Kiriman Politica
Sejak PRU12 Muhyiddin Yassin nampaknya bersuara berbeza dari bosnya Abdullah Badawi. Bos dia nampak sangat macam tak kisah dengan kekalahan BN. Muhyiddin pula jelas menyuarakan sesuatu yang relevan dengan kekalahan itu. Suara Abdullah dipertikai oleh rakyat. Suara Muhyiddin sesuai dengan citarasa ramai.
Semalam pun Abdullah cakap lain, Muhyiddin cakap lain, pasal impak PRK Permatang Pauh. Cakap Abdullah orang cemuh. Cakap Muhyiddin orang terima.
Perkembangan macam ni menyebabkan Muhyiddin macam kena gam oleh orang kuat Abdullah dan sesetengah media massa. Kadang-kadang berita menantu Abdullah lebih besar dari berita Muhyiddin. Nasib badan. Inilah antara dugaan bila seseorang memperkatakan kebenaran!
Hari ini ada desas-desus, Muhyiddin nak jumpa empat mata dengan Abdullah. Tunggu punya tunggu, sampai dah lebih dua bulan, Muhyiddin belum lagi dapat jumpa bosnya. Kalau ini sahih, kesian betul!
Baru-baru ni Muhyiddin kata, dia tak nak tanding mana-mana jawatan lebih tinggi dalam UMNO. Katanya, dia cuma nak pertahankan jawatannya sekarang – Naib Presiden UMNO. Dalam hal ni pun peluang Muhyddin masih touch-n-go. Proksi Abdullah dan menantunya tentu ramai yang nak lanyak Muhyiddin.
Banyak pihak terkilan dengan kenyataan Muhyiddin. Ada yang marah dia, ada yang tempelak dia, ada yang sindir dia. Habis nak buat macam mana? Najib dah termakan gula-gula peralihan kuasa hidangan Abdullah. Kalau Muhyiddin langgar Najib, orang kata kurang ajar. Kalau Muhyiddin langgar Abdullah, orang kata, lagi kurang ajar besar. Serba salah Muhyiddin!
Tapi nampaknya UMNO akar umbi tak peduli. Ada gula-gula peralihan kuasa atau tidak, banyak juga cawangan UMNO dah desak bahagian masing-masing yang mereka mahu Abdullah disingkir. Mereka mahu Najib jadi Presiden UMNO, Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.
Sesetengah cawangan mahukan Tengku Razaleigh Hamzah jadi Presiden UMNO dan Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.
Ini semua menunjukkan UMNO cawangan berani gunakan kuasa dalam Perlembagaan UMNO. Tapi, mereka juga cemas kalau-kalau usul mereka tu tak sampai ke mana – dibakulkansampahkan oleh bahagian masing-masing.
Rasa-rasanya ada lagi harapan untuk orang UMNO bertindak. Mereka boleh gunakan mesyuarat perwakilan bahagian mulai Oktober 2008, untuk bangkang pencalonan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO. Ini diizinkan oleh perlembagaan parti.
Nak takut apa? Ini hak ahli UMNO. Kalau Presiden dah tak boleh memperkasakan parti, buat apa dia nak jadi presiden lagi? Kalau UMNO bawah pimpinan dia hari ni kucar-kacir, buat apa nak pilih pemimpin yang jadikan UMNO lebih kucar-kacir lagi?
Tapi, Najib nampaknya susah nak diketengahkan. Nama dia susah nampaknya nak diterima oleh sesetengah orang UMNO. Itu terserahlah. Kalau tak mau Najib, Muhyiddin ada, Tengku Razaleigh ada, Rais Yatim ada, sapa-sapa lagi pun boleh dicalonkan, asalkan bukan Khairy!
Kalau orang UMNO dah tak mau Abdullah, kenalah kerja dari sekarang. Tapi godaan dan cobaannya banyak. Para pendukung Abdullah, luik cak bo liaw lo! Jadi, jangan izinkan diri dirasuah dengan duit yang menimpa-nimpa. Kalau dia orang bagi, ambik! Lepas tu, cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR terdekat dan buat laporan sejelas-jelasnya.
