Saya nak minta seluruh rakyat Malaysia desak Abdullah Badawi, Imam Islam Hadhari, bersumpah di mana-mana yang dia suka bahawa dirinya tidak dikongkong oleh segelintir ahli keluarganya sendiri.
Acara bersumpah ini mestilah disiarkan secara langsung oleh TV Malaysia dan antarabangsa. - http://politica-net.blogspot.com/2008/08/bila-abdullah-nak-bersumpah.html
Acara bersumpah ini mestilah disiarkan secara langsung oleh TV Malaysia dan antarabangsa. - http://politica-net.blogspot.com/2008/08/bila-abdullah-nak-bersumpah.html
12 comments:
Pak lah tak akan bersumpah. dia akan suroh Najib bersumpah on his behalf.
Tak yah sumpahlah..
Buang masa jer .. pas ni semua kontrak supply gerabak KTMB, LRT, STAR, MONOREL semua anak2 dia sapu. Sebab tu sibuk2 naik keretapi tunjuk muka toya..
Assalammualaikum Dato..
Terima kasih di atas kesudian Dato menyiarkan tulisan saya di dalam blog ini. Saya rasa masa dah terlalu suntuk untuk Pak Lah dan rakan-rakan akrabnya bersumpah kerana pilihanraya akan di langsungkan pada hari esok. Perkara ini timbul apabila PRK hendak di adakan dan sebagai satu agenda meraih sokongan pengundi di Permatang Pauh. Sebenarnya beliau telah mensia-siakan mandat yang diberi oleh rakyat pada PRU 12 lalu. Dengan sewenang-wenangnya beliau menaikkan harga minyak dan kini menurunkannya pula. Tanpa berperikemanusiaan, beliau sebenarnya telah menindas rakyat. Rakyat tertekan dangan kenaikan 70% harga barangan runcit disebabkan kenaikkan minyak tersebut. Turunkan harga minyak pula apabila PRK semakin hampir sedangkan pada mulanya dicanangkan akan di umumkan pada akhir bulan ini. Mengapa mesti mempermainkan perasaan rakyat? Yang menyokong semasa beliau membuat pengumuman di parlimen hanyalah pemimpin BN sahaja. Bermakna usul itu di terima hanya oleh ahli-ahli parlimen yang mewah sahaja. Bukan mejoriti tetapi memaksa. Bagaimana keadaan rakyat bawahan. Hanya kerana PRK Permatang Pauh… Kalau Anwar ditakdirkan tewas, biarlah di tangan AKIM dan bukan BN yang semakin sombong dan bongkak.
Ibarat pemandu bas (Pak Lah) dan konduktor (Najib). Pemandu minta tambang lebih, konduktor akan ikut dan ada yang terpaksa bayar mengikut bayaran yang diminta. Siapa yang tidak mampu bayar, akan di arah turun. Renung-renungkan..
Apabila manusia memainkan peranan Tuhan maka tunggan terbalik lah dunia. Siapakah yang berhak untuk menghukum sah sumpah Saiful?. Anwar?Najib?Badawi?Mufti Mufti?Ramlang?Raja Petra?Para Ulamak?Gus Dur?Karpal?Kit SIang?Kamu?Aku? Sumpah adalah diantara insan dan tuhan nya. Selain Islam,Kristian,Buddha,Hindu,Yahudi dll tidak lari dari amalan bersumpah. Sumpah adalah satu perbuatan hak untuk mengakui persumpah itu di pihak yang benar dan adalah sejenis cabaran untuk pihak yang satu lagi untuk bersama sama bersumpah.Maka bermulalah perang saraf diantara yang bersumpah dengan yang belum bersumpah.Penipu, penjarah,pemnunuh dan lain lain juga boleh bersumpah sama ada apa saja agama yang dianuti nya. I swear to god i didnt do it or By the name of Jesus I did not do it atau Atas nama budha aku tidal lakiukan dan sebagai nya. Sumpah ada bejenis jenis. Sumpah penjenayah untuk melepaskan dirinya, sumpah sang mangsa untuk menegakkan kebenaran, sumpah pelakon filem,sumpah RM3/00 aka Stautory Declaration, sumpah si suami,sumpah dalam masjid dan lain lain. Sahke sumpah sumpah sedemikian? Boleh ke AnNwar, Najib, Badawi, Mufti, Ulamak,Karpal, LKS mengeluarkan fatwa atau pendapat atau hukum bahawa sumpah sumpah ini sah dan tidak sah disisi tuhan sedangkan sumpah it diantara penyumpah dengan tuhan nya. Dialam ini cuma penyumpah dan yang berkaitan dengan penyumpah itu saja yang tahu kebenarannya selain Allah. Jadi berhakkah kita menghukum perbuatan Saiful itu sah atau tidak? Disini topik dan issue utaman telah dipesongkan. Sepatunya Anwar perlu bersumpah untuk menolak sumpahan Saiful. Dengah ini, perbuatan itu 'balance' dan selain membiarkankan Mahkamah menentukan, umat Islam perlu dengan reda menerima samada sumpah Saiful atau sumpah Anwar (jika berlaku) kehadrat yang maha kuasa. Disini barulah terserlah sifat Umat Islam yang sebenarnya, yakni