Tun Mahathir Berjaya
Anwar Dalam Dilema!
Tun Mahathir Berjaya Ketepikan Saman Fitnah Anwar
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berjaya mengetepikan saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Tengku Maimon Tuan Mat dalam keputusannya berkata saman Anwar terhadap Dr Mahathir itu tidak dapat diterima. – Bernama, 4 Julai, 2007.
Untuk berita sepenuhnya sila klik link berikut:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=271207
Komen:
Berita Bernama di seperti di atas pastinya menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan PKR berada dalam dilema. Sekarang apa nak jadi? PKR kelihatan sedang kucar-kacir, masa depan DSAI juga seolah-olah sedang terumbang-ambing! Kalau selepas ini DSAI tergerak untuk kembali ke pangkuan UMNO, nampaknya beliau akan melalui satu jalan yang amat sukar! – Ruhanie Ahmad
Anwar Dalam Dilema!
Tun Mahathir Berjaya Ketepikan Saman Fitnah Anwar
KUALA LUMPUR, 4 Julai (Bernama) -- Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini berjaya mengetepikan saman fitnah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya seorang homoseksual dalam persidangan yang dianjurkan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam), selepas Mahkamah Tinggi di sini membenarkan permohonan bekas Perdana Menteri itu.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Tengku Maimon Tuan Mat dalam keputusannya berkata saman Anwar terhadap Dr Mahathir itu tidak dapat diterima. – Bernama, 4 Julai, 2007.
Untuk berita sepenuhnya sila klik link berikut:
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news.php?id=271207
Komen:
Berita Bernama di seperti di atas pastinya menyebabkan Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) dan PKR berada dalam dilema. Sekarang apa nak jadi? PKR kelihatan sedang kucar-kacir, masa depan DSAI juga seolah-olah sedang terumbang-ambing! Kalau selepas ini DSAI tergerak untuk kembali ke pangkuan UMNO, nampaknya beliau akan melalui satu jalan yang amat sukar! – Ruhanie Ahmad
9 comments:
TDM bukanlah orang yang tewas, dia berjaya dan dia buat kerja kerana ada sebab. Mengapa orang tidak nampak?
Kalau TDM masa itu tidak ada orang yang menjadi penghalang, dah banyak kejayaan telah tercapai.
Dan salah seorang penghalang ialah DSAI yang gunakan jubah "ISLAM".
Sekarang orang-orang bekas TDM pula jadi penghalang kepada PAK LAH, begitulah akan datang bertukar ganti.
Tahniah untuk TUN,
Salam Dato'
DSAI sepatutnya bersyukur kerana kes ini dibatalkan dan kena berterima kasih kepada peguam TDM yang membuat permohonan membatalkan kes ini.
Dengan terbatalnya kes ini beliau nampaknya terselamat daripada ditelanjangkan semasa di Mahkamah nanti.
Bayangkan jika beliau disoalbalas oleh peguam TDM dan kesemua salahlaku homoseksualnya akan ditanyakan satu persatu.
Persetankan samada perkara itu benar atau tidak kerana dia akan tetap menafikannya tetapi apabila kita mempunyai media yang mempunyai kecenderungan untuk sensasikan sesuatu berita, rakyat akan membuat bermacam-macam jenis kesimpulan.
Jadi apabila kes ini dibatalkan, dia akan nampak sebagai hero dan seolah-olah Mahkamah tidak berpihak kepadanya.
Saya juga terdengar suara-suara sumbang (tetapi jahil) menyebutkan bahawa Hakim (sebenarnya Pesuruhjaya Kehakiman) ini dilantik oleh TDM dan semestinyalah terhutang budi. Ini tidak benar kerana PK tersebut baru sahaja dilantik dan belumpun genap setahun memegang jawatan tersebut. Jadi tidak timbul soal hutang budi dan seumpamanya.
Namun begitu DSAI tetap akan berlagak seperti seorang yang teraniaya dan akan tetap membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan. Jika rayuannya juga ditolak, kita sudah tahu apa alasan yang akan diberikannya bukan? Tak lain tak bukan ini kerja penyokong TDM.
Sebenarnya untuk seseorang PK (atau pengadil di Mahkamah) memutuskan untuk membatalkan sesuati tindakan, beliau haruslah berpuashati bahawa terdapat elemen-elemen yang membolehkan beliau berbuat demikian. Contohnya ialah tidak mendedahkan kausa tindakan yang munasabah, scandalous/remeh atau menyusahkan atau penyalahgunaan proses Mahkamah.
