ABDULLAH TIDAK PEDULI…
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin berkata, beliau tidak peduli dengan hasil kajian yang dikendalikan oleh Merdeka Centre yang mendapati popularitinya menurun. Katanya, ia adalah perkara biasa bagi mana-mana ahli politik. Mengikut kajian itu populariti Abdullah menurun buat pertama kalinya di bawah paras 50 peratus sejak 2004 - 4/8/2008 http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp
Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari Isnin berkata, beliau tidak peduli dengan hasil kajian yang dikendalikan oleh Merdeka Centre yang mendapati popularitinya menurun. Katanya, ia adalah perkara biasa bagi mana-mana ahli politik. Mengikut kajian itu populariti Abdullah menurun buat pertama kalinya di bawah paras 50 peratus sejak 2004 - 4/8/2008 http://www.agendadaily.com/cms/index.jsp
27 comments:
sALAM dATUK rON,
Nampaknya Pak Lah Badawi dah tak sedar0sedar lagi ke yang orang dan rakyat jeata dah tak nak kkannya dia sebagai pemimpin. kami merayu supaya Pak Lah segera serah kuasa atau letak jawatan. Kami BOSAN dengan pimpinan Abdullah. olonglah ya allah ya Tuhanku berikanlah petunjuk kepada PM ku supaya letak jawatan dan serahkuasa kepada yang lebih berhak..
As'kum datuk,
Apa yang dia peduli...Dia tak pernah peduli pun apa nak jadi dengan negara, maruah negara, jajahan negara, ekonomi negara, maruah dia dan keluarga pun dia tak peduli.
Yang dia peduli...kantung anak menantunya, perniagaan kaum kroninya, kedudukan dia.
Bagi dia...ada apa dengan popular? kalau dia peduli dengan populariti, selepas PRU12 dulu dia dah letak jawatan dah. Sebab selain 5 + 1 negeri dah tolak dia, orang UMNO sendiri dah menyampah tengok dia...seperti yang saya katakan tadi, kalau dia peduli dah lama dia berhenti - malu dan sedar diri.
Ya.begitulah nampaknya tapi perjuangan demi maruah agama,bangsa dan negara mesti diteruskan.HIDUP UMNO
Itu lah kenyataan PM yang dayus yang memperjuangkan islam hadhari sedangkan beliau lupa suami yang membiarkan isterinya keluar tanpa menutup kepalanya adalah suami yang dayus atau mungkin tanpa memakai tudung di bolehkan dalam konteks islam hadhari.
Apa komen pak ustaz dan alim ulama malaysia khasnya yang makan gaji kerajaan yang sama sama memperjuangkan islam hadhari.
Sedar lah Pak Lah anda dah nyayuk atau sekadar mempertahankan kuasa demi kesenangan anak anak.
Kasihan dengan nasib Mr. Clean akhirnya jadi ..................
Bertaubat lah Pak Lah.
Kita semua tahu, Abdullah memang suka mengambil sikap "tidak peduli" dalam banyak perkara penting.
Contohnya ialah ketika Tun Mahathir melemparkan kritik yang keras tetapi membina terhadap diri dan pentadbiran beliau. Beliau jelas mengambil sikap tidak peduli.
Sekarang sekali lagi beliau mengambil sikap tidak peduli terhadap kajian dan pandangan yang berkaitan dengan negara Malaysia di bawah pimpinan beliau dan terhadap kepimpinan beliau sendiri.
Sikap beliau ini memang mengecewakan. Tapi apakah yang boleh kita harapkan daripada seorang pemimpin yang kita semua tahu lemah dan kurang berwibawa?
Barangkali bukanlah tidak sopan jika kita mengharapkan beliau mengundurkan diri dengan segera dari tampuk kepimpinan negara.
Assalammualaikum Dato'
Ini ada lah satu pertanda bahawa DSAAB TIDAK akan berundur selagi UMNO belum hancur.
Memang Benar, tempoh 2 tahum yg di istihar kan nya itu hanya gimik atau 'cooling off' period sahaja.
Sekarang sudah nampak dia sedang menjalankan strategi nye secara ber peringkat2.
Peringkat pertama (mengawal mesyuarat cawangan) sudah menampak hasil buah yg berjaya.
Terlalu kecil bilangan cawangan yg berani melawan arus, kalau ada pun hanya cawangan di bawah perintah parti lawan sahaja.
