Monday, September 12, 2011

Tragedi 911 Bahagian II: memudahkan perang teror di Asia Tenggara?

RUHANIE AHMAD


Umat manusia sejagat mengutuk perbuatan pihak yang bertanggungjawab kepada tragedi 911 yang meragut lebih 3000 korban termasuk seorang anak Malaysia daripada Petaling Jaya. Tetapi, tidak semua warga jagat yakin bahawa pengakara tragedi 911 adalah Al-Qaeda seperti didakwa oleh pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS).

Pada waktu yang sama, amat kurang perhatian diberikan kepada perang teror AS di Asia Tenggara mulai Januari 2002 yang dilaksanakan berikutan tragedi 911.

Lantaran itu, di samping membaca pelbagai buku dan jurnal (rujuk Bahagiah I) dan menyaksikan ulasan video mengenai tragedi 911 menerusi u-tube, saya sendiri melakukan empat kajian ilmiah berkaitan tragedi 911 dan perang teror, khususnya di Asia Tenggara.

Pada tahun 2009, saya mengekaji mengenai dakwaan AS kononnya Asia Tenggara, khususnya Selat Melaka, akan menjadi lokasi terorisme maritim terbesar di dunia dalam era pasca-911. Kajian ini merumuskan bahawa spekulasi mengenai terorisme maritim di Selat Melaka hanya merupakan satu perceived threat atau ancaman yang dijangka berlaku.

Kini 911 sudah 10 tahun berlalu. Propaganda mengenai ancaman keganasan laut di Selat Melaka pula kelihatannya hanya propaganda yang diketengahkan oleh AS sebagai taktik untuk membolehkan tenteranya kembali berpangkalan ke Asia Tenggara di era pasca-911.

Dalam pada itu, Malaysia memang mempunyai kemampuan menangani ancaman ini dan telah menolak percubaan AS untuk menguasai Selat Melaka secara fizikal.

Pada tahun 2010, saya menjalankan kajian ilmiah mengenai Militan Islam, terorisme baru dan dakwaan kononnya Asia Tenggara adalah salah satu kubu militant Islam antarabangsa.

Kajian mengenai Muslim militan merumuskan bahawa proses sekuritisasi AS terhadap Islam militan dan terorisme baru adalah proses yang diselaraskan dengan dasar luar AS yang berorientasikan perang dalam era pasa- 911. Maka, label ini adalah penuh prasangka dan cukup diragui.

Rumusannya demkian kerana pihak yang mensekuritisasikan Muslim militan ini adalah pelbagai agensi keselamatan AS, hanya menggunakan ukuran AS dan hanya berdasarkan pelbagai input yang juga dikutip oleh pihak berkuasa AS.

Kajian mengenai kononnya Asia Tenggara menjadi salah satu sarang teroris militan Islam antarabangsa pula membuat kesimpulan bahawa tindakan AS mensekuritisasikan beberapa kumpulan Islam di Asia Tenggara sebagai kelompok Islam militan dan pendukung terorisme baru adalah untuk menghalalkan pengembangan dasar luarnya yang berasaskan peperangan seperti dalam era Perang Dingin. Label ini juga untuk disesuaikan dengan strategi besar AS terhadap Asia Tenggara, Asia Timur, dan Asia-Pasifik, dalam abad ke-21.

Seterusnya, perang teror di Asia Tenggara mulai 2002 tidak membuktikan rantau ini menjadi salah satu kubu terorisme baru mutakhir ini kerana perang teror untuk membanteras Kumpulan Abu Sayyaf di selatan Filipina adalah untuk membolehkan AS menubuhkan sebuah pangkalan tentera yang kekal bagi menguasai Laut China Selatan.

Akhir sekali, pelbagai dakwaan rakyat Indonesia terhadap AS sebagai mendalangi terorisme negara atau operasi bendera palsu di negara tersebut dalam era pasca-911 adalah suatu dakwaan yang berasas kerana AS memang pernah mempunyai sejarah sedemikian rupa di negara tersebut di era Presiden Sukarno kira-kira 50 tahun lalu.