Ingat ni. Raya dah nak dekat. Jangan gelap mata, jangan lemah iman. Orang bagi duit ambik! Tapi jangan buat belanja beli bunga api ke, beli langsir baru ke, beli karpet baru ke.. Cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR!
Kalau semua orang UMNO berani buat macam ni, harapan Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh atau Rais untuk naik agak cerah. Kalau tak, bersyarahlah sampai berbuih mulut, walhasil balik asallah jawabnya! Abdullah akan terus berkuasa, UMNO jadi lebih celaru, kita semua hidup sengsara! – http://politica-net.blogspot.com, 1:43 AM
Sejak PRU12 Muhyiddin Yassin nampaknya bersuara berbeza dari bosnya Abdullah Badawi. Bos dia nampak sangat macam tak kisah dengan kekalahan BN. Muhyiddin pula jelas menyuarakan sesuatu yang relevan dengan kekalahan itu. Suara Abdullah dipertikai oleh rakyat. Suara Muhyiddin sesuai dengan citarasa ramai.
Semalam pun Abdullah cakap lain, Muhyiddin cakap lain, pasal impak PRK Permatang Pauh. Cakap Abdullah orang cemuh. Cakap Muhyiddin orang terima.
Perkembangan macam ni menyebabkan Muhyiddin macam kena gam oleh orang kuat Abdullah dan sesetengah media massa. Kadang-kadang berita menantu Abdullah lebih besar dari berita Muhyiddin. Nasib badan. Inilah antara dugaan bila seseorang memperkatakan kebenaran!
Hari ini ada desas-desus, Muhyiddin nak jumpa empat mata dengan Abdullah. Tunggu punya tunggu, sampai dah lebih dua bulan, Muhyiddin belum lagi dapat jumpa bosnya. Kalau ini sahih, kesian betul!
Baru-baru ni Muhyiddin kata, dia tak nak tanding mana-mana jawatan lebih tinggi dalam UMNO. Katanya, dia cuma nak pertahankan jawatannya sekarang – Naib Presiden UMNO. Dalam hal ni pun peluang Muhyddin masih touch-n-go. Proksi Abdullah dan menantunya tentu ramai yang nak lanyak Muhyiddin.
Banyak pihak terkilan dengan kenyataan Muhyiddin. Ada yang marah dia, ada yang tempelak dia, ada yang sindir dia. Habis nak buat macam mana? Najib dah termakan gula-gula peralihan kuasa hidangan Abdullah. Kalau Muhyiddin langgar Najib, orang kata kurang ajar. Kalau Muhyiddin langgar Abdullah, orang kata, lagi kurang ajar besar. Serba salah Muhyiddin!
Tapi nampaknya UMNO akar umbi tak peduli. Ada gula-gula peralihan kuasa atau tidak, banyak juga cawangan UMNO dah desak bahagian masing-masing yang mereka mahu Abdullah disingkir. Mereka mahu Najib jadi Presiden UMNO, Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.
Sesetengah cawangan mahukan Tengku Razaleigh Hamzah jadi Presiden UMNO dan Muhyiddin jadi Timbalan Presiden UMNO.
Ini semua menunjukkan UMNO cawangan berani gunakan kuasa dalam Perlembagaan UMNO. Tapi, mereka juga cemas kalau-kalau usul mereka tu tak sampai ke mana – dibakulkansampahkan oleh bahagian masing-masing.
Rasa-rasanya ada lagi harapan untuk orang UMNO bertindak. Mereka boleh gunakan mesyuarat perwakilan bahagian mulai Oktober 2008, untuk bangkang pencalonan Abdullah ke jawatan Presiden UMNO. Ini diizinkan oleh perlembagaan parti.
Nak takut apa? Ini hak ahli UMNO. Kalau Presiden dah tak boleh memperkasakan parti, buat apa dia nak jadi presiden lagi? Kalau UMNO bawah pimpinan dia hari ni kucar-kacir, buat apa nak pilih pemimpin yang jadikan UMNO lebih kucar-kacir lagi?
Tapi, Najib nampaknya susah nak diketengahkan. Nama dia susah nampaknya nak diterima oleh sesetengah orang UMNO. Itu terserahlah. Kalau tak mau Najib, Muhyiddin ada, Tengku Razaleigh ada, Rais Yatim ada, sapa-sapa lagi pun boleh dicalonkan, asalkan bukan Khairy!