Di peringkat Bahagian nanti perkara yg sama juga akan berlaku.
Melihat keadaan ini lah yg menyebabkan DSMY tidak berani melawan arus.
Strategi pertama yg sangat penting ini telah terlaksana dgn baik dan sempurna.
Strategi kedua mengumpulkan Bahagian Wanita (sedang berjalan lancar).
Kebijaksanaan menjalankan strategi ini ialah dgn cara di pecah kan ber peringkat2.
Ber mula Majlis Tertinggi, Ketua Pemuda, Ketua Puteri, Wanita dan seterusnye.
Setelah tiba Perhimpunan Agung nanti, DSAAB tiada masalah untuk mempertahankan jawatan nye.
Sebenar nye DSAAB sedang menjalankan kempen nya dgn berani dan teratur.
Walaupun populariti nye menurun, tetepi kuasa nye dlm UMNO tetap kukuh dan tiada sesiapa yg boleh mencabar atau menggugat nye.
Salam Datuk Ron
Sekiranya kajiselidik menunjukkan popularitinya memberi nilai negatif pun, Pak Lah tidak akan rasa apa-apa. Bak kata YABhg Tun Dr. Mahathir, "tak malu". Sebab itulah usaha menurunkan Pak Lah bukan boleh dilakukan secara tradisi. Dia sendiri tidak mengikut tradisi, masakan kita pula mahu menjadikan tradisi sebagai ikutan.
Persoalannya bukanlah kedudukan Umno semata-mata tetapi keadaan negara yang sudah terumbang ambing dengan pemimpin yang asyik berpolitik tanpa perancangan konkrit untuk menghadapi segala cabaran yang mendatang. Kehidupan rakyat semakin menderita, perniagaan semakin pudar, hanya politik yang gembar gembur.
Usaha menurunkan Pak Lah hanyalah melalui dua saluran iaitu Parlimen dan Umno. Yang ketiga ialah dengan penglibatan Agong. Yang keempat ialah dengan campur tangan malaikat maut.
Assalamu'alaikum Dato' dan semua pembaca;
Sejak akhir2 ni, isu politik sgt memualkan. Jika Pak Lah tidak dpt menerima hakikat penolakan rakyat, mengapa pemimpin2 dan ahli UMNO masih sygkn Pak Lah? saya berpendapat bahawa semua org politik tidak kira apa parti dan aliran fahaman yg kononnya diperjuangkan adalah mengarut semata-mata.
Allah telah biarkan manusia bergelut dgn masaalah yg terjadi hasil tangan-tangan(kerenah) manusia itu sendiri. Akibat dari itu, manusialah yg merasa keperitan dan azabnya.
Larilah kepada Tuhan BUKAN lari dari Tuhan!
http://nawawidahalan.blogspot.com/
Pak Lah nampaknya lebih terbuka sifatnya berbanding Che Det.kalau poll ni ada masa Che Det dulu rasanya melenting jugak lah Che Det kita ni.Pak Lah macam biasa tetap teruskan kerja dia macam biasa.kalau dia bertindak balas terhadap poll tu nanti ada orang kata dia menggelabah pulak.
apapun,ada jugak yang tak kena dengan poll tu.dan poll tu ada kena mengena dengan Amerika?.kalau nak tau lebih lanjut bole pergi ke url di bawah.
http://novandri.blogspot.com/2008/08/keputusan-undi-oleh-merdeka-center.html
Betul. Mana-mana politik akan ada peminat dan pengkritiknya yang tersendiri. Ini bukan sesuuatu yang menghairankan.
tayadih malaysia, kalau dia tak peduli kat keluarga dia, takdenya bagi keluarganya hidup senang-lenang. Kalau tak peduli kat negara, mau je bagi nawar jual negara kat amerika. Kalau tak peduli kat ekonomi negara, mau je tarik abis subsidi minyak tu.
Populariti tidak mencerminkan kepimpinan yang hebat, kerana menjadi lumrah adanya peminat dan pengkritik dalam sesuatu pentadbiran ataupun kepimpinan. orang UMNO tak menyampah pun tengok dia, aku rasa engkau seorang saja yang menyampah tengok muka dia. Tak tahulah kalau engkau diberikan kepimpinan dapat buat baik amcam dia ke tidak.