Kita tidak tahulah alasan mana satu yang dipakai tetapi saya percaya bahawa Mahkamah berpuashati dengan hujahan peguam TDM.
Walaubagaimanapun saya memang ternanti-nanti langkah seterusnya daripada 2 ahli politik veteran ini. Cuma satu pengajaran yang kita semua boleh dapat daripada episod ini iaitu jangan menderhaka kepada guru.
Wassalam.
Kita tidak akan tahu samada DSAI betul2 homo atau tidak, dan eloklah kita mengelak dari menuduh2.
Yang pentingnya, kita tahu yang DSAI bersalah atas semua kesalahan yang hari ni dia kecoh jadi hero - korupsi, kronisme dan nepotisme.
Yang sebenarnya langkah dia sudah tersalah. DSAI dan ahli-ahli PKR tak boleh salahkan org lain melainkan diri sendiri.
Sesekali cuba kita sokong anak melayu yg berjaya menewaskan anak2 malaysia lain secara merit, pergilah ke www.angkasawan.com.my dan tinggalkan mesej sokongan untuk mereka.
Kita mahu lebih ramai anak melayu begini, bukan yg sibuk nak menjatuhkan orang dan menikam orang macam ramai politikus muda wannabe hari ini.
Hi there
Sorry for ging off topic
We're organizing a bloggers workshop this Sunday at KL featuring speakers like Rocky,Malaysiakini, Ahmad Talib, Nuffnang and Yvonne Foong.
For more details and to register please visithttp://bbuff2007.blogspot.com
Dato harap komen.. apa sudah jadi.. Ahmad Zahid bekas ketua pemuda msia sudah seperti ganster. TV3 anjur GENG STAR bukan lahirkan GANGSTER. TQ
Menurutnya sesampai di situ dan sebaik turun daripada kereta, beliau ternampak Zahid Hamid dan ketika ingin bersalam dengan Zahid, Zahid telah menubumbuk mukanya.
Akibat tumbukan itu menyebabkan hidungnya patah.
Bazli mendakwa akibat selepas menerima tumbukan pertama itu beliau terus dibelasah oleh agen-agen Zahid Hamid yang turut berada di situ.
Wirt itu juga menyebut Amir Bazli mendakwa Zahid telah mengugut untuk membunuhnya apabila menyebut; “kamu akan dibinasakan’.
Bazli mendakwa agen Zahid bernama Hisham, di bawah arahan Zahid telah mengugut untuk membunuhnya apabila berkata; “aku dah ingatkan kau, aku sanggup mandi darah dengan kau.”
Sementara itu writ saman itu menyebut butir-butir lanjut kecederaan dialami Amir Bazli ialah;
i. Amir Bazli (plantif) telah mengalamai depressed facial bone fracture dan nasal bone fracture with deviated nasal septum.
ii. Plantif telah mengalami multiple facial bone fracture with left superior oblique and superior rectus muscla involvement.
iii. Plantif telah menglami trumatic subconjunctival hemorrhage di sebelah kiri mukanya dan di pressed frontal bone fracture.
iv. Palntif telah mengalami kecederaan yang tetap di mana keadaan mukanya kini adalah dengan jelasnya adalah cacat.
Disebabkan itu plantif telah menuntut sejumlah wang sebagai ganti rugi khas, ganti rugi am dan apa-apa kos yang akan ditentukan oleh mahkamah.
Akum Dato.. RTM mahu anjur GENGSTER coz TV3 anjur program GENG STAR.
Timbalan menteri yang dimaksudkan itu ialah AHMAD ZAHID HAMIDI, Timbalan Menteri Penerangan. Semasa kejadian itu berlaku beliau ialah Timbalan Menteri Pelancongan. Beliau juga seorang ahli Majls Tertinggi Umno dan ahli Parlimen Bagan Datoh Perak. Beliau juga bekas Ketua Pemuda Umno Malaysia.
Apabila Timbalan Menteri Pelancongan melakukan perbuatan itu kita tidak pasti apakah ianya sebahagian daripada segmen ataupun program untuk menarik pelancong asing ke negara ini. Al maklumlah ada sesetengah negara di dunia ini suka kepada budaya mafia dan samseng. Mungkin mengikut perkiraan Zahid apabila berlaku pembelasahan secara berpasukan begitu ia menjadi daya tarikan pelancongan.
Duda anak dua yang dimaksudkan itu ialah AMIR BAZLI ABDULLAH, 37 berasal dari Kelantan. Amir Bazli adalah salah seorang anggota motor berkuasa besar di mana Zahid selaku ketuanya. Dia juga pernah menyertai rombongan ekspedisi bermotor bersama Zahid.