Kalau orang UMNO dah tak mau Abdullah, kenalah kerja dari sekarang. Tapi godaan dan cobaannya banyak. Para pendukung Abdullah, luik cak bo liaw lo! Jadi, jangan izinkan diri dirasuah dengan duit yang menimpa-nimpa. Kalau dia orang bagi, ambik! Lepas tu, cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR terdekat dan buat laporan sejelas-jelasnya.
Ingat ni. Raya dah nak dekat. Jangan gelap mata, jangan lemah iman. Orang bagi duit ambik! Tapi jangan buat belanja beli bunga api ke, beli langsir baru ke, beli karpet baru ke.. Cepat-cepat bawa duit tu ke pejabat BPR!
Kalau semua orang UMNO berani buat macam ni, harapan Najib, Muhyiddin, Tengku Razaleigh atau Rais untuk naik agak cerah. Kalau tak, bersyarahlah sampai berbuih mulut, walhasil balik asallah jawabnya! Abdullah akan terus berkuasa, UMNO jadi lebih celaru, kita semua hidup sengsara! – http://politica-net.blogspot.com, 1:43 AM
25 comments:
inilah dia salah satu toto kromo atau budi bahasa orang melayu yang selalu di eksploitasi dan di manupilasikan oleh yang tua. Diungkitkan segala macam kebaikan yang telah dibuat demi menjaga perut sendiri. Orang melayu memang jadi lemah bila kebaikan yang telah ditabur, diungkit-ungkitkan oleh orang yang memberi. Orang melayu takut dikatakan derhaka. Takut dikatakan melawan. alasan yang diberi oleh yang menabur bakti ialah, jika melawan, akan datang pelbagai berbagai masalah atau ketulah.
dissolve the cabinet today after the best budget 2009 ever had in our lifetime thus far... get a fresh mandate for PRU13... negara serahkan kepada YANG DIPERTUAN AGONG until election carried out on 3rd hari raya... let's enjoy our RAMADAN al' Mubarak...
...Amiiiin
//rashid
...in GOD we trust!!!
DISSOLVE THE PARLIAMENT AFTER BEST LIFE TIME BUDGET FOR ALL 2009... get a fresh mandate from our beloved people... let them have fun during our one month break... let's the iblis and syaitan turf our roads, clean our rivers, put up the nicest landscaping free for us from ALL the money the STOLE from us... biar padan muka...
Wassalam...
luv always froma a distance (bette midler)
//rashid
...ilham Sesudah Subuh (P Ramlee)
of course kita kena spend jugak... sebab duit kita lagi banyak daripada depa...kikiki
//r
Muhyiddin is a real politician...he admits defeat and express dissapointment but his feet is on the ground and feels the earth moves. Najib...he's talking bulls all the time or he will speak Rosmah's languages. Pak Lah cannot grasp with reality and of course Khairy is nothing but a menace. You can't blame him, his father died ( and the way he died) when he was a young boy! .
salam tazim
payah bila orang-orang disekelilig dolah ni, mendendangkan lagu syadu...semua yg masuk sedap jer di dengar....
seperti mana pernah saya katakan dulu UMNo terkubur kerana dolah dan najib ...sebab Untuk Melayu No Otak.....
Dato' Ron.
Setelah banyak diperkatakan sehingga kini nampaknya kita hanya mencurah air didaun keladi. Mungkin agaknya semua kini menunggu sehingga PRU13 seperti semua kita telah menunggu sehingga PRU12 yang kita tahu keputusannya.
Ini agaknya tanda-tanda awal kejatuhan sesuatu kuasa yang tidak mengambil iktibar.
Salam,
Melihat keadaan sekarang saya rasa kebanyakan Cawangan UMNO, apalagi Bahagian UMNO, tidak cukup keberanian untuk mengusulkan supaya pelan peralihan kuasa itu dipercepatkan.
Ini bermakna, jika tidak berlaku sesuatu yang di luar dugaan, pelan peralihan kuasa tetap akan berlaku dua tahun lagi sebagaimana yang "dikehendaki" oleh Abdullah.
