Saturday, July 21, 2007

Pertubuhan Professional Melayu
Kesal WPI Pentingkan Singapura

Sebuah pertubuhan professional Melayu kesal kerana Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) “meletakkan kepentingan Negara Singapura sama taraf dan penting dengan kepentingan Negara Malaysia dengan polisi-polisi dan teras-teras yang benar-benar mencabar kedaulatan negara Malaysia.”

Oleh itu, pertubuhan berkenaan meneggesa supaya “visi dan misi WPI mestilah untuk kepentingan Negara Malaysia sebagai sebuah Negara berdaulat dan bukan sekali-kali bertujuan untuk mengintegrasikan kepentingan Negara Singapura.”

Itulah kandungan satu daripada 20 tuntutan yang terangkum dalam memorandum mengenai WPI yang telah dihantar oleh pertubuhan berkenaan kepada Majlis Raja-Raja Melayu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Sultan Johor, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Johor dan Tun Musa Hitam.

Dalam memorandum berkenaan, pertubuhan itu “menuntut agar visi dan misi WPI diwujudkan hanya untuk kepentingan Negara Malaysia dan rakyatnya dan bukan untuk membantu Negara Singapura secara mutlak.”

Pertubuhan tersebut “menyokong penuh usaha Kerajaan Malaysia untuk membangunkan WPI dan tidak sekali-kali menolak pembangunan yang dapat menjana peningkatan ekonomi rakyat Malaysia, terutamanya bangsa Melayu.”

Bagaimanapun, pertubuhan itu “merasakan kerajaan telah dengan sengaja atau tidak sengaja mengambil kira kepentingan Singapura di masa hadapan dan diterapkan secara jelas sebagai salah satu teras WPI.”

Dalam kontks ini, pertubuhan itu memetik beberapa bab dalam Comprehensive Development Plan (CDP) WPI. Pertamanya adalah daripada Bab 4, Bahagian 2, Mukasurat 7, yang menegaskan seperti berikut:

“Singapura telah menghampiri had fisikal daripada tanah persisiran pantainya dan kawasan lautnya, dengan ini adalah dipercayai bahawa strategi Singapura adalah untuk memindahkan sebarang pembangunan yang bersifat intensif buruh dan tanah dan ‘lower value added industries’ ke Johor dan Batam atau JSI nodes. Ini adalah untuk mengambil peluang kepada kawasan tanah yang ditawarkan oleh Johor dan Batam.”

Keduanya, pertubuhan itu memetik Bab 12, Bahagian 3, Mukasurat 13 dalam CDP tersebut yang merujuk kepada “Proposed Nusajaya Free Access Zone” (FAZ).

Dalam konteks ini, pertubuhan berkenaan menyatakan bahawa FAZ ini “dengan jelas meletakkan salah satu objektifnya adalah untuk memperbaiki atau memudahkan ‘lingakes’ antara WPI dan Singapura. Menurut cadangannya, FAZ dijadikan Bandar 24 jam dan memang jelas bahawa WPI akan dipergunakan dan menjadi mangsa untuk menyokong ekonomi Singapura.”

Berikutnya, pertubuhan itu merujuk kepada Bab 3, Bahagian 1, Mukasurat 9, dalam Strategi Pembangunan Fisikal WPI “yang dengan jelas menyatakan bahawa SJER (WPI) adalah dirancang dan akan dibangunkan sebagai salah satu titik pertemuan sejagat yang terdiri daripada Johor, Singapura dan Indonesia. Sekali lagi, dengan jelas tercatat bahawa kejayaan WPI adalah sangat bergantung kepada penyrtaan Singapura di dalam perancangan WPI dan terasnya.”

Seluruh hakikat di atas dikesali oleh pertubuhan berkenaan. Ia “kesal dengan tindakan untuk meletakkan kepentingan Negara Singapura sama taraf dan penting dengan kepentingan Negara Malaysia dengan polisi-polisi dan teras-teras yang benar-benar mencabar kedaulatan Negara.”

Untuk mengakhiri tuntutan di atas, pertubuhan itu menyatakan bahawa “ini adalah bukan caranya untuk menyambut kemerdekaan Negara yang ke-50.”

Komen: Saya sangat berminat untuk mengetahui reaksi pihak-pihak yang menjadi sasaran memorandum pertubuhan berkenaan. Ini kerana pandangan sebilangan bloggers yang terlebih awal mengkritik soal kepentingan Singapura yang amat menonjol dalam WPI telah menyebabkan bloggers berkenaan dicap kononnya sebagai golongan anti-pembangunan dan anti-kerajaan.

[Posting akan datang akan memuatkan tuntutan mengenai perlunya diwujudkan sebuah markas kawalan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia dalam kawasan WPI.] - Ruhanie Ahmad

45 comments:

sahabat said...

Jelas ada orang yang ketinggalan dan tak waras. Mereka phobia dan menentang pembangnan. Apa yang dibuat kerajaan selalunya ditentang. Pobia oh pobia.

WPI bermakna wilayah pembangunan iskandar. Ia terletak di Johor.

Ia merupakan satu idea jangka panjang yang bagus, yang mempelawa peniaga singapore untuk datang dan membuka perniagaan.

Oleh kerana peniaga singapore mempunyai pengalaman dan networking yang kuat, adalah dijangka potensinya itu boleh menguntungkan malaysia.

Bayangkan nanti singapore akan menjadi padang jarak padang terkukur apabila dunia datang ke WPI dan tidak ke singapore.

Malaysia mempunyai kawalan ke atas WPI, bukan sahaja ia wilayah malaysia, tetapi terhadap cukai dan keuntungan pelanggan yang datang ke situ.

Inilah yang dicemburui oleh Lee Kuan Yew.

lamandau said...

[Posting akan datang akan memuatkan tuntutan mengenai perlunya diwujudkan sebuah markas kawalan keselamatan Angkatan Tentera Malaysia dalam kawasan WPI.] kata Datuk.

Saya tidak terfikir cadangan ini akan diwujudkan, kerana ianya akan dilihat sebagai ancaman oleh Singapura. Kalau lokasi ketenteraan yang sedia ada di selatan Johor tidak di re-locate pun dah mujur. Tetapi dalam keadaan 'keakraban' diantara pemimpin kedua2 negara wujud, semuanya bolih jadi ,Datuk.

Dalam isu yang dibangkitkan ini, saya amat yakin bahawa CDP untuk WPI ini disediakan oleh juruperunding diKhazanah yang terdiri daripada rakyat Singapura! Malangnya mereka2 yang 'di corridor of powers' hanya menerima bulat2 CDP ini tanpa dikaji secara lebih mendalam. Berkemungkinan besar CDP ini atas kehandak AAB sendiri!!!!

pemerhati said...

A,kum semua.

Kawan sokong pandangan "Malaysia" WPI merupakan satu idea jangka panjang yang bagus, yang mempelawa peniaga singapore untuk datang dan membuka perniagaan" Kawan cadangkan pada "Malaysia" lagi elok dia beri pandangan kepada PM jual terus tanah Johor pada Singapore. Hello "Malaysia" tidak perlulah berselindung, kawan kenal siapa kamu. Berapa banyak Khairy menantu PM bayar kamu sebulan?? Untuk pengetahuan semua " Malaysia" adalah rakan baik Khairy menantu PM. Semua provokasidi hantar tidak perlu kita membacanya kerana nick "Malaysia" adalah seorang ejen asing.

Johor bumi kedaulatan Melayu. Kibarkan bendera JOHOR tanda sokongan SELAMATKAN BUMI JOHOR DARI DI JAJAH SINGAPURA.

pemerhati said...

By LARRY NEUMEISTER, The Associated Press
Thursday, July 19, 2007; 9:20 PM

NEW YORK — A Pakistani national was arrested Thursday on allegations he illegally shipped weapons to Malaysia, including fighter jet parts likely to end up in Iran.

