Wednesday, July 25, 2007

Mike Tyson Lawan M-Today
Atau UMNO Lawan Bloggers?

Laporan polis yang dibuat semalam oleh Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib (Mike Tyson) terhadap Raja Petra Kamarudin (Pet atau RPK) dan Malaysia Today kini disifatkan oleh kebanyakan pihak bukannya sebagai satu kes yang straight forward membabitkan Mike Tyson lawan Raja Petra. Secara umumnya, ia disifatkan oleh masyarakat tempatan sebagai satu kes UMNO lawan bloggers Malaysia. Ia juga dikatakan sebagai satu langkah untuk menyemaikan rasa takut dan bimbang di kalangan komuniti bloggers di Malaysia.

Dalam laporan berkenaan, Muhammad dikatakan sebagai mendakwa bahawa Malaysia Today telah menerbitkan satu siri komen dan kenyataan yang disifatkan sebagai menghina SPB Yang di-Pertuan Agong, memburuk-burukkan Islam dan membangkitkan kebencian serta sikap keganasan di kalangan masyarakat Malaysia yang berbilang keturunan.

Sebagai jawapan kepada dakwaan tersebut, RPK menyatakan dalam artikel terbarunya semalam bahawa: “Many people from the media phoned me today to ask me my comments on the police report against Malaysia Today and me. Well, this is my response to that police report against Malaysia Today and me. I would just like to say: go to hell Muhamad the son of Muhamad. You are a disgrace to the Muhamad name. And let me tell you Muhamad the son of Muhamad: you should thank your lucky stars that this is 2007 and not 1907. If this was 1907 instead of 2007 I would challenge you to a duel. It would be a man-to-man, one-to-one duel. It would be a duel to the death with kerises.” [saya sengaja tidak menterjemahkan kenyataan RPK ini untuk memelihara akauntabiliti, ketulenan serta ketepatan bahasa dan maksudnya.]

Untuk membaca kenyataan penuh RPK, sila klik link berikut: http://malaysia-today.net/blog2006/holds.php?itemid=6714. Secara umumnya, jawapan RPK menerusi artikel tersebut disifatkan oleh banyak pihak sebagai satu tindakan yang mungkin boleh membawa lebih banyak implikasi negatif kepada Muhammad dan UMNO berbanding kesan laporan polis Muhammad kepada RPK.

Sebilangan besar warga maya tempatan pula mengandaikan tindakan mutakhir oleh UMNO ini sebagai satu titik permulaan kepada suatu tindakan yang mungkin akan dikenakan terhadap golongan bloggers politik di Malaysia. Saya tidak pasti sejauh manakah kebenaran andaian seperti ini. Bagaimanapun, satu kemungkinan agak pasti - bahawa laporan polis itu disifatkan sebagai merupakan satu daripada pelbagai perkembangan yang mungkin akan kita saksikan pada hari-hari atau bulan-bulan mendatang ini.

Saya yakin tindakan terbaru ini tidak didayausahakan oleh pihak kerajaan atau agensi-agensinya yang relevan dengan hal ehwal ICT. Tindakan ini lebih disifatkan sebagai satu langkah oleh pihak UMNO yang didakwa sebagai bertujuan menyemaikan perasaan takut dan bimbang dalam kalangan komuniti bloggers politik khususnya dan seluruh bloggers Malaysia secara umumnya.

Pendek kata, laporan polis terhadap Malaysia Today dan RPK, walaupun halal di sisi undang-undang, adalah satu kes yang kini dilihat oleh masyarakat umum sebagai tidakan UMNO lawan Bloggers. Pada perkiraan akhirnya, masyarakat umum juga berpendapat bahawa UMNO dan bukannya bloggers, adalah pihak yang akan menerima lebih banyak kerugian.

