2007 Mungkin Mendebarkan
Kepimpinan Umno Malaysia
Kepimpinan Umno Malaysia
Oleh Ruhanie Ahmad
Tahun 2007 akan tiba dalam masa sembilan hari lagi. Kalau menantu Perdana Menteri, baru-baru ini mengatakan, tahun 2006 “getir kepada Barisan Nasional (BN)”, mungkinkah tahun 2007 mendebar dan mencemaskan pucuk pimpinan tertinggi negara, Umno dan BN?
Mungkinkah Pilihan Raya Umum (PRU) akan diadakan pada Mac atau April 2007? Bagaimanakah prestasi BN dalam PPRU itu kelak?
Mungkinkah keresehan sesetengah rakyat jelata mutakhir ini diterjemahkan kepada undi yang memihak kepada pembangkang?
Atau, mustahilkah BN di bawah kepimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad, akan terus cemerlang, gemilang, terbilang dan terus mengekalkan kekuasaannya di Malaysia?
Pilihan Raya
Kalau PRU diadakan pada 2007, mungkinkah majoriti calon Parlimen dan DUN daripada BN terdiri daripada generasi muda di bawah umur 50 tahun?
Mungkinkah barisan Menteri-Menteri Malaysia, Menteri-Menteri Besar, Ketua-Ketua Menteri dan anggota Exco di negeri-negeri juga akan terdiri daripada cerdik pandai di bawah umur 50 tahun?
Selepas PRU, bagaimana pula agaknya proses pemilihan pucuk pimpinan UMNO di bahagian-bahagian di seluruh negara?
Mungkinkah pemilihan pucuk pimpinan bahagian-bahagian itu juga didominasikan oleh anak-anak muda yang sudah mendapat tempat sebagai Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri dan Exco?
Razaleigh
Selanjutnya, bagaimana pula rentak pemilihan pucuk kepimpinan tertinggi Umno Malaysia? Mungkinkah jawatan Ahli Majlis Tertinggi juga menyaksikan kehadiran dan kebangkitan tenaga muda yang berpendidikan tinggi?
Mungkinkah Tengku Razleigh Hamzah akan mencabar Datuk Seri Abdullah bagi jawatan Presiden Umno Malaysia?
Kalau kemungkinan ini jadi realiti, siapakah pula regu Tengku Razaleigh? Atau, mungkinkah Tengku Razaleigh akan menentang Datuk Seri Abdullah secara lone ranger?
Bagaimanakah Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak selaku Timbalan Presiden Umno, serta Tan Sri Muhyiddin Mohd. Yassin dan Datuk Seri Mohd. Ali Rustam selaku Naib Presiden Umno, bertindak menghadapi kemungkinan Tengku Razaleigh menentang Datuk Seri Abdullah?
Khairy
Seterusnya, siapa pula muka-muka baru yang akan bertanding bagi merebut tiga kerusi Naib Presiden? Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein? Khairy Jamaluddin Abu Bakar? Atau, siapa lagi?
Begitulah panjang lebarnya senarai pertanyaan mengenai siasah BN dan Umno dalam 2007? Ini belum lagi mengambil kira soal siapakah yang akan merebut jawatan Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia dan Ketua Pergerakan Wanita Umno Malaysia.
Ini juga belum mengambil kira sama ada Tun Dr. Mahathir akan terus mendiamkan diri bila Datuk Seri Abdullah seolah-olah membisu terhadap seluruh masalah yang dibangkitkan oleh mantan Perdana Menteri itu sepanjang 2006.
Kesimpulannya, tahun 2007 memang cukup dinanti-nantikan ketibaannya. Pada tahun itu, kemerdekaan Malaysia mencapai usia 50 tahun. Pada tahun itu, politik Malaysia akan menghadapi cabaran yang mungkin besar. Pada tahun itu, citarasa siasah sebilangan besar rakyat Malaysia akan diuji kemampanannya.

