiri (Al-Quran dengan terjemahan dalam bahasa Inggeris) dan kita akan berbincang jika ada sesuatu untuk dikongsi. Itulah masa yang terbaik pada hari itu," katanya pada perasmian Konvensyen Islam Peringkat Nasional di sini hari ini. – BERNAMA

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=351776

17 comments:

Mr Zam said...

Al-hamdulillah jika betul seperti yang dinyatakan. Terasa terkejut juga dengan penampilan Datin Seri Jean ketika merasmikan majlis tersebut. Boleh pulak Datin Seri Jean ini bertudung dengan menutupi seluruh auratnya sebagai seorang muslim. Inilah yang dikatakan islam 'ada had & harinya' yang diperkenalkan oleh Pak Lah. Sehubungan dari itu, jangan salahkan rakyat jika islam hadhari ini ditolak oleh kerana menutup aurat bole difesyen-fesyenkan.

" Takbir, takbir, takbir..."

Unggal said...

Salam Datuk Ron,
Baguslah tu... Itu dah memang wajib bagi PakLah sebagai suami mendidik istri, sebagai bapak kepada anak2 dan ahli keluarga tentang ilmu Islam dan segala tuntutannya - tetapi samada PakLah memperaktikkan apa yang dia ajar itu, sebagai PM Malaysia, ketua bagi rakyat Malaysia ..... hm.. I beg to differ .!..

donmny said...

TUAN

bayangkan jika khairy tidak hadir dalam hidup pak lah. sejarah yang tertulis mungkin bukan seperti hari ini rasanya.

pemerhati said...

Salam Dato ( artikel Malaysiakini)


SIASAT S'PURA BINA JETI DI PULAU PISANG Posting Aug 10, 08 5:22pm

Dakwaan pembinaan sebuah stor simpanan dan jeti oleh Pihak Berkuasa Maritim Singapura (MPA) di Pulau Pisang, perlu disiasat oleh kerajaan bagi memastikan ia tidak melanggar perjanjian yang termaktub, kata Ahli Parlimen Pontian Ahmad Maslan.

Katanya, kerajaan perlu menyiasat dakwaan pembinaan kedua-dua struktur itu oleh Singapura bagi memastikan sama ada pembinaannya dibenarkan mengikut perjanjian di antara Sultan Johor dan Kerajaan Negeri-Negeri Selat yang berpengkalan di Singapura pada 1900

"Kita ingin tahu mengapa jeti di Pulau Pisang itu ditandakan sebagai jeti persendirian, serta tindakan MPA membina sebuah stor simpanan di sebuah kawasan berhampiran jeti persendirian itu.

"Kerajaan perlu menyiasat dengan teliti, adakah Singapura dibenarkan untuk membina jeti persendirian dan stor simpanan itu sebagaimana yang dipersetujui di bawah Perjanjian 1900 itu," katanya kepada Bernama hari ini.

Ahmad Maslan juga mempersoalkan taraf eksklusif jeti berkenaan, sehingga menyusahkan penduduk tempatan dan pengunjung ke Pulau Pisang yang tidak dibenarkan menggunakannya.

Menurut perjanjian yang ditandatangani pada 1900 itu, Singapura dibenarkan mentadbir rumah api di Pulau Pisang, yang terletak di laluan perkapalan sibuk di Selat Melaka.

Bagaimanapun berikutan keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ), The Hague baru-baru ini yang memberikan Singapura kedaulatan Batu Puteh, terdapat kebimbangan bahawa Pulau Pisang yang turut menempatkan rumah api tadbiran Singapura itu bakal dituntut oleh republik berkenaan.

Aduan penduduk

Mengenai dakwaan usaha pembesaran kawasan rumah api Pulau Pisang oleh Singapura, Ahmad berkata ia melibatkan pembinaan pagar baru di sekeliling rumah api itu.

Katanya pembinaan pagar baru telah menceroboh tanah kebun buah-buahan yang dimiliki oleh penduduk tempatan dan beliau meminta kerajaan menyiasat perkara itu segera.