Jilani Humayun, 59, was charged with 11 counts of violating the Arms Export Control Act, one count of conspiracy to commit mail fraud and one count of conspiracy to commit money laundering. The charges carry up to 150 years in prison upon conviction.

In court papers, federal authorities said Humayun formed a company, Vash International Inc., in January 2004 to export defense equipment including tanks, guided missiles and rocket launchers.

They said that he used Vash 11 times between January 2004 and May 2006 to export to an unidentified company in Malaysia F-5 and F-14 fighter jet parts and Chinook helicopter parts.

Prosecutors said Humayun admitted to federal agents that he did not know who the end users were for the items that were shipped. They said he also admitted that he undervalued the shipments on his export paperwork so the company could avoid paying Malaysian customs duties.

U.S. Attorney Michael J. Garcia said it is well documented in public reports that the sole customer of F-14 parts is the Iranian Air Force.

“The details of the crime with which Jilani Humayun is charged are particularly disturbing, as he is alleged to have knowingly shipped technology as dangerous as F-5 and F-14 parts to Malaysia without any regard for the ultimate destination,” Garcia said.

The director of the criminal investigative service in the U.S. Department of Defense, Charles W. Beardall, called the illegal export of U.S. military technology and weapons “one of the most significant and growing threats to our national security.”

U.S. Magistrate Judge Ronald L. Ellis denied a request by a prosecutor Thursday to order Humayun held without bail. He set bond at $500,000 and ordered him detained at his home in Lynbrook after Humayun’s lawyer, Joyce London, described her client as a “true New Yorker” who rarely traveled and had visited Pakistan only once since coming to the United States in 1981.

The defense lawyer said Humayun lived with his wife and son and had to contend with illnesses including a heart condition, diabetes and high blood pressure.

Nota: Siapa dalang dalam perkara ini.. Tanya "Malaysia" berapa komisen kamu perolehi sebulan!!

Hamizi Hamdan said...

pemerhati...

betulkah si malaysia ni kawan khairy...

patutlah sibuk mengipas... dan provoke orang lain...

tapi katanya si khairy ni lulusan oversea oxford, tak kan kawan dia tulis macam tu... setiap kali dia tulis macam karangan budak sekolah rendah...

menghina intelektual betul...

Unknown said...

assalamualaikum datuk dan sahabat. baru balik dari jakarta semalam. sempat juga kemajlis pelancaran proton dijakarta pusat. hebat sambutannya datuk,sampai presiden sby pun ada. tapi kenapa TDM tak dijemput sama.Sewajarnya TDM hadir, kerana beliaulah yang mengasaskan proton. Rata2 warga indonesia amat tertarik dengan proton dan memuji malaysia.saya naik semangat, kerana berada ditengah2 rakyat indonesia. isteri saya pegawai pemerintah amat bangga dan sudah mula berkempen dgn rakan2 nya utk membeli proton. Kementerianya juga sudah menempah waja untuk kegunaan resmi.

Bekas Menteri Pertanian dan Kelautan baru dipenjara 6tahun kerana korapsi. Tomy Suharto akan didakwa kagi kerana kasus cengkih dan memonopoli lesennya. Samalah macam AP disini. kata isteri saya BPR sudah ditubuhkan di sini. Tapi Ketuanya juga korapsi sama spt di malaysia. tapi kes yang sampai ke bapak presiden akan disiasat rapi sampai keakar umbi.

datuk, semasa menziarah pak kiyai, saya pernah terlihat beberapa poskad foto menteri malaysia. bila saya tanya, pak kiyai memberitahu mereka ni datang nak minta supaya jangan dijatuhkan. saya tak tau apa tujuan sebenarnya dengan "jangan dijatuhkan" itu. adakah dlm pilihan raya, dalam kabinet atau diperingkat bahagian. Lantak dia oranglah...

Datuk, ada tak persamaan antara Tomy dan KJ?

A Voice said...

Semasa Dasar Ekonomi baru di lahirkan dan orang2 Melayu begitu bersemangat mahu membangunkan diri dengan pelajaran dan mencuba pelbagai usaha2, kamu dah lahir belum?

Padanlah kata2 seperti "Mereka phobia dan menentang pembangnan".

Apa punya bijak merancang pembangunan budak2 tingkat 4 ni buat deal jika buat jambatan dalam malaysia dengn ambik loan dari Cina dan kasi Cina 51% interest.

Apa punya bijak merancang pembangunan budak2 tingkat 3 ni jika buat WPI tanpa mempunyai economic driver yg sebenar utk memacu pembangunan? Jangan claim cerita pasal logistik, admin centre, dan oil & gas hub. Itu bukan idea pak lah dan ini semua terbatas dgn cancellation jambatan.

Malaysia ... asyik baca textbook teori, akhirnya bila mengamalkan ... cacamarba teorinya.

Husin Lempoyang said...

Kalau Malaysia ni hanya memuji dan mendewa singapura untuk:

1. dapat peniaga singapura datang,
2. peniaga singapura saja ada pengalaman dan networking

ia menunjukkan dia tak ada keyakinan pada ilmu di dadanya dan seorang yg tidak ada jati diri.

Kalau dia ingat Singapura akan tinggalkan untuk ke WPI hingga Spura jadi padang jarak padang tekukur,

dia ni hidup dalam wishful thinking.

WPI adalah hanya property play UEM dari tahun akhir 80an dna mula di implementasikan pada tahun2 90an.

Mungkin biar pakcik ajar, tanah bila dah kena jual kat singapura atau kawan2 mereka yg berkapital, tak akan di dapat balik.

Urbanisasi tidak pernah memanafaatkan melayu kerana merek akekurangan modal. Urbanisasi dan perbandaran di gunakan oleh penjajah british utk meminggirkan melayu dari arus pembangunan.

WPi bukan saja urbanisasi tetapi megapolis. Adakah MElayu bisa berjaya dan bermanafaat? Musa Hitam kata orang Felda boleh melabur dalam WPI melabur apa?

Dr Iskandar hanya kata orang Melayu boleh bina stesyen minyak (pam attndent), beri khidmat sekuriti (jadi pak guarg), kedia dobi (jadi amah), ... Maknanya pelabur dan pekerja mahir dari luar negara dan bukan dari Malaysia.

Malaysia ni jelas pemikiran budak hingus. Dia tengok pelan dan map dia dah leka dan syok sendiri.

Budak2, kalau belum matang, tolong jgn menyampuk org tua2 berbincang. Kalau belum sunat, kena sembahyang saf belakang ... tak boleh terus kena depan, ye?

Unknown said...

Jika singapura menguasai WPI, artinya singapura telah dapat mengembangkan industri elektroniknya dirantau ini. Di Batam khususnya di MUKA KUNING industreies, singapura sudah lama bertapak dan menjadikan Batam tempat mengeluarkan pelbagai peralatan. Konsepnya sama spt MIEL di Malaysia. Dari sinilah Singapura melambakkan sebanyak2nya barangnya kepasaraan Malaysia dan Asean hinggakan memberi kesan buruk kepada ekonomi Malaysia. Bukan Menteri Malaysia tak tau hal ini, tetapi saya tak faham langsung semangat kebangsaan menteri malaysia. Jelas sekali, semua produk yg dikeluarkan di Batam di labelkan sebagai Made in Singapore atau Singapore Product. Sekarang singapura dipelawa secara besar2an melabur di WPI pulak, jadi apa akan jadi dengan Kuli Tec Park, Cyberjaya dan Penang Free Trade Zone?
Saya sangat memuji pemerintah negara Indonesia yang tidak bertolak ansur lagi dengan Singapura. Jadi kita harus teladani semangat Indonesia. Orang Indonesia memang tidak sukakan Singapura khususnya LKY yang dianggap anti Pribumi..

pikirkan lah.