Sebenarnya poll tu agak mencurigakan... Kisah lanjut boleh lihat blog Dr Novandri.. Biasalah.. Poll macam tu bukan boleh percaya sangat. Ia mugkin sengaja dirancang. Yang pastinya Pak Lah tetap cool dan rileks. Beliau tahu kalau beliau melenting, orang tetap juga akan mengkritik beliau. Sebab itulah beliau ambil sikap tidak peduli dengan poll tersebut...
Biasalah.
Aku pun tak tahu apa sebenarnya yang boleh buat dia peduli.
sdr peace,
Apa kah bukti DSAI menjual negara kepada America?
Sejauh mana kah atau 'berapa banyak' negara kita telah ter jual kepada America?
Setahu saya yg bodoh ni, sebahagian selatan Johor termasuk P.Batu Putih telah ter jual kepada Singapura.
Mengapa kah kuman yg di seberang lautan anda nampak, tetapi gajah di bibir mata tidak kelihatan?
Salam Datuk,
Saya adalah salah seorang ahli Pemuda UMNO Cawangan Seksyen 19 Selatan, Bahagian Shah Alam telah menyahut seruan untuk mengusulkan kepada UMNO Cawangan Seksyen 19 Selatan mendesak kepada UMNO Bahagian Shah Alam supaya proses peralihan kuasa daripada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak dipercepatkan kepada awal Januari 2009. Usul berkenaan telah diluluskan sebulat suara oleh Ahli-ahli Pemuda Cawangan Seksyen 19, Selatan.
Walaubagaimanapun, apa yang merunsingkan saya, usul berkenaan yang dibuat secara bertulis lengkap dengan nama dan alamat saya telah diambil oleh seorang lelaki yang dipercayai sebagai anggota polis (SB) tanpa diketahui tujuan sebenarnya.
Mohon pendapat dan pandangan Datuk dalam hal ini.
Sekian, terima kasih.
CARILAH UBAT ATAU SEDIA UNTUK MATI
Kalau dah ada petunjuk yang mengatakan kita sakit.... carilah ubatkan? Cara berubat tu macam-macamlah... Pakai Jampi, Minum Ubat Periok, Atau kalau perlu potong anggota yang sudah tidak berfungsi!
Kalau cara-cara penambahbaikan yang begitupun nak dipeleceh......maka bersedialah diri untuk mati....
Pak Lah tak peduli, sebab itulah menantunya teramat lemak dan tamak,begitu lah kroni-kroninya.hinggakan tersungkur di lima negeri dan hilang majuriti dua pertiga di perlemen. Katanya apa ku peduli tidur lagi baik mimpi yang indah-indah kan bagitu.
Terima kaseh.
Seorang penyanyi diberitahu suaranya tak sedap, dia kata, dia tak peduli, dia nak melalak jugak..
Seorang penyanyi diberitahu, cdnya tak laku, dia tak peduli, dia gunakan duit anak menantunya untuk membeli dan melakukan cd tersebut..dan dia buat lagi cd walaupun tak laku, dia tak peduli..
Seorang penyanyi tidak dicalonkan untuk merebut apa apa pertandingan, dia kata dia tak peduli, dia nak meraung jugak..
so..siapa peduli pada orang yang macam ni..dia juga tidak akan dipetdulikan dihujung usianya, dia hanya menjadi penyemak industri..
Buat apa Pak Lah nak peduli poll macam tu. Ia mungkin hanya salah satu kerja jahat mereka yang nak menjatuhkan Pak Lah.
Saya ingin memberitahu bahawa saya baru mewujudkan suatu blog khusus menggabung, memantau dan memudahkan melayar tulisan terkini dari wartawan-blogger tertentu, blogger2 nasionalis, dan pemimpin serta blog cawanagn/bahagian/negeri umno.
Blog anda telah dimasuk senarai.
Sila mampir. Harap kita dapat bertukar pautan.
Salam Datuk,
Sebenar orang UMNO yang tidak berkepentingan amat menyampah dengan gelagat serta ketidakmampuan AAB mentadbir negara dengan baik dan menyenangkan rakyat. Cuma orang UMNO yang berkepentingan saja yan masih menyokong AAB.
Harus diingat, rakyat semakin ditindas dan dikelirukan dari masa kesemasa. AAB dan kuncu-kuncu sanggup laksanakan apa saja demi mencapai matlamat mereka. Sekarang ini sedang berlansung mesyuarat UMNO peringkat Cawangan yang dinodai oleh politik wang. Ahli UMNO yang masih terbawa-bawa budaya ini akan terus dinodai dan akhirnya pemimpin seperti AABlah yang akan kita dapat.