Kelewatan Abdullah mengundurkan diri mungkin tidak bagus untuk UMNO, tapi mungkin tidak salah saya mengharapkan, ia bagus untuk bangsa Melayu dan negara Malaysia.
Dengan kelemahan Abdullah dan UMNO, dan kelewatan Abdullah menggundurkan diri, mungkin pemimpin Melayu di luar UMNO, yang lebih berkalibar, berwibawa dan berkarisma akan mendapat peluang yang lebih luas untuk mengenepikan UMNO dan Abdullah.
Saya rasa bukanlah satu kemestian dan kewajaran UMNO akan terus memerintah hingga hari kiamat, jika ia sudah lemah dan tidak boleh dipulihkan lagi. Jadi mungkin lebih bagus jika ada parti lain mengganti UMNO dan pemimpin Melayu di luar UMNO mengganti Abdullah.
Kepada semua rakyat Malaysia yang percaya kepada demokrasi dan kuasa rakyat
JOM KITA DESAK SEMUA AHLI PARLIMEN MALAYSIA
SUPAYA MENDESAK PAKLAH AGAR MEMBUBARKAN PARLIMEN DAN MENGADAKAN PILIHANYARA UMUM BARU UNTUK MEMBERI KUASA KEPADA RAKYAT MENENTUKAN KERAJAAN DENGAN MANDAT BARU
BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!
BUBARKAN PARLIMEN!!
Dato'
Ahli strategik/falsafah terkenal Austria, Gen Carl Von Calusewitz pernah berkata, "Whatever is hidden from full view in this feeble light has to be guessed at by talent, or simply left to chance."
Ingatkan nak bagi perangsang dekat TSMY supaya lawan Pak Lah, bila di fikirkan semula TSMY pun sotong macam Najib, tak jadilah ........
Jika ahli UMNO nak pilih Ku Li lebih baik kuburkan saja UMNO.
tiada apa yang salah dengan apa yang Abdullah kata.dan tiada apa yang salah dengan apa yang Muhyidin kata.
seeloknya kita ambil kata mereka dua dan kita cantumkan.lagi berkesan!
sebenarnya lain tempat maka lain ragamnya.betul juga apa yang Pak Lah kata dengan apa yang berlaku di Permatang Pauh tidak semestinya berlaku ditempat lain.jika ada lagi pilihanraya lain,maka sudah semestinya BN akan menyusun strategi yang berlainan.tambahan juga bukan semua kawasan parlimen di Malaysia ini kubu kuat PR.ada juga yang kuat kepada BN.itu memang tak bole dinafikan.
Muhyidin juga ada benarnya.BN harus juga belajar sesuatu dan perkukuh parti untuk menjadi lebih kuat.tetapi Muhyidin jangan lupa untuk "menteteramkan" ahli-ahli BN dan bukan hanya mencetuskan panik.
sebenarnya banyak kenyataan yang dibuat ahli UMNO/BN lebih kurang sama saja.kerana apa?kerana memang Permatang Pauh adalah lubuk Anwar.lagi satu untuk tidak mencetuskan panic button dikalangan penyokong UMNO/BN.pemimpin kena tahu bagaimana untuk menteteramkan penyokong mereka bila berhadapan sesuatu isu.tanyalah mana-mana pemimpin dalam dunia politik dan itulah tindakan yang akan mereka buat bila berhadapan sesuatu isu/krisis.
Assalamualaikum Datuk,
Itulah padahnya dengan orang melayu dalam UMNO Bodohwi. Pandang duit ajer gelap mata. Saya amat menyokong 110% untuk Muhyiddin untuk mengambilalih teraju pimpinan negara. saya rasa beliaulah orang yang paling layak memimpin negara kearah kesejahteraan dan keharmonian. Apa yang rakyat perlukan adalah kemantapan ekonomi, kestabilan politik, pembangunan industri-industri, penjanaan ekonomi yang effektif, keharmonian kehidupan antara pelbagai bangsa dan agama, pemimpin yang adil, jujur, amanah dan tidak korup.
Pemimpin yang tidak memperalatkan jentera-jentera kerajaan demi kepentingan politik dan tidak melibatkan keluarga dalam mempengaruhi pentadbiran negara.