Unknown said...

ralat: KULIM Technologi Park.

mdkamel said...

Dah tentulah WPI tu program jangkapanjang...kalau tak takkanlah para menteri Singapura dibawa duduk semeja berunding tentang konsep dan pelaksanaannya. Kalau zionist berusaha untuk menguasai dunia, "sionist" pula mahu menakluki Asia Tenggara termasuk malaysia.

sahabat said...

saya hairan bin ajaib.

Orang-orang yang menentang Pak Lah seolahnya macam tidak boleh diberi nasihat, tak makan nasihat langsung.

Apa sahaja yang kerajaan buat, disalahkan Pak Lah, malahan yang memberi nasihat dikatakan tak faham eksekutif.

Bila pendapat kontra dituduhnya macam tingkatan 1,2,3 dan entah apa lagi.

Nampak sangat kita-kita ni tak tahu perkembangan yang zaman ni budak darjah 1 disebut tahun 1, dia punya standard U. bukan macam kia sekolah dulu-dulu.

Bila kita kata orang tua dah macam dinasor marah... tapi mengutuk orang ikut sedap mulut.

Hai nampaknya tak cukup cili betul nak bubuh kat mulut celupar begitu.

Hamizi Hamdan said...

malaysia...

kau tu yang tak pandai... jangan salahkan orang lain...

takkan le singapore tu begitu bodoh nak majukan WPI dan biar negara sendiri padang jarak padang terkukur...

lee kuan yew tu bukan bodoh... dia ada strategi... setiap patah kata dia penuh muslihat... kalau kau ingat dia dah nyanyuk, aku rasa kau dah taraf dinosaur macam yang kau merepek tu lah...

kalau tak pandai, belajar le lagi... macam aku ni... belajar lagi pasal bisnes... nak ganti economist yang diperbodohkan oleh orang politik...

sahabat said...

saya tidak bertujuan nak taji bapa hussin lempoyang dan encik hamizi sebab ini ruang komen yang dibangkitkan oleh tuan punya blog.

Kalau tuan/puan tak setuju dengan komen, minta tuan punya blog berhujah, dan bukan menyerang personal. Itu bukan pro.

Sebenarnya WPI adalah satu kaedah yang dibuat oleh kerajaan supaya Malaysia jadi kaya, dan makmur. Itupun pandangan saya, bukan pandangan kerajaan. Tapi alasan kerajaan terntu ada.

Cuma sebagai rakyat, janganlah jadi anai-anai. tak membantu, buat rumah pun tak kuat.

SOKONG KERAJAAN... JANGAN TENTANG. KALAU TENTANG HUKUMNYA SALAH...

sebab yang suka tentang-tentang ini, ialah pembangkang, dajal, dan iblis.

Kita manusia jangan jadi iblis lah

Husin Lempoyang said...

Malaysia ni unjuran dia tidak ada isi tapi bila kena hentam dia merajuk kata orang hentam peribadi dan anti pak lah.

Dari mula dia dah cari pasal hentam peribadi dengan berkata:

"Jelas ada orang yang ketinggalan dan tak waras. Mereka phobia dan menentang pembangnan. Apa yang dibuat kerajaan selalunya ditentang. Pobia oh pobia."

Kalau tahu hantam, jangan ingat tak kena hentam balik. Dan bila dah panas, baik keluar dari dapur.

Kalau teguran di anggap sebagai anti pak lah, susah nak cakap. Apa boleh buat, bacalah tahap kematangan pemikiran Malaysia....

Cuma sebagai rakyat, janganlah jadi anai-anai. tak membantu, buat rumah pun tak kuat.

SOKONG KERAJAAN... JANGAN TENTANG. KALAU TENTANG HUKUMNYA SALAH...

sebab yang suka tentang-tentang ini, ialah pembangkang, dajal, dan iblis.

Kita manusia jangan jadi iblis lah


Pooh tentang kerajaan jadi iblis?! Takut aku dengan ancamannya!! :-)

Inilah cyberwarrior Mr Azalina ... opps Ms. ... hehehe sori.

Malaysia ... cuba balik buka buku sejarah darjah tiga sekolah ugama di johor mengenai peristiwa kenaikkan Saidina Abu Bakar sebagai khalifah dan apa Saidina Omar kata dengan pedang terhunus.

Kalau kau boleh terangkan tanpa putar belit, aku kasi hadiah makan di MacDonald...dengan permainan sekali aku belikan.

goJiRa said...
This comment has been removed by the author.
goJiRa said...

tuan malaysia
betulkah kami membantah cadangan Pak Lah?
1. WPI lebih menguntungkan siapa?
2. Kenapa hal Proton lambat diselesaikan?
3. Realiti ekonomi Malaysia sekarang, memeritkan. Kenapa?
4. Melayu yang maju, melayu bagaimana?
5. Dengar kata, Johor nak bangkrap, betul ke?

...

Hamizi Hamdan said...

kau ni malaysia, pak turut lah...

suruh terjun lombong, kau terjun... suruh makan sewer, kau makan... tak pernah nak tanya kenapa...

tapi kali ni aku syok tengok kau kena belasah cukup-cukup... padan muka kau ...

kalau kerajaan buat tu salah tegur lah... bukan biarkan je... aku rasa kau ni mesti sesuai dengan calon yang UMNO cari dalam iklan blog aku tu...

tak semestinya perlu faham visi UMNO/kerajaan... ingatkan aku berangan... rupanya betul-betul ada orang macam ni... kah.. kah... kah...


http://angan-angan.blogspot.com/2007/07/tawaran-kerja-dari-umno-untuk.html

PRESS 1 said...

Apakhabar dan salam sejahtera. Harap baca artikel ini. Kepada "En Malaysia" .. tolong faham perasaan rakyat negara ini yang mencintai kedaulatan negara. Kami rakyat MALAYSIA cintakan kedaulatan negara berpegang perinsip Rukun Negara. Terima kasih

PATRIOTISME TIDAK BOLEH DIMONOPOLI
Oleh Lim Mun Fah
Sin Chew Daily

Dalam masa sebulan, Malaysia aka menyambut kemerdekaan yang ke-50 tahun. Dengan Hari Merdeka begitu hampir, persoalan mengenai bagaimana menyambut hari tersebut dan bagaimana menyatakan cinta untuk Negara kian menjadi topik perbincangan yang hangat.

Sesetengah pihak menilai patriotisme orang lain berdasarkan cara mereka menyambut Hari Merdeka. Cara paling tidak masuk aqal yang diwar-warkan ialah dengan menggantung bendera Malaysia, kononnya itu mempamerkan semangat patriotisme yang tulen.

Bagaimana sepatutnya kita menyambut Hari Merdeka supaya ia benar-benar menunjukkan kecintaan kita kepada negara?

Setiap tahun, pada ambang Hari Merdeka, akan ada sekumpulan remaja yang berpakaian ganjil memegang bendera Malaysia dan mengelilingi bandar, menunggang motosikal yang diubahsuai masing-masing. Kekecohan yang mereka buat mengganggu orang lain yang cuba berehat, dan perangai liar mereka hanya menakutkan orang ramai – mereka sanggup merosakkan malah menyerang orang ramai. Adakah ini wajar bagi mempamerkan semangat patriotik?

Ketika bulan Ogos, beberapa selebriti tahunan akan muncul di khalayak ramai. Mereka gemar menghiasi kereta masing-masing dengan bendera Malaysia yang berbagai saiz dan membawa kereta mengelilingi merata tempat, menunjukkan kerja tangan mereka kepada semua. Adakah ini yang dikatakan patriotisme?