Hakikatnya demikian kerana majoriti bloggers Malaysia bukannya seperti RPK, Datuk A Kadir Jasin, Datuk Rejal Arbee, Datuk Paduka Marina Mahathir, Ahirudin Attan, Zaharin Yassin, Jeff Ooi, Nuraina A Samad dan saya sendiri yang berani memaparkan nama dan identiti kami di dalam blog masing-masing.

Sebaliknya, sebilangan besar bloggers politik Malaysia masih memilih untuk berselindung di sebalik topeng dan identiti yang dirahsiakan. Majoriti golongan ini pula adalah professional daripada pelbagai disiplin, termasuk jurutera, peguam, penganalisis kewangan, pakar ekonomi, wartawan, pengamal perubatan, tenaga akademik dan juga ahli politik pembangkang dan pemerintah.

Menurut satu direktori on-line mengenai bloggers - http://sopo-sentral.blogspot.com - kini terdapat 500 bloggers sosio-politik di Malaysia. Jumlah ini kian meningkat dari sehari ke sehari. Dan, sebilangan besar bloggers ini adalah mereka yang menggunakan identiti yang dirahsiakan.

Oleh itu, UMNO dan Muhammad memang boleh mengambil apa jua tindakan yang difikirkan perlu demi mencapai matlamatnya. UMNO juga mungkin boleh mengambil tindakan terhadap bloggers seperti saya jika difikirkan perlu dan kena pada masanya. Tetapi, mampukah UMNO menyekat bloggers politik jenis Zorro daripada meluahkan pandangan serta buah fikiran mereka mengenai kesaksamaan, kesamarataan, ketelusan, keberanan dan keadilan ke ruang siber menerusi blog mereka?

UMNO dan Muhammad mungkin terdaya untuk “membisukan” bloggers politik yang mendedahkan nama dan identiti mereka. UMNO dan Muhammad mungkin terdaya melakukan ini semua secara baling batu sembunyi tangan, secara rasmi atau secara terbuka. Tetapi, terdayakah mereka melakukan tindakan yang sama terhadap bloggers politik kategori Zorro? Saya pasti bloggers jenis Zorro ini akan bertindak balas dengan nafas dan kekuatan yang meningkat, memuncak dan melonjak.

Saya bukannya jurucakap kepada bloggers Malaysia. Tetapi, saya yakin mengenai hal ini kerana semangat “comradeship” di kalangan majoriti bloggers – tanpa mengira politik dan ideologi - adalah real, jitu dan abadi. Mereka akan bertindak balas dengan kekuatan dan semangat yang tinggi. Mereka tidak mudah menyerah kalah kepada apa jua ugutan dan ancaman.

Saya amat pasti terhadap tindak balas sebegini kerana sebilangan bloggers Malaysia menulis blog dari dasar jiwa, kalbu dan nurani masing-masing demi kesaksamaan, kebenaran, ketelusan dan keadilan. Mereka bukannya bloggers upahan seperti kelompok yang dipercayai berada di bawah pimpinan Azalina Othman. Mereka tidak dibayar sebarang elaun bulan tetap yang dikatakan dalam lingkungan RM1600 hingga RM2600 seorang. Mereka tidak menulis blog untuk cari makan. Mereka menulis blog secara sukarela. [Semalam saya telah dimaklumkan oleh satu sumber yang berautoriti bahawa Azalina kini dikatakan mengepalai sejumlah 200 bloggers di seluruh negara. Seandainya secara hitung panjang, setiap blogger upahan ini menerima RM2,000 sebulan, maka sejumlah wang tidak kurang daripada RM400,000 dipercayai dibelanjakan untuk mereka pada setiap bulan. Bukankah ini satu jumlah wang yang besar? Duit siapa agaknya?]

Satu lagi hakikat yang signifiken dan perlu diambil nota oleh UMNO adalah kekuatan bloggers politik di Malaysia. Mereka menerima hits yang besar dan mempunyai pengikut yang ramai. Secara kumulatif, hits harian mereka adalah berjuta jumlahnya. Semalam sahaja contohnya, Malaysia Today sendiri menerima sejumlah hampir empat juta hits.