Pada Mei 2011, saya menilai tragedi 911 dalam konteks perang terorisme AS di Asia Tenggara mulai 2002. Kajian ini mendapati bahawa perang teror di Asia Tenggara adalah penuh misteri dan paradoks. Walaupun AS mendeklarasikan seluruh Asia Tenggara sebagai koridor kedua kepada perang terorisme global, dan walaupun terorisme di Asia Tenggara yang dimanifestasikan oleh beberapa siri pengeboman, sebenarnya berlaku di Indonesia, adalah misteri bila AS hanya menumpukan gerakan ketenteraannya di Pulau Basilan, selatan Filipina, semata-mata untuk memerangi Kumpulan Abu Sayyaf menerusi strategi konflik berintensiti rendah.

Tumpuan AS terhadap Kumpulan Abu Sayyaf ini juga amat mencurigakan. Walaupun beratus-ratus dokumen perisikan daripada lebih enam negara di Asia Tenggara, bersama laporan perisikan daripada sekurang-kurangnya tiga negara Barat, termasuk AS, menyatakan bahawa sekutu utama Al-Qaeda di Filipina adalah Moro Islamic Liberation Front (MILF), bila AS cuba untuk menyenaraikan MILF dalam barisan organisasi teroris, sumber-sumber tertinggi AS dan Filipina pula menyatakan bahawa Presiden Arroyo sendiri melobi supaya MILF tidak dirangkumkan ke dalam senarai tersebut (Ressa 2003:13).

Selain itu, oleh kerana RAND Corporation’s Terrorism Chronology Database dan the RAND-MIPT Terrorism Incident Database menyatakan bahawa insiden terorisme maritim hanya merupakan dua peratus daripada insiden terorisme maritim di seluruh dunia sejak 30 tahun yang lalu (Murphy 2007:45), adalah aneh bila AS tetap berpendapat bahawa terorisme maritim merupakan satu bahaya utama di Asia Tenggara.

Akhir sekali, walaupun perlanunan dan rompakan bersenjata di perairan Asia Tenggara pada suku akhir 2008 hanya sejumlah 53 insiden, iaitu satu jumlah yang paling rendah sejak lima tahun yang lalu (Southeast Asia Maritime Security Review, 3rd Quarter 2008), adalah menghairankan bila AS tetap menjadikan terorisme maritim sebagai satu daripada musuhnya di rantau ini hingga ke hari ini.

Kesimpulannya, keempat kajian ilmiah di atas mendapati bahawa Asia Tenggara sebagai lokasi keganasan maritim terbesar di dunia adalah propaganda; perang teror di Asia Tenggara tidak ada kena mengenai dengan dakwaan kononnya rantau ini adalah salah satu sarang teroris di dunia; pengangkara siri pengeboman di Indonesia adalah diragui; dan perang teror AS yang ditumpukan di selatan Filipina pula adalah untuk membolehkan tentera AS membuka pangkalan tetapnya di Asia Tenggara.

Biarpun demikian, Malaysia merupakan salah sebuah negara di Asia Tenggara yang terbukti cekap dalam menangani soal teroris dan terorisme. Inilah sebabnya Malaysia dijadikan pusat penyelidikan dan latihan anti-teror di Asia Tenggara. Biarpun demikian, Malaysia juga memang terbukti berhati-hati dalam konteks program anti-terornya supaya ia tidak dikongkong oleh AS yang menggunakan isu terorisme global untuk mengukuhkan kekuasaannya di seluruh jagat, terutamanya di negara dan wilayah Islam di benua Asia, sebagai strategi untuk mengepung China daripada Asia Tengah dan Asia Tenggara, serta untuk menguasai sumber minyak di Asia Barat supaya boleh dijadikan senjata menggugat ekonomi China bila dan jika perlu.

6 comments:

Mika Angel-0 said...