Pada malam Hari Merdeka sendiri, terdapat sekumpulan remaja yang berkumpul bagi menyambut kiraan saat sehingga tengah malam. Mereka akan mengibarkan bendera, menjerit-jerit, menari-nari dan berada di situ sehingga awal pagi dengan berbagai kegiatan liar. Adakah mereka benar-benar patriotik?

Patriotisme boleh dinyatakan dalam banyak cara. Setengah orang cintakan Negara secara senyap, tidak suka menunjuk-nunjuk, sementara yang lain suka mempamerkan kecintaannya kepada awam. Ada yang menyambut Hari Merdeka dengan tenang, sementara yang lain lakukan dengan penuh ghairah.

Lain orang lain cara mempamerkan semangat patriotik masing-masing. Seorang askar patriotik ketika dia membahayakan dirinya mempertahankan Negara daripada ancaman musuh, sementara seorang polis patriotik apabila dia menjaga ketenteraman awam dan menegakkan undang-undang supaya orang ramai tidak hidup dalam ketakutan. Jika warga biasa memberikan yang terbaik dalam kerjaya mereka dan menyumbang kepada ekonomi dan pembangunan Negara, itu juga dikira sebagai bentuk patriotisme.

Akhirnya, semua orang bebas menyatakan patriotisme dalam apa jua cara yang mereka suka. Bentuk pernyataan ini bebas dan tidak disekat, tulen dan tidak dipaksa. Bentuk pernyataan dan cara berfikir mungkin berbeza, tetapi apa yang penting ialah berkongsi cintakan Negara dan tanahair dan kesanggupan bersama dalam semua keadaan.

Setengah orang sangat patriotik, tetapi mereka sangat segan dan tidak mahu menunjukkan semangat patriotik mereka secara terbuka. Mereka tidak ambil bahagian dalam keramaian, tidak juga menghiasi kereta mereka dengan bendera Malaysia, tetapi itu tidak bermakna mereka tidak patriotik. Dalam hati mereka, mereka cintakan Negara ini. Mereka bekerja keras dan menyumbang kepada Negara dalam senyap. Mereka lebih patriotik daripada mereka-mereka yang terang-terang menyatakan cnta mereka kepada Negara tetapi hakikatnya tidak lain daripada pembohong yang jelek.

Malangnya, ada orang berfikir bahawa ada satu cara untuk jadi patriotik dan apa yang lebih malang ialah ada satu-satunya tempat untuk sambutan Hari Merdeka. Disebabkan pemikiran yang sempit sebegini, maka arahan dikeluarkan menghalang mana-mana pihak persendirian mengadakan sambutan ambang merdeka kerana dibimbangi akan menjejaskan sambutan yang dianjurkan oleh pihak kerajaan.

Memadamkan lain-lain penyataan patriotisme dan menghad ruang bagi bentuk patriotisme yang satu, sebagai cara meningkatkan bilangan yang hadir ke majlis sambutan yang dianjurkan oleh pihak berkuasa kononnya menunjukkan semangat cintakan negara. Ia merupakan monopoli ke atas bentuk patriotisme, dengan satu definasi apa yang dimaksudkan dengan patriotik. Ini suatu jenaka dalam usia 50 tahun kita Merdeka.

Malah, kononnya perbuatan menunjukkan rasa patriotik tersebut telah membuatkannya menjadi begitu formal. Ia bukan saja tidak berkesan dalam mempromosikan patriotisme kalangan warga Negara ini, tetapi ia juga melanggar prinsip-prinsip sebenar patriotisme.

Beri orang ramai pilih cara mereka sendiri untuk menunjukkan semangat patriotik masing-masing! Bagi mereka yang benar-benar patriotik akan sentiasa meletakkan kepentingan Negara atas kepentingan peribadi. Tiada orang sepatutnya menghalang orang lain menyatakan patriotisme cara masing-masing supaya mereka akan menunjukkan betapa ramai ia menarik perhatian yang lain.

Patriotisme tidak patut dihadkan tempoh dan waktunya. Ia sewajarnya berterusan, seperti sungai yang mengalir!

Ada banyak cara untuk jadi patriotik; bentuk patriotisme yang boleh dipamerkan ada berbagai!

Patriotisme tiada ruang yang terhad. Kita akan cintakan Negara dan tanahair sama ada kita berada di Johor Bahru, Kuala Lumpur atau mana-mana tempat di dunia, selagi kita ada rasa cinta dalam diri kita!

sahabat said...

dimanakah letaknya erti kemerdekaan jika semua orang dalam mardeka buat suka-suka ikut hati masing-masing. Oleh itu merdeka tidak ada erti apa-apa kerana mengakibatkan perpecahan.

Perpaduan adalah satu unsur penting dalam kekuatan kemerdekaan.

Orang akan menuduh berfikiran sempit jika fikiran itu tak ngam dengan fikiran orang yang menuduh itu.

Orang jahat akan menganggap orang yang belot itu jahat, sedangkan orang jahat yang belot itu tak ikut jahat macam dia.

Semua orang mahu/menyuruh/meminta/berdoa supaya macam dia.

Ha ha ha blog ini dah macam aku punya blog pula, sedangkan aku nia siapalah dengan orang-orang kaki buli.

Dulu sekolah tak jadi buli, tapi dah jadi dinasor nak buli pula. Nasib baiklah jadi dinasor, tapi kalau hidup balik jadi hantu...

Bukankah dalam ajaran agama kita iaitu agama hindu, mengatakan manusia ni akan hidup dan dilahirkan semula mengikut perbuatan kita sebelum mati.

Apa kau orang tak belajar agama ke?

Hamizi Hamdan said...

malaysia...

memetik petikan filem dulu-dulu...

apa yang kau merepek tu setan?

Husin Lempoyang said...

Apa yang kau merepek "otak burung"?

Jawab kenapa kau kurang ajar dan biadap masuk blog ni? Tak payah nak bersyarah macam kau baik sangat.

Cuba jawab apa kena mengena perpaduan dengan hak bersuara, menegur dan memberi pandangan?

Apa langsung bila perpaduan, ikut macam lembu? ... Oppps ... maaf, ugama kamu ugama Hindu. ...Ikut macam ... kerbau.

Apa salah kau terangkan dengan fakta dan analisa yg baik? Jawapan kau benda klise or cliche.

Orang hujan dengan fakta dan analisa, kau panggil menentang kerajaan.

Pengkritik-kritik ini adalah mereka2 yang sangat sayang kerajaan, sangat sayang negara dan tanahair. Parti tu tak tahu lah mana masing2. Saya orang UMNO sayangkan UMNO, tapi saya pasti mereka sayanglan negara ini.

"Malaysia" baiklah paham apa yang dikatakan meletakkan sesuatu pada tempatnya. Kalau belum kesampaian, duduk tepi, diam, dengar dan berfikir. Belum masa kamu nak bercakap.

Serupa budak belum puasa tak boleh ikut orang tua2 berbuka ....

sahabat said...

kata islam itu agama bagus, manusia-manusia yang menganutnya ada baik, tapi apa pasal itu macam?

Kata hamizi "..setan"

Agama hindu walaupun lebih tua dari Islam, tapi ia agama yang mengajar orang menjadi baik.

Setiausaha Politik Perdana Menteri,Datuk Osman Desa.Bercakap kepada para wartawan selepas membuat laporan polis itu Muhammad menegaskan laporan dan komen yang berbau hasutan begitu tidak harus disiarkan dalam laman web

Hamizi Hamdan said...

dei tambi...

who start first about religion...

if you think your religion is good, fine for you... keep by yourself lah stupid...

why you want to put curry in other religion... we not even mention about religion before you... stupid...

p/s: tambi you faham english tak... kalau tak paham... stupid = bodoh...

p/s:

Unknown said...