20 comments:
semua nya mendebarkan. Saya sebagai ahli Umno pun turut berdebar , bagaimana nak berhadapan dgn pengundi teutama sekali dalam uusaha untuk meyakinkan mereka memberi undi kpd BN. Petrol, air, api, tol dan barang2 keperluan/perkhidmatan melambong naik. Apa alasan yang kitta nak beri kepada pengundi2 setia kita bagi menentukan mereka terus bersama kita. Ramai dikalangan Ahli Parlimen ternyata lebih berdebar teutama mereka yang dah banyak penggal dan berusia ! Kalau analisis kuda kepang menepati sasarannya maka banyaklah katil2 kelas pertama hospital kerajaan dipenuhi mereka (kerana tak tercalon lagi). Masuk kepada episode pemilihan kepimpinan Umno pula tidak banyak menimbulkan masalah kepad peyandang ketua bahagian sekarang kerana mereka sudah mempunyai 'back-up' kewangan yang diperuntukan oleh presiden parti (RM3J setiap ketua Bahagian) dan politik wang boleh diteruskan memandang tiada keputusan dibuat dengan kes kubang pasu! Kalau Tg Razaliegh nak cabar presiden parti , saya nesihatkan agar dia buat keputusan awal, jgn last minute, nanti penyokong2 beliau lari kerana kurang petunjuk! Saya ingat perkara ini tak akan terjadi. Toyol code kuda kepang nampaknya "hold water' kerna sehingga kini tiada penafian dibuat oleh mana2 pihak terutama tgkt 4. Kalau tidak tak kan nak tunda pemilihan pimpinan Umno kalau bukan sebab pRU !

Berdasarkan sejarah dan perkembangan politik kita selama ini, saya tidak fikir apa-apa perubahan besar atau drastik akan berlaku. Pembangkang mungkin boleh menambah kerusi, tetapi tidak akan ada negeri yang jatuh ke tangan pembangkang. BN akan terus memerintah, dan perubahan pemimpin di peringkat negeri dan bahagian akan berlaku secara evolusi. Ada segelintir pemimpin lama diundurkan, ada segelintir pemimpin baru muncul. Dalam keadaan demikian, politik wang dan rasuah akan terus berlaku, malah mungkin semakin meningkat.Demikian pula kronisme dan nepotisme akan terus berlaku. Politik terus "kotor", masyarakat semakin "sakit". Tapi malangnya hayat UMNO dan BN mungkin masih panjang, kerana majoriti rakyat masih mudah dipengaruhi supaya terus menyokong kerajaan dan masih tidak ada kesedaran politik.
YB
Salam
Impressive but what can I say being
just graduated with a certified dark red buttocks, Datuk.
Imagine, a passable pre-dip blog poster wanting to help you write among that most wonderful blog and a Muslim's one, too, in the world! A thesis, Datuk? Alhamdulillah.
Tiadanya retak
Tiadanya belah
Demi bangsa, Agama dan Negara
Ameeen
Kita sebagai rakyat Malaysia menunggu tiba nya PRU ke 12 dengan penuh harapan.Ketika itu semua rakyat akan menjunamkan semua calon calon umNO/bn diseluruh negara...rakyat Malaysia sudah muak benar dengan perangai wakil rakyat melayu yang ada pada hari ini...saperti biasa umNO akan beri kain pelikat..kain batik dan RM 50/ pada satiap pengundi..itu adalah amalan dari dulu hingga kini....dah meluat dah....
Saya agak "dekat" dengan beberapa tokoh pembangkang.Setakat yang saya tahu, mereka tidak yakin pembangkang boleh "menukar kerajaan" dalam pilihan raya yang akan datang.
Ada di antara mereka yang sangat mengharapkan bahawa "konflik" antara Tun Mahathir dengan Pak Lah akan menimbulkan gelombang yang boleh "meranapkan" UMNO dan BN.
Akan tetapi jelas sekarang gelombang itu tidak berlaku. Malah UNNO tentunya akan terus "bersatu" untuk mempertahankan kuasa yang mereka pegang.
Oleh itu, marilah kita menerima kenyataan: kita akan terus diperintah oleh UMNO dan BN, walaupun pemerintahan UMNO dan BN banyak juga keburukannya!
Dato
Kalau Kuda Kepang ada Toyol Code, di KMU dah ada theory baru yang dicadangkan untuk dipanggil Black Baboon BLueprint (BBB). Baca posting ini:
--------------------------------
Apabila PM YDP Abdullah Ahmad Badawi menegaskan "Baru 10 minit main, masih peringkat warm up lagi", maknanya beliau hendak 'bermain sepenuh masa, iaitu 10 tahun lagi.
Ini kerana PM YDP Abdullah ingin menentukan bahawa Beruk Hitam, dipersiapkan dan perlahan lahan naik melalui jaringan UMNO untuk sampai ketahap Timbalan Perdana Menteri Malaysia 10 tahun lagi (apabila Beruk Hitam berumur 40 tahun) dan mengambil tampuk pemerintahan Negara.