Harap harap semua pemimpin Bahagian UMNO menolak kepimpinan Abdullah dan Najib walaupun dicurahkan berbillion ringgit sekalipun.
salam datuk,
Jika difikir2kan perihal orang UMNO ni, ada hikmahnya DSAI mengambil alih teraju kepimpinan negara. Lepas itu, baru orang UMNO sedar...kalau tak sampai bila-bila sindrom "yes man" ni berleluasa. Saya tak terkejut jika ada ahli UMNO sanggup terjun sungai jika presidennya suruh dia berbuat demikian...malang!!!!
list of BN candidates...
ruhani ahmad (RA) - parit sulong
rafidah aziz (RA) - kuala kangsar
xxxx (RA)- P.parit buntar
nasa ali - t.serong
jamil jahaya - k kurau
fadilah yusof - petrajaya
mirzan mahathir - kubang pasu
mokhzani mahathir - lu pikir sendiri
mukhriz mahathir - jerlun
kamaluddin abdullah - kepala batas
nori abdullah - putrajaya
wira dani daim - merbok
asnida daim - sungai petani
adlin aman ramli - lu pikir sendiri
aznil nawawi - titiwangsa
jalaluddin hassan - lu pikir sendiri
adam af2
marsha af2
asmawi ani - p.kulai
siti nurhaliza - p.kuala lipis
nabil ahmad - p.seremban
xxx - bukit melawati
xxx - p.shah alam
lain-lain lu pikir sendiri
...amiinnn n wallahu'alam
//ra
...pls chk all the sons/daughters of performing ministers!!!
UMNO akan berubah selepas PRU13 nanti.
Hanya 'kuasa rakyat' sahaja yg boleh mengubah UMNO.
UMNO akan menjadi parti pembangkan selepas PRU13.
Pada masa itu lah UMNO akan menyusun semula barisan pemimpin nye.
Yang kecundang akan di gugurkan, hanya yg bersih dan di terima rakyat sahaja akan menerajui UMNO.
P. Pauh adalah satu contoh keberkesanan nye 'kuasa rakyat'.
Rakyat sudah tidak boleh di pujuk, di ugut atau di beri habuan untuk menyokong UMNO.
UMNO sudah tidak boleh menambat hati rakyat. Sebenar nye rakyat sayang UMNO, tetapi benci pemimpin2 nye yg bermasalah.
ASsalammualaikum Datok. Saya rasa cara terbaik adalah rakyat jgn mengundi UMNO lagi.selagi rakyat undi UMNO selagi itulah pemimpin pemimpin UMNO rasa ,mereka masih diterima rakyat. Rakyat mintak mereka berundur,mereka masih syg nak tinggalkan jawatan. jika beginilahbaik kita hapuskan terus parti UMNO kerana ianya sudah tidak relaven lagi.UMNO telah terlalu rosak untuk dibaiki.
"melatihkan ramai gulungan professional dan meningkatkan kemahiran mereka" - abdullah
Abdullah bentang Buget 2009 saya suka dengar: sungguh mesra rakyat.
Untuk mempertingkatkan produksi negara biar rakyat gembira dan buat banyak anak.
"kadar kerugian syarikat dipertingkatkan pengecualian cukainya" - abdullah?! (hey ini apa ini?)
Pengundi Melayu Matang ke?
Dato Ron,
Kekalahan demi kekalahan BN dalam PRU 12 dan PRK PP bukanlah bererti Kewarasan dan Kematangan berada di pihak pengundi Melayu!
Mengenai perkara ini marilah kita sorot erti islilah Memayiz. Tahu membezakan baik dan jahat, dosa dan pahla serta hak dan batil-mengikut kitab Sekolah Agama Kerajaan Johor. Apabila tahap pemikiran kita tidak memayiz maka segala amalan kita adalah lagho!
Dalam menegakkan amal makruf nahil mungkar kita tidak perlu suara demokerasi atau sokongan ramai. Hukum menyanggah perkara batil adalah wajib. Olehkerana kita ini berada pada lautan umat yang seperti buih, maka sukarlah untuk melihat yang benar. Kegagalan melihat yang benar adalah dikeranakan gagal mengunakan hukum akal, hukum adat apalagi hukum syarak!