Jemaah Islamiah
(abu bakr baasyir)

Kesimpulannya, keempat kajian ilmiah di atas mendapati bahawa Asia Tenggara sebagai lokasi keganasan maritim terbesar di dunia adalah propaganda; perang teror di Asia Tenggara tidak ada kena mengenai dengan dakwaan kononnya rantau ini adalah salah satu sarang teroris di dunia; pengangkara siri pengeboman di Indonesia adalah diragui; dan perang teror AS yang ditumpukan di selatan Filipina pula adalah untuk membolehkan tentera AS membuka pangkalan tetapnya di Asia Tenggara.


Arabic: الجماعة الإسلامية‎, al-Jamāʿat ul-Islāmíyatu, meaning "Islamic Congregation", frequently abbreviated JI),[2] is a Southeast Asian militant Islamic organization dedicated to the establishment of a Daulah Islamiyah[3] (regional Islamic caliphate) in Southeast Asia incorporating Indonesia, Malaysia, the southern Philippines, Singapore and Brunei.[4] JI was added to the United Nations 1267 Committee's list of terrorist organizations linked to al-Qaeda or the Taliban on 25 October 2002[5] under UN Security Council Resolution 1267...


Apa agaknya senikata lagu santana itu - asli george harrison beatles - dan siapa dia sdr abu bakar bashir?



While My Guitar Gently Weeps

I look at you all see the love there that's sleeping
While my guitar gently weeps
I look at the floor and I see it need sweeping
Still my guitar gently weeps

I don't know why nobody told you
how to unfold you love
I don't know how someone controlled you
they bought and sold you

I look at the world and I notice it's turning
While my guitar gently weeps
With every mistake we must surely be learning
Still my guitar gently weeps

I don't know how you were diverted
you were perverted too
I don't know how you were inverted
no one alerted you

I look at you all see the love there that's sleeping
While my guitar gently weeps
I look at you all
Still my guitar gently weeps...

Mika Angel-0 said...

Nole Vs El-Nadal
(how to unfold your love)

Jemaah Islamiah
(abu bakr baasyir)

Kesimpulannya, keempat kajian ilmiah di atas mendapati bahawa Asia Tenggara sebagai lokasi keganasan maritim terbesar di dunia adalah propaganda; perang teror di Asia Tenggara tidak ada kena mengenai dengan dakwaan kononnya rantau ini adalah salah satu sarang teroris di dunia; pengangkara siri pengeboman di Indonesia adalah diragui; dan perang teror AS yang ditumpukan di selatan Filipina pula adalah untuk membolehkan tentera AS membuka pangkalan tetapnya di Asia Tenggara.


Arabic: الجماعة الإسلامية‎, al-Jamāʿat ul-Islāmíyatu, meaning "Islamic Congregation", frequently abbreviated JI),[2] is a Southeast Asian militant Islamic organization dedicated to the establishment of a Daulah Islamiyah[3] (regional Islamic caliphate) in Southeast Asia incorporating Indonesia, Malaysia, the southern Philippines, Singapore and Brunei.[4] JI was added to the United Nations 1267 Committee's list of terrorist organizations linked to al-Qaeda or the Taliban on 25 October 2002[5] under UN Security Council Resolution 1267...


Apa agaknya senikata lagu santana itu - asli george harrison beatles - dan siapa dia sdr abu bakar bashir?



...While My Guitar Gently Weeps

I look at you all see the love there that's sleeping
While my guitar gently weeps
I look at the floor and I see it need sweeping
Still my guitar gently weeps

I don't know why nobody told you
how to unfold your love
I don't know how someone controlled you
they bought and sold you

I look at the world and I notice it's turning
While my guitar gently weeps
With every mistake we must surely be learning
Still my guitar gently weeps

I don't know how you were diverted
you were perverted too
I don't know how you were inverted
no one alerted you

I look at you all see the love there that's sleeping
While my guitar gently weeps
I look at you all
Still my guitar gently weeps...



Salam Takzim Kenanga Chempaka dan Seroja

kudakepang said...

Saudara Mika
salam takzim.

