Friday, September 02, 2011

Kemerdekaan Malaysia: Tunku Abdul Rahman dan “jalan perlembagaan”

Ruhanie Ahmad

Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman Putra Alhaj, bukan alat British. Beliau adalah pencinta damai. Oleh sebab itulah Perikatan pimpinan beliau memilih “jalan perlembagaan” dalam usahanya memerdekakan negara.

Hakikat ini terkandung dalam ucapan Tunku Abdul Rahman di Perhimpunan Agung UMNO pada 28 Mac 1957 yang menghuraikan mengapakah Perikatan memilih dalam damai bagi mencapai kemerdekaan tanah air.

Perikatan memilih “jalan perlembagaan” oleh kerana tiga sebab utama seperti berikut:

Satu, kerana bangsa Melayu “telah bersumpah tidak mahu menumpahkan walau setitik darah pun ke bumi.”

Dua, kerana bangsa Melayu tidak mahu “menganaiyakan dan menzalimi” lain-lain bangsa.

Tiga, sebab Perikatan mahu menggunakan Perlembagaan Persekutuan untuk menyatupadukan antara sesama Melayu dan antara Melayu dengan bukan Melayu.

Berasaskan kenyataan di atas, adalah satu kesilapan besar bagi sesiapa menilai perjuangan berdarah untuk memerdekakan negara sebagai tindakan yang terpuji.

Adalah juga satu pemikiran yang amat songsang jika sesiapa yang terlibat dalam perjuangan berdarah, khususnya menerusi Parti Komunis Malaya (PKM), disifatkan sebagai wira atau hero kemerdekaan.

Dengan ini, Mohamad Sabu @ Mat Sabu telah melakukan satu kesilapan besar. Jika beliau terus berdegil dan enggan meminta maaf kepada warganegara Malaysia, PAS perlu mendesak beliau untuk berbuat demikian.

Jika tidak, PAS juga perlu diadili oleh warganegara Malaysia menerusi Pilihan Raya Umum PRU13 kelak kerana parti ini mempunyai individu songsang sebagai Timbalan Presidennya.

2 comments:

airman_1 said...

apa yg boleh diharap peh pengkhianat melayu n ISLAM

MUHAMMAD said...

http://samakita.blogspot.com/
Sebagai penulis blog baru,sudah tentu saya memerlukan sokongan anda semua,oleh itu saya memohon jasa baik rakan semua meletakkan url blog saya pada blog tuan/puan
Jasa baik anda amat diharapkan