Apa kata mereka? Mereka kata.... DEB tidak ada dalam syarak! Belajarkah mereka bahawa apabila ketiadaan hukum syarak mengenai urusan dunia ini kita boleh beralih kepada hukum adat, tidak kedapatan dalam adat maka kita beralih kepada akal?
Mereka jahil dalam hal-hal ugama yang paling asas! Apabila Kiyai Parti mereka berkata " kena sumpah junjung Quraan".... semuanya berkata enggeh Kek Keyai...maanya semuanya taklid dengan serban besar! Kalau mereka tahu...pasti mereka akan berkata bahawa bersumpah itu tandanya orang dusta! Kalau pun juga perlu bersumpah maka kalimatnya adalah tiga sahaja dan tangan tak payah pegang Quraan! Itu budak darjah empat Sekolah Ugama di Johor dah belajar! Semua nak tunggu Mukti dan Kadhi di mana kewajipan kita terhadap hal Fardhu Ain?
Kita terpesona bila lihat orang berapi-api berhujjah, secara sepontan dan otomatis tanggal seluar dan baju terjun dengan labu-labunya bersama Luncai! Inilah umat yang tidak memayiz. Kepada mereka diingatkan bahawa ada lagi dugaan besar menanti mereka di Yaumilmahsyar apabila mereka kehausan, Dajjal akan datang dengan air tujuh lautan maka barangsaiapa yang mengakui Dajjjal itu Tuhan mereka akan dapat minum air itu....Mampukah orang-orang taklid untuk tidak menuruti kehendak Dajjal?
Dato Ron,
Dalam rangka mempertahankan ummah dari terus berterusan jadi buih, maka TSMY yang mempunyi aktikad seperti lain-lain murid Sekolah Ugama Johor hukumnya jatuh Wajib mengenepikan punca terjadinya buih itu! Kalaupun TSMY gugur ganjarannya menunggu di akhirat nanti. Setiap perjuangan tidak semestinya beroleh kemenangan, dan kekalahan dalam menegakkan kebenaran itu bukanlah kegagalan hakiki! Maka ...... Hendaklah ada dari kalangan kaum itu yang menyeru kepada kebaikan! Selamat melaksanakan kewajiban wahai TSMY, InshaAllah doa ini menggagahkan semangat!
Betul, Nak takut apa. UMNO hak kesemua ahli UMNO - bukan saja hak presiden, majlis tertinggi atau perwakilan.
Kalau ahli umno tak perbetulkan kepimpinan umno dalam pemilihan Disember ini. Rakyat Malaysia akan "perbetulkan UMNO dan BN" dalam PRU13 ini - Sudah hampir Pasti. Seluruh orang kampung dah tau, yang ahli UMNO pun tidak pilih UMNO/BN dalam PRU12 dan Permatang Pauh!
Bajet 2009 nampak sangat le Pak Lah jaga orang disaluran satu dan dua kerana saluran ini lah yang membuat BN menang dalam pilihan raya, di saluran 3 dan 4 dimana-mana tempat pun BN kucundang.
Muhyiddin mempunyai potensi tinggi untuk menjadi PM Malaysia! Given him the chance , TS Muhyiddin can bring Malaysia to greater height. Kepada ahli Umno, sila buka mata dan minda untuk mengenali kaca dan intan!! Pemilihan dalam PAU 2008 ini amat penting kerana ianya akan menentukan mati hidup Umno kalau tidak memilih pemimpin yang betul.
TS Muhyiddin harus dikekalkan sebagai Naib Presiden untuk memberi alternatif kepimpinan sekiranya DS Najib 'tersungkur' selepas PAU!!
ada ka puak2 umno yg berani??
ada ka juak2 umno yg xsuka rasuah??
ada ka pemimpin2 umno yg xkorup??
ada ka pemimpin2 umno yg layak mentadbir negara??
ada ka warga umno yg ikhlas perjuangannya??
jawapannya hanya 1.....TIADA...!!!!
pertubuhan Untuk Melayu No Otak...!!
Saya alu-alukan kehadiran sesumpah@pokka.com yang sudi melayari blog ini. Komen beliau
adalah seperti di bawah ini:
ada ka puak2 umno yg berani??
ada ka juak2 umno yg xsuka rasuah??
ada ka pemimpin2 umno yg xkorup??
ada ka pemimpin2 umno yg layak mentadbir negara??
ada ka warga umno yg ikhlas perjuangannya??
jawapannya hanya 1.....TIADA...!!!!
pertubuhan Untuk Melayu No Otak...!!