Terima kasih kerana memberikan komen. Tapi saya kurang pasti apa maksud komen anda. Yang jelasnya anda berbiara mengenai Jemaah Islamiah (JI) yang anda petik dari barat dan mengatakan JI bercita-cita mewujudkan daulah islamiah dari Malaysia hingga hingga ke selatan Filipina.

Hakikat ini dakyah. Mana mampu pertubuhan Islam seperti JI mewujudkan sebuah daulah Islamiah senusantara? Jika Almarhum Presiden Sukarno yang gagah dan hebat pun tidak terdaya untuk mewujudkan Indonesia Raya merangkumi Malaysia Indonesia dan Brunei, apatahlagi JI yang hanya merupakan networked organization yang kepimpinannya tidak jelas strukturnya, kemampuan kewangannya terhad dan kemampuan organisasinya bercelaru.

JI dilabelkan sebagai teroris berkaitan dengan Al-Qaeda apabila Singapura gempar mengeluarkan tayangan video kononnya JI akan menyerang beberapa kepentingan Barat dan Israel di pulau berkenaan. Berikutan itu, AS pun pulas tangan negara-negara ASEAN untuk melabelkan JI sebagai teroris. Anehnya, video yang ditayangkan di Singapura itu kononnya dipadankan daripada sebuah keset video yang ditemui di timbunan keruntuhan di Kandahar, Afghanistan. Bukankah kisah ini hampir-hampir serupa dengan kisah sekeping paspot, kononnya milik teroris, yang ditemui dihimpunan sampah sarap dari keruntuhan WT di New York. Kalau besi waja boleh lebur akibat api yang meranapkan WTC, bagaimana paspot, kertas, idak terbakar? Jadi, bolehkah sesiapa berfikiran waras dan banyak membaca menerima andaian seperti ini?

Kisah JI mahu mewujudkan daulah Islamiah dari Asia Tenggara ke Australia adalah dakyah barat. Saya sudah membuat kajian ilmiah mengenai hal ini. Terserah kepada anda untuk menolak atau menerimanya.

Kisah JI disenaraikan sebagai kelompk teroris antarabangsa juga satu tindakan yang dipertikaikan. Pokoknya, AS memang sudah merancang untuk kembali dengan militarinya ke Asia Tenggara sejak akhir tahun 1990-an. Terdapat tiga kajian utama mengenai perkara ini. Satu kajian oleh PNAC dan dua lagi oleh RAND Corporation. Ketiga-tiga kajian ini memperakukan supaya AS mengerahkan tenteranya ke Asia Tenggara untuk menghadapi pelbagai kemungkinan mengenai kebangkitan China di Asia Timur.

Oleh sebab itu, jika kita kaji peta lokasi perang terorisme, ketiga-tiga lokasi ini membabitkan China di Asia Timur. Perang teror di Iraq untuk membolehkan AS menguasai sepenuhnya industri minyak di wilayah ini daripada pengeluaran, pemasaran, penetapan harga dan pengangkutannya. Dengan cara ini China yang sedang meningkat ekonominya boleh digugat oleh AS dengan menggunakan minyak sebagai senjata, bila dan jika perlu.

Perang teror di Asia Tengah adalah untuk membolehkan tentera AS menerobosi China daripada wilayah berkenaan bila dan jika perlu.

Perang teror di Asia Tenggara membolehkan AS mengerahkan tenteranya ke wilayah ini untuk check on China bila dan jika perlu.

Satu perkara lagi adalah dakwaan kononnya Asia Tenggara salah satu kubu teroris Islam. Sebaik sahaja berlaku tragedi 911, AS mendapati berbagai-bagai organisasi Islam yang kononnya berkait dengan Al-Qaeda didapati beroperasi di Amerika Selatan dan wilayah Carribean. Tetapi, walaupun organisasi ini disifatkan berbahaya dan hampir dengan AS, mengapakah AS melilih untuk mengisytiharkan Asia Tenggara sebagai lawang kedua kepada perang teror selepas Afghanistan? Mengapa tidak diperangi sekutu Al-Qaeda yang beroperasi di Amerika Selatan dan the Carribean?