Kejadian membelasah Amir Bazli itu seperti mana laporan polis di Balai Polis Jalan Bandar Tun HS Lee, Kuala Lumpur berlaku pada 21 Januari 2006 kira—kira jam antara 9.00 hingga 11.00 malam.
Amir Bazli dikatakan diculik oleh sekumpulan lelaki ketika beliau sedang mengisi minyak kereta di pam stesen di luar kampus Universiti Tenaga Nasional (Uniten). Seorang lelaki mendatanginya dan memberi tahu boss mereka (Zahid Hamidi) hendak berjumpa dengannya.
Lelaki itu bersama seorang lagi lelaki lain terus menaiki keretanya dan meminta dia matikan telefon bimbitnya dan memandu ke arah sebuah taman rekreasi berhampiran rumah Zahid Hamidi di Country Height. Sebuah kereta lain mengekori kereta yang dipandu Amir Bazli.
Sesampai di taman itu, Zahid Hamidi dan bersama seorang anaknya keluar mendapatkannya. Di saat dan ketika inilah dia mula dibelasah bertalu-talu. Zahid juga turut sama membelasah. Ketika pembelasahan secara berpasukan itu, tiba-tiba isteri Zahid, Hamidah Khammis bersama anak perempuannya Nuruhidayah datang.
Nuruhidayah juga dikatakan ditampar oleh bapaknya. Hamidah merayu kepada suaminya agar tidak memperlakukan Amir Bazli begitu. Tidak cukup Amir Bazli di belasah di situ dia dibawa ke rumah Zahid. Dan di rumah ini sekali lagi Zahid dikatakan telah menampar dan memukul Amir Bazli. –
A'kum Dato, Jika ada kilang cetak saya nak tempah 600juta bendera Johor.. Harap baca kenyataan Anwar Ibrahim berhubung tajuk perkara
KONTRAK CETAK WANG RM600 JUTA
Saya menerima maklumat mengenai kontrak percetakan matawang menimbulkan satu lagi tandatanya yang besar terhadap komitmen YAB Perdana Menteri untuk membanteras rasuah di negara kita.
Sebuah syarikat baru, Focus menerima kontrak mencetak matawang negara kita melalui pinjaman sebanyak RM600 juta daripada Bank Pembangunan.
Perkembangan ini membangkitkan beberapa persoalan: adakah keputusan ini dipersetujui Bank Negara Malaysia? Adakah syarikat baru ini dapat menjamin keselamatan matawang kita di dalam negara dan pasaran antarabangsa?
Saya prihatin kerana pertama, kontrak sebegini sewajarnya dikendalikan Bank Negara Malaysia yang mempunyai rekod yang baik dalam mengurus percetakan matawang mengikut prosedur sedia ada.
Kedua, kita khuatir tindakan kerajaan menetapkan syarikat tempatan yang belum teruji dicurigai akan menjejaskan keyakinan ramai dan membuka ruang akan kemungkinan wujudnya penipuan.
Kontrak sepenting ini seharusnya diberikan secara telus mengikut prosedur-prosedur sedia ada demi menjaga keselamatan dan integriti kewangan negara.
Khas Kepada
Saudara Pemerhati:
Hai 600 juta bendera Johor? Macam nak perang je.. Saya tengah buat posting pasal bendera Johor. Orang Johor lainnya, melainkan anak banjar, jawa, bugis dan bentan macam kita, mana nak kisah hal ni. Syok-syok je makan tidur..
Hal kilang cetak duit tu, saya dapat info 3 minggu lalu. seorang sahabat yang jadi kontrektor de la rue mengadu hal ini. Dia kata KJ yang dapat kontrek tu. Dia takut dia orang cetak wang palsu.
Kalau anda nakkan detail saya boleh fon sahabat saya dan dapatkannya.
Salam takzim. HIDUP JOHOR!!!
Saudara Malaysia, Arb, Unta, Praveen dan Pemerhati.
Buah fikiran anda sangat-sangat saya hargai.
Ya. Saya sokong. Ramai-ramailah kita ke www.angkasawan.com.my dan beri semangat kepada mereka. Saya sendiri akan ke sana dan memberikan sekapor sirih seulas pinang pembekal semangat dalam keangkasawnan mereka.
Soal posting Pemerhati mengenai Datuk Zahid sahabat saya, ambillah ianya sebagai makluman sahaja. Saya satu kampung dengan beliau di CH. Lagipun kalau kes ini dah masuk mahkamah, kita tak boleh masuk campur, sub-judice...
Salam takzim.
Post a Comment