Mengambilkira seluruh hakikat di atas, apa yang sedang dilakukan oleh Muhammad dan UMNO terhadap Malaysia Today dan RPK, walaupun halal di sisi undang-undang, adalah suatu tindakan yang kaunter produktif. Ia disifatkan oleh masyarakat umum sebagai satu tindakan yang boleh mewujudkan reaksi dan tindakbalas. Ia disifatkan sebagai telah melukakan hati majoriti bloggers dan surfers internet di Malaysia. Ia dipercayai akan mengundang tentangan yang semakin keras. Ia juga disifatkan sebagai tindakan yang mungkin boleh menambahkan peluang pembangkang dalam pilihanraya umum yang dikatakan akan diadakan pada September 2007 ini.

Sebagai seorang ahli UMNO, saya amat prihatin terhadap implikasi seperti ini. Tetapi, pokok persoalannya di sini adalah: adakah pucuk kepimpinan UMNO juga mempunyai keprihatinan yang serupa? Kalau serupa, dengan takzimnya saya berharap semoga pucuk pimpinan UMNO akan menggunakan kebijaksanaan semaksima yang mungkin dan kredibiliti yang paling terpuji dalam menangani kes ini.

Akhir kata, dengan ikhlas dan takzimnya saya harap pucuk pimpinan UMNO akan menerima pandangan ringkas saya ini secara terbuka dan serius demi kebaikan semua pihak, khususnya masyarakat Melayu yang masih memilih untuk berjuang bersama-sama UMNO demi agama, bangsa dan negara. – Ruhanie Ahmad

15 comments:

Anonymous said...

Saya ada membaca buku tentang tokoh wartawan lama iaitu Pak Said Zahari. Keberaniannya mempertahankan idealismenya membuatkan beliau berada dalam tahanan ISA selama 17 tahun di Singapura. Memang benar kata pepatah tentang 'mata pena lebih tajam dari mata pedang' atau 'mata pena boleh membuatkan jatuh bangun seorang ahli politik' dan di zaman dunia tanpa sempadan ini, 'mata keyboard lebih menakutkan biarpun menguasai mata pena keseluruhannya.' Dari pengamatan saya, dengan menjolok 'sarang tebuan' bermakna mencari penyakit. Dengan menganggu satu-satunya ruang yang ada untuk meluahkan pendapat persendirian bermakna mencari padah. Apakah buku 'Talkin untuk UMNO (tulisan Pak Habib) dulu masih relevan untuk digunapakai pada masa kini? United Malay National Organisation (UMNO) sebuah parti melayu jika dibaca perlembagaannya begitu bersemangat memperjuangkan bangsa melayu. Atau pemimpin dan ahli United Malay National Organisation tidak pernah membaca perlembagaan persatuan (dibaca parti). United Malay National Organisation sebuah parti membela nasib melayu dan menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa rasmi dalam mesyuarat dan persidangan. Sudah sampai masanya pemimpin tertinggi United Malay National Organisation kembali merenung nasib orang melayu. Orang melayu mengharapkan United Malay National Organisation kembali pada perjuangan dan matlamat asal. Apakah perlu para pemimpin (atau merasakan diri sebagai pemimpin) melihat kedalam cermin atau mengikut adat kampung dengan meletak air didalam tempurung dan melihat sepuasnya diri dan bertanya pada 'apakah yang telah aku lakukan pada bangsa, agama dan negara?'

kamarulzaman ahmad said...

saya pun tak tahu bloggers support kerajaan dapat elaun...

Waa good income juga.... maklumlah sekarang ni harga barang semua naik. Kalau betul elaun tu ada berbaloi jugak.

Anyway good luck to those takers. Dato' Azalina... sama-sama kat johor.. tak kan saya tak boleh tumpang sekaki..

