Satu Kertas Tuntutan Mengenai WPI
Dihantar Kepada Raja-Raja Melayu
Sebuah pertubuhan professional Melayu telah menghantar satu memorandum mengandungi duapuluh (20) tuntutan khusus mengenai Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) kepada Majlis Raja-Raja Melayu, DYMM Seri Paduka Baginda Yang Dipertuan Agong, DYMM Sultan Johor, Perdana Menteri Malaysia, Menteri Besar Johor dan Tun Musa Hitam selaku salah seorang Ahli Penasihat WPI.
Kertas tuntutan ini disediakan dalam bahasa yang sopan, diplomatik dan berhemah. Kandungannya berpaksikan kepada agenda dan kepentingan Melayu dan Islam. Matlamatnya adalah “untuk memberikan kerjasama kepada pihak Kerajaan Malaysia dan Kerajaan Negeri Johor dalam mengenalpasti polisi-polisi WPI yang longgar dan yang perlu diperkukuhkan demi memelihara kesucian agama Islam, hak-hak bangsa Melayu dan keselamatan negara Malaysia yang berdaulat.”
Intisari utama kertas tuntutan ini pula adalah supaya diperkukuhkan Akta 664 Iskandar Development Authority (IRDA) serta tujuh polisi khusus WPI – polisi-polisi penguatkuasaan dan pentadbiran; polisi-polisi pelaburan asing; polisi-polisi pembangunan hartanah; polisi-polisi pembangunan sektor industri; polisi-polisi sokongan, termasuk perumahan dan hiburan; dan polisi-polisi pembangunan insan.
Satu salinan kertas tuntutan bertarikh 10 Julai 2007 itu difahamkan telah disampaikan sendiri oleh sekumpulan wakil pertubuhan berkenaan kepada Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi sebelum beliau berlepas ke Australia beberapa hari yang lalu.
[Blog ini akan berusaha memperincikan beberapa aspek tuntutan ini dalam posting akan datang.] – Ruhanie Ahmad

4 comments:
Segala usaha untuk menjaga kepentingan orang johor dialu2kan. Dari segi cara, memang perlu cara yang kasar dan ada yang lembut. Ada yang berdepan berani dan ada yang dibelakang memujuk. Yang penting apa yang dimahukan adalah satu:
Kepentingan orang melayu, orang johor dan kedaulatan negeri johor tidak dinodai dari kuasa2 "ganjil" dan carpet-baggers dari Kuala Lumpur.
Namun, saya tidak mudah percaya dengan kata-kata cadangan ini. Terlalu ramai orang tidak tahu dan memahami implikasi WPI kepada kehidupan dan masa depan orang Johor. Terlalu ramai yang tidak lihat perkara tersirat disebalik WPI. Kebanyakkan tidak tahu apa yang berlaku disebalik tabir. Orang Melayu mudah sangat tolak ansur.
Cadangan ini melibatkan orang professional atau orang corporate/business. Lazimnya mereka mudah mengalah untuk mencari jalan rengkas dan practical. Mereka selalunya tidak comprehensive dalam pemikiran dan pandangan mereka kerana sering hanya tertumpu kepada variable economy, business, financial viability dan technikal. Akhir kalam pada mereka ialah bottom line. Ini berbeza sekali dengan orang perjuangan yg melihat aspek kemasyarakatan, politik, ketenteraan, dan kenegaraan!
Usaha ini mungkin adalah usaha yang diterajui oleh Feris Omar, Ketua Prowaris yang bersaudara dengan Tun Musa. Saya tidak mahu menuduh apa-apa hanya keresahan saya yang amat sangat.
WPI adalah satu projek yang hanya mampu menunjukkan ianya satu urbanisasi megalomaniac. Hanya satu contoh sahaja Melayu manafaat dalam satu2 projek urbanisasi ia-itu Shah Alam dan sedikit sebanyak Bangi. Urbanisasi adalah cara penjajah meminggirkan Melayu dari arus kemajuan. Setelah ketinggalan, Melayu terjauh kebelakang dan tidak competitive untuk memanafaatkan diri dari urbanisasi dan catch-up. Pendik kata, urbanisasi menguntungkan bukan Melayu, kebanyakkan Cina.
Pada mulanya saya sanjungi usaha Pak Lah untuk memartabatkan pertanian, tetapi urbanisai yang dibawa lagi besar2an dan tanpa perancangan ekonomi. Dia membawa urbanisasi sebelum ekonomi. WPI tiada pengisian tetapi hanya perniagaan hartanah lebihan UEM dan di hebah2kan dengan hype.
Firkirkan adakah Melayu akan mendapat manafaat apabila orang luar boleh membeli rumah RM250,000 atau lebih kurang S$100,000?
Namun, mungkin usaha Feris ini membantu mencari penyeselaian tetapi kita tanya satu perkara:
Adakah usul WPI dilakukan dengan berhemah atau dipaksa dengan mencekik orang Johor?
Pihak UEM bukan ia-ia benar nak memberi penjelasan akan rancangan angan2 mereka. Ditanya apa peluang orang Melayu, hanya boleh disebut sebagai peluang pam minyak,sekuriti dan bekerja? Saya dah dengar penerangan mereka, tak ada apa-apa yang meyakinkan. Sila baca disini
Adakah kerana kekosongan dalam perancanagn ini yang WPi dipaksa kepada orang Johor dan diugut sekiranya menentang?
Hati saya belum senang nak percaya dan ambil gitu saja kata-kata.
Saya rasa Dato tidak patut berkecil hati tak dijemput ke perjumpaan blogger UMNO. Mereka memperjuangkan WPI tanpa menegtahui apa sebenarnya.
Saudara Voice.
Saudara Farish Omar ada menghubungi saya. Persatuan beliau dan lain-lain NGOs bersamanya dengan kehalian beribu-ribu orang serius dalam memperjuangkan soal WPI ini. Mereka memilih soft approach. Mudah-mudahan mereka berkaja demi agama, bangsa dan tanahair tercinta.
Salam takzim.
Suara dari Timur Tengah mengucapkan syabas dan tahniah kepada PROWARIS-Mapan kerana berjaya menyatukan buah fikiran rami dalam menyiapkan 20 tuntutan berhubung Wilayah Pembangunan Iskandar kepada Perdana Menteri.
Dokumen 20 tuntutan itu telah diserahkan kepada Perdana Menteri.
Suara dari Timur Tengah akan sentiasa memberi perhatian kepada perkembangan ini seterusnya, yang serius membawa suara Melayu dari pelbagai latarbelakang.
Sesungguhnya menuntut sesuatu perkara demi agama bangsa dan negara adalah satu perbuatan yang mulia yang harus di sokong oleh semua pihak.
"Kita tidak tahu samada menghalang WPI itu adalah betul. Pembangunan WPI juga membawa kebaikan. Tetapi yang kita kena usahakan bermula hari ini ialah WPI mesti mengikut acuan kita dan WPI mesti bermakna untuk bangsa, agama dan negara. Dari bertelagah dan bercakap tidak tentu hala serta tidak fokus mengenainya, adalah lebih baik kita gariskan satu persatu apa yang Melayu mesti tuntut. Kita bukan tidak boleh fikirkan perkara ini bersama."
Saudara KZ Ahmad
Terima kasih dan selamat brkunjung ke kk.
Buah fikiran anda amat tepat. Dan itulah yang sedang dituntut oleh prowaris. Moga-moga perjuangan ini direstui Allah SWT jua.
Salam takzim dari saya.
Post a Comment