LAWATI LAMAN WWW.PROWARIS. ORG DAN DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUP S.COM

PROWARIS-MAPAN SERAHKAN 20 TUNTUTAN TERHADAP WILAYAH PEMBANGUNAN ISKANDAR KEPADA YAB PERDANA MENTERI
oleh Media ProWaris
KUALA LUMPUR – Dokumen Dua Puluh (20) Tuntutan Pertubuhan Profesional Melayu & Pewaris Bangsa (ProWaris) dan Majlis Permuafakatan NGO-NGO Malaysia (MAPAN) terhadap Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) selamat diserahkan kepada YAB Perdana Menteri sebelum berangkat ke Australia di Lapangan Terbang TUDM Subang pada jam 11.40 malam, Isnin, 16 Julai 2007 bersamaan 1 Rejab 1428H.

[Gambar : "Muka Depan Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN" ]

Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN yang tidak kurang daripada 70 mukasurat itu dihimpunkan secara intensif lebih kurang sebulan yang lalu oleh sekumpulan professional terpilih daripada pelbagai kepakaran termasuk pakar-pakar ekonomi, undang-undang, kejuteraan, perakaunan, perbankan dan ahli-ahli perniagaan melalui Jawatankuasa Induk Kaji Selidik Wilayah Pembangunan Iskandar, sebuah jawatankuasa bertindak Biro Tindakan Ekonomi ProWaris (B-TEN).

[Gambar : "YAB Perdana Menteri terharu di atas kehadiran ProWaris dan sempat berjenaka dengan Barisan Peneraju ProWaris"]

YAB Dato’ Seri Abdullah Badawi dengan perasaan gembira melihat kehadiran ProWaris yang meraikan pemergiannya ke Australia turut merasakan bahawa ProWaris telah mengambil langkah inisiatif yang serius untuk memastikan WPI meraih sokongan padu rakyat Malaysia .

[Gambar : "Ternyata nama ProWaris adalah nama yang tidak asing kepada YAB Perdana Menteri Malaysia . Turut hadir adalah Timbalan Presiden, Bendahari dan ahli-ahli Jawatankuasa Induk Kaji Selidik WPI"]
ProWaris yang merupakan pertubuhan yang amat rapat dengan YAB Perdana Menteri sebelum ini mencadangkan jalan-jalan penyelesaian bagi pelbagai isu nasional seperti konflik Abdullah-Mahathir, isu MAS, isu peguam-peguam Bumiputera di Maybank dan isu lebuhraya MRR2.

Presiden ProWaris, Feriz Omar yang mengetuai penyerahan dokumen tersebut bagi pihak ProWaris-MAPAN enggan menyatakan isi kandungan dokumen tersebut. Katanya, “ProWaris-MAPAN telah mengambil keputusan untuk TIDAK MENDEDAHKAN isi kandungan Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN kerana ia adalah hanya untuk tatapan serta tindakan Perdana Menteri Malaysia dan oleh itu, segala isi kandungan dokumen tersebut adalah RAHSIA”.
Apabila ditanya mengenai mengapa Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN dihimpunkan, Feriz menjawab “ProWaris-MAPAN tidak sama-sekali menolak pembangunan negara, namun setelah mengkaji segala dokumen berkaitan dengan WPI seperti Program Pembangunan Bersepadu atau lebih dikenali sebagai Comprehensive Development Programme (CDP), Polisi-Polisi Hartanah dan Akta IRDA 664, ProWaris-MAPAN merasakan bahawa terdapat banyak polisi-polisi WPI yang boleh dipertikaikan dan perlu diperkukuhkan demi memelihara kesucian Agama Islam, hak kepentingan Bangsa Melayu dan yang lebih penting dalam menjaga keselamatan serta kedaulatan negara kita”.
Feriz yang mengetuai penyerahan dokumen bagi pihak ProWaris dan MAPAN secara ringkasnya menyatakan bahawa Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN itu ada menyentuh secara teknikal melalui analisis-analisis terperinci yang dibentangkan secara profesional mengenai polisi-polisi yang berkaitan dengan kuasa pentadbiran; ekonomi Bangsa Melayu; Agama Islam; Bahasa Melayu; pendidikan, pekerjaan; tanah dan keselamatan negara.

[Gambar : "Dokumen 20 Tuntutan ProWaris-MAPAN dipegang sendiri oleh YAB Perdana Menteri sehingga ke pesawat"]

Presiden ProWaris dengan tegas menyatakan bahawa “Keputusan serta tindakan YAB Perdana Menteri terhadap Dokumen 20 Tunturan ProWaris-MAPAN dalam isu WPI ini amat penting kerana ia memberikan implikasi yang sama dalam Koridor Raya Ekonomi Timur dan Utara yang bakal dilancarkan tidak lama lagi”.
Beliau kemudian ditanya berkenaan bilakah tarikh Prowaris-MAPAN akan mendapat maklum balas daripada Perdana Menteri, beliau menjawab “Secepat mungkin, insyaAllah!”
ProWaris dan MAPAN sedang membentuk suatu gagasan yang lebih besar dengan NGO-NGO lain dalam menyalurkan secara proaktif pandangan rakyat kepada Kerajaan Malaysia terutamanya dalam isu-isu berkaitan dengan Agenda Melayu dan Agenda Islam.

Nota : Artikel penuh 3 mukasurat berserta gambar dikepilkan.

LAWATI LAMAN WWW.PROWARIS. ORG DAN DAFTARLAH DENGAN PROWARIS@YAHOOGROUP S.COM

Hamizi Hamdan said...

pengumuman:

saya dengan rendah diri meminta maaf kepada sesiapa yang tersinggung jika dengan penggunaan perkataan tambi...

keterlanjuran amat dikesali...

sahabat said...

tak kisahlah apa kata husin lempoyang, lembu ke, kerbau ke, tapi dia sudah menghina agama lain, satu perbuatan keji.

Isu yang dibangkitkan ialah WPI di mana konsep hadari ada diserapkan, juga kepada wasasan 2020.

Bertaubatlah, islam kata. Agama jangan bincanglah... tapi itu husin lempoyang. Sudah jual nama baik.. RM100 dinar, Wau!

lamandau said...

Datuk, lama tak buat posting ? Adakah terkejut dengan tindakan Ket Pen Umno terhadap M-Today? Bukan apa rindu nak baca benda2 baru!!

Since you mentioned about Comprehensive Dev Plan for IDR, I would very much obliged if you could reproduce it in your blog so taht we, the ignorants cn have a peep at it? Or is it available in any bookshop? Semenjak pencen ni Datuk, dah kurang networking untuk mendapat benda2 spt ini!

Terima Kasih, Datuk.

kudakepang said...

Saudara Malaysia, Lamandau, Pemerhati, Hamizi, Haji, Voice, Hussein Lempoyang, Mdkamel, Gojira, Gurumusafir, Press 1:

Terima kasih. Sejak dua tiga hari yang lalu saya digodam oleh masalah teknikal di mana saya tak boleh mengakses blog saya sendiri. Sebabnya, Allah sahaja yang tau.

Bila saya berjaya mengakses semula blog ini, saya terkejut bila mendapati 28 posting dari anda semua dengan Malaysia yang amat bertenaga sekali.

Pertama sekali saya ucapkan selamat berkunjung ke KK kepada Saudara Press 1 dan Gurumusafir. Keduanya, saya ucapkan terima kasih kepada anda semua yang membantu saya merasionalkan hujjah Malaysia yanmg terbabas. Ketiganya, saya doakan Haji akan pulang ke tanahair dengan pengalaman yang akan dikongsikan bersama kita. Keempatnya, saya harap Malaysia kalau terlalu banyak tenaga untuk berpolemik bukalah blog sendiri supaya tidak menjadikan kuda-kepang atau blog-bloh sahabat saya sebagai medan tempurnya. Tak elok ikut strategi Singapura yang suka jadikan negara orang sebagai battle ground sendiri...

