Sunday, December 10, 2006

Abdullah Dan Mahathir
Dua Pemimpin Unggul
- Agong

KUALA LUMPUR, 9 Dis (Bernama) - Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalullail, menyifatkan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Tun Mahathir Mohamad sebagai dua pemimpin negara yang mempunyai personaliti dan keperibadian unggul.

Seri Paduka bertitah, ini diterjemahkan melalui kecemerlangan kepimpinan Perdana Menteri dan bekas Perdana Menteri itu.

"Kedua-duanya bijak dan berwawasan serta amat berdedikasi dan komited terhadap usaha untuk membawa Malaysia menjadi sebuah negara yang maju dan disegani berdasarkan acuan kita sendiri.

"Beta merasa amat bertuah berpeluang menerima khidmat daripada dua orang perdana menteri sepanjang tempoh perkhidmatan beta.

"Pengalaman menerima khidmat daripada Yang Amat Berbahagia Tun Dr Mahathir Mohamad dan Yang Amat Berhormat Datuk Seri Abdullah Haji Ahmad Badawi menyedarkan beta betapa bertuahnya negara ini dan rakyatnya," titah Seri Paduka pada majlis santapan negara sempena perpisahan baginda yang tempoh sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-12 berakhir pada Selasa ini.
…….. -- BERNAMA
http://www.bernama.com.my/bernama/v3/bm/news.php?id=235444


4 comments:

sahabat said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

YB

Tidak cun sekiranya cerita 'PNB' itu kita teruskan tanpa ada fakta-fakta menyeluruh dihidangkan kepada kita. Nantinya, saya gusar, saya jadi 'wet blanket' tanpa sebab. Lebih kurang macam pembangkang mabuk tapai.

Saya sekali jalan dengan akan yang baik dan betul.

Dalam bab ruang terima kasih ucapan 'Head of State' saya kira ini belumlah jadi cerita 'Sultan Murka!' dan harapnya biarkanlah begitu. Ini pun kata-kata nasihat orang yang dah nak keluar balai dan balik kampung.

Sungguh molek kata bujang senang. Cuma macam mana caranya: "how do you beat a humble man awake"?

Anonymous said...

kamu betul Malaysia, pertanian tak perlu runtuhkan high tech, kita guna high tech untuk pertanian

Anonymous said...

Sebenarnya Rakyat mesti bangkit daripada mimpi ngeri!

AAB tak punya idealisme langsung dalam membawa bangsa Melayu ke persada dunia duduk sama rendah berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain yang berjaya di mukabumi ini.

Beliau umpama tong kosong cakap saja berdengung! Hampeh!

Cakap berulang-ulang tanpa sintaksis dan semantik yang teratur! Kerap hilang fokus dalam ucapan tanpa menggunakan teks! Memalukan! Amat memalukan!

Lebih menyirapkan darah Rakyat ialah perangai/tabiat buruk AAB memperjudikan nasib anak bangsa. Agenda peribadi lebih utama daripada memperjuangkan survival bangsa! Lihatlah ucapan-ucapan beliau yang senantiasa mengenen/menyindir tak habis-habis YB Tun. Itulah sikap sebenar AAB seorang PENDENDAM, BUSUK HATI, JIWA TERJAJAH!

Ingatlah duhai Rakyat sekelian! Hanya yang mediocre saja akan terpekik-pekik di jalanan, menyalak saban hari di mimbar media, tertonjol-tonjolkan diri untuk dilihat hebat. Bangsat!

AAB lupa bahawa setiap perlakuan, tutur kata dan tindakan beliau dulu, kemarin, semalam, hari ini, esok, lusa, tulat, langkat akan tercatat dalam lembaran sejarah. KeBODOHan, keTOLOLan, keBINGAIan, keCURANGan, keSOMBONGan, keANGKUHan, keBIADABan, keCELUPARan, keJUMUDan, kePURA-PURAan, yang beliau zahirkan tetap akan tercatat di minda Rakyat yang bukannya BANGANG MACAM AAB, KAAB, KJ, KALI, BRENDAN, HISHAMUDDIN, NAZRI AZIZ, RADZI, ZAHID HAMIDI, ZAM, ALI RUSTAM, MAKHDZIR KHALID, ARA MENTERI BESAR & MENTERI KABINET yang MENIPU DIRI SENDIRI hanya untuk SESUAP NASI! BANGSAT!

Kalian fikir kami Rakyat ini sedang koma? Ribuan profesor, cendekiawan, mahasiswa/i di seluruh universiti/kolej, para profesional di sektor swasta/awam tidak boleh DIPERBODOHKAN SELAMANYA! BANGSAT!