"Rumah api itu kini mempunyai dua pagar, satu di bahagian dalam dan satu lagi di bahagian luar. Kita ingin mengetahui sama ada pihak Singapura dibenarkan membina pagar baru di bahagian luar mengikut terma perjanjian 1900."

"Penduduk tempatan mengadu tanah kebun mereka pada dahulunya tidak dipagar, tetapi kini ia telah dipagar oleh pihak Singapura untuk menjadi sebahagian daripada tanah yang ditadbir oleh republik itu," katanya.

Terdapat 15 buah rumah di Pulau Pisang dan kebun buah-buahan yang dimiliki oleh 87 penduduk tempatan, selain kawasan perkuburan Orang Islam berusia 200 tahun serta tapak surau lama.

Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman yang ditanya tentang dakwaan usaha pembesaran kawasan rumah api di Pulau Pisang itu semalam berkata, pihaknya akan mengambil tindakan yang sepatutnya jika dakwaan itu benar.

Sebelum itu, Menteri Luar Datuk Seri Dr Rais Yatim berkata Kementerian Luar akan menyiasat dakwaan usaha pembesaran kawasan rumah api Pulau Pisang itu.

Ahmad turut mengulangi desakannya mahukan pentadbiran rumah api itu diambilalih daripada tangan Singapura, sambil menyatakan Malaysia mempunyai kepakaran dan agensi-agensi kerajaan yang berkaitan untuk menguruskan rumah api itu.

Salam Perjuangan Anak Johor
Bejing

politica said...

Saya kagum dengan kenyataan isteri Abdullah Badawi. Saya harap ini akan membunuh semua desas-desus negatif mengenai keluarga baru Abdullah. Saya kata begini kerana saya sendiri ada dengar macam-macam cerita yang berlaku di Seri Perdana. Ada kisah pasal tukang masak mereka. Ada cerita pasal tetamu “orang putih” yang tidur di bilik tetamu mereka di Seri Perdana. Ada cerita sessi karaoke sambil minum-minum. Ada kisah party sukaria yang sering diadakan. Ada macam-macam.

Saya juga doakan semoga isteri baru Abdullah dah diajar oleh Abdullah sendiri hal-hal lain hal mengenai Islam. Contohnya mengenai apakah ertinya munafik dan lain-lainnya. Mudah-mudahan semua pihak terhindar dari kemunafikan hidup mereka.

Unknown said...

Datuk, saya juga dengar macam-macam cerita pasal Seri Perdana kebelakangan ini. Saya orang Putrajaya. Bangkai gajah mana boleh ditutup. Baunya tetap melanggar hidung manusia yang lalu dekatnya. Bagaimanapun saya harap sangat isteri si Dollah ni tak main PR dengan media. Pihak media pun jangan sampai memanjangkan apa yang kurang tepat.

Orang Putrajaya memang ramai yang tau hal-hal di kediaman rasmi ni akhir-akhir ni. Macam-macam. Tapi citer orang putih tidur di kediaman rasmi tu memang banyak diperkatakan. Tak de hotel ke. Kan ada Shangrila. Kan ada dua hotel di IOI Resort. Si Dollah tak cuak ke orang putih tu sapa? Dari segi kerahsiaan kerajaan kalau orang putih tu spy asing macam mana? Lain-lain citer pun ada juga. Tapi soal peribadi biarlah. Saya cuma harap isteri si Dollah ni cakap yang benar. Kalau tak sendiri tanggung.

Unknown said...

Buat apa kita nak sibuk-sibuk pasal Jeanne ni. Biarlah dia nak cakap apa pun. Pokoknya kita harap dia cakap benar. Jangan macam suaminya sudahlah. Dulu kata kisah dia nak kawin Jeanne tu berita angin. Mati-matian dia nafi cerita tu. Akhirnya betul.... Bila tiba-tiba je si Jeanne cakap itu cakap ini pasal Islam, biarlah. Tapi, apa nak iklankan yang dia ni belajar ngaji ke belajar apa ke? Tak ada pun orang tanya. Ini yang bikin kita semua tanya, apa ada udang di sebalik iklan ni ke?

Gagak di Rimba said...

