Etika Kewartawanan
Bloggers dan Internet
Oleh Ruhanie Ahmad
Bloggers di Malaysia kini jadi kumpulan insan penuh kontroversi. Hakikatnya begitu kerana ada pihak menyifatkan semua bloggers sebagai pengamal “citizen journalism.” Hakikatnya juga demikian kerana sesetengah pemimpin kerajaan dan parti pemerintah nampaknya terlalu prejudis terhadap seluruh pengamal kewartawanan rakyat di negara ini.
Contohnya adalah Datuk Zainuddin Maidin dan Datuk Ahmad Zahid Hamidi. Mereka telah membuat kenyataan-kenyataan yang agak semberono mengenai bloggers di Malaysia.
Mereka bertindak demikian kerana mereka anggap semua bloggers di Malaysia adalah pengamal kewartawanan rakyat. Mereka juga bertindak begitu kerana mereka prejudis bahawa semua bloggers di Malaysia adalah penyebar fitnah.
Oleh itu, wajarlah Menteri Penerangan dan Timbalannya ini memahami soal bloggers di Malaysia dengan lebih mendalam. Ini akan mengelakkan mereka membuat kenyataan-kenyataan yang mengelirukan, dan mungkin juga melucukan, mengenai bloggers di negara ini.
Dengan cara ini, Menteri Penerangan dan Timbalannya akan insaf bahawa bloggers mempunyai banyak kategori. Bukan kesemuanya mengamalkan citizen journalism yang memerlukan ilmu, kemahiran serta etika kewartawanan.
Dengan cara berkenaan juga, kedua-duanya akan berfikir sedalam-dalamnya sebelum mengatakan maklumat yang disebar oleh bloggers kononnya belum pasti kebenarannya, atau bloggers adalah penyebar fitnah.
Secara ringkas, saya harap Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid sudi merujuk kepada maklumat mengenai bloggers di Malaysia yang dipaparkan oleh www.malaysia-today.net dan akhbar The Star 30 November 2006.
Maklumat
Antaranya, maklumat itu menyatakan bahawa 64% bloggers di Malaysia adalah wanita. Dan, 74% daripadanya adalah dalam lingkungan umur 25 tahun ke bawah.
Maklumat di atas adalah hasil kajian online membabitkan lebih 25000 pelawat ke portal Microsoft MSN sepanjang Ogos dan September 2006, yang dijalankan di Hong Kong, India, South Korea, Malaysia, Singapore, Taiwan dan Thailand.
Kajian itu mendapati 56% rakyat Malaysia jadi bloggers untuk menyatakan pandangan masing-masing, sementara 49% jadi bloggers untuk memanjangkan silaturrahim dengan keluarga dan sahabat handai.
Sejumlah 34% daripada bloggers di Malaysia sekadar mahu mewujudkan ruang istimewa untuk dirinya di alam maya. Hanya kira-kira 3% sahaja bloggers di Malaysia adalah pengamal kewartawanan masyarakat.
Fitnah
Dari maklumat di atas, pastinya Datuk Zainuddin jelas terkeliru bila beliau beranggapan bahawa semua bloggers di Malaysia adalah pengamal kewartawanan rakyat.
Dari maklumat di atas juga, Datuk Ahmad Zahid pastinya jelas terlajak cakap bila beliau menyatakan bahawa pelbagai maklumat yang disebarkan oleh media alternatif seperti internet, belum pasti tepat dan benar.
Oleh itu, Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid wajar bertindak secara khusus. Mereka wajar mengatakan bahawa bloggers Malaysia yang jadi sasaran mereka adalah bloggers yang mengamalkan kewartawanan masyarakat.
Mereka juga kena insaf bahawa bloggers yang mengamalkan kewartawanan masyarakat ini pula hanya kira-kira tiga peratus sahaja daripada keseluruhan bloggers di negara ini.
Perdana
Dari kalangan bloggers yang tiga peratus ini pula hanya segelintir sahaja yang pernah berkhidmat dengan akhbar-akhbar perdana Malaysia.
Antaranya adalah Datuk A Kadir Jasin, Datuk Ahmad Rejal Arbee, Saudara Ahirudin bin Attan, Saudara Rosli Ismail dan saya sendiri.
Kami semua menulis secara telus. Kami guna nama kami yang sebenar-sebenarnya. Kami juga bertanggungjawab di atas apa yang kami tulis.
Pada waktu yang sama, terdapat penyumbang kepada blog-blog tertentu, seperti Saudara S. H. Alattas dan Saudari Norzah Haji Kepol di http://www.agendadaily.net/. dan Saudara Mohd. Sayuti Omar di http://www.malaysia-today.net. Seterusnya terdapat beberapa professional seperti Bakri Musa dan lain-lainnya.
Jadi, Datuk Zainuddin perlu menyatakan, adakah kumpulan pengamal kewartawanan masyarakat seperti di atas “yang mencari populariti dan keuntungan jangka pendek”?
Beliau perlu jelaskan kepada seluruh rakyat Malaysia, populariti apa dan keuntungan jangka pendek apakah yang mahu dikaut oleh bloggers di atas.