yakin, dan percaya pada Allah. Lihatlah sekeliling kamu wahai orang melayu dan Islam. Kita di perbudak budakan dan di tertawakan oleh mereka yang bukan Islam di atas satu perkara yang teramat kecil dan mudah.Beginilah sifat orang melayu tidak sedar diri, Ali join Ah Kow minum arak di pub konon nya mahu berbangga akan dirinya dihadapan Ah Kow sedangan itulah yang diimpikan oleh Ah Kow yang dengan bangga nya menghebohkan pda teman teman nya bahawa orang melayu pun minum arak tak percaya tanya si Ali dsn di Ali yang pendek akal akan menyindir kaum nya sendiri sebagai ketinggallan zaman.Apabilah ditegur Ali akan melenting dan baling bot; lesana kesini. Inilah yang terjadi didalam PKR yang mana akhirnya orang melayu baik didalam DAP, PKR mahu pun PAs akan ditertawakan oleh mereka. Umno yang masih kuat tapi seumpama retak mennggu belah masih tidur dan bermimpi atau mereka juga serupa ALi? UMNO tidak kalah pilihanraya, yang kalah ialah Ahmad Badawi malangnya beliu masih dibuai mimpi palsu dan lena dikipas oleh pengampu pengampu nya.Hey melayu sudahlah, lihatlah disekeliling kamu dan kamu akan sedari bahawa roh kamu tertingal dibelakang! Melayu sekarang adalah seperti mayat berjalan, zahir saja roh nya tidak ada. Mula mula umat Islam dipecahkan melalui mahzab, kemudian diPaskan dan DIumnokan dan sekarang diPakatan pulak. Inilah cita cita zionist, divide and rule! Semakin berpecahnya melayu semakin hilang lah kuasa mutlak Melayu seperti yang kelihatan di Perak dan Selangor. Bersatu kita teguh bercerai kita roboh.
Osman, Moneymatter dan Saudara Pahu
Saya cuma siarkan pandangan blogger politica. Kalau ikut pendapat saya, Pak Lah patut ikhlas dan jujur kepada agama, bangsa dan tanahairnya. Dengan cara ni banyak boleh selesai.
Saudara PAHU, terima kasih kembali.
Salam takzim - Ruhanie Ahmad
Salam,
Sekarang bersumpah di kalangan tokoh politik sudah jadi trend, dan adalah dibimbangi akhirnya jadi main-main.
Cukuplah Najib seorang bersumpah.
Pak Lah boleh disuruh bersumpah, tapi saya tak fikir dia akan ambil peduli.
Salam,
Bila la Negara kita ni nak Merdeka dari sistem zaman jahiliah ni....sapa kuat dan berpengaruh dia lah raja tak kira la siapa dia......
Rakyat akan terus menderita..terseksa dan terus di ancam derita.
Wajah Abdullah adalah wajah orang yang lurus, jujur dan alim. Orang sering membina persepsi melalui wajah. Sedang wajah hanya tabir, yang hilang bila direntap.
Abdullah tetap lurus, selurus ayat-ayat yang terhambur waktu SJER baru dicanang "ini idea saya sendiri". Lurus Abdullah sebersih anak kecil yang innocent.
Meminta Abdullah bersumpah tentang keluarganya adalah keterlaluan. Abdullah dulu berkata "Kenapa mesti declare, harta anak menantu dan keluarga kenapa mesti beritahu semua orang. Itu rahsia"
Selanjut dengan itu, waktu mengulas kritikan Tun Mahathir, Abdullah pernah berkata "Anak saya memang dah kaya"
Untuk kefahaman kita semua, terima sajalah bahawa keluarga Abdullah adalah kaya raya, sama ada Abdullah bersumpah atau tidak.
SUMPAH SI SUMPAH-SUMPAH.
Wajah manisnya aduh menggoyah iman
berubah tiba-tiba jadi sumpah-sumpah
bercabang lidah. Jijik berganda
lihat lalat melintas disambar pantas
sekujur tubuh jadi dingin. Meriding roma.
Di usia sedemikian dia jadi mangsa
mengguna ayat-ayat firman bersumpah
melafaz ungkapan rela terima risiko
kiranya itu fitnah dengan ganjaran
laknat diri juga temurun. Subhanallah.
ABDUL HALIM YAACOB
Pinggiran A Setar(160808)
Org politik memang tak boleh dipercayai. Marah apabila tak dpt sesuatu dan tidak sehaluan. Buat keputusan kemudian baru cari alasan.
Teringat satu ketika dahulu.. Tengku Razaleigh Hamzah juga pernah bersumpah yang beliau tidak akan masuk UMNO lagi. Begitu kuat pendiriannya. Tapi masuk juga akhirnya....
buat apa nak bersumpah?bersumpah dah jadi macam trend pulak sekarang.kita tak bole paksa orang lain untuk bersumpah dan kita juga ada hak untuk bersumpah atau tidak.
lagi satu,kalau bersumpah nanti masih lagi ada orang yang tak percaya atau sangsi dengan sumpah itu.selepas itu pulak nanti kata sumpah itu cuma sebagai taktik je.
macam-macam hal lah.
Post a Comment