Bagaimanapun, kita bertenanglah. Kita biarkan Malaysia seorang diri. Kita tulis apa yang terbuku di perasaan kita - rasa patriotisme kita, rasa cinta dan kasih sayang kita kepada negara dan rasa meluat kita kepada sekerat psyeudo-intellectual yang mungkin sudah jauh lupakan daratan.

Saya juga seperti majoriti anda semua. Selepas membaca sesuatu posting, saya tau siapa penulis upahan dan siapa pula pejuang bangsa yang bersuara daripada dasar jiwa masing-masing. Oleh itu, kita teruskan dengan apa yang kita yakin dan perlu diperjuangkan. Tapi insaflah bahawa denai kita juga tidak sunyi dari pijat, anai-anai dan lintah. Jenis ini minoriti. Jadi tak usah kita persetankan kehadiran mereka. Lambat laun, mereka akan terpinggir dan hanyut dibuai mimpi...

Salam takzim dari saya buat semua.

Putra said...

Tips dari Ketua Perusuh (blogger)

Operasi Lalang 3
by Ketua Perusuh

Kesibukan dalam seminggu dua ini menyebabkan saya tidak mempunyai masa terluang untuk menulis komentar saya berkenaan isu-isu dalaman negara sama ada yang berkaitan dengan ekonomi, korporat, legislatif dan eksekutif. Walaupun begitu saya masih berkesempatan melihat dan membaca isu-isu yang dilontarkan sama ada di media cetak atau elektronik.

Kesibukan menguruskan perniagaan serta khidmat rundingcara menjadikan saya kesempitan waktu. Tapi atas dasar ingin memperjuangkan hak rakyat serta hak warganegara, saya terpaksa mengambil sedikit waktu untuk menulis.

Beberapa hari lepas seorang blogger tempatan telah ditangkap oleh pihak PDRM atas Akta Rahsia Rasmi. Selepas itu satu laporan polis telah dibuat kepada sebuah lagi laman blog politik (Malaysia Today). Mungkin lepas ini saya pula akan dijadikan sasaran. Kita tunggu dan lihat.

Persoalannya, memang dari satu segi, PDRM berhak untuk membuat siasatan jika terdapat laporan polis yang dibuat serta jika boleh dalam pada masa yang sama pihak polis boleh membuat tangkapan reman untuk memudahkan siasatan. Namun ini tidak bermakna pihak polis boleh membuat tangkapan sewenang-wenangnya tanpa bukti kukuh.

Anda berhak untuk mendapatkan khidmat guaman apabila anda ditangkap oleh polis. Anda juga berhak untuk tidak menjawab mana-mana soalan polis terhadap anda jika anda tidak mendapat akses kepada khidmat guaman. Anda juga berhak mendapatkan kepastian atas tuduhan yang dikenakan keatas anda. Malah anda berhak meminta untuk tidak digari (jika tujuan tangkapan keatas anda cuma atas arahan membantu siasatan semata-mata). Anda juga berhak untuk membuat panggilan telefon kepada peguam anda dan juga kepada ahli keluarga anda pada masa tangkapan dilakukan. Pihak Polis mestilah memaklumkan kepada ahli keluarga anda mengenai situasi anda.

Oleh yang demikian, dari apa yang saya lihat berlaku dalam seminggu dua ini lebih menjurus kepada tindakan tangkap muat (tanpa bukti kukuh - sekadar “hearsay” sahaja) telah dilakukan oleh pihak polis. Kecelaruan pihak polis menjalankan tugasan serta arahan tangkap memperlihatkan sikap tidak professional polis. Malah ada beberapa senator serta ahli Parlimen yang memperlihatkan kelemahan serta kekurang tahap akademik yang mereka miliki.

Malah senator dan ahli Parlimen ini dilihat bercakap tanpa membuat kajian mendalam sehinggakan ujudnya ucapan “jenayah siber” yang kononnya dilakukan oleh pihak yang dituduh (Nat dan Raja Petra). Adakah senator dan ahli Parlimen ini mengetahui akan makna asal “jenayah siber”? Jika mereka tidak tahu, saya ingin nasihatkan kepada mereka agar mendapatkan maklumat yang lebih lanjut serta lengkap dari mana-mana IPTA atau “GOOGLE”.

Berbalik kepada tajuk diatas, apa yang saya lihat adalah tindakan yang telah dilakukan oleh pihak polis seumpama satu operasi yang pernah dilakukan pada tahun 1987 dahulu yang dikenali sebagai Operasi Lalang (27 October 1987). Ianya dilakukan adalah untuk mengekang maklumat penting sampai kepada orang awam. Malah tindakan ini diyakini hanyalah sebagai satu usaha untuk memastikan kemenangan besar Barisan Nasional dalam pilihanraya yang akan mendatang.

Jika ianya benar berlaku (Operasi Lalang 3) maka anda akan dapat lihat berbondong-bondong blogger dan yang seangkatan dengannya ditangkap dan dipaksa menghuni beberapa lokasi tahanan politik terutamanya di Kamunting, Taiping. Jangan terkejut jika anda dapat menyaksikan bahawa episod ini akan menjadi tatapan harian kita dalam masa yang terdekat ini.

Malah beberapa tindakan susulan sedang dalam pelan kajian dan akan dilaksanakan oleh pihak Bukit Aman dalam usaha mengekang maklumat bocor kepada awam dan menggugat kepimpinan kerajaan sedia ada dan seterusnya melondehkan seluar beberapa pimpinan besar dalam Barisan Nasional.

Jangan pula anda terkejut jika tiba-tiba episod seperti Al-Maunah ditayangkan dimuka semua akhbar dalam sedikit masa lagi. Apa yang pasti, semua tindakan nampaknya tidak lagi bersandarkan kepada realiti tetapi lebih kepada untuk memastikan kepentingan dan pengukuhan kekuasaan Barisan Nasional terhadap negara Malaysia.

Kepada blogger yang menulis artikel yang melawan arus, anda perlu bersedia dengan pelan tindakan (Pelan B) sekiranya pihak PDRM datang melawat anda bila-bila masa sahaja. Kepada pihak PDRM, pastikanlah anda jangan menjadi pak turut yang diperbodohkan oleh mereka-mereka yang berada ditampuk kuasa. Kepada Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), sila gunakan akal fikiran anda yang waras dan bukannya menurut perintah membabi-buta semata-mata.

Akhir kata, semoga Malaysia berjaya dan bebas dari semua korupsi, kronisma, nepotisma serta salah guna kuasa dalam semua segi. Semoga Malaysia berjaya menjadi sebuah negara yang maju dari sudut ekonomi, kepimpinan dan akhlak.

Selamat Menyambut Kemerdekaan Malaysia Yang Kelima Puluh. Merdeka-Merdeka-Merdeka.

Putra said...

Ybhg Dato, jangan layan provokasi penulis upahan tingkat 4 menguna nama "Malaysia" Ada baiknya Ybhg Dato tanya kepada pemimpin UMNO Johor berhubung isu WPI Saya minta Ybhg Dato komen isu ini.. TQ


WPI: Malaysia, Singapura bentuk empat pasukan kerjasama
Tuesday, 24 July 2007
MALAYSIA dan Singapura akan menubuhkan empat kumpulan kerja di bawah Jawatankuasa Bersama Peringkat Menteri (JMC) untuk meneliti projek-projek khusus dalam empat bidang utama, yang dapat diterokai bersama di Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI).

Empat bidang itu adalah mempertingkatkan hubungan pengangkutan, memudahkan pelepasan imigresen, kerjasama dalam pelancongan dan kerjasama dalam sekitaran.
Kumpulan-kumpulan kerja itu akan dipengerusikan bersama oleh wakil dari Singapura dan Malaysia, dan dijangka bertemu bulan depan untuk meneliti dan membincangkan projek-projek di mana terdapat peluang usaha sama.