Sifat degil AAB terus menerus akan diwarnainya selagi beliau berkuasa di bumi Malaysia ini. Amat rugi ahli UMNo dan rakyat Malaysia yang mempunyai presiden serta pemimpin seperti AAB yang disifatkan sebagai seorang yang tidak tahu malu oleh TDM.
Walaupun apa sekalipun yang datang mengawal mesyuarat cawangan ku nanti, akan ku bentangkan juga usul-usul yang menolak kepimpinan DSSAB dan KJ.
Ayuh ahli-ahli UMNO lain, jangan tunduk kepada ancaman mereka-mereka yang dayus dengan menghantar troopers ke mesyuarat-mesyuarat cawangan tu nanti. Mereka-mereka ini dihantar kononnya untuk memantau gejala rasuah...namun demikian ada udang disebalik batu....LU PIKIRLAH SENDIRI....!!!!!
Salam..
Rakyat Malaysia sebenarnya telah dapat menilai siapa yang benar dan siapa yang salah! Siapa yang layak mentadbir negara dan siapa yang tidak!
Pemimpin-pemimpin yang membuatkan pemerintahan negara kita ni seperti harta tok nenek moyang dia ni patut disingkirkan segera!
Raja-Raja Melayu kita ni dibuatnya seperti tunggul! Dimana letaknya kedudukan Institusi Raja Berperlembagaan agaknya di mata mereka ni?
Sila baca tentang 'TEORI RAHMAN - UMNO' Anwar jadi PM dan beri komen anda!
http://rencanarakyat.blogspot.com/2008/08/teori-rahman-anwar-ibrahim-jadi-perdana.html
P/s: aku anakraja pun terasa takde kuasa.. takpe la..nak buat camne, dah tak kebal!
sah
mana ade lagi perjuangan demi maruah agama,bangsa dan negara mesti diteruskan kalau pemimpin dah bersikap macam tu.
Betul lah kata tayadih_maysia, kalau Paklah nak popular baik dia masuk malaysian idol ke, one in a million ke. Yang penting adalah menjaga kantung anak menantunya, perniagaan kaum kroninya, kedudukan dia.
Yang paling menyedihkan, sebahagian besar ahli-ahli UMNO tak reti-reti, tak faham-faham.
hakikatnya, semakin lama Paklah dan UMNO menerajui kerajaan, keadaan ekonomi akan menjadi semakin parah. Bila ekonomi parah, semua rakyat susah.....termasuklah orang UMNO juga.
Kita tengok gelagat kerajaan hari ini, dok sebok sangat pasal DSAI. Seolah-olah keadaan ekonomi ni akan terus ok jika DSAI dihapuskan. Nampak sangat kerajaan tak pedulikan kesejahteraan rakyat- mereka dok nak jaga kedudukan mereka sahaja.
bagi mereka-mereka yang dok mengharapkan Paklah turun...tak payahlah dok mengharap kerana Paklah tak akan turun walaupun semua bahagian UMNO pergi buat demo pun. sebabnya?
Peraturan yang dibuat sejak TDM lagi tidak mungkin akan dapat mengugatkan kedudukan presiden UMNO. Cuba tengok bagaimana hebatnya sistem itu, hatta bekas presiden UMNO TDM pun tak boleh buat apa. Sebaliknya TDM sendiri yang kena diperlekehkan.
bat8
YB Datuk
Of course dia takkan peduli.. itu kita semua sedia maklum... tak perlu dipertikaikan... dia memang tak popular... dan menyedihkan Malaysia
Memang sebelum PRU ke 12 pun Pak Lah tak peduli apabila ada orang yang memberitahunya BN akan kecundang dan orang melayu telah meluat dengan kerenah UMNO. Dia kawin dengan bekas biras nya pun dia tak peduli apa orang kata!! Orang kata di bersikap 'subservient' kepada Spura, dia tak peduli, orang kata dia banyak mendengar nesihat budak2 mentah daripada pakar dari dalam dan luar kerajaan yang sedia ada, dia buat dak aja,bahkan memuji mereka itu budak2 pintar! Jadi tak hairan lah sikap Pak lah sedemikian rupa , kerana beliau akan menyalahkan orang lain melainkan dia sahaja. Jadi kita kena terimalah, kerana wazir2 yang terdekat tidak mampu memberi nesihat lagi kerana mereka sendiri mempunyai kelemahan tertentu!!!