Popular
Kalau tidak kenyataan Datuk Zainuddin itu boleh menimbulkan implikasi kononnya bloggers yang tersenarai di atas adalah kumpulan opportunis.
Implikasi ini negatif dan bertentangan dengan realiti sebenarnya. Ini kerana kseluruhan nama-nama di atas jadi bloggers demi menegakkan kebenaran dan keadilan.
Bukankah nama-nama di atas sebenarnya memang sudah cukup popular sebelum mereka menerokai kewartawanan masyarakat di blog-blog tertentu mutakhir ini?
Pada waktu yang sama, adakah golongan di atas juga yang jadi sasaran Datuk Ahmad Zahid supaya mempunyai etika kewartawanan dan sentiasa bertanggungjawab terhadap tulisan masing-masing?
Datuk Zainuddin baru sahaja dinobatkan sebagai tokoh wartawan negara. Datuk Ahmad Zahid pula mempunyai ijazah tinggi di bidang komunikasi.
Oleh itu, kedua-duanya wajar jelas dengan kenyataan masing-masing. Kalau tidak, nanti banyak pihak akan jadi sinis terhadap Menteri Penerangan dan Timbalannya.
Kredibaliti
Saya meminta jasa baik kedua-dua sahabat saya ini supaya berbuat demikian kerana nama-nama bloggers seperti di atas yang kini mengamalkan kewartawanan masyarakat di Malaysia adalah mereka yang mempunyai kredibaliti.
Nama-nama yang saya sebutkan di atas juga pernah memimpin akhbar Perdana dan ada juga yang sedang memimpin beberapa akhbar kecil, tetapi bertanggungjawab.
Jadi, adakah kumpulan seperti ini jahil, tidak memahami, dan tidak mengamalkan etika kewartawanan?
Tidakkah populariti serta kredibaliti nama-nama berkenaan kebelakangan ini yang menyebabkan ssetengah pihak jadi cemas dan lemas?
Tidakkah tulisan mereka menerusi blog-blog tertentu yang kini seolah-olah menghakis populariti akhbar perdana Malaysia?
Bimbang
Oleh itu, Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid wajar memanggil nama-nama yang tersenarai di atas untuk mengatasi masalah segelintir pengamal kewartawanan masyarakat di Malaysia mutakhir yang mungkin melulu, semberono, keterlaluan dan ekstrim dalam penulisan mereka.
Tugas ini patut dilakukan oleh Datuk Seri Lim Kheng Yeik. Tetapi, Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid adalah lebih relevan dan lebih berkesan untuk menagnagi soal kemungkinan keterlanjuran dan ekstremisme ini.
Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid juga wajar memanggil seluruh bloggers yang jadi pengamal kewartawanan masyarakat di Malaysia untuk sessi percambahan minda berkaitan isu-isu tertentu.
Ini kerana pendekatan hostile terhadap segelintir bloggers terbabit mungkin boleh menyebabkan mereka jadi kumpulan penentang atau kumpulan pendesak yang ekstrim.
Saya yakin pendekatan mesra seperti ini akan membolehkan kerajaan memelihara kesejahteraan kewartawanan masyarakat di internet tanpa menjejaskan bill of guarantee MSC atau pun meminda undang-undang yang wujud pada hari ini.

11 comments:
Quote dari Datuk Ron:
"Selanjutnya, Datuk Zainuddin dan Datuk Ahmad Zahid wajar memanggil seluruh bloggers yang jadi pengamal kewartawanan masyarakat di Malaysia untuk sessi percambahan minda berkaitan isu-isu tertentu".
Tentu Datuk ni seorang yang sangat penyabar untuk mendengar kedua-dua saudagar karut-marut tu merapu.
Lagi pun, bukankah anugerah Tokoh Wartawan Negara yang Datuk Zam dapat baru-baru ini adalah ucapan selamat tinggal yang sangat sadis sebelum dia tercicir dalam rombakan kabinet akan datang?
Datuk Ron nak bermuzakarah dengan orang yang sudah dicabut kukunya?
Atau adakah Datuk Ron nak jumpa Datuk Zam dan ajak dia jadi blogger juga macam bekas wartawan yang lain seperti Datuk A Kadir Jasin, Rocky, Datuk Ahmad A Talib dan Datuk Ron sendiri?
Saya tak kenal depa seperti Datuk Ron, tapi Datuk Ron duduk depan blog Datuk ni dan tulis banyak-banyak lagi baik dari menghabiskan karan jumpa depa..
Tiga sifat orang yang sempurna imannya: Apabila beliau redha, maka redhanya tidak akan memasukkannya dalam kebatilan; Apabila beliau marah, maka kemarahannya tidak akan mengeluarkannya daripada kebenaran; dan Apabila beliau berkuasa, maka beliau tidak akan memberi perkara yang bukan miliknya.