Ini bermakna YAB Dato Seri Najib Tun Razak tidak akan merasa untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia dan Presiden UMNO.
Ini senario telahan Kawan:
Pilihanraya Umum Dec 2008 -- Beruk Hitam bertanding dan menang sebagai MP. Beliau dilantik sebagai Timb Menteri
Jun 2009 -- Pemilihan UMNO - Beruk Hitam menang tipis sebagai pemilihan Ketua Pemuda UMNO
Apr 2010 -- Rombakan kecil Kabinet, Beruk Hitam menjadi Menteri Penuh
Jun 2012 -- Pemilihan UMNO - Beruk Hitam menang tipis pemilihan Naib Presiden UMNO
Aug 2013 -- Pilihanraya Umum - Beruk Hitam mengekalkan kerusi Dewan Rakyatnya. Dilantik menjadi Menteri Kewangan
Jun 2015 -- Pemilihan UMNO - Beruk Hitam menjadi Naib Presiden UMNO dengan undi terbanyak
Sept 2015 -- Kontrversi timbul apabila Timbalan Perdana Menteri dibebankan kes komisyen pembelian 2 kapal Frigat F 2000 yang dibeli dari BAe Systems pada 2008.
Nov 2015 -- Kontroversi memuncak. Timbalan Perdana Menteri Malaysia meletakan jawatan kerana desakan Pengerusi Pengerusi Perhubungan UMNO apabila kes ini dibincangkan hangat di House of Commons, London.
20 Dec 2015 -- YB Dato Seri Utama Beruk Hitam dilantik Timbalan Perdana Menteri Malaysia
17 Jul 2017, PM YDP Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi bersara dan memberikan laluan Dato' Seri Utama Beruk Hitam menerajui BN sebelum Pilihanraya Umum Apr 2018
Mengangalah Dato Najib dan teori Rahman dipenuhi dengan N = Nori's husband. :-)
Menarik Husin Lempoyang. Secara tak langsung, RKP membuat analisa bahawa NST-M adalah rancangan kearah ini seperti sedutan berikut:
"... Khairy is one sharp cookie -- that, I have to take my hat off to him. He is going to prove two things, well maybe three things. One is that to succeed you must marry the daughter of the Prime Minister. Two, you must get an education at Oxford or Cambridge. And three, you must control the media, as America has demonstrated. And Khairy is all three in one..."
Akum..
Untuk pengetahuan semua. Saya sendiri mendengar seorang insan hendak menghembus nafas terakhirnya selepas mengucap mengatakan Malaysia dilanda bencana kerana ketua pemimpin adalah DAJJAL merupai manusia. Semua ahli keluarga arwah dan staf kami agak terkejut. Tujuan saya menghantar komen ini untuk kita sama-sama menilai kebenaran kata seseorang itu di saat lafas terakhirnya.
Salam.
ct
Datuk Ruhanie
Hey, ada cerita lama kris film di tempat Husin Lempoyang! Not bad la dia punya komedi. Ada stunt man baru pun.
Jom la kita pi tengok wayang blog.
Untuk mengetahui al kisah ini, baca dalam blog saya http://the-antics-of-husin-lempoyang.blogspot.com/2006/12/my-friends-call-me-nori.html
a"kum YB Datuk Ron dan salam perjuangan kpd semua pembaca komen ini. Saya salah seorang dari kawan2 bekas pelajar UiTM yang belum daftar pengundi ingin bertanya bagaimana kami ingin mendaftar sebagai pengundi di SPR. Kawan ayah saya memberitahu kami benar pilihanraya kemungkinan akan di adakan tahun 2007. Semua kakitangan kerajaan kini tidak sabar menunggu pilihanraya kali ini. Kami juga terpanggil untuk mendaftar sebagai pengundi kerana ibubapa kami dari parti UMNO meminta kami berikan undi kpd pembangkang. Kami tidak terkejut kerana ibubapa kami mengatakan Presiden UMNO telah di kuasai menantunya. Ayuh kawan-kawan bekas UiTM kita daftar ramai-ramai bantu hasrat ibubapa kita mahukan kerajaan lain yang memerintah negara ini. Ingat.. kita anak Melayu lepasan UiTM mempunyai Wawasan 2020 untuk majukan diri. Mari kita jatuhkan bapa mertua Khairi yang menyusahkan ibubapa kita. Kita anak kakitangan kerajaan perlu berani dalam perjuangan ini. Jangan takut ugutan SB atau mana mana pihak, Undi adalah hak kita.