Pendedahan komplot politik Umno di sebalik tuduhan terhadap Anwar
Mohd Rashidi Hassan
Dato' Seri Anwar Ibrahim mengulangi beberapa kali peringatan terhadap Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi, yang didakwanya secara cuai terbabit dalam konspirasi mengenakan tuduhan liwat ke atas beliau.
Kata Anwar, PM secara cuai melibatkan dirinya dengan kes ini, dalam usaha untuk menggagalkan sebarang proses perubahan di Malaysia dan untuk menghindari kejatuhan karier politik beliau.
"Saya menasihati mereka di sekeliling beliau untuk menjauhi bahtera kepimpinan beliau yang bakal tenggelam itu selagi mereka mempunyai peluang," ujarnya.
Sebelum ini Ketua Umum KeADILan itu sering mengelak untuk bertembung dengan PM. Kelihatan jelas beliau hanya menumpukan serangan ke atas Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Razak yang didakwanya terbabit dalam pelbagai kes berkaitan rasuah.
Sehingga timbul suatu persepsi di kalangan rakyat, bahawa seolah-olahnya tercetusnya konflik peribadi Anwar-Najib. Anwar menuduh Najib terbabit dalam kes Altantuya Shaariibuu, manakala Najib mengaitkan Anwar dengan kes liwat Saiful Bukhari Azlan.
Mengapa berlaku sebaliknya? Anwar kini dengan nada yang tegas memberikan peringatan seumpama itu terhadap Abdullah?
Ada sumber mendakwa sewaktu kes pertama yang mendakwa Anwar dituduh meliwat Azizan Abu Bakar, pemandu isterinya, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, Abdullah adalah antara yang disebut-sebut terbabit.
Ketika itu, selain Tun Dr Mahathir Mohamad, antara yang didakwa terbabit sebagai konspirator utama yang terbabit dalam 'mengenakan' Anwar adalah Tun Daim Zainuddin, Dato' Aziz Shamsuddin, Dato' Tengku Adnan Tengku Mansor, Dato' Megat Junid Megat Ayob, Dato' Seri Sanusi Junid dan beberapa orang lain.
Sewaktu Mahathir memecat Anwar sebagai TPM dan Menteri Kewangan pada 2 September 1998, Abdullah ketika itu menjadi Menteri Luar yang berada di Amerika Syarikat.
Selepas Mahathir memecat Anwar, Abdullah adalah antara individu yang pertama membuat kenyataan dari luar negara, menyokong pemecatan Anwar.
Sehingga ada yang sumber yang mengatakan, Mahathir melantik Abdullah menjadi penggantinya, 'sebagai hadiah' daripada kesetiaan yang tidak berbelah bahaginya kepada Mahathir, khususnya dalam kes Anwar.
Pada ketika itu, walaupun Najib menjadi Naib Presiden yang paling kanan, namun beliau tidak dilantik. Barangkali bukan kerana beliau lebih muda daripada Abdullah, tetapi Najib kelihatannya lebih berhati-hati untuk 'mengiyakan' serangan Mahathir terhadap Anwar berbanding Abdullah.
Justeru ada yang berpendapat, Abdullah Badawi sejak awal-awal lagi (sejak sebelum 1998) sudah 'establish' dengan grup yang mempercayai Anwar terbabit dengan salahlaku liwat.
Maka tidak hairan kali ini, ada yang mendakwa beliau terbabit dalam 'second accusation' terhadap Anwar.
Apakah Abdullah benar-benar terbabit, terserah kepada pihak berkenaan membuktikannya.
Apakah Abdullah sahaja yang terbabit? Apakah mungkin menantunya Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan bekas orang kanan Anwar, Mohamed Ezam Md Nor turut menjadi pelakon utama sandiwara terbaru ini?
Cara pembikinan dakwaan pertuduhan liwat ke atas Anwar
Menurut sumber beberapa bulan sebelum pilihan raya umum, dalam satu mesyuarat Gerak, pengerusinya Ezam ada membayangkan bahawa bekas bosnya, Anwar Ibrahim akan terbabit dengan satu lagi kes liwat.
