ANWAR MENGAKU TIDAK BERSALAH PERTUDUHAN LIWAT SAIFUL, DIBEBAS DENGAN BON PERIBADI
KUALA LUMPUR, 7 Ogos (Bernama) -- Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini dibebaskan dengan jaminan bon peribadi sebanyak RM20,000 tanpa penjamin setelah mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini terhadap tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohamad Saiful Bukhari Azlan.
Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu dituduh mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang lazimnya tidak membenarkan tertuduh diikat jamin.
Ketika mebenarkan ikat jamin itu, Hakim S. M. Komathy Suppiah berkata undang-undang menetapkan bahawa seseorang itu dianggap tidak bersalah sehinggalah dibuktikan sebaliknya dan bahawa ikat jamin dikenakan bagi menentukan kehadiran orang itu. – BERNAMA, 7 Ogos, 2008 15:59 PM
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=351262

4 comments:
salam datuk,
mula-mula dihebahkan dalam media DSAI meliwat secara paksa si sutun ini, berkali-kali pulak tu...flip flop...akhirnya pertuduhan suka sama suka pulak...yang lagi best sebelah pihak je pulak yang kena dakwa...seorang lagi terlepas...
..kesian tengok tuan sayed tergagap2 menjawab soalan wartawan pasal hal itu. Kalau sebelum ini dia lantang menyerang peribadi DSAI...tiba-tiba tergagap-gagap..."pengadu tak kena dakwa"
Kerajaan cuba bersikap adil pada Anwar. Sepatutnya Anwar sedar dan tidak memburukkan kerajaan. Kerajaan telah banyak beretolak ansur dengan beliau...
Sekarang seharusnya semua hentikan polemik ini dan biarkan undang2 menentukan nya. Kalau kita bercakap tentang ini, silap2 'subjudice' pula !!
Ada seorang budak yg banyak buat salah dgn bapaknya nak mintak maaf dgn bapak dia.Tapi si anak bagi syarat kat bapak dia..bla,bla,bla.Pada pandangan saya kalau nak mintak maaf kat bapak mesti la tanpa syarat.Setuju.
Di Malaysia pula DSAI nak bersumpah tapi dgn syarat...bla,bla,bla.Pada saya yg tak memihak kalau tak bersalah,bersumpah aje la,tanpa syarat.4 org Saksi?Bukan la saya ni pandai sgt agama,tapi pegi lah kaji dulu.Kalaulah ada 4 org saksi yg beriman (diulang saksi beriman) yg menyaksikan perbuatan tu,saya rasa 4 org saksi tu yg patut dihukum aau di humbankan ke dlm neraka dulu.Sebab?Tak menegah perbuatan ini dari berlaku.Dia dok pakat tengok kejadian tu kemudian menjadi saksi kejadian.Amat malang bagi sesiapa yg jadi mangsa rogol ke,atau dlm kes ni suka sama suka...Hanya Allah yg maha mengetahui,Saiful dan DSAI sja yg tahu kebenaran ini.Jgn terlalu taksub.Bagi kau Saiful kalau kau memfitnah tak tau la aku nak cakap apa lagi,dan bagi DSAI kalau dia tak bersalah dan difitnah,saya percaya saudara DSAI akan menjadi a better PM for Malaysia.Sebab beliau telah melalui berbagai "acid test" dlam kerjaya politik beliau.Selamat bagi sekian rakyat Malaysia.
Post a Comment