Ia akan melaporkan kepada JMC, yang akan bertemu sekali lagi Oktober ini.

Pengumuman itu dibuat kedua-dua pengerusi bersama panel tersebut - Menteri Pembangunan Negara, Mah Bow Tan, dan Menteri di Pejabat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Effendi Norwawi - selepas satu mesyuarat di pusat peranginan Pulai Springs di Johor semalam.

Ia mesyuarat pertama bagi panel itu sejak penubuhannya diumumkan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong, dan rakan sejawatannya, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, di Langkawi Mei lalu.

Turut hadir di mesyuarat semalam ialah Menteri Pengangkutan Singapura, Raymond Lim, dan Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman.

Ditemui wartawan selepas mesyuarat tertutup selama sejam setengah petang semalam, Mah yang tiba kelmarin menyifatkan pertemuan itu sebagai 'pertemuan pertama yang baik' di mana mereka turut berkongsi isu-isu yang ingin diselesaikan selain menyepa kati syarat-syarat bagi pa nel tersebut.

'Kedua-dua Singapura dan Malaysia benar-benar ingin bekerjasama bagi IDR agar dapat meraih manfaat bagi kedua-dua negara, dan kami percaya hasilnya akan memberi manfaat kepada kedua-duanya,' katanya.

Menyifatkan pertemuan semalam sebagai 'pertemuan produktif dan ramah', Datuk Seri Effendi mendedahkan pihaknya akan ke Singapura tidak lama lagi untuk mempelajari bagaimana Singapura berjaya membersihkan sungainya.

Delegasi dari Singapura, sekitar 12 orang, pulang petang semalam. BHS

Aidie said...

Asalamualaikum YB Dato'. Kami anak Johor amat berharap YB Dato' luahkan perasaan kami di Sidang Rakyat mengenai perkara caj kenderaan sepertimana akhbar tempatan dulu ada siarkan berita kerajaan sedang berura-ura untuk mengenakan caj RM20.00 ke atas kereta-kereta yang masuk dari Negara Thai dan Singapura. Jangankan RM20.00 saya kira elok kenakan RM50.00 hatta RM100.00 sekalipun saya percaya mereka akan mampu bayar. Ini kerana mereka ingin menikmati kos petrol yang murah, kemudian kembali ke Singapura dengan hati senang sebab tidak perlu bayar saman lalu lintas di negara ini.Saya cadangkan kenderaan Singapura wajib melalui skan dari online Polis Trafik dan JPJ bagi memastikan mereka bayar terus sebarang saman yang dikenakan terhadap mereka sepanjang berada di Malaysia Saya kira apa pun warga Singapura itu akan tetap berkunjung ke Malaysia.Mereka tiada pilihan kecuali kereta mereka boleh terbang terus ke Thailand atau Indonesia!.

Sekian Terima kasih.

Pantai Lido said...

A'kum Dato.. tolong beri ulasan WPI.. kami orang Johor sudah bosan dan sakit hati sebab orang Singapura sering kutuk orang Johor "Bodoh Goblok"...

Saya pernah terbaca di dalam akhbar UTUSAN mengatakan, George Yeo , Menteri Luar Singapura bercadang untuk membuka Pejabat Konsul Singapura di Johor Bahru dalam jangka masa terdekat.

Perkara ini akan dirundingkan bersama Menteri Luar Malaysia , Syed Hamid Albar.Apa motif untuk menubuhkan sebuah Pejabat Konsul di Johor Bahru sedangkan Singapura sudah ada Kedutaan di Malaysia, dan Johor Bahru hanya sekangkang kera dengan Malaysia?

Adakah disebabkan pelaburan besar besaran Singapura di Wilayah Iskandar sehingga Singapura terasa perlu sebuah konsul untuk memastikan kepentingan mereka terjaga dengan amat baik?

Sementara itu , 2 buah Kementerian yang di ketuai oleh Abdullah Badawi menjadi bahan bualan rakyat Malaysia!
Yang Pertama:
1.Kementerian Kewangan yang masih tidak kendur dengan alkisah percantuman ECM LIbra dengan Avenue.
-Avenue adalah syarikat milik Khazanah yang jauh lebih besar dan lebih kaya dari ECM sebuah syarikat sekutu Abdullah dinaungi sebelumnya oleh Kalimullah serta dahulunya turut mempunyai kepentingan Khairy Jamaluddin.
-Bagaimana ECM yang kecil mampu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan ( diketuai bapa mertua Khairy) untuk menelan satu aset hak milik kerajaan ?

-Apabila ditanya beliau kata "i don't know" "I have no comment"

2.Drama di Kementerian Dalam Negeri yang turut diketuai oleh Abdullah, yang mana Timbalan beliau di dakwa menerima suapan jutaan ringgit untuk melepaskan "gangsta's " dari Penjara Simpang Renggam. Namun kes ini semua orang tahu akhirnya Timbalan menteri mesti dikatakan tidak bersalah.
So my question is...Are U Sleeping my dear Prime Minister??????????????

sahabat said...

kerana masih bertenaga mau tambah lagi, datuk.

Nampaknya (tak semua) keturunan johor(jawa) nak menjadi askar mempertahankan johor (Bg Genderalnya datuk ron) konon mempertahankan negeri sebab WPI itu adalah menjadi jajahan baru singapore, walaupun pedagang dari negeri china pun ada masuk.

Maka akan ramailah askar-askar tadi akan mati sahid (istilah islam), kerana ditembak sendiri oleh askar timbalan, atas alasan menderhaka.

Husin Lempoyang said...

Malaysia

Menghabiskan tenaga kau bercakap dan berfikir benda2 bodoh. Kalau nak persoal kesetiaan orang, jawablah persoalan orang.

Kau patut bersyukur dengan negara ini, tapi orang mcm kau ni dah tersalah sukur la, Malaysia ... cara kesyukuran kau ni menjahanamkan.

Kau patut bersyukur betul-betul sebab kapal mak pak tok moyang ... kau dapat sampai ke malaysia. Kalau dia terpaksa berlabuh di Myanmar atau nama dulu Burma, orang macam kau susah. Pasal di Myanmar dia orang kalau nampak ular dan manusia pembelit, dia bunuh dulu manusia tu. Panjang umur kau ...

Mari kita tengok mana dia nak pusing pulak ... kat atas dia tak mahu jawab, dia nak melencung ke bab ugama. Aku keluar kitab veda nanti pening macam todi.

Aku rasa dia ni temberang. Macam mana dia boleh sebut benda bawah ni

sebab yang suka tentang-tentang ini, ialah pembangkang, dajal, dan iblis.

Kita manusia jangan jadi iblis lah


Iblis tu biasa lah orang bukan Islam dah tahu. Dajal, jarang orang bukan Islam tahu. Ini putareblit dia tak mahu kita cakap dari perspektif Melayu. Kalau Melayu susah, India sama susah. WPI ni akan susahkan Cina Johor juga lah!!!!!

Aku nak dengar dia jawab bab persitiwa kenaikkan Saidina Abu Bakar ...

anwardi said...

Saudara Ruhanie,
Hari ini saya terlihat satu iklan Nokia di akhbar BH yang mempersendakan ghazal. Sila lihat. Dalam copy iklan tersebut seakan-akan penyanyi Sean Ghazi lebih agung daripada lagu Ghazal. Adakah ini satu yang patut dibiarkan? Penulis Copy syarikat iklan makin lama makin berani menghina budaya negara.

kudakepang said...

Saudara Putra, Aidie, Pantai Lido, Malaysia, Husin dan Aku.

Terima kasih atas kiriman buah fikiran, maklumat dan gagasan.