"Waktu itu Ezam membayangkan nama lain (enggan disebut) sebagai pelakon utama yang akan terbabit dengan Anwar, tetapi alih-alih nama Saiful pula timbul.
"Watak-watak dan nama yang disebutkan Ezam waktu itu berbeza dengan watak yang berlaku, tetapi jalan cerita atau plot dramanya sama," kata sumber berkenaan.
Persoalannya bagaimana nama Saiful boleh timbul dalam kes ini. Menurut cerita kawan-kawan yang bertugas di pejabat Anwar, sejurus sebelum pilihan raya Saiful dibawa bertugas di pejabat tersebut oleh seorang bekas staf yang bernama Rahimi.
Rahimi dikenali amat rapat dengan Ezam. Pada waktu itu Ezam sudah lama keluar daripada KeADILan dan sering membuat berbagai kenyataan mengkritik KeADILan dan Anwar sendiri.
Namun, semua mereka menerima kehadiran Saiful dengan sangka baik, dalam keadaan Anwar kekurangan staf kerana kesibukan masing-masing berhadapan dengan pilihan raya umum.
Maka, bermula sebagai tugasan sukarelawan, sebagai 'pembancuh kopi' sehingga kepada tugasan mencatat beberapa perundingan dan perbincangan Anwar dengan pihak-pihak tertentu, Saiful turut terbabit.
Namun, apabila timbul kes yang didakwa Saiful bahawa beliau diliwat Anwar. Semua staf-staf Anwar terkejut dengan dakwaan beliau.
"Sehari sebelum Saiful hilang (difahamkan tiga hari sebelum membuat laporan polis), beliau berbual-bual dengan kami tanpa menunjukkan sebarang apa-apa yang pelik berlaku.
"Beliau menyapa kami, siap dengan senyuman lagi, tetapi apabila tuduhan ini dibuat ke atas bos (Anwar), kami amat terkejut," kata seorang staf Anwar.
Ada sumber yang rapat memberitahu Saiful dibawa untuk mendapatkan 'rawatan akibat diliwat' ke Pusrawi oleh Rahimi dan seorang rakan Ezam (namanya akan didedahkan kemudian).
Mereka juga dikatakan membawa Saiful ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas gagal mendapatkan 'laporan yang memuaskan'.
"Yang sahihnya Saiful berjumpa dengan Ezam, sehari sebelum Saiful membuat laporan polis ke atas Anwar. Rakan-rakan lain juga ada, mereka tidak dibenarkan menyertai perbincangan empat mata antara Ezam dengan Saiful," dakwa satu sumber lain.
Daripada keterangan-keterangan yang diperolehi secara berasingan melalui staf Anwar dan rakan-rakan dalam KeADILan, dapat digambarkan secara jelas bahawa, kemungkinan Ezam terbabit dalam komplot bagi merencanakan pertuduhan ke atas Anwar amat besar.
Jadi bagaimana pula Abdullah dan Khairy turut dibabitkan sama dan adakah Najib benar-benar terbabit dalam komplot ini.
Peranan Ezam-Khairy untuk mengenakan Najib?
Umum mengetahui Ezam memasuki Umno melalui Khairy dan berkawan rapat dengan kroni utama Khairy, Dato' Norza Zakaria yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno.
Kemasukan dalam Umno Ezam tidak ada kena mengena dengan Najib. Tetapi mengapa Najib terheret dalam kes ini?
Jika Ezam memasuk Umno melalui Khairy dan menghantar borang terus kepada Abdullah di Parlimen, mengapa pula dalam kes Saiful ini, Ezam menyuruh Saiful menemui Najib?
Daripada 'appointment' yang disetkan oleh Ezam untuk Saiful berjumpa Najib. Najib mendengar aduan Saiful. Melalui kenyataannya Najib mengakui bahawa Saiful ada berjumpa dengannya.
Persoalannya mengapa Saiful tidak dibawa Ezam untuk mengadu terus kepada Abdullah? Atau siapakah yang menyuruh Ezam mendapatkan 'appointment' dengan Najib? Apakah dalam plot ini, Khairy turut terbabit untuk 'mengenakan' Najib?
Hasil daripada 'appointment' yang disetkan Ezam tersebut, Najib tersepit dan dibelasah kiri dan kanan oleh Anwar dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat.