Dr. Hamizi said...

nampaknya UMNO mahu menghantar semua orang melayu yang melawan arus untuk masuk ke lokap-lokap polis...

memang melayu yang mengkhianati melayu...

kudakepang said...

Saudara Hang Nadim, KZ Ahmad dan Hamizi.

Terima kasih. Moga-moga pandangan anda diambil perhatian oleh pemantau blog UMNO.

Apapun, janganlah kita mengkategorikan diri masing-masing sebagai penongkah arus. Apa yang kita semua lakukan adalah semoga UMNO terus relevan, dihormati dan terus mampu memberikan perlindungan kepada umat Melayu di Malaysia. Dalam memperjuangkan hasrat ini ada kalanya kita terpaksa bertegas sehingga kelihatan seperti kita ini adalah golongan pembangkang.

Saya harap kita semua berjuang dengan hasrat dan cita-cita semoga UMNO terus kuat dan disegani semua.
Kalau kita berbeza pun, berbzalah secara Melayu dengan adat dan susilanya.

Mizi, blog anda diserang oleh Malaysia tak? Kita pakat-pakatlah biarkan dia melalui pross peminggiran secara sendiri.

Salam takzim untuk anda semua.

sahabat said...

assalamualaikum, datuk ron.

Saya mulakan dengan salam, sebab ada tukang komen(konon lebih melayu, lebih Islam, lebih patriotik, lebih taatkan raja) blog datuk, sudah menembak gunakan peluru penabur. Tembak asal tembak.

Sebenarnya saya suka menjadi yang pertama kepada post yang datuk bangkitkan, tetapi dah orang lain masuk, saya tunggulah post yang baru.

Oleh kerana, datuk dah cuit, saya ni menjadi penyerang blog, saya terujalah.

Sebenenarnya saya kagum dengan en. hamizi, dia belajar lagi, sambung study di UPM, kemudian buka blog kerjaya untuk menjadi bacaan yang berfaedah.

Kemudian dia buka blog untuk kaki melalak, iaitu angan-angan, bukankah itu satu kerja yang dapat pahla.

Saya harap encik hamizi akan menjadi orang besar suatu hari nanti, kalau nak jadi pemimpin pun pemimpin yang yang ada wawasan dan pembimbing yang bagus.

Di UPM ada Tan Sri Datuk Sri Zanur Arif, dia bekas orang kuat di JPM, dan pernah rapat dengan anuar ibrahim, Tun Dr Mahathir dan Paklah.

Saya kira En hamizi menjadi harapan bangsa satu hari nanti, bukan seperti datuk ron, dah diberi peluang menjadi orang besar, sampai terpinggir tak buat apa-apa pun untuk bangsa.

Datuk hanya pandai main emosi, provoke menjadi pemberontak, untuk kepentingan sendiri, tatapi masa datuk jadi ketua penyokong kerajaan di Parlimen, tak buat jasa apa-apa untuk mengubah di masa itu.

Berbiza dengan Datuk Shahril Samad, dia adalah manusia ada prinsip.

Maafkan saya, datuk. Saya tak berniat nak komen cara macam ini, tapi dah datuk sendiri, macam memanggil. kenalah respon kan.

joe penang said...

Saya akui saya menyokong PAS. Tapi prinsip saya ialah saya menyokong apa saya rasakan betul tak kira siapa yg menyatakan.

Yang saya nampak sifat manusia(UMNO atau sesiapun) apabila terlalu lama di puncak ia akan lupa diri. Memang dia boleh menghapuskan batang fizikal pengkritik. Tapi prinsip akan terus kukuh dalam jiwa. Apabila terlalu lama ditekan, manusia akan mengamuk dan tak pedulikan hidup matinya.

Yang pasti kemungkaran(kesalahan) akan terus ditegur. Samada seorang atau kumpulan. By hook or crook(moga dijauhkan).

p/s; kepada malaysia.
Sekadar komen kepada setiap artikel apa kelas. Buatlah satu blog. Publishkan artikel anda. Kalu kami rasakan ada manfaat, kami semua akan berkunjung & komen(setuju atau tak kira lain) sekali.
Tapi jangan plak tak allowed comment ye.