Setelah membaca dan meneliti kiriman di atas saya dapati surfer ini ini telah membuat satu kenyataan yang amat sweeping bentuknya. Saya published komen beliau di atas untuk saya kongsikan dengan semua pihak. Tetapi, saya tidak akan layani lagi komen surfer ini di masa akan datang selagi pandangan beliau adalah melulu dan sweeping.
Salam takzim, selamat berpuasa dan maaf. - Ruhanie Ahmad
ERA kepimpinan Pak Lah dilihat sebagai era ketidakstabilan politik. Kononnya Pak Lah lemah dan lembik. Cengkaman Pak Lah longgar. Pak Lah tidak setanding Perdana Menteri (PM) terdahulu.Biasalah! Bila mereka merasakan tidak ada kestabilan politik, PM pula dilihat lemah dan lembik, cengkaman semakin longgar dan PM sekarang tidak sehebat PM terdahulu, mereka yang lemah pun, nak tunjuk kuat.
Kata orang-orang tua dahulu, ‘pohon kelapa kalau sudah condong, kura-kura pun nak cuba panjat’.
Silap perkiraan mereka ini. Jika fikiran mereka sudah berkecamuk, terasa mereka mampu menstabilkan politik, mereka lebih kuat dan lebih keras dari PM. Mereka sahaja mampu mencengkam dan mereka akan menjadi PM lebih hebat atau setidak-tidaknya setanding dengan PM terdahulu, maka timbulkan cakap-cakap begini;
“Kena fikirkan semula tarikh peralihan kuasa,”
Kenapa ya (?), dalam bulan Julai, mereka ini boleh bersetuju, tetapi dua bulan kemudian, September, mereka tiba-tiba ‘mahu mengajak difikirkan semula’ sesuatu yang mereka sudah persetujui bersama.
Apakah orang seperti ini, yang berubah-ubah pendirian mereka dalam tempoh 60 hari, tidak stabil pemikiran mereka dan kelihatan sanggup memalukan institusi Perdana Menteri di luar negara, boleh diharapkan memimpin Malaysia di masa depan?
Menjadi PM, bukan sahaja kerana sokongan perwakilan. Untuk menjadi PM, bukan sahaja kerana undi rakyat. Banyak faktor lain dan antaranya, kehendak Yang Maha Kuasa.
Dalam isu politik Malaysia sekarang, fokus orang ramai sekarang ialah terhadap Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin. Bagi mereka yang menyokong Muhyiddin atau, gelaran popular di kalangan para penyokongnya, MY, Muhyiddin dianggap cukup berani.
Keberanian Muhyiddin mereka samakan dengan keberanian Hang Jebat mempertahankan sahabatnya, Hang Tuah yang dihukum Sultan Melaka kerana fitnah jahat ‘orang-orang Istana’ yang cemburukan keakraban Hang Tuah dengan Sultan.
Cuma, Muhyiddin mungkin lupa, keberanian tanpa akal yang waras menyebabkan Hang Jebat mati dibunuh. Namun, Hang Tuah yang sabar dan mendapat ‘perlindungan’ akhirnya ‘hidup’ dan kembali ke istana.
Muhyiddin mungkin tidak sanggup menjadi ‘Sang Rajunatapa’ yang membuka pintu kepada musuh untuk membenarkan musuh menyerang Melaka. Jika tidak sanggup melihat Malaysia ‘diserang’, mengapa Muhyiddin sanggup bercakap isu politik negara di Singapura?
Adakah kerana Muhyiddin merasakan Singapura adalah ‘tempatnya’ ketika dia menjadi Menteri Besar Johor dulu? Singapuralah tempat paling sesuai mengadakan perbincangan dengan ‘kroni-kroni’ termasuk Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhari?
Jika Dr. Mahathir Mohamad pernah dikatakan risau melihat Muhyiddin yang terlalu ‘mewah berpakaian’ ketika menjadi MB Johor, hingga memaksa Anwar Ibrahim ‘berbisik kepada Muhyiddin’ supaya berpakaianlah secara sederhana, apakah hari ini, Muhyiddin merasakan dia tidak mempunyai apa-apa dosa terhadap politik Negara ini?