Buat masa dan ketika ini, saya sangat-sangat mengharapkan kita semua lebih berhati-hati dengan kata-kata dan suara kita. Dalam keadaan ini, dan sebenarnya pada setiap masa, kita mesti sentiasa berdisiplin dan beretika. Kita kenalah berkata dan bersuara dalam ruang lingkup batasan undang-undang, norms, values, adat dan susila. Khususnya bila kalangan kita kini sedang diprofilkan secara aktif, sama ada secara rasional atau sebaliknya, untuk membolehkan kita digunting sayap atau dibisukan mulut atas sebab-sebab yang hanya diketahui oleh pihak yang berminat untuk berbuat demikian.

Kepada cyber troopers pimpinan Azalina Othman [yang dikatakan menerima habuan antara $1,600 hingga $2,000 sebulan] dan juga para pegawai tinggi UMNO dan BN, kutip, analisa dan buatlah cadangan yang wajar daripada suara-suara yang diluahkan di pelbagai blogs tempatan ketika ini. Ini lebih bermanfaat daripada mengupah cyber troopers yang bertindak memprovokasi masyarakat maya Malaysia secara umumnya.

Apa yang diposkan oleh Putra mengenai ramalan blogger Ketua Perusuh, mungkin boleh jadi kenyataan. Kita tunggu dan lihatlah sahaja realitinya.

MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA!
HIDUP MELAYU!
KEPADA ALLAH BERSERAH...

Salam takzim dari saya.

sahabat said...

Kekuatan negara kita kerana perpaduan kaum, yang saling hormat menghormati antara satu sama lain.

Sekiranya satu kaum itu menghina kaum lain, maka sudah tentu malaysia tidak dilihat seperti sekarang.

Fikiran seperti husin lempoyang sepatutnya dihapuskan terlebih dulu sekiranya negara Malaysia ingin terus hidup aman.

Maka bantahan membangunkan WPI oleh mereka yang kolot adalah satu kesilapan dan dosa yang tidak boleh dimaafkan oleh generasi akan datang.

Lihatlah kekuatan DAtuk Sammy Vellu mempertahankan negara, sehingga sekarang, dia masih jadi menteri. Sebab orang hormat pada dia punya jasa.

Hamizi Hamdan said...

husin lempoyang...

jangan jawab lagi lah... malaysia tu nak provoke anda supaya ditangkap oleh polis atas dasar perkauman...

biarkan luncai dengan labu-labunya...

Kalis said...

Salam Perjuangan Belum Selesai,

Hello Malaysia.. Nampaknya hala tuju anda tidak mencerminkan diri anda seorang ilmuan. Apapun Kerajaan yang memerintah sekarang ini sedang bertungkus lumus untuk menaikan imej PM. Bagi saya KJ buat masa sekarang ini tidak boleh dinafikan kekuatan dan kuasa nya selagi PM ada ditampuk pemerintahan, oleh itu tidak hairanlah anda salah seorang pencacai juak-juak nya.

Bagi pembaca budiman yang saya hormati, janganlah kita termakan provoke tulisan penama Malaysia. Pada pendapat saya beliau seorang agent luar dengan sengaja ingin memburukkan nama negara ini. Kepada penama Malaysia, anda di nasihatkan jangan mengguna nama negara ini mulai saat ini. Sila ambil perhatian. terima kasih.

Warga Kalis
KN-putrajaya.

sahabat said...

awas saudara kalis...

AGen luar seperti yang kamu takuti akan menggunakan anda, supaya kerajaan jatuh. negara tidak aman, hidup meskin.

sebab apa, sebab agen luar dengki yang WPI dirancang di lokasi tiga segi; singapore, indonesia dan malaysia.

Pemuda johor baharu yang melepak dengan dadah, berkeliaran di money changer, di belakang pejabat pos, stesen keretapi akan dibela, diubati dan dipulihkan.

Kamu kalis... jangan menjadi hero... buatlah kerja elok-elok, cari makan halal. Jadi orang kelas pertama lah. Jangan jadi minda 3rd world ye..

Unknown said...

kepada Saudara bernama Malaysia,

Saya berharap jangan menyampaikan pandangan melalui emosi. Hormatilah adat susila bangsa Melayu. JANGAN bawa agama ISLAM dalam perdebatan anda, kerana hal sedemikian boleh mencetuskan kemarahan orang melayu. Lebih-lebih lagi anda boleh diklasifikasikan sebagai menghina raja-raja melayu yang menjadi ketua agama islam dinegara ini.Ini artinya anda sudah menderhaka kepada raja.

kudakepang said...

Saudara Malaysia, Hamizi, Kalis dan Haji.

Sekali lagi saya ucapkan terima kasih.

Dengan hormatnya saya harap jadikanlah blog ini medan pertembungan dan penggeloraan minda serta idea. Bukannya medan pertikaman lidah yang kadangkalanya ada juga yang terbabas dan kesasaran.

Saya sentiasa menghormati seluruh pengunjung ke blog ini. Saya juga enjoy membaca buah fikiran semua tanpa prejudis dan rasa tersinggung.

Bagaimanapun, dalam suasana di mana ada sesetengah pihak yang sedang aktif memprofilkan kesilapan bahasa dan ketrlanjuran kata-kata kita dalam berblog, saya sangat-sangat mengharapkan rasa hormat yang bertimbal-balas antara seluruh kita masyarakat siber Malaysia.

Oleh itu, saya dengan serendah-rendah hati memohon semoga kita hindari diri masing-masing dari membangkitkan apa-apa yang dilarang oleh undang-undang. Hal ini banyak kali saya suarakan menerusi tulisan saya selama ini. Dan saya amat bangga kerana anda semua sentiasa menghormati adat dan budaya kita berblog.

Biarpun begitu, kebelakangan ini memang seolah-olah wujud elemen-elemen tertentu yang dipercayai sengaja memprovokasi hampir setiap pengunjung ke blog ini supaya saya sebagai tuan punya blog ini dipertanggungjawabkan di atas segala salah, hilap dan keterlanjuran kita semua.

Saya tidak akan menggunakan apa-apa sistem untuk menghindarkan fenomena ini dari berterusan kerana saya yakin kita semua sebagai golongan yang berfikiran rasional akan bertindak dengan penuh hemah dan sopan dalam menyampaikan suara serta isi hati masing-masing di sini.

Oleh itu, teruskanlah berkunjung ke blog ini dengan satu sikap dan perilaku yang boleh dicontohi semua pihak - yang terpuji, berhemah tinggi dan dengan niat yang murni lagi abadi. Mulai hari ini kita kesampingkanlah seluruh rasa dan perasaan yang saling kurang enak antara sesama kita.

Lantaran itu, dan kalau dipersetujui semua, kita tutuplah sahaja polemik kita menerusi blog ini atas tajuk-tajuk yang emotif lagi sensitif. Bagaimanapun, teruskanlah suara hati dan bicara nurani anda sekalian, atas apa jua topik, secara konstruktif dan penuh diplomasi.

Salam takzim dan salam sejahtera dari saya.

jamie said...

Beware! Mr.Malaysia is on a prowl and he is everywhere. I did not realize him before but then I thought I saw him in Malaysian Today also trying to create havoc. It's bad enough he sold his soul to the devil but really, provoking people with his mindless thoughts? Since when selling Malaysia's dignity to a foreign country a good idea? I'm really surprised that such an imbecile really exist on this planet!

Unknown said...

Dato' bila nak tulis pasal PROWARIS dan WPI, nampaknya Dato' ada satu salinan tuntutan mereka .... Dengarnya juga, penulis2 dan bloggers2 lain telah mula berganding dengan PROWARIS-MAPAN dalam perjuangan gelombang kedua terhadap WPI ... AYUH ! RAPATKAN BARISAN ...