Thursday, August 07, 2008

BPR SIASAT LAPORAN DAKWA PEMIMPIN TERTINGGI UMNO SALAH GUNA KUASA DALAM PEMILIHAN PARTI

PULAU PINANG, 6 Ogos (Bernama) -- Badan Pencegah Rasuah (BPR) sedang meneliti dan menyiasat laporan terhadap pucuk pimpinan tertinggi UMNO yang didakwa melakukan rasuah dan salah guna kuasa dalam pemilihan parti.

Ketua Pengarahnya, Datuk Seri Ahmad Said Hamdan berkata, setiap laporan yang diterima akan disiasat dengan teliti sebelum memanggil mana-mana pihak untuk memberi keterangan.- BERNAMA, 6 Ogos, 2008 20:14 PM

http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351048

Komen: Apa agaknya reaksi pucuk pimpinan tertinggi UMNO terbabit mengenai tindakan di atas? Tidak peduli? – Ruhanie Ahmad

12 comments:

Unknown said...

Saya yakin pemimpin tertinggi UMNO akan ambil berat hal ini dan akan memberi kerjasama jika diminta berbuat demikian... Tak mungkin beliau akan berdiam diri bila ada pihak yang cuba menjatuhkan beliau...

Unknown said...

BPR diharapkan dapat membuat siasatan dengan telus dan jujur tanpa ada campur tangan pihak luar.pemimpin-pemimpin yang terlibat juga diharap dapat memberikan kerjasama yang sepenuhnya dalam menjayakan siasatan ini.

Anonymous said...

dato' bro,

dalam posting saya minggu lepas, saya ada menyebut bagaimana seorang ketua bahagian (masjid tanah, melaka) menggunakan konco-konconya untuk menentukan siapakah yang patut dipilih menjadi ketua sebuah cawangan umno yang disifatkan antara yang terkecil di negeri itu.

jika sebuah cawangan atau kampung tidak dapat memilih sendiri ketua yang mereka kehendaki dan gemari, bagaimanakah umno dapat bergerak dengan utuhnya apabila ahli-ahli seperti ini mula menjuihkan bibir dan mencemuh ketua bahagian sendiri?

apakah ini yang disebut sebagai demokrasi dalam pemilihan parti? salahkah ahli umno menyuarakan rasa tidak puas hati dan marah mereka terhadap pemimpin bahagian dengan cara mengundi calon lawan pada pilihanraya umum? salahkah?

saya percaya ini berlaku secara meluas di semua peringkat pemilihan umno. saya juga percaya paklah dan rakan-rakan peringkat tertinggi maklum mengenainya tetapi tidak mahu berbuat sesuatu untuk memperbetulkan keadaan kerana mereka juga (mungkin) menggunakan kaedah yang sama untuk memilih 'team' yang sesuai untuk bahagian masing-masing.

saya kesal dengan cara sebegini. sepatutnya ahli diberi kebebasan memilih wakil setempat tanpa pengaruh sesiapa...

sampai bila tren ini akan 'dihalalkan'?

Quantum Metal Consultant said...

Kita sudah hilang kata kata untuk memberi pendapat, mungkin mata dan telinga mengamnbil peranan sementara otak terus menilai..

Gagak Di Rimba said...

Dalam struktur kuasa dan pentadbiran, ini macam inspektor menyiasat OCPD. Macam mana boleh dilakukan?

Kamalkamal said...

Salam Datuk,

BPR hanya boleh menyiasat. Amat sukar untuk mendapat bukti mengenai amalan politik wang tak kira di peringkat mana. Yang menghulur pasti tak akan mengaku, begitu juga dengan yang menerima. Kecuali pabila BPR dapat perangkap pemberi dan penerima rasuah disertai dengan saksi, barulah mudah untuk dilakukan pendakwaan.

Politik wang telah menular sekian lama di dalam UMNO. Persoalannya berapa kerat ahli yang tampil melapurkan kepada BPR kes mereka dan berapa kerat insan yang didakwa kerana politik wang. Yang ada pun tak lebih dari gimik semata-mata sebagai menunjukkan bahawa pihak bertanggungjawab bersungguh-sungguh mengatasi masalah ini seperti Kes TS Isa Samad sedang beribu ahli lain yang memberi dan menerima rasuah terutama semasa pemilihan dalam UMNO.

Bagi saya sekiranya sesiapa yang ingin bertanding jawatan kanan parti dalam UMNO Bahagian mesti berwang kalau tidak tak usah bermimpi nak menang. Akhirnya ahli-ahli UMNO akan memilih pembesar-pembesar UMNO berwang@beruang... Apabila lapar ia akan menerkam mangsa....siapa mangsanya!!!

King-Fx said...

Wahai org UMNO sekalian,

Jangan nak buat lawak ler. Mcm mana BPR tu nak siasat Pok Lah kalau dah BPR tu sendiri duduk bawah JPM.

Ini semua wayang cina jer

Last sekali nanti TAKDE KES

pesaratua said...

Semasa pemilihan UMNO dulu. saya pernah dengar ungkapan ini.

" BERI RASUAH SALAH, TAK BERI RASUAH PASTI KALAH "

Kali ini nampaknys trend yang sama berlaku.

ketam said...

Satu perkara nak bangkitkan di sini berkenaan FORUM MAJLIS PEGUAM tu.. terbaru PAS bantah forum anjuran Majlis Peguam Malaysia itu yg dinytakan oleh YB Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang tetapi saya tertanya-tanya mana kenyataan daripada Pemimpin ISLAM yg bernaung dibawah PARTI KEADILAN RAKYAT yg kononnya memperjuangkan ISLAM?????

Unknown said...

Salam Dato,
Cakap dengan BPR tak yah lah siasat sebab kita dah tahu, hasil isasatan - tiada kes.

Cakap dengan BPR jangan buang duit rakyat. Kami dah menyampah.

Tayadih Maysia said...

salam datuk,

...umpama "mengepam tayar kereta api"...sia-sia

Teratak Cahaya said...

Salam Datuk Ron,

Ada kalangan ahli-ahli UMNO yang tidak berapa setuju meletakkan Tengku Razaleigh sebagai Presiden mahupun Timbalan Presiden sebagai regu kepada TSM.

Any backup plan Datuk? Atau Datuk bersetuju kita naikkan Dato' Sri Hishamuddin sebagai Timbalan Presiden and TSM sebagai Presiden. Walaupun melanggar tradisi parti iaitu melampaui beberapa anak tangga terus ke Timbalan Presiden...tetapi Dato' Hisham punya ketokohan dan kebijaksanaan untuk diberi peluang. Ataupun sudah sampai masanya kita melihat calon dari UMNO Sabah atau Sarawak sebagai Timbalan Presiden. Sebagai kubu kuat UMNO, pimpinan dari 2 negeri tersebut harus diberi peluang dan merebut peluang keemasan ini bagi menjana pembangunan 2 negeri terbabit.

Sekian, terima kasih.

Semoga Allah selamatkan UMNO!!! Takbir 3x!!!