Salam,

Saya tak hendak komen banyak, sebab itu hal peribadi. Saya ingin mempercayai bahawa beliau bercakap benar, dan bukan untuk menunjuk-nnjuk. Jadi yang baik, jadikanlah tauladan.

Shah Efendy said...

Syukur alhamdulillah,
Sebenarnya tiada seorang pun dalam dunia ini yang boleh mendabik dada mengatakan dirinya terbaik, terhebat, tersohor dan sebagainya. Siapalah kita untuk menghukum orang lain dengan pelbagai tohmahan serta pandangan yang serong. Tentulah penghinaan terhadap orang lain itu salah satu daripada perkara yang tidak termasuk dalam ajaran suci yang dibawa oleh Rasullullah saw yang berpandukan kitab suci al-Quran al-karim. Mari kita bermuhasabah.

TOK JAYA said...

YG BERBAHAGIA DATO'
------------------------
Kalau setiap pagi Baca Quran tentulah banyak hidayah yang di perolihi mereka berdua...

Tapi nampak makin hari makin tak ketentuan dan tak nampak ciri ciri seorang pemimpin islam dari segi percakapan , tingkah laku dan maupun keputusan.......

kudakepang said...

Maaf kepada Long Man. Saya potong sedikit komen anda untuk elakkan kontroversi yang tidak diingini. – Ruhanie Ahmad

Ye ke mengaji sama2?... who can prove what she said?... we already heard pak lah selalu bangun lambat what... - Long Man, 11.8.8

Unknown said...

yang baik dijadikan tauladan.buat apa kita nak mempolitikkan segala-galanya.jika benar apa yang dikatakan,maka Pak Lah ialah seorang suami yang baik.

mungkin itu cuma pandangan perbadi dari Jeanne.tapi seperti apa yang saya katakan tadi,yang baik kita jadikan tauladan.untuk mengelak fitnah pula kita hendaklah mengelakkan prasangka buruk :)

MD said...

Kita biasa dengar, Saudara/saudari baru banyak yang lebih baik daripada yang asli Islam. Termasuklah anak cucu alim ulama sendiri.

Doakanlah supaya semua mendapat hidayah dan tidak bersifat munafik.

Tetapi saya tetap tak setuju dengan istilah "Islam hadhari"

Quantum Metal Consultant said...

Elok kalau Jeane berguru dengan guru ALQURAN yang betul betul bertauliah ketika ada kemampuan, ada wang, ada masa dan tidak perlu kais pagi makan pagi seperti rakyat biasa.

Berguru dengan Dolah, lebih banyak bergaru dan bergurau dari berguru. dan tafsiran ikut nafsi nafsi ada had ada hari.

Benda benda 'masuk bakul angkat sendiri' eloklah disembunyikan supaya lebih berkat, beribadah bukan untuk menunjuk tetapi ketakwaan dengan Allah.

Besok kalau terdedah 'isu panas' seperti minum arak atau sebagainya, tentulah imej 'mengaji' di subuh hari tercemar. Seperti Dolah yang menganjurkan Hadhari tercemar apabila dikaitkan dengan 'pegang sana pegang sini'.

Kaca dan permata, sama silau..

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

LEPAS NI PM KENA AJAR ANAK BININYA TUTUP AURAT PULAK...NANTI KENA BAKAR KAT AKHIRAT...SUSAH PM NAK JAWAB DENGAN ALLAH...BELUM LAGI HAL LAIN..ADUHAI!

Unknown said...

Saya akan ambil iktibar dari kabaran Datin Jeanne. Harap2 saya ada keyakinan diri lpeas balik solat subuh boleh ajak isteri sama2 baca hadith 40 atau tafsir AlRahman.
Alangkah baiknya jika saya boleh buat apa Pak Lah dah buat dgn pengantin barunya sejak lebih 20 tahun perkahwinan kami yang lalu

Unknown said...

Narration dari Datin Jeanne ini saya harap dapat saya ikuti setaip kali balik dari salat subuh. Bukan senang nak buat amalan baik mcm ni. Risau isteri kata saya buang tebait pulak, walaupun itu sepatutnya menjadi amalan harian.