Tragedi 911 dan perang teror mempunyai banyak kejanggalan, misteri dan paradoks. Fikir-fikirkanlah....

Ruhanie Ahmad

Mika Angel-0 said...

Bung,

Hajj Abdassamad Clarke

The human being often passes judgement on others according to what he himself would do if he was in their shoes. Thus, he is passing judgement on himself and announcing it to the world.


Hakikat ini dakyah. Mana mampu pertubuhan Islam seperti JI mewujudkan sebuah daulah Islamiah senusantara? Jika Almarhum Presiden Sukarno yang gagah dan hebat pun tidak terdaya untuk mewujudkan Indonesia Raya merangkumi Malaysia Indonesia dan Brunei, apatahlagi JI yang hanya merupakan networked organization yang kepimpinannya tidak jelas strukturnya, kemampuan kewangannya terhad dan kemampuan organisasinya bercelaru.

1. Indonesia Sentences a Radical Cleric to 15 Years

2. The Emir: An Interview with Abu Bakar Ba’asyir, Alleged Leader of the Southeast Asian Jemaah Islamiyah Organization
Publication: Spotlight on Terror Volume: 3 Issue: 9
December 16, 2005 02:29 PM Age: 6 yrs
By: Scott Atran

This interview was conducted on August 13 and 15, 2005 from Cipinang Prison in Jakarta. Questions were formulated by Dr. Scott Atran and posed for him in Bahasa Indonesia by Taufiq Andrie. The interview took place in a special visitor’s room, where Ba’asyir had seven acolytes acting as his bodyguards, including Taufiq Halim, the perpetrator of the Atrium mall bombing in Jakarta, and Abdul Jabbar, who blew up the Philippines ambassador’s house. The transcript follows the short introduction below...

Kebebasan: abu bakar baasyir?

Salam Takzim

Mika Angel-0 said...

Berfikir Boleh
(bergadang pun boleh)

Perang teror di Asia Tengah adalah untuk membolehkan tentera AS menerobosi China daripada wilayah berkenaan bila dan jika perlu.
Perang teror di Asia Tenggara membolehkan AS mengerahkan tenteranya ke wilayah ini untuk check on China bila dan jika perlu.


Bin Laden and the Spring of Arab Revolutions

by ESAM AL-AMIN

Towards a New Paradigm Shift: “justice was done” in seeking revenge, many moral values may have been sacrificed in the process as 5/1/11 replaced 9/11 in the American psyche.

Around
Israel, Turkey and the Palmer Report

by GRAHAM USHER

Failure All: In such ferment Turkish diplomats believed normalisation with Israel was better than a cold war. They worked tirelessly with their Israeli counterparts to craft carefully worded Israeli apologies for the raid, approved by Netanyahu, only to have them sunk by Foreign Minister Avigdor Lieberman and Vice Prime Minister Moshe Yaalon: both ruled out an apology because “honour is a strategic asset,” said Yaalon.

Adakah Malaysia pun memudahkan perang ini untuk China atau Arab?

Mika Angel-0 said...

Yang dikasihi Bung Ruhanie,
Salaams

Cagaran Pasti Dollar US
(yakin dengan sihr kapitalisma)

AS tetap berpendapat bahawa terorisme maritim merupakan satu bahaya utama di Asia Tenggara

Besar hatilah manira sekiranya Bung dapat menjelaskan lagi apa yang telah membikin yang tegak membongkok serani masyghul. Apakah panglima dan laksamana mereka lihat betapa rapuhnya angkatan keselamatan maritim tempatan di perairan kepulauan melayu? Bagaimana mahu diperkasakan angkatan keselamatan maritim tempatan jikalau demikianlah cerita?

Dari mana datangnya tanggapan mereka sebegitu? Apakah yang mereka nampak?

Apakah yang kita mahu mereka lihat?

Maaf dan salam takzim.