Ada kawan-kawan media yang rapat dengan orang-orang Umno berkata, jika Najib tidak menemui Saiful (dalam 'appointment' yang disetkan oleh Ezam), Najib boleh 'mencuci tangan' dan beliau tidak perlu hendak 'pening kepala' dengan tekanan Anwar.
Dan, jika Khairy terbabit dalam kes ini, plot drama menjadi lebih besar. Ianya bukan sekadar pertuduhan liwat ke atas Anwar, malah ianya mengheret kepada 'game' pemilihan dalam pucuk pimpinan Umno menjelang Disember depan.
Semua plot-plot cerita ini menggambarkan wujud 'permainan' besar politik. Dan apabila Ezam yang memulakan langkah ini, apakah tidak mustahil ada 'tangan-tangan' utama yang mencatur 'permainan' ini.
Bagi orang-orang Umno, mereka mengesyaki 'tangan' utama yang memainkan peranan untuk mempertahankan kedudukan Abdullah, 'menghapuskan' Anwar dan menghalang kemaaran Najib, tidak lain tidak bukan adalah Khairy dan Norza.
Apakah Khairy dan juak-juaknya mampu melakukan tindakan politik seperti perumpamaan Inggeris 'killing two birds with stone'?
Persoalan di sebalik hubungan Ezam-Khairy-Norza
Apakah sekarang ini Ezam turut sama terbabit menjadi pelakon utama yang turut sama terbabit dalam percaturan politik dalaman Umno?
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan Ezam, jelas bahawa bekas Ketua Angkatan Muda KeADILan itu mendapat pembiayaan daripada Khairy dan Norza melalui Gerak.
Ada sebahagian kenalan penulis, yang juga merupakan kroni-kroni rapat Ezam mengakui mendapat 'laba' yang besar daripada peruntukan yang diperolehi Ezam.
Ada yang bercerita dengan kawan-kawan, mereka hanya mendapat 'kuah' daripada 'setalam lauk' yang diterima oleh Ezam. Kuah-kuah pun nilaiannya ratusan ribu ringgit, sehingga ada yang membeli kereta baru secara 'cash', membeli rumah dan membuat 'renovation' yang mahal harganya.
Jika 'kuahpun' nilaiannya ratusan ribu ringgit, tidakkah Ezam yang menerima 'setalam lauk' boleh diumpamakan menerima jutaan ringgit daripada pihak-pihak berkenaan.
Itu pun ada yang mendakwa, ketika ditanya kepada Ezam adakah itu sahaja (ratusan RM) upah yang diterima oleh beberapa individu tertentu, Ezam dilaporkan sebagai berkata, "....tunggu dulu, ini baru masuk sikit, ada lagi nak masuk."
Selain daripada itu sumber yang rapat dengan Ezam memberitahu, selepas Ezam memasuki Umno dan meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Gerak, beliau digantikan oleh Mohd Nazri Yunus.
"Kalau saudara hendak tahu, Nazri ini adalah staf Inska, sebuah institut pemikiran yang dibiayai sepenuhnya oleh Norza," dakwa seorang sumber.
Jika semua dakwaan ini betul, wah hebat betul permainan politik yang dimainkan oleh Khairy, Norza dan Ezam.
Sejauhmana dakwaan ini betul, penulis tidak dapat mempastikannya. Penulis hanya membuat analisis daripada sumber cerita daripada individu-individu berasingan, yang ditemui secara berasingan, lalu digabungjalin menjadi sebuah teori yang ada rasionalnya.
Rumusan daripada 'permainan politik ini' kes liwat ini sebenarnya sudah menjadi lebih besar. Bukan setakat tuduhan terhadap Anwar. Ianya mengheret kepada 'triangle battle' antara Abdullah - Anwar - Najib.
Sama ada Abdullah sedar tentang 'game' ini tidak penting. Tidak ada bezanya jika ianya membabitkan Khairy.
Namun apapun yang berlaku ketika ini, sama sekali tidak akan menjejaskan peluang Anwar untuk memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh 26 Ogos ini.
Masalah yang lebih besar dihadapi Barisan Nasional dan Umno selain daripada menghadapi Anwar ialah kecamukan politik dalaman.
Sama ada Abdullah dapat bertahan sehingga Jun 2010, sama ada Najib dapat menjadi PM sebelum itu, atau mungkin juga Anwar dapat membentuk Kerajaan Pakatan Rakyat, semuanya dicongkak dengan langkah yang amat berhati-hati dan kritikal.
Post a Comment