Terima kasih.
Dato,
Amat berharap agar para pengundi mengundi dengan bijak, jatuhkan para pemimpin yang korup, guna jawatan untuk perkayakan keluarga.
Mereka2 ini mestilah kita jatuhkan. Biar pembangkang menang biar mereka menjadi juruodit yang berkesan di Parlimen.
Kalau nak harapkan MP-BN semuanya mcm 'tok pek kong' saja, takut nak komen PM yang kurang pintar itu.
Akum semua pembaca. Pilihanraya kecil Batu Talam sudah pasti mendebarkan Pak Imam Hadari UMNO. Anda ingin tahu kenapa??? Jawapannya kerana sudah banyak tahu Pak Imam Hadari seorang pembohong dan banyak melanggar perintah Allah. Kesimpulannya sesiapa yang mengundi BN dari calon UMNO adalah golongan munafik yang dilaknati Allah. Sedarlah wahai saudara Islamku, negara kita ini telah Allah turunkan bala bencana menguji kesabaran iman kita. Saya menyeru semua saudara islam pengundi Batu Talam mengunakan hak anda sebagai pengundi dengan memilih parti pembangkang untuk menegakkan keadilan dan penjarakan penyangak2 BN-UMNO yang merompak dana rakyat dan perogol anak gadis dan isteri orang.
YA ALLAH AKU BERMOHON PADA MU YA ALLAH KAU TUNJUKKAN KEBESARAANMU DI HARI PILIHANRAYA BATU TALAM MEMBERI KEMENANGAN KEPADA YANG BENAR DAN BUKAN KEPADA DARI GOLONGAN MUNAFIK.
YA ALLAH KAU KABULKAN DOA AKU DAN TUNJUKKAN KEMULIAANMU DENGAN SESUATU PERKARA YANG TELAH BANYAK ULAMA KETAHUI BAHAWA PAK LAH AKAN TERIMA BALASAN DARI MAHA SUCI ALLAH TIDAK LAMA LAGI KERANA..... ( maaf hal peribadi sikit tapi ada kaitan dengan dosa besar).
YA ALLAH PADAMU KAMI MENYERAH DAN PADAMU KAMI BERMOHON..-- AMIN--
Where have u been Datuk ? Silenced by somebody? Dengar2 ramai yang bertumpu ke perth utk menyambut tahun baru ! Semuanya nak tunjuk undivided support & loyalty agar nama tek tercicir. Your Toyol Code have telling effect on the present 'politikus'. You better adbise them Datuk, that their fate have been seled in the CD di tgkt 4.Minta2 tibanya tahun 2007 banyak orang akan berubah 'for the better'. Kalau Datuk bercuti diluar negeri spt orang2 lain tu, saya ucapkan selamat bercuti !!

Where have u been Datuk ? Silenced by somebody? Dengar2 ramai yang bertumpu ke perth utk menyambut tahun baru ! Semuanya nak tunjuk undivided support & loyalty agar nama tek tercicir. Your Toyol Code have telling effect on the present 'politikus'. You better advise them Datuk, that their fate have been sealed in the CD di tgkt 4.Minta2 tibanya tahun 2007 banyak orang akan berubah 'for the better'. Kalau Datuk bercuti diluar negeri spt orang2 lain tu, saya ucapkan selamat bercuti !!
certified red buttocks, datuk
Mika Angel-O said.
I stand by what I say
No need to hide
nor justify
the rest are better
is someone slse's butter
(May 30th, 2007)
Noh Omar satu lagi spesis yg mempercepatkan proses jatuhnya UMNO.Orang BA patut bagi pulut semangat pada Noh anak lelaki Omar.Pada 23hb Mac 2008 dlm akhbar Sinar kutuk Ku Li.Kononnya Ku Li seharusnya jaga Kelantan sebelum ingin tanding presiden.Kenapa pulak dia tk nasihat Pak lah berhenti jadi presiden.Beri tumpuan di Pulau pinang.Noh sendiri jangan ambil kerja menteri.jaga selangor.Masih ada lagi saki baki otak tk seimbang macam Noh patutlah BN terlepas 5 negeri.Noh patut balik jadi cikgu sekolah teknik semula...
Post a Comment