Al Fatehah Khas Untuk
Haji Mansor Bin Banio
Tuan Haji Mansor Bin Banio, 69, meninggal dunia akibat satu nahas jalanraya yang amat tragik, membabitkan sebuah lori treler, di hadapan rumahnya sendiri, di Kampung Separap, satu kilometer daripada MRSM Batu Pahat, Johor, pada hari Khamis malam Jumaat, 26 Julai 2007.
Ketika nahas berlaku pada kira-kira 10.15 malam, Allahyarham sedang dalam perjalanan pulang ke rumahnya dengan menaiki motosikal setelah menghadiri satu majlis bacaan Yassin di rumah jirannya, Haji Akhiar Haji Hussin, yang hanya kira-kira 400 meter berseberangan jalanraya di hadapan rumahnya. Jenazah beliau selamat disemadikan di tanah perkuburan Kampung Separap pada 27 Julai 2007.
Allahyarham meninggalkan seorang balu, Hajah Seripah Haji Yunos, serta tujuh orang anak. Sewaktu hayatnya, Allahyarham adalah seorang pendidik yang berdedikasi, aktivis masyarakat yang sentiasa menitikberatkan kemajuan bangsa dan kedaulatan negara, serta aktivis agama yang sentiasa prihatin terhadap kemuliaan syiar Islam.
Masyarakat Kampung Separap, termasuk saya sendiri, dan masyarakat di kampung-kampung sekitarnya, sangat menghargai jasa-jasa Allahyarham. Semoga roh beliau sentiasa dicucuri rahmat oleh Allah SWT.
Saya sekeluarga, termasuk isteri dan ibunda saya, turut berduka menerima berita tragik ini. Kami ucapkan takziah kepada Puan Hajah Seripah serta seluruh anggota keluarga dan saudara mara Allahyarham, termasuklah abang iparnya - Haji Samad Haji Yunos, adik iparnya – Safari Haji Yunos dan Mansor Haji Yunos, serta adik-adiknya - Masadi Banio dan Marfoah Banio. Al Fatehah!!!
[Nota: saya berterima kasih kepada adik saya, Norazam Ahmad, yang memberitahu saya akan berita di atas pada 11.00 malam 26 Julai 2007, dan Anak Mampan, yang sudi menyampaikan berita yang sama menerusi postingnya ke blog ini pada awal 27 Julai 2007.] – Ruhanie Ahmad

7 comments:
Fatihah buatnya ...
Semoga Allah Mencucuri rahmat ke atasnya. Salam takziah dari kami kakitangan Pusat Fisiologi Senam (Institut Sukan Negara)kepada Puan Azizah Mansor (Kakitangan Pusat Fisiologi Senam, ISN)atas pemergian ayah yang di kasihi.
Al-Fatihah.
Kami kakitangan Pusat Fisiologi Senam (Institut Sukan Negara) Mengucapkan salam Takziah buat Azizah Mansor (Pegawai di Pusat Fisiologi Senam, ISN) Atas pemergian Arwah Ayah beliau. Semoga Allah mencucuri rahmat keatas beliau.
Al-Fatihah
Saudara Voice dan Sports guru. Terima kasih atas kirim Fatehah kepada Allahyarham.
Saya mendedikasikan posting kepada Allahyarham kerana beliau adalah contoh warga tanpa nama yang jadi pejuang bangsa, agama dan negara dalam senyap-senyap dan secara ikhlas lagi jujur.
Mudah-mudahan Allahyarham akan berada di kalangan orang yang soleh!
Alfatehah!!
terima kasih kpd Cik Pen krn sudi menulis sedikit kisah aruah bak. terima kasih kpd sesiapa juga yang sudi menyedekahkan alfatihah, semuga aruahnya menjadi kekasih Allah. Amin. Alfatihah.Sesungguhnya pemergian aruah bak tiada siapa yang sangka,Allah sangat menyayanginya ,kami sebagai anak-anak dan bonda tidak langsug dpt melihat wajah aruah buat kali terakhir. Kecuali 2 minggu sebelum aruahnya tiada, kami sempat bersalam mencium tangan aruah semasa mengadakan majlis potong jambul cucu aruah yg baru berumur l/kurang 44 hari.
Masri b. Hj. Mansor.
Saudara Masry
Terima kasih dan takziah daripada saya sekeluarga. Apa yang saya tulis itulah suara hati saya sejujur-jujurnya mengenai Allahyarham. Salam takzim kepada bonda Saudara dan seluruh kaum keluarga dan sahabat handai di Separap. Alfatehah!!!
Salam takzim.
Assalammualaikum Datuk
Mewakili adinda arwah, marfo'a banio sekeluarga, terima kasih atas penghargaan ini.
Maaf agak terlambat berterima kasih kerana agak sibuk kebelakangan ini utk mengikuti blog Datuk. Tapi ayahanda saya, Tuan Haji Abdul Rahim, masih mengikuti tulisan Datuk :)
Post a Comment