Dengarlah kamu semua percakapan daripada aku yang lebih baik daripada dirham-dirham yang mahal. Janganlah anda bercakap melainkan apa yang ada kaitan dengan anda. Tinggalkan percakapan yang banyak tentang anda sehingga anda mendapati tempat yang sewajarnya. Kadangkala seorang itu bercakap benar tetapi tidak pada tempatnya (nothing-rubba mutakallimin bi haqqin fi ghairi maudhi‘i-hi). Janganlah anda berhujah dengan orang yang bodoh dan orang yang lemah lembut kerana yang lemah lembut akan mengalahkan anda, sementara yang bodoh akan memburukkan anda. Sebutlah saudara anda apabila beliau tidak berada di hadapan anda dengan sebaik-baik perkataan yang anda paling sukai disebut tentang anda sendiri apabila anda tidak berada di hadapannya. Ketahuilah inilah amalannya dan beramallah amalan orang yang mengetahui bahawa beliau akan dibalas dengan kebaikan dan akan diambil tindakan dengan jenayah (mujza bi l-Ihsan ma’khudhun bi l-Ajram).
Janganlah anda tertipu oleh orang ramai tentang diri anda kerana ia akan sampai kepada anda bukan mereka; Janganlah anda menghabiskan siang hari anda dengan itu dan ini kerana bersama anda ada orang yang menjaga anda. Janganlah anda memperkecilkan kebaikan yang sedikit, kerana anda melihatnya esok boleh menggembirakan anda; Janganlah anda memperkecilkan kejahatan yang sedikit kerana anda akan melihatnya esok boleh mendukacitakan anda. Berbuat baiklah, kerana aku tidak melihat sesuatu yang lebih dituntut dan lebih cepat didapati dari kebaikan bagi dosa yang lalu. ALLAH azzawajalla berfirman di dalam Surah Hud (11):114 “Sesungguhnya perbuatan-perbuatan yang baik itu dapat menghapuskan perbuatan-perbuatan yang jahat. Itulah peringatan bagi mereka yang ingat.”
Aku menjadi hairan dengan enam perkara. Tiga perkara yang mentertawakan aku dan tiga perkara yang membuatkan aku menangis. Adapun perkara yang membuatkan aku menangis adalah perpisahan dengan kekasih Muhammad (s.a.w), penderitaan pada hari Kiamat dan berdiri di hadapan ALLAH azzawajalla Adapun tiga perkara yang mentertawakan aku: Orang yang mengejar dunia sedangkan mati sedang mengejarnya. Orang lalai (ghafil) tetapi ia tidak dilupai dan orang yang ketawa besar tidak mengetahui adakah ALLAH azzawajalla telah meredhainya atau memarahinya.
(http://geocities.com/fatimah_alkubra/fashahah_diary.zip)
YB
The Toyol Code is just a gimmick.
Kalau nak berblogging komen kerjaan maka kenalah pintar.
"Never underestimate the predictability of stupidity"
Dalam keadaan di mana media arus perdana "dikuasai" oleh kerajaan dan seolah-olah seperti suara kerajaan seperti sekarang, peranan blog sepatutnya ialah menjadi media alternatif.
Kita ingin mendengar "suara lain" atau pendapat lain dalam blog yang "bebas", dan bukan suara-suara yang membodek atau mengampu.
Kalau blog pun memainkan peranan seperti media arus perdana, kita mungkin tidak perlu membuang masa membacanya.
Ron, Zam dah bergelar Tokoh Wartawan Negara. Stature dia dah macam Pak Samad, bukan macam you, Kadir, Mat Talib atau Rocky. Zam kenalah cakap pasal etika kewartawanan, kenalah mempertahankan buntut pengarang2 yang bernaung di bawahnya, buntut2 yang semakin hari semakin lunyai dibelasah oleh para pemblog dan orangramai.
(link ke Kuda Ranggi - www.kudaranggi.blogspot.com - yang tak berapa setuju Zam dapat gelaran Tokoh Wartawan, ada udang sebalik batu katanya ..)
Salam kepada Datuk Ron dan pembaca sekalian.
Kadang-kadang heran, ape motif Datuk Zam dok asyik mengwar-warkan yang blogger ini asyik kutuk kerajaan. Saya takut, disebabkan 1% blogger yang bergini boleh menyebabkan 99% blogger yang lain menerima padah.
Datuk Zam harus kenal dulu siap sebenarnya blogger-blogger yang ada di Malaysia ni.
Walau bagaimanapun, saya lagi heran, kenapa Datuk Zam hari2 dok baik-pulih RTM je. Jabatan dan unit2 lain dalam Kementerian Penerangan tu, ada tak diaudit dan dibaik-pulihkan? Datuk Zam patot jaga semua, bukan RTM sahaja.
Sekian
Gojira Muda
Yes Toyol Code
- actually -
a gimmick
- more like a poll -
But the ethics of changing
one commentor's name and
substituting an anonymous?
Shame, shame, shame
every honorable blogger far
and wide, what more
a college journalist
will know that!!!
Mika Angel-0 said'
"Never underestimate the predictability of stupidity"
12:59PM
Mika Angel-0
(May 30th, 2007)
Post a Comment