Muhyiddin tidak perlu menjadi Hang Tuah. Muhyiddin juga tidak perlu sabar seperti sabarnya Hang Tuah. Tetapi ketika tidak perlu menjadi Hang Tuah, kenapa Muhyiddin berkelakuan seperti Hang Jebat?
Jangan kerana kekecohan yang dibuatnya menyebabkan orang mengungkit sejarah silamnya ketika di Johor. Jangan sampai orang teringat bagaimana ’satu fail BPR’ terpaksa ‘dipangkah’ kerana kononnya demi kepentingan politik.
Jangan nanti ada orang menyebut isu ‘Mount Austin’ selain dari cerita pengswastaan air yang berkali-kali keuntungan dikaut oleh syarikat swasta – tentunya kepunyaan ‘kroni’ sedangkan rakyat – menanggung bebannya.
Sabarlah! PM yang Muhyiddin kurang senangi ini sebenarnya PM yang meletakkan Muhyiddin di kerusi Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. Jika sebelum ini dia dilantik menjadi Menteri Pertanian, kementerian yang kurang glamour bagi Muhyiddin yang suka berbaju besar – tetapi selepas Kementerian Pelajaran, Kementerian Pertanianlah kementerian yang paling besar dari segi keanggotaan staff, agensi di bawahnya dan peruntukan yang diberikan.
Ketika Muhyiddin ‘dilihat’ naik pangkat, sedarkan Muhyiddin bahawa ramai rakan-rakannya terkeluar dari jemaah menteri? Sebenarnya Muhyiddin sudah terlalu lama dalam kerajaan.
Mungkin dia sudah rasa jemu. Maklumlah, dia dilantik menjadi Setiausaha Parlimen dalam tahun 1981. Sejak dari itu, dia berterusan memegang pelbagai jawatan termasuk timbalan menteri, Menteri Besar dan kemudiannya kembali ke Kuala Lumpur sebagai Menteri Belia dan Sukan, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani dan kini MITI.
Tahukah Muhyiddin, Tan Sri Mohamed Rahmat hanya duduk di Kementerian Penerangan dari mula sampai akhir? Walaupun pernah digugurkan tetapi kemudiannya dilantik semula di kementerian yang sama.
Begitu juga denga nama-nama lain seperti Datuk Abdullah Mohd Zin, Datuk Abdul Hamid Zainal Abidin, Tan Sri Sabbaruddin Chik, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dan jika di kalangan parti komponen, lebih ramai lagi yang tidak merasa pindah kementerian.
Kenapa perlu pindah-pindah kementerian? Tentunya PM mahukan dia mendapat banyak pengalaman, sebagai persediaan menjadi pemimpin besar suatu hari nanti.
Malang seribu kali malang, manusia Muhyiddin hanya dapat satu pengalaman yang mungkin dianggap sebagai keberanian – mendesak Pak Lah berundur, sedangkan jika Muhyiddin merasakan dia sudah tidak dapat menerima kepimpinan Pak Lah, berundurlah!
Bukankah lebih mudah Muhyiddin yang berundur daripada mendesak Pak Lah berundur. Pak Lah mempunyai banyak kerja lagi, yang mahu dibereskan kerana ‘itu amanah’ yang dipikulnya sebagai Perdana Menteri – sedangkan kerja Muhyiddin sekarang hanya satu – menjadi jurubicara Tun Dr. Maharthir membuat desakan supaya Pak Lah berundur.
Kerja yang Muhyiddin buat ini, sebenarnya sudah dimulai oleh anak Dr. Mahathir, Datuk Mukhriz. Jika Mukhriz memulakan, Muhyiddin dilihat mengekorinya!
Lebihnya Muhyiddin dalam hal ini, dia bukan sahaja bercakap di Malaysia malahan terlajak sampai di Sinagpura – satu permainan yang menyerupai permainan Anwar Ibrahim.
Oleh Fuad Rahim
sumber : KPMU
BERSATU TEGUH BERCERAI ROBOH !!!
Post a Comment