Bila dah ada artikel bagitaulah kami. Boleh la kami melawat.

cakapsiang said...

YBhg Dato',

Tak ada apa nak komen, cuma "Biarkan Luncai terjun dengan labu-labunya, Biarkan, biarkan...."

Unknown said...

Pahala dan dosa jauh berbeza
Satu ke syurga satu ke neraka
Setia jangan membabi-buta
Itulah pegangan manusia beragama

Menyokong jangan untuk mendapatkan laba
Menegur dengan niat membina
Meskipun pahit ditelan jua
Demi masa depan yang lebih bermakna

Pemimpin leka kita derita
Mendengar kata biarlah berpada
Rambut sama tetapi hati berbeza
Kerana itu perlu berwaspada

Pemimpin lemah kita merana
Penangguk di air keruh menjadi raja
Mungkin negara digadai semula
Oleh saudara sebangsa dan seagama

Pemuda dan pemudi harapan nusa
Jangan terlalu gila berkuasa
Apa yang ada hanyalah sementara
Semuanya hilang ketika di pusara

Atas nama agama, bangsa dan negara
Kebenaran mesti dijulang sentiasa
Agar anak-cucu tidak ditimpa bala
Supaya kita tidak dikata bila tiada

kudakepang said...

Saudara Malaysia, Joe, Cakapsiang dan Dasa.

Terima kasih sekali lagi.

Buat makluman semua, mulai hari ini saya terpaksa moderate komen-komen anda. Saya lakukan ini kerana perkembangan mutakhir di dunia siber Malaysia termasuk kes yang membabitkan sahabat kita RPK di Malaysia Today.

Juga untuk makluman kita bersama, saya harap anda akan membaca posting terbaru RPK mengenai kejahilan tindakan UMNO dan kerja-kerja hina yang dipercayai dilakukan oleh cybertroopers UMNO ke atas mana-mana laman blog dan portal berita yang jadi sasaran mereka.

Selama ini saya mengsyakki adanya foreign cybertroopers berkerumum ke Malaysia Today untuk melaga-lagakan surfers Melayu dan bukan Melayu Malaysia supaya mereka terdorong untuk tuduh menuduh mengenai pelbagai isu sensitif.

Sementara andaian saya itu mungkin masih benar - wujudnya foreign cybertroopers asing di beberapa lawanweb tertentu - RPK pula membuat pendedahan secara subtle di mana UMNO cybertroopers juga dipercayai sengaja bertindak keji untuk membangkitkan isu-isu sensitif. Troopers upahan ini pun seolah-olah berperang dengan surfers tulen. Sebenarnya peperangan itu adalah sandiwara dengan niat jahat terhadap webmaster atau bloggers sasaran mereka. Tugas mereka ada yang memprovokasi dan ada yang seolah-olah defensif. Akibatnya, surfers yang tulen, akibat marah, pun turut terdorong untuk bertelagah dengan troopers upahan ini.

Bila ini terjadi, yang jadi mangsanya adalah webmaster dan pemilik blog. Begitulah kejinya troopers upahan berkenaan.

Mulai kira-kira sebulan lalu, blog ini juga jadi taman permainan seorang cybertrooper upahan. Dia memprovok saya supaya melatah. Dia memprovok regular surfers ke blog ini seperti hamizi dan voice serta husin lempoyang. Apa yang dia harapkan ialah surfers tulen ini akan melatah dan terus tuduh menuduh dengan trooper upahan itu sehingga melarat ke isu-isu sensitif. Bila ini berlaku, maka sayalah yang akan jadi mangsa konspirasi trooper upahan itu.

Demikianlah game plan mereka. Sebelum kita semua terdorong untuk jadi emosi akibat provokasi seperti ini, maka saya memohon jutaan maaf kerana terpaksa moderate komen-komen anda mulai hari ini.

Saya minta maaf kepada Husin Lempoyang kerana hari ini saya terpaksa delete komen beliau kerana akibat emosi dengan provokasi Malaysia, dia terbabas dengan kata-kata yang lucah dan sumpah seranah kepada Malaysia.

BAGAIMANAPUN, SILALAH TERUSKAN BERINTERAKSI DI BLOG INI. SAYA TIDAK AKAN MEMANSUHKAN KOMEN ANDA MELAINKAN ADA ISU-ISU SENSITIF DAN TERKELUAR DARIPADA SUSILA DAN BUDAYA KITA.

Salam takzim daripada saya
Ruhanie Ahmad

Dr. Hamizi said...

datuk... saya faham maksud datuk... tidak mengapa...

kepada malaysia... atau sesiapa sahaja, setakat ini saya belum mahu memoderate kan blog saya, sebab saya hanya ikan bilis sahaja... tiada implikasi kepada UMNO...

cuma hendak berkongsi pengalaman di kelas MBA saya sebentar tadi untuk subject organizational behavior...

terdapat 2 kategori manager... type A dan type B...

type A adalah yang performance oriented dan terlalu pantas serta melihat orang lain bergerak perlahan...

type B, adalah kontra daripada type A, perlahan dan utamakan leisure...

menjawab harapan daripada komen malaysia... anda pasti tidak suka saya jika saya jadi pemimpin, sebabnya saya akan jadi seperti Tun Dr. Mahathir yang ber type A...

bukannya tpe B macam yang kita semua dapat sekarang...

Dr. Hamizi said...

ohh lupa menjawab soalan datuk...

memang si malaysia ni ada mengunjungi blog saya... kami pun dah berbalas-balas pantun di ruangan komen... setakat ini saya belum mahu mencarut lagi... hahaha...

minta maaf jika menyebabkan keadaan tidak tenang di blog ini, maklum saya bekerja di tapak projek... cepat panas kerana bekerja di luar panas, melayan perangai orang yang macam-macam pun buat hati jadi panas...

cuma beberapa hari ini streamyx di rumah bermasalah... baru complaint TM semalam... nasib hari ini dah ok...

kelas-kelas saya dan assignment yang padat telah mengurangkan masa untuk berblog...

ini pun baru sahaja habis kelas...

kudakepang said...

Saudara Hamizi

Terima dan selamat berjuangan demi kecemerlangan diri, keluarga, agama, bangsa dan negara. Kalau saya jadi manager pun rasa-rasanya Type A juga. Hahahaha...

Salam takzim

anakmampan said...

asalamualaikum dato ron,
baru dapat berita yang cikgu mansor banio separap telah kembali ke rahmatullah malam tadi.
maaf saya kiv komen kerana nak menghantar ayahanda saya melawat allahyarham.
buat pengetahuan dato,ayahanda saya adalah seorang yang aktif bersama-sama dato dahulu.org mampan cuma yang aktif spt atan,arwah jabir,wahit,dol,khalid dll.saya adalah anak salah seorang yang disebutkan diatas.

Dr. Hamizi said...

datuk... saya rasa datuk bukan moderate komen... malah tiada ruang untuk komen...

mungkin setting untuk komen perlu diubah, sebab post terbaru datuk tidak membenarkan komen sama sekali...

NasAR said...

Assalamualaikum dato'

terima kasih kerana menyiarkan posting comedy of error dr. Malaysia Today. Sudah berhari2 saya cuba nak mengakses laman tersebut akan tetapi asyik mendapat mesej 'error'. Ekoran insiden melibatkan muhammad2 saya agak khuatir kerana tiada berita kesampaian selepas RPK melakukan lawatan ke balai polis dang wangi. Lega apabila mendapat tahu RPK masih tegar dan senang apabila membaca posting tersebut diatas